Thursday, May 4, 2017

Usul memutus hubungan dengan DAP & PKR, mana lagi tinggi kuasa antara MSU & MUKTAMAR?


USUL MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP, ADAKAH MUKTAMAD ATAU SEBALIKNYA?
Pada Rabu bertarikh 03/06/2015 Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) telah meluluskan suatu usul tergempar memutuskan hubungan PAS dengan rakan tahaluf DAP. Usul tersebut kemudiannya dibawa ke Muktamar Tahunan PAS Pusat yang bermula pada 04/06/2015 sehingga 06/06/2015.
Pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Pusat, telah diumumkan bahawa usul daripada DUPP tersebut telah diterima tanpa bahas. Ekoran penerimaan usul tersebut tanpa bahas, Tuan Haji Mohamad Sabu, bekas Timbalan Presiden PAS mengumumkan di dalam Muktamar bahawa beliau mengambil keputusan meletakkan semua jawatan yang dipegangnya di dalam GLC di Pulau Pinang. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Hj Mustafa Ali bagaimana pun menjelaskan bahawa walau pun usul tersebut telah diterima tanpa bahas, ianya masih belum muktamad kerana perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak yang mempunyai kuasa pemutus dalam hal berkaitan hukum. Kata Dato’ Hj Mustafa Ali, “kita masuk dengan hukum maka kita keluar juga dengan hukum”. Keadaan tersebut telah menyebabkan kekeliruan di kalangan para pemimpin PAS dan juga ahli-ahli PAS di seluruh Malaysia.
Sebelum ini saya telah menulis berkaitan kekuasaan tertinggi di dalam PAS. Hari ini saya ingin mengulas khusus berkaitan usul DUPP yang telah diterima tanpa bahas tersebut dari sudut Perlembagaan PAS. Ia juga akan melibatkan kedudukan kekuasaan tertinggi di dalam PAS.
Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS dengan jelas terang lagi nyata memperuntukkan bahawa kekuasaan tertinggi di dalam PAS ialah Muktamar Tahunan PAS. Fasal 7 (1) menyatakan seperti berikut :-
Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan
(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.
Jangan ada pihak yang keliru antara hukum tertinggi dengan kekuasaan tertinggi. Hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran, Sunnah Rasul, Ijmak Ulamak dan Qias. Keempat-empat sumber ini adalah rujukan hukum tertinggi di dalam PAS. Walau bagaimana pun kekuasaan tertinggi ialah Muktamar Tahunan PAS. Apa saja keputusan yang diputuskan di dalam Muktamar Tahunan PAS adalah keputusan tertinggi yang mana ianya mengikat seluruh badan-badan di dalam PAS dan seluruh ahli PAS.
Fasal 7 (2) Perlembagaan PAS pula menyatakan bahawa dengan tertakluk kepada hukum tertinggi PAS iaitu Al-Quran, Sunnah Rasul, Ijmak Ulamak dan Qias, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.
Fasal 7 (2) Perlembagaan PAS memperuntukkan seperti berikut :-
(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat Agung PAS.
Fasal 7 Perlembagaan PAS ini jelas bahawa kekuasaan tertinggi PAS ialah Muktamar Tahunan PAS dan tidak ada kuasa lain yang lebih tinggi daripada Muktamar. Justeru apabila Muktamar memutuskan bahawa usul DUPP diterima tanpa bahas, maka usul tersebut adalah muktamad. Badan-badan di dalam PAS samada ianya Majlis Syura Ulamak (MSU), Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP), Dewan-Dewan dan seluruh ahli tertakluk kepada keputusan tersebut. Badan-badan di dalam PAS hanya boleh berbincang dan memutuskan bagaimana usul tersebut hendak dilaksanakan bukannya menangguhkan atau membatalkan usul. Usul tersebut menyatakan bahawa hubungan PAS dengan DAP diputuskan maka hubungan PAS dengan DAP secara keseluruhannya terputus. Tidak ada istilah putus di sana tetapi di sini tidak. Itu jelas di dalam usul iaitu putus hubungan dengan DAP.
Kenyataan atau penerangan Setiausaha Agung PAS bahawa usul tersebut belum muktamad kerana masih tidak mendapat persetujuan atau masih belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) adalah suatu kenyataan yang khilaf dan bertentangan dengan peruntukkan Perlembagaan PAS.
Perlu diambil perhatian bahawa kewujudan MSU juga adalah atas keputusan Muktamar Tahunan, malah kewujudan PAS juga adalah di atas keputusan Muktamar Tahunan. Tiada mana-mana pihak yang besar dan lebih berkuasa daripada Muktamar Tahunan. Ini jelas diperuntukkan lagi di Fasal 87 Perlembagaan PAS.
Fasal 87. Cara Memansuhkan PAS
PAS ini tidaklah boleh mansuh atau bubar melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah bilangan ahli-ahli PAS yang telah menyatakan persetujuan mereka dengan bersendiri ke dalam Muktamar yang diadakan kerana maksud tersebut, atau dengan persetujuan sebulat suara dari perwakilan yang mewakili tiga perlima daripad ahli-ahli PAS Kawasan di dalam Muktamar PAS kerana maksud tersebut
Fasal 87 menyatakan bahawa Muktamar boleh memansuhkan atau membubarkan PAS. Ini jelas bermaksud bahawa bukan sahaja MSU berada di bawah kekuasaan Muktamar, malah PAS itu sendiri adalah di bawah kekuasaan Muktamar Tahunan kerana dengan Muktamar PAS boleh dimansuhkan dan dibubarkan. Jika PAS boleh dimansuhkan atau dibubarkan oleh Muktamar, maka begitu juga Muktamar boleh memansuhkan MSU atau mana-mana badan di dalam PAS.
Kenapakah Muktamar Tahunan PAS merupakan kekuasaan tertinggi selain daripada peruntukkan Perlembagaan yang jelas di atas?
