Thursday, August 8, 2019

Rakyat Dah Betul-Betul Bosan Dengan Kerajaan Pakatan Harapan



Posted by SnapShot at 8/03/2019

Tempoh kerajaan Pakatan Harapan ambil alih Putrajaya dah menjangkau 15 bulan atau hampir mencecah 450 hari...

Ini bermakna kalau Pakatan Harapan mahu menghabiskan pemerintahan sepenggal penuh sebelum bubarkan parlimen untuk diadakan Pilihanraya Umum ke 15, jangka hayat kerajaan Pakatan Harapan cuma tinggal 45 bulan...

Tapi ramai yang menjangkakan jangka hayat kerajaan Pakatan Harapan akan lebih singkat dari 45 bulan...



Rakyat Malaysia, malah pemimpin Pakatan Harapan sendiri, kecuali penyokong-penyokong tegar Pakatan Harapan, mengakui TIDAK MUNGKIN kerajaan Pakatan Harapan akan mampu bertahan selepas PRU ke 15 diadakan...



Kalau kita selami apa yang pernah terjadi di Jepun, kita akan dapati sebenarnya, Pakatan Harapan meniru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh Democratic Party of Japan (DPJ) lakukan pada tahun 1990 sewaktu mahu menumbangkan Liberal Democratic Party (LDP) yang telah memerintah Jepun lebih 50 tahun...


Manifesto Pakatan Harapan sama dengan manifesto DPJ, janji-janji manis pilihanraya Pakatan sama dengan janji-janji manis DPJ, fitnah dan penipuan Pakatan sama dengan fitnah dan penipuan DPJ, kekecewaan rakyat Jepun setelah sedar dengan penipuan, fitnah dan janji-janji palsu pilihanraya juga sama dengan appa yang rakyat Malaysia rasakan sekarang...



Cuma yang berbeza ialah Perdana Menteri pertama Jepun di bawah pemerintahan DPJ, Yukio Hatoyama meletak jawatan bila namanya dikaitkan dengan skandal rasuah tetapi di Malaysia, Perdana Menteri tetap tidak mahu meletak jawatan walau pun anak-anak perdana menteri dipertikaikan kerana mempunyai beratus-ratus syarikat dan harta yang bernilai puluhan bilion ringgit...



Menteri kabinet beliau pula, tetap berkeras tidak mahu meletak jawatan malah dengan angkuh bercakap tentang memerangi rasuah, walau pun kes rasuah yang terpalit ke atas dirinya digugurkan perbicaraan di mahkamah dengan cara yang sangat menjijikkan...



Tidak kurang pula menteri kabinet yang masih mahu bercakap tentang akhlak dan moral, walau pun akhlak dan moral beliau sendiri telah ditelanjangkan ke seluruh dunia melalui aksi yang menjijikkan dalam telenovela Semburit...

Pemimpin Pakatan Harapan bukan setakat mempunyai akhlak yang cukup rendah dan menjijikkan, malah kerajaan yang dibentuk juga gagal mengurus dan mentadbir negara dengan baik...

Kehidupan rakyat menjadi semakin terhimpit, ekonomi negara musnah, negara berada di ambang kemuflisan dengan angka rasmi hutang luar negara mencecah RM1 trilion, KDNK jatuh merudum, nilai matawang ringgit berada di paras yang paling lemah dalam sejarah Malaysia...

Keadaan sosio budaya masyarakat majmuk di Malaysia juga hancur bila ketegangan antara kaum semakin meningkat, perasaan saling hormat menghormati sudah semakin tipis bila penghinaan terhadap ugama, kedaulatan sistem Raja Berpelembagaan terus-terusan cuba dicabul dan dimusnahkan oleh ahli politik Pakatan Harapan yang berjawatan menteri...

Bila berlaku ketegangan kaum, kenyataan-kenyataan dan tindakan ahli-ahli politik Pakatan Harapan yang rasis itu bukan saja tidak membantu meredakan keadaan tetapi cuba menyemarakkan lagi api perkauman yang sudah mula menyala...


Sistem pengasingan kuasa yang menjadi teras pemerintahan dalam negara-negara lain di dunia terus-terusan 'dicabul dan dirogol' tanpa sedikit pun perasaan bersalah oleh pemimpin Pakatan Harapan...

Pihak eksekutif secara konsisten dicucuk hidung, yang engkar mengikut arahan akan disingkirkan atau diberi tekanan...



