Tuesday, June 2, 2020
PERIHAL PENYOKONG DSAI DAN “ATOK SAKA”-NYA
Saya hanya kenal siapa Nazaruddin Mohamad ini melalui komennya pada satu status Facebook ADUN Meru dari AMANAH, Mohd Fakrulrazi Mokhtar.
ADUN Meru ini sendiri pula menulis: “Nak kerjasama dengan team Tun ok tapi nak bawa Tun masuk AMANAH no way!! Jangan jadikan AMANAH mangsa.”
Begitupun, status-status Nazaruddin Mohamad yang memuatkan luahan perasaan dan pandangan beliau mengenai Tun Dr Mahathir menarik sekali untuk diteliti.
Disertakan di sini 10 “kata-kata azimat” beliau mengenai Tun Dr Mahathir yang mungkin mencerminkan perasaan dan pandangan penyokong DSAI di bawah.
1. Tun Mahathir bolehlah diiktiraf sebagai PAKAR TUMBANG TERUNGGUL termasuklah menumbangkan diri dan kerajaan pimpinannya sendiri. https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219451325446804&id=1022940893
2. Masih wujud lagikah ungkapan 'Tun tahulah apa dia buat...'. Atau yang mengungkapkan tu pun dah masuk gua TEMPURUNG? https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219451396208573&id=1022940893
3. Hanya yang BODOH & GILA atau yang meroyan tak puas jadi menteri dan yang baru sekejap merasa nikmat duduk di kerusi jawatan dalam GLC saja yang masih menyanjung PENGKHIANAT BANGSAT ini. https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219440763262756&id=1022940893
4. Kenapa terlalu sukar mengakui HAKIKAT bahawasanya PH telah DITIPU dan DIKHIANATI oleh Tun Mahathir sejak awal sebelum PRU14 lagi? https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219442703591263&id=1022940893
5. Dah banyak kali dan lama dah aku sebut. Ada beberapa pemimpin PH ni memang dah ketagih minum KENCING #atoksaka. https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219443333447009&id=1022940893
6. Dulu kita perlekehkan PAS kerana akhirnya jadi tongkat kepada UMNO yang ditentang puluhan tahun lamanya. Kini ada antara kita jadi TONGKAT ATOK SAKA yang pernah kita lawan bermatian dan juga seterusnya pernah kita maafkan lantaran lakonan keinsafan yang ditonjolkan. Apabila kita DIKHIANATI lagi setelah memberikan kemaafan yang tak pernah dipinta itu, apakah wajar untuk kita terus menghulurkan tangan persahabatan dan pertolongan? https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219444421754216&id=1022940893
7. Nak putuskan kedudukan #atoksaka pun pimpinan PH berbelah bagi. Inilah sebenarnya keadaan yang #sakapuaka inginkan secara berterusan. #saka sebenarnya tak kisah dia berada di mana samada di laut, di darat atau di kayangan asalkan rencana mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM dapat disekat dan digagalkan. Malangnya ada pimpinan yang puluhan tahun melawan #tunfosil sebelum ini sehingga pernah dipenjarakan dan dikenakan pelbagai intimidasi masih lagi terkesima dengan politik jahat #sangSAKA itu. https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219443412848994&id=1022940893
8. Kami bukan tak sokong PH jadi kerajaan semula. Kami cuma tidak mahu sakit hati dan kecewa dikhianati lagi kerana kemungkinan itu terlalu besar jika menubuhkan kerajaan dengan BAPAK PENGKHIANAT #atoksaka DAN pengikutnya serta konco-konconya daripada spesis PELACUR POLITIK seperti WARISAN dan GPS. Biarlah PH bina semula kekuatan yang tulen tanpa kelibat PENGKHIANAT dan PELACUR POLITIK. https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219444381953221&id=1022940893
9. Anwar Ibrahim dihalang dan dikhianati #atoksaka tu perkara biasa. Yang luarbiasa bila Anwar terperangkap dan terhalang dengan drama muka seposen #biawaktua tersebut. Lebih malang jika Anwar terus terkena buat kesekian kalinya lagi. https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219443859340156&id=1022940893
10. Anwar Ibrahim dalam keadaan sukar untuk bawa PH terus ke depan selagimana ada pemimpin² seperti Salahuddin Ayub dan beberapa lagi yang masih buta dengan PENGKHIANATAN #atoksaka kepada PH.https://facebook.com/story.php?story_fbid=10219440219449161&id=1022940893
Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat ???
