Wednesday, November 2, 2022

SUSUNAN CALON ZAHID HAMIDI, WALAU ADA CIRI KEBERANIAN, RAMAI YAKIN CUMA MAMPU MENANG KURANG 40 KERUSI PARLIMEN

 



Daripada satu segi, berdasarkan senarai calon-calon BN yang diumumkan semalam, ia dengan ketara menunjukkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memiliki suatu keberanian yang boleh diberikan pujian.

Bukan senang untuk mengenepikan mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri daripada terus dicalonkan, terutama jika mereka itu masih ghairah dengan jawatan tersebut dan berjawatan tinggi pula dalam parti.

Lima menteri – Shahidan Kassim, Annuar Musa, Noh Omar, Dr. Adham Baba dan Halimah Saddique – telah tidak dicalonkan semula beserta sejumlah timbalan menteri dan mereka yang berpengaruh yang lain sebagaimana diumumkan dalam majlis pengumuman senarai calon yang diadakan malam tadi.

Tetapi, Zahid Hamidi telah berjaya melakukannya sehingga jumlah menteri dan timbalan menteri yang digugurkannya kali ini boleh dikata yang teramai sekali tercatat dalam sejarah UMNO.

Menggugurkan muka lama untuk digantikan dengan muka baru memang suatu langkah terpuji dan proses yang baik untuk masa depan parti.

Tetapi, mengundurkan terlalu ramai menteri dan timbalan menteri dalam keadaan UMNO lemah serta cabaran parti lawan pula kuat tentu saja boleh mengundang masalah.

Bukan saja mereka yang digugurkan itu boleh melakukan sabotaj dan tidak menggerakkan jentera pilihan raya, bahkan mereka juga boleh dipikat oleh parti lawan untuk terus bertanding bagi menentang BN.

Setakat ini Shahidan Kassim dan Annuar Musa nampaknya hampir pasti akan bertanding atas tiket parti lawan bagi menentang calon BN di kawasan yang diwakilinya sebelum ini.

Perkhabaran yang diterima mengesahkan kedua-duanya masih mampu menang, biar pun bertanding atas tiket parti lain.

Kalau pun yang lain yang digugurkan itu tidak turut sama bertanding dan beralih menyokong parti lawan, kekecewaan penyokong terhadap mereka yang tidak terpilih itu akhirnya akan menyebabkan ramai ahli parti jadi lemah semangat, tidak mahu bekerja atau mungkin akan mengundi parti lain.

Semua ini pasti mengurangkan peluang BN untuk menang di kawasan tersebut.

Sementara itu, walaupun terlihat memiliki keberanian, Zahid Hamidi dilihat tidak cukup bijaksana dalam memilih dan mengatur calon-calon baru yang cuba diketengahkannya.

Muka-muka baru yang diketengahkannya dilihat tidak benar-benar berwibawa, bersih, memiliki rekod yang baik serta diterima masyarakat setempat untuk menjadi pengganti yang lebih baik kepada muka lama yang digugurkannya itu.

Sesetengahnya terlalu mentah, baru dalam politik dan tidak setanding imejnya dengan mereka yang digugurkan, walhal ada calon lain dalam bahagian berkenaan yang boleh diketengahkan.

Di sana-sini mulai kedengaran pelbagai cerita tidak baik, malah gambar-gambar calon-calon baru itu dalam keadaan tidak sewajarnya juga mula bertebaran di media sosial.

Semua ini pasti mengurangkan peluang BN untuk menang di kawasan tersebut.

Kali ini juga agak ramai calon luar kawasan atau calon payung terjun ditampilkan – misalnya Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dari Kelantan ke Gerik, Perak; Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan dari Selangor ke Padang Besar, Perlis; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dari Selangor ke Alor Gajah Melaka; Hasni Mohamad dari Pontian ke Simpang Renggam; Dr Mashitah Ibrahim dari Baling ke Kuala Kedah dan Razali Ibrahim dari Muar ke Pagoh.

Harus difahami UMNO adalah parti berdasarkan kawasan dan mereka yang aktif di kawasan itu biasanya akan dipilih sebagai calon di kawasan berkenaan.

