Saturday, January 23, 2010

KEJAYAAN TERKINI KERAJAAN NEGERI KEDAH, UMNO/BN MULA BUAT PERANGAI .....

Parti Islam Se-Malaysia memperingatkan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri Kedah, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail agar tidak cuba menimbulkan kesangsian dan spekulasi yang tidak berasas terhadap keadaan ekonomi Kedah yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Gabem yang juga merupakan sayap kepada Biro Ekonomi Umno dilihat cuba menimbulkan keraguan rakyat terhadap kejayaan yang telah dilakukan oleh Pakatan di negeri berkenaan.Kedah diambil alih oleh Kerajaan Pakatan dalam keadaan negeri itu menangung hutang melebihi RM 2 Bilion setelah ditadbir BN selama 11 penggal. Selepas Pakatan memerintah, dari Januari sehingga Ogos tahun 2009, negeri kedah berjaya menarik pelaburan bernilai RM837,345,329 untuk menduduki tempat kelima dalam senarai negeri yang mencatat jumlah pelaburan tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Sehingga Oktober 2009, Kedah berjaya mengutip hasil RM211.6 juta. Peningkatan juga berlaku melibatkan kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM19 juta dan hasil balak daripada RM8 juta setahun kepada RM35 juta.11 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya menyalurkan dividen kepada kerajaan negeri sebanyak RM30 juta.Fakta yang paling jelas menunjukan kejayaan Pakatan di Kedah adalah laporan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri yang memperjelaskan bahawa perbandingan kadar kemiskinan di Kedah 2004 (zaman BN) dan 2009 (zaman Pakatan), berubah secara drastik daripada tujuh peratus kepada tiga peratus.
Kadar kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.3 peratus kepada 0.3 peratus, pendapatan kasar bulanan isi rumah meningkat daripada RM2,126 kepada RM2,408, kadar pengangguran berkurangan daripada 3.8 peratus kepada 3.3 peratus.Ini adalah fakta-fakta awal yang dinafikan oleh Gabem demi untuk mempertahan kegagalan BN di Kedah selama ini. Gabem harus bersikap realitistik bahawa Kedah kini ditadbir oleh Pakatan dan sepatutnya membantu Kerajaan negeri untuk memajukan ekonomi rakyat bukannya menimbulkan spekulasi yang boleh merugikan ekonomi negeri.
Gabem sebagai proksi Umno juga pada tahun lepas telah gagal memainkan peranannya untuk mempertahankan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dibubarkan dalam penyusunan semula Kabinet.Gabem turut bertanggungjawab membiarkan Presiden Umno memansuhkan syarat 30 peratus ekuiti bumiputra untuk pelaburan asing yang masuk ke negara ini. Sebagai badan yang kononnya mempertahankan ekonomi Melayu Gabem bersama Umno jelas telah mengkhianati orang Melayu dan bumiputra dinegara ini.PAS yakin rakyat sedar bahawa Gabem merupakan satu organisasi yang ditubuhkan demi untuk memberikan ruang kepada kroni-kroni Umno menguasai ekonomi dan GLC milik Kerajaan yang mana mereka juga bertanggungjawab untuk membantu ekonomi Umno.
Kebanyakan syarikat yang bukan ahli Gabem sering dinafikan hak untuk menerima tender Kerajaan Persekutuan selama ini. Jelas Umno dalam semua aspek cuba untuk menjahanamkan rakyat dan cuba sedaya upaya mensabotaj Kerajaan Pakatan.Diharap rakyat dapat membuka mata dengan segala fakta dan perbandingan yang diberikan. Walaupun baru dua tahun menguasai Kedah, Pakatan berjaya membuktikan bahawa pilihan rakyat dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 adalah tepat. - Ust. Idris Ahmad -Ketua Penerangan PAS Pusat / pinkturtke blogspot.
P/S- walaupun baru setahun jagung kerajaan PAS/PR kedah telah banyak melakukan perubahan dalam pemerintahan negeri. pelbagai perkara dan perubahan di laksanakan termasuk penjimatan kewangan. maka, tidak senang duduklah wakil umno/BN dan kerabat dengannya. manakan tidak, baru jek lancar BN menang-kedah senang dan kempen ntah hapa-hapa ntah anjuran umno itu. tak dak nampak perubahan apa-apa pun. rakyat buat tak tau ja. buat majlis, rakyat pi makan free pastu balik. kertas edaran depa buang tepi jalan. la ni wakil umno/BN buat tabur fitnah jer la apa lagi. guna media buat apa-apa kenyataan tanpa berpijak bumi yang nyata. dah nyata dah...BN Menang-Senang Lingkup...

