Tuesday, January 29, 2013

RAKYAT MERBOK: KAMI SAYANG NAJIB !!!

SAYANG NAJIB!


SAYANG NAJIB!

NAJIB BERI MURID RM100.
BERI IBUBAPA RM500.
BERI ROSMAH RM24 JUTA BELI CINCIN.
BERI RAZAK BAGINDA RM540 JUTA.
BERI SHARIZAT RM250 JUTA BELA LEMBU.
BERI TAJUDDIN RAMLI RM549 JUTA LUPUSKAN HUTANG.


NITIS AIR MATA AKU TGK KEMURAHAN NAJIB..
SAYANG NAJIB.

Monday, January 28, 2013

PEMUDA UMNO: INI SATU PENGHINAAN KEPADA BN !!!

Siapa lelaki ini... Woi.. Ini dah kira satu penghinaan...

Kah kah kah.... 

Aku tak kenai siapa lelaki ini,, yang sanggup berkelakuan sebegini.. memang tak patut.... apakah ia dah amat terdesak?



Apakah ini mat bangla.....atau pendatang asing yang bakal jadi pengundi untuk BN....



UNIT MEDIA UMNO: ANDA FITNAH, KAMI BAYAR ...

Tudia... bergasak kerana Elaun Fitnah & Maki Hamun, mampoih jugak puak-puak nii



Cybertrooper UMNO bergaduh kerana duit tersebar.. Saksikan!!


Cybertrooper UMNO adalah kumpulan IT ahli UMNO dan penyokong UMNO yang dibiayai oleh UMNO untuk berkeliaran dalam Facebook dan Blog.

Sesuai dengan nama trooper, satu jenis ”pasukan” yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya.

Antara tugas mereka ialah membin blog dan berkeliaran dalam Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan UMNO, menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB

Menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada.

Menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB.

Mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi.

Dan mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO.

Mereka dibayar oleh UMNO..


Mereka diajar dan dididik oleh UMNO dengan duit. Ada duit kerja jalan. Tak ada duit, boleh jalan. Kalau bagi sikit, kerja sikit. Kalau bayar tinggi, kerja tanpa henti.

Bagi puak cybertrooper UMNO yang cari makan dalam FB dan blog, mereka tidak peduli soal fitnah dosa, hisab, dan neraka asalkan mereka dapat bayaran lumayan yang dijanjikan oleh UMNO.

Setiap satu provokasi yang mendapat setiap satu “like” akan dibayar, jika banyak “like” maka besarlah bayarannya.

Setiap satu provokasi yang mendapat reaksi dari orang, maka setiap reaksi itu dianggap sebagai berjaya menarik perhatian orang, dan akan dibayar oleh UMNO.

Apa yang mereka lakukan ialah daftar dengan UMB, tabur fitnah, tunjukkan bukti mereka “berjaya” wujudkan fitnah dan mendapat “like” dan reaksi orang lain, dan kemudian tuntut byaran dari UMNO.

Senang cari makan dan dapat pendapatan sampingan melalui kerja kotor dan fitnah. Apa agaknya hukum makan duit dengan kerja cybertrooper begini?

UMNO KEDAH: ALAMAK, KAMI KANTOI MENIPU ...

Kerajaan Kedah Tipu Rakyat?- Terjah


Pencerahan isu oleh PKWR Kupang

1. PKWR DUN Kupang bukan pengutip bayaran untuk urusan permohonan tanah oleh peneroka di Hutan Gunung Inas, Kupang. PKWR hanya bertindak sebagai pemudahcara terhadap pemohon dengan menempatkan Juruukur Bertauliah di pejabat PKWR supaya mendapatkan harga yang berpatutan di samping para pemohon tidak perlu pergi ke pejabat juruukur yang letaknya jauh dari rumah para pemohon tanah.
 
2. Rujukan di PKWR Dun Kupang mendapati nama Tahak Lahamad tidak ada dalam senarai pemohon dan pihak juru ukur tidak menerima apa-apa bayaran daripada beliau (Tahak Lahamad) seperti yang didakwa dalam akhbar baru-baru ni. Justeru itu, tindakan undang-undang berikutan fitnah ini akan difailkan oleh pihak PKWR Kupang ke atas Tahak kerana memfitnah.

3. Bayaran yang diambil (bergantung kepada keluasan tanah yang dipohon dan diusahakan) bukan untuk mendapatkan geran tanah tetapi adalah upah jurukur tanah (Prosedur biasa permohonan tanah). Pihak PKWR tidak mengambil satu senpun dari bayaran mengukur itu melainkan semuanya adalah urusan antara juruukur dan tuan tanah.
 
4.PKWR Kupang sentiasa berurusan dengan PTG berhubung permohonan tanah tersebut dan dimaklumkan permohonan tersebut dalam proses akhir kelulusan sebelum diserahkan kepada pemohon.Inilah yang menjadi 'igauan ngeri' ADUN Pembangkang (YB Azmi Che Husin-Bayu) yang sebahagian tanah pemohon terletak dalam DUN beliau tetapi mendapat pembelaan dari PKWR Kupang (YB Johari Abdullah) setelah dinafikan hak mereka sejak 50 tahun yang lalu...tiap kali pilihanraya isu pemberian hak tanah dimainkan tetapi janji tak pernah ditepati...

5.Insya Allah penyerahan akan dilakukan sendiri oleh YAB Dato' Seri DiRaja Menteri Besar Kedah kepada semua pemohon setelah segala proses permohonan diselesaikan.