UMNO sukar menerima calon luar dan sebab itu jarang-jarang calon UMNO diletakkan bertanding ke kawasan lain, malah ramai yang kalah kerana bertanding di luar kawasan seperti Megat Junid Megat Ayob daripada Pasir Salak tapi kalah apabila dipindahkan bertanding ke Parit.

Bekas Bendahari UMNO, Azim Zabidi juga pernah kalah apabila diarahkan bertanding di Bukit Gantang daripada kawasannya aktif berpolitik di Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan.

Penolakan pengundi tempatan, ditambah dengan UMNO bahagian turut tidak memberi sokongan sebaiknya, ini boleh menyebabkan calon luar atau calon payung terjun berkenaan lebih mudah ditimpa kekalahan.

Di beberapa kawasan lain, perbalahan dalaman, enggan bekerja dan menutup bilik gerakan kerana kerusi di kawasan itu diberi kepada parti komponen juga merupakan masalah yang perlu ditangani oleh UMNO.

Semua itu akhirnya akan menyebabkan jumlah kerusi yang diyakini boleh dimenangi jadi berkurangan.

Berdasarkan pengumuman calon semalam yang dijangka akan menimbulkan lebih banyak masalah yang berangkai, sabotaj di sana sini, mereka yang digugurkan bertanding semula atas tiket parti lain dan ahli parti jadi hilang semangat, harapan BN untuk menang lebih banyak kerusi mungkin tak kesampaian.

Ramai yang menjangka UMNO hanya mampu menang tidak melebihi 40 kerusi Parlimen.

Seorang veteran UMNO tidak ragu-ragu mengatakan, sukar untuk BN menang waima 20 kerusi Parlimen kali ini.

Seorang Ketua UMNO Bahagian berkata, berdasarkan senarai calon semalam, PRU15 kali ini sudah boleh dijangka episod akhirnya. – ShahbudinHusin 02/11/2022.

MENANTI MELETUSNYA ‘PERANG BESAR’ DALAM UMNO

 



Malam ini akan berlangsung majlis pengumuman calon-calon BN bagi menghadapi PRU15 pada 19 November depan.

Majlis yang akan berlangsung di WTCKL, jam 8.30 malam ini adalah serentak dengan majlis pengumuman calon-calon PN yang turut diadakan di Mitec, Jalan Duta.

Meskipun dua acara bakal berlangsung serentak malam ini, tetapi gelora dan ribut nampaknya lebih dulu mengombak di pantai UMNO berikutan ramai calon yang bertaraf menteri dan timbalan menteri diberitakan akan digugurkan.

Sehingga ini, dua menteri iaitu Shahidan Kassim dan Annuar Musa, melalui hantaran di media sosial masing-masing dengan jelas membayangkan mereka telah kena “pancung” dan tidak lagi dicalonkan.

Malah, Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan penutupan bilik gerakan BN di Arau dengan serta-merta dan semua bendera diturunkan sebagai tanda yang beliau gambarkan “kesedihan yang amat sangat” terhadap diri dan penyokongnya.

Annuar pula mempertikaikan cara pemilihan calon kali ini dengan peranan Top 5 UMNO seolah-olah diketepikan dan bakal calon telah dipanggil oleh pimpinan atasan untuk menandatangani dokumen dan akujanji tertentu sejak dua hari lalu.

Gambarannya ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia itu tidak dipanggil sama sekali untuk menandatangani dokumen serta akujanji berkenaan.

Di media sosial dan berdasarkan cakap-cakap dalam UMNO sendiri, didapati sekurang-kurangnya ada lapan pemimpin lain turut disebut bakal tercicir dalam pengumuman malam ini.

Mereka ialah Noh Omar (Tanjung Karang), Dr Adham Baba (Tenggara), Halimah Saddique (Kota Tinggi) Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Salim Sharif (Jempol), Ismail Abdul Mutalib (Maran) dan Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar.

