Sunday, October 25, 2009

KAMI SOKONG TOK GURU .....

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
Kategori: Isu Semasa


Latarbelakang:Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:
“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:


“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)Apa isunya? Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Sunday, September 27, 2009

PENGAKUAN AHLI UMNO: TERANG LAGI BERSULUH : RASUAH & HABUAN SEKS PERKARA BIASA DALAM UMNO .....

Saya penuh yakin bahawa dimana-mana bahagian UMNO diseluruh negara menghadapi fenomina / masalah yang sama - duit menguasai parti. Bagaimanapun asas kepada penulisan posting ini adalah merujuk kepada Bahagian dimana saya menjadi ahli kerana ianya lebih jelas dan sukar untuk dipertikaikan oleh sesiapa sekiranya mereka jujur kepada diri sendiri.
Bahagian saya - P kosong cangkul-cangkul - perebutan kuasa dalam pemilihan yang lalu sangat hebat dan diakui melebihi bahagian-bahagian lain dinegeri saya yang luas dengan hutan rimba walaupun kayu-kayan yang ada didalamnya hanyalah tinggal sebesar kulup gajah saja akibat pembalakan yang sistemetik (pencerobohan haram yang dihalalkan - gamaknya lah!).Dalam sayap puteri UMNO, kepimpinannya masih selamat walaupun ada tentangan. Ini kerana puteri yang mula sekali bermesyuarat, jadi tidak ada sebarang panduan ataupun terjejas dengan gelombang yang melanda.

Pergerakan Pemuda juga tidak ada cabaran hebat kerana pemegang jawatan adalah seorang Datuk dan ADUN. Pergerakan Wanita UMNO menyaksikan tumbangnya penyandang kepada tokoh baru, bagaimana pun tiada sebarang wawasan yang dibawanya, dan para perwakilan pun tidak pedulikannya asalkan mereka menerima sedikit buah tangan dan cenderahati kerana memberikan undi mereka.Pertandingan hebat adalah dalam UMNO Bahagian sendiri. Katua bahagian enggan menerima perlantikan dari PM sebagai timbalan menteri mungkin kerana rajuk dan mahukan lebih.

Timbalan ketua bahagian juga bagaikan kematian uri kerana tidak lagi diantik sebagai exco kerajaan negeri lalu bertindak untuk merebut jawatan ketua. Naib ketua yang bekas seorang ADUN ingin melonjak naik dan bertanding jawatan timbalan yang kosong namun di tentang oleh ketua pemuda bahagian yang lebih ramai penyokong kerana lebih jumlah karung-karung duit. Maka keputusan menyaksikan bahawa yang lebih banyak memberi akan lebih banyak menerima.

Begitulah UMNO telah mencatatkan sejarah hitamnya. Parti yang bergelumang dengan daki dunia. Apabila PM (ketika itu) perkenalkan Pertaniaan adalah satu perniagaan makan kita dengan sinis menyatakan bahawa perwakilan juga satu perniagaan. Kerana itulah bangsa melayu dalam UMNO yang menjadi perwakilan sudah bertekad dalah hati untuk bersungguh-sungguh jadi perwakilan hanya kerana ingin mendapat imbuhan bagi hasil jualan undi mereka kelak.Maka ahli jawatankuasa yang terpilih dibahagian adalah dari kalangan mereka-mereka yang murah hati memberi dan bukan lagi mereka-mereka yang sebenarnya ikhlas berjuang untuk parti.

Inilah sebenarnya yang meruntuhkan UMNO. Lalu apakah yang dapat UMNO lakukan untuk membela bangsa? Jawapannya adalah tidak ada kerana mereka yang terpilih akan berjuang untuk diri mereka sendiri semata-mata. Mendapatkan segala semula pelaburan yang telah mereka buat.Maka yang menjadi ahli jawatankuasa bukanlah dari mereka yang layak berdasarkan rekod dan pencapaian sumbangan kepada bangsa dan negara bahkan mereklah yang menjadi penyangak dalam merebut segala dari kerajaan termasuk dalam mendapatkan tender=tender dari kerajaan dengan sokongan menteri-menteri tertentu.