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.
Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.
Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.
Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.
Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.
Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.
Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.
Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. -TMI
UMNO serupo taik?
Dalam perjalanan ke ofis sementa tadi ambo dihubungi oleh sahabat sekampung yang jugok mantan ajk Pemuda PAS. Dio kata dio baru lepas berbahas dengan oghei kuat PKR yang dulunya juga penyokong PAS. Antara soalan yang dibangkitkan ialah dulu PAS kata UMNO serupo taik, pastu bakpo lo nih PAS saing dengan UMNO?
Ambo jawab ko dio, “Hok PAS kata umpama taik tuh masa dia jadi kerajaan, banyak penyelewengan dan perkara mungkar yang berlaku. Lepas UMNO kehilangan Kerajaan dia dah jadi BAJA. Serupo jugok taik ayam dan taik kambing, masa dio taik oghei taksir belako, dan jaddi baja gak semua oghei berebut! “Baja” nih banyak manfaatnya untuk kepentingan Islam dan Negara. Serupa dengan Tun M lah.., sebelum nih DAP, Bang Non dan Mat Sabu kata macam-macam termasuklah MahaFiraun. Lepas tiada kuasa, DAP, PAN dan Bang Non guna Mahathir sebagai “Baja” untuk dapatkan Putrajaya.”
Lepas tuh dia suka.., lepas nih Boleh guna hujah nih nak jawab ko puok PAN dan PKR..
mana dia 129? 131?
Ini lah yg dinamakan perang saiko oleh barua² PH utk melemahkan moral penyokong² dan pemimpin² PN bertujuan utk menghakis keyakinan MP² drpd PN terhadap kerajaan PN dan akhirnya akan runtuhlah kerajaan PN.
Penyokong² PN termasuk drpd Muafakat Nasional jangan masuk perangkap barua² PH ini. Kita kena lancar perang reverse saiko utk melawan puak² RBA dan blogger² jahanam ini.
Mereka sebenarnya sedang mentertawakan kita. Doakan agar mereka jahanam semuanya.
In Syaa Allah...
BERAPA NILAI SEORANG AHLI PARLIMEN?
Bertiup kencang sekarang berita dan khabar angin mengenai sesi “jual beli” dalam kalangan ahli-ahli Parlimen Malaysia. Pada masa yang sama, keadaan ini membuatkan rakyat tertanya-tanya berapa sebenarnya nilai seorang ahli Parlimen? Berapa nilai jawatan yang ditawarkan atau dituntut sehingga mereka boleh dijual beli begitu sahaja?
Keadaan serta suasana ini sudahpun berpanjangan dan pastinya telah menjejaskan kesejahteraan rakyat dari pelbagai sudut. Lebih-lebih lagi dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara dan juga dunia.
Ahli-ahli Parlimen perlu diingatkan bahawa sokongan yang telah diberikan oleh pengundi semasa PRU14 yang lepas BUKAN kerana batang tubuh diri anda. Rakyat membuat pilihan atas dasar janji-janji serta meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat dan merasai janji-janji pilihanraya itu dikotakan.
Selepas menang pilihanraya, TIDAK bererti calon yang menang itu boleh sesuka hati mengambil pertimbangan politik berkepentingan sendiri tanpa menghiraukan mandat sebenar yang diberikan oleh rakyat khususnya pengundi. Seorang YB perlu ingat siapa yang meletakkan anda di situ dan atas dasar apa anda dipilih!
