Thursday, August 27, 2009

17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu- Datuk Kamaruddin

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Saturday, August 22, 2009

ADUN LUNAS BELOT : ADA KAITAN DENGAN PLAN BN KEDAH ???

LAPORAN BONGKAR PLAN BN SEBELUM INI ....

Semalam orang Iboi, Baling telefon bagitau sebuah kereta Exco nombor plat KBN 333 (ADUN LUNAS ???) ada di rumah Adun Bayu, YB Azmi Che Husin, depa panggil Pak Lang Mi. Apa yang ada di Iboi rumah Pak Lang Mi? Pak Lang Mi ialah bekas Pegawai Khas kepada bekas MB Kedah, MK (MAHADHIR KHALID) .Kalau tak percaya depa suruh aku pi tengok, Kalau boleh masuk sergah dalam rumah, apa nak jadi!

Dari Sungai Petani ke Baling la ni setengah jam saja. Aku kata biaq pi laa, depa nak buat pelancongan di Lata Celak ka, Air Panas Ulu Legong ka, trek 4X4 baru ka॥Pak Lang Mi pun minat 4X4 juga la ni.Sehari sebelum itu, di sebuah rumah di belakang kompleks membeli belah di Sungai Petani (DEKAT UMAH DATO` TAJUL URUS), rumah tukang urut, ada 2 buah kereta milik Exco juga (PLANNING NAK LOMPAT JUGAK)- maybe seorang dari s.p bakar arang dan sidam)। Pujuk memujuk dikatakan berlaku di rumah itu. Lama juga ia berlangsung sehingga kawan aku penat menunggu, Sampai masuk waktu maghrib, dia pun belah la, depa tu tak payah sembahyang Maghrib.

- MAKA, jika benar laporan media tentang kebelotan ADUN Lunas, radhi salleh tu..maka akan ada lagi yang kan belot selepas ino. ini kerana rancangan tersebut telah sekian lama di atur oleh pihak BN. maka selepas ini mungkin ada lagi yang secara terang-terang berpakat dengan BN. malahan pula ADUN Lunas terbabit baru ini terdedah kepada laporan salah guna wang di mana membuat tuntukan perjalanan yang tidak masuk akal dan sedang di siasat. apa lagi.... umno pi injek sikit....abis. kena getah la dia. sudah menjadi lumrah bagi wakil rakyat dari PKR yang kurang pendidikan agama serta tidak faham apa makna amanah rakyat. jenis spesis umno nie..sama ja. suka kedarah benda haram. habih pakat jadi haram jadah....

PELAQNYA SEORANG Y.B BILA JADI BARUA UMNO DI KEDAH ....


Laporan media arus perdana hari ini (23 Ogos), memetik tentang dua orang pemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah Darul Aman, termasuk seorang anggota Exco Kerajaan Negeri mengumumkan keluar parti itu semalam. Mereka terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radhi Salleh (foto) yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia. Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Seorang lagi Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan. Serentak dengan itu, Jamaludin juga membubarkan seluruh jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam oleh kedua-dua belas pemimpin PKR itu.

-[Persoalannya sekarang ialah kenapa pembubaran dan tindakan keluar parti dilakukan dua hari menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir?. Tambahan pula, kenapa sidang media itu dilakukan di Kuala Lumpur dan bukan Alor Setar?. Apakah mereka ini juga telah termakan "gula-gula" habuan lumayan yang ditawarkan oleh UMNO kepada mereka?. Jika ini berlaku, maka kedua-dua pemimpin ini memang bukan pejuang sejati dan sama seperti Exco Perak yang durhaka dan khianat kepada rakyat itu.
Apa sudah jadi kepada Parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Darah perjuangan yang mengalir dalam tubuh pemimpin mereka masih belum sebati dan bersemangat seperti pemimpin PAS. Satu langkah drastik perlu diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Biar apa pun yang diperkatakan oleh kedua-dua pemimpin PKR terbabit, rakyat lebih tahu yang sememangnya mereka dijanjikan kemewahan oleh pemimpin UMNO gara-gara tindakan yang dilakukan ini. Apakah insiden ini dapat merubah sokongan rakyat kepada PAS di Permatang Pasir. Apapun, tahniah juga diucapkan kepada kedua-dua pemimpin terbabit yang sanggup menjadi "kambing hitam" UMNO bagi menarik simpati rakyat kepada Barisan Nasional !].

