Wednesday, January 1, 2014

BIG MAMA : I LOVE PM ...



Kata Najib, BR1M RM650 itu cukup menampung penambahan kos hidup harian, cuba kita kira RM650/365hari=RM1.78/hari. Cukup beli apa kepala hotak udang???






MACAI UMNO : JOM TERNAK BIAWAK ...



Telah sudah himpunan yang semalam berlangsung dengan jayanya.Walau pun ada negeri yang 1 hb.telah mula bersekolah dan yang dah ada mula berkerja namun himpunan TURUN semalam amat-amat berjaya.Anggaran kehadiran 20,000 orang adalah ramai walaupun pada mulanya dimomokkan sebagai himpunan haram guling kerajaan BN.

  Tahniah kepada pihak penganjur dan rakyat yang perihatin.Namun begitu,adakah sudah cukup usaha ini?Adakah kerajaan pusat pekak badak telinga tuli itu akan mendengar dan tergesa-gesa tercirit birit,mengeletar dan terkincit dan seterusnya menurunkan harga apa yang dah dan diumumkan naik.Lantaran himpunan ini harga petrol dan diesel akan dikurangkan,harga gula akan diturunkan,tambang,elektrik dan tol tak jadi naik.Semuanya tak jadi,stop dan pegun.Sebab kerajaan BN takut sangat akan himpunan kita semalam.      PM Najib dan RM tak dengar pun.Diberitakan mereka berguling-guling makan angin dan pantai di Los Angeles.Menteri-menteri yang berkenaan pun dah siap dengan skrip masing-masing yang berhujah kami tak akan tunduk dengan desakan parti pembangkang,puak pelampau yang mahu menggulingkan kerajaan.
      Jadi adakah mereka dengar,tidak!!! semua yang dikatakan mereka akan dikota dan kita akur sahajalah,bayar dan bayar.Jadi apakah kerja kita semalam sia-sia,buang masa.Ya bisa saja sia-sia dan buang masa sekiranya tiada follow up dari usaha semalam tidak dilakukan.Saya ada 5 cadangan:

1.Semua pemimpin PR terutama MP dan ADUN mesti sentiasa menghidupkan isu ini,pada sidang parlimen,program ceramah dan sebagainya.Sentiasa memupuk rasa tidak puas hati rakyat.


2.Setiap markas negeri,kawasan,cabang atau cawangan parti-parti PR,baik PAS,DAP,Keadilan atau Ngo-ngo yang tidak puas hati dengan langkah BN yang degil dan menyesakkan rakyat ini menaikkan banner-banner bagi membantah.Luah rasa meluat ini di seluruh negara.BN CEKIK DARAH,TURUNKAN HARGA BARANG,TURUN BN,TOL TURUN dan sebagainya.Bagi penuh Malaysia dengan ketidakpuasan hati ini.Edar juga risalah atau maklumat,buletin serta pamplet berkenaan kepada setiap komuniti.

3.Peringkat pimpinan tertinggi parti-parti PR,Ngo-ngo pro mesti kerap adakan perbincangan dengan menteri-menteri terlibat.Jika mereka lari,ligan,buat juga perjumpaan dengan pengarah,pengarah agensi berkenaan,ketua-ketua jabatan yang terlibat,khusus bagi membincangkan tentangcara menurun atau mengengkang kenaikan harga dan tarif ini.

4.Buat juga perbincangan dengan persatuan-persatuan Pengguna di serata Malaysia.Adakan forum dengan pihak mereka yang disaksikan oleh rakyat.Terutama Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan FOMCA.Adakan pertemuan juga dengan Kesatuan Sekerja Malysia seperti CUEPECS dan MTUC.

5.Akhir sekali,buat himpunan dan siri himpunan lagi seperti semalam.Buat di tempat lain juga.Sekalikan dengan solat hajat dan himpunan perdana seperti yang pernah dibuat himpunan Hijau di negeri Kedah 2012.Sekarang rakyat memang marah dan rakyat perlu ada tempat meluahkannya.Program seperti semalam adalah tempatnya.

PLUS "touch"&"go" : NI REBAT KER @ REMBAT ???


Berita Memeritkan Hati Rakyat.. Kena Tipu Lagi


Rebat tol sebanyak 20% kepada pengguna lebuh raya di Lembah Klang yang membayar tol menerusi Touch 'n Go akan dimansuhkan esok, lapor Sinar Harian.
Akhbar itu berkata hari ini adalah hari terakhir pengguna boleh menebus rebat tol, yang bermula sejak September 2009.