Sunday, January 17, 2010

MANA Y.B PARLIMEN MERBOK ??? ADA WAKIL RAKYAT TAK NI ???

catatan: luahan rasa hati seorang pengundi Merbok. apabila rasa kecewa menguasai diri, apabila perubahan tidak di rasai dan apabila pena di jari........
Telah tercatat dalam lembaran baru sejarah di Merbok, apabila PKR (parti keadilan RAKYAT) dari pakatan rakyat telah berjaya menumbangkan UMNO/BN yang telah sekian lama menguasai parlimen ini. tsunami politik pilihanraya 12 telah turut sama mengubah parlimen merbok.
tapi itu dah jadi sejarah. pokoknya sekarang apa yang ada sekarang di sini?. apa yang Y.B PKR kita buat kat kerusi empuk di parlimen tu? kawasan tak turun melawat pun. tak pernah tengok muka pun. kalau ada hanya majlis tumpangan saja. sekadar hadir. tapi berani jamin 95% rakyat merbok tak kenal siapa Y.B Parlimen merbok. teruk sungguh. dah 2 tahun lebih, tak turun kawasan pun. jangan kata nak melawat orang sakit, lalu pun tak. Mungkin Y.B Parlimen kita tak tau sempadan merbok setakat mana. tak pun tak tau jalan masuk kampung. naya rakyat lagu ni.

kalau jalan pun tak berapa tau... nama kampung lagi tak tau. macam mana nak melawat kawasan. kalau tak melawat kawasan tak sempat, boleh hantar wakil. wakil pun tak nampak muka. isk..... rakyat marhean kat merbok macam mana ni? kalau Y.B parlimen kita sibuk sangat, kita faham. sebab selalu pergi k.l ada hal parlimen. tapi tak pernah tengok berucap pun dalam sidang parlimen. tak nampak muka pun. pergi k.l hal rakyat atau bisnes ni. ni ada rakyat dok kata dah pasai PKR. "parti kencing rakyat, parti kelentong rakyat, pemimpin kelepet rakyat". depa marah dah tu. kaalu tak buat apa-apa jugak, betoi la kot kata depa...
mungkin boleh di katakan Y.B pakatan rakyat termasuk PKR baru jadi Y.B dan menang mengejut. takkan tak bersedia? atau syok-syok masuk bertanding? tau tau tengok menang? jadi ikut suka tak buat keja? takkan macam tu kot? kami rakyat macam mana?. kalau Y.B kita tak bersedia jadi Y.B waktu bertanding... masuk buat apa. kalau jadi Y.B bidan terjun boleh di sesuaikan kot. Y.B Adun Tjg Dawai tengok baru jadi Y.B kali pertama. sempat tengok jugak muka dia sekali sekala kat DUN. kalut juga Y.B AdUN tu. jawatan macam-macam orang bagi peringkat negeri..tapi kerap juga tengok muka kat kawasan. boleh kata ramai gak kenai dia. kat paper pun kadang-kadang timbul. Y.B bukit selambau pun baru jugak. tengok pi program merata. sibuk jugak tu. ni Y.B parlimen tak dak tang mana pun.

