Tuesday, April 2, 2013

ORANG KAMI PUN LAWAN KAMI ...


Menteri Umno Paling Lantang, Saifuddin Abdullah Bakal Di Gugurkan?


Timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah dijangka bakal digugurkan dari senarai calon, menguatkan spekulasi bahawa namanya sudah tidak berada dalam kedudukan calon pilihan perdana menteri, Najib Altantuya.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa parlimen Temerloh tidak akan ditandingi Umno seperti kelazimannya memandangkan parti itu akan bertukar kerusi dengan MCA yang menyerahkan Kuantan kepada Umno untuk menentang penyandang dari KEADILAN, Fuziah Salleh.

Saifuddin dalam mesej di Twitter sebentar tadi mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon PAS-Pakatan Rakyat, Nasrudin Hassan yang sah bertanding kerusi Temerloh dalam satu sidang media oleh presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kerusi Temerloh secara tradisinya ditandingi Umno, namun oleh kerana Umno mahukan Kuantan maka Temerloh dijangka diserahkan kepada MCA sekaligus berakhir sudah penguasaan parti itu di bandar kedua terbesar di Pahang itu.

Ahli majlis tertinggi Umno itu sudah lama disenarai sebagai antara calon yang bakal digugurkan kerana kerap kali menentang dasar Najib Altantuya selain mempertikaikan banyak polisi dan dasar kerajaan termasuk Akta Perhimpunan Aman (APA 2012).

Sambil mengakui dia masih belum pasti tentang kedudukannya, Saifuddin menjelaskan adalah lebih baik dia hanya menunggu sahaja pengumuman senarai calon oleh Najib tetapi desa desus mengatakan dia hampir pasti tidak akan dicalonkan walaupun disenangi penduduk Temerloh.

The Star melaporkan dua minggu lalu bahawa kerusi Kuantan akan diwakili Umno dan sebagai ganti kerusi Temerloh diserahkan kepada parti perkauman Cina itu.

Nampaknya bukan setakat calon Melayu hilang lagi satu kerusi malah suara Melayu di parlimen akan turut berkurangan, sebaliknya bagi Pakatan Rakyat, perikatan itu akan menambah senarai calon berbangsa Melayu lebih ramai berikutan PAS ditambah kuota kerusi mereka dari 66 kepada 76 dalam pilihanraya umum kali ini. 

No comments:

Post a Comment