Pihak kehakiman pula diberikan keputusan akhir yang MESTI dipatuhi dalam perbicaraan sekutu atau seteru politik Pakatan Harapan...

Perbicaraan MESTI mengikut skrip yang telah ditulis oleh tangan-tangan ghaib...



Aset-aset strategik negara dijual dan dilelong dengan sesuka hati atas alasan mahu membayar hutang negara tetapi semakin banyak aset negara dijual, semakin bertambah pula hutang negara dan semakin banyak bantuan kepada rakyat dihentikan!!!

Rakyat semakin menderita dengan tekanan kos kehidupan yang melambung, kehilangan pekerjaan hanya kerana keangkuhan dan kebodohan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan memperkenalkan dan melaksanakan dasar dalam dan luar negara yang salah...



Rakyat DiBiarkan Menderita
Kerajaan PH Rancak Adakan Majlis Mewah Sesama Sendiri

Dalam penderitaan kehidupan rakyat, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan terus-terusan membazir dengan mengadakan majlis-majlis mewah sesama mereka dan membuat lawatan-lawatan ke luar negara yang langsung tidak mendatangkan apa-apa menafaat kepada rakyat dan negara bersama rombongan mereka dengan menggunakan duit rakyat berjuta-juta ringgit untuk setiap lawatan!!!


Rakyat Malaysia MESTI bangkit, buangkan gula-gula pilihanraya yang Pakatan Harapan berikan, bersihkan badan dan samak dengan 7 bilasan air mutlak serta air tanah dari najis kencing Pakatan Harapan...



Kita mempunyai seribu satu alasan untuk membuang mereka dalam PRU 15 dan mereka cuma mempunyai satu alasan untuk terus berkuasa selepas PRU 15 nanti iaitu meneruskan kezaliman dan kerakusan mereka untuk tempoh satu penggal lagi!!!

In Sya Allah, kita akan berpeluang untuk memberi mandat kepada sebuah kerajaan baru yang terbentuk dari gabungan antara BN dan PAS...

Sebuah gabungan yang TIDAK menjanjikan bulan dan bintang untuk memenangi hati rakyat, tidak menaburkan fitnah-fitnah keji tetapi berdiri di atas prestasi cemerlang memerintah kerajaan pusat selama lebih 6 dekad dan memerintah Kelantan hampir 3 dekad...

Muga Allah SWT permudahkan dan percepatkan rakyat dan negara Malaysia bebas dari kebobrokan dan kezaliman kerajaan Pakatan Harapan...

Amin Ya Robb...

Inilah Padahnya Bila Bagi DAP Kuasa


Posted by SnapShot at 8/04/2019

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Sue Limm, yang juga ADUN DAP Sekinchan, tiba-tiba menangguhkan sidang DUN Selangor yang sepatutnya tamat pada 8 Ogos 2019...

Baru bersidang 2 hari dan tiba-tiba terus tangguh...

Apa alasan Ng Sue Limm tiba-tiba menangguhkan persidangan DUN Selangor?

Alasannya ialah, ada usul yang hendak dibawa berkaitan pindaan Undang-Undang Syariah negeri Selangor...



Jadi untuk gagalkan usul itu dibawa ke dalam Dewan Undangan negeri Selangor, Speaker DAP tu bertindak menangguhkan sidang dewan...

Nampak tak macam mana bencinya DAP pada apa saja perkara yang berkaitan dengan ugama Islam!!!

Walau pun Ugama Islam adalah ugama rasmi bagi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tapi perasaan benci DAP pada Islam sangat meluap-luap...

Mana dalilnya dakwaan penyokong-penyokong DAP bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak bersifat anti Islam?

Sedangkan pindaan Undang-Undang Syariah yang hendak diusulkan tu sama jer dengan usul pindaan RUU 355 di Dewan Rakyat dulu...

Langsung tak ada kaitan dengan mereka yang kafir...

Ianya adalah usul untuk menambah hukuman di Mahkamah Syariah dan hanya berkuatkuasa HANYAsekiranya kesalahan dilakukan oleh orang Islam...

Jadi apa masaalahnya pada puak kafir harbi DAP nie?


MP Bagan, Lim Guan Eng, yang juga Menteri Kewangan, pada tahun lepas mendakwa kerajaan BN terdahulu MEROMPAK duit hasil cukai GST sebanyak RM19.1 juta...