dah 2 tahun lebih nii. takkan tak dan turun kawasan kot. kalut sungguh. bisnes apa ni. rakyat kampung macam kami ni bukan harap tolong sangat. makan minum kami cukup. bukan minta buat program apa-apa pun. mai turun sekali sekala pun tak pa. mai la kenduri kahwin kat sini ka, tengok orang mati ka, orang sakit ka. ni apa pun dak ni. dengar kata hari tu turun pi pasar malam sungai pial. lalu dengan keta. turun pun dak. lalu tengah orang ramai buat tak tau ja. kat nombot plat ada jata "ahli parlimen malaysia". tu dia....kemas sungguh Y.B kita. lalu tengah orang ramai nun..... "hon" pulak rakyat yang dok lalu tengah jalan.....juiwa rakyat sungguh..

bukan niat nak maki hamun ka, nak komplen ka. tak elok. tapi tengok la jadi lagu mana. kita sayang kat dia, sayang kat PR. dia selamba ja buat lagu tu. kalau ada pilihanraya kecik kat merbok ni...rasanya SAH Y.B Dato Parlimen kita ni bungkuih. kalu bungkuih dia sorang tak pa la. ni nak jadi kacau daun kat PR la pulak. dia sedar ke tak yang UMNO/BN merbok la ni dok bangkit dari tidoq? orang bangkit... dia pi sambung tidoq.... lu pikir la sendiri.... . kami bukan nak duit. kami tau Dato` kaya, duit banyak. kami ada duit nak makan minum kami. cuma nak berkawan dengan Y.B ja. takkan rakyat nak kawan dengan Y.B pun tak boleh. dah la Y.B tak turun kawasan, wakil dan orang kuat dia pun tak nampak muka. tak lama dah la lagu ni. kami rakyat yang tensen ......
p/s : waktu pilihanraya dulu tengok profile Dato" Y.B parlimen kita ni sakan. dedikasi dan intelek. walaupun bakal saingain dato dalam pilihanraya kan datang pun dato jugak. tapi mungkin ada banyak perbezaan. dato` merupakan orang melayu yang berjaya dengan usaha dato berbanding dato` yang satu lagi. pada asasnya dato berkait rapat dengan umno pada suatu ketika dulu. tapi kami respek dato. sayangilah rakyat disini, sayangilah kerusi ini, kasihanilah kawan-kawan dalam pakatan rakyat.... kalau dato` buat ikut suka dato`..kami pun buat ikut suka kami la .... macam mana ni dato`???

Monday, January 11, 2010

KALIMAH ALLAH : POLIS GUNA DARI DULU TAKPE PUN ...

