Tuesday, February 25, 2014

APA LAGI ADA PADA UMNO ???

Aspan Alias

Najib sedang menghadapi tekanan lebih hebat dari apa yang dialami oleh Abdullah Badawi semasa Abdullah masih Perdana Menteri dahulu. Semasa Dr Mahathir mundar mandir kedarat dan kebaroh membidas Abdullah, masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan Abdullah Badawi. Kumpulan Abdullah telah memberikan reaksi yang agak kuat terhadap tindakan Dr Mahathir, sehinggakan Dr Mahathir sendiri telah dimalukan oleh Abdullah. Dr Mahathir telah di gagalkan oleh perwakilan Kubang Pasu untuk beliau menjadi perwakilan ke perhimpunan agong UMNO pada tahun 2006 dahulu. 

Di sebaliknya sekarang ini tidak kedengaran suara mempertahankan Najib dikalangan pimpinan UMNO selain dari sekali sekala kedengaran Ketua Pemuda Khairy membela Nbeliau dalam beberapa isu. Sesungguhnya Najib merupakan seorang 'orphanage leader' yang hanya dapat pembelaan mungkin dari isterinya sahaja. Satu dua insiden kedengaran Ahli Parlimen Kota Belut, seorang Menteri baru yang bernama Rahman Dahalan yang membela Najib dengan sambil lewa sahaja.
Kalaulah keadaan ini berlaku semasa tahun tujuh puluhan dahulu, seorang Perdana Menteri yang berada dalam situasi seperti Najib ini pasti akan meletakan jawatan jika sudah ada tanda-tanda pemimpinan mereka itu tidak mendapat sokongan padu dari ahli partinya. Pemimpin itu tidak akan bertahan kerana takut partinya akan perpecah belah dan mereka rela melepaskan jawatan tertinggi mereka demi kelangsungan perpaduan diantara ahli parti dan rakyat.
Saya ingin mengingatkan insiden-insiden yang masih segar dalam ingatan saya tentang isu isu ini yang anak-anak muda sekarang mungkin mengaggapnya sebagai ganjil. Walaupun ia berlaku lebih tiga puluh tahun dahulu saya tetap ingat dan menjadikan sikap yang diambil oleh pucuk pimpinan semasa itu sebagai tauladan baik yang sepatutnya di ikuti oleh pimpinan hari ini.
Tetapi ia tidak ditauladani lagi kerana nilai kepimpinan sekarang sudah jauh berbeza kerana nilai yang baik dahulu itu tidak di gilapkan oleh pucuk pimpinan yang bernafsu kuat untuk berkuasa berseorangan. Nilai kepimpinan seperti itu sudah dianggap 'out-of- date' kata setengah yang baru main politik, hari ini.
Tun Husien Onn merupakan contoh yang terbaik untuk kita buat contoh dalam isu ini. Selepas sahaja beliau ditentang oleh Hj Sulaiman Palestin sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978 dahulu, beliau terus mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan 1981 nanti. Beliau tahu walaupun beliau memenangi undi dengan majoriti yang sangat besar, beliau tahu ada sedikit dikalangan pimpinan dan ahli-ahli UMNO tidak menyokong beliau.

TV3 SUKU : KAMI IKUT ARAHAN MENTERI JER...TETIBER KENA SAMAN PLAK ...

Hampir Pasti Berita Ini Di Sorokkan Oleh TV3..

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1. Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang."Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.Arif berkata Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab. 
Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka."Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.Pada 12 April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam menolak dakwaan Nizar bahawa TV3 memfitnah beliau. 
Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim memutuskan TV3 memperlihatkan justifikasi pembelaan terhadap semua fakta dan hujah yang dibangkitkan kedua-dua belah pihak."Saya berpendapat defendan berjaya dalam pembelaan mereka berdasarkan justifikasi. Pembelaan justifikasi adalah pembelaan yang lengkap. Oleh itu, berdasarkan faktor ini, tuntutan plaintif patut dibuang," katanya dalam kenyataan penghakiman bertulis sebanyak 30 muka surat. 
Bagaimanapun, Yeoh turut meneliti hak keistimewaan pembelaan dan pembelaan Reynolds yang digunakan oleh stesen penyiaran itu.Menggunakan ujian kemunasabahan yang digariskan dalam kes di United Kingdom, Reynolds melawan Times Akhbar Ltd, Yeoh berkata, TV3 tidak mengamalkan amalan kewartawanan yang dipertanggungjawabkan kerana ia tidak mengesahkan tweet berkenaan dengan Nizar atau meminta sebarang komen daripadanya.Beliau sebelum itu berkata, adalah jelas bahawa laporan berita TV3 itu mempunyai kepentingan awam dan bertanggungjawab untuk menyiarkannya. 
Pada Julai 2012, Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit TV3 Rohani Ngah di atas berita laporan 30 Mei 2012 yang didakwa boleh ditafsirkan dalam beberapa maksud, termasuk beliau melakukan hasutan, pengkhianat kepada Sultan Johor dan mengbangkitkan kebencian orang ramai kepada pemerintah Johor.Nizar juga memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad ke atas laporan mengenai tweet, di mana saksi daripada kedua-dua pihak telah memberi keterangan minggu ini, penghujahan lisan akan didengar di mahkamah pada 7 Jun. ~tmiAddin