Tapi dapatan dari siasatan PAC mendapati TIADA kehilangan duit hasil cukai GST malah PAC mengakui duit hasil cukai GST yang terkumpul adalah jauh melebihi dari jumlah cukai GST yang perlu dikembalikan...

Sudah terang lagi bersuluh, Guan Eng menipu 2 perkara dalam Dewan Rakyat...

Pertama, Guan Eng menipu dan memfitnah kerajaan BN yang terdahulu merompak hasil cukai GST...

Kedua, Guan Eng menipu dengan mengatakan duit hasil terkumpul GST telah hilang kerana dirompak oleh kerajaan BN yang terdahulu...

Ini adalah satu tuduhan dan kesalahan yang sangat serius kerana ia melibatkan integriti kerajaan BN yang terdahulu serta kredibiliti kerajaan Malaysia secara amnya dan tuduhan serta fitnah itu dilakukan bukan dalam ceramah politik tetapi dalam Dewan Rakyat...

Setiap apa yang dikatakan oleh Ahli Dewan Rakyat akan dicatit dalam hansard Dewan Rakyat dan ianya bukan saja boleh dirujuk oleh rakyat Malaysia malah seluruh dunia!!!

Bila MP Pembangkang menuntut supaya Guan Eng meminta maaf dan menarik balik penipuan dan fitnah yang dibuat, Guan Eng dengan angkuh enggan meminta maaf dan menarik balik penipuan dan fitnah yang beliau buat malah masih cuba menegakkan benang yang basah...

Bila Guan Eng tetap angkuh pertahankan penipuan dan fitnah yang dilakukan, MP Pembangkang mengusulkan supaya Guan Eng dirujuk kepada ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat...


Memeranjatkan, usul di atas kesalahan yang sangat serius dan sangat nyata telah ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md. Yusuf, memberikan alasan tiada unsur provokasi dilakukan dalam ucapan Guan Eng!!!

Rrrrrupa-rupanya, ada udang di sebalik batu...



Guan Eng ialah bos kepada Lutfi Hakim bin Mohamad Ariff (BACA DI SINI)...

Jadi sekarang kita baru faham betapa besarnya kuasa yang DAP ada...

Ini baru jadi Speaker...

Apakah masyarakat Melayu Islam masih lagi nak kata :

"Aku malas nak ambil tahu bab politik nie"...

Atau

"Sama jer, siapa pun jadi kerajaan, aku macam nie jugak"...

Atau

"Ohhhh takpa, benda belum jadi"...

Bukalah mata hati kita, tilik dan renungkanlah nasib generasi yang akan datang kalau DAP dibiarkan bermaharajalela dan beraja di mata dan bersultan di hati bila kuasa berada dalam genggaman mereka...

Itu baru jadi Speaker, belum jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri lagi...

DAP sedang giat perjuangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri...

Bangsa Melayu sedar ker tidak perkara tu?

Pendakwaraya ayam tambatan DAP, hakim pun sama dan sekarang terbukti Dewan Negara dan kebanyakan Dewan Undangan Negeri berada dibawah kawalan DAP...

Masyarakat Melayu Islam masih nak tidur dan rasa selesa lagi ker!!!!!






Kredit :

Anak Selangor Yang Prihatin

Kenapa Masyarakat Melayu Mesti Tolak Bangsa DAP




Posted by SnapShot at 8/06/2019


Terjemahan :
Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, JANGAN KITA MENYAPU TAHI LEMBU DI WAJAH KITA DENGAN MEMPERKENALKAN KHAT...
Tolonglah...

Itu posting Lim Lip Eng, ahli Parlimen DAP Kepong!!!

Ini ekoran langkah Kementerian Pendidikan mahu memperkenalkan pengajaran seni khat dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 mulai tahun depan...

Negara kita mengamalkan hak kebebasan bersuara dan memberi pandangan...

Namun ianya ada batas dan adabnya...

Bermakna ia tidak mutlak...

Jika semua kita bebas berkata apa sahaja yang terlintas di benak pemikiran kita, pasti negara berbilang kaum dan agama ini menjadi huru-hara sebagaimana sesetengah negara dunia ketiga...



Ada pemimpin DAP dan NGO Cina yang mungkin tidak setuju dengan langkah kementerian ini, maka bantahlah ikut apa sahaja saluran namun jangan sampai biadap dan menghina...

Tulisan Jawi adalah tulisan Melayu asal di tanahair kita...

Ia merupakan tulisan rasmi buat budaya dan bangsa Melayu sehinggalah diperkenalkan tulisan Rumi...