Logo rasmi polis yang tertulis perkataan "Allah" dan "Muhammad" yang telah digunakan sejak sekian lama itu jelas sekali boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Apatah lagi "khalimah Allah" itu juga digunakan oleh anggota polis yang bukan beragama Islam.
Bayangkan mereka membawa logo Allah tersebut ke gereja, tandas atau ke tempat-tempat maksiat ketika menjalankan tugas. Bukankah ini juga boleh dikira sebagai menghina Islam. Malah, pihak polis juga boleh dikatakan menghina kerana dengan logo "Allah" pada "cap" yang mereka pakai dan diletakkan di atas kepala itu, terkadang mereka bertindak zalim dan ganas kepada umat Islam yang lain. Ini juga boleh dikatakan menghina Islam sebenarnya. Oleh itu, kita memohon supaya pihak yang berkenaan mengeluarkan fatwa tentang penggunaan "khalimah Allah" pada logo oleh anggota polis yang bukan beragama Islam ini. Jika benar mereka berjuang kerana mempertahankan Islam, mereka harus memastikan perkara ini tidak berlaku. Namun, ia sudah berlaku sejak lama dulu. Kenapa kerajaan UMNO BN dan NGO yang terbabit tidak mempertikaikan perkara ini. Kenapa pula bila timbulnya isu khalimah Allah pada majalah Herald itu mereka bukan main lagi melatah. Walhal, kes itu sudah ditangguhkan.
Kita juga mohon menteri yang menjaga agama iaitu Jamil Khir Baharom agar mengeluarkan kenyataan atas isu "logo polis" ini. Biarpun ia sudah lama berlaku, namun tidak ramai umat Islam menyedari dan menganggapnya perkara remeh temeh. Namun, sedarkah kita bahawa nama Allah itu telah dijaja ke sana sini, malah terkadang diletakkan di atas bangku, kerusi atau yang lebih rendah dari itu. Justeru itu, kita menantikan NGO terbabit untuk mengadakan demonstrasi bagi melarang penggunaan nama "Allah" pada logo pasukan polis jika mereka benar-benar tidak mahu Islam itu dihina. Jika tidak, maka ternyata isu ini hanyalah isu politik yang sengaja dimainkan bagi menunjukkan bahawa UMNO "Juara Rakyat" dalam menangani kes seperti ini. Sama-samalah kita ambil ikhtibar atas apa yang berlaku ini sebenarnya. -malaysiakini
P/S : malas nak layan geng umno/BN keparat ni.kecil-kecil tak nak sekolah pandai-pandai, bila besar menyusahkan orang. Apa yang pasti, puak-puak UMNO sebenarnya yang kini gigih memainkan isu perkauman ini sebenarnya. blogger umno terus berusaha siang malam dan suratkhabar keparat yang tak berhenti berusaha memesongkan rakyat. Mereka sengaja mahu mengaburi mata rakyat kononnya golongan ini adalah "Juara Rakyat" dalam mendepani isu-isu perkauman seperti ini. Walhal sebaliknya mereka yang bertindak mereka cipta skrip-skrip terbabit bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu utama seperti kenaikan harga gula, isu kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E, isu rompakan wang PKFZ di Selangor, isu video pengakuan Balasubramaniam tentang penglibatan Najib, Rosmah serta yang lainnya dalam kes pembunuhan Altantunya, isu laporan bedah siasat kedua Teoh Beng Hock yang membuktikan beliau mati dibunuh oleh pakar patalogi Thailand serta lain-lain isu panas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Semua ini kini seolah-olah dilupakan, apabila media arus perdana asyik memainkan isu "perkauman" susulan tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh akhbar mingguan Herald itu baru-baru ini.

Sunday, January 3, 2010

THE HERALD : PENGGUNAAN NAMA "ALLAH" UNTUK APA? KEPENTINGAN @ KEBENARAN .....

Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja. Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:
Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya. Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.

Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut.
Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka. Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.
Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.
Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.
Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.
Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.
Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima? Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini.
Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu. Maka di hadapan kita sebenarnya terbentang pelbagai "juadah" jijik yang telah disajikan kepada Islam di Mahkamah negara kita..Justeru, di mana kita?peguamkita
P/S: ???. dalam masyarakat majmuk begini, sebarang keputusan atau tindakan yang bakal diambil harus diteliti dari pelbagai aspek. jangan yang di kejar tak dapat...yang di gendong berciciran. apa yang pasti, jangan jadi hero macam pihak sebelah sana.....

PENGGUNAAN NAMA "ALLAH" : AWAS PERANGKAP UMNO-BN ...

Ada orang Umno yang marah kalau saya kata Umno memang seronok dengan keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah.Macam mana pula, bukankah ada gambar orang Umno mengangkat tangan membantah penggunaan nama itu oleh akhbar berkenaan?Dan, jangan lupa, gambar yang mengangkat tangan itu adalah orang Umno Pulau Pinang. Mengapa Pulau Pinang?Agaknya begini…
SATU - Umno berharap sangat supaya PAS bangun menentang keputusan mahkamah itu, kalau boleh bermati-matian, berdemontrasi besar-besaran.Harapan mereka bila PAS bertindak sebegitu, sedikit sebanyak akan menyumbang kepada rasa tidak puas hati di kalangan pendokong PKR yang beragama Kristian.Rasa tidak puas hati itu mungkin akan diluahkan. Pada waktu itu Umno berjaya memasukkan jarumnya untuk memecahkan kesepaduan Pakatan Rakyat.Kalau ini berlaku, perangkap Umno memang mengena. Hasrat Umno untuk memburukkan PAS pada mata orang-orang bukan Islam dikira berjaya.