Begitu pun, melihat kenyataan Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebelum ini yang menyebut BN akan menampilkan 70 peratus muka baru pada PRU15 kali ini, ia dengan sendirinya bermakna lebih ramai lagi wakil rakyat sedia ada akan digugurkan.

Dan melihat kepada nama-nama yang telah dan bakal “dipancung” itu, ramai yang menjangka “perang besar” akan berlaku dalam UMNO selepas ini.

Kata mereka, kalau Shahidan boleh menutup bilik gerakan sebagai tanda protes, takkan Annuar, Noh, Tajuddin dan yang lain-lain hanya berdiam diri saja bila “kena sembelih” dengan Presiden UMNO?

Menjadi percakapan yang meluas juga kononnya rombakan besar-besaran dalam pemilihan calon kali ini ialah untuk memastikan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN mempunyai lebih cengkaman terhadap Ahli-Ahli Parlimen yang menang nanti agar sentiasa akur dan mendengar cakapnya.

Ramai yang menafsirkan ia bukan saja agar sususan kabinet selepas ini memihak kepadanya, malah dikatakan tidak mustahil sebagai sebahagian perancangan untuk mengambil alih kerusi Perdana Menteri.

Cuma soalnya, jika banyak protes berlaku dan mereka yang digugurkan itu bertindak melakukan sabotaj, bagaimana BN mahu memenangi PRU15 akan datang dan seterusnya untuk membolehkan Zahid Hamidi berjaya dalam perancangannya itu?

Apa yang berlaku dalam UMNO bermula esok iaitu selepas calon-calon diumumkan dan mereka yang digugurkan sudah diketahui, adalah sesuatu yang menarik untuk ditunggu serta diperhatikan sehinggalah hari pengundian pada 19 November nanti.

Apakah akan berlaku “perang besar” dalam UMNO, wujudkah sabotaj besar-besaran, bagaimana jika mereka yang digugurkan itu bertanding Bebas dan mampukah Zahid Hamidi menangani krisis tersebut, seterusnya memastikan BN muncul sebagai parti yang dominan untuk membentuk sebuah kerajaan yang makmur dan stabil dalam keadaan UMNO sendiri tidak stabil disebabkan ramai yang digugurkan itu?

Atau semua ini suatu petunjuk bahawa BN bakal kalah sekali lagi? – ShahbudinHusin 01/11/2022.

MASA DEPAN ZURAIDA DIKIRA SUDAH DIKEBUMI SEBELUM KUBURNYA DIGALI admin31 October 2022Politik Semasa84 Comments Nasib dan masa depan politik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin setelah keluar daripada Bersatu dan sebelum itu bangga bertindak khianat kepada PKR, nampaknya terus jadi tidak menentu. Parti Bangsa Malaysia atau PBM yang mahu dijadikan landasan perjuangan barunya dilihat tidak menjanjikan laluan cerah buat masa depannya. Zuraida yang sebelum ini cuba diangkat menjadi Presiden PBM bukan saja berbalah dengan Larry Sng yang mendakwa dirinya juga sebagai Presiden PBM, malah dua hari lalu turut digantung keahliannya daripada parti itu bersama 12 pimpinan parti yang lain. Larry Sng mendakwa, tindakan penggantungan itu diambilnya kerana pembabitan mereka terbabit secara berterusan menggugat kepentingan parti dan kepimpinannya. Selepas tindakan penggantungan itu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS pula mengesahkan Larry Sng masih merupakan Presiden PBM yang sah. Kata RoS, pertikaian yang berlaku dalam PBM adalah masalah dalaman parti itu dan ia tidak membabitkan mereka sebagai sebuah agensi kerajaan. Bermakna dalam hal ini dan setakat ini, bukan saja Larry Sng diakui sebagai peneraju PBM yang sah, bahkan tindakannya menggantung keahlian Zuraida bersama 12 pemimpin lain juga adalah sah. Dalam keadaan tersebut, memandangkan hari penamaan calon hanya tinggal beberapa hari saja lagi, persoalan paling besar kini ialah Zuraida mahu bertanding atas tiket apa bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ampang pada PRU15 ini? Sudahlah permohonan PBM untuk menyertai BN telah ditolak, kini dengan penggantungannya itu, Zuraida seolah-olah hilang sama sekali tempat bergantung untuk mengharungi masa depan politiknya. Mujur juga kedudukan menterinya masih dikekalkan oleh Ismail Sabri Yaakob, meski telah keluar daripada Bersatu dan diasak berkali-kali oleh Mahiaddin Md Yasin agar segera diganti. Jika tidak, pasti lagi malang nasib yang menimpanya. Mahu tidak mahu, menjelang hari penamaan calon pada 5 November ini, Zuraida harus mencari jalan sehabis baik bagi menyelesaikan pertelingkahannya dengan Larry Sng berkaitan kepimpinan PBM itu. Gagal berbuat demikian atau jika Larry Sng enggan berdamai dengannya serta akhirnya terpaksa bertanding atas tiket Bebas di Ampang dan bersendirian tanpa sebarang pakatan dengan mana-mana gabungan, harapannya untuk menang boleh dikira sudah melayang bak debu-debu berterbangan. Masa depan politik beliau dengan itu tak ubah seperti sudah dikebumi sebelum pun kuburnya digali dan tanpa perlu menunggu tarikh pengundian pada 19 November nanti. Adakah semua ini balasan Tuhan atas pengkhianatannya selama ini? Dalam satu rakaman video selepas bertindak khianat kepada PKR dan seolah-olah berjaya menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020 dahulu, Zuraida pernah dengan bangga menyanyi sambil mengungkapkan kata-kata “bye-bye Anwar”. Dengan nasib yang menimpanya sekarang, siapa lebih dulu bye-bye? – ShahbudinHusin 31/10/2022.