Kerana itulah bila kita digula-gulakan bahawa UMNO sedang berubah maka kita merasa semakin menyampah.Di bahagian saya ini bukan setakat skandal rasuah politik bahkan ada juga skandal hubungan anak ikan diantara seorang ahli jawatankuasa wanita yang dah terlajak tetapi lupa diri dengan seorang ahli jawatankuasa bahagian yang ingin mengambil kesempatan atas kegersangan nafsu serakah seorang perempuan yang sedang mabuk kuasa. Maka musuh-musuh politik dari parti sebelah sana dengan senyum menghina UMNO yang sedang menuju kehancuran.
di petik dari blogger umno: braveheart-blogger., kuantan, pahang.

Thursday, August 27, 2009

17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu- Datuk Kamaruddin

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Saturday, August 22, 2009

ADUN LUNAS BELOT : ADA KAITAN DENGAN PLAN BN KEDAH ???

LAPORAN BONGKAR PLAN BN SEBELUM INI ....

Semalam orang Iboi, Baling telefon bagitau sebuah kereta Exco nombor plat KBN 333 (ADUN LUNAS ???) ada di rumah Adun Bayu, YB Azmi Che Husin, depa panggil Pak Lang Mi. Apa yang ada di Iboi rumah Pak Lang Mi? Pak Lang Mi ialah bekas Pegawai Khas kepada bekas MB Kedah, MK (MAHADHIR KHALID) .Kalau tak percaya depa suruh aku pi tengok, Kalau boleh masuk sergah dalam rumah, apa nak jadi!

Dari Sungai Petani ke Baling la ni setengah jam saja. Aku kata biaq pi laa, depa nak buat pelancongan di Lata Celak ka, Air Panas Ulu Legong ka, trek 4X4 baru ka॥Pak Lang Mi pun minat 4X4 juga la ni.Sehari sebelum itu, di sebuah rumah di belakang kompleks membeli belah di Sungai Petani (DEKAT UMAH DATO` TAJUL URUS), rumah tukang urut, ada 2 buah kereta milik Exco juga (PLANNING NAK LOMPAT JUGAK)- maybe seorang dari s.p bakar arang dan sidam)। Pujuk memujuk dikatakan berlaku di rumah itu. Lama juga ia berlangsung sehingga kawan aku penat menunggu, Sampai masuk waktu maghrib, dia pun belah la, depa tu tak payah sembahyang Maghrib.

- MAKA, jika benar laporan media tentang kebelotan ADUN Lunas, radhi salleh tu..maka akan ada lagi yang kan belot selepas ino. ini kerana rancangan tersebut telah sekian lama di atur oleh pihak BN. maka selepas ini mungkin ada lagi yang secara terang-terang berpakat dengan BN. malahan pula ADUN Lunas terbabit baru ini terdedah kepada laporan salah guna wang di mana membuat tuntukan perjalanan yang tidak masuk akal dan sedang di siasat. apa lagi.... umno pi injek sikit....abis. kena getah la dia. sudah menjadi lumrah bagi wakil rakyat dari PKR yang kurang pendidikan agama serta tidak faham apa makna amanah rakyat. jenis spesis umno nie..sama ja. suka kedarah benda haram. habih pakat jadi haram jadah....

PELAQNYA SEORANG Y.B BILA JADI BARUA UMNO DI KEDAH ....


Laporan media arus perdana hari ini (23 Ogos), memetik tentang dua orang pemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah Darul Aman, termasuk seorang anggota Exco Kerajaan Negeri mengumumkan keluar parti itu semalam. Mereka terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radhi Salleh (foto) yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia. Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Seorang lagi Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan. Serentak dengan itu, Jamaludin juga membubarkan seluruh jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam oleh kedua-dua belas pemimpin PKR itu.

