Sunday, July 3, 2016

ERA NAJIB RAZAK: ORANG TUA BERUBAN PUN DIGARI



DI era Najib Razak, budaya menghormati orang tua sudah tiada.

Ini lah Pak Ya yang berumur 72 tahun yang ditangkap semalam atas tuduhan menghina Najib.

Kalau dulu-dulu, kita menghina orang yang lebih tua daripada kita, kita akan dihukum sebagai KURANG AJAR.

Di zaman Najib, menghina orang tua berumur 91 tahun tidak mengapa.

Mengari orang tua beruban berumur 72 tahun pun tidak mengapa di zaman Najib.

Dikritik adalah perkara biasa. Siapa yang tidak dikritik? Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik oleh Tengku Razaleigh dan Musa Hitam.

Blog Mahafiraun dan Mahazalim mengutuk Dr Mahathir sesungguh hati, tiada tindakan diambil dan kita tidak kenal siapa mereka.

Di era Najib, mengkritik mengundang diGARI seperti Pak Ya walaupun kita dipihak yang benar.

Kita akan kenang ini sebagai legasi Najib Razak dan keluarga beliau.


Berita semalam:




Hina PM Dalam Aplikasi WhasApp, Penulis Buku Ditahan Polis
Oleh Ketua Pengarang / dalam Semasa / pada Sunday, 03 Jul 2016 09:22 AM / 0 Komen / 48 sudah membaca


Seorang penulis buku berusia 76 tahun ditahan polis hari ini setelah didapati menghantar mesej bergambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam aplikasi WhatsApp yang bersifat jelik bertujuan menghina.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataan berkata, lelaki itu ditahan di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi setelah satu laporan polis diterima di negeri ini semalam.

Beliau berkata polis merampas seunit telefon bimbit berjenama Samsung G5 daripada lelaki itu dan dia akan direman di Mahkamah Majistret di sini, esok bagi melengkapkan siasatan.

“Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej bergambar tersebut atas nama ‘Pa Ya’ dalam kumpulan WhatApps “Bicara Politik Melayu” yang bersifat jelik bertujuan menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment