Monday, June 8, 2015

Lawak, Nak Cari Deposit Pun Payah Mahu Bertanding Semua Kerusi?



Nak cari deposit pun payah...'

Pengerusi Lajnah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberi peringatan kepada perwakilan supaya memberi cadangan yang berasas dan tidak secara emosi berhubung isu pilihan raya.

Beliau berkata, cadangan perwakilan dari Sabah yang memberi amaran bahawa PAS akan bertanding di 32 kerusi di Sabah pada pilihan raya umum depan dilihat tidak berasas.

"Nak cari deposit untuk 11 kerusi pun payah, sampai ada yang hilang deposit. Untuk dua kerusi parlimen untuk kita adakan perbincangan cukup rapi.

"Jangan sebab marah, letak cadangan begitu. Letak cadangan biar berasas,"
katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61.

Semalam perwakilan Sabah memberi amaran kepada DAP dan PKR bahawa PAS mungkin akan bertanding kesemua 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum.

Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata tindakan itu susulan sekutu mereka itu enggan memohon maaf kerana “menendang” PAS Sabah daripada Pakatan Rakyat susulan isu hudud di Kelantan.

Justeru Ahli Parlimen Kuala Krai itu untuk berharap pengerusi baru lajnah pilihan raya PAS supaya memastikan undian daripada kaum bukan Melayu tidak berkurangan pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Malah beliau juga berharap agar jawatankuasa yang baru dapat melakukan tugasan dengan lebih baik.

"Kalau hilang kepercayaan daripada pengundi bukan Islam di atas kertas, kita akan kalah pada pilihan raya umum ke-14.

"Terima kasih kepada PAS menjadi tempat saya berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa selama 18 tahun dan di Pemuda PAS banyak tahun.

"Dan jumlah keseluruhannya dalam 30 tahun (di dalam PAS). Mungkin dengan orang baru akan ambil alih dan dapat laksanakan dengan lebih baik," katanya lagi. -mk


Amaran PAS Sabah kepada Pakatan, berbaik semula atau lawan kami

Perwakilan PAS Sabah Zulfikar Abdul Mijan memberi kata dua kepada PKR dan DAP agar membaiki semula hubungan dengan parti itu atau menghadapi kemungkinan berhadapan dengan mereka dalam pilihan raya negeri.

Menurut Zulfikar, di Sabah terdapat 32 kerusi yang majoriti pengundinya adalah penganut Islam namun, PAS akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mereka masih disisihkan.

"PAS Sabah akan bertanding di semua kerusi di Sabah tanpa mengira menang atau kalah selagi dia (PKR dan DAP) tak ajak kita join balik (Pakatan Rakyat Sabah).

Pada 30 Mac lalu, DAP Sabah dan PKR Sabah membekukan hubungan mereka dengan PAS Sabah kerana tidak bersetuju dengan keinginan PAS dan menamakan kerjasama baru mereka sebagai Pakatan Rakyat Baharu.

Langkah itu dibuat menerusi kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin, Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Maijol Mahap, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan Setiausaha DAP Negeri Dr Edwin Bosi.

Kedua-dua parti menyatakan yang pemimpin beragama Islam tidak menentang kanun jenayah Islam itu namun cuma menolak pelaksanaannya di Malaysia.

PAS bakal disisihkan dalam gabungan pembangkang dikenali Pakatan Rakyat Baharu yang akan dibentuk di Sabah, kata Jimmy sebagai tanda protes terhadap parti Islam itu yang bertegas mahu melaksanakan hudud.

Cadangan pembentukan pakatan baharu ini juga dilihat sebagai usaha DAP Sabah memberi tekanan kepada PAS selepas memutuskan membekukan semua bentuk kerjasama dengan PAS di negeri itu.

DAP Sabah mendakwa, PAS mengkhianati dan membelakangi perjanjian kesefahaman bersama PR apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
-TMI

 ULASAN GB

Betul-betu lawak. Inilah akibatnya apabila bukan profesyenal yang memimpin. Memberikan cadangan yang tak berasas. Kononnya nak bertanding di semua kerusi. Siap ugut suruh berbaik semula.

Sedangkan pada PRU yang lepas pun 3 calon PAS hilang deposit!

Sungguh tidak berjejak di bumi nyata jika PAS Sabah mahu bertanding di semua kerusi.

