Thursday, December 1, 2011

AGM UMNO-SHAHRIZAT: DIAM TANDA SETUJU LA TUE ...

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan (NFC) - sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam pengkritiknya berhubung isu tersebut.

Dalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC.

Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu.

Sebaliknya, Shahrizat bercakap menyentuh ucapan dasar Najib dan tergesa-gesa meninggalkan sidang akhbar, tanpa menjawab soalan seterusnya dari pihak media.



Semalam, Shahrizat mengecam mereka yang menyerangnya dan keluarganya berhubung projek NFC, yang dibangkitkan dalam Laporan 2010 Ketua Audit Negara.

Projek tersebut telah diberikan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat pada tahun 2007 sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Shahrizat merupakan seorang menteri kabinet.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung Wanita Umno semalam, Shahrizat berkata beliau tidak ada kaitan dengan projek NFC itu.

Pengkritiknya, terutamanya PKR, mendakwa NFC menyalahgunakan pinjaman RM250 juta, dengan membeli kondominium mewah dan membiayai perjalanan ke luar negara.

Hanya beberapa jam selepas itu, PKR membuat tuduhan terbaru terhadap NFC, dengan mendakwa syarikat itu menyalahgunakan dana untuk membeli tanah di pusat pentadbiran Putrajaya dan sebuah kereta mewah

P/S : Matthill Eduardo
wahai shahrizat, mana kau nak lari ahhh? hayati pantun hamba.

Kerana tebu berat 2 tan, kerana lembu kau letak jawatan.
Kerana mi hilang selera, kerana suami kau sengsara.
Kerana harta tak ke mana, kerana 250juta kau merana.
Kerana mak kita ada di dunia, kerana tamak kau dihina.
Akhir sekali,
Kerana Sukarno Indonesia patoh, Kerana UMNO kau bodoh.

Wednesday, October 12, 2011

MAT BAShAh MELEPAS..... MUKRIZ BELUM TENTU ....

KETIKA Umno Kedah kononnya sudah bersedia berubah, kerana bimbang akan rebah buat kali kedua, ratarata mereka tidak nampak siapakah yang bakal diketengahkan untuk menjadi calon Menteri Besar (MB) jika BN Kedah kembali berkuasa.

Beberapa pihak mentertawakan cakap-cakap bahawa Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak seperti sudah bersetuju jika Ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir dinamakan sebagai bakal MB, selepas PRU13 kerana imej yang dibawa kononnya diterima di kalangan rakyat Kedah.

Kata mereka, Najib seperti tidak belajar dari pengalaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri (PM) yang pernah menamakan Tan Sri Sanusi Junid sebagai MB Kedah, menggantikan Tan Sri Osman Arof, hingga membawa bencana besar kepada Umno di Kedah.
Sanusi ketika dilantik menjadi MB Kedah, bukan seorang ketua Umno bahagian. Dia dikalahkan Dato’ Abu Bakar Taib sebagai Ketua Umno Bahagian Langkawi tetapi Dr Mahathir membuktikan beliau seorang yang mempunyai sifat kuku besi ketika mentadbir, tetap menamakan Sanusi sebagai MB Kedah.

Akhirnya, Sanusi yang turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah terpaksa meletakkan jawatan sebagai MB apabila keputusan pilihan raya umum ketika itu tidak menunjukkan Kedah adalah negeri yang diwakili Perdana Menteri dan menyebabkan Sanusi meletakan jawatannya sebagai MB. Dari 15 kerusi Parlimen di Kedah, BN hanya menang tujuh manakala PAS menang lapan.

Dr Mahathir amat marah dengan keputusan itu dan menerima perletakan jawatan Sanusi sebagai MB dan tempat Sanusi digantikan Dato’ Seri Syed Razak Syed Zin.

Syed Razak tidak dapat bertahan lama kerana masalah kesihatan dan tempatnya digantikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Sekali lagi, perlantikan Mahdzir dibuat oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) tanpa mengambil kira kedudukan Mahdzir yang bukan ketua bahagian.

Mahdzir yang kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akhirnya membawa bersama-sama tumbang BN di Kedah dalam PRU12 yang lalu. Mahdzir kini adalah Ketua Umno Bahagian Padang Terap, jawatan yang dimenanginya selepas beliau menjadi MB.

