Friday, October 31, 2014

TERIMA KASIH PM ... WE LOVE PM !!!

Seronoknya apabila tambang BAS bakal naik 30%.. TQ BN..!!

Tambang bas ekspress bakal naik 30 %, kata SPAD

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat. – Gambar ihsan flickr, 31 Oktober, 2014.
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat. – Gambar ihsan flickr, 31 Oktober, 2014.

Rakyat Malaysia bakal berdepan dengan kenaikan caj tambang bas ekspress sebanyak 30% dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini menunggu kelulusan daripada Putrajaya bagi memuktamadkan kadar perkhidmatan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

"SPAD sudah syorkan kepada kerajaan permohonan mereka ( pengusaha bas). InsyaAllah kita tunggu keputusan muktamad secepat mungkin," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Kajian kenaikan caj tambang itu susulan daripada gesaan pengusaha bas di negara yang terbeban dengan kenaikan harga harga minyak selepas Putrajaya memotong subsidi.

Syed Hamid menyifatkan ia merupakan satu cadangan yang munasabah.

"Permohonan daripada pengusaha bas adalah munasabah berasaskan kepasa keperluan yang mendesak terutama selepas penurunan subsidi minyak baru- baru ini," katanya.

Bagaimanapun beliau menjamin SPAD akan mencari kaedah sesuai untuk tidak membebankan pengguna sekiranya berlaku kenaikan.

Putrajaya‎ baru-baru ini mengurangkan subsidi RON95 dan diesel sebanyak 20 sen sebagai sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi.

PM ROSMAH : SAYA TAKUT HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH ...

Mereka (kerajaan) takut kepada Anwar kerana Anwar anti rasuah.
pak jabitPUTRAJAYA : Walaupun jumlah kehadiran penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkurangan hari ini berbanding dua hari yang lepas, tetapi ia tidak mematahkan semangat salah seorang penyokong kuatnya yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Jabit.

Beliau yang popular dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang berkata akan terus menyokong Anwar walaupun beliau dimasukkan ke penjara atau dibebaskan.
"Saya akan terus menyokong Datuk Seri Anwar bukan sahaja tubuh badannya sahaja tetapi perjuangannya.

"Ini bukan kes jenayah tetapi kes politik. Mereka (kerajaan) takut kepada Anwar kerana Anwar anti rasuah. Malaysia kaya dengan rasuah. Kalau Anwar bebas, Anwar dapat perintah Malaysia, mereka akan dikenakan tindakan," katanya kepada FMT di luar Istana Kehakiman disini hari ini.
Beliau berkata, rakyat yang turun menyokong beramai-ramai adalah demi untuk perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
"Ini tugas manusia sebagai khalifah didunia," katanya.
Hari ini merupakan hari ketiga perbicaraan yang melibatkan Anwar yang juga merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.
Perbicaraan ini merupakan rayuan terakhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria mendengar hujah daripada pasukan pembelaan yang diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.- FMT

PM NAJIB : SAYA PEDULI RAKYAT @ PEKENA RAKYAT ???

Ku Li akui Najib tak peduli rintihan rakyat?


Bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dikenali sebagai Ku Li berkata, kerajaan memekakkan telinga dan enggan mendengar rintihan rakyat.

"Hampir setiap tahun bajet yang dibentangkan seperti meminggirkan masalah rakyat.

"Terlalu banyak kritikan di Parlimen dan orang awam, juga di sosial media tetapi pemimpin kerajaan tidak mendengar langsung punca keretakan ekonomi dengan mengambil sikap tidak ambil peduli," katanya dalam surat yang diedarkan kepada semua ahli Parlimen hari ini.

Ku Li berkata demikian dalam surat setebal 6 mukasurat mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diedarkan kepada semua ahli Parlimen di Parlimen hari ini. 

Surat itu berkata, kerajaan perlu bersikap sensitif terhadap faktor lain yang boleh membawa kepada kejatuhan ekonomi termasuk undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku).

Ku Li berkata, kerajaan perlu memikirkan untuk menangguhkan GST ke masa di mana ekonomi negara lebih stabil dan kukuh.

"Dan jika ia perlu dilaksanakan, kadarnya juga harus dilihat semula," katanya.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan cukai GST sebanyak 6% dan akan berkuatkuasa pada 1 April tahun depan dan langkah itu dikatakan perlu untuk mengurangkan defisit negara.

Bagaimanapun, ia mendapat kecaman orang ramai dan pemimpin pembangkang yang mengatakan cukai ini membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ku Li juga mencadangkan supaya setiap agensi kementerian dan kerajaan dilengkapi dengan pegawai daripada Ketua Audit Negara untuk mengekang pembaziran, ketirisan dan salah urus yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

"Dengan pendedahan Ketua Audit Negara mengenai pembaziran, perbelanjaan berlebihan, kerugian tidak bertanggung jawab, salah urus dan rasuah mutlak, kita sebagai rakyat dan pembayar cukai, harus dimaafkan jika kita menunjukkan kemarahan kita terhadap masalah ini.