Apabila Dewan Ulama kurang bijaksana



SELEPAS SUBUH                                                                           

Dalam apa juga bidang memerlukan kebijaksanaan. Untuk menjadi bijaksana, seseorang itu perlu menakluki atau pun sekurang-kurangnya mengetahui secara asas semua bidang ilmu. Kebijaksaan atau fatanah adalah empat daripada sifat yang menjadi "pakaian" Muhammad s.a.w menjadikan dia pemimpin agung yang hebat.

Sinonimas sifat itu dengan karektor Rasulullah itu menunjukkan sifat itu sangat penting dalam konteks pemimpin dan kepimpinan. Tanpa kebijaksanaan tidak mudah sesuatu perjuangan itu mencapai matlamatnya atau mempertahankannya selepas ia berjaya dirangkul.

Apabila sebut bijaksana, ia perlu memandang jauh, mengintai kesan dan implikasi ke atas sesuatu yang hendak dibuat. Kebijaksaan itu termasuklah bijak membaca dan menghurai sesuatu keadaan bakal terjadi.


Kebijaksanaan menjadi seseorang itu berfikir dan bercakap dengan penuh hikmah, diplomasi dan ada kalanya perlu apolegetik selagi ia ada ruang untuk berbuat begitu. Dia juga berpandangan jauh serta mampu merancang dengan baik dan boleh menyelesaikan masalah yang dihadapinya.


Bijaksana atau fatanah ini juga boleh menyelamatkan sesuatu keadaan atau kejayaan yang sudah dalam genggaman daripada terlerai dan bertaburan. Bijaksana juga boleh mengurangkan musuh dan sekaligus meramai atau menambah eratkan hubungan sesama kawan taulan.

Menyentuh soal ini, apabila melihat keadaan yang berlaku dalam muktamar Pas lalu, ada satu tindakan bagi saya dibuat bukan dengan sikap bijaksana. Perkara itu penting, malahan satu kewajiban auliya' tetapi disebabkan kurang berbijaksana, menjadikan ia mengheret kepada masalah lebih besar. Ibarat daripada mulanya mengidap kudis kemudian bertukar menjadi barah disebabkan tidak tahu dan pandai mengatasinya.

Apa yang dimaksudkan itu ialah tindakan Dewan Ulama Pas bersama Pas kawasan Tumpat yang membawa usul agar Pas memutuskan hubungan dengan DAP. Iya, walaupun usul itu melibatkan soal hukum dimana Pas tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang ketetapan Allah, tetapi Islam juga meletakkan keutamaan auliya' itu dihadapan. Kebijaksanaan dalam hal ini adalah sesuatu sikap yang perlu diutamakan.

Dalam konteks ini bagi saya Dewan Ulama tidak bijaksana dan telah salah dalam meletakkan keutamaan dalam tindakan perjuangannya. Gara-gara tindakan yang lebih didorong oleh retorika agama itu mendedahkan akan kelemahan dewan berkenaan. Kesilapan ini menjadikan dewan itu perlu bermahasabah diri politiknya.

Tengok hari ini apa yang berlaku ekoran tindakan tidak bijaksana itu. Hubungan politik antara Pas dengan DAP sudah retak atau pun sudah terbelah. DAP terasa pedih dengan usul berkenaan. Balasan tamparan kepada DAP setelah Pas ditampar beberapa kali-kali dan berkali-kali oleh DAP itu telah memusnahkan satu pendekatan dan persahabatan yang baru hendak erat terjalin.

Walaupun usul itu bukan muktamad, tetapi dari segi hakikatnya ia sudah muktamad. Dari segi rohnya ia sangat menghina DAP, dimana dalam terjemahan politiknya Pas tidak lagi menyukai dan senang dengannya. Apa lagi ada perwakilan yang kurang siuman politik bercakap boros sampai sedia untuk menyiku dan melutut DAP.

Apabila DAP bertindak balas ekoran usul berkenaan - bersedia untuk kehilangan Pas, menyebabkan Pas kini menjadi bergelupur dan gelabah. Ada yang terkejut beruk dengan tindakan DAP itu dan cuba membuat penjelasan mengenai kedudukan yang sebenarnya. Kononnya usul berkenaan belum muktamad tetapi masih dalam perbincangan dan penelitian Syura Ulama.

