Sunday, July 3, 2016

Hutang negara, 1MDB antara kerja rumit sebagai Menteri Kewangan II, akui Ahmad Husni


Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahDatuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menganggap dunia pekerjaan kini lebih sesuai dilaksanakan generasi lebih muda, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui mengurus hutang negara dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara kerja Menteri Kewangan II yang begitu rumit.
Selain itu, ujarnya, bidang tugas jawatan dalam "Namun, saya meneruskan perkhidmatan untuk membantu YAB Perdana Menteri, kerajaan dan negara berdepan dengan gelombang ekonomi global yang tidak menentu," katanya yang pernah melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Harvard.
Mengimbas keputusannya berundur daripada Jemaah Menteri, 27 Jun lalu, Ahmad Husni memberitahu pada pagi tersebut beliau meminta pengesahan Najib tentang pertukaran portfolionya dalam rombakan Kabinet yang akan diumum petang itu.
"YAB PM mengesahkan saya akan ditukar portfolio. Saya memaklumkan kepada YAB PM, bahawa saya telah tetapkan dalam fikiran bahawa saya akan mengakhiri dunia politik di Kementerian Kewangan.
"Saya ada satu setengah tahun sahaja lagi untuk berkhidmat. Jika saya diberi portfolio lain, tempoh satu setengah tahun tidak mencukupi untuk membolehkan saya berkhidmat dengan efektif," jelasnya dalam catatan yang disiar Berita Harian Ahad semalam.
Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, beliau pada masa ini berada di fasa ketiga yang dipanggilnya sebagai fasa kematangan selepas fasa belajar dan bekerja.
"Kita tumpu masa melaksanakan amal jariah dan berkongsi ilmu dengan golongan yang berada di Fasa 1 (zaman belajar) dan Fasa 2 (zaman bekerja) ke arah memantapkan kapasiti generasi ini. Fasa ini (kematangan) juga yang akan membawa kita ke akhir hayat," ujarnya.
Berkhidmat dalam sektor perbankan sebelum menceburi politik pada usia 31 tahun, beliau berkata, penglibatannya itu berlaku secara kebetulan dan didorong atas kesedaran integriti.
"Bolehkah kita bergantung kepada pemimpin yang tiada integriti? Apakah nasib masa depan masyarakat?" soalnya lagi yang pernah bekerja di Coopers & Lybrand, The Chase Manhattan Bank, Asiavest Merchant Bankers dan Bumiputra Merchant Bankers.

PRU 14 BAKAL DILAMBATKAN LAGI!!


Dengan tak semena-mena Lim Guan Eng kini dianggap sebagai wira. Pendakwaan di mahkamah yang dihadapinya menjadikan dirinya semakin dilimpahi sokongan pelbagai lapisan masyarakat.

Di Pulau Pinang semalam, sebagai tanda solidariti, ribuan manusia pelbagai golongan dan lapisan hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan kepadanya.

Di lain-lain tempat, malah di mana-mana, boleh juga didengari rasa curiga rakyat terhadap pendakwaan itu yang mereka sifatkan lebih bermotif politik tujuannya.
Semuanya kini serba tak kena bagi UMNO dan BN. 

Mendakwa Guan Eng di mahkamah tidak menjadikan DAP dan Pakatan Harapan lemah, bahkan tindakan menampilkan Peguam Negara, Apandi Ali sebagai ketua pendakwaraya dan meletakkan jaminan setinggi RM1 juta bagai menambahburukkan lagi keadaan.

Kemudian, tindakan DAP mewujudkan tabung khas untuk orangramai menderma di mana sasaran kutipan berjaya dicapai hanya dalam tempoh 21 jam menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN semakin lemas dengannya.

Dengan kecenderungan ini, sama ada Guan Eng bakal didapati bersalah atau sebaliknya pada perbicaraan yang bermula September nanti, beliau tetap akan dianggap sebagai wira.

Tidak mustahil, jika dipenjara, sokongan yang akan diterimanya lebih melimpah-limpah  lagi.

Dan nampaknya, tarikh pilihanraya juga tidak mungkin diadakan dalam waktu terdekat ini.

ANDA kenal golongan yang lima ini ??!!