REKOD DUNIA : PM NAJIB PEMIMPIN PALING JIMAT-CERMAT ...

[SEKALUNG TAHNIAH] Najib Tersenarai "Top 5" Dunia



Najib Razak tersenarai 5 pemimpin dunia berbelanja boros

SHAH ALAM 25 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.

Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.

Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.

Seterusnya adalah Mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.

Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah.

Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.

korea borosLaporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8,4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3,9 triliun dalam satu tahun.

Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294,2 miliar untuk perhiasan pejabatnya. -selangorku

MENTERI UMNO : DUIT ZAKAT ? YANG TU DUIT ZAKAT EH? BUKAN KAMI PUNYA KER ?

Kutipan meningkat, kemiskinan juga meningkat.. mana pergi duit Zakat tanya Dr Maza


PENINGKATAN peratusan masyarakat Islam miskin menjadi persoalan apabila badan yang bertanggungjawab dilihat seolah-olah gagal untuk membantu golongan ini walaupun dikhabarkan kutipan zakat cukup tinggi setiap tahun.

Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, pihak yang terlibat harus peka dengan perkara tersebut supaya tidak disalah anggap.

“Timbul persoalan bagaimana ia diuruskan, itu yang kita sebut tentang jenama Islam, adakah yang kita penting bangunannya, atau tulisan khatnya, atau sebenarnya bagaimana urus tadbir yang dijalankan.

“Ke mana perginya zakat? Kita tidak kata ia diselewengkan atau sebagainya kerana ia diuruskan oleh pelbagai nama agensi yang ada bajetnya tersendiri,” katanya.

Kata beliau, adalah tidak munasabah jika wang zakat tidak dapat diagihkan secara teratur kerana setiap negeri mempunyai pusat pungutan zakat.

“Kita adalah negara terbaik kerana mana ada negara yang ada 14 orang mufti, jangan tanya gaji mereka. Kita ada 14 pusat kutipan zakat, kita ada juga 14 tempat untuk rujuk fatwa, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jadi 15.

“Macam-macam fatwa ada berkenaan Islam, projek-projek Islam ini pun ada, semua projek-projek Islam ini hendak kita jual. Air mineral pun yang terang-terang halal, dijual kerana semuanya dapat duit. 

“Tapi ke mana wang dan harta orang Islam ini pergi? Akhirnya berbalik kepada kita soal urus tadbir, dalam ekonomi mahupun politik yang juga sama, soal amanah dan tata kelolanya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau yang berkongsi pengalaman ketika menjawat jawatan Mufti Perlis memberitahu bahawa negeri itu mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan pembayar zakat menamakan pihak yang ingin dibayarnya.

“Di Perlis kita boleh bahagikan pembayaran zakat sebanyak 50 peratus kepada orang yang ingin kita bayar duit berkenaan. Jadi pihak agama Islam negeri akan siasat dan jika layak, kita atau pihaknya akan membayarkan kepada pihak tersebut.

“Kalau tidak silap saya di Kelantan juga dibolehkan dan potongannya sebanyak 30 peratus untuk diberikan kepada pihak yang dinamakannya,” katanya ~ Sinar Harian

Sementara itu Malaysiakini pula melaporkan Dr. Asri berkata "Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Beliau mengaku terdapat peningkatan dari segi kutipan.

Pensyarah itu turut mempersoalkan sikap ulama yang tidak berani bersuara menegur salah pemerintah. 

"Maksud saya apa kaitan orang politik perlu hadir dalam majlis pemberian zakat. Sepatutnya kita kena terus beri kepada yang layak.