DUA - Katakan pula PAS menyokong keputusan mahkamah iaitu membenarkan penerbitan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Umno memasukkan pula jarumnya di kalangan orang Islam.PAS tidak lagi berjuang Islam kerana menyokong keputusan mahkamah itu. Pada masa itu, imej PAS di kalangan orang Islam sendiri diburukkan oleh Umno.Umno boleh mencanang kemana-mana, PAS bukan berjuang Islam sebab menyokong keputusan tersebut. Perangkap Umno mengena lagi kalau PAS mengambil sikap begini.

TIGA - Katakan PAS diam sahaja, ini pun akan dicanangkan juga oleh Umno. Tengok, PAS sudah jadi kuda tunggangan DAP, tidak berani membela agama sendiri kerana menjaga hati DAP.Kalau PAS berani mengapa diam? Belalah agama…! Kesitu pulak perginya Umno.PAS ada keutamaannya, membela agama. Mana satukah makna membela agama yang sebenar? Berkelahi dengan orang bukan Islam atas isu penggunaan nama Allah? Atau, tampilkan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan rahmat untuk semua termasuk kepada orang bukan Islam?Mana lebih besar mudaratnya? Orang Kristian guna nama Allah dalam penerbitan mereka? Atau, membiarkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, perampasan hak berleluasa? -kedah la ni
p/s : kita harapkan agar pemimpin kita yang diatas sana yang dua tiga kerat tu jangan cepat sangat melatah. jangan cepat sanat menyokong. kalau kes judi, kes minum arak dan kes pecah amanah tak pulak cepat keluarkan pendapat. tiba-tiba kes agama bab nama "Allah" cepat pulak menyokong. bukan apa.....jangan ceoat sangat..nanti terbabas...

Wednesday, December 30, 2009

PERMATA MERBOK YANG HILANG : KENANGAN PERJUANGAN ALLAHYARHAM TUAN GURU HJ MANSOR HJ IBRAHIM .....

Telah lebih setahun pemergian allhyarham Tuan Guru Hj Mansor Hj. Ibrahim. tidak dapat dinafikan lagi sumbangan dan perjuangan beliau di Merbok khasnya dan di Kampung Pasir Amnya. Tok Guru Hj. Mansor atau nama penuh beliau Hj Mansor Bin Hj Ibrahim Bin Yahya Bin Abdul Rahman Ar-Rawa telah memberi impak yang amat positif bagi penduduk di sini. seorang tuan guru yang amat di segani di semua lapisan masyarakat. kini kita kehilangan beliau buat selama-lamanya.... permata yang bersinar itu, kini bukan lagi pudar tapi telah hilang ...
Beliau adalah insan yang dihormati oleh semua pihak samada PAS dan Umno. Beliau juga merupakan tonggak perpaduan disini atas ketokohan beliau. pada pandangan peribadi penulis, beliau juga setaraf dengan ulama atas ilmu yang dimilikinya. kini, masih ramai lagi anak didik dan bekas anak murid beliau di sekitar merbok ini. adalah wajar kalau dikatakan majoriti pak-pak lebai di merbok kebanyakkannya adalah anak murid beliau. begitu besarnya impak tuan guru Hj. Mansor sehingga kini...

Tuan Guru Hj. Mansor adalah merupakan seorang yang bijak berpolitik dan amat arif dalam bidang agama. Pemergiannya merupakan kehilangan yang mat besar bagi masyarakat disini. beliau secara tidak langsung merupakan pemimpin dan juga menjadi rujukan pada masyarat di sini temasuk ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang lain...
(gambar lama-diambil dari blog Y.B Adun tjg Dawai)
Sumbangan beliau dalam PAS sememangnya amt besar dan tiada nilainya.Terutamya bagi cawangan kampung pasir, padang jernih dan simpang tiga. Beliau merupakan ketua cawangan merangkap Yang Dipertua PAS kampung pasir pada akhir hayatnya. Perjuangan yang sekian lama, pahit getir yang dilalui beliau sehingga beliau akhirnya dapat melihat sendiri kemenangan PAS di DUN tanjung dawai dan Merbok (Pakatan Rakyat). Dan belum sempat genap setahun kemenangan dan pentadbiran PAS di Tanjung Dawai dan Negeri Kedah, beliau menghembuskan nafas terkhirnya menghadap Allah s.w.t, tuhan yang Esa. Jika hendak dibukukan perjuangan beliau didalam PAS, mungkin sehingga beberapa siri.