Tuesday, August 11, 2009

1 MALAYSIA : KITA AMAT LEMBAB DALAM TANGANI SELSEMA BABI H1N1 ...

Berdasarkan bilangan kes-kes yang semakin meningkat saban hari, tidak termasuk lagi jumlah institusi-institusi yang terlibat dalam proses kuarantin, pemimpin Malaysia masih lagi leka dan seronok membilang jumlah kes yang bertambah setiap hari.
Utusan dan Berita Harian tidak ada berita lain yang dipaparkan selain daripada membuat kira-kira bilangan rakyat yang semakin dijangkiti. Kita tidak pasti sehingga angka kematian yang ke berapakah yang boleh menyebabkan kerajaan Malaysia mewajibkan pemakian topeng muka.Sehingga hari ini, tiada lagi tindakan kerajaan untuk mengambil langkah mewajibkan pemakaian topeng muka seperti di Thailand.
Sepatutnya, walaupun terdapat satu kes, tindakan segera hendaklah di ambil.Iklan berkaitan mengelakkan Swine Flu di televisyen daripada kementerian kesihatan tidak bermaya, lembap dan kurang agresif. Iklan hanya seperti iklan mencegah denggi. Sepatutnya iklan tersebut memaparkan bahawa H1N1 boleh berjangkit melalui udara terutamanya kawasan-kawasan pasaraya.
Kelembapan tindakan kerajaan Malaysia ini mungkin disebabkan tiada anak isteri atau saudara mara menteri-menteri yang dikuarantin atau terkena H1N1. Kami yakin tindakan sepantas kelajuan cahaya akan diambil sekiranya anak bini menteri terkena Swine Flu.Setiap hari, ada sahaja berita tentang tempat yang dikuarantin tetapi setiap hari juga jabatan-jabatan kerajaan masih menganjurkan pelbagai majlis keramaian termasuklah mesyuarat-mesyuarat rasmi skala besar di hotel-hotel dan golf resort.
Artikel ringkas ini, ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar perubatan agar mendesak pensyarah-pensyarah perubatan mereka mendesak golongan pakar perubatan di Malaysia agar menasihati pemimpin yang lembab.Setakat ini, kami masih menunggu laporan desakan daripada Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia terhadap kementerian kesihatan. Apakah mereka tidak tahu betapa bahayanya Swine Flu dan vaksin palsu yang bakal ditempah oleh Ismail Merican?
---INI LAH KITA DIBAWAH pimpinan raja rasuah 1 malaysia. nak beli topeng muka kat rakyat pun x dak duit. bukan 2 saja, kat hospital pun boleh kata nak bagi semua pesakit pakai topeng pun x cukup. dah la tue, kat farmasi pulak x leh jual banyak2. dengar kata harga naik lepas ni? habih tu...nak bagi rakyat malaysia pupus semua...bleh lah pm syer harta negara dengan anak, bini kaum kerabat jer la kot ...

Wednesday, August 5, 2009

" TAK MAU TERFITNAH" : ingatan untuk org pas dan pimpinan di merbok, banggol,semeling,dan kawasan yg sewaktu dgannya

Sampai balik rumah dari Demo Mansuh ISA jam 3.15 pagi. YB Naset hantar sampai rumah, lena atas kereta tak sedar habaq sampai Ust Mud gerak........ sampai dah depan rumah.
Bertolak lewat balik dari KL kerana dok adjust peserta yang kena tahan Polis dari......... Baling satu bas, Jerlun 5 orang, Kuala Kedah 10 orang , Alor Setar 2 orang...............

Bukan nak cerita Demo ISA, tetapi teringat nak pesan kepada Bekas AJK Pemuda PAS Negeri Kedah, ahli pemuda PAS Kedah yang pegang jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan mana-mana pun la. Jika tidak mahu terfitnah, maka janganlah buat kerja-kerja yang boleh menimbulkan fitnah.

Wahai pemuda dan pemudi ku.........

Akhlak adalah nombor wahid............... teknikal tidak berguna lagi setelah akhlak tercemar.