ZAMBRY KADIAQ: MUFTI KAMI TENGOK SAJA KA? HARU SANA SINI DAH NI ...

Gadis "MELAYU" Bertudung Sedang Asyik Mendengar Ceramah Dari Paderi ?

Omak Kau
Benarkah sepertimana yang dituduh oleh para macai UMNO dalam siber menyatakan sebuah gereja yang terletak di Ipoh, Perak sedang giat menjalankan kegiatan "memurtadkan" gadis-gadis :Melayu"?????
Omakkau sedikit musykil sebab rakaman gambar disnap dari belakang tanpa menunjukkan wajah gadis-gadis bertudung tersebut.
Kalau sebegini sudah berlaku secara terbuka tanpa berselindung, mana mungkin Harussani, Zambry Kadir dan Jabatan Agama Islam Perak mendiamkan diri membisu!!!!!!

Lagi memelikkan semua hadirin bertudung.. Pelik bin ajaib bin hairan.. Gadis Melayu nak masuk kristian masuk gereja pakai tudung!!!!!

Dicabar supaya namakan gereja tersebut.. mampus taubat lahom tidak berani dan mampu.

NAMPAK SANGAT PENIPU, FITNAH JAHAT YANG DILAKUKAN OLEH MACAI-MACAI UMNO TANPA ADA RASA TAKUT PADA DOSA.

FITNAH SUDAH SEMACAM SANTAPAN HARIAN BAGI BALACI-BALACI UMNO DIALAM SIBER.

MAU JADIKAN ISU INI SEBAGAI ISU MENGAMIT UNDI UMAT ISLAM KEPADA UMNO TETAPI AKHIRNYA SEPERTI BIASA, MAKAN TUAN!!!!

ROSMAH: NAJIB CINTAKAN ROZITA CHE WAN ???

"Kami sama-sama suka dan Rozita balas CINTA saya" Najib Razak...

 
 "Kami sama-sama suka dan Rozita balas CINTA saya" Najib Razak...

Seorang penulis ruangan hiburan Harian Metro telah membuat kesilapan dengan menulis nama Najib Razak sedangkan nama yang sepatutnya ditulis ialah Zain Saidin.

Kesilapan ini telah membuatkan gambar di bawah disebar meluas di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi. Ada yang mengatakannya sebagai cubaan mengaitkan Najib dengan Rozita Che Wan dan tidak kurang juga yang menganggap kesilapan itu berpunca daripada ketaksuban kepada Najib Razak.

Walau apa pun perkara sebenar namun yang pasti, Kak Mah Cincin pasti melompat sekejap.. terperanjat siottt!

UMNO KEDAH: PAS/PR PERINTAH, MELAYU LENYAP ...

Q & A : MELAYU AKAN HILANG APABILA UMNO KALAH?????



Q&A (5)
Melayu akan hilang apabila Umno kalah.

Jawapan.
@Melayu sudah hilang sebelum Umno kalah lagi.

@Cara tutup taik yg Umno berak di tengah jalan, maka Umno bagi tau pd org Melayu Kampung, bahawa Pas akan gadai Melayu.

@Tulisan jawi hilang dah. DAP ka yg bunuh tulisan jawi.


@1.3 juta hektar tanah rezab Melayu sudah hilang pd thn 1995. Lepas Merdeka 1957 penjajah tinggal 3 juta hektar. Ini 18 tahun dulu? Sekarang agak2 berapa yg tinggal. Pas punya angkara ka?


@Pulau Batu Putih terlepas pd Singapura. 


@217 ekar tanah KTM pd Singapura oleh DS Najib.


@118 projek pusat di sekat di Kelantan. Apakah TGNA bukan Melayu ke?


@ DEB gagal capai 30% walau dah tamat pd thn 1990. Cuma dapat 18% saja.


@SAR dihentikan bantuan. Ini sekolah orang Melayu. Dap kah yang sekat?


@RM52 bilion saham bumiputera hilang. Thn 1985 diperuntukan RM54 bilion tapi thn 2005 hanya tinggal RM2 bilion saja. Adakah Pas punya angkara?.


@Sekat royalti minyak pd Kelantan Sbyk RM10 bilion.?. Dap ka yg sekat.


Sumber : FB Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).

PAS: BILA SPRM NAK MAI SIASAT? CEPAT LA SIKIT WEI ...

"Banglo itu milik saya"- Bekas Pengarah Siasatan jenayah Bukit Aman


[SH] IPOH – “Ya, memang itu banglo milik saya.” Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.

Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.

Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.

Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.
“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.

“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya.

Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.

"Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di shahalamrebels.blogspot.com.

Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.

Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?

"Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?" dan "Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

"Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?"

Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu.

“Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Larut berkata, tindakan beberapa pihak mendedahkan gambar rumahnya itu sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja beliau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut.

“Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka,” katanya.
P/s: Lampu hijau sudah diberikan. Apa tunggu lagi SPRM? Kalau mahu siasat, siasat juga harta pemimpin BN!

UMNO/BN: DUIT RAKYAT UNTUK KRONI KAMI ...



Hutang rakyat walaupun jumlahnya kecil dikejar sampai lubang cacing. Tetapi hutang kroni ratusan bilion dibiarkan begitu sahaja.
Kroni-kroni hidup senang lenang walaupun hutang ratusan bilion.

Kerajaan mesra KRONI bukan mesra RAKYAT.