 

MASA DEPAN ZURAIDA DIKIRA SUDAH DIKEBUMI SEBELUM KUBURNYA DIGALI

Nasib dan masa depan politik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin setelah keluar daripada Bersatu dan sebelum itu bangga bertindak khianat kepada PKR, nampaknya terus jadi tidak menentu.

Parti Bangsa Malaysia atau PBM yang mahu dijadikan landasan perjuangan barunya dilihat tidak menjanjikan laluan cerah buat masa depannya.

Zuraida yang sebelum ini cuba diangkat menjadi Presiden PBM bukan saja berbalah dengan Larry Sng yang mendakwa dirinya juga sebagai Presiden PBM, malah dua hari lalu turut digantung keahliannya daripada parti itu bersama 12 pimpinan parti yang lain.

Larry Sng mendakwa, tindakan penggantungan itu diambilnya kerana pembabitan mereka terbabit secara berterusan menggugat kepentingan parti dan kepimpinannya.

Selepas tindakan penggantungan itu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS pula mengesahkan Larry Sng masih merupakan Presiden PBM yang sah.

Kata RoS, pertikaian yang berlaku dalam PBM adalah masalah dalaman parti itu dan ia tidak membabitkan mereka sebagai sebuah agensi kerajaan.

Bermakna dalam hal ini dan setakat ini, bukan saja Larry Sng diakui sebagai peneraju PBM yang sah, bahkan tindakannya menggantung keahlian Zuraida bersama 12 pemimpin lain juga adalah sah.

Dalam keadaan tersebut, memandangkan hari penamaan calon hanya tinggal beberapa hari saja lagi, persoalan paling besar kini ialah Zuraida mahu bertanding atas tiket apa bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ampang pada PRU15 ini?

Sudahlah permohonan PBM untuk menyertai BN telah ditolak, kini dengan penggantungannya itu, Zuraida seolah-olah hilang sama sekali tempat bergantung untuk mengharungi masa depan politiknya.

Mujur juga kedudukan menterinya masih dikekalkan oleh Ismail Sabri Yaakob, meski telah keluar daripada Bersatu dan diasak berkali-kali oleh Mahiaddin Md Yasin agar segera diganti.

Jika tidak, pasti lagi malang nasib yang menimpanya.