"Sebab itu perlu keberanian, sebab itu ulama yang terikat, bila ulama jadi penasihat, mereka terikat," kata beliau.

BLOGGER/FACEBOOKER UMNO : HANYA INI YANG KAMI MAMPU LAKUKAN ...

[MEMALUKAN] UMNO-BN Guna ‘Bots’ Puji Diri Sendiri Dalam Isu BR1M



Atas semangat ‘wasatiyyah’, kerajaan UMNO-BN yang baru saja mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 baru-baru ini mengambil pendekatan memalukan dengan memuji diri sendiri menggunakan ‘bots Twitter’.

Puluhan ribu ‘Bots Twitter’ daripada pelbagai akaun laman sosial itu mengeluarkan tweet dengan tulisan sama yang berbunyi ‘duit #BR1M dapat cover duit tol untuk setahun, xpercaya, trylah, terbaik! bukti kebijaksanaan PM @NajibRazak’.

Manakala satu lagi tweet pula menyatakan ‘lega beb, duit #br1m tu lah aku guna utk top up belanja aku bulan ni’.


Tindakan kurang cerdik kerajaan itu mendapat cemuhan daripada pelbagai pengguna laman sosial.

Blogger terkenal, ObeFiend, yang mengendalikan blogserius.blogspot.com dengan lebih daripada 139 juta ‘page views’ turut melontarkan kritikannya terhadap perilaku kerajaan itu.

“Puji kerajaan pun ada BOT yang tolong pujikan. Tak perlu manusia. Siapalah hamba Allah yang dapat kontrak tweet dan buat bots ni, murah betul rezeki.

“Satu lagi, gila macam ‘twilight zone’ semua cakap benda sama. Berapa KPI bang? 100 tweet RM1? Macam tu ke?,” sindirnya.

Pada sambutan Hari Kemerdekaan dua tahun lalu, kerajaan turut menggunakan taktik yang sama dengan menggunakan ‘hashtag’ #Merdeka55 untuk menipu rakyat dan memuji diri sendiri. -Roketkini

Y.B UMNO : ZAKAT TUH KAMI TOLONG BAGI, KIRA KAMI PUNYA LA ....

BETUL:AHLI POLITIK YG SAMPAIKAN ZAKAT ITU APA PERLUNYA?

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin mencadangkan satu kajian telus dibuat bagi menyiasat hal isu kutipan dan perbelanjaan wang zakat oleh badan agama.

Beliau mempersoalkan mengapa walaupun lebih RM 1 bilion wang zakat dikutip saban tahun, masih ramai umat Islam negara ini yang hidup dalam kesempitan.

"Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Beliau mengaku terdapat peningkatan dari segi kutipan.

Pensyarah itu turut mempersoalkan sikap ulama yang tidak berani bersuara menegur salah pemerintah.

"Maksud saya apa kaitan orang politik perlu hadir dalam majlis pemberian zakat. Sepatutnya kita kena terus beri kepada yang layak.

"Sebab itu perlu keberanian, sebab itu ulama yang terikat, bila ulama jadi penasihat, mereka terikat," kata beliau.

BLOGGER UMNO : KALAU GENG KAMI, BUAT-BUAT TAK NAMPAK DAH LER. ..

Ni contoh KRONI @ Proxi diKayakan dgn airmata dan keringat rakyat......


 


Kroni UMNOputra terkaya. .tapi hutang guna duit rakyat berbillion..!!!..  
Kata macai UMNO.. kenapa dengki..?? palahotak dengki..!!! 1 kroni dikayarayakan.. 10 juta Melayu dipapakan... itulah UMNO payung kroni.

Monday, February 24, 2014

UMNO PUNYA PASAI, APA PUN BOLEY ....







TAK HAIRANLAH BILA NEGARA MALAYSIA INI DI LANDA BERBAGAI MUSIBAH DARI ALLAH, 
SEBAB MANUSIA YANG KITA TAHU AKAN KEBURUKANNYA PUN MASIH DI ANGKAT DITARUHKAN DI TEMPAT YANG TAK SEPATUTNYA?

AMT UMNO : KALAU NAK CARI MAKAN DALAM UMNO, JANGAN CAKAP BANYAK !!!