Tetapi bagi orang yang faham politik dan dapat membaca kilau dalam kilat tahu hakikat itu. DAP tidaklah bodoh dalam hal ini. Sikap DAP menolak apa-apa kepentingan Islam yang diperjuangkan Pas memang kita tidak boleh menerimanya. Tetapi bila ia memerlukan kuasa bagi melaksanakan sesuatu atau melibatkan kesan kepada politik bersama ia haruslah dibuat dengan penuh berhemah dan berfikir banyak kali. Melakukan sesuatu dengan mengikut peraturan, berhikmah sangatlah penting.

Kalau benar usul itu tertakluk kepada keputusan Syura Ulama dan Jawatakuasa kerja, kenapa ia dibawa ke dalam muktamar? Pengerusi penerimaan usul Mahfuz Omar tidak perlu mengumumkan usul berkenaan diterima dalam mukatamr tanpa bahas. Ia boleh diserahkan senyap-senyap kepada Dewan Syura Ulama membuat keputusan mengenai status usul berkenaan. Bila ia diumumkan ia menjadi pengetahuan umum yang tidak boleh disembunyikan lagi kalau pun ia ada maksud tersirat yang baik.

Apabila tanpa diketahui statusnya dari sudut hukum oleh Dewan Syura Ulama tetapi ia sudah dibawa, maka ia jadi masalah. Usul itu hanya tidak lebih daripada ingin mendapat endorsement daripada perwakilan sahaja, bagi menunjukkan sokongan. Sebenarnya, itu pun tidak perlu apabila sudah diketahui perwakilan sudah dituba sedemikian rupa. Walhasilnya kini disebabkan tidak ceramat dan berhemah usul yang baik itu bertukar menjadi jahat dan memakan diri sendiri.

Inilah dikatakan kurangnya kebijaksanaan yang berlaku dalam Pas. Ketidakbijaksanaan akhirnya memakan diri Pas dan merugikan parti berkenaan. Kononnya ianya mendapat keredaan Allah ia sesuatu yang subjektif dan bukan jelas. Apa yang berlaku sudah pun berlaku. Kini Pas teruji dengan satu lagi kebijaksanaan macam mana hendak menyelasaikan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Apakah Pas boleh meredakan hubungan dengan DAP dan terus bertahalul syiasi? Ia menjadi tanda tanya besar.

Sekiranya hubungan Pas dengan DAP terpaksa diputuskan, atas sebab-sebab prinsip dan dasar yang tidak boleh dikompromi itu, jelaskan Pas akan kehilangan sifat kebijaksanaan yang mana menjadikan ia sebuah parti politik yang gagal. Dewan Ulama dan Pas kawasan Tumpat dibawah pimpinan Ahmad Yaakub nampak sangat dangkal ilmu politik dan begitu gelojoh untuk mendapat keredhaan Allah.

Mat Sabu sindir siapa pulak ni?




Setiap orang atau kumpulan yang ingin mempertahankan jawatan dalam PAS sama ada di Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat termasuk AJK Pusat berhak menonjolkan kerja dan prestasi mereka.

Mereka yang mempertahankan jawatan atau kedudukan cuba menonjolkan prestasi mereka sepanjang mereka memegang jawatan.

Mereka yang ingin mengambil alih atau menawarkan diri untuk berkhidmat dengan memegang jawatan akan menonjolkan idea baru dan mendedahkan kelemahan dan prestasi mereka yang sedang memegang jawatan.

Semua kerja-kerja itu adalah perkara atau perbuatan biasa dalam sesuatu organisasi atau parti.

Sekelompok pemimpin dan ahli PAS cuba mempertikaikan timbalan presiden PAS dan beberapa orang, antara mereka Salehuddin Ayob, Husam Musa, Mahfoz Omar, Dr Hatta Ramli, Suhaizan Kayat, Dr Mariah Mahmud, Hanifa Maidin, Khalid Samad dan beberapa orang lagi tidak menjunjung dan mempertahan kepimpinan ulama.

Bagi saya tuduhan itu adalah perkara biasa dan pihak yang kena tuduh cuba menjawab dengan berbagai cara.

Kemudian mereka di kumpul dalam kumpulan ('Jebon') dan antiulama.

Lebih jauh mereka juga dituduh lebih walak dan taat pemimpin-pemimpin dari parti lain sama ada PKR atau DAP.