Tahukah kita, perkataan Malaysia jika diterbalikkan dalam tulisan rumi, ia akan membawa maksud Islam?

Begitulah sinonimnya tulisan jawi bagi masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

Tulisan inilah digunakan dalam dokumen dan rekod resmi kerajaan dan rakyat zaman-berzaman...



Malah pemasyhuran Kemerdekaan Negara yang dibacakan oleh Almarhum YTM Tunku sebagai PM Negara yang pertama 31 Ogos 1957 juga bertulisan Jawi...



Cuma Warkah Dari Cardoba ditulis dalam tulisan rumi...😉😉😉

Tiba-tiba Lip Eng dalam keghairahan menolak langkah pihak kementeria ini telah menggunakan bahasa yang amat biadab malah menghina orang-orang Melayu...

Memperkenalkan tulusan Khat Jawi disamakan ahli parlimen ini sebagai menyapu tahi lembu di wajah kita semua...

Jawi sama dengan najis???



Kalau kita katakan DAP ini parti rasis dan tidak pernah memperjuangkan nasib dan masadepan umat Melayu Islam, ada yang tidak percaya...

Tapi lihatlah tulisan pemimpin DAP nie...

Ianya satu penghinaan terhadap orang Melayu serta benar-benar mencabar kesabaran kita semua...

Bila kaduk naik junjung, bila mereka dominan dalam kerajaan, maka bersedialah kita menanggung akibatnya...



Lebih memualkan lagi bila ada pihak-pihak berkepentingan menuduh ada parti politik yang cuba mempolitikkan isu ini...

Apa maksud tuduhan liar itu?

Apakah ia bermaksud, gerakan mempertahankan dan memartabatkan tulisan khat jawi adalah bersifat rasis dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia?

Gerakan mempertahankan keputusan memartabatkan tulisan khat jawi tidak langsung mempunyai apa-apa kepentingan politik...

Tetapi ianya lebih kepada mempertahankan hak warisan dan kesenian bangsa Melayu yang semakin terhakis pada hari ini...

Bangsa Melayu adalah bangsa dominan dan pribumi di bumi Malaysia...

Hak dan keistimewaan bangsa Melayu secara keseluruhannya termasuk pertuturan dan penulisan mempunyai tempat yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan dan ianya sah dari sudut undang-undang negara...



Apakah usaha mempertahankan hak bangsa Melayu yang sah di sisi undang-undang afalah di anggap rasis?






Apakah hasutan-hasutan dalam bentuk tulisan begini adalah sah di sisi undang-undang dan tidak boleh dianggap rasis?

Apakah Mujahid tidak merasakan kenyataan MP DAP, Lim Lip Eng itu tidak kurang ajar dan menghina seni kebudayaan bangsa Melayu...

Tidakkah Mujahid merasa terhina bila ada kafir harbi menyamakan tulisan khat jawi dengan najis?

Apakah Mujahid tidak nampak kenyataan Lim Lip Eng itu melambangkan kebencian Lim Lip Eng yang meluap-luap terhadap bangsa Melayu?

Bukankah itu sudah terang lagi bersuluh bahawa Lim Lip Eng adalah seorang ultra kiasu!!!

Bangkitlah umat Melayu Islam...

Saat untuk berubah sudah bermula...

Jika terus lalai, maka alu-alukanlah kemunculan 'Singapura ke 2'...


Singkir DAP - Ahmad Fadhli dakwa Umno, PAS akan sokong PH di S’gor



MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari supaya menyingkirkan DAP dari pentadbiran kerajaan negeri susulan dakwaan percubaan parti itu menghalang pindaan enakmen negeri terhadap penukaran agama kanak-kanak di bawah umur secara sepihak.

“Saya menyeru rakan-rakan Adun di Selangor untuk mengambil langkah pada masa yang terbaik hari ini untuk menyingkirkan DAP dari pentadbiran negeri Selangor.

“MB wajar memulakan langkah proaktif mengadap sultan Selangor bagi mewajarkan rombakan exco negeri Selangor dengan mengeluarkan semua ahli exco daripada DAP seterusnya menyingkirkan speaker DUN Selangor yang juga daripada parti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS itu, partinya dan Umno sedia menghulurkan sokongan bagi menjayakan agenda berkenaan.


