Tuesday, July 12, 2011

UMNO MERBOK MEMANG KERJA DIA MUHUNG ORANG KOT ...


Aduhai UMNO MERBOK.. Kalau nak berjanji pun biaqlah ditunaikan.. !!!

MERBOK – Enam mangsa ribut yang mengalami kerugian 26 Mac lalu di Taman Merbok Permai kecewa dengan pihak tertentu yang dikatakan telah memungkiri janji dalam usaha membaik pulih kerosakan yang dialami.



Sharifah Ahmad, 45, berkata, selepas kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang, penduduk dilawati oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain yang berjanji akan melakukan kerja-kerja baik pulih namun sehingga kini ia masih belum dapat dilaksanakan.

Menurutnya, sebagai ibu tunggal dan mangsa bencana alam, dia sangat berharap ada pihak yang prihatin nasib kesemua enam penduduk yang mengalami masalah tetapi janji yang diluahkan oleh Tajul pada ketika itu meredakan kerisauannya.

“Saya baru sahaja melakukan pemasangan bumbung tambahan dengan kos sebanyak RM2,000 seminggu sebelum kejadian dan belum selesai membuat pembayaran, namun tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana bencana adalah takdir yang telah ditentukan.

“Tetapi apabila ada pihak prihatin akan membuat pemasangan semula, kami semua lega mendengarnya namun apabila sudah dua bulan janji tidak ditunaikan kami agak kecewa,” katanya kepada Sinar Harian.

Asliza Zahari, 33, berkata, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pihak kontraktor berjanji akan membaiki kerosakan dalam masa seminggu.

“Pihak itu telah melakukan ukuran bumbung serta membawa kesemua serpihan bumbung yang diterbangkan ribut ke satu tempat lain pada 29 Mac supaya dapat digantikan dengan bumbung baru, namun sehingga kini masih belum diganti,” katanya.

Penduduk juga telah berharap supaya kerosakan bumbung dapat dibaiki namun apabila wakil penduduk bertanyakan kepada pihak berkenaan, jawapan yang diterima amat mengecewakan.

Bagi Zaidi Hamzah, 36, berkata, setelah menghubungi pihak berkenaan bulan lalu, mereka dimaklumkan bahawa tiada peruntukan yang dikhaskan untuk bumbung tambahan sepertimana yang dijanjikan pada hari kejadian.

“Kesemua enam mangsa bencana ribut di Taman Merbok Permai kecewa apabila pembaikan bumbung yang dijanjikan tidak ditunaikan dan kami pula terpaksa mengambil semula besi dan zink yang diambil kontraktor yang disimpan di sebuah dewan di Sungai Petani,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, penduduk telah mengambil semula besi dan zink itu supaya perkakasan yang boleh dikitar semula dapat dibaiki dan digunakan.
(kedahlani)


P/S: dengar khabarnya banyak benda yang di janjikan di kawasan merbok ni. janjinya cukup manis. semua nak buat, semua nak bagi. tapi semuanya mengecewakan. habuk pun tak ada. sememangnya macam ni rasanya. janji kosong dari dulu, kini dan selamanya. kalau ada peruntukan pun masuk perut masing-masing. dah banyak cerita dengar. budget, sumbangan dan peruntukan semua masuk kat orang besar di pejabat umno tu, perut JKKKP, ketua-ketua pemuda. orang kampung ??? NGANGA....

2 comments:

  1. bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

    ReplyDelete
  2. nik aziz kata politik didahulukan, islam diutamakan

    ReplyDelete