"Kita seharusnya berjaya dalam menguruskannya dan dengan itu, dapat mengurangkan bajet mengurus yang melonjak naik," katanya.

Sambil melahirkan rasa takutnya terhadap ekonomi yang semakin memburuk di negara ini, ahli Parlimen Umno itu berkata reformasi ekonomi drastik diperlukan bagi mengelakkan krisis yang boleh membawa negara ini ke dalam kekacauan.

"Rakyat memerlukan perubahan berani yang perlu dibawa pemimpin yang peka terhadap kehendak dan perasaan rakyat. Kita harus mengambil berat tentang kebimbangan dan aspirasi mereka. 

"Kenyataannya adalah, mereka perlu perubahan sekarang. Jika tidak, negara ini akan gagal. Ingat, kita bertanggungjawab tentang hal ini untuk generasi akan datang," katanya lapor The Malaysian Insider

Thursday, October 30, 2014

MUSUH PUN TAK PERCAYA DENGAN KELAKUAN SETERU ???


Mahathir juga kurang yakin Anwar meliwat, kata bekas rakan kolej

Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.
Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang latar belakang Anwar semasa di kolej.

"Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.
Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat.
Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu, Ummi Hafilda Ali.
Katanya, Dr Mahathir pasti orang ramai akan percaya dengan kata-katanya jika beliau mengaku Anwar melakukan perbuatan sedemikian.
Namun, beliau enggan menurut perintah Dr Mahathir supaya mengakui dan mempercayainya walaupun ditawarkan dua fail projek.
"Sebenarnya dia mahu suruh saya supaya yakinkan dia Anwar tidak meliwat.
"Dia harap dia dapat percaya dan saya hanya bercakap benar," katanya.
Fauzi dan Anwar merupakan rakan sekolah semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1964 dan menyertai PKR pada 2008.
Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 atas dua sebab, iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir dalam buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" menyatakan beliau dimaklumkan mengenai skandal Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, 4 tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya.
Namun enggan membacanya kerana yakin ketika itu ia hanya artikel sensasi bertujuan mengaut keuntungan.
Anwar dijatuhi hukuman penjara 6 tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan 9 tahun ekoran kes Liwat II pada 2000.
Beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Kini, beliau dalam proses rayuan terakhir menggugurkan tuduhan Liwat II di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dijangka berakhir pada minggu depan.
Jika didapati bersalah, beliau akan dihukum penjara 5 tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008. –TMI

APABILA MANUSIA SETARAF ANJING ....

5 Sebab kes liwat DSAI langsung tidak masuk akal..

5 Sebab kes liwat DSAI langsung tidak masuk akal..
Pertama,
Jika betul DSAI meliwat saiful, kenapa saiful tidak melawan.. saiful pada masa tu muda, gagah takkan senang2 nak bagi orang liwat.. si muda umur 20an diliwat si tua umur 60an takkan tak mampu nak lawan.. perempuan kena rogol pun reti nak lawan.. jika suka sama suka kenapa DSAI sorang saja kena dakwa.. kenapa saiful tak kena dakwa..
Kedua,
DSAI didakwa mengikut sekyen 377B Kanun keseksaan.. seksyen 377B dengan jelas menyebut "Sesiapa yang secara sukarela melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii".. jadi jika mengikut seksyen ini saiful juga mesti didakwa kerana suka sama suka..SOP kes liwat atau rogol, mangsa akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan adanya tusukan/penetration tetapi 4 doktor, 1 di pusrawi dan 3 di HKL membuat laporan TIADA kesan tusukan.. 1 doktor mungkin khilaf tapi kalau 4 tak mungkin khilaf..
Ketiga,
Bagaimana DNA air mani DSAI boleh ada dalam dubur saiful sedangkan tiada kesan tusukan dijumpai dekat punggung saiful.. adakah betul itu air mani DSAI atau DNA DSAI telah dipalsukan.. ingat lagi semasa DSAI kena tahan beberapa hari di penjara, di sana dia pun disediakan tuala, berus gigi.. jika berus gigi dan tuala dipalit pada kapas lalu kepada DNA tester itu sudah memadai untuk mendapatkan DNA DSAI..
Keempat,
Kenapa nak dekat2 prk kajang tiba2 DSAI disabit bersalah dalam kes liwat.. seolah2 tak nak bagi DSAI bertanding padahal DSAI telah diputuskan tidak bersalah..Kenapa mesti peguam negara yg menjadi pembela saiful dalam kes liwat.. inikan soal peribadi tiada kena mengena dengan hal negara.. mana saiful dapat duit untuk bayar peguam negara.. saiful kerja apa sebenarnya.. jadi boleh nampak kat situ permainan kerajaan zalim..
Kelima,
Saiful dakwa dia diliwat pada 26hb jun dan buat report polis pada 28hb jun.. dalam tempoh 2 hari itu ada lagi ke DNA air mani DSAI.. takkan si saiful langsung tak berak, tak solat, tak basuh dubur.. semata2 nak simpan bukti dalam dubur.. kenapa tak terus je report polis lepas dia kena liwat..
Langsung tak masuk akal! Hanya yg mempunyai akal yg waras saja dapat berfikir DSAI telah difitnah dan dizalimi.. semoga Allah menimpakan balasan ke atas orang yg menganiaya beliau dan orang yg menyokong beliau dipenjara.
Muka cam.. Ci...... i!!!!! Sakit ati plak aku tgk muka dia ni..