Jawapannya kerana Muktamar Tahunan PAS itu diwakili oleh semua pihak yang berkepentingan di dalam PAS bermula daripada perwakilan Kawasan-Kawasan, Perwakilan Negeri-Negeri, perwakilan Dewan-Dewan, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan MSU. Semua pihak di dalam PAS terlibat di dalam Muktamar Tahunan PAS. Ini dengan jelas diperuntukkan di dalam Fasal 18 (2) Perlembagaan PAS.
Fasal 18 (2)
(2) Muktamar Tahunan dan/atau Khas PAS itu adalah mengandungi ahli-ahli yang berikut:
1. Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
2. Ahli-ahli Majlis Syura „Ulamak dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
3. Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.
4. Yang Dipertua-Yang Dipertua PAS Kawasan, dan jika sekiranya dia tidak dapat hadir sendiri maka hendaklah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan itu diwakili dengan bersurat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu.
5. Tidak kurang dari empat orang dan tidak lebih dari sepuluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Mesyuarat Agung Tahunan tiap-tiap Kawasan yang telah menunaikan yuran tahunannya bagi tahun itu ke Pejabat Agung dengan tertakluk kepada Fasal 19(5).
6. Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat.
7. Dua puluh orang wakil daripada diangkat oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, dan
8. Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat.
Jelas bahawa Muktamar Tahunan PAS disertai oleh semua pihak yang berkepentingan di dalam PAS. Justeru apabila usul diterima tanpa bahas, ini bermakna seluruh anggota Muktamar Tahunan telah bersetuju dengan usul tersebut dan usul tersebut adalah muktamad. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengubah usul tersebut melainkan dilakukan melalui Muktamar juga.
Adakah usul yang telah diterima tanpa bahas tersebut perlu dirujuk kepada MSU untuk pengendorsan atau kelulusan?
Jawapannya jelas tidak perlu kerana semasa usul diterima tanpa bahas di dalam Muktamar, MSU juga terlibat berada di dalam Muktamar. Seluruh ahli MSU berada di atas pentas bersama-sama Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap boleh ditarik balik tetapi terlajak meluluskan usul di Muktamar, hanya Muktamar yang boleh menarikbalik.
Sepatutnya apabila usul diluluskan oleh DUPP pada 03/06/2015, usul tersebut dibawa atau dirujuk kepada MSU terlebih dahulu. Apabila MSU berbincang, berbahas dan meneliti baik buruk serta hukum hakamnya barulah diangkat kepada Muktamar Tahunan untuk diputuskan.
Perlu diambil perhatian bahawa usul tersebut diusulkan oleh DUPP yang mana di dalamnya ada Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan seluruh ulamak hebat di dalam PAS. Apabila DUPP yang dianggotai oleh seluruh ulamak sudah bersetuju meluluskan usul tersebut, adakah munasabah MSU yang hanya dianggotai oleh seramai 17 orang ahli boleh menafikan kelulusan DUPP? Apabila usul tersebut diluluskan oleh DUPP yang mana di dalamnya ada Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Ketua DUPP serta beberapa ahli MSU yang lain, adakah munasabah mereka yang meluluskan di DUPP akan mengubah tindakan mereka apabila mereka bertindak sebagai ahli MSU? Di sana mereka luluskan, tiba-tiba di sini mereka hendak batalkan atau tangguhkan?
Sebenarnya tindakan menerima usul DUPP tanpa dibahaskan oleh Muktamar Tahunan adalah suatu tindakan paling bodoh yang pernah dilakukan. Sekarang masing-masing menjadi seperti gila talak. Lafaz cerai telah dikeluarkan tetapi masih ingin tinggal serumah.
Sewajarnya usul tersebut dibahaskan di dalam Muktamar di mana perwakilan kawasan, perwakilan negeri, perwakilan dewan-dewan sehingga perwakilan MSU diberikan laluan untuk berbahas dan seterusnya mengundi untuk dibuat keputusan. Muktamar Tahunan adalah SYURA terbesar di dalam PAS. Sepatutnya syura terbesar ini dijadikan medan menentukan hala tuju parti bukannya sekumpulan manusia yang berasa cerdik tapi tidak cerdik yang mencorak perjalan parti. Siapa yang membuat keputusan meluluskan usul tanpa bahas? Bukan Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar tetapi atas arahan seseorang. Pengerusi Jawatankuasa Usul seperti yang dimaklumkan oleh beliau di dalam Muktamar, bahawa beliau hanya menjalankan tugas tetapi ada orang lain yang mengarahkannya.
Ya betul, Pengerusi Jawatankuasa Usul juga bersalah kerana mengikut arahan buta tuli tapi orang yang mengarahkan itu lebih utama dipersalahkan. Siapa? Mereka lebih mengetahui.
Sekarang hubungan PAS dengan DAP telah muktamad diputuskan. Tidak ada putus di Pulau Pinang tetapi tidak di Selangor, tidak di negeri-negeri lain. PUTUS. Tindakan Tuan Haji Mohamad Sabu dan Dato’ Dr Mujahid Yusuf adalah bertepatan dengan usul. Sekarang kita menunggu tindakan para pimpinan PAS di Pulau Pinang yang lain meletakkan jawatan. Begitu juga di Selangor.
Perlembagaan PAS Fasal 16 (3)(b) menyatakan bahawa ahli-ahli PAS hendaklah melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus. Keputusan Muktamar Tahunan adalah yang tertinggi parti, justeru seluruh ahli wajib patuh keputusan tersebut.