-[Persoalannya sekarang ialah kenapa pembubaran dan tindakan keluar parti dilakukan dua hari menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir?. Tambahan pula, kenapa sidang media itu dilakukan di Kuala Lumpur dan bukan Alor Setar?. Apakah mereka ini juga telah termakan "gula-gula" habuan lumayan yang ditawarkan oleh UMNO kepada mereka?. Jika ini berlaku, maka kedua-dua pemimpin ini memang bukan pejuang sejati dan sama seperti Exco Perak yang durhaka dan khianat kepada rakyat itu.
Apa sudah jadi kepada Parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Darah perjuangan yang mengalir dalam tubuh pemimpin mereka masih belum sebati dan bersemangat seperti pemimpin PAS. Satu langkah drastik perlu diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Biar apa pun yang diperkatakan oleh kedua-dua pemimpin PKR terbabit, rakyat lebih tahu yang sememangnya mereka dijanjikan kemewahan oleh pemimpin UMNO gara-gara tindakan yang dilakukan ini. Apakah insiden ini dapat merubah sokongan rakyat kepada PAS di Permatang Pasir. Apapun, tahniah juga diucapkan kepada kedua-dua pemimpin terbabit yang sanggup menjadi "kambing hitam" UMNO bagi menarik simpati rakyat kepada Barisan Nasional !].

Tuesday, August 11, 2009

1 MALAYSIA : KITA AMAT LEMBAB DALAM TANGANI SELSEMA BABI H1N1 ...

Berdasarkan bilangan kes-kes yang semakin meningkat saban hari, tidak termasuk lagi jumlah institusi-institusi yang terlibat dalam proses kuarantin, pemimpin Malaysia masih lagi leka dan seronok membilang jumlah kes yang bertambah setiap hari.
Utusan dan Berita Harian tidak ada berita lain yang dipaparkan selain daripada membuat kira-kira bilangan rakyat yang semakin dijangkiti. Kita tidak pasti sehingga angka kematian yang ke berapakah yang boleh menyebabkan kerajaan Malaysia mewajibkan pemakian topeng muka.Sehingga hari ini, tiada lagi tindakan kerajaan untuk mengambil langkah mewajibkan pemakaian topeng muka seperti di Thailand.
Sepatutnya, walaupun terdapat satu kes, tindakan segera hendaklah di ambil.Iklan berkaitan mengelakkan Swine Flu di televisyen daripada kementerian kesihatan tidak bermaya, lembap dan kurang agresif. Iklan hanya seperti iklan mencegah denggi. Sepatutnya iklan tersebut memaparkan bahawa H1N1 boleh berjangkit melalui udara terutamanya kawasan-kawasan pasaraya.
Kelembapan tindakan kerajaan Malaysia ini mungkin disebabkan tiada anak isteri atau saudara mara menteri-menteri yang dikuarantin atau terkena H1N1. Kami yakin tindakan sepantas kelajuan cahaya akan diambil sekiranya anak bini menteri terkena Swine Flu.Setiap hari, ada sahaja berita tentang tempat yang dikuarantin tetapi setiap hari juga jabatan-jabatan kerajaan masih menganjurkan pelbagai majlis keramaian termasuklah mesyuarat-mesyuarat rasmi skala besar di hotel-hotel dan golf resort.
Artikel ringkas ini, ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar perubatan agar mendesak pensyarah-pensyarah perubatan mereka mendesak golongan pakar perubatan di Malaysia agar menasihati pemimpin yang lembab.Setakat ini, kami masih menunggu laporan desakan daripada Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia terhadap kementerian kesihatan. Apakah mereka tidak tahu betapa bahayanya Swine Flu dan vaksin palsu yang bakal ditempah oleh Ismail Merican?
---INI LAH KITA DIBAWAH pimpinan raja rasuah 1 malaysia. nak beli topeng muka kat rakyat pun x dak duit. bukan 2 saja, kat hospital pun boleh kata nak bagi semua pesakit pakai topeng pun x cukup. dah la tue, kat farmasi pulak x leh jual banyak2. dengar kata harga naik lepas ni? habih tu...nak bagi rakyat malaysia pupus semua...bleh lah pm syer harta negara dengan anak, bini kaum kerabat jer la kot ...