Tuduhan mencurah-curah

Tuduhan-tuduhan itu dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela presiden ketika beliau diserang oleh DAP.

Saya menjadi sasaran utama kerana dituduh tidak membela presiden dalam krisis menteri besar Selangor dan hadapi DAP.

Kecam mengecam antara pimpinan PAS dan DAP hampir sudah tidak terkawal lagi. Tulisan dan pandangan pemimpin supaya PAS putus hubungan dengan DAP dan bersedia untuk 'bersendirian'.

Kemuncaknya, bila mursyidul am dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun 2015 lalu menegaskan bahawa syarat tahalluf (kerjasama) dengan DAP telah rosak dan tamat.

Usul Muktamar Dewan Ulamak diluluskan pada hari yang sama telah mendapat sokongan 100 peratus dari perwakilan supaya PAS putuskan hubungan dengan DAP.

Lebih kurang 10.30 malam pada 4 Jun 2015 keputusan pemilihan muktamar di ketahui di mana Mohd Sabu, Salehuddin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa, Hanifa Maidin, Dr Hatta, Dr Mariah dan lain-lain semuanya tewas.

Seminggu sebelum itu presiden telah memberi pandangan bahawa ahli PAS boleh pilih sama ada memilih mereka yang dilihat mewakili DAP atau yang pertahan dasar.

Mereka yang dilabelkan tunduk kepada DAP dan "Anwarinas" semua tewas belaka.

Pembina telah dinyahkan

Dalam muktamar pada 6 Jun 2015, usul untuk putus hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas. Usul itu daripada kawasan Tumpat dan Dewan Ulama.

Bila usul itu diluluskan, ia menjadi gempar. Bagaimana kedudukan penjawat jawatan di Pulau Pinang yang paling terkesan?

Dan bagaimana pula kedudukan PAS dan anggotanya di Selangor-kerajaan negeri, exco, jawatan-jawatan berkaitan yang dianggarkan lebih dari 5,000 yang terlibat.

Dalam ucapan penggulungan pada 6 Jun 2015, saya mengambil keputusan meletak semua jawatan yang bersangkutan dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP.

Sekarang saya dapat melihat – menggunakan, melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, agen DAP hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.

Dah dapat kedudukan, cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat dari awal telah dinyahkan.

Kedudukan jawatan paling kejar? Moga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua.


MOHAMAD SABU
Bekas Timbalan Presiden PAS

Khalid Samad : Paca Muktamar PAS Ke-61 dan Pembaharuan Yang Diidamkan


Muktamar PAS Ke-61 telahpun selesai dengan segala kehebatan dan keajaibannya. Maka dilihat terpilihnya saff pimpinan yang hampir keseluruhannya baru kecuali di jawatan Presiden dan beberapa anggota AJK PAS Pusat. Ianya boleh disifatkan sebagai satu ‘rombakan menyeluruh’ yang sememangnya telah lama diusahakan oleh pimpinan yang mengelar diri mereka sebagai ‘pro-ulama’ di dalam PAS.

Dengan tercapainya ‘pembersihan’ ini, maka rakyat dan ahli menunggu untuk melihat perbezaan, samada dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua, antara pimpinan baru dan pimpinan lama. Keinginan untuk perbezaan ini merupakan sebab dan justifikasi terhadap usaha gigih yang dilakukan sepanjang beberapa bulan untuk menjatuhkan pimpinan lama dan menaikkan pimpinan baru. Dalam erti-kata lain, pimpinan ditukar demi memungkinkan pembaharuan dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan, yang tidak mampu atau tidak sedia dilakukan pimpinan lama.

Amat mengecewakan sekiranya setelah berusaha dengan begitu gigih, DAN MATLAMAT TERCAPAI, akhirnya tiada sebarang perbezaan kecuali retorik semata-mata.
PENDIRIAN SAYA

Saya berpendirian bahawa pimpinan baru wajib diberikan ruang seluas-luasnya untuk melaksanakan pembaharuan pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan ke arah mengukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat. Oleh itu saya telah membuat pendirian bahawa saya tidak akan mencampuri apa jua hal kepimpinan parti kerana khuatir akan menjadi penghalang kepada apa yang diingini. Ini adalah yang terbaik, lebih-lebih lagi apabila apa yang diidamkan sebenarnya tidak saya ketahui.