TEMAN NAK PESAN SIKIT PD NUR JAZLAN NI ....Pakatan Rakyat VS Barisan NasionalTEMAN NAK PESAN SIKIT PD NUR JAZLAN NI .... DALAM PARTI UMNO ... AHLI2 APATAH LAGI MACAI2 UMNO TIDAK DIBENARKAN BERSUARA .... APATAH LAGI MENEGUR TTG KEPIMPINAN NAJIB DAN KUNCU2 NYA..... ALAMATNYA? JADI YANG MACAM DI BAWAH INILAH .... TENGOK TU ... UTUSAN PUN DAH TUMPANG SEMANGKOK NAK BAGI PERINGAT SAMA KAMU .... ADA PAHAM TAK NI? SILAP HARIBULAN JADI PENGKHIANAT BANGSA UMNO LA PULAKN ....... WARGHHHKAKAKAKA
---------------------------------

AHLI PARLIMEN PULAI YANG KURANG AKAL ATAU TIADA AKAL?

MAJORITI penyokong UMNO agak rasa pening lalat sikit dengan sikap yang ditunjukkan Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Rahmat yang kebelakangan ini nampaknya sangat cenderung dengan politik pembangkang, terutama dalam soal kenaikan kos sara hidup yang diputar belitkan mereka.

Nur Jazlan baru-baru ini mempersoalkan kerajaan yang kononnya lambat memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kenaikan harga barang yang menjadi faktor kepada kenaikan kos sara hidup. Persoalannya, apa barang keperluan asas yang dah naik?

Tolak gula yang subsidinya dihapuskan kerajaan selepas pembentangan bajet 2014 yang lepas, harga barangan keperluan yang lain, nampaknya masih tidak berubah. Tepung, beras dan minyak masak (sekadar menyebut beberapa), harganya masih kekal sama seperti sebelum PRU13.

Jadi Nur Jazlan nak mintak kerajaan jelas apa pasal kenaikan sara hidup kalau tidak ada barang keperluan asas yang naik?

Begitu juga dengan kadar tol yang digembar gemburkan sebelum ini, perkara itu juga belum lagi muktamad dan kenaikan tersebut bergantung kepada syarikat pemegang konsesi berkenaan, bukan kerajaan.

Memang benar kerajaan BN dan Perdana Menteri ada memberi jaminan untuk menangani kos sara hidup ini, tapi bukan ke tahap barang-barang bukan keperluan yang menjadi punca kenapa ramai orang tidak cukup duit di hujung bulan, macam astro, bil telefon tinggi dan sebagainya.

Yang Nur Jazlan pi campur aduk janji bulan bintang pembangkang dengan BN buat apa?

Sebagai anak bekas pemimpin UMNO yang naik nama sebagai calon BN pun kerana nama bapanya (Al fatihah kepada Tan Sri Mohamad Rahmat) di Pulai (bukan sebab diri tu kuat sangat), penulis nak nasihatkan Nur Jazlan, cuba jangan jadi bebal sangat.

Kalau tidak ada apa barang keperluan yang naik, dengan apa dan bagaimana pulak kerajaan nak beri penjelasan?

Jika yang sibodoh ini maksudkan barang-barang lain yang bukan berada dibawah kawalan kerajaan, itu yang menentukan ialah kuasa pasaran, bukan kerajaan. Terpulang kepada pengguna nak menggunakan kebijakan masing-masing membuat pilihan di kedai mana yang nak dibeli.

Malaysia bukan negara komunis dimana setiap bentuk dan benda barangan yang boleh dibeli di kedai pun kerajaan nak kena masuk campur tangan juga.

Contoh, macam barang keperluan sekolah yang dilaporkan naik mendadak sekarang (terutama di Selangor). Hal itu bagaimana Nur Jazlan nak harap kerajaan persekutuan untuk menjawabnya bila harga barangan sekolah bukan berada di bawah kawalan kerajaan.

Lagipun di Selangor ada banyak faktor kenapa barang seperti peralatan sekolah ini naik lebih mahal dari tempat-tempat lain, antaranya kos untuk menjalankan perniagaan yang semakin mahal di negeri tersebut. Cukai dan caj lesen perniagaan yang tinggi adalah antara beberapa punca.

Bagaimana kerajaan persekutuan nak berperanan dalam masalah yang di sebabkan oleh kerajaan negeri pembangkang? Ini tidak masuk akal sama sekali, takkan Nur Jazlan ini bodoh benar sampai tak terfikir ke situ?