ZULHAZMI SHARIFF
08062015

Wednesday, May 3, 2017

Ust Ahmad Awang diajak kembali keparti lama...


Ada yang mengajak saya untuk kembali semula ke parti asal kerana pada mereka parti yang saya sertai sekarang ini adalah parti liberal dan sekular. Namun jika ditanya dimana sekular dan liberalnya mereka tidak dapat memberikan jawapan yang kukuh. Menuduh secara melulu itu memang sangat mudah.
AMANAH adalah sebuah Parti Islam yang meletakkan dasar serta matlamat perjuanganya adalah islam. Apa yang membezakan AMANAH dengan parti asal saya adalah dalam soal pendekatan dan strategi politik.
Kami tidak mahu hanya sekadar menjadi penasihat kepada pemerintah. Kami mahu mengambil alih pentadbiran bagi memastikan agenda melawan rasuah dan penyelewengan dapat direalisasikan.
Ustaz Ahmad Awang

TAMPIL MENJELASKAN, NAFI DENGAN AKUAN BERKANUN ATAU SAMAN?

shahbudindotcom





Dalam sidang akhbar oleh Rafizi Ramli sebagai menunaikan janjinya untuk terus mendedahkan aliran wang daripada akuan peribadi Najib Razak yang dananya didakwa berpunca daripada SRC International, anak syarikat 1MDB yang memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP, tiga pihak lagi dinamakan sebagai penerimanya.

Janji Ahli Parlimen Pandan untuk meneruskan pendedahannya mengenai wang SRC International yang diterima Najib setelah sebelum ini menamakan Nasaruddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas sebagai salah seorang penerimanya.

Tiga penerima yang disebut Rafizi hari ini ialah:-

Pertama, Amhari Effendi Nazaruddin, seorang penasihat di Pejabat Perdana Menteri yang dikatakan berperanan membangunkan aplikasi "NajibRazak" dalam telefon pintar serta terlibat dalam rundingan penyelesaian hutang antara 1MDB dengan IPIC, baru-baru ini.

Beliau didakwa menerima RM2 juta daripada Najib.

Kedua, Najib sendiri yang didakwa membelanjakan RM3.28 juta untuk pembayaran kepada sebuah kedai barang kemas di Italy.