Wednesday, August 5, 2009

" TAK MAU TERFITNAH" : ingatan untuk org pas dan pimpinan di merbok, banggol,semeling,dan kawasan yg sewaktu dgannya

Sampai balik rumah dari Demo Mansuh ISA jam 3.15 pagi. YB Naset hantar sampai rumah, lena atas kereta tak sedar habaq sampai Ust Mud gerak........ sampai dah depan rumah.
Bertolak lewat balik dari KL kerana dok adjust peserta yang kena tahan Polis dari......... Baling satu bas, Jerlun 5 orang, Kuala Kedah 10 orang , Alor Setar 2 orang...............

Bukan nak cerita Demo ISA, tetapi teringat nak pesan kepada Bekas AJK Pemuda PAS Negeri Kedah, ahli pemuda PAS Kedah yang pegang jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan mana-mana pun la. Jika tidak mahu terfitnah, maka janganlah buat kerja-kerja yang boleh menimbulkan fitnah.

Wahai pemuda dan pemudi ku.........

Akhlak adalah nombor wahid............... teknikal tidak berguna lagi setelah akhlak tercemar.

1. Kerjalah elok-elok untuk Kerajaan dan Rakyat setelah kamu memilih profesion itu. Jangan otak dok pusin ligat pikiaq pasai lain banyak sangat.
2. Tak payah lah dok pikiag nak cari duit kat PAS, cari lah duit kat kamu secara halal dan selepas itu duit gaji kamu sedekahlah kat PAS, itu lebih berkat dan terelak fitnah.
3. Jangan mudah percaya dan ikut arahan kepada mereka yang bergelar 'pimpinan' secara membuta tuli terutama bila membabitkan hal Maddiyyah , fikirlah dengan sebaik-baik tanyalah sahabat lama yang lebih mengetahui sejarah lama.
4. Elakkan dari melakukan perkara yang syubahat.
5. Kadang-kadang kena bijak dan kena sedar adakah kita telah bekerja untuk jamaah atau bekerja untuk individu.
6. Buat kerja biarlah terang, jelas dan tidak teragak-agak untuk menghebahkan kalau kita buat betul. Kerja suk-sik dalam gelap terutama melibat 3 perkataan yang 2 huruf belakangnya ada .............. it.
7. Bila kamu telah memilih jadi pejawat awam........ jadilah penjawat awam yang baik, jangan masa yang sama itu dok pulun nak berniaga........... silap-silap pulun berniaga lebih dari bertugas sebagai penjawat awam. Itu orang panggil tak dak etika.
8. Bagi pemuda-pemuda yang nak dapat kontrak dari kerajaan, pergilah usaha macam masa UMNO memerintah dulu, gunalah kepakaran yang ada, kalau dapat......... dapatlah kalau tak dapat bukan rezeki, tak payahlah dok sendai perkataan hawar ini..............berbunyi "Bagi la projek tu kat saya......... nanti saya sumbang lah kat PAS".
9. Jadikan Islam sebagai Panduan dalam segala hal................ tanyalah diri sendiri sebelum membuat perkara yang dirasakan meragukan............. fekahnya macam mana? Lulus lepas itu kena tanya pula............. akhlaknya macam? kurang baik............ maka jangan buat, bahaya bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk keluarga, masyarakat, jamaah dan negeri............ kalau buat perkara yang kurang akhlaknya.
10. Detailkan perkataan retorik masa belum memerintah dulu, untuk menjadi garis panduan kamu antaranya ialah :-
a. Kami Benci Rasuah - tetapi kita buat rasuah kerana tak tahu secara terperinci apa itu rasuah.
b. Kami Anti Salahguna kuasa - tetapi kita melakukan perbuat salah guna kuasa kerana tidak faham secara terperinci apa itu salah guna kuasa.
c. Kami menentang diskriminasi - tetapi kita juga melakukan diskriminasi kerana tidak menghayati erti diskriminasi.

Aku mengerti pemuda dan pemudiku............ kita bukan maksum.Tetapi awasilah diri kita dari fitnah dunia......... yang akan mengkaburi mata dan hati kita.