Sempena hadiah Hari Raya MINYAK NAIK...

Inilah rupa pemimpin BN yg berjiwa rakyat mendahulukan rakyat TANGGUNG BEBAN


FAKTA :
"Pemimpin Yang Bodoh Lahir Dari TANGAN PENGUNDI YANG BODOH"

Apa lah Mufti Harussani ni. Ada ke patut kata PAS macam tu. Tak baik !!!



Dulu Lain… Sekarang Lain…
Dulu Bujang… Sekarang… Nak 'Kahwin…'

Najib Pelakon Terhebat, Dan Dia Juga Punca Segala Musibah...





NAJIB - PELAKON PALING MANTAP DI MALAYSIA, KALAH ROSYAM NOR & AARON AZIZ DEK KEHEBATANNYA!!

Najib Razak sebenarnya bukan tidak sedar rakyat semakin menceceh mengenai dirinya dan tidak kurang yang terus menolaknya secara terang-terangan berikutan pelbagai isu yang melingkari dirinya yang dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Sebab itu akhir-akhir ini beliau dilihat semakin kerap cuba menonjolkan dirinya seolah-olah seorang pemimpin yang zuhud, baik hati, merendah diri, tidak berbeza dengan rakyat biasa serta tidak kekok menyantuni golongan miskin yang tidak berharta.

Di Facebook dan Twitter miliknya, gambar-gambar "lakonannya" itu boleh disaksikan dengan lebih kerap berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tidak lain yang diharapkan Najib, melainkan agar penonjolan berbagai watak baik yang "dilakonkan" itu dapat membuatkan rakyat terlupa tentang skandal 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi, duit SRC International yang dibelanjakannya, kemewahan tanpa had, pembaziran merata-rata, penggunaan jet oleh isteri, pembelian hartanah mewah oleh anak tiri, pemecatan Peguam Negara, institusi awam yang penting dinodai dan seribu satu macam lainnya lagi.

Makin didedahkan onar dan kecurangannya, kita juga melihat semakin mantap "lakonan" sang Perdana Menteri ini. Boleh kalah Rosyam Nor atau Aaron Aziz dek kehebatannya!!

Tidak cukup dengan "lakonan" membelikan pakaian raya untuk golongan miskin yang tahun-tahun sebelumnya hanya merupakan aturcara biasa untuk Wanita dan Puteri UMNO atau mengucapkan selamat jalan untuk wargakota yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, malah ketika membayar zakat fitrah pun dijadikan "suatu persembahan" juga oleh Najib.

Mari kita tonton satu demi satu watak "lakonan" Najib, di sebalik pelbagai onar dan seluruh dunia juga memperkatakan mengenai rasuah, penyonglapan dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.








Cuma satu, jika rakyat masih juga terpedaya dengan "lakonan demi lakonan" Najib ini dan tiada keberanian melakukan perubahan, maka makin rosaklah masa depan negara dan anak cucu kita. -shahbudindotcom.

ERA NAJIB RAZAK: ORANG TUA BERUBAN PUN DIGARI



DI era Najib Razak, budaya menghormati orang tua sudah tiada.

Ini lah Pak Ya yang berumur 72 tahun yang ditangkap semalam atas tuduhan menghina Najib.

Kalau dulu-dulu, kita menghina orang yang lebih tua daripada kita, kita akan dihukum sebagai KURANG AJAR.

Di zaman Najib, menghina orang tua berumur 91 tahun tidak mengapa.

Mengari orang tua beruban berumur 72 tahun pun tidak mengapa di zaman Najib.

Dikritik adalah perkara biasa. Siapa yang tidak dikritik? Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik oleh Tengku Razaleigh dan Musa Hitam.

Blog Mahafiraun dan Mahazalim mengutuk Dr Mahathir sesungguh hati, tiada tindakan diambil dan kita tidak kenal siapa mereka.

Di era Najib, mengkritik mengundang diGARI seperti Pak Ya walaupun kita dipihak yang benar.

Kita akan kenang ini sebagai legasi Najib Razak dan keluarga beliau.