Mahu tidak mahu, menjelang hari penamaan calon pada 5 November ini, Zuraida harus mencari jalan sehabis baik bagi menyelesaikan pertelingkahannya dengan Larry Sng berkaitan kepimpinan PBM itu.

Gagal berbuat demikian atau jika Larry Sng enggan berdamai dengannya serta akhirnya terpaksa bertanding atas tiket Bebas di Ampang dan bersendirian tanpa sebarang pakatan dengan mana-mana gabungan, harapannya untuk menang boleh dikira sudah melayang bak debu-debu berterbangan.

Masa depan politik beliau dengan itu tak ubah seperti sudah dikebumi sebelum pun kuburnya digali dan tanpa perlu menunggu tarikh pengundian pada 19 November nanti.

Adakah semua ini balasan Tuhan atas pengkhianatannya selama ini?

Dalam satu rakaman video selepas bertindak khianat kepada PKR dan seolah-olah berjaya menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020 dahulu, Zuraida pernah dengan bangga menyanyi sambil mengungkapkan kata-kata “bye-bye Anwar”.

Dengan nasib yang menimpanya sekarang, siapa lebih dulu bye-bye? – ShahbudinHusin 31/10/2022.


Nasib dan masa depan politik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin setelah keluar daripada Bersatu dan sebelum itu bangga bertindak khianat kepada PKR, nampaknya terus jadi tidak menentu.

Parti Bangsa Malaysia atau PBM yang mahu dijadikan landasan perjuangan barunya dilihat tidak menjanjikan laluan cerah buat masa depannya.

Zuraida yang sebelum ini cuba diangkat menjadi Presiden PBM bukan saja berbalah dengan Larry Sng yang mendakwa dirinya juga sebagai Presiden PBM, malah dua hari lalu turut digantung keahliannya daripada parti itu bersama 12 pimpinan parti yang lain.

Larry Sng mendakwa, tindakan penggantungan itu diambilnya kerana pembabitan mereka terbabit secara berterusan menggugat kepentingan parti dan kepimpinannya.

Selepas tindakan penggantungan itu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS pula mengesahkan Larry Sng masih merupakan Presiden PBM yang sah.

Kata RoS, pertikaian yang berlaku dalam PBM adalah masalah dalaman parti itu dan ia tidak membabitkan mereka sebagai sebuah agensi kerajaan.

Bermakna dalam hal ini dan setakat ini, bukan saja Larry Sng diakui sebagai peneraju PBM yang sah, bahkan tindakannya menggantung keahlian Zuraida bersama 12 pemimpin lain juga adalah sah.

Dalam keadaan tersebut, memandangkan hari penamaan calon hanya tinggal beberapa hari saja lagi, persoalan paling besar kini ialah Zuraida mahu bertanding atas tiket apa bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ampang pada PRU15 ini?

Sudahlah permohonan PBM untuk menyertai BN telah ditolak, kini dengan penggantungannya itu, Zuraida seolah-olah hilang sama sekali tempat bergantung untuk mengharungi masa depan politiknya.

Mujur juga kedudukan menterinya masih dikekalkan oleh Ismail Sabri Yaakob, meski telah keluar daripada Bersatu dan diasak berkali-kali oleh Mahiaddin Md Yasin agar segera diganti.

Jika tidak, pasti lagi malang nasib yang menimpanya.

Mahu tidak mahu, menjelang hari penamaan calon pada 5 November ini, Zuraida harus mencari jalan sehabis baik bagi menyelesaikan pertelingkahannya dengan Larry Sng berkaitan kepimpinan PBM itu.

Gagal berbuat demikian atau jika Larry Sng enggan berdamai dengannya serta akhirnya terpaksa bertanding atas tiket Bebas di Ampang dan bersendirian tanpa sebarang pakatan dengan mana-mana gabungan, harapannya untuk menang boleh dikira sudah melayang bak debu-debu berterbangan.

Masa depan politik beliau dengan itu tak ubah seperti sudah dikebumi sebelum pun kuburnya digali dan tanpa perlu menunggu tarikh pengundian pada 19 November nanti.