Fikirlah sedalam-dalamnya tidak ada apa untungnya........... jika kerja yang kita buat tidak berkat, dilihat tidak beretika............. lebih-lebih lagi apabila dipercakapkan sebagai tidak berakhlak..............
Nota: Syabas kita semua yang sama-sama bertempur dengan pihak FRU dengan "empty hands" melawan gas dan air racun di pusat bandaraya Ibu Negara Satu Malaysia. Kalau rajin aku cerita detik-detik cemas itu.
(from blog - arisawang)
-terima kasih atas makluman tuan. semoga ramai lagi golongan pejuang2 dalam pas seperti anda.

Friday, July 24, 2009

CENTRAL SQUARE SP : PUNCA SOSIAL REMAJA CELAKA ...

Pusat Hiburan Di Pusat Membeli Belah,
Sekolah Gejala Sosial
- oleh UNGGAS - Landas
[Suatu kajian kes Ringkas di Central Square Sungai Petani]
Gagak, Ular dan ulat di ‘Pasar Hiburan’

Tingkat lima dan empat pusat membeli-belah Central Square, Sungai Petani sudah sinonim dengan kehadiran puluhan pemuda dan pemudi berumur semuda 11 tahun hingga lewat 30-an dengan pelbagai ragam fesyen rambut dan pakaian. Punk, Skin Head, Black Metal, Gothic, Emo, dan yang terbaru budaya Shuffle telah sekian lama berakar-umbi disini dan berlumba-lumba menjangkiti pengunjung-pengunjung baru yang masih mentah yang mencari hiburan untuk jiwa mereka. Kumpulan-kumpulan ini bergerak dengan tersusun didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang tanpa rasa bersalah mengaut keuntungan diatas kerosakan akhlak muda mudi ini. Modus operandi mereka ialah menggunakan muzik dan fesyen sebagai alat.