Seperti kata-kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang baru, Dato Dr. Mahfodz dalam temuramahnya,
“...golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta-fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat. Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau merujuk kepada Majlis Syura sahaja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat memang kalah.”

Seingat saya, tidak pernah ada mana-mana keputusan dibuat, selama saya sebagai anggota AJK PAS Pusat, berdasarkan undi. Maka bagaimana saya dan pimpinan lama yang lain menjadi penghalang tetap merupakan sesuatu tanda tanya pada diri saya. Dan sekiranya pembentangan fakta dilihat sebagai penghalang kepada apa yang diingini, maka sememangnya saya hanya mampu membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukan berdasarkan yang keinginan semata-mata. Oleh itu, cara saya semestinya berbeza dengan cara baru yang mengikut apa yang diinginkan dan dengan itu saya sudah pasti tidak mampu berfungsi dalam keadaan sedemikian.

Saya tidak mahu komen secara berlebihan terhadap apa yang telah dinyatakan oleh Dato Dr. Mahfodz dalam temuramah beliau. Biarlah beliau kata apa yang diinginkannya. Yang penting saya sekadar ingin menyeru pada semua ahli untuk memberikan peluang kepada kepimpinan baru untuk menzahirkan keinginan mereka sebenar dan mendoakan semoga perbezaan yang akan dibawa akan merupakan pembaharuan yang baik untuk PAS, insyaAllah.

USUL DUPP

Namun begitu, saya harap bahawa ‘Usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat’, bukan merupakan petanda berhubung perbezaan yang ingin dibawa pimpinan baru. Usul sedemikian rupa mungkin seronok untuk disyarahkan demi menunjuk sifat ‘hero’ tetapi ia boleh menghancurkan segala yang telah dibina secara begitu teliti oleh pimpinan lama. Takbir mungkin dilaungkan berkali-kali oleh pemerhati dan perwakilan tetapi pimpinan yang bijak akan lebih waras dan tidak emosi, menimbangkan untung ruginya sesuatu tindakan serta maslahahnya.

Akan tetapi, itu cara pimpinan lama. Bagi saya, untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk pada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti yang tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan. Lebih-lebih lagi apabila usul tersebut telah diterima, walaupun tanpa bahas, oleh muktamar PAS. Maka biarlah tindakan tegas dan berani, meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar.

Jika tidak, dikhuatiri nanti akan dituduh sama sahaja dengan pimpinan lama!

Sebenarnya tindakan Mat Sabu meletak jawatan adalah tepat. Jawatan beliau di Pulau Pinang adalah jawatan yang dilantik. Ramai juga wakil PAS yang dilantik walaupun PAS hanya menang satu kerusi. Dilantik pula oleh kerajaan PR yang hampir kesemuanya DAP. Jahat sungguh DAP kerana melantik begitu ramai wakil PAS! Menyulitkan. Ujian dan dugaan. Sepertimana Mat Sabu dilantik, dia boleh juga dipecat. Tidak perlu tunggu dipecat. Lebih berprinsip letak jawatan. Lebih lebih lagi apabila PAS yang menyerang DAP dan ingin memutuskan hubungan dengan mereka.

KESIMPULAN

Saya berlapang dada dan menerima dengan baik keputusan muktamar PAS Ke-61. Pihak yang berkerja keras telah mencapai kemenangan. Harapan mereka bersama DS Presiden ialah untuk melakukan sepertimana yang dianggap perlu, berbeza dengan pimpinan lama. Maka perlu tunggu dan lihat dan berikan ruang seluas-luasnya kepada mereka.

Pada masa sama, saya yakin bahawa sepertimana saya; rakan-rakan lain yang telah terlibat dalam perjuangan Islam ke arah menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat sekian lama akan turut meneruskan perjuangan seperti biasa. Bersama PAS, di peringkat bawahan dan pertengahan, bersama NGO serta parti komponen PR, terus maju ke hadapan dan berusaha menjatuhkan UMNO/BN. Perjuangan ini dilakukan bukan atas sebab jawatan atau pujian; tetapi atas keyakinan dan kefahaman. Oleh itu tidak perlu ada pihak yang khuatir mengenai diri kami ini, insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Friday, June 5, 2015

Nak sembunyi memanglah tak muncul.. TMJ bidas Najib



Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Najib Razak tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur hari ini atas alasan keselamatan.