Bagi calon-calon yang bertanding atas tiket HARAPAN, dengan satu logo KEADILAN, majoriti rakyat memberanikan diri memilih anda atas dasar perjuangan yang berpaksikan kepada menegakkan KEADILAN dan kebenaran; menentang kezaliman; menjanjikan reformasi sistem dan institusi; dan menumbangkan pemerintahan kleptokrat. Mana-mana ahli Parlimen yang menang dan terpesong dari landasan ini, bererti pengkhianatan ke atas amanah yang telah diserahkan rakyat kepada mereka.
Telah tiba masanya, martabat ahli-ahli Parlimen di Malaysia ditingkatkan. Mereka perlu tetap teguh dengan prinsip perjuangan, membela nasib rakyat dan kesejahteraan negara. Berperanan sebagai ahli Dewan Rakyat yang berkesan dan bertanggungjawab.
Demi rakyat dan negara, calon-calon pilihanraya yang ada bibit-bibit mementingkan diri sendiri dan korup walaupun sedikit, perlu ditolak dari awal lagi. Susah sangatkah untuk kita mencari dan memilih 222 ahli Parlimen dari 32.74 juta rakyat Malaysia yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan meletakkan kepentingan nasib rakyat dan negara mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain?
Saya yakin boleh.
Untuk itu berlaku, parti-parti politik perlu bertanggungjawab menawarkan calon-calon yang berkualiti serta amanah demi kesejahteraan rakyat dan negara. Pada masa sama, rakyat perlu mengundi mereka yang benar-benar memenuhi kriteria sebenar yang diperlukan termasuk mereka yang berpegang kepada prinsip yang betul dan tidak mengangkat sebarang agenda lain yang bersifat ketidakadilan dan pentingkan diri sendiri. Janganlah disebabkan kerakusan harta dan jawatan, masa depan rakyat dan negara tergadai.
JIKA DIJATUHKAN, MUHYIDDIN TIDAK MUNGKIN MOHON PARLIMEN DIBUBARKAN
Oleh : Shahbudin Husin
Antara kelebihan yang dikatakan ada pada Muhyiddin Yassin jika beliau kalah dalam usul undi tidak percaya atau PN ditumbangkan dalam waktu terdekat ini ialah pilihan untuk membubarkan Parlimen.
Ramai yang meyakini Muhyiddin akan menggunakan kelebihan yang ada padanya itu dan dengan demikian PH tidak dapat sesegera itu menjadi kerajaan semula.
Lebih daripada itu, ada juga yang berkata, usaha untuk melihat hadirnya seorang Perdana Menteri baru jika Muhyiddin dijatuhkan adalah sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku berikutan kelebihan untuk membubarkan Parlimen tersebut.
Tambah mereka lagi, usaha menjatuhkan Muhyiddin atau PN sebenarnya hanyalah kerja sia-sia saja buat PH atau Tun Mahathir Mohamad kerana yang muncul akhirnya adalah pilihanraya umum secara mengejut, bukan pertukaran kerajaan.
Muhyiddin, jelas mereka yang mempunyai keyakinan sedemikian yang rata-rata adalah penyokong Perdana Menteri, UMNO dan Pas, tidak akan membiarkan dirinya dijatuhkan begitu saja tanpa berbuat apa-apa.
Memohon kepada Agong untuk pembubaran Parlimen adalah kelebihan dan pilihan yang dikatakan terbaik buat Muhyiddin agar beliau dapat menjaga air mukanya bila kalah dalam usul undi tidak percaya dan kemudian sama-sama bersaing semula untuk menjadi Perdana Menteri.
Adakah benar itu yang mungkin dilakukan oleh Muhyiddin?
Dalam keadaan biasa, memang diakui itulah pilihan paling logik untuk diambil oleh Muhyiddin.
Tetapi, dalam keadaan luar biasa seperti sekarang ini, adakah Muhyiddin cukup keberanian untuk membubarkan Parlimen?
Sekurang-kurangnya ada empat keadaan luar biasa sedang membelenggu dan tidak memihak kepada Muhyiddin jika beliau memilih untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat ini.
Pertama, Bersatu sedang parah berpecah belah dan perseteruannya dengan kem Tun Mahathir Mohamad ketika ini tengah berada di kemuncaknya.