Tingkat lima Central Square merupakan pusat yang menyediakan tempat hiburan seperti bilik-bilik karaoke, permainan video, snooker dan panggung wayang. Terdapat 30 kotak karaoke yang mirip jamban awam yang tersusun panjang. Sebuah ‘karaoke jamban’ ini boleh memuatkan sehingga 5 orang bersaiz dewasa dalam keadaan bersesak. Sebuah lagu yang hendak dinyanyikan perlu dibayar wang berjumlah RM1 untuk satu lagu. Tertera di hadapan deretan kotak karaoke ini papan tanda bertulis, ‘Pusat Hiburan Sihat Keluarga’. Namun, perkataan terbabit sedikitpun tidak menggambarkan perkara sebenar yang berlaku di pusat karaoke berkenaan. ‘Jamban-jamban’ ini menjadi tempat yang strategik bagi pasangan-pasangan kekasih muslim bermadu kasih dan pemuda-pemudi kita berkhayal tanpa arah tujuan.
Lebih parah lagi, pihak pengurusan seolah-olah tidak mengendahkan peraturan apabila membiarkan sahaja kanak-kanak sekolah memasuki premis mereka. Selain pusat karaoke ini, pusat permainan video, pusat snooker dan panggung wayang juga menjadi tempat remaja-remaja ponteng sekolah melepak dan berhibur. Ditingkat lima inilah tempat persidangan pemuda-pemudi bermasalah yang bukan sahaja datang dari sekitar Sungai Petani malahan dari Gurun, Baling, Pendang, Gerik, Seberang Prai dan setiap ceruk Negeri Kedah. Matlamat mereka adalah bertemu dan bertukar-tukar fikiran tentang ‘tora’ (gam), thai song, thai siam, tahi girls, song kala, dadah ice, belen (bohsia), rempit, gaya-gaya barat terbaru, video lucah melayu rakaman telefon-telefon bimbit mereka, dan belajar ilmu baru tentang subculture-subculture yang mereka anuti.
Penyangak Moral
Budaya negatif remaja bermasalah ini akan lebih tertonjol bila penyagak-penyagak moral bergelar ‘event manager’ menganjurkan konsert-konsert sama ada dengan lesen atau tanpa lesen. Melalui tinjauan yang kami lakukan, penyagak-panyagak ini biasanya mengambil jalan mudah dengan membuat rundingan untuk mengadakan konsert di pusat-pusat membeli belah hanya dengan persetujuan suka sama suka antara ‘event manager’ dan pemilik pusat membeli belah terbabit tanpa merujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Konsert-konsert ini diadakan di kawasan lapang seluas kira-kira 30 x 30 meter persegi dibelakang kotak-kotak karaoke di Aras 4 dan 5.
Pada waktu-waktu biasa yang tidak diadakan konsert, kawasan ini dijadikan oleh remaja-remaja shuffle untuk menari-nari tanpa arah. Sekali lagi ditegaskan bahawa mereka ini adalah pelajar-pelajar sekolah bawah umur dan kebiasaannya ponteng sekolah semata-mata untuk bershuffle.
Muzik dan Fesyen soldadu kemaksiatan
Tingkat empat Center Square pula tidak kurang hebatnya dalam merosakkan moral pemuda-pemudi masa depan Negeri Kedah. Disini tempat berhiburnya lebih exklusif. Pusat karaoke dibina dengan bilik-bilik khas yang boleh menempatkan sehingga 10 orang. Bayarannya berdasarkan jumlah jam yang dihabiskan untuk berhibur. Walaupun dipintu hadapan premis ini tertampal peringatan berkenaan kesalahan seksyen 5 dan seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) Kedah 1988, namun ianya terlalu kecil dan suasana didalam bilik berkenaan tersorok dan gelap seolah-olah menggalakkan perbuatan maksiat.
Tidak cukup dengan muzik, pemuda-pemudi kita juga dimabukkan dengan puluhan kedai baju dan aksesori yang mempromosikan budaya-budaya subculture dan budaya barat. Kedai-kedai ini juga menjadi pusat untuk mempromosikan konsert-konsert haram underground yang disebut ‘gig’. Segala macam fesyen dan aksesori punk, skin head, black metal, shuffle dan pelbagai lagi budaya kuning dijual disini.
Sekolah gejala Sosial dan Latihan Praktikal mereka
[Arak, Narkoba dan Seks]
Perlu dijelaskan bahawa kegiatan tidak bermoral pemuda-pemudi kita tidak hanya berkitar di Central Square (CS) sahaja. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, pusat-pusat hiburan yang dibina didalam pusat membeli belah sebenarnya adalah sebuah ‘sekolah’ dan ‘dewan orang ramai’ untuk para remaja bermasalah ini belajar ilmu-ilmu baru yang merosakkan dan berkenalan dengan remaja-remaja lain seangkatan dengan mereka. Selepas belajar, bertukar-tukar fikiran dan bersosial di Central Square, mereka akan ke ‘port’ (tempat lepak) masing-masing biasanya diapartment terbengkalai dibelakang Centre Square, ditepi jambatan keretapi, dibangunan PKNK distesyen bas, di hujung bangunan Wisma Bandaran dan di lorong-lorong belakang kedai untuk melakukan aktiviti lanjutan mereka. Tidak lain, aktiviti kebiasaan mereka adalah seks bebas dan khayal dengan gam dan samsu ‘thai song, thai girls, thai siam, song kala’.