Pengkritik beliau pula berkata Najib “bacul” untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Bagaimanapun, bagi Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, lain pula telahannya.

"Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk "Nothing2Hide" dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya? Tentu sekali dia tidak akan muncul. 
"Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. 
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Itu adalah apa yang di tulis dilaman Facebook JOHOR Southern Tigers , kenyataan tersebut turut ditulis dalam bahasa Inggeris..

How can you have a dialogue called "Nothing2Hide" featuring a person who has everything to hide? Obviously he won't show up.  
For those who have been entrusted with the responsibility, do not blame the people for losing confidence and trust in you, but think of why they no longer have the confidence and trust in you.  
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor






Monday, June 1, 2015

Sambutan Besar-Besaran Untuk Muhyiddin Petang Ini?





shahbudindotcom




Berikutan laporan yang mengatakan Perdana Menteri, Najib Razak memberi kata dua kepada anggota kabinet sama ada mahu bersama dengannya atau mengundurkan diri, secara automatik yang paling menjadi tumpuan dan ingin diketahui pendiriannya tentu saja Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.


Ini berikutan dalam isu 1MDB yang menjadi punca Najib memberikan kata dua itu, Muhyiddin dilihat paling lantang dan terbuka dalam menunjukkan perbezaan pendiriannya.


Sebaik berakhir pilihanraya kecil Permatang Pauh, beliau lantas menyalahkan isu 1MDB sebagai punca kekalahan BN sambil menyebut kesukaran dirinya untuk berhadapan memberi penjelasan kepada rakyat kerana tidak tahu banyak perkara mengenai syarikat pelaburan yang ditubuhkan melalui idea Najib itu.


Kemudian, melalui video klip ucapannya di majlis tertutup dalam kursus kepada kepimpinan UMNO di Janda Baik, Muhyiddin sekali lagi menunjukkan perbezaannya dengan menyarankan agar Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan dibenarkan polis masuk menjalankan siasatan bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.


Di sebalik saranan beliau yang mendapat respon positif daripada mereka yang hadir dalam kursus itu, Muhyiddin seolah-olah ingin memberitahu bahawa pandangannya dalam penyelesaian isu 1MDB ini langsung tidak didengari oleh Najib di mana walaupun pelbagai dakwaan dan pendedahan dilaporkan mengenai syarikat itu tetapi Lembaga Pengarahnya tetap dikekalkan oleh Perdana Menteri.


Lantaran itu, apabila timbul isu kata dua, walaupun Nazri Aziz mengatakan Najib tidak bermaksud demikian tetapi sebenarnya lebih menekankan tentang perlunya mereka bersama dan apa juga keputusan mestilah dalam satu suara, tidak dapat tidak, respon daripada Muhyiddin menjadi sesuatu yang paling dinanti-nantikan.


Apatah lagi, dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat lalu ketika Najib memberi kata dua itu, Muhyiddin tidak menghadirinya kerana sedang bercuti di luar negara.


Sehubungan itu, kepulangan Muhyiddin daripada percutiannya pada petang ini tidak dapat dielakkan daripada menjadi "acara besar" yang menarik minat ramai, khususnya ahli UMNO untuk mengetahui pendirian beliau yang sebenarnya.


Di laman sosial dan grup whatsapp, sejak semalam lagi sudah mula dihebahkan mengenai kepulangan Muhyiddin dari luar negara itu dan diminta mereka yang berkelapangan beramai-ramai menyambutnya.


Bagi yang kreatif pula, pelbagai poster turut direka dengan tujuan memancing keinginan lebih ramai untuk bersama-sama melapangkan masa menyambut kepulangan pemimpin yang dianggap mampu menyelamatkan masa depan UMNO dan BN itu.


Mengikut laporan, Muhyiddin akan tiba kira-kira jam 9.00 malam, 2 Jun dan acara menyambut kepulangannya akan diadakan di Bilik Anggerik, Balai Berlepas, KLIA. Mereka yang ingin menyambutnya diminta berada seawal jam 7.30 malam.


Sementara itu, Ketua Penerangan di pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanti juga giat menghantar kiriman SMS kepada rakan, kenalan dan penyokong Muhyiddin agar dapat hadir beramai-ramai ke majlis itu.