Rafizi mempersoalkan pembayaran itu untuk pembelian apa dan untuk siapa kerana katanya, "Najib sudah tentu tidak membeli barang kemas di Italy itu."

Ketiga, Yayasan Al-Abrar, sebuah badan yang menganjurkan program "Malaysia Berselawat" pada 7 Disember 2013 di Kuala Lumpur.

Rafizi mendakwa yayasan tersebut menerima RM5 juta melalui akaun peribadi Najib di Ambank Islamic Berhad.

Nama dan jumlah wang yang diterima atau dibelanjakan telah disebut secara jelas oleh Rafizi dan ia tentunya sudah tersebar luas ke seluruh negara ketika ini, termasuk ke pengetahuan makcik Felda dan pakcik-pakcik di kedai kopi.

Sudah barang tentu juga ia sudah pun menjadi modal perbualan mereka sekarang ini.

Ini sudah bahaya!! Lalu, apa yang harus dilakukan oleh tiga nama yang disebut itu?

Setidak-tidaknya tiga pilihan harus dilakukan oleh ketiga-tiga pihak itu - tampil dengan berani menjelaskan mengenai wang tersebut, membuat akuan berkanun menafikannya atau segera menghantar surat saman kepada Rafizi.

Pilihan kini di tangan mereka?

Oppps...dengarnya Nasaruddin Mat Isa yang namanya disebut sebelum ini pun masih belum lagi menyaman Rafizi, walaupun sudah hampir dua minggu melafazkan janji untuk berbuat demikian.

Bila lagi nak saman, Sheikh?

Dalam masa yang sama, SPRM juga harus melihat pendedahan demi pendedahan oleh Rafizi ini sebagai rangsangan untuk segera bertindak dalam erti tanggungjawab kepada negara serta takutkan Tuhan.

Tidakkah amat memalukan jika SPRM tidak berbuat apa-apa sedangkan pendedahan secara berterusan dilakukan sebagaimana dijanjikan Rafizi dan di ketika yang sama, agensi pencegah rasuah itu terus juga melakukan tangkapan demi tangkapan berkaitan kes lain di sana sini?

Kes yang sudah diletakkan di depan mata oleh Rafizi harap-harap janganlah SPRM diam dan buat tak nampak saja.

Tuesday, May 2, 2017

Misi membawa Kit Siang sebagai PM MALAYSIA.. reality atau persepsi?


Tidak habis-habis orang ini buat propaganda yang Lim Kit Siang hendak jadi PM Malaysia. Apakah dia sedar dan tahu apa yang dia perkatakan. Mungkin dia tidak memahami isi Perlembagaan negara ini dan juga hak-hak istimewa yang ada kepada Raja-Raja Melayu.
Apabila dia mengatakan Cina Lim Kit Siang hendak jadi PM secara tidak langsung dia seakan menafikan kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Apakah dia fikir Raja-raja Melayu akan jadi papet dan ikut sahaja apa yang dikehendaki oleh Kit Siang.
Dia juga jahil dan buta mengenai sistem politik demokrasi negara ini dimana seseorang yang boleh diangkat menjadi PM mestilah parti orang berkenaan menang besar.
Dia menipu dan memperolok-olokan rakyat negara ini secara hidup-hidup. DAP bertanding hanya 60 kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Apakah otaknya tidak tahu dengan jumlah kerusi itu (60) boleh DAP mempersembahkan kepada Agong untuk Kit Siang mengangkat sumpah jadi PM.
Kalau pun benci kepada Cina DAP dan Kit Siang kerana nak kekalkan Najib dan Umno jadi PM, tetapi cubalah kemukakan hujah yang tidak menunjukkan kita tidak cerdik. Orang-orang seperti inilah yang menjadi guru memperbodohkan orang Melayu.
Sifat dan perangai inilah menyumbangkan kepada kelemahan akal dan maklumat orang Melayu. Ia bersifat seperti biawak yang menutup lubang fikir orang Melayu selepas melindungi bangkai dalam lubang. Cis. Trims.
MSO

Dengan GST sekarang nie, kehidupan masyarakat kampung semakin senang dan selesa..!!