Dari pengalaman buruk Dr Mahathir dan Abdullah ini, apakah Najib masih tidak mahu belajar supaya tidak melantik seseorang yang bukan penyandang jawatan ketua bahagian sebagai MB?

Jika Najib masih berkeras mahu melantik Mukhriz, beliau sebenarnya bukan berhasrat menyelamatkan Umno di Kedah tetapi kerana takutkan Dr. Mahathir yang mungkin menyerangnya hingga tumbang sebagaimana yang berlaku terhadap Abdullah dahulu.

Dalam hal ini, suka atau tidak, Najib mestilah mempunyai calon MB Kedah dari kalangan ketua bahagian yang boeh menang. Walaupun setakat ini, bayangan yang dilihat, Najib mahukan Dato’ Ahmad Basha Md Hanifah yang merupakan Ketua Umno Bahagian Alor Setar sebagai bakal MB Kedah selain Mukhriz tetapi ramai yang percaya, Najib akan menamakan seseorang yang berpendidikan tinggi untuk menjadi MB selepas PRU13 akan datang.

Umno Kedah sebenarnya ketandusan pemimpin. Dr. Mahathir ketika menjadi PM tidak mempedulikan Umno Kedah dan kesibukannya di Kuala Lumpur dan peringkat antarabangsa menyebabkan Kedah kini seperti sebuah gurun yang tidak ditumbuhi pokok.

Jika suatu masa dahulu Umno Kedah berbangga dengan beberapa nama seperti Allahyarham Dato’ Raja Ariffin Raja Sulaiman, Dato’ Dr Afiffuddin Omar, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Sanusi Junid dan Dato’ Mahadzir Mohd Khir, tetapi kini Umno Kedah hanya melahirkan Dato’ Mohd Johari Baharom dan Ahmad Basha yang tidak mampu dibawa ke tengah.

Ada juga yang berpandangan, kononnya Dr Mahathir memang tidak memberi pilihan kepada pucuk pimpinan, agak nama anaknya, Mukhriz dipilih menjadi MB Kedah jika BN menang dalam PRU 13 akan datang.

Mukhriz yang merupakan ahli biasa Umno di bahagian Kubang Pasu bertanding di Parlimen Jerlun dan kemungkinan kali ini, dia akan diletakkan bertanding di peringkat Dun dalam Parlimen Kubang Pasu untuk melayakkannya dilantik menjadi MB Kedah jika BN menang semula. Namun, ia bukanlah mudah kerana ada 15 ketua bahagian di Kedah yang juga kepingin untuk menjadi MB jika BN menang semula.

Cuma, kelebihan yang ada pada Muhkriz ialah “peranan Dr Mahathir” akan menjadikan dia mempunyai kelebihan dari caloncalon lain yang tentunya tidak mempunyai seorang bapa yang pernah menjadi PM.

Cuma, sebagai seorang ahli biasa, apakah selepas ini politik Umno Kedah akan kembali bergolak seperti zaman Sanusi dan Mahdzir? Ketika era Sanusi, riaknya tidak begitu ketara tetapi pengundi hampir-hampir menjatuhkan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum.

Di zaman Mahdzir, serangan bertubi-tubi Dr Mahathir ke atas kepimpinan Abdullah menyebabkan Kedah tumbang dan Mukhriz bertindak menulis surat meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM sebaik sahaja dia menang kerusi Parlimen Jerlun.

Dari apa yang Najib berikan kepada Mukhriz menunjukkan Najib cukup “menjaga hati Dr Mahathir”. Mukhriz tewas jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, tetapi kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kemudian, dalam rombakan Badan Perhubungan Umno Kedah, Mukhriz dinamakan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Ahmad Basha yang dilantik menjadi pengerusi.

Khabarnya, nama Mukhriz sudah diangkat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan tetapi ada dakwaan mengatakan terdapat seorang Adun Umno di Kedah mahu meletakan jawatan jika Najib menamakan Muhkriz sebagai pengerusi menyebabkan Mukhriz hanya dilantik menjadi timbalan.

Sejauh mana kebenaran cerita ini, tiada siapa yang dapat mengesahkan tetapi beberapa pihak mendakwa, mereka lebih bersedia menerima Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah daripada Ahmad Basha, tetapi Najib tidak berani melantik Mahdzir kerana Dr Mahathir dikatakan kurang senang dengan bekas MB Kedah ini.

