Laporan media arus perdana hari ini (23 Ogos), memetik tentang dua orang pemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah Darul Aman, termasuk seorang anggota Exco Kerajaan Negeri mengumumkan keluar parti itu semalam. Mereka terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radhi Salleh (foto) yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia. Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Seorang lagi Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan. Serentak dengan itu, Jamaludin juga membubarkan seluruh jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam oleh kedua-dua belas pemimpin PKR itu.
-[Persoalannya sekarang ialah kenapa pembubaran dan tindakan keluar parti dilakukan dua hari menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir?. Tambahan pula, kenapa sidang media itu dilakukan di Kuala Lumpur dan bukan Alor Setar?. Apakah mereka ini juga telah termakan "gula-gula" habuan lumayan yang ditawarkan oleh UMNO kepada mereka?. Jika ini berlaku, maka kedua-dua pemimpin ini memang bukan pejuang sejati dan sama seperti Exco Perak yang durhaka dan khianat kepada rakyat itu.
Apa sudah jadi kepada Parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Darah perjuangan yang mengalir dalam tubuh pemimpin mereka masih belum sebati dan bersemangat seperti pemimpin PAS. Satu langkah drastik perlu diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Biar apa pun yang diperkatakan oleh kedua-dua pemimpin PKR terbabit, rakyat lebih tahu yang sememangnya mereka dijanjikan kemewahan oleh pemimpin UMNO gara-gara tindakan yang dilakukan ini. Apakah insiden ini dapat merubah sokongan rakyat kepada PAS di Permatang Pasir. Apapun, tahniah juga diucapkan kepada kedua-dua pemimpin terbabit yang sanggup menjadi "kambing hitam" UMNO bagi menarik simpati rakyat kepada Barisan Nasional !].
No comments:
Post a Comment