1. Kerjalah elok-elok untuk Kerajaan dan Rakyat setelah kamu memilih profesion itu. Jangan otak dok pusin ligat pikiaq pasai lain banyak sangat.
2. Tak payah lah dok pikiag nak cari duit kat PAS, cari lah duit kat kamu secara halal dan selepas itu duit gaji kamu sedekahlah kat PAS, itu lebih berkat dan terelak fitnah.
3. Jangan mudah percaya dan ikut arahan kepada mereka yang bergelar 'pimpinan' secara membuta tuli terutama bila membabitkan hal Maddiyyah , fikirlah dengan sebaik-baik tanyalah sahabat lama yang lebih mengetahui sejarah lama.
4. Elakkan dari melakukan perkara yang syubahat.
5. Kadang-kadang kena bijak dan kena sedar adakah kita telah bekerja untuk jamaah atau bekerja untuk individu.
6. Buat kerja biarlah terang, jelas dan tidak teragak-agak untuk menghebahkan kalau kita buat betul. Kerja suk-sik dalam gelap terutama melibat 3 perkataan yang 2 huruf belakangnya ada .............. it.
7. Bila kamu telah memilih jadi pejawat awam........ jadilah penjawat awam yang baik, jangan masa yang sama itu dok pulun nak berniaga........... silap-silap pulun berniaga lebih dari bertugas sebagai penjawat awam. Itu orang panggil tak dak etika.
8. Bagi pemuda-pemuda yang nak dapat kontrak dari kerajaan, pergilah usaha macam masa UMNO memerintah dulu, gunalah kepakaran yang ada, kalau dapat......... dapatlah kalau tak dapat bukan rezeki, tak payahlah dok sendai perkataan hawar ini..............berbunyi "Bagi la projek tu kat saya......... nanti saya sumbang lah kat PAS".
9. Jadikan Islam sebagai Panduan dalam segala hal................ tanyalah diri sendiri sebelum membuat perkara yang dirasakan meragukan............. fekahnya macam mana? Lulus lepas itu kena tanya pula............. akhlaknya macam? kurang baik............ maka jangan buat, bahaya bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk keluarga, masyarakat, jamaah dan negeri............ kalau buat perkara yang kurang akhlaknya.
10. Detailkan perkataan retorik masa belum memerintah dulu, untuk menjadi garis panduan kamu antaranya ialah :-
a. Kami Benci Rasuah - tetapi kita buat rasuah kerana tak tahu secara terperinci apa itu rasuah.
b. Kami Anti Salahguna kuasa - tetapi kita melakukan perbuat salah guna kuasa kerana tidak faham secara terperinci apa itu salah guna kuasa.
c. Kami menentang diskriminasi - tetapi kita juga melakukan diskriminasi kerana tidak menghayati erti diskriminasi.

Aku mengerti pemuda dan pemudiku............ kita bukan maksum.Tetapi awasilah diri kita dari fitnah dunia......... yang akan mengkaburi mata dan hati kita.

Fikirlah sedalam-dalamnya tidak ada apa untungnya........... jika kerja yang kita buat tidak berkat, dilihat tidak beretika............. lebih-lebih lagi apabila dipercakapkan sebagai tidak berakhlak..............
Nota: Syabas kita semua yang sama-sama bertempur dengan pihak FRU dengan "empty hands" melawan gas dan air racun di pusat bandaraya Ibu Negara Satu Malaysia. Kalau rajin aku cerita detik-detik cemas itu.
(from blog - arisawang)
-terima kasih atas makluman tuan. semoga ramai lagi golongan pejuang2 dalam pas seperti anda.

Friday, July 24, 2009

CENTRAL SQUARE SP : PUNCA SOSIAL REMAJA CELAKA ...

Pusat Hiburan Di Pusat Membeli Belah,
Sekolah Gejala Sosial
- oleh UNGGAS - Landas
[Suatu kajian kes Ringkas di Central Square Sungai Petani]
Gagak, Ular dan ulat di ‘Pasar Hiburan’

Tingkat lima dan empat pusat membeli-belah Central Square, Sungai Petani sudah sinonim dengan kehadiran puluhan pemuda dan pemudi berumur semuda 11 tahun hingga lewat 30-an dengan pelbagai ragam fesyen rambut dan pakaian. Punk, Skin Head, Black Metal, Gothic, Emo, dan yang terbaru budaya Shuffle telah sekian lama berakar-umbi disini dan berlumba-lumba menjangkiti pengunjung-pengunjung baru yang masih mentah yang mencari hiburan untuk jiwa mereka. Kumpulan-kumpulan ini bergerak dengan tersusun didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang tanpa rasa bersalah mengaut keuntungan diatas kerosakan akhlak muda mudi ini. Modus operandi mereka ialah menggunakan muzik dan fesyen sebagai alat.