Mahdzir didakwa memainkan peranan hingga Dr Mahathir tewas dalam usahanya merebut salah satu kerusi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno beberapa tahun lalu.

http://warta-utara.blogspot.com/

Tuesday, July 12, 2011

UMNO MERBOK MEMANG KERJA DIA MUHUNG ORANG KOT ...


Aduhai UMNO MERBOK.. Kalau nak berjanji pun biaqlah ditunaikan.. !!!

MERBOK – Enam mangsa ribut yang mengalami kerugian 26 Mac lalu di Taman Merbok Permai kecewa dengan pihak tertentu yang dikatakan telah memungkiri janji dalam usaha membaik pulih kerosakan yang dialami.



Sharifah Ahmad, 45, berkata, selepas kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang, penduduk dilawati oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain yang berjanji akan melakukan kerja-kerja baik pulih namun sehingga kini ia masih belum dapat dilaksanakan.

Menurutnya, sebagai ibu tunggal dan mangsa bencana alam, dia sangat berharap ada pihak yang prihatin nasib kesemua enam penduduk yang mengalami masalah tetapi janji yang diluahkan oleh Tajul pada ketika itu meredakan kerisauannya.

“Saya baru sahaja melakukan pemasangan bumbung tambahan dengan kos sebanyak RM2,000 seminggu sebelum kejadian dan belum selesai membuat pembayaran, namun tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana bencana adalah takdir yang telah ditentukan.

“Tetapi apabila ada pihak prihatin akan membuat pemasangan semula, kami semua lega mendengarnya namun apabila sudah dua bulan janji tidak ditunaikan kami agak kecewa,” katanya kepada Sinar Harian.

Asliza Zahari, 33, berkata, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pihak kontraktor berjanji akan membaiki kerosakan dalam masa seminggu.

“Pihak itu telah melakukan ukuran bumbung serta membawa kesemua serpihan bumbung yang diterbangkan ribut ke satu tempat lain pada 29 Mac supaya dapat digantikan dengan bumbung baru, namun sehingga kini masih belum diganti,” katanya.

Penduduk juga telah berharap supaya kerosakan bumbung dapat dibaiki namun apabila wakil penduduk bertanyakan kepada pihak berkenaan, jawapan yang diterima amat mengecewakan.

Bagi Zaidi Hamzah, 36, berkata, setelah menghubungi pihak berkenaan bulan lalu, mereka dimaklumkan bahawa tiada peruntukan yang dikhaskan untuk bumbung tambahan sepertimana yang dijanjikan pada hari kejadian.

“Kesemua enam mangsa bencana ribut di Taman Merbok Permai kecewa apabila pembaikan bumbung yang dijanjikan tidak ditunaikan dan kami pula terpaksa mengambil semula besi dan zink yang diambil kontraktor yang disimpan di sebuah dewan di Sungai Petani,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, penduduk telah mengambil semula besi dan zink itu supaya perkakasan yang boleh dikitar semula dapat dibaiki dan digunakan.
(kedahlani)


P/S: dengar khabarnya banyak benda yang di janjikan di kawasan merbok ni. janjinya cukup manis. semua nak buat, semua nak bagi. tapi semuanya mengecewakan. habuk pun tak ada. sememangnya macam ni rasanya. janji kosong dari dulu, kini dan selamanya. kalau ada peruntukan pun masuk perut masing-masing. dah banyak cerita dengar. budget, sumbangan dan peruntukan semua masuk kat orang besar di pejabat umno tu, perut JKKKP, ketua-ketua pemuda. orang kampung ??? NGANGA....

BERSIH 2.0 : TANYA SOALAN BUAT-BUAT PENGSAN LA PULAK KPN NI.....

10 Soalan Untuk Ketua Polis Negara yang bukan calang-calang untuk di jawab.
Setakat jawab pusing ke lain bolehlah.
Kalau Ketua Polis Negara(KPN) nak menjawab secara telus tanpa sembunyi atau nak jaga hati orang lain memang sukar tapi itulah cara nak nak elak dari pengsan.
Kata Hj Bakhil dalam citer LABU DAN LABI ' Aku Pengsan Fesyen Baru la (Bukan Fesyen Barua!) .Tapi untung gak pengsan cara ini, terus dapat sambung perkhidmatan selama setahun oleh D
S Najib.