24 Disember lalu, akhbar tersebut melaporkan sebanyak RM49 juta berupa rebat tol masih belum dituntut kerana kurang publisiti.
Walau bagaimanapun, seorang kakitangan pejabat operasi tol dipetik akhbar itu sebagai berkata, lebih ramai kini tampil untuk menebus rebat.
Sinar Harian juga memetik sumbernya yang mengecam Touch 'n Go, syarikat itu tidak berhak memberi sebarang kenyataan berhubung rebat tol kerana ia merupakan dasar kerajaan dan pemansuhan perlu diumumkan oleh Putrajaya.
Rebat 20% itu diberikan kepada pengguna Touch 'n Go yang membayar tol sekurang-kurangnya 80 kali dalam tempoh sebulan.
Rebat akan diberi apabila pengguna membuat tambahan nilai kad mereka di mana-mana plaza tol di Lembah Klang.
Najib mengumumkan sistem rebat tol tersebut pada 11 Julai 2009, antara 11 'hadiah' kepada rakyat sempena 100 hari beliau dilantik Perdana Menteri. ~sh
Addin:
Nasiblah rakyat M'sia selalu kena tipu.. Niat dah bagus nak bagi rebat 20% tapi syaratnya sekurang-kurangnya 80 kali pengunaan kad Touch n GO dalam tempoh sebulan. 

Nak bagi serupa tak nak bagi.. Jangan biarkan diri anda semua ditipu seumur hidup oleh manusia ini.

MENTERI BN : DUIT TAK DAK...JGN PI SEKOLAH !!!

Bantuan Sekolah 2014


Di atas adalah contoh kasar, semakin banyak kelengkapan pakaian sekolah anak-anak anda diperlukan semakin tinggi belanja persekolahan mereka. Itu baru seorang. Bagaimana pula dengan keluarga yang memiliki 3-5 anak yang bersekolah?

 

Bantuan Persekolahan RM100 2014 VS Kenaikan Harga Barang?

Harga di Semenanjung semestinya lebih murah berbanding ibubapa yang tinggal di Sabah. Setiap kawasan kelompok keluarga ada cabaran tersendiri dalam membesarkan anak-anak terutamanya yang masih bersekolah. Dengan lonjakan harga barang yang tidak pernah menemui "noktah" ketika ini, terbaru harga alat tulis juga akan melonjak antara 20%-30%.

Bantuan Sekolah RM100

RAKYAT GULING DI DATARAN MERDEKA, NAJIB GULING DI L.A ...

Malam tadi di perhimpunan TURUN, gegak gempita rakyat menyatakan bantahan mengenai kenaikan harga barang-barang.

Kesian dengan polis dan lain-lain petugas keselamatan yang berhempas pulas menjaga negara dari kena gulin. 

Terutamanya Unit Pemusnah Bom yang tidak tidur sepanjang malam kerana gara-gara perhimpunan TURUN akan meletopkan bom buatan sendiri di Dataran Merdeka.

Tup tup....rupa-rupanya Rosmah lebih cekap lagi. Untuk selamatkan najib dari huru hara oleh demonstran, dia telah bawa lari PM Najib gi ke Los Angeles senyap-senyap tak bagi tau rakyat pun!

Sssyyy, Rosmah dan Najib berguling-guling tengok matahari naik.....bukan aku nak buat fitnah, tapi bekas Ketua Editor Straits Times yang bagi tau :
Banyak yang Mohd Najib buat tak kena. Perlukah cuti di luar negara dua tahun baru berturut-turut dan masa rakyat jelata makin susah akibat dasar-dasar beliau sendiri? Perlukah keluar negara bercuti diam-diam hingga ada pegawai pejabat sendiri tak tahu dan buat penafian? Banyak lagi.

BIG MAMA : TAK SUKA BN, PI DOK SINGAPORE !!!


P/s: Best mengundi BN?

Terima kasih pencacai BN!

PDRM : program TURUN, muat naik FITNAH ...



[MyNewsHub] PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memohon maaf di atas kesilapan mereka memuatnaik gambar seorang lelaki yang cedera di kepalanya didakwa akibat dibaling batu ketika perhimpunan haram ketika sambutan Ambang 2014 malam tadi.

Kenyataan memohon maaf itu dibuat melalui laman rasmi Facebook PDRM hari ini.

"Kami memohon maaf di atas ketidak pekaan memuatnaik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baru.

"PDRM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeruhkan keadaan," kata kenyataan itu di Facebook.

Menurut kenyataan itu, PDRM juga merupakan manusia biasa yang juga kerap tersilap.

"Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun akan sentiasa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada.

"Sekali lagi kami mohon maaf di atas apa yang berlaku," katanya.