Rakyat Malaysia tak mahu berubah sebenarnya, mereka lebih suka jadi kuli untuk parti politik.
Tak percaya ? Cubalah lihat sikap rakyat Malaysia, Najib buat GST 6% pun mereka ini tak bantah. Sekarang sudah dipalu akan berjayanya GST & rakyat yg menyokong cukup suka bila sdra Najib tunjuk 1 jari telunjuk, bila jari tu naik saja.....gegak gempitalah sekalian bani Melayu. Itu baru 1 jari, dia tunjuk 5 jari pun sudah tersyukur makcik di kampung.
Tapi rakyat di kampung lupa, 1 jari itu RM1 bilion hilang.... kalau 5 jari tu sudah RM5 bilion lagi. Kalau dia angkat 10 jari, tak ke susah Malaysia ?
Taklah.... mereka mendakwa GST itu bagus untuk negara. Inilah petualang negara yg berkongsi kasih dengan penjenayah kleptokrasi.
Ya, keras pertuduhan ini, tapi itulah hakikat. Alasan GM....
Global Financial Integrity (GFI) telah anggarkan aliran keluar wang haram dari Malaysia ke negara asing sebanyak USD44.3 bilion. Lebih kurang nilai ringgit pada masa sekarang jika di convert adalah sebanyak RM194bilion hilang!
Ya, RM194 bilion hilang.. Bank persisiran antarabangsa menjadi simpanan mereka. Hasil wang cukai makcik & pakcik di kampung. Potong getah jual ke peraih pun makcik kena gst. Tolak basikal minum teh di warung pun pakcik warga tua kena gst.
Ehhhhh!!!!!!! kamu tipu lah! Minum teh kena gst ? Betul lah pembangkang ni, asyik menipu saja.. ;)
Pakcik oii, syarikat kilang buat susu cair dah kena gst, kilang susu itu pun ambil tin dari sykt lain pun kena gst. Keluar hantar ke pemborong, pemborong cas lagi gst. Sampai ke pekedai, pon kena cas gst. Tak masuk lagi kos pengangkutan lori kena cas gst. Belum kira tol lagi kena gst. Lori punya sparepart tukar minyak hitam, tukar tayar, tukar benda rosak semua kena gst.
Maka pakcik & makcik, cuba teka kalau Najib berjaya PRU14 GST akan naik ke 8%, susu makcik minum tu kilang buat baru RM80sen-RM1.20 setin, sampai di tangan makcik dah jadi RM3. Kalau naik gst, susu makcik pakcik minum tu boleh cecah RM4 setin.
Pembangkang tipu kot mana ni pakcik ? Cuba kira dah berapa kali gst untuk 1 tin susu tu..
Harap kalian yg berkarya, terangkan cara mudah sebegini kepada mereka di luar sana. Agar mereka faham.. tak perlu nak kata statistik, jika mereka kata untung rugi.....itu dah cukup untuk mereka menolak pentadbiran regime kleptokrasi.
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.

Terhutang budi kerana terima BR1M? Cuba baca dan fikirkan


BARU-BARU ini aku ada berbual dengan seorang rakan yang bekerja sebagai tukang buat rumah. Sahabat aku ini adalah kawan lama, maka pelbagai cerita kami bualkan di dalam perbualan itu, daripada sekadar bertanya khabar tentang kehidupan masing-masing sampailah kepada cerita politik dalam dan luar negara.

Aku cuba ambil peluang bertanya tentang kecenderungan politiknya memandangkan pilihan raya umum nampaknya sudah tidak berapa lama lagi.

"Apa pendapat kau tentang Najib?" Tanya aku kepadanya, dia mengakui bahawa Najib telah mencipta banyak masaalah kepada dirinya, terutama berkaitan kos sara hidup, perlaksanaan cukai GST, dan pemotongan subsidi serta peruntukan badan-badan kerajaan. 


Dia pun menghuraikan satu demi satu sebab kebenciannya dan penentangannya kepada Najib, aku tekun mendengar hujah dan butir-butir ucapannya.

Namun bila aku tanya adakah dia masih mahu mengundi Barisan Nasional pada PRU14 yang akan datang?

Sahabat aku itu menjawab ringkas, 

"Ya aku tetap akan pangkah BN macam dulu,"

Aku merasa hairan, macam mana dia yang tidak suka Najib kerana Najib telah menimbulkan pelbagai masaalah kepadanya tapi masih akan terus mengundi BN, jadi aku pun tanya apa sebab dia masih tetap mahu mengundi BN?

Dari jawapannya barulah aku faham, rupa-rupanya dia merasa terhutang budi kerana dia merupakan salah seorang penerima BR1M sebanyak RM450.

Dia merasa terhutang budi kerana dia percaya walaupun Najib punca kepada kenaikan kos sara hidup, tetapi Najib telah berjasa memberikan sedikit bantuan duit saku sebanyak RM450 kepadanya setiap tahun.

Maka aku pun bertanya kepadanya, 

"Berapa gaji kau sebulan?"