Bukan niat penulis untuk sama-sama meratapi pemergian Allahyarham Tuan guru tercinta ini, tetapi sejauh mana kesan perjuangan dan sumbangan beliau kini pada masyarat di sini. perlukah dengan ayat begini: yang pergi biarkan berlalu, yang hidup mesti diteruskan ???. sehingga kini, tiada langsung artikel,laporan, novel, posting atau buku (kecuali sedikit maklumat dari harakah) berkaitan sejarah hidup dan perjuangan beliau. bukan niat untuk mengagungkan, tetapi sekadar renungan perjuangan dan sumbangan besar beliau pada masyarakat dan agama. Ia merupakan satu sejarah riwayat hidup yang boleh di jadikan contoh teladan, terutamanya bagi jemaah PAS merbok sendiri. bukan itu sahaj, beliau juga secara tidak langsung terlibat dalam perlaksanaan PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam di Merbok...

p/s : kenangan yang ada kini hanya surau/madrasah disebelah rumah beliau yang dikenali sebagai madrasah Hj. Mansor (Madrasah Sa`aadah Al Islamiyah). Jika PAS Pusat menamakan dewannya di Taman Melewar sebagai Dewan Fadhil Noor. Jika PAS negeri menamakan dean di kompleks PAS Kedah dengan nama yang sama, apa salahnya PAS Merbok menamakan dewan di PUTIM dengan nama Tuan Guru Hj. Mansor Ibrahim. telah banyak nama tok guru merbok hilang di telan zaman, termasuk allahyarham tuan guru Abdur Rahman,allahyarham tuan guru Hj Ghazali dan lain-lainnya. mungkin nama ini juga bakal tenggelam di telan zaman. Golongan muda Merbok tidak tahu langsung berkaitan ulama-ulama besar uyang asalnya adalah dari MErbok sendiri...

Apakah kita sedar atau tidak, bahawa tiada lagi Tuan Guru atau Ulama besar di kalangan kita di Merbok kini? maka hormatilah kita kepada saki-baki golongan guru yang ada kini...

Monday, November 16, 2009

POLITIK : RUANG UNTUK CARI MAKAN ???


Mengapa ramai orang berebut rebut masuk politik? Mengapa mereka berebut mencalonkan diri mahu jadi pemimpin? Sedangkan apabila sudah jadi pemimpin jadilah dia hamba. Ia itu hamba rakyat? Benarkah ada orang kata siapa ingin glamor dan kaya masok lah politik.Kerana sekarang medan politik sudah jadi macam MLM, tempat skim cari kekayaan.

Tempat skim jadi jutawan,bukan lagi gelanggang perjuangan tetapi sudah jadi gelanggang tempat cari makan.Apabila di conggak conggak jadi PM dapat gaji mahal? Jadi MB pun mahal gaji? Jadi MP pun mahal gaji? Jadi Adun pun mahal gaji? Jadi MP dan Adun Pembangkang pun dapat gaji mahal.Itu belum kira lambakkan lain lain “side income”.Gaji? Mereka tidak heran sangat.Tetapi ini lah benda utama yang mereka idam idamkan.Side income” dari sumber “ghaib” !!???.
Politik yang kotor sudah jadi bertambah kotor bagaikan tempat pelacuran, kerana ianya sudah jadi medan politik wang. Modalnya Rakyat. Rakyat di jadikan alat dan tempat di perjudikan.Siapa yang berjaya dalam medan ini seolah olah mendapat ladang yang amat luas. Seolah olah mendapat sebuah kilang yang besar yang tidak putus putus mengeluarkan wang. Di situ dia boleh jadi jutawan tanpa buat kerja. Macam MLM income masok melalui downline. Downline dia siapa? pembodek dan pemberi rasuah!Orang politik sekarang bukan sahaja bertarung dengan parti lawan.

Mereka bertarung sesama sendiri.Bertarung sesama sendiri di dalam parti untuk menguasai parti, kerana di situ pun ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan. Maka berlakulah tikam kawan sendiri, khianat mengkhianati, jatuh menjatuhkan. Dan di sesetengah negara lain ada bunuh membunuh.Maka daripada medan politik kotor inilah lahir pemimpin pemimpin negara yang menjaga negara dan rakyat, agama dan bangsa.Maka lahirlah mereka ini sebagai penyangak penyangak negara, agama dan bangsa yang bertauliah! Lahirlah lanun lanun terhormat! Pencuri pencuri berlesen.

Mengaut wang rakyat dan negara!Setiap musim piliharaya rakyat memilih pemimpin mereka, dari parti pilihan mereka agar lahir pemimpin pemimpin pembela rakyat dan cinta agama dan negara, agar nasib mereka terbela. Jawapannya sama juga. Pemimpin baru dari parti yang baru tidak ada beza.Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi. Hanya mengharap dan mengharap.Harapan tidak kunjing tiba.

Begitulah terjadi di setiap plihanraya nasib rakyat tetap tidak terbela. Yang senang hanya segelintir. Yang susah dan menderita itulah yang ramai.Sedangkan pemimpin pemimpin terus jadi kaya melalui perniagaannya di medan politik. Duit dari sumber “ghaib” masuk dan terus masuk!

Sunday, November 8, 2009

PAS MERBOK : MARI KITA SAMA-SAMA MUHASABAH & FIKIR SEJENAK ...

Sudah menjadi kebiasaan bagi orang yang tertentu untuk berfikir dan menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran dan bermain-main di benak dengan cara apa sekalipun. tidak kira suka atau tidk, pahit atau manis... yang penting dapat diluahkan....
apa yang hendak dikongsi bersama adalah muhasabah dan fikirkan sejenak demi PAS Kawasan Merbok. bukan kerana akan pupus, bukan kerana akan lenyap,bukan kerana hilang pengaruh tetapi atas dasar sayangkan PAS. bagi anak-anak dan belia yang sedia lahir dalam kelurga PAS, mereka hanya tahu mak bapak mereka adalah orang PAS, jadi secara automatik mereka PAS jugalah.
maka, sejak dari dulu cara itulah yang berkembang dalam PAS, sehingga berlaku tsunami politik sekali-sekala seperti baru-baru ini sehingga menenggelamkan umno/BN di parliman merbok dan dun tanjung dawai. namun sejauh mana pengaruh PAS, kefahaman dan tahap pengetahuan perjuangan mereka dalam PAS???.pendek kata kebanyakkan mereka hanya pak turut semata-mata. tsunami politik yang melanda hanya sementara dan keadaan mungkin akan kembali sedia-kala bila-bila masa seprti yang kita sedia maklum.....

apa yang kelihatan sekarang bagi kawasan ini sekarang, ada sesuatu yang tidak kena. seolah-olah berdiam diri dan main sapu bawah tikar. lebih kurang sama dengan umno merbok. masalah dalaman wujud, tetapi pakat tutup mulut. masalah akan dibiarkan suam dan basi begitu saja. kemudian tutup kes. mungkin itulah cara kita parti melayu, tak kira belah mana, dengan cara hidup melayu. bukan kita harapkan sebuah jemaah yang amat mantap dan berkuasa serta amat berpemgaruh. tapi ntah kenapa.....