Pakatan Harapan (PH) kekal di Selangor selepas pilihan raya umum ke-14 dan sehingga hari ini memiliki 50 daripada 56 kerusi. BN cuma memiliki lima kerusi manakala PAS pula cuma satu.

“Sekiranya sokongan daripada Umno dan PAS diperlukan, tiada sebab untuk kedua-dua parti ini walaupun dengan jumlah kerusi yang kecil menolak untuk bekerjasama menjayakan agenda ini,” katanya.

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa menteri besar cuba meminda enakmen negeri untuk mengubah perkataan mengenai berhubung penukaran agama bagi anak yang di bawah umur.

Pada masa ini, enakmen itu menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran "ibu dan bapa" sebelum memeluk Islam. Pindaan itu untuk mengubahnya kepada "ibu atau bapa".

Versi bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan juga merujuk “ibu atau bapa” berkaitan penukaran agama.

Walau bagaimanapun, cadangan pindaan itu menuju jalan buntu apabila Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim dikatakan memendekkan sidang DUN hanya kepada dua hari, pada 31 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata jika “permulaan terlerainya Pakatan Rakyat adalah Langkah Kajang di Selangor, tiada yang pelik jika lerainya Pakatan Harapan juga bermula dengan Langkah Sekinchan di Selangor”.

“Jika ada yang masih berpura-pura tidak nampak dengan kemelut Selangor ini, saya kira ia adalah situasi yang sangat malang,” katanya.

Bekas menteri: Saya bohong sebab nak 'cover' Najib



Hidir Reduan Abdul Rashid & Hariz Mohd




KES NAJIB | Bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah hari ini mengaku bahawa dia berbohong ketika berkata peletakan jawatannya tiga tahun lalu bukan kerana skandal 1MDB.

Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, Husni berkata dia berbuat demikian kerana melindungi perdana menteri ketika itu Najib Razak.

"Saya nak tutup (cover) cerita sebenar. Saya tak mahu beritahu cerita sebenar kepada surat khabar.

"Saya tidak beritahu perkara sebenar. Saya lindungi perdana menteri (I was covering the prime minister)," katanya semasa perbicaraan kes SRC International terhadap Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Husni berkata demikian selepas ditanya Shafee berkenaan kenyataannya pada 2016 bahawa peletakan jawatannya tiada kaitan dengan 1MDB.

Walaupun dengan tindakannya itu, Husni mendakwa Najib sebagai pihak di belakang dakwaan dia membuat gangguan seksual.

Dia berkata demikian selepas Shafee merujuk ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Oktober 2016 - empat bulan selepas meletakkan jawatan.

"Saya berhenti, tetapi anda lihat di media sosial, dua hari lepas berhenti, mereka serang saya tanpa sebab, dan saya tahu siapa 'ABC' yang serang saya," katanya di Dewan Rakyat pada masa itu.

Shafee bertanya apakah dakwaan itu, dan Husni berkata "wang dan perempuan".

Shafee: Anda kaitkan (dakwaan gangguan seksual) dengan Najib?
Husni: Ya.

Shafee: (Dakwaan) Gangguan seksual oleh pekerja anda sendiri. Anda fikir Najib di belakang laporan gangguan seksual terhadap anda oleh pekerja anda sendiri?
Husni: Ya.

Shafee: Ada laporan polis terhadap anda?
Husni: Ya.

Soalan itu dibantah Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram.

"Saksi marah kerana ada sebab...Integriti tak boleh dipersoal dengan cara menghina apabila ia tiada kaitan dengan isu dalam mahkamah," katanya.

Shafee kemudian berkata kewibawaan saksi adalah penting, tetapi hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersetuju dengan pendakwaan dan tidak membenarkan soalan itu.


Minta digugurkan

Ketika pemeriksaan balas, Husni juga mendedahkan Najib mahu memindahnya ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang menurutnya juga menjadi sebab dia meletakkan jawatan.

Katanya, di pada mulanya tahu kemungkinan perkara itu di media, yang melaporkan dia mungkin akan dipindah untuk mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU).

"Saya kata (kepada PM) 'saya faham anda akan pindahkan saya'. Dia kata 'ya, saya akan pindah anda ke kerajaan tempatan'. Dan saya kata 'saya telah buat pelan rasionalisasi (1MDB)'.

"Tiada orang bantu bila kita ada masalah, tiada bantu anda kecuali saya. Dan saya hanya ada dua tahun lagi sebelum PRU 2018. Biar saya kekal (di Kementerian Kewangan).