Oleh kerana difahami kira-kira 90 peratus orang Melayu yang masuk menjadi ahli Bersatu adalah kerana Tun Mahathir dan bukan disebabkan Muhyiddin, berapa peratus keyakinannya mampu mencipta kemenangan jika diadakan pilihanraya umum?
Lebih penting, sesiapa pun yang menjadi Perdana Menteri, apabila mengambil keputusan membubarkan Parlimen, keutamaan dan keyakinan tertinggi ialah untuk menang, bukan sebagai pelarian kerana kalah dalam usul undi tidak percaya yang lebih mungkin menyebabkan kalah kemudiannya.
Adakah dalam keadaan Bersatu berpecah dan kemungkinan kalah lebih tinggi berbanding menang, Muhyiddin berani berdepan pilihanraya?
Kedua, Perikatan Nasional atau PN bukan saja belum didaftarkan, malah banyak parti-parti dalam kerajaan sekarang ternampak tidak sedia dengan pendaftaran gabungan tersebut.
Oleh itu, jika pilihanraya umum diadakan, Muhyiddin dan kem dalam Bersatu yang ada bersamanya mahu bertanding atas tiket apa?
Ketiga, melalui kenyataan beberapa pemimpin utamanya seperti Najib Razak, Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, UMNO dengan jelas mahu meninggalkan Bersatu dalam PRU15 akan datang, sebaliknya hanya ingin bekerjasama dengan Pas saja melalui Muafakat Nasional atau MN.
Walaupun dalam kerajaan, UMNO berada di bawah Muhyiddin dan Bersatu, tetapi dari sudut politik PN yang tidak didaftarkan, khususnya disebabkan BN adalah blok terbesar dengan jumlah 43 Ahli Parlimen, parti itu adalah “abang besar” yang sebenar-benarnya dalam gabungan tersebut.
Jika UMNO tidak setuju dengan sesuatu perkara, apa cadangan pun berkaitan PN tidak akan menjadi kenyataan.
Tujuan UMNO hanya mahu bekerjasama secara sementara dengan Muhyiddin dalam kerajaan PN dan bukan sehingga pilihanraya akan datang adalah kerana kedua-dua parti Melayu itu bertanding di kawasan yang sama dalam pilihanraya.
Melalui kerjasama dengan Pas pun soal pembahagian kerusi dijangka rumit untuk diselesaikan oleh UMNO, membawa sekali Bersatu tentulah akan perbincangan tiga pihak bertambah-tambah kronil jalan penyelesaiannya.
Maka, meninggalkan Bersatu dan menumpukan kepada Pas saja adalah pilihan terbaik dan ideal bagi UMNO, sesuai dengan keinginan parti untuk berkuasa semula secara dominan sebagai ketua dalam kerajaan.
Lagi pula, berbanding Pas yang mempunyai akar umbi serta jentera pilihanraya yang lebih kuat berbanding Bersatu yang ditafsirkan banyak pihak hanya sebagai “parti sepenggal” saja, mendakap erat parti Islam itu dan melepaskan pelukan Bersatu yang kini berpecah hampir merupakan keputusan yang tidak dapat dielakkan lagi buat UMNO.
Akhirnya, dengan ditinggalkan UMNO serta BN dan tidak pula dipedulikan oleh Pas, Muhyiddin dan geng Bersatu mahu bertanding atas kekuatan apa untuk berhadapan dengan PH?
Selain itu, sebagai faktor keempat, meskipun memohon kebenaran membubarkan Parlimen adalah kelebihan yang ada di tangan Muhyiddin sekiranya beliau kalah dalam usul undi tidak percaya, namun keputusan akhirnya adalah di atas budi bicara Yang Dipertuan Agong.
Dengan PRU14 baru saja diadakan pada Mei 2018, negara masih diancam bahaya Covid-19 dan soal ekonomi masih perlu ditangani dengan serius, besar kemungkinan Yang Dipertuan Agong akan menolak permohonan membubarkan Parlimen yang dipohon oleh Muhyiddin.