Adakah semua ini balasan Tuhan atas pengkhianatannya selama ini?

Dalam satu rakaman video selepas bertindak khianat kepada PKR dan seolah-olah berjaya menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020 dahulu, Zuraida pernah dengan bangga menyanyi sambil mengungkapkan kata-kata “bye-bye Anwar”.

Dengan nasib yang menimpanya sekarang, siapa lebih dulu bye-bye? – ShahbudinHusin 31/10/2022.

SELEPAS DIKECEWAKAN PH DAN PN, APA KATA MAHATHIR CARI UMNO PULA UNTUK BEKERJASAMA?

 



Kecewa benar Tun Mahathir Mohamad nampaknya bila keinginannya untuk bekerjasama dengan PN ditolak mentah-mentah oleh Mahiaddin Md Yasin.

Sedangkan, Tun Mahathir dipetik sebagai berkata, beliau sanggup melupakan perbuatan khianat Mahiaddin terhadapnya bagi membolehkan GTA dan PN bekerjasama menghadapi PRU15 akan datang.

“Kita fikir takpalah kalau pun dia (pernah) tikam belakang (saya) kerana demi bangsa, negara, agama kita, kita sanggup rendahkan diri nak bersama.

“Walaupun dia buat khianat kepada saya, saya boleh lupakan perkara itu.

“Tetapi bila kita cuba nak kerjasama dengan Mahiaddin tetapi dia jawab dia tak nak kerjasama dengan siapa pun – bukan main sombong,” kata bekas Perdana Menteri itu ketika berucap pada Program Rapat Umum GTA Kedah, di Alor Setar malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi GTA mendakwa, keengganan Mahiaddin bekerjasama itu adalah disebabkan yakin PN boleh memenangi PRU15 tanpa perlu bersama dengan mana-mana pihak dan kerana Pengerusi PN itu masih berminat untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Sebelum penolakan Mahiaddin ini, Anwar lebih awal menolak hasrat dan keinginan Tun Mahathir untuk membawa GTA bekerjasama dengan PH.

Malah, menurut Anwar, tiada keperluan untuk beliau bertemu dengan Tun Mahathir bagi tujuan itu kerana lebih berfaedah baginya berjumpa dengan rakyat pada ketika ini.

Makna kata, malang sungguh perjalanan politik Tun Mahathir bersama GTA dan Pejuang yang dipimpinnya sekarang kerana dua blok utama pencabar BN secara terbuka menolak bekerjasama dengannya.

Maka, apa yang Tun Mahathir perlu lakukan seterusnya?

Oleh kerana PH dan PN sudah menolak untuk bekerjsama dan kalau bergerak sendirian pula tidak mungkin beliau mampu membawa GTA menang walau satu kerusi pun, tiada pilihan lain yang boleh Tun Mahathir lakukan melainkan harus memilih UMNO dan BN sebagai rakan kerjasamanya.

Kalau dengan PH, Tun sanggup menjilat ludah sendiri dan dengan PN pula sanggup melupakan pengkhianatan Mahiaddin, kenapa tidak dengan UMNO dan BN?

Malah jika sebelum PRU14 lalu, Tun Mahathir juga sanggup mencari Anwar hingga ke mahkamah, tentulah tidak mustahil beliau juga boleh tiba-tiba sampai ke WTC untuk mencari Ahmad Zahid Hamidi.

Lagi pun, hanya UMNO dan BN saja pilihan yang tinggal untuk diajak bekerjasama bagi mengelakkan GTA hilang nyawa dalam politik negara.

Tanpa bekerjasama dengan sesiapa, habislah GTA jawabnya, bahkan Langkawi pun mungkin tak mampu dimenangi juga.

Belum terlambat lagi, carilah UMNO dengan segera sebelum tarikh 5 November tiba.

Mana tahu, tiba-tiba UMNO pun turut sedang mencari rakan kerjasama. – ShahbudinHusin 29/10/2022.