Berita semalam:




Hina PM Dalam Aplikasi WhasApp, Penulis Buku Ditahan Polis
Oleh Ketua Pengarang / dalam Semasa / pada Sunday, 03 Jul 2016 09:22 AM / 0 Komen / 48 sudah membaca


Seorang penulis buku berusia 76 tahun ditahan polis hari ini setelah didapati menghantar mesej bergambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam aplikasi WhatsApp yang bersifat jelik bertujuan menghina.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataan berkata, lelaki itu ditahan di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi setelah satu laporan polis diterima di negeri ini semalam.

Beliau berkata polis merampas seunit telefon bimbit berjenama Samsung G5 daripada lelaki itu dan dia akan direman di Mahkamah Majistret di sini, esok bagi melengkapkan siasatan.

“Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej bergambar tersebut atas nama ‘Pa Ya’ dalam kumpulan WhatApps “Bicara Politik Melayu” yang bersifat jelik bertujuan menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya,” kata beliau.

ABU KASSIM, HUSNI HANADZLAH & WAHID OMAR KONGSI SENTIMEN TUN MAHATHIR MENGENAI NAJIB?


Image result for wahid omar+husni hanadzlah

27 MEI 2016: Menteri di Jabatan Perdana Menteri ABDUL WAHID OMAR mengumumkan penamatan karier beliau sebagai Menteri berkuatkuasa 4 Jun 2016. (pautan di sini)

22 JUN 2016: Ketua Persuruhjaya SPRM ABU KASSIM MOHAMED mengumumkan persaraan sebagai orang NO 1 SPRM. (pautan di sini)

27 JUN 2016: Menteri Kewangan II HUSNI HANADZLAH meletakkan jawatan sebagai Menteri. (pautan di sini)

27 JUN 2016NOH OMAR serta beberapa orang lagi dilantik mengganggotai Kabinet Najib Razak. (pautan di sini)



HUSNI, Wahid dan Abu Kassim adalah tiga personaliti yang memegang tiga jawatan penting dengan penuh INTEGRITI.

Mereka tidak pernah bercakap politik, tidak pernah membuang masa sia-sia berpolitik.

Mereka pemimpin yang berintegriti tinggi dan hari ini dengan RELA HATI, melepaskan jawatan tertinggi mereka.

NOH OMAR

Antara yang dilantik menjadi Menteri termasuklah Noh Omar yang diselubungi pelbagai isu semasa menjadi Timbalan Menteri dan Menteri. 

Tanyalah Ketua-Ketua Bahagian di Selangor akan isu beras. Bagaimana pembahagian kuota beras ST15 di Selangor. Berapa mereka dapat 3 bulan pertama dan berapa mereka dapat selepas 3 bulan.

Bermacam gelaran ada pada Noh. Noh udang dan sebagainya dan Noh pernah membuat kenyataan menimbulkan kemarahan pengundi Cina.

Kini perlantikan Noh menjadi bahan cacian di kalangan Ketua-Ketua Bahagian di Selangor.

Kalau dulu ada sekerat dua Ketua Bahagian tidak berapa suka dengan Najib, kini sudah berpuluh mengherdik Najib dengan perlantikan Noh.

Bagi ketua-ketua bahagian di Selangor, Noh PANDAI memukat ikan untuk diri sendiri.

Kemenangan di Sungai Besar merupakan telaga untuk beliau memukat untuk kembali bergelar Menteri.


WAHID OMAR

Kembali kepada hal Wahid. Dulu kita ingat Wahid akan menyumbangkan tenaga beliau kepada rakyat untuk satu penggal Parlimen. 

Sebaliknya setakat 3 tahun sahaja. Padahal tempoh Senator beliau boleh dilanjutkan selama 3 tahun lagi.

Wahid memegang jawatan cukup penting di dalam kerajaan. Beliau adalah perancang ekonomi negara, pemikir ekonomi negara. Wahid tidak pernah mengeluarkan kenyataan politik. Seorang yang bijak, berkelayakan tinggi dan dikenali di bahagian korporat sebagai perancang bisnes yang cemerlang.

Tidak dapat dibayangkan seorang pemimpin Melayu yang bijak pun tidak sanggup bersama Najib di dalam Kabinet beliau.

Nampak gayanya, Wahid lebih sanggup menjadi drebar teksi Uber dari bergelar Menteri.