Sebagai ketua negara, Yang Dipertuan Agong tentu lebih setuju pertukaran kerajaan tanpa kos serta beban kepada kewangan negara berbanding mengadakan pilihanraya yang bukan sedikit belanjanya.
Tolak campur darab bahagi, jika ditakdirkan jatuh terlentang dalam waktu terdekat ini, pilihan yang paling munasabah dan terpuji diambil Muhyiddin ialah berundur secara baik serta menyerahkan kepada penggantinya yang ada sokongan majoriti mengurus negara ini, bukannya memohon pembubaran Parlimen.
Setidak-tidaknya dengan bersara secara baik, kemudian berehat bersama keluarganya, Muhyiddin sudah ada rekod pernah juga merasa duduk sebagai Perdana Menteri, walaupun dengan tambahan “kecemerlangan” hanya dalam tempoh paling singkat dalam sejarah negara.
Tetapi, itu tentulah lebih baik berbanding jika memanggil pilihanraya umum mengejut dan kemudian kalah teruk akibat dibiarkan bertanding sendirian oleh rakan-rakan sendiri. Wallahu'alam (Shahbudindotcom 31/05/2020)
Saya teringat kes Kugan Ananthan tahun 2009 dulu.
Dia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan aktiviti samun kereta mewah. Selepas dia ditangkap dan disoal siasat, polis berjaya menemui semula 15 kereta mewah yang dilaporkan disamun dan dilarikan sebelum itu.
Kes Kugan menjadi tumpuan bila dia ditemui mati didalam lokap.
Hasil bedah siasat mengatakan dia mati akibat paru-paru berair. Tapi keluarga Kugan tidak berpuas hati kerana ada kesan lebam dibeberapa bahagian badan Kugan. Mereka tuduh Kugan mati akibat didera oleh polis semasa dalam tahanan.
Keluarga Kugan melantik N Surendran dan Gobind Singh sebagai peguam mereka.
Penjelasan pihak PDRM bahawa kesan lebam tersebut terjadi akibat pergelutan yang berlaku semasa usaha menangkap Kugan ditolak bulat-bulat.
Keluarga Kugan telah menghantar memorandum kepada KPN mendesak tindakan diambil terhadap anggota polis yang bertanggungjawab terhadap kematian Kugan.
HINDRAF turut masuk campur dalam kes Kugan dengan mempertikai integriti dan ketelusan pihak polis dan peguam negara.
Seingat saya, parti pembangkang pada waktu itu turut mengambil peluang dari kes Kugan untuk kepentingan politik mereka.
Hasilnya, tidak berapa lama kemudian 11 anggota polis diambil keterangan mereka.
Pada Jun 2012, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara 3 tahun keatas seorang anggota polis berpangkat konstabel kerana menyebabkan kecederaan terhadap Kugan.
Pada Jun 2013 pula, Hakim Mahkamah Tinggi KL memerintahkan ganti rugi RM851,700 dibayar kepada ibu Kugan bagi ganti rugi serangan, memukul, penjara palsu, kesakitan dan penderitaan.
Daripada seorang yang disyaki penjenayah penyamun kereta mewah, Kugan diangkat menjadi hero. Mayatnya diarak bagai pahlawan.
Malangnya nasib allahyarham Adib tidak sebaik Kugan.
Allahyarham Adib bukan penjenayah...bukan perompak, penyamun atau samseng kongsi gelap.
Tugas allahyarham adib menggadaikan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
Allahyarham Adib dipukul sehingga mengakibatkan kematian beliau ketika mahu menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Tapi allahyarham tidak dibela dengan sewajarnya.
Pembunuh-pembunuh allahyarham Adib masih lepas bebas diluar sana. Tidak dicuit sedikit pun. Mereka seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang.
Parti-parti pembangkang yang telah menjadi kerajaan...yang dulu cukup bersungguh-sungguh membela Kugan hanya jadi tunggul kayu dalam kes allahyarham Adib.
