Tuesday, April 2, 2013

NAJIB: BIAQ HILANG NYAWA ...


UMNO bakal Cetuskan Keganasan Jika Kalah PRU13 ???

Bismillahirrahmaanirrohim.


UMNO tidak pernah kalah dalam Pilihanraya Umum walaupun sekali.   Apakah ini maksudnya UMNO akan mencetuskan keganasan bila mereka Kalah dalam PRU13 ini ???  Cuba mengugut dan menakutkan rakyat dengan pertumpahan darah.???  Pakatan Rakyat tidak pernah menang dalam menawan Kerajaan Persekutuan setiap kali Pilihanraya.   Tapi tidak berlaku keganasan.  Kita inginkan keamanan.  Inikah parti yang akan kita sokong??? 

Panglima7
Jika Pakatan Rakyat menang...Kita akan pastikan keamanan untuk Rakyat walaupun kemungkinan UMNO dijangka mencetuskan huru hara akibat kekalahan mereka.

UMNO/BN: JANGAN BIAQ KAMI ULANG SEJARAH NIH ...


Masihkah Kau Ingat.......pada waktu itu ..???

Bismillahirrahmaanirrohimm.....







Panglima7
Hanya gambar yang berkata-kata.  Tumabngkan UMNO BN dalam PRU13 ini

ULAMA MUDA UMNO : HINA SUNGGUH PUAK NIH ...


HINA SUNGGUH UMNO

Bukti Ulama Umno hina Nabi SAW tersebar....

Ameno World, 02 Apr 2013

SEDUTAN CERAMAH ABDULLAH SAAMAH

Di antara isi kandungannya ialah :

1. 0:03 : "Nabi Muhammad baru duduk, turun daripada Mekah napok doh berhala di Bachok, hok Nik Aziz buat.."

2. 0:31 : "Nabi jale-jale, sepak berhala.. berhala hok tidur ado jugok.(Nabi ter)semban situ, sapo buat ni? Nik Aziz jugok buatnyo.."

3. 0:45 : "Kalau Nabi Muhammad bangkit loni, dia mari Kelate, dia bunuh Nik Aziz, dia mari bunuh ore PAS"

4. 5:09 : "Ambo mimpi, tengok Nabi Muhammad, mari tepuk bahu ambo, sebut lebih 30 kali, betul doh hok ambo buat ni..."

BLOGGER UMNO: KAMI TAU...BN BAKAL KALAH TERUK ...


Parlimen Malaysia akan terbubar dengan sendiri - Kenapa?

Pada aku tak payahlah nak buat ramalan bila Najib akan membubarkan Parlimen,, dia tak bubar.. tunggu sahajalah terbubar dengan sendirinya...

Kenapa...


Tolong baca apa blogger otai umno tulis ni..



NASIONAL.


Suara sudah mula terkeluar dari dalam Bilik Gerakan PRU 13 Barisan Nasional - Adakah benar hanya 87 dan semakin menurun kerusi putih yang ada untuk Barisan Nasional. Ada cerita yang mengatakan bahawa kerusi jangkaan milik BN sudah jatuh kepada 67 dan ini memerlukan magis Najib untuk melakukan pusingan terhadap ranking Barisan Nasional dan sebenarnya meningkatkan semula kerusi milik BN. Masa semakin suntuk dan kita perlu SEGERA bangkit dari hanya menunggu pembubaran parlimen. Perpecahan undi Melayu dan kesepakatan undi Cina adalah antara punca kedudukan BN diancam. Kita memerlukan undi lebih dari 2/3 kali ini. Kedudukan Najib dalam UMNO juga akan terancam sekiranya sokongan terhadap BN - menang nipis dalam PRU 13 berlaku. Segera bangkit dengan Magis berkesan untuk PRU 13 kali ini.

Sumber : Link

Kalau sekadar 87 kerusi,, itu jangkaan blogger tu, mungkin terlalu sedikit, seratus kerusi pun umno masih lagi kalah... jadi tak payahlah nak susah kepala nak bubar-bubar kalau dah tak boleh nak memang,, memerintah lah selagi boleh ,, sehingga habis tempoh,, 

Perkemaslah dan bakarlah file-file rahsia yang boleh disabitkan kesalahan di mahkamah selepas PRU13 nanti...

PEMUDA UMNO: KETUA KAMI X DAK KERUSI ...


KETUA AMK DAN KETUA PEMUDA PAS DAH ADA KERUSI, KETUA PEMUDA UMNO MACAMANA????


Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang pagi tadi mengumumkan bahawa Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi akan bertanding di Parlimen Temerloh pada PRU 13 nanti. Manakala beberapa minggu lalu Ketua Umum PKR,Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin bertanding di Parlimen Bukit Katil.

Ketua DAPSY, Teo Kok Siong pula akan mempertahankan kerusi Dun Bahau yang dimenanginya pada PRU 12 lalu.

Tetapi malang dan peliknya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sehingga kini sunyi sepi tanpa berita. Kerusi pun tak tahu di mana malah besar kemungkinan akan hilang kerusi. Kesian sama Khairy ...................

UMNO: PULAK DAH...DUTA JOIN BELAH SANA ...


Bekas duta mahu beri khidmat terakhir dengan sertai PAS

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Adnan Othman secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi.

Adnan bersama-sama pada sidang media itu dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan.

Lulusan University of Exeter, England  dalam bidang Sains Politik itu pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalin hubungan dengan kerajaan China pada tahun 1974.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura.

Beliau dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi dan juga Iran sebelum bersara dan berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Cranberra Australia pada tahun 2001.

Bapa kepada empat cahaya mata dan datuk kepada tujuh cucu itu membuat keputusan menyertai PAS kerana yakin terhadap nalurinya yang merasakan PAS ialah parti yang paling sesuai dengan jiwa dan fikiran beliau.

ORANG KAMI PUN LAWAN KAMI ...


Menteri Umno Paling Lantang, Saifuddin Abdullah Bakal Di Gugurkan?


Timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah dijangka bakal digugurkan dari senarai calon, menguatkan spekulasi bahawa namanya sudah tidak berada dalam kedudukan calon pilihan perdana menteri, Najib Altantuya.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa parlimen Temerloh tidak akan ditandingi Umno seperti kelazimannya memandangkan parti itu akan bertukar kerusi dengan MCA yang menyerahkan Kuantan kepada Umno untuk menentang penyandang dari KEADILAN, Fuziah Salleh.

Saifuddin dalam mesej di Twitter sebentar tadi mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon PAS-Pakatan Rakyat, Nasrudin Hassan yang sah bertanding kerusi Temerloh dalam satu sidang media oleh presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kerusi Temerloh secara tradisinya ditandingi Umno, namun oleh kerana Umno mahukan Kuantan maka Temerloh dijangka diserahkan kepada MCA sekaligus berakhir sudah penguasaan parti itu di bandar kedua terbesar di Pahang itu.

Ahli majlis tertinggi Umno itu sudah lama disenarai sebagai antara calon yang bakal digugurkan kerana kerap kali menentang dasar Najib Altantuya selain mempertikaikan banyak polisi dan dasar kerajaan termasuk Akta Perhimpunan Aman (APA 2012).

Sambil mengakui dia masih belum pasti tentang kedudukannya, Saifuddin menjelaskan adalah lebih baik dia hanya menunggu sahaja pengumuman senarai calon oleh Najib tetapi desa desus mengatakan dia hampir pasti tidak akan dicalonkan walaupun disenangi penduduk Temerloh.

The Star melaporkan dua minggu lalu bahawa kerusi Kuantan akan diwakili Umno dan sebagai ganti kerusi Temerloh diserahkan kepada parti perkauman Cina itu.

Nampaknya bukan setakat calon Melayu hilang lagi satu kerusi malah suara Melayu di parlimen akan turut berkurangan, sebaliknya bagi Pakatan Rakyat, perikatan itu akan menambah senarai calon berbangsa Melayu lebih ramai berikutan PAS ditambah kuota kerusi mereka dari 66 kepada 76 dalam pilihanraya umum kali ini. 

TANAH KUBUR MASUK PAS ???


GAMBAR PANAS: Artis mana bersama selebriti Pakatan Rakyat neh...


Pergghh...!!!
Nampaknya si "Penggali Kubur" juga sudah tidak sabar. Sudah mula berjinak-jinak untuk bersama Pakatan Rakyat. Mula mengorak langkah mencari jalan camana untuk kuburkan Umno/BN dalam PRU ke 13 nanti...!!

Kehkehkeh...

ORANG UMNO: GENG PAS MEMANG KREATIF


Foto Terbaik : Kreativiti Penyokong Pas Menjelang PRU 13






Saksikan betapa kreatifnya penyokong Pas menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi pada parti yang di cintai.

Selain tenaga mungkin segala perbelanjaan menggunakan duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan seperti pihak sebelah sana.Tahniah semua ~ Tinta Hijau DKB