adakah kita telah kehilangan ustaz yang juga bertaraf ulama di merbok?, menyebabkan kita lesu dan kurang minat dalam berpolitik dalam parti?kalau macam tu senang, letak jawatan kalau dah tak mampu. tapi yang jelas, bukan itu masalahnya. sebenarnya kurang berminat di jawatan itu..cuma nak tumpang sekaki saja... ini masalahnya..... jadi, mohon kita sama-sama renungkan, muhasabah dan fikir sejenak. kemana kita nak pi ni? seolah kian muram durja dan lesu. bukan kerana daif aktiviti, bukan kerana kekeringan idea, tetapi kurangnya komitmen dan tanggungjawab. menang muktamar, lepas tue macam lepas tangan. pada amnya, ahli PAS, penyokong, sukarelawan di kawasan ini tidak pernah kurang sokongan sedikitpun dan tidak berbelah bagi kepada pimpinan PAS kawasan. yang bermasalah mungkin AJK ja kot. jika ada program, baik ceramah atau apa-apa sekalipun penuh dengan penyokong.

memetik cadangan tuan guru nik abdul aziz nikmat yang kontroversi, ianya agak terkena sipi-sipi pada batang hidung kawasan ini. jika perlu berubah...apa salahnya kita berubah. jika tidak kita perlu fikir masa depan politik di sini. tidak juga salah kalau kita muhasabah demi kepentingan masyarakat dan parti. apa salahnya....

p/s: komen,bangkangan,sindirian dan apa-apa tulisan penulis di ruangan ini serta sebelum ini di dalam blog, bukan berniat untuk menyakiti sesiapa, bukan niat untuk jatuhkan sesiapa tetapi atas rasa tanggungjawab sayangkan dan cintakan PAS...
nota:
dulu......kita berpakat,kita bermesyuarat kumpul derma,keluar zakat mintak sumbanagn sana sini untuk mantapkan PAS Merbok. sehingga sampai ke timur, hingga ke selatan pelosok tanah air untuk membina PUTIM Merbok. demi perjuangan PAS disini untuk menangkan PAS di DUN tanjung dawai dan parlimen merbok. akhirnya Allah beri nikmat kemenangan kepada kita di DUN ini untuk berkhidmat dan buktikan kita mampu yang terbaik. namun kita alpa... ini bukan akhirnya...ini adalah PERMULAAN kita...
kini.......PUTIM sunyi sepi. aktiviti yang diwar-warkan dahulu belum tahu statusnya. PAS sebenarnya alternatif utama menggantikan umno., tetapi hampir menyerupai umno. jika atas alasan wang dan budget mungkin benar sebabnya, etetapi bagaimana dengan hal-hal lain. seperti kini PAS menang di DUN, sedang menang dan dalam kemenangan. apakah akan menag lagi??? jangan biarkan Y.B dan sekerat dua dok pulun siang malam berkhidmat kepada rakyat. jangan hanya tunggu dan lihat saja, apa nak jadi. apa semua nie..... mari kita berubah....

BLOG Y.B ADUN TJG DAWAI DI SERANG ???

Blog Y.B Dr. Hj. Hamdan Adun Tanjung Dawai yang memaparkan aktiviti sekitar DUN dan lain-lain kini di serang!!! antara yang terpapar kini :

Shoutbox Ruang Aduan dikeluarkan buat sementra waktu kerana disalahguna oleh individu tak bertanggungjawab untuk mencerca dan melemparkan kata-kata kesat.Akan dimasukkan semula apabila keadaan sudah reda. - Admin.

sapa punya keja? satu tindakan bangang menghentam dengan cara begitu. blog untuk berkongsi maklumat dan pandangan, tetapi disalah guna oleh mereka-mereka yang kurang kecerdikan untuk membut benda tak senonoh. penuh dengan maki hamun, caca merba dan bahasa kesat dilemparkan. gara-gara kedah kalah dalam bola sepak.
apa barang nie... benda kecik ciput, nak maki hamun. hek.....eleh macam lah yang kutuk tue minat sangat bola... awat..ingat kita bleh jadi macam Manchester united ? Chelsea? Liverpool?. sendiri mau ingat laa. minat sangat la konon, pi stadium pun dak... orang banyak lagi keja lain nak buat. bukan dok keja sembang kosong ja...
p/s : admin leh adakan balik shoutbox kot.puak-puak tue kena ajaq sikit...