Tiada suara-suara lantang dari mereka membela allahyarham Adib.
Perjalanan kes allahyarham adib pun semakin banyak yang meragukan. Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
Makin mencurigakan bila peguam yang mewakili KPKT dan JPBM menarik diri dalam prosiding inkues allahyarham Adib disebabkan faktor tekanan dan keselamatan.
Pihak mana atau siapa yang mengugut dan memberi tekanan kepada beliau?
Sebenarnya makin tipis harapan kita untuk melihat allahyarham Adib mendapat keadilan.
Cukup ramai dah yang ulas tentang kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati ni.
Jadi, aku tak nak ulas tentang hukuman dan pendapat aku tentang undang-undang pemandu mabuk yang bunuh orang ni.
Cuma, aku tertarik dengan beberapa komen mengatakan yang sistem undang-undang Malaysia tidak adil sebab, kalau pemandu tu didapati bersalah, denda tu hanya diberikan kepada kerajaan sahaja, dan tidak kepada keluarga si mati.
Sebenarnya, ya, duit denda tu takkan diberikan kepada keluarga si mati.
Namun begitu, sebenarnya, ada cara untok keluarga si mati ni dapat ganti rugi daripada pemandu mabuk ni.
Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut.
Bila boleh saman ni?
Sekarang pun boleh.
Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap 2 mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang bicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yang bicarakan kes saman keluarga si mati.
Mahkamah tu, Hakim nya bukan orang yang sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman pun takkan sama.
Yang sedang diorang alami sekarang ni adalah, prosedur jenayah.
Yang kita nak minta saman-saman ini adalah prosedur sivil.
Dua benda yang berbeza. Satu, negara Malaysia saman. Dua, keluarga si mati saman.
Dalam undang-undang Malaysia, mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan atau suffer ke atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, ada hak untok menyaman.
Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya 2 claim.
Yang pertama, Dependency Claim.
Iaitu, tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar pemandu mabuk ini bayar sejumlah wang yang sepatutnya arwah boleh provide kalau arwah masih hidup sampai umur 55 tahun.
Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Contohnya, arwah ni masa hidup, dia provide RM2500 sebulan untok menyara keluarga. Umur dia 45 tahun. Jadi, keluarga arwah boleh tuntut RM2500x12bulanx10tahun segebuk daripada pemandu mabuk ni.
Keluarga hanya boleh tuntut pendapatan dia yang sampai 55 tahun sahaja. Lagi muda, lagi bergandalah tahun-tahun tersebut. Namun, ianya semua tertakluk kepada keputusan Hakim.
Yang kedua, Bereavement Claim.
Keluarga si mati boleh tuntut pemandu mabuk ni untok 'bayar' kesedihan yang dialami satu keluarga sebab matinya si arwah.
Contohnya, disebabkan arwah meninggal, anak-anak menangis sebut-sebut nama arwah siang malam, isteri jadi macam orang gila sebab hilang tempat bermanja, suami rasa trauma sebab isteri mati dalam keadaan tragis.
Namun, tuntutan ini tak boleh lebih RM10,000.
Yang ketiga, Loss Of Support.
Berbeza dengan Dependency tadi, Loss Of Support ni lebih kepada perbuatan yang tak keluarkan duit. Ianya tuntutan ke atas kehilangan tempat untok bergantung dari segi tenaga.
Contohnya, arwah merupakan ibu yang ada anak kecil. Suami memang bergantung kat arwah untok jaga anak, dari bagi susu, mandikan, pakaikan baju dan tidurkan anak tersebut. Disebabkan arwah dah meninggal, takda siapa nak buat kerja-kerja tu.
Maka, suami dia boleh tuntut kat pemandu mabuk tu tentang kehilangan support ini.
Yang keempat, Estate Claim.
Yakni, tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan 'kesakitan' yang dialami oleh si mati.
Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Kalau arwah masih hidup, arwah lah yang buat tuntutan ini. Tapi, sebab arwah sudah pergi, keluarga arwah pula yang menuntut, tapi, hanya bergantung kepada laporan perubatan doktor.