Berdasarkan kempen yang dijalankan dan keghairahan orangramai menolak kepimpinan Najib ketika ini, tidak mustahil sambutan kepulangan Muhyiddin ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berlangsung dengan meriah.


Apakah Muhyiddin bakal membuat pengumuman penting di KLIA petang ini? Adakah petang ini akan tercetus babak baru dalam pergolakan UMNO, khasnya hubungan antara Muhyiddin dengan Najib?


Mungkinkah skala sambutan petang ini akan menentukan sama ada kata dua Najib itu disambut Muhyiddin atau sebaliknya?


Berapa ramaikah pula menteri, timbalan menteri dan pemimpin UMNO yang berani hadir menyambut Muhyiddin petang ini nanti?


Hakikatnya, jika tidak ada sesuatu yang penting, mustahil sambutan untuk Muhyiddin ini hebahkan secara meluas kerana beliau sejak dulu dikenali sebagai seorang yang tidak suka disambut sama ada ketika pergi atau pulang dari luar negara.


Apa-apa pun, jom kita ke KLIA petang ini!!

Inilah teks SMS yang dikirimkan oleh Tosrin sejak semalam...



Satu lagi idea kreatif untuk memancing keinginan ramai ke KLIA...

Obama beri amaran kepada Putrajaya, berhati-hati dalam penghakiman Anwar



Dalam perjumpaannya dengan sekumpulan pemimpin muda dari Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) di White House, Obama telah ditanya mengenai kes bekas Timbalan Perdana Menteri Ibrahim, yang telah dipenjarakan atas tuduhan liwat.

"Malaysia mempunyai sejarah demokrasi yang perlu dipelihara," kata Obama.

"Adalah penting bahawa jika seorang pemimpin pembangkang yang terkenal telah didakwa dengan jenayah, proses bagaimana beliau dihakimi dan bagaimana ia terbuka dan bagaimana jelas keterangan itu, iaitu semua tertakluk kepada penelitian."

"Apa yang anda tidak mahu ialah keadaan di mana kesahihan proses itu dipersoalkan, yang mempunyai kesan buruk kepada demokrasi secara keseluruhannya."

Bacalah..


Obama’s warning to Malaysia: Be careful when prosecuting Anwar 

WAHSINGTON, June 2 — US President Barack Obama yesterday warned Malaysia must be careful that the high profile prosecution of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim does not have a “chilling effect” on democracy.

Hosting a group of young leaders from the Association of Southeast Asian Nations countries at the White House, Obama was asked about the case of former deputy prime minister Ibrahim, who was jailed on much-criticised sodomy charges.

“Malaysia has a history of democracy that has to be preserved,” Obama said.

“It is important that if an opposition leader who is well known has been charged with a crime, that that processof how that is adjudicated and how open it is and how clear the evidence is, that is all subject to scrutiny.”

“What you don’t want is a situation in which the legitimacy of the process is questioned, that has an adverse impact on democracy as a whole.”


Anwar was jailed in February for five years on charges that he sodomised a former male aide, a case he says was fabricated by the government.

The prison term threatens to permanently end the 68-year-old’s political career.

Obama said everyone should be “making sure that there is not a chilling effect on potential opposition”

“You have to respect the rights of even those people who you disagree most with, because otherwise there is no way a democracy can flourish over the longterm.” — AFP

Malaysia tak akan capai Wawasan 2020, kata Dr Mahathir



Malaysia tidak akan berjaya mencapai Wawasan 2020 dan menjadi negara maju dalam masa lima tahun akan datang kerana ia tidak mempunyai kepimpinan yang diperlukan dan tidak meletakkan keutamaan pada tempatnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, sebuah negara maju memerlukan produktiviti yang tinggi, tetapi Malaysia hanya menumpukan kepada usaha menjadi negara berpendapatan tinggi dan dengan pendapatan per kapita yang tinggi.

“Kita tak akan capai sepenuhnya bentuk pembangunan yang melayakkan kita menjadi negara maju pada 2020," kata Dr Mahathir pada satu forum bertajuk “Kepimpinan dalam lonjakan terakhir menuju Wawasan 2020” anjuran Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata, pendapatan per kapita merupakan kaedah "artificial" (buatan) untuk mengukur pembangunan, kerana ia tidak memberikan gambaran yang adil mengenai kekayaan rakyat Malaysia.