Dia menjelaskan gajinya tak menentu secara purata pendapatannya setiap bulan adalah sekitar RM2,000.

Aku bertanya lagi, 

"Setiap bulan gaji kau habis dibelanjakan atau masih ada tinggal sedikit untuk simpanan?"

Dia menjawab,

"Setiap bulan bukan setakat habis, tak cukup lagi adalah, selalu terpaksa pinjam duit orang untuk tampung keperluan,"

Maka aku pun jelaskan kepadanya, 

"Kalau kau habiskan kesemua gaji kau setiap bulan sebanyak RM2,000 maknanya dalam masa sama kau bayar RM120 cukai GST kepada kerajaan (6% daripada RM2,000), setiap bulan,"

"Setiap bulan kau bayar RM120, maknanya dalam setahun kau bayar cukai GST sebanyak RM1,440,"

"Kau bayar kepada Barisan Nasional RM1,440 setahun, kemudian BN bayar balik kepada kau RM450 setahun. Sebenarnya dia bayar BR1M pakai duit siapa?" Tanya aku kepadanya.

Mendengar penjelasan ringkas itu, wajah sahabat aku itu tiba-tiba berubah, dia mulai sedar bahawa selama ini emosinya telah dipermainkan dengan pemberian BR1M.

"Pergh, baru aku perasan aku dah kena 'game' depan batang hidung, rasa terhina sial, sebenarnya BR1M tu duit aku sendiri," jawabnya seperti baru tersedar dari mimpi.

Aku kongsikan perbualan ini kerana aku percaya ramai lagi sahabat-sahabat di luar sana yang selama ini tak sedar bahawa BR1M itu bukanlah duit kocek Najib yang diberi kepada rakyat, seperti seorang ayah memberi duit saku kepada anaknya, tetapi sebenarnya ia adalah duit rakyat itu sendiri.

Contohnya dalam isu kawan aku ini, kerajaan BN kutip GST daripada dia sebanyak RM1,440 setahun kemudian BN bayar balik sebanyak RM450, hitung bersih sebenarnya dia bayar RM990 kepada kerajaan BN (RM1,440 - RM450 = RM990).

"Sebenarnya aku yang bagi BR1M RM990 kepada Najib, bukan Najib bagi BR1M kepada aku," katanya mengakhiri perbualan dalam isu tersebut.

Mohon sebarkan

Ulamak memilih Kemungkaran...!


Oleh Ahmad Sayuti Bashiron 

Ust Rejab Md Akhir 'Jahanam' Ketua
Dewan Ulama Pas Kedah
1. Saya memilih utk ikuti live ulamak Pas bermuktamar pagi ini. Sebaik sahabat saya Ustaz Mohd Nazri Chik selesai aluan, ucapan sulung adalah wakil Kedah Ustaz Rejab Md Akhir.

2. Belum pun sempat berucap, semua yg hadir diajak bangun dan sama laung kata semangat, yg terus disusuli kata "jahannam PAN".


3. Allahu... Saya benar tergamak, terdiam, tak terkata beberapa saat. Itu rupanya kalimah pertama hari mulia akhir Rejab 1438H ini. Didoakan oleh perwakilan dlm satu majlis besar yg berkumpul semua ahli agama parti itu. Itu sebagai munajat mereka yg berkumpul?

 Ada yg dilihat tak selesa, namun tak ada pun seorg bangkit tegur maksiat akhlaq dihadapan mereka itu...! Termasuklah dalam majlis itu ada wakil majlis syura parti, wakil Presiden, namun tak ada yg menegur apa berlaku dalam dewan itu! Bahkan hampir semua tersenyum puas dan gembira atas munkar berjamaah yg berlaku itu.

 Ikhwah yg dirahmati.

 4. Sesunggguhnya kalimah "jahannam" itu adalah hak Allah semata. Digunakan utk musuh Islam yg dijanjikan dicampak dlm neraka jahannamNya. Tapi itulah pilihan doa oleh ulamak parti itu utk kami, dari Parti Amanah Negara yg mereka singkatkan sbg terma "PAN". 

5. "PAN" itu juga disebut oleh Ustaz Mahfuz Ketua Ulamak Pas sbg doa mereka atas kalimah arab bermaksud "mati". Maka ahli Pas tak dibenarkan sebut AMANAH, tetapi hendaklah sebut PAN sbg doa kematian utk AMANAH. Sebegitu sekali! 