10 perkara ni diceduk dari penulis blog BayangDiAir Setakat korang baca tentu tiada apa-apa tapi kalau kena gu..nya pasti kaput atau kabom ... pengsan dan berpeluh.

Rakyat Malaysia amat terkilan dan kesal atas tindakan pasukan keselamatan mutakhir ini. Mereka menangkap orang yang memakai baju kuning BERSIH. Mereka merampas baju kuning. Mereka mengkategorikan BERSIH 2.0 sebagai golongan subversif . Mereka mengharamkan BERSIH. Rakyat tertanya-tanya apakah ciri-ciri subversif yang ada pada sebuah NGO yang meminta keadilan pilihanraya dan demokrasi secara jelas dan terbuka? Demi membersihkan imej polis yang begitu kotor di mata rakyat sekarang, Ketua Polis Negara mestilah memberi hujah-hujah penjelasan yang konkrit terhadap persoalan-persoalan b
erikut.






1. Nyatakan akta mana yang membolehkan polis menangkap orang yang memakai baju kuning BERSIH. Tak pernah ada negara di dunia haramkan T-shirt ..waima t-shirt bergambar babi, arak dan judi pun tak diharamkan. Gampar senjataapi pun tak di caj mana-mana polis di negara luar mahupun di Malaysia. Abis bila dah diharamkan baju 'BERSIH" bila nak dihalalkan? Takkan haram sampai kiamat? Wah ! melebihi kuasa Rasul dan Nabi pula kerajaan BN nie.

2. Apakah ciri-ciri subversif yang ada pada BERSIH 2.0?

3. Mengapakah PERKASA tidak pula dianggap subversif?

4. Yang mana satu sebenarnya dikatakan menyalahi undang-undang; organisasi BERSIH, pemakaian dan penjualan baju-T BERSIH atau Perhimpunan BERSIH?

5. Mengapa Ibrahim Ali yang sudah acap kali mengeluarkan kenyataan yang mengancam keselamatan negara tidak diambil tindakan, malah diusik pun tidak?

6. Mengapa apabila puak UMNO dan PERKASA mengadakan demonstrasi yang mengancam keselamatan negara, dibiarkan?Polis mengawal sahaja.

7. Mengapa polis hanya menyuraikan secara lembut demonstran UMNO dan PERKASA yang melakukan provokasi. Mengapa tak tangkap dan gari secara kasar macam polis lakukan kepada rakyat yang menyokong BERSIH?

8. Mengapa polis tidak menjalankan tugas secara adil kepada rakyat dalam hak berhimpun secara aman?

9. Mengapa polis menutup pintu rundingan dengan penganjur BERSIH 2.0? Adakah ini kerana tekanan Menteri Dalam Negeri sendiri merangkap Naib Presiden UMNO?

10. Apakah apabila PM menyetujui perhimpunan BERSIH diadakan di stadium, maka BERSIH tidak lagi kotor pada pandangan polis? Tapi dinafi penggunaan Stadium dengan alasan permit pulak!
Kami dengan ini mendesak Ketua Polis Negara menjawab persoalan-persoalan ini secara jujur demi membersihkan institusi pasukan keselamatan. Berilah peluang rakyat menilai hujah-hujah Tuan.

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH 2.0 : INSAN TUA ITU PUN SANGGUP TURUN..TAKKAN ORANG MUDA TAKUT NAK TURUN KOT ...

GENG MUDA MERBOK !!! MALU KITA KALAU TAK TURUN WEH ....

Pada aku kalau orang yang dah lanjut usia macam Pak Samad ni pun sanggup lagiturun berdemo, takdak alasan untuk yang muda-muda untuk tak turun sama.

Pak Samad sanggup turun berdemo padahal hari-hari dia kat dunia ni dah tak lama mana dah. Dia boleh duduk bersenang lenang main dengan cucu. Tapi dia pilih untuk turut turun sama ke jalan raya.