Tingkat lima Central Square merupakan pusat yang menyediakan tempat hiburan seperti bilik-bilik karaoke, permainan video, snooker dan panggung wayang. Terdapat 30 kotak karaoke yang mirip jamban awam yang tersusun panjang. Sebuah ‘karaoke jamban’ ini boleh memuatkan sehingga 5 orang bersaiz dewasa dalam keadaan bersesak. Sebuah lagu yang hendak dinyanyikan perlu dibayar wang berjumlah RM1 untuk satu lagu. Tertera di hadapan deretan kotak karaoke ini papan tanda bertulis, ‘Pusat Hiburan Sihat Keluarga’. Namun, perkataan terbabit sedikitpun tidak menggambarkan perkara sebenar yang berlaku di pusat karaoke berkenaan. ‘Jamban-jamban’ ini menjadi tempat yang strategik bagi pasangan-pasangan kekasih muslim bermadu kasih dan pemuda-pemudi kita berkhayal tanpa arah tujuan.
Lebih parah lagi, pihak pengurusan seolah-olah tidak mengendahkan peraturan apabila membiarkan sahaja kanak-kanak sekolah memasuki premis mereka. Selain pusat karaoke ini, pusat permainan video, pusat snooker dan panggung wayang juga menjadi tempat remaja-remaja ponteng sekolah melepak dan berhibur. Ditingkat lima inilah tempat persidangan pemuda-pemudi bermasalah yang bukan sahaja datang dari sekitar Sungai Petani malahan dari Gurun, Baling, Pendang, Gerik, Seberang Prai dan setiap ceruk Negeri Kedah. Matlamat mereka adalah bertemu dan bertukar-tukar fikiran tentang ‘tora’ (gam), thai song, thai siam, tahi girls, song kala, dadah ice, belen (bohsia), rempit, gaya-gaya barat terbaru, video lucah melayu rakaman telefon-telefon bimbit mereka, dan belajar ilmu baru tentang subculture-subculture yang mereka anuti.
Penyangak Moral
Budaya negatif remaja bermasalah ini akan lebih tertonjol bila penyagak-penyagak moral bergelar ‘event manager’ menganjurkan konsert-konsert sama ada dengan lesen atau tanpa lesen. Melalui tinjauan yang kami lakukan, penyagak-panyagak ini biasanya mengambil jalan mudah dengan membuat rundingan untuk mengadakan konsert di pusat-pusat membeli belah hanya dengan persetujuan suka sama suka antara ‘event manager’ dan pemilik pusat membeli belah terbabit tanpa merujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Konsert-konsert ini diadakan di kawasan lapang seluas kira-kira 30 x 30 meter persegi dibelakang kotak-kotak karaoke di Aras 4 dan 5.
Pada waktu-waktu biasa yang tidak diadakan konsert, kawasan ini dijadikan oleh remaja-remaja shuffle untuk menari-nari tanpa arah. Sekali lagi ditegaskan bahawa mereka ini adalah pelajar-pelajar sekolah bawah umur dan kebiasaannya ponteng sekolah semata-mata untuk bershuffle.
Muzik dan Fesyen soldadu kemaksiatan
Tingkat empat Center Square pula tidak kurang hebatnya dalam merosakkan moral pemuda-pemudi masa depan Negeri Kedah. Disini tempat berhiburnya lebih exklusif. Pusat karaoke dibina dengan bilik-bilik khas yang boleh menempatkan sehingga 10 orang. Bayarannya berdasarkan jumlah jam yang dihabiskan untuk berhibur. Walaupun dipintu hadapan premis ini tertampal peringatan berkenaan kesalahan seksyen 5 dan seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) Kedah 1988, namun ianya terlalu kecil dan suasana didalam bilik berkenaan tersorok dan gelap seolah-olah menggalakkan perbuatan maksiat.
Tidak cukup dengan muzik, pemuda-pemudi kita juga dimabukkan dengan puluhan kedai baju dan aksesori yang mempromosikan budaya-budaya subculture dan budaya barat. Kedai-kedai ini juga menjadi pusat untuk mempromosikan konsert-konsert haram underground yang disebut ‘gig’. Segala macam fesyen dan aksesori punk, skin head, black metal, shuffle dan pelbagai lagi budaya kuning dijual disini.
Sekolah gejala Sosial dan Latihan Praktikal mereka
[Arak, Narkoba dan Seks]
Perlu dijelaskan bahawa kegiatan tidak bermoral pemuda-pemudi kita tidak hanya berkitar di Central Square (CS) sahaja. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, pusat-pusat hiburan yang dibina didalam pusat membeli belah sebenarnya adalah sebuah ‘sekolah’ dan ‘dewan orang ramai’ untuk para remaja bermasalah ini belajar ilmu-ilmu baru yang merosakkan dan berkenalan dengan remaja-remaja lain seangkatan dengan mereka. Selepas belajar, bertukar-tukar fikiran dan bersosial di Central Square, mereka akan ke ‘port’ (tempat lepak) masing-masing biasanya diapartment terbengkalai dibelakang Centre Square, ditepi jambatan keretapi, dibangunan PKNK distesyen bas, di hujung bangunan Wisma Bandaran dan di lorong-lorong belakang kedai untuk melakukan aktiviti lanjutan mereka. Tidak lain, aktiviti kebiasaan mereka adalah seks bebas dan khayal dengan gam dan samsu ‘thai song, thai girls, thai siam, song kala’.