Wednesday, October 29, 2014

ZUL KULUM @ KULIM : AKU MABUK KETUM ...

Meh sini sat, macai -macai Zulkifli Kulum!

 Aku ingat Nik Abduh dari PAS tu saja yang dah jadi macai Perkasa.... Rupa-rupanya member dari PKR pun ada juga.... hairanlah juga aku bila jengok blog ini - penyokong kuat PR suatu ketika dulu, tapi dah jadi macai Zulkifli Kulum pula dah. 

Ini semua gara-gara marahkan kepada Anwar dan terlalu kasihkan MB lama si Khalid Ibrahim.... alahai... takkanlah sampai macam tu punya bingai sampai dah tak kenal mana musuh dan mana kawan...Ni aku ada cerita untuk kamu  macai-maci Perkasa hazamkan!


(Malay Mail Online) - Sokongan untuk pelantikan kontroversi Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai peguam utama membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berprofil tinggi liwat rayuan yang terakhir itu datang dari sumber yang tidak dijangka pada hari ini, sebagai peguam yang diupah oleh kerajaan untuk membawa pihak pendakwaan itu berkata tidak ada yang salah dengan seorang hakim bersara berdiri di sisi lain daripada Bar lagi. 

Peguam swasta terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita bahawa Anwar mempunyai hak untuk memilih sesiapa yang dia ingin menjadi peguam, termasuk bekas hakim, dan menambah bahawa Gopal juga mempunyai kebebasan untuk menerima pekerjaan. 


 "Saya tidak fikir kita boleh menyekat sesiapa termasuk seorang bekas hakim. Ia adalah pilihannya. 

 "Malah, Ketua Hakim Negara telah membuat komen mengenai perkara ini, tidak ada sekatan di sini," kata Muhammad Shafee di Istana Kehakiman di Putrajaya, selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan Anwar terhadap sabitan liwat ditangguhkan  ke esok (hari ini).

p/s : zul kulim @ kulum nak kata apa lagi...
sudah-sudahlah tuh cari makan cara haram neh zul...
taubat nasuha laaa.... kalau tak buang kopiah atas kepala tuh dalam longkang..
ntah spesis lawyer melayu haprak mana ntah dia neh ...

MENTERI PUSAT : KAMI BANYAK TANGGUNGAN ...


Isu Semasa : Kerajaan Pusat Tidak adil kepada Kerajaan Negeri.


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat sepatutnya bersikap federalisme dalam berbelanja agar negeri-negeri yang mengeluarkan sumber alam tidak menjadi negeri termiskin, tegas Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Katanya, walaupun sesetengah negeri yang mengeluarkan sumber alam seperti Terengganu menghasilkan petroleum masih dikategorikan negeri yang miskin.

"Bagaimana kedudukan negeri setelah hasil yang dikutip kerajaan pusat tidak dikembalikan kepada negeri itu. Inilah yang sering kita dengar rintihan rakyat Sabah dan Sarawak. Rintihan ini sering disebut pada tiap kali ucapan," ujarnya ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat petang ini.

Beliau berkata, kawasan Dun di Terengganu iaitu Bukit Besi yang dahulunya menghasilkan sumber utama bijih besi tetapi apabila kehabisan hasil akhirnya tidak ada pembangunan yang dibuat.

"Daripada apa yang berlaku, kita ambil sahaja hasilnya. Bagaimana hasil yang dikutip kerajaan pusat tetapi tidak dikembalikan kepada kawasan itu untuk pembangunan.

"Begitu juga di Rantau Abang, setelah habis pelancongan akhirnya tidak ada apa-apa. Inilah kita harus beri perhatian sumber diambil kenapa tidak dikembalikan," tegas beliau berhubung kawasan yang terkenal dengan pendaratan penyu suatu ketika dahulu.