HUSNI HANADZLAH

Kita tahu cerita Husni. Berapa kali setahun kita dengar Husni membuat kenyataan politik? Hampir tiada. 

Apa yang kita ingat JASA Abdul Rahman Dahlan di Kementerian Perumahan?
Yang kita ingat ialah kenyataan politik murahan beliau.

Husni lain caranya. Kita tahu apa yang menyebabkan Husni membuat keputusan meninggalkan jawatan Menteri dan selang 20 minit selepas pengumuman Najib, Husni melepaskan semua jawatan di dalam Umno kecuali sebagai Ahli Parlimen Tambun. Tak perlu surat perletakan jawatan. Husni letak jawatan hanya melalui PESANAN RINGKAS SMS. Itupun melalui seorang pegawai beliau. 

Orang Tambun lebih maklum akan hal ini.

Ketiadaan Husni di dalam politik adalah HADIAH ISTIMEWA Najib kepada Zambry Kadir.

Tanyalah orang Tambun. Siapa yang paling gembira Husni bukan lagi seorang Menteri?

Ini bukan rahsia. Dengan ketiadaan Husni maka selamatlah Zambry. Selama ini, Husni mahukan salah seorang wakil rakyat beliau menggantikan Zambry sebagai Menteri Besar.

Zambry kenalah ingat akan jasa Najib kepada beliau kali ini. Lupa-lupakanlah Muhyiddin Yassin, wahai Zambry.

LIFELINE UNTUK TUN DR MAHATHIR

Keluarnya Wahid Omar, Husni Hanadzlah dan Abu Kassim seolah-olah memberi satu "lifeline" (nafas baru) kepada Tun Mahathir. Pemimpin yang berintegriti meninggal pentadbiran dan yang bermasalah di bawa masuk.

Ia kelihatan seolah-olah mereka bertiga "MAHU" bersama Dr Mahathir dan enggan bersubahat dengan pentadbiran yang ada.

Yang tinggal di dalam pentadbiran sekarang ialah mereka yang pandai berpolitik, bercakap politik dan kerja entah ke mana.

Dr Mahathir kini boleh merasa lega kerana sudah ada ahli baru di dalam pakatan beliau  -  Wahid Omar, Husni dan Abu Kassim.

Seperkara lagi, Jelapang kasihan melihat nasib Annuar Musa. Kalau ikut hiraki dalam parti, Annuar lebih tinggi pangkatnya dari Noh Omar atau Ismail Sabri.

Annuar adalah Ketua Penerangan Umno.

Jika tidak berpangkat Menteri, bagaimana Annuar boleh efektif sebagai Ketua Penerangan. Hendak menjemput orang menghadiri majlis penerangan pun susah.

Isyallah jika ada satu lagi rombakan tiga empat bulan lagi, mohon Najib pertimbangkan Annuar Musa. 




NOTA: Tahukah anda Miti ada DUA Menteri dan DUA Timbalan Menteri? Tahukah anda Nogeh anak Gumbek adalah salah seorang Timbalan Menteri?

ADUN JORAK (Johor) letak jawatan


Surat perletakan jawatan YB Datuk Dr Shahruddin Md Salleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jorak (Parlimen Pagoh) sebagai Naib Ketua Umno Bahagin Pagoh berkuat Kuasa serta merta. 

Difahamkan Umno Bahagian Pagoh menolak perletakan jawatan ini namun YB Dr Shahruddin tetap dengan pendirian beliau dengan alasan seperti yang tertera dibawah. 

As salam

Saya amat menyanjung hasrat sahabat2 semua TETAPI saya sudah mempunyai proriti yg patut saya utamakan sekarang; iaitu masa tumpuan utk membaca, menulis dan mempelajari bahasa arab Al Quraan dan menghafal ayat2 Al Quraan; ianya memerlukan tumpuan masa dan kesungguhan,..

Harap sahabat2 dapat mendoakan saya utk terus istiqamah sambil menyempurnakan tugas sebagai ADUN hingga tempoh PRU akan datang,

Kepada Allah jua kita mohonkan doa dan ampunan dalam bulan Ramadhan Kareem
al Mubarak ini,,.

Ameeen. 

YB Dr Shahruddin Md Salleh