Tiada lain tujuan dia melainkan nak sama-sama menuntut hak untuk anak muda yang akan mewarisi negara ni, nak sediakan penghidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Untuk anak-anak muda yang belum tergerak hati untuk turun sama berhimpun, hayatilah bait-bait puisi Pak Samad kat bawah ni.

Bagi yang rasa tak berpeluang untuk turun berhimpun kali ni atas apa jugak alasan atau halangan, pasangkan lah niat dan azam beserta doa, moga-moga diberi kesempatan oleh Allah untuk turun berhimpun.

Unggun-Bersih

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

A Samad Said

JOM BERSIH 2.0 ..... DEMI MASA DEPAN ANAK MUDA ...































Tuesday, May 10, 2011

UMNO KEDAH AKAN PUTUS BENIH TAK LAMA LAGI.....

Pejabat UMNO pun menumpang, nak ambik balik Kedah kunun...



Pertama sekali nak ucap terima kasih kepada Kedah La. Sekali hantar artikel terus dilantik jadi kolumnis.

Pagi ni Mid Panah nak ajak rakyat Kedah nilai kemampuan UMNO tanpa kerajaan. Ca tengok gambar sebelah (*Ca=cuba, bahasa Kedah tua). Sapa pernah ke Kuala Kedah pasti nampak bangunan tu tersergam indah di sebelah kanan sebelum sampai simpang utama pekan Kuala Kedah.

Dulu masa Syed Razak jadi Menteri Besar merangkap ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, bangunan itu adalah pejabat UMNO bahagian. Tersergam signboard dan bendera UMNO Be End. Semua orang sangka bangunan tu milik UMNO.

Selepas semua simbol UMNO terhapus dari bangunan tu baru orang tau 'rupanya itu bangunan bukan UMNO yang punya, tapi Ahmad Albab yang punya'. Rupanya selama ini depa hanya menumpang bangunan milik toke Cina, bukannya bangunan milik ahli Perkasa yang dok gheyau 'hidup Melayu!'. Bila Syed Razak dah tak jadi ketua bahagian.. kuasa pun dah takdak sapa nak bagi tumpang lagi, tuan dia ambik baliklah. Ihh hina sungguh perjuangan hidup Melayu, menumpang bangunan Cina.

Itulah hakikatnya UMNO selama ni bukan ada ada pun dok menumpang merata atau mengharap reta meredak kerajaan jadi hak depa. Contoh paling baik ca tengok pejabat UMNO bahagian Alor Setar merangkap Pusat Khidmat Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Mat Bashah.. sampai lanie pun dok menumpang pejabat penghulu Mukim Mergong. Bangunan kerajaan, tanah pun milik kerajaan. Mujuqla kerajaan Ustaz Azizan baik, ada ati perot dan tak mau kecoh-kecoh.

Kalau nak senarai di Kedah ni belambak-lambak premis kerajaan, terutamanya dewan orang ramai masih dijadikan pejabat UMNO. Sebab tu bila depa nak buat ceramah Ummi Hafilda kat Taman Wira hari tu bila pemuda PAS halang, polis tak boleh buat apa. Jelas sekali itu premis kerajaan yang dijadikan reta meredak UMNO.

Cuba ingat balik masa BN merintah negeri dulu, jangankan nak guna premis kerajaan buat markaz (mustahillah) bayang bendera PAS pun takleh jatuh atas tanah kerajaan. PAS pernah nak buat Seminar Hudud di bangunan zakat, depa tak bagi. Pernah nak anjur program kat Holiday Villa, dah bayar sewa, mai arahan dari MB tak benarkan.

PAS parti miskin berbanding UMNO, tapi koman-koman PAS; daripada Kawasan hingga cawangan semua ada markaz sendiri. Takdak dok menumpang macam UMNO. Kalau UMNO kalah di Pusat, percayalah nak cari UMNO buat benih pun takdak dah masa tu.. sebab kekuatan mereka bergantung pada Kerajaan Pusat semata-mata.

Kalau tak pecaya Mid Panah cakap, mai seluruh rakyat jelata kita pakat-pakat jatuhkan UMNO Be End di Pusat...