Katanya, keadaan itu tidak mustahil akan berlaku di Kerteh apabila sumber yang ada iaitu industri petroleum nanti kehabisan, akhirnya pembangunan tidak berlaku.

p/s : kami yang pusat neh perlukan banyak duit, nak bawak anak bini melancong merata dunia. shopping lagi..hotel mewah...jet peribadi. hangpoa dok negeri naik kancil sudah laaa... kata menteri BN...

MP UMNO : KAMI NAK KASINO, BUKAN TAMAN AL-QURAN ...


Idea MP : Cadangan Baik Untuk Kerajaan Malaysia.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary mencadangkan kerajaan membina Taman Tema al-Quran yang pertama di dunia.

Katanya, peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pusat percetakan ditukar kepada cadangan membina Taman Tema Al Quran.

"Di Malaysia kita sudah ada Legoland, Taman Tema Air seperti di Sunway dan Tambun.

"Sudah sampai masanya kita membawa seluruh penduduk dunia datang ke Malaysia mempelajari al-Quran dalam bentuk Taman Tema al-Quran Malaysia," katanya ketika membahaskan Bajet 2015.

Cadangnya, Taman Tema al-Quran ini dibahagikan kepada 114 bahagian sebagaimana jumlah surah Al Quran dan ianya akan menjadi tempat perlancongan dan pembelajaran Al quran terbesar dan satu-satunya dalam dunia.

Sebagai contoh katanya, apabila pengunjung masuk ke halaman surah Nuh, ia dapat menghayati sebuah bahtera besar, ribuan pasangan binatang dan banjir besar.

Manakala tambahnya, di halaman surah al-Humazah para pengunjung digambarkan dengan azab neraka yang membakar sampai ke hati, ditutup rapat dan diikat pada tiang-tiang yang panjang.

"Saya percaya Taman Tema Al quran Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia. Membawa pulangan keuntungan jutaan ringgit dan terpenting menjadi bekalan pahala buat kita semua di akhirat nanti," katanya.

Justeru beliau berpandangan taman tema ini sangat bersesuaian dalam memajukan lagi produk pelancongan Islam.

"Dan sebagai simboliknya saya mencadangkan taman tema dibangunkan di Kelantan. Saya percaya kerajaan Kelantan bersedia untuk menyediakam tanah bagi membangunkan Taman Tema Al Quran," katanya.

P/S : aku rasa bab-bab al-quran neh memang mp BN alergik giler...
nak tgk al-quran pu tak mau..inikan nak bukak kilang...
kalau bukak kasino mau la depa..siap kalut nak pi rasmi...

MENTERI KEWANGAN MALAYSIA : KAMI BETOI2 LAPAQ DUIT ...

Blog Pun Kena GST - Blog GB Bakal Ditutup?


Menurut maklumat dari melvister.com, pemilik laman blog (web) atau forum turut kena GST bermula 1 April 2015.

Setelah pelaksanaan GST dijangka akan dilaksanakan mulai awal bulan April 2015, kesemua pemilik blog (website) atau forum yang menjana pendapatan menerusi platform tersebut tidak akan terkecuali untuk membayar cukai GST.

Manakala, platform online yang tidak menjana menjana pendapatan atau dibina sebagai untuk tujuan peribadi tidak akan dikenakan GST.

Seperti sedia maklum, pelaksanaan GST yang menggantikan sistem cukai sedia ada iaitu SST adalah berkonsepkan menyeluruh dan adil dimana semua perkhidmatan/ perniagaan secara online mahupun offline wajib membayar cukai tersebut.

Admin blog Kelab Greenboc belum lagi membuat keputusan samada akan meneruskan blog ini atau tidak apabila GST dikenakan kelak. Sebenarnya, pendapatan dari blog tidaklah sebesar mana, sekadar membantu membayar talian streamyx/broadband yang umum mengetahui harga internet dan jalur lebar di negara ini adalah terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Setelah sekian lama berjuang di pesada siber, berkemungkinan besar ramai para blogger akan terpaksa menutup blog masing-masing, apatah lagi selama ini, perjuangan para blogger ini sekalipun diakui telah banyak membantu khususnya Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya, namun tiada rancangan khusus dari parti untuk membela dan menyokong usaha para blogger ini. Cukup malang nasib kami... tapi apakan daya... hanya Allah tempat kami berpaut selama ini.

Dalam perkembangan berasingan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.

Siakapkeli.com melaporkan, melalui sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM sudah mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.


Menurut blog tersebut, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi. Tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil serius bagi menguatkuasakan peraturan ini.

Selain dari perniagaan di Facebook, apa-apa perniagaan yang berlaku di atas rangkaian termasuklah di laman perkongsian gambar Instagram juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka.

Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan penalti sehingga RM5,000.