Sebab apa kena bergantung laporan perubatan doktor? Sebab, keluarga tak tahu pun si mati ni sakit macam mana. Tuntutan ini memang banyak bergantung kepada laporan perubatan.
Keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati. Jumlah tersebut tidak dispesifikkan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya terserah kepada Hakim.
Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit transport dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
Yang kelima, tuntutan kos guaman.
Sekiranya keluarga si mati menang, keluarga boleh tuntut supaya pemandu mabuk ini membayar kesemua kos guaman mereka.
.
.
.
.
.
.
Bagi Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support ni, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 3 tahun selepas kematian. Kiranya, kalau meninggal 21 Mei 2020, last untok saman adalah 20 Mei 2022. Lepas 20 Mei 2022 ni, keluarga tak boleh tuntut claim ni.
Bagi Estate Claim, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 6 tahun selepas kematian.
.
.
.
.
.
.
Kalau keluarga ni menang, lepas tu, pemandu ni masuk penjara pulak sebab kalah kes jenayah, lepas tu dia tak nak bayar saman tu. Macam mana?
Kalau pemandu ni dah kalah saman, tapi tak nak bayar, ada beberapa perkara yang keluarga ni boleh buat:
- Minta PDRM sita semua aset dan barang yang dia ada, kemudian lelong sampai cukup duit.
- Minta orang lain yang berhutang dengan pemandu mabuk ni supaya lepas ni, segala hutang tu dibayar kepada keluarga itu sahaja.
- Jual share syarikat pemandu mabuk ni kalau ada.
- Minta Mahkamah Declare pemandu mabuk ni Bankrap sekiranya pampasan melebihi RM50,000.
.
.
.
.
Berdoalah kita agar makin tingkat kesedaran pemabuk-pemabuk ini supaya jangan jadi bodoh memandu masa kepala pening.
Dan berdoa, agar Tuhan lindungi kita menjadi kedua-dua pihak. Doa agar Tuhan tak jadikan kita mangsa dan tak jadikan kita pemangsa.
Bersetuju dan menyokong pandangan Ipohmali
KEPIMPINAN : BEZA ANTARA ALIM DAN FAQIH..
Hari ini hampir 3 Bulan, Solat jamaah dan Jumaat tidak dibenarkan.. pada aku, jika pemerintah masih memegang pandangan begitu melarang Solat Jamaah.. aku masih boleh terima.. Tetapi mengapa perlu pintu Pagar Masjid ditutup terus..
Apakah tidak ada jalan keluar bagi yang mahu Solat sendirian seperti mana garis panduan majlis Ugama Singapore ? Semalam bila aku bermusafir.. ada urusan dibandar.. Baru aku sedar akan kesulitan untuk Solat bagi yang bertugas.. terutama kelompok Food rider dan Fronliner..
Bukan hanya Masjid..Surau R&R, Surau Pasaraya, Foodcourt dan stesen minyak ditutup terus tanpa ada usaha menyediakan ruang khas di Koridor sekadar izin untuk Solat atau khemah dihalaman masjid.. sekurang kurangnya benarkan org bermusafir dan Solat sendirian..
ما لا يدرك كله لا يترك كله
“Jika tidak dapat dilakukan Semua..jangan Tinggalkan semua(Seluruhnya)
Ya kita hadapai wabak besar.. tetapi biarlah tindakan kita sesuai dengan kondisi Dharuratnya.. Jangan berlebih lebih sampai pintu Pagar Masjid ditutup.. koridor atau halamannya tidak dibenarkan sama sekali hatta untuk Solat sendirian.. sepatutnya mereka dapat fikirkan Maslahat melibatkan kelompok ini..
Sebagai Ulama, Mufti hatta Menteri Agama berpada pada lah buat sekatan.. menutup pintupagar masjid..sesuaikanlah dengan perkembangan kesan jangkitan yang menurun dari 1% kepada 0.3% dalam komuniti... Kaedah Fiqh ada menyebut..