"Contohnya, jika ada sekumpulan 1,000 orang, dan salah seorang daripada mereka ialah jutawan, manakala yang lain tiada pendapatan, pendapatan per kapita mereka akan menjadi RM1,000. Ini sangat mengelirukan."

Beliau berkata, walaupun sekiranya negara ini memperoleh status berpendapatan tinggi, ia tidak akan maju jika kos sara hidup kekal tinggi kerana rakyat Malaysia akan mempunyai kuasa beli yang rendah.

Katanya, kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada memperbaiki pendidikan, meningkatkan produktiviti dan gaji, sambil memastikan kos yang rendah.

"Pemimpin memainkan peranan yang amat besar juga. Jika pemimpin tidak memahami dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang didepani negara, maka diragui kemajuan boleh dicapai.

"Seorang pemimpin menjadi pemimpin kerana dia mempunyai lebih banyak idea daripada pengikutnya," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata, pemimpin yang baik akan berusaha mengekalkan keamanan dan kestabilan, dan tidak akan teragak-agak menyekat kebebasan rakyat untuk mencapai matlamat ini.

"Memang bagus menjadi bebas. Tetapi seorang pemimpin perlu mengambil berat tentang pembangunan negara dan bersedia menjadi tidak popular bagi memastikan negara kekal stabil dan aman supaya semua orang boleh menikmati kehidupan yang baik.

"Jika seorang pemimpin tidak tahu bagaimana mengendalikan perkara ini, sudah tentu negara tidak mencapai keamanan. Tiada keamanan: tiada pembangunan".

Pada 21 Mei, Najib mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sebagai pusingan terakhir dalam usaha mencapai status negara maju menjelang 2020 lapor The Malaysian Insider

Jika hanya sampah menyokong maka Najib akan tenggelam dalam timbunan sampah kata Bekas Menteri



Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak akan dapat mengetahui siapakah anggota kabinet yang sebenarnya tulin,tulus ikhlas menyokongnya menangani 1MDB dengan mencabar mereka meletak jawatan.

Mustahil mereka akan berbuat demikian.

Sebaliknya beliau mestilah mencabar mereka supaya tampil kehadapan menyerang balas Tun Dr.Mahathir di TV3 dan di akhbar - akhbar seperti yang dilakukan oleh Pengerusi BNBC Sharir Abdul Samad atau Presiden Mubarak Abdul Aziz Abdul Rahman.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin,Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin, Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan Shafie Afadal sepatutnya telah mendahului Sharir Samad dalam berbuat demikian dan dengan itu tidaklah Najib berada dalam krisis keyakinan diri yang amat runcing.

Anggota-anggota sepatutnya sedar serangan balas Sharir Samad tidak bagitu berkesan kerana beliau diketahui umum sebagai sedarah,sejiwa, sebulu dengan Musa Hitam menyimpan dendam kesumat sekian lama terhadap Tun Mahathir.

Dan sokongannya juga tidak dilihat sebagai sokongan generasi muda seperti sokongan yang terlihat kepada Tun Mahathir sekalipun beliau sudah tua.

Yang jelas kerana terpampang di akhbar-akhbar perdana dan di TV 3 menjadi suara berani menyerang balas Tun Dr.Mahathir bagi mempertahankan kepimpinan Najib dalam masalah IMDB terdiri dari orang-orang yang sudah hilang authoriti dan integriti, yang menyeleweng dari parti asal atau dari parti yang sudah bengkrap,orang yang tidak lagi diterima bukan sahaja oleh rakyat biasa tetapi dipandang serong oleh orang UMNO sendiri.

Juga menjadi persoalan besar mengapakah Ahmad Zahid Hamid Naib Presiden No1,eorang yang paling popular dalam parti tidak jelas pendiriannya.

Jika hanya sampah-sampah yang jelas menyokong maka akhirnya Najib akan tenggelam dalam timbunan sampah. Maka itu eloklah dari meletakan jawatan yang akan memecahkan belahkan parti dan kerajaan maka seorang demi seorang menteri kabinet muncol di TV3 menyerang balas Tun Dr. Mahathir.

Janganlah biarkan Najib kelihatan oleh rakyat kesaorangan dalam perjuangan mempertahankan diri sekalipun beliau telah mendakwa di Perlis beliau tidak kesaorangan ~ Zamkata