"Perdana menteri kata 'saya nak anda ke kementerian baru unuk cabaran baru', dan saya kata ' gugurkan saya, terima kasih'."

Husni juga berkata satu lagi sebab dia meletakkan jawatan ialah "kerana Allah".

Husni menjadi menteri kewangan kedua sejak 2009 sehingga Jun 2016.

Najib berdepan tujuh pendakwaan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dari SRC International.

Dia dituduh menerima wang itu sebagai habuan kerana meluluskan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Najib menafikan sebarang salah laku atau menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.


Negara dijangka alami cuaca panas sehingga Oktober




SITI FATIMAH

MENJALANKAN PEMANTAUAN CUACA DAN TITIK PANAS SECARA BERTERUSAN


KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kurang taburan hujan sehingga Oktober ini, kata Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis.

Beliau berkata selain Malaysia, negara jiran Singapura dan Sumatera, Indonesia dijangka turut mengalami cuaca yang sama.

“Kita jangka akan mengalami kekurangan taburan hujan dengan cuaca lebih panas dan kering…tahun ini tanpa fenomena El Nino dan La Nina sehingga Oktober,” katanya ketika ditanya mengenai intipati Mesyuarat Ke-21 Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan Jawantankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Wilayah Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang berlangsung di Brunei.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada program temu bual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini, malam tadi.

Mengulas mengenai mesyuarat berkenaan beliau berkata kelima-lima negara yang terlibat telah membentangkan tindakan yang telah diambil untuk menangani kejadian kebakaran dan jerebu di negara masing-masing.

“Antara maklumat tindakan yang dikongsi ialah menjalankan pemantauan cuaca dan titik panas secara berterusan, menguatkuasakan undang-undang dan mensiap-siagakan peralatan dan sumber tenaga manusia untuk sama-sama memantapkan pemadaman kebakaran,” katanya.

Mesyuarat tahunan yang melibatkan empat negara Asean lain iaitu Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand diadakan bagi memantau dan memperincikan langkah yang diambil dalam mengatasi jerebu merentasi sempadan itu.

Inisiatif untuk menangani masalah jerebu di peringkat Asean telah dimulakan selepas episod pencemaran yang serius pada 1997 yang telah membawa kepada termeterainya penjanjian Asean Mengenai Jerebu merentasi sempadan yang ditandatangani oleh 10 negara di Kuala Lumpur pada 10 Jun 2002. – Bernama


'Kesilapan orang tua' - Jutawan mohon maaf ubah warna Jalur Gemilang


MALAYSIAKINI

    Tokoh perniagaan Lee Kim Yew memohon maaf kerana memuatnaikkan gambar Jalur Gemilang dengan jalur putihnya diubah kepada warna menjadi hitam ketika mengkritik dasar kerajaan mengenai pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil.

Pengasas dan pengerusi Country Heights Holdings Bhd itu, menjelaskan beliau telah meminta artis untuk menukar warna bendera berkenaan untuk "meluahkan perasaannya" mengenai isu tersebut, tetapi kemudian mengarahkan supaya warna kembali ke putih.

Gambar yang telah dipadamkan itu sebelum ini dimuat naik dengan artikel oleh Lee berhubung catatan di blognya yang terkini mengenai pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu untuk pelajar Tahun 4.

Dalam permohonan maaf hari ini, Lee menjelaskan bahawa buat dirinya, jalur putih pada bendera negara mewakili kesucian dan kebersihan, satu peringatan "untuk menjalani kehidupan bermoral yang bersih dan menjauhi rasuah".

"Ini perasaan saya tentang bagaimana sepatutnya buat negara kita yang dicintai, tetapi saya membuat kesilapan meminta artis untuk menyatakan perasaan saya dengan mengubah warna bendera, walaupun (dalam bentuk) grafik dan bukan bendera fizikal," katanya.
 Beliau juga menasihati generasi muda untuk mengelakkan kesilapan seperti yang dilakukan dirinya iaitu golongan "generasi lama".

Hari ini cakap penyatuan ummah, esok lompat, sindir Najib


    
Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak berkata Umno-PAS perlu kekal konsisten dan tidak boleh berubah mengikut keadaan politik semasa.

Katanya, kedua-dua parti itu tidak perlu melayan sekiranya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad cuba mengambil peluang penyatuan ummah demi menyelamatkan beliau dan partinya (Bersatu).