SELEPAS ANWAR DAN MAHIADDIN SAMA2 TOLAK MAHATHIR, KINI HANYA ADA JALAN MATI DI DEPAN GTA

 



Walaupun hari penamaan calon ada kira-kira seminggu lagi, cubaan Tun Mahathir Mohamad mencari rakan kerjasama bagi GTA nampaknya terus menemui jalan buntu.

Jika sebelum ini PH dan Anwar Ibrahim dengan tegas menolak pelawaan bekerjasama yang dihulurkan Tun Mahathir dengan mengatakan lebih baik beliau bertemu rakyat daripada berjumpa dengan bekas Perdana Menteri itu, semalam PN dan Mahiaddin Md Yasin juga mengambil keputusan yang sama.

Pengerusi PN itu berkata, pihaknya telah mengambil keputusan untuk menghadapi PRU15 dengan parti komponen sedia ada saja.

“Tak ada langsung perbincangan (dengan GTA)… kita putuskan untuk meneruskan atas inisiatif gabungan sedia ada semata-mata.

“Bukan tak nak bekerjasama tetapi kita putuskan untuk buat apa yang kita telah susun sejak awal.

“Masing-masing akan teruskan dengan agenda PN, bukan PN Plus dan sebagainya,” kata Mahiaddin selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PN.

Respon Mahiaddin itu adalah berikutan kenyataan Tun Mahathir yang menyebut GTA dan PN telah memulakan rundingan bagi membentuk kerjasama bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Kenyataan Tun Mahathir yang muncul semalam itu adalah selepas hasrat beliau untuk bekerjasama dengan PH hanya mendapat reaksi dingin daripada Anwar, meskipun ada beberapa penganalisa dan ahli akademik tidak henti-henti menyarankan perlunya kerjasama itu diwujudkan.

Ada maklumat memberitahu, sebenarnya tiada sama sekali sebarang pertemuan, apa lagi rundingan, antara pemimpin PN dengan Tun Mahathir sebagaimana yang dinyatakan bekas Perdana Menteri itu.

Kata maklumat itu lagi, pemimpin PN hanya pernah bertemu dengan Tun Mahathir kira-kira empat bulan yang lalu, tetapi tidak langsung membincangkan soal kerjasama dengan GTA, jauh sekali berunding tentang pembahagian kerusi.

Pertemuan tersebut adalah dalam pengetahuan Mahiaddin selaku Pengerusi PN dan sekadar untuk menghormati Tun Mahathir yang menyatakan keinginan bertemu melalui seseorang yang dihantar khusus bagi tujuan tersebut, tambah maklumat itu lagi.

Bermakna sekarang, dengan penegasan Mahiaddin semalam, adalah jelas dan muktamad bahawa PN tidak akan bekerjasama dengan GTA serta dengan mana-mana pihak yang lain.

Lagi pula, soal pembahagian kerusi antara parti-parti dalam PN sudah pun selesai dan tiada ruang lagi untuk pihak luar berunding berkenaan dengannya.

Dalam hal ini, keputusan Mahiaddin menolak untuk bekerjasama dengan GTA adalah keputusan yang wajar, tepat serta bijak.

Sama seperti Anwar yang lebih dulu menolak GTA dan keputusan itu menyebabkan banyak pihak memuji pendiriannya, Mahiaddin juga sebenarnya layak diberi pujian atas ketegasannya itu.

Ini kerana, Tun Mahathir adalah toksik yang seharusnya dijauhi, bukannya didekati, selain kedudukannya tidak lagi relevan untuk dibuat kawan.

Tambahan pula, hasrat bekerjasama yang ditawarkan oleh Tun Mahathir tidak memberi apa-apa nilai tambah, baik kepada PH mahu pun PN, sebaliknya hanya untuk GTA menumpang kekuatan dua gabungan itu bagi memastikan nyawa politiknya tidak mati di tengah jalan.

Kini, dengan PH atau PN tidak mahu berkawan dengan Tun Mahathir, yang ada di depannya hanyalah jalan mati, kecuali laluan menuju ke “pusara kematian” semakin terbentang luas buat GTA selepas saja hari pengundian 19 November nanti. – ShahbudinHusin 28/10/2022.