Samsu adalah arak yang dihasilkan secara haram kerana kandungan alkoholnya yang sehingga 40 – 70 peratus adalah tidak dibenarkan, kilang penghasilannya masih tidak dapat dikenalpasti. Arak ini juga dijenamakan dengan pelbagai jenama lain seperti ‘Thai Siam’, ‘Song Kala’, ‘Thai Song’, ‘Thai Girls’, ‘Cap Lelaki Botak’ dan ‘Cap Buluh’. Arak ini tidak dijual secara terbuka tetapi dijual secara haram oleh individu-individu di rumah-rumah persendirian dan dikedai-kedai mereka yang kebanyakan boleh didapati disekitar pasar hiburan sebegini termasuk di sekitar Central Square (CS).
Gejala seks bebas bermula antara lain dengan kegiatan pornografi yang berteberan merata-rata melalui VCD murahan, internet dan video-phone. Ini telah menjadi satu alat bantu mengajar (ABM) yang berbahaya dan menyemarakkan budaya seks bebas. Central Square (CS) dan pasar hiburan sebegini menyediakan semua prasarana yang diperlukan samada DVD/VCD, cyber café dan wifi, tempat-tempat pertemuan teman-teman untuk download, bluetooth dan MMS, serta bertemu teman-teman belen (bohsia)dan ‘pendrive’ serta tidak kurang juga ruang-ruang gelap seks cepat. Kawasan-kawasan gelap CS termasuk di tangga kecemasan bomba telah digunakan untuk aktiviti seks oleh remaja dan belia dimana tompok-tompok air mani dan kondom sering dijumpai ketika pemantau UNGGAS dibuat.
Dadah dan Gam juga menjadi fenomena yang memenuhi sekitaran pasar hiburan termasuk juga CS. Gam boleh diperolehi dengan mudah dipelbagai kedai terutamanya kedai 24jam seperti 7 eleven. Beberapa port dan usrah Gam telah dikenalpasti disekitar CS. Syabu dan Ice yang menjadi ikutan baru remaja dan belia boleh diperolehi dengan mudah hanya dengan satu panggilan telefon kepada tokan. Tokan biasanya hanya akan melayan panggilan tempahan dari ‘regular customer’ yang biasanya menjadikan Pasar Hiburan seperti CS sebagai tempat perkenalan awal.
Menangani kesan bala Sekolah Gejala Sosial
Titik tolak segala aktiviti ini dibandar Sungai Petani adalah daya penarik yang utama iaitu Central Square, satu dari banyak sekolah gejala sosial yang bertanggungjawab merosakkan nilai moral masyarakat. Situasi ini tidak hanya berlaku di Central Square, tetapi di pusat-pusat membeli belah yang lain seperti Village Mall juga di Sungai Petani, Central Point di Alor Star malahan di The Summit di Bukit Mertajam dan Megamall di Seberang Perai.
Maka, sudah tiba masanya pihak kerajaan menilai semula polisi yang digunakan terhadap pusat-pusat membeli-belah sebelum generasi pemuda hari ini memusnahkan nilai moral masyarakat pada masa hadapan. Apalah gunanya keuntungan berjuta ringgit daripada operasi pusat-pusat hiburan yang dibenarkan dibuka dipusat-pusat membeli belah ini yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk keluarga membeli barangan keperluan tanpa risau akan pengaruh negatif yang sentiasa mencari peluang meracuni pemikiran anak-anak kita.
Konsep baru pusat-pusat membeli belah yang sihat untuk pengguna perlu dilaksanakan. Tempat untuk keluarga membeli barangan dapur, pakaian keluarga, buku dan barang-barang keperluan lain perlu dipisahkan dengan pusat-pusat hiburan. Pusat-pusat hiburan sepatutnya dibuka dikawasan khas yang memudahkan pemantauan dibuat oleh pihak berkuasa.
Konsep gedung membeli belah yang selamat dan sihat mungkin boleh digunapakai. Gedung membeli belah seperti ini, tidak mencampurkan aktiviti membeli barangan keperluan dengan aktiviti hiburan. Namun, jika gedung membeli belah besar yang berkonsep seperti ini dibuka, keadilan terhadap peniaga-peniaga kecil juga perlu diambil kira oleh Kerajaan.
-masalah seperti ini memerlukan sokongan semua pihak untuk mengatasinya. masalah ini semakin panik. tidak cukup dengan central square ... ada lagi yang timbul .... carnival lagi, village mall, centre point, billion, park avenue.. masyaallah...limgkup remaja kita. baru-baru nie umno/bn kedah nak atoq plan..nak bawak pujuk geng golongan muda dalam umno. jadi nkita harapkan positiflah. kalau setakat nak memperbodohkan, memperdayakan, memperjudikan, memporak perandakan atau memperkudakan golongan muda ... baik lupakan saja. sudah banyak kerosakkan yang telah anda lakukan di kedah selama 50 tahun. la tengok..apa jadi dengan anak cucu hangpa nie.......