“Yang mesti kita perlu kekalkan persefahaman. Itu dah merupakan komitmen kita.
“Takkan hari ini kita katakan penyatuan ummah, esok kita lompat ke tempat lain pula.

“Orang tak akan percaya pada Umno,” katanya di Wacana Ilmu “Hard Truth: Cash is King” di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, malam tadi.

Mengulas saranan Dr Mahathir yang meminta semua parti Melayu perlu bersatu di Mesyuarat Agung Tahunan Bersatu baru-baru ini, Najib mengatakan Umno tidak boleh berubah mengikut keadaan semasa.

“Orang kata Umno ini parti yang fikir pada keadaan pada ketika itu sahaja. Cari kesempatan sahaja tak ada ikhlas.

“Kita tak boleh ada orang syak kita sebagai parti tak ikhlas parti yang cuma fikir tentang kepentingan dia,” katanya.

“Jadi, kita peru melihat sebagai parti yang konsisten insya-Allah kalau kita kekalkan inilah komitmen kita inilah landasan kita sampai PRU15 kita mengubah jangan berubah,” tambah beliau dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Sementara itu, Najib yang juga pengerusi lembaga penasihat BN memberitahu beliau tidak akan campur tangan membuat sebarang keputusan sekiranya Mahathir kembali menyertai Umno.

“Saya serahkan kepada ahli parti untuk membuat keputusan,” katanya ketika menjawab soalan daripada wakil NGO Nadir Malaysia yang meminta pandangan Najib sekiranya Mahathir mahu menyertai semula Umno.

Namun, para hadirin bersorak “Mahathir tidak boleh diterima semula,” membalas pandangan Najib.

Ada tauke baru?

Dalam pada itu, Najib tidak menolak kemungkinan beberapa bekas ahli kabinet BN sudah mempunyai ‘tauke’ baru.

“Saya tak berubah. Mungkin mereka yang berubah.

“Tak pasti, mungkin ada tangan ghaib di belakang mereka,” katanya ketika ditanya tindakan beberapa pemimpin kabinet khususnya Khairy Jamaluddin dan Nazri Aziz yang setia bersamanya sebelum PRU14 dan kini mula mengkritik secara terbuka selepas kalah dalam pilihan raya.

Khairy Jamaluddin (kiri) dan Nazri Aziz 
“Ada disebut dalam mantra politik iaitu no permanent friends, no permanent enemies, only common interest. (Tiada kawan selamanya, tiada musuh selamanya, hanya kepentingan bersama.)

“Saya syak mereka ada tauke baharu. Orang macam ini, rakyat sendiri akan menilai, mereka sebenarnya merosakkan diri sendiri. Kita kena ada maruah dan prinsip dalam politik,” tambah ahli parlimen Pekan itu.

Wakil rakyat Pas tidak sokong Anwar bawa undi tidak percaya terhadap Mahathir, kata Takiyuddin


Wakil rakyat Pas tidak sokong Anwar bawa undi tidak percaya terhadap Mahathir, kata Takiyuddin
Parti Islam SeMalaysia (Pas) hari ini, sekali lagi menetapkan pendirian semua 18 wakil rakyat parti itu tidak akan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathirf Mohamad dibawa ke Parlimen.
Setiausahanya Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sekiranya usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri diluluskan, Dr Mahathir mempunyai dua pilihan sahaja.
“Beliau meletakkan jawatan ataupun menasihatkan Yang DiPertuan Agung supaya membubarkan Parlimen, yang mana Yang diPertuan Agung mempunyai kuasa mutlak untuk mempertimbangkan atau sebaliknya.
“Dalam konteks sekarang, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat sokongan Ahli Dewan Rakyat sekurang-kurangnya majoriti mudah (simple majority), ini secara tidak langsung membawa maksud Tun Dr Mahathir telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
” Sekiranya ini adalah benar, Datuk Seri Anwar sepatutnya segera mengadap Yang diPertuan Agung bagi menyembah maklum tentang perkara tersebut.
“Beliau juga boleh membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat berdasarkan Perkara 43(4), Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Kata Takiyuddin lagi, gesaan pihak-pihak tertentu supaya Perdana Menteri yang telah dilantik mengikut Perkara 43(2), Perlembagaan Persekutuan supaya menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada seseorang Ahli Parlimen lain adalah tidak selaras dengan undang-undang.
“Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Perdana Menteri dari kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan tersebut.
“Ini merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong yang tidak memerlukan nasihat dari mana-mana pihak.
“Setelah terlantik sebagai Perdana Menteri, jawatan tersebut hanya terlucut dalam tiga (3) keadaan: iaitu Perdana Menteri meletakkan jawatan secara sukarela;Perdana Menteri hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat; dan Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat,” terangnya.
Pada Julai lalu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau melihat timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai ancaman yang bakal mengahalangnya daripada menjadi perdana menteri.
Malah, dakwanya lagi,, beliau mempunyai sokongan ahli parlimen PKR, Pakatan Harapan dan restu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perdana menteri seterusnya.