6. Saya teringat hadith, Rasulullah berkata amat takut lebih takutnya baginda pada Dajjal, adalah pada lahirnya ketua / ulamak yg menyesatkan ummah di akhir zaman ini dgn pelbagai pembohongan dan tipudaya mereka. Juga lain bermaksud "mencela seorang muslim itu adalah dosa kefasikan, dan membunuhnya pula adalah kekufuran". Saya melihat kebenaran pada kedua hadith Rasul mulia itu! Saya juga imbas apa yg dah berlaku kebelakangan ini. 

7. Tahun 2013 Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri mulakan kerja khianat PAS pada PKR apabila dia sendiri letakkan calon PAS di kerusi yg dah pun menjadi hak PKR sejak 2008. Akhirnya UMNO berterima kasih pada PAS atas hadiah kerusi itu. 

8. Kesannya juga, dalam dua kali program Dewan Ulamak parti itu membuat keputusan dan usul utk putuskan dgn PKR (dan kekal dgn DAP). 

9. Hasil dari itu setiap teguran pada Presiden atas kesalahan itu, pasti terus dijawab dgn kata kesat termasuk barua dan broker, nyamuk, anjing, serigala, babi, biawak, dan bermcm lagi makian dgn seronok sekali. 

10. Umum juga ingat, setahun kemudian, tahun 2014 wakil ulamak Ustaz Azhar Yaacob bangkit lebih 20 min bacakan doa laknat buat ahli sendiri yg berbeza pandangan dgn Presiden party dalam Muktamar di Johor. Doa mulia dijadikan medan mencaci hina. Ahli diperbodohkan sebegitu sekali oleh ulamak party! 

11. Dan tahun berikutnya 2015 kita lihat sekali lagi Mokhtar Senik wakili ulamak bangkit bawakan usul tergempar arah perwakilan putuskan hubungan dgn DAP, tetapi kekal pula dgn PKR. Totally berbeza pandangan sejak 2 tahun sblm itu! 

12. Hingga akhirnya, sehari kemudian tanpa disangka Presiden party salahgunakan veto utk paksa perwakilan Muktamar 2015 di Kuala Selangor terima usul putus dgn DAP tanpa dibenarkan bahas. Maka terputuslah hubungn rasmi PAS dgn DAP hasil kerja ulamak parti itu! 

13. Maka, dua hari selepas putus itu, YB Iskandar A Samad (Naib Presiden) bertanya terus pada Ustaz Rizuan Bin Rahmat Ketua Ulamak Selangor, apa punca tiba-tiba ulamak PAS mahu putus dgn DAP? Apakah ulamak tak lihat manfaat dakwah yg ada selama PAS berkawan dgn DAP dan PKR? 

14. Ustaz Rizuan Bin Rahmat mengakui mmg manfaat bersama DAP tersangat banyak. Namun katanya usul Dewan Ulamak Pas itu sebenarnya bukan bertujuan utk benar-benar putus pun dgn DAP. Tapi katanya, tujuan asal usul itu diangkat "hanyalah untuk tujuan gempar DAP sahaja..." melalui perbahasan muktamar itu! Dan ulamak sendiri yakin pasti usul itu akan ditolak oleh hampir semua perwakilan yg hadir. 

15. Katanya juga, Dewan Ulamak Pusat sendiri pun terkejut dgn penggunaan veto yg tak disangka oleh Presiden itu.

 Ikhwah yg dirahmati;

 Semua itu hanyalah beberapa contoh kerosakan yg dah pun berlaku. Banyak jika kita kaji akan betapa rosaknya fikrah dan perangai mereka yg bergelar diri sbg ulamak parti itu terutamanya dalam menguruskan perbezaan pandangan sesama ahli atau pimpinan party.

 Kita dah saksikan, jawapan paling mudah buat ulamak itu hanyalah memaki-hamun serta zahirkan kata laknat dan nista pada sesiapa pun yg berbeza pendangan dgn Presiden party.

 Langsung tiada hujjah atau fakta berani dibuat secara berdepan atau tersusun.