P/S : PUTUS BENIH PUN TAK PA AIHHH. kalau ada buat susah anak cucu ja. berjuang untuk perut dengan pompuan, macam tu la. tak pi mana. 54 tahun, jamban milik umno pun tak mampu buat, inikan pula nak buat pondok durian. tapi tengok umah pemimpin depa yang dulu sampai la ni...tu dia aihh umah. tak cukup tanah sendiri, tanah orang pun dia sapu buat umah. kalau boleh, satu kampung tu umah dia sorang. bini pun muda-muda. merelap pulak tu. getah mudah. tapi penyokong dengan pengundi umno/bn yang bangang lagi membangangkan itu tetap menyokong parti itu. kalau sampah tu..sampah juga laaa....


UMNO TERDESAK: WARGA ASING (PATI) JADI KOMPONEN AHLI UMNO/BN PRU 13 ...

Umno Terdesak, 2,000 Warga Asing Diberi Hak Mengundi Di Selangor - PKR

Parti Keadilan Rakyat hari ini mendedahkan usaha terbaru Umno-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang.

Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa pihaknya telah mngenalpasti 2,000 warga asing sebagai "bakal pengundi" yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13.

"Mereka adalah dari kalangan pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya (yang) akan memenangkan BN pada setiap pilihanraya , khususnya pada PRU-13," tambah surat itu yang diedarkan kepada wartawan.


Zuraida berkata surat itu dibocorkan oleh seorang pegawai kakitangan awam yang tidak tahan dengan penipuan yang berlangsung.

"Saya tidak boleh sebut bagaimana kita boleh dapat surat ini dan surat ini bukan sahaja (sampai) di pejabat KDN, malah ianya telah disampaikan kepada satu syarikat agensi pekerja asing yang mana agensi itu akan menguruskan nama-nama yang disenaraikan untuk mereka ini diberikan kewarganegaraan bagi menjadi pengundi pada PRU 13," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengarahkan Umno Selangor untuk menawan semula Selangor dengan menggunakan apa jua senjata pada PRU-13 yang dijangka diadakan pada tahun ini atau awal tahun depan.

Pemberian kad pengenalan Malaysia kepada warga asing dikatakan berleluasa di Sabah di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai cara berkesan untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri itu. Adalah dipercayai hampir 600,000 warga asing menerima kad pengenalan dan hak untuk mengundi menerusi operasi sulit yang membabitkan agensi-agensi persekutuan.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar sebelum ini mendedahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara dan agensi berkaitan bersekongkol dengan Umno untuk mendaftarkan warga asing "secara senyap' di Lembah Kelang sekitar negara untuk diberikan kad pengenalan Malaysia.

Mahfuz menjelaskan, berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, terdapat beberapa 'program' yang diadakan khusus untuk warga asing ini yang kebanyakannnya warga Indonesia dan Kemboja bagi membolehkan mereka memperolehi kad pengenalan.

Zuraida berkata beliau akan membuat laporan polis esok terhadap Idris dan Hishammuddin.


"Kita mahu hantar mesej kepada Najib mengatakan pegawai kerajaan tidak lagi seratus peratus di belakang beliau. Politik ugut tidak lagi relevan. Jadi kita sudah ada penyokong kita ramai di mana sahaja. Apa pun yang dia (Umno-BN) mahu buat tidak akan berjaya kerana kita sudah ada rakyat Malaysia yang matang politik.

Minggu lalu beberapa wakil rakyat Selangor mendedahkan pemindahan ratusan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain menggunakan alamat palsu semata-mata untuk memperkuatkan sokongan bagi kerusi-kerusi yang dijangka akan ditandingi oleh Umno pada PRU akan datang.

Contohnya SPR memindahkan pengundi dari DUN Teratai ke DUN Chempaka dengan menggunakan alamat bermastautin yang dipalsukan.

Mereka yang dipindahkan adalah ahli dan penyokong Umno dan menyenaraikan dewan orang ramai sebagai alamat bermastautin di kawasan mengundi baru.
by:kafesantai.blogspot.com

P/S : ajak pas join BN, PAS tak mau.last skali ajak warga asing tanpa izin la join BN. mesti mau la depa ni. tak cukup BN bawak masuk pelacur warga asing, la ni kalut bawak masuk anak beranak depa pulak. terdesak sungguh UMNO ni. babi hutan [pun tak buat keja lagu tu aihhh..... hangpa teruk lagi. dah la haram, jadi haram jadah pulak.....