Berita penuh https://malaysiadateline.com/wakil-rakyat-pas-tidak-sokong-anwar-bawa-undi-tidak-percaya-terhadap-mahathir-kata-takiyuddin/

Tiga NGO desak Mahathir berundur selewatnya 9 Mei 2021


Tiga NGO desak Mahathir berundur selewatnya 9 Mei 2021
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebulat suara meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 9 Mei 2021, genap tiga tahun Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan Persekutuan.
Tiga NGO tersebut ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
NGO berkenaan menerusi surat terbuka bersama kepada Dr Mahathir menggesa Perdana Menteri dan kepimpinan PH mengambil langkah jelas untuk membawa kestabilan politik negara dengan meletakkan pakej peralihan berdasarkan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Menurut surat tersebut, pergolakan PKR selaku parti komponen utama dalam gabungan PH sedang meresahkan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir.
“Kerisauan kami adalah agenda pembaikan kerajaan PH yang akan terhenti atau lebih parah, apa yang sedang dicapai kini akan terundur kepada sistem yang lama sekiranya kestabilan politik tidak dipulihkan.
“Kerisauan kami hanya tertumpu kepada kestabilan politik dan tanggungjawab dalam penggal ke-14 Parlimen tanpa ada sebarang kecenderungan untuk PRU15,” kata ketiga-tiga NGO tersebut dalam surat terbuka bersama hari ini.
Mengulas lanjut berhubung penyerahan kuasa tersebut, walaupun tidak ada ketetapan masa yang dinyatakan dalam perjanjian, Dr Mahathir dalam pelbagai majlis sering berkata tempoh peralihan akan mengambil masa dua hingga tiga tahun selepas PH membentuk kerajaan.
“Bagi memastikan kelancaran peralihan, Anwar perlu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri enam bulan sebelum tarikh yang ditetapkan.
“Dengan pelan peralihan yang jelas, ini akan memadamkan desas-desus dan teori-teori konspirasi yang dibuat oleh mereka yang ingin mendapat laba daripada ketidakstabilan dan perpecahan gabungan PH,” kata NGO itu.
Dalam pada itu, ketiga-tiga NGO berkenaan turut mengemukakan beberapa langkah lain untuk mengembalikan kestabilan politik.
Antara cadangan tersebut ialah menetapkan had penggal Perdana Menteri agar tidak memegang kuasa terlalu lama dan pengurangan penumpuan kuasa eksekutif yang dimiliki Perdana Menteri.
Tiga NGO itu juga mahu pengukuhan institusi awam utama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Jabatan Peguam Negara dipercepatkan.
“Kami menggesa pimpinan kerajaan PH, Dr Mahathir, Majlis Presiden PH dan Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk mengambil tindakan tanpa lengah lagi bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan ini.
“Mesej yang jelas mesti dihantar kepada semua, yang kebajikan negara dan agenda reformasi mendahului kepentingan peribadi dan parti,” kata kenyataan bersama itu.
Tiga NGO itu turut menasihatkan PH bahawa parti itu hanya mempunyai kurang daripada empat tahun untuk memenuhi janji serta memulihkan kestabilan politik dan pentadbiran.
Dalam perkembangan lain, tiga NGO berkenaan turut mengadakan sidang media hari ini dan berjanji tidak akan menganjurkan himpunan Bersih 6 bagi menuntut Dr Mahathir mengundurkan diri.
Sebaliknya, menurut Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann selaku jurucakap NGO berkenaan, Dr Mahathir perlu menetapkan satu tarikh peralihan kuasa yang jelas.
Katanya, tarikh antara setahun dari sekarang hingga selewat-lewatnya 9 Mei 2021 perlu ditetapkan untuk mengelakkan pelbagai khabar angin daripada disebarkan.


Berita penuh https://malaysiadateline.com/tiga-ngo-desak-mahathir-berundur-selewatnya-9-mei-2021/