الضَّرُوْرَةُ تُقَدَّرُ بِقَدَرِهَا
“Darurat dihitung sesuai kadarnya.”
لا يُنْكَرُ تغيّرُ الأحكامِ بتغيُّرِ الأزمانِ..
" Tidak diingkari berlakunya perubahan hukum disebabkan perubahan masa."
Memang lah.. Bila kita Jadi Mufti.. nampak hebat.. nampak Alim.. tetapi bila jadi pemimpin.. kita gagal mengadaptasi , mencari solusi merujuk kaedah Fiqh melibatkan maslahat umum.... boleh jadi kita Alim menukilkan pandangan dari Kitab2 Ulama'.. atau dari Pandangan2 Ulama..tetapi gagal bila kita sendiri berhadapan realiti..apalagi menyentuh soal ijtihad..
sehinggakan tak tahu beza zon Hijau dan merah.. Hukumnya dibuat tanpa melihat situasi dan reality.. Lihat saja ketika mana diaplikasikan Nikah Online.. Apa logik pengantin Lelaki tidak dibenarkan hadir walaupun jarak dengan pengantin perempuan hanya 5 KM, dan dalam waktu yang sama Menteri Agama , Pengarah JAWI dan wartawan berkumpul dirumah pengantin Perempuan..
Jelas Menteri sendiri tak faham keperluan Nikah online tersebut..dalam waktu yang sama boleh berkumpul dengan ahli Hadis tanpa jarak Sosial..Begitu juga terjadi ketika Kebenaran Solat Jumaat.. Imam dan Jamaah duduk dalam jarak Selamat, tetapi puluhan wartawan duduk berhimpit didepan dewan Solat..jadi mana prinsip asas Maqasidnya ? sudah tidak terpakai..
.tetapi Tu lah beza antara Alim dan faqih.. Sepertimana kata Ulama' membezakan kelompok Fuqaha dengan Ulama hadis..
يَا مَعْشَرَ الفُقَهَاء أَنْتُمْ الأَطِبَّاء وَنَحْنُ الصَّيَادِلَة
" Wahai para fuqaha, kalian adalah para doktor dan kami merupakan ahli farmasi. "
Ahli farmasi mungkin pakar dan menghafal beribu jenis Ubat(Hadis)..tetapi Doktor Pakarlah yang akan menentukan kondisi, Situasi, dan jenis Ubat yg sesuai dengan kadarnya... Sudah pasti jika Ubat itu ubat terbaik sekalipun..Jika digunakan bukan pada kondisi yang tepat..ia akan menjadi racun bagi pesakit..
begitulah beza antara Fuqaha dan Ahli hadis.. Tu sebab kebanyakan Ahli Hadis..pandangan depa dalam hal Politik..Muamalah semuanya kelaut.. akhirnya pandangan mereka merosakkan Manusia(muslim)...
Antara Sebab Nabi menolak dan menegur Abu Dzar Al-Ghifari untuk diberikan jawatan, walaupun hakikatnya Abu Dzar itu seorang yang Alim... kerana asas prinsip kepimpinan itu " Al Qawwi Al Amin"
Apabila dia tampil bertemu dengan Nabi ﷺ meminta agar diberikan jawatan pemimpin, apa jawapan Nabi ?
يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيْفٌ , وَ إِنَّهَا أَمَانَةٌ , وَ إِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَ نَدَامَةٌ, إلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا , وَ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيْهَا
“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah, sementara ia (kepimpinan) adalah amanah. Dan sesungguhnya pada Hari Kiamat ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepemimpinan tersebut.”
(Riwayat Muslim)
Jadi bila Ada Mufti atau Ulama gagal menjadi pemimpin.. sebenarnya, nabi telah mengingatkan lama dah akan hal ini... Tu sebabnya Nabi kata, Doanya kepada Ibnu Abbas..barangsiapa Allah nak beri kebaikan, Digunakan lafaz faqih..bukan Alim..
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam masalah agama (ini).”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim...
🙂
Tazkirah Jumaat
Ipohmali
29 MEI 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)