Wednesday, July 22, 2009

BILA SI BANGANG JADI MENTERI ....

Dengan satu tindakan yang mengulangi kezaliman bekas Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Said yang pernah membatalkan MoU di lima buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat serta sifat kebudak-budakan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegah ketua jabatan dan agensi pusat daripada menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kerajaan Perak sewaktu Perak dikuasai Pakatan Rakyat, hari ini, hal yang sama diulangi oleh seorang menteri UMNO BN.


Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar telah menegah semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang berkuatkuasa serta merta.Alasan Menteri berkenaan ialah kerana kononnya kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.Sedangkan apa yang cuba diselindungi olehnya ialah percubaan beliau untuk tidak menyalurkan pembangunan dan peruntukan pusat kepada ke negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.Sikap yang ditunjukkan oleh menteir-menteri bermentaliti rendah ini jelas menampakkan bahawa mereka tidak memahami dan mematuhi konsep federalisma yang didokong oleh Perlembagaan Negara yang mana adalah menjadi tanggungjwab untuk kerajaan pusat untuk membangunkan negeri-negeri sekalipun ianya diperintah oleh parti yang berbeza dengan parti di peringkat pusat.
Hal yang sama telah dilakukan sebelum ini oleh beberapa menteri seperti Dato Mustapha Mohd yang dengan kedudukannya sebagai ahli majlis Perunding Ekonomi Negara telah melakukan sekatan peruntukan pembangunan bagi negeri Kelantan.Sikap kerajaan BN tidak pernah berubah untuk menzalimi rakyat yang tidak memilih UMNO BN.Jika demikian halnya adalah amat wajar untuk rakyat negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak lagi perlu membayar cukai kepada kerajaan pusat lantaran tindakan menteri-menteri berkenaan yang mengambil sikap diskriminasi terhadap rakyat negeri-negeri berkenaan.Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat perlu membuat bantahan keras terhadap kenyataan terbaru Noh Omar berkenaan disamping mengheretnya ke muka pengadilan jika terbukti ianya menyalahi Perlembagaan dan undang-undang negara

Menteri Bangang : Awat Hang Ingat Kami Tak Bayaq Cukai Ka Nak Diskiriminasi Negeri Kami ..?? - bloglist-politik-malaysia

Datuk Chua Jui Meng : mengapa saya keluar MCA dan Masuk PKR ...