Samsu adalah arak yang dihasilkan secara haram kerana kandungan alkoholnya yang sehingga 40 – 70 peratus adalah tidak dibenarkan, kilang penghasilannya masih tidak dapat dikenalpasti. Arak ini juga dijenamakan dengan pelbagai jenama lain seperti ‘Thai Siam’, ‘Song Kala’, ‘Thai Song’, ‘Thai Girls’, ‘Cap Lelaki Botak’ dan ‘Cap Buluh’. Arak ini tidak dijual secara terbuka tetapi dijual secara haram oleh individu-individu di rumah-rumah persendirian dan dikedai-kedai mereka yang kebanyakan boleh didapati disekitar pasar hiburan sebegini termasuk di sekitar Central Square (CS).
Gejala seks bebas bermula antara lain dengan kegiatan pornografi yang berteberan merata-rata melalui VCD murahan, internet dan video-phone. Ini telah menjadi satu alat bantu mengajar (ABM) yang berbahaya dan menyemarakkan budaya seks bebas. Central Square (CS) dan pasar hiburan sebegini menyediakan semua prasarana yang diperlukan samada DVD/VCD, cyber café dan wifi, tempat-tempat pertemuan teman-teman untuk download, bluetooth dan MMS, serta bertemu teman-teman belen (bohsia)dan ‘pendrive’ serta tidak kurang juga ruang-ruang gelap seks cepat. Kawasan-kawasan gelap CS termasuk di tangga kecemasan bomba telah digunakan untuk aktiviti seks oleh remaja dan belia dimana tompok-tompok air mani dan kondom sering dijumpai ketika pemantau UNGGAS dibuat.
Dadah dan Gam juga menjadi fenomena yang memenuhi sekitaran pasar hiburan termasuk juga CS. Gam boleh diperolehi dengan mudah dipelbagai kedai terutamanya kedai 24jam seperti 7 eleven. Beberapa port dan usrah Gam telah dikenalpasti disekitar CS. Syabu dan Ice yang menjadi ikutan baru remaja dan belia boleh diperolehi dengan mudah hanya dengan satu panggilan telefon kepada tokan. Tokan biasanya hanya akan melayan panggilan tempahan dari ‘regular customer’ yang biasanya menjadikan Pasar Hiburan seperti CS sebagai tempat perkenalan awal.
Menangani kesan bala Sekolah Gejala Sosial
Titik tolak segala aktiviti ini dibandar Sungai Petani adalah daya penarik yang utama iaitu Central Square, satu dari banyak sekolah gejala sosial yang bertanggungjawab merosakkan nilai moral masyarakat. Situasi ini tidak hanya berlaku di Central Square, tetapi di pusat-pusat membeli belah yang lain seperti Village Mall juga di Sungai Petani, Central Point di Alor Star malahan di The Summit di Bukit Mertajam dan Megamall di Seberang Perai.
Maka, sudah tiba masanya pihak kerajaan menilai semula polisi yang digunakan terhadap pusat-pusat membeli-belah sebelum generasi pemuda hari ini memusnahkan nilai moral masyarakat pada masa hadapan. Apalah gunanya keuntungan berjuta ringgit daripada operasi pusat-pusat hiburan yang dibenarkan dibuka dipusat-pusat membeli belah ini yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk keluarga membeli barangan keperluan tanpa risau akan pengaruh negatif yang sentiasa mencari peluang meracuni pemikiran anak-anak kita.
Konsep baru pusat-pusat membeli belah yang sihat untuk pengguna perlu dilaksanakan. Tempat untuk keluarga membeli barangan dapur, pakaian keluarga, buku dan barang-barang keperluan lain perlu dipisahkan dengan pusat-pusat hiburan. Pusat-pusat hiburan sepatutnya dibuka dikawasan khas yang memudahkan pemantauan dibuat oleh pihak berkuasa.
Konsep gedung membeli belah yang selamat dan sihat mungkin boleh digunapakai. Gedung membeli belah seperti ini, tidak mencampurkan aktiviti membeli barangan keperluan dengan aktiviti hiburan. Namun, jika gedung membeli belah besar yang berkonsep seperti ini dibuka, keadilan terhadap peniaga-peniaga kecil juga perlu diambil kira oleh Kerajaan.
-masalah seperti ini memerlukan sokongan semua pihak untuk mengatasinya. masalah ini semakin panik. tidak cukup dengan central square ... ada lagi yang timbul .... carnival lagi, village mall, centre point, billion, park avenue.. masyaallah...limgkup remaja kita. baru-baru nie umno/bn kedah nak atoq plan..nak bawak pujuk geng golongan muda dalam umno. jadi nkita harapkan positiflah. kalau setakat nak memperbodohkan, memperdayakan, memperjudikan, memporak perandakan atau memperkudakan golongan muda ... baik lupakan saja. sudah banyak kerosakkan yang telah anda lakukan di kedah selama 50 tahun. la tengok..apa jadi dengan anak cucu hangpa nie.......