 Ø¹َÙ†ْ Ø£َبِÙŠْ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ Ù‚َالَ: Ù‚ِÙŠْÙ„َ: ÙŠَا رَسُÙˆْÙ„َ اللَّÙ‡ِ ادْعُ عَÙ„َÙ‰ الْÙ…ُØ´ْرِÙƒِÙŠْÙ†َ. Ù‚َالَ: Ø¥ِÙ†ِّÙŠْ Ù„َÙ…ْ Ø£ُبْعَØ«ْ Ù„َعَّانًا ÙˆَØ¥ِÙ†َّÙ…َا بُعِØ«ْتُ رَØ­ْÙ…َØ©ً. (رواه مسلم) 
Rasulullah pernah diminta untuk doakan kecelakaan / kebinasaan ke atas kaum musyrikin sendiri. Maka jawab Rasullah, "sesungguhnya aku tidaklah diutuskan sebagai pelaknat, bahkan sesungguhnya aku diutus hanya sebagai rahmat.." [Muslim. No. 2599]

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10155195242324876 

Kita berdoalah agar anugerah kesabaran pada semua dalam mehnah yg berlaku ini. Dalam parti itu masih terlalu ramai sahabat-karib kita yg baik dan sgt ikhlas. Tetapi, mereka masih memilih utk tidak bersuara hanya kerana dakapan ta'asub pada susuk Presiden dan ulamak-ulamak party, sekalipun mengakui dosa mereka. Makan cukuplah Allah sbg sebaik pemberi balas buat hambaNya.

 assayuti | 1 Sya'ban 14389

Najib tidak boleh disentuh seperti Tuhan?



  Walaupun Datuk Abdul Rahman Dahlan, pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional mengesahkan bahawa “Malaysian Official 1” yang dinamakan dalam saman sivil Kehakiman Jabatan (DOJ) yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hakim Mahkamah Tinggi Abu Bakar Jais memutuskan bahawa Najib, sebagai perdana menteri, bukan seorang penjawat awam dalam jawatan awam.

 Hakim kata, Najib bukan seorang pegawai awam atau penjawat awam.

Apakah Hakim tu fikir Najib adalah Tuhan maka dia tidak boleh disentuh seperti Tuhan?
Undang-undang tidak melihat perbezaan antara manusia. Kamu Melayu atau Cina; pembangkang atau kerajaan; sesiapa yang melanggar undang-undang akan disiasat.

 Tiada siapa mengatasi undang-undang. Sama ada anda orang biasa atau bapak segala menteri sekali pun. Jika melanggar undang-undang, adalah normal untuk disiasat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disiasat atau didakwa atas kes pembelian banglo yang murah! Kenapa tidak PM Najib?

Hakim telah membatalkan saman misfeasans oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengarahkan Dr Mahathir, bersama-sama dengan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin membayar kos sebanyak RM30,000.

Dengan keputusan hari ini, Dr Mahathir dan individu lain tidak lagi boleh menyaman Najib kerana beliau bukan seorang pegawai awam atau penjawat awam. Baca lagi di sini.

Sri Ram: Hakim adalah benar-benar salah


 ]
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Abu Bakar Jais telah salah sama sekali apabila membuat keputusan membatalkan saman difailkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram yang pernah berkhidmat di Mahkamah Rayuan selama 15 tahun, berkata tindakan yang dibawa oleh Mahathir adalah berdasarkan tort misfeasans yang biasa bagi pejabat awam.

 "Ia tidak dibawa di bawah Akta Parlimen. Ia juga bukan sesuatu tindakan yang diambil kerana pelanggaran oleh eksekutif oleh jaminan hak perlembagaan.

 "Oleh itu sama ada Perlembagaan Persekutuan atau Akta Interpretasi tidak relevan untuk menunjukkan siapa pegawai awam bagi maksud tort misfeasans di pejabat awam.

 "Terdapat oleh itu, satu kesilapan asas dalam penghakiman. Dan hakim adalah benar-benar salah,"katanya.

 Sri Ram, yang telah melihat salinan penghakiman itu, diminta mengulas mengenai keputusan itu semalam.

 Dilaporkan hakim Abu Bakar menolak saman RM2.642 bilion oleh Mahathir dan bekas pemimpin akar umbi Umno, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin terhadap Najib, atas alasan bahawa seorang perdana menteri bukan pegawai awam, sebaliknya adalah anggota pentadbiran.

 Beliau berkata hujah itu berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Interpretasi 1948 (1967).

 Sri Ram berkata hakim Mahkamah Tinggi KL itu sepatutnya tidak merujuk perlembagaan persekutuan dan Akta Interpretasi untuk menentukan siapa pegawai awam. ~
sumber

 Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bingung bagaimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur boleh menolak saman misfeasansnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Kata Dr Mahathir, kehairanan itu berpunca daripada keputusan berbeza dikenakan pada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berdepan tuduhan rasuah membabitkan ahli perniagaan Phang Li Koon.

 "Saya tak tahu, tetapi dalam kes Guan Eng dia adalah penjawat awam. Jadi, kalau ketua menteri penjawat awam, perdana menteri (siapa), kuli?" kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini malam tadi. Baca lagi di sini