Katanya tempoh bersama BN selama 30 tahun banyak memberi pengalaman yang telah membuka mata beliau untuk berhijrah dari parti itu dan berhasrat untuk membawa 'harapan baru' kepada pentadbiran negara dengan menyertai PKR. Beliau berkata,

"Terdapat banyak sebab kenapa saya meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Sudah 30 tahun saya dalam MCA, menjadi anggota pentadbir termasuk memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan selama Sembilan tahun. Pada hujung hayat ini baru nak masuk parti pembangkang setelah saya melihat peristiwa yang berlaku di sini, pertamanya bermula dari isu Perak di mana BN telah merampas kuasa.
Terdapat satu media bertanyakan pendapat saya mengenai isu tersbut dan saya telah mencadang perlu adakan pilihan raya di Perak, tapi BN tidak setuju. Institut Persekutuan, PDRM, MACC dan lain-lain ini tugas sebenar adalah untuk menjaga hak rakyat Malaysia, tapi sebaliknya digunakan untuk mengancam rakyat kita. Ini merupakan hal kedua kenapa saya masuk ke PKR.
Hal ketiga adalah bagaimana BN nak buat dakwaan terhadap pemimpin PKR dengan membawa ke mahkamah secara selektif. Ini adalah satu cara untuk mendikriminasikan tokoh politik kita di pihak PKR. Kes sodomi DSAI juga memperlihatkan BN sengaja mewujdkan propaganda.
Parti MCA bukan sebahagian daripada konspirasi itu tapi dating satu parti iaitu UMNO yang telah menghumbankan beliau ke penjara selama enam tahun, kasihan kepada Datin Azizah dan juga anak-anak yang masih bersekolah. Setelah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, sekarang timbul pula sodomi yang kedua".Chua yang juga Bekas menteri kesihatan ,turut melahirkan rasa bangga apabila 323 ahli MCA cawangan Sungai Besar di bawah kepimpinan Lim dan Goh, akan mengikut langkah beliau menyertai PKR. Menurut Chua penyertaan itu sedikit sebanyak mampu mengukuhkan parti PKR di kawasan berkenaan dan mengharapkan agar ahli MCA kawasan lain akan turut mengikut langkah tersebut. Beliau berkata,

"Jika nak satu kerajaan yang adil terhadap Negara yang terdiri daripada berbilang kaum, kita semua hendaklah memainkan peranan, kita perlu bekerja kuat untuk dirikan bendera PKR di Malaysia".Dalam pada itu, Ketua Umum PKR, DSAI menyifatkan kemasukan Datuk Chua dan ahli MCA lain ke PKR adalah berpunca daripada hilangnya kepercayaan mereka terhadap kerajaan BN. Beliau dalam ceramahnya berkata, konspirasi BN itu telah menjadikan pemerintahan negara seperti zaman gila dan kacau bilau apabila yang salah dibela dan yang benar dihukum. Beliau berkata,
"Setelah pengalaman dalam kerajaan dilhat kacau bilau dan haru biru, keadaan sekarang tidak ada pilihan maka mengambil keputusan segera untuk membawa perubahan kepada Negara tercinta.
Dengan semangat itu telah membawa anak-anak muda MCA Taman Ria dan Taman Desa yang turut sama, kerana tahu bahawa BN dan UMNO di zaman kacau bilau dan tidak ikut amanah, rosak akhlak, pemimpin rasuah dan salah guna kuasa. Sama seperti pemerintahan di zaman gila.
Zaman gila ini apabila orang rasuah dianggap baik, orang zalim diangkat, orang yang nak menegakkan keadilan di humban ke penjara, orang yang nak perbetulkan keadaan di lempar jatuh mati".Sementara itu kepimpinan MCA Kuala Selangor Goh The Seng dan Lim Chee Ho melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusannya menyertai PKR kerana yakin parti tersebut mampu untuk membawa 'harapan baru' kepada kawasan itu. Beliau berkata,
"Rasa gembira kerana akhirnya kita sedar di mana jalan ekspresi yang sepatutnya kita pilih menggalakkan ahli-ahli poltik kita dalam membantu rakyat. Harapan utama adalah untuk mengatasi masalah rakyat setempat terutamanya yang berkenaan dengan majls daerah selepas itu peringkat negeri dan nasional.
Sudah hampir empat tahun saya dalam MCA tapi pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana mendapat tekanan daripada orang atasan, sekarang hanya bergantung kepada ahli-ahli untuk menwujudkan kekuatan. Tiada apa yang luar biasa, ada harapan yang lebih cerah untuk penduduk setempat di sini. Saya ambil sebagai contoh langkah yang telah di sebut oleh Datuk Chua".