Penulis nak sebutkan ini kepada Nur Jazlan, lain kali, kalau tak boleh terima kekalahan, jangan bertanding. Taklah jadi gila atau separuh gila macam sekarang. - The duke' blog
DALAM PARTI UMNO ... AHLI2 APATAH LAGI MACAI2 UMNO TIDAK DIBENARKAN BERSUARA .... APATAH LAGI MENEGUR TTG KEPIMPINAN NAJIB DAN KUNCU2 NYA..... ALAMATNYA? JADI YANG MACAM DI BAWAH INILAH .... 
TENGOK TU ... UTUSAN PUN DAH TUMPANG SEMANGKOK NAK BAGI PERINGAT SAMA KAMU .... ADA PAHAM TAK NI? SILAP HARIBULAN JADI PENGKHIANAT BANGSA UMNO LA PULAKN ....... WARGHHHKAKAKAKA
  
  
AHLI PARLIMEN PULAI YANG KURANG AKAL ATAU TIADA AKAL?
MAJORITI penyokong UMNO agak rasa pening lalat sikit dengan sikap yang ditunjukkan Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Rahmat yang kebelakangan ini nampaknya sangat cenderung dengan politik pembangkang, terutama dalam soal kenaikan kos sara hidup yang diputar belitkan mereka.
Nur Jazlan baru-baru ini mempersoalkan kerajaan yang kononnya lambat memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kenaikan harga barang yang menjadi faktor kepada kenaikan kos sara hidup. Persoalannya, apa barang keperluan asas yang dah naik?


Tolak gula yang subsidinya dihapuskan kerajaan selepas pembentangan bajet 2014 yang lepas, harga barangan keperluan yang lain, nampaknya masih tidak berubah. Tepung, beras dan minyak masak (sekadar menyebut beberapa), harganya masih kekal sama seperti sebelum PRU13.
Jadi Nur Jazlan nak mintak kerajaan jelas apa pasal kenaikan sara hidup kalau tidak ada barang keperluan asas yang naik?
Begitu juga dengan kadar tol yang digembar gemburkan sebelum ini, perkara itu juga belum lagi muktamad dan kenaikan tersebut bergantung kepada syarikat pemegang konsesi berkenaan, bukan kerajaan.
Memang benar kerajaan BN dan Perdana Menteri ada memberi jaminan untuk menangani kos sara hidup ini, tapi bukan ke tahap barang-barang bukan keperluan yang menjadi punca kenapa ramai orang tidak cukup duit di hujung bulan, macam astro, bil telefon tinggi dan sebagainya.
Yang Nur Jazlan pi campur aduk janji bulan bintang pembangkang dengan BN buat apa?
Sebagai anak bekas pemimpin UMNO yang naik nama sebagai calon BN pun kerana nama bapanya (Al fatihah kepada Tan Sri Mohamad Rahmat) di Pulai (bukan sebab diri tu kuat sangat), penulis nak nasihatkan Nur Jazlan, cuba jangan jadi bebal sangat.


Kalau tidak ada apa barang keperluan yang naik, dengan apa dan bagaimana pulak kerajaan nak beri penjelasan?
Jika yang sibodoh ini maksudkan barang-barang lain yang bukan berada dibawah kawalan kerajaan, itu yang menentukan ialah kuasa pasaran, bukan kerajaan. Terpulang kepada pengguna nak menggunakan kebijakan masing-masing membuat pilihan di kedai mana yang nak dibeli.
Malaysia bukan negara komunis dimana setiap bentuk dan benda barangan yang boleh dibeli di kedai pun kerajaan nak kena masuk campur tangan juga.
Contoh, macam barang keperluan sekolah yang dilaporkan naik mendadak sekarang (terutama di Selangor). Hal itu bagaimana Nur Jazlan nak harap kerajaan persekutuan untuk menjawabnya bila harga barangan sekolah bukan berada di bawah kawalan kerajaan.


Lagipun di Selangor ada banyak faktor kenapa barang seperti peralatan sekolah ini naik lebih mahal dari tempat-tempat lain, antaranya kos untuk menjalankan perniagaan yang semakin mahal di negeri tersebut. Cukai dan caj lesen perniagaan yang tinggi adalah antara beberapa punca.
Bagaimana kerajaan persekutuan nak berperanan dalam masalah yang di sebabkan oleh kerajaan negeri pembangkang? Ini tidak masuk akal sama sekali, takkan Nur Jazlan ini bodoh benar sampai tak terfikir ke situ?
Penulis nak sebutkan ini kepada Nur Jazlan, lain kali, kalau tak boleh terima kekalahan, jangan bertanding. Taklah jadi gila atau separuh gila macam sekarang.The duke' blog