Malam tadi, tersebar gambar seorang lelaki dengan kepalanya berlumuran darah dan menurut keterangan gambar, lelaki itu merupakan anggota Pasukan Gerakan Am yang cedera ketika bertugas pada malam ambang tahun baru di Jalan Bukit Bintang.

Lelaki sebenar iaitu, Mohd Zulhilmi Mustafar hari ini tampil mengatakan bahawa dia bukan anggota polis yang cedera tetapi kepalanya cedera kerana ditetak seorang lelaki pada 29 Disember lepas.


(Salinan laporan polis oleh Mohd Zulhilmi yang dimuatnaik di laman Facebooknya membuktikan bahawa dia ditetak dan dia bukan seorang anggota polis yang cedera ketika bertugas di Ambang 2014 semalam)

Dia yang berang dengan penyebaran gambarnya berkata di laman Facebooknya bahawa dia akan membuat laporan polis ekoran kejadian itu kerana secara tidak langsung dia dilibatkan dalam perhimpunan haram berkenaan.

MACAI UMNO : PDRM PUN KUTIP INFO TEPI LONGKANG JUGAK RUPENYER ...

Polis Mohon Maaf kerana tertipu dengan gambar sebaran macai UMNO..


Kurang pasti apakah puncanya pihak PDRM kelihatan amat terdesak untuk memburuk-burukkan himpunan 'Turun' sehingga mereka melakukan kesilapan yang memalukan ini.

Pasukan yang punya ribuan penyiasat itu dengan tidak usul periksa dan menyiasat dulu kesahehan gambar yang telah dimuatnaik oleh macai UMNO kelaman Facebook miliknya telah memuatnaik semula gambar tersebut ke laman Facebook milik PDRM.

Menurut macai UMNO kononnya ianya adalah gambar seorang anggota DBKL yang cedera dikepala akibat dilontar batu oleh peserta himpunan 'TURUN'.


Kemudian pihak polis telah menggunakan gambar tersebut untuk dimuatnaik di dalam facebook Polis Diraja Malaysia dengan mendakwa lelaki yang berdarah itu sebagai salah seorang anggotanya.

Bagaimanapun tindakan pihak PDRM itu telah mendapat kecaman banyak pihak dilaman Facebook tersebut.

Menyedari ianya adalah satu kesilapan bilamana pemilik asal atau individu dalam gambar tersebut membuat laporan Polis mengatakan gambarnya telah disalahguna macai UMNO pihak PDRM kemudiannya telah memohon maaf..


Persoalannya sekarang ialah adakah Facebook ini sah dan dikawal oleh anggota PDRM?

Jikalau ia sah pegawai tersebut patut dikenakan tindakan, beliau seharusnya peka dan sensitif dengan suasana politik dan permasalah antara rakyat dan kerajaan masa ini.

Cara beliau memaparkan kisah tersebut seumpama "Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan Orang Lain" dan ini amat memalukan PDRM.

Di harapkan PDRM memandang perkara ini dengan serius. Ini adalah soal integriti dan kredibiliti PDRM dan keyakinan RAKYAT terhadap PDRM.

2014 : TAHNIAH PENGUNDI BN 47% ...

2014, tahun baru yang dinantikan atau yang kalau boleh hendak dielakkan.

Kenapa mahu dielak, paling tidak pun ditangguhkan? Kerana tahun 2014 adalah tahun kenaikan segala macam harga barangan dan juga cukai. Kenaikan yang pastinya akan menjerut bukan saja perut rakyat, malahan leher juga akan terjerut sama.

Ada yang kata angka 4 dihujung tahun baru ini membawa maksud 'sei' atau mati sepertimana sebutan Cina. Kerana itulah ramai yang akan 'sei' di tahun ini. Nauzubillah. Jangan percaya kepada 'ong' atau sial sesuatu angka dan huruf.

Kenaikan sesuatu harga barang dan juga cukai sudah pasti akan menyusahkan, apatah lagi dikala kenaikan gaji pula tidak kunjung tiba.

Cuba tanya pekerja perkeranian di bank-bank. Mampukah  mereka bertahan dengan kenaikan ini tatkala gaji mereka telah 2 tahun masih tiada kenaikan lagi. 

Bukan semua kenaikan itu membawa keburukan. 

Sempena tahun baru ini, marilah sama-sama kita menaikkan amalan dan kebaikan kita. Tambahlah ilmu di dada agar martabat agama dan bangsa juga dapat dinaikkan. Sama-samalah kita doakan.

Oh ye, doakan juga agar semangat saya untuk terus menulis di blog ini turut NAIK.

Sekali lagi, Selamat NAIK Tahun Baru 2014.