Tuesday, August 17, 2010

UMNO KEDAH :GELEMBONG GERAKAN BELIA "4 B"

Kedah bergelombang : UMNO mahu gerakan 4B

Kedah berombak darat. Bukan di kepulauan Langkawi atau di perairan Kuala Kedah. Bukan PAS dan bukan juga Pakatan Rakyat.Kali ini UMNO Kedah. Api di dalam sekam sudah mula menampakkan warna kebencian sesama sendiri.
Bashah Hanipah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah merangkap ADUN Bakar Bata yang didakwa segak pada misai sahaja tetapi kerjanya sangat hudoh.Kawasan DUN Bakar Bata yang diwakilinya selama ini terbiar. Kasihan pengundi di situ. Bashah cuma menang kurang lebih 300 undi sahaja pada pilihanraya 2008 yang lalu.
Selama ini parti pembangkang tidak gemarkan cara politiknya. Kini bukan sahaja ahli UMNO meluat dengannya, malah komponen Barisan Nasional tidak bersetuju dengannya dalam banyak hal.Khabar bertiup kencang sesama mereka bahawa kepimpinan Pemuda, Wanita dan Puteri mahu dia dibuang segera.
Salah seorang dari Pemuda UMNO mencadangkan slogan "Buang Bashah Bakar Bata"Semoga slogan 4B ini akan merebahkan Bashah dalam pilihanraya ketiga belas nanti kata mereka.nukilan... Penulis Tamu - Al-Kerohi,
P/S : tak tau la ni berlakon atau wayang? tapi jarang la puak2 umno ni buat gelombang... gelembung buleh kot. takkan gamak hangpa nak buang bashah tu kot? datuk paduka tue weh? dengar kata tiap-tiap tahun sponsor pelita minyak tanah kat kampung dia time bulan posa. sat gi gelap kampung hangpa. sapa nak beli pelita kat hangpa nanti ???

Saturday, August 14, 2010

MACAM MANA NAK MENANG @ PERTAHAN KEMENANGAN LAGU NIE???


melihat kepada daftar pemilih baru yang di keluarkan oleh pihak SPR, bagi jan-jun 2010 yang di paparkan.
penambahan paling ketara pada umno dan DAP... nampaknya sejarah nak jadi macam di terangganu. kita kata pengundi hantu yang sebabkan PAS kalah. bila kaji balik, rupanya umno dah berjaya daftar pemilih baru pro-umno berpuluh ribu...
bila tengok kat data ni...ada nak berlaku macam ni.... kalau umno terus banyak daftar pemilih yang sah pro-umno, maknanya negeri akan tumbang kembali kepada umno..
tapi kalau DAP terus memonopoli pendaftaran pemilih yang pro-dap, maknanya PR akan menang banyak negeri.. tapi sahlah exco ramai dari DAP nanti.......

Monday, August 9, 2010

UNTUKMU Y.B AHLI PARLIMEN MERBOK .....

Jenguk-Jenguklah Ke bawah Wahai MP
Di kedai kopi tempat selalu saya minum, sarapan pagi dan lepak.

"Keadaan kita ni sama jer kan?" Tiba-tiba Pak Mat bersuara.

"Sama apa?" Tanya saya.

"Dulu semasa Dato' Zam (Zainuddin Maideen) jadi Ahli Parlimen kita, dia jarang turun padang. Tapi kalau minta apa-apa senang dapat. Sekarang Dato' Rashid jadi MP pun tak turun jengok juga. Nak minta apa-apa pun susah" Jawab Pak Mat.

"Uumm... nasib baik juga dulu bila minta jalan atau turap tar Dato' Zam usahakan. Dan apa yang kita ada sekarang di kampung ini adalah dari tangan dan air liur Dato' Zam" Sampuk Mail.

"Jadi MP selepas itu hanyalah panggil jer lembu dan berak untuk tutup lubang jalan yang rosak atau berlubang!" Sambung Mail sambil ketawa.

Saya terdiam.

Memang itulah hakikatnya.

Sedangkan nampaknya Datuk Tajul Urus sebagai Ketua Bahagian UMNO Merbok lebih terkehadapan daripada MP sekarang dari segi aktiviti kebajikan masyarakat kampung.

Dia juga sering turut turun padang bersama pada kebanyakan aktiviti yang UMNO anjurkan.


Pada saya, saya tak tahu nak komen apa....

Lu Pikrlah Sendiri .....

BLOGGER UMNO/BN : MANA DUIT UPAH KAMI ?????

PENDEDAHAN BLOGGER UMNO TENTANG MEREKA MENTEKEDARAH RM SEMASA PRU094 HULU SELANGOR
Berikutan posting mengenai 'Blogger Ular Sawa' semalam' saya menerima beberapa email dan panggilan telefon dari para sahabat. Sepertia biasa dan sepatutnya didalam dunia realiti - ada yang menyokong dan ada yang membantah, ada yang menentang dan ada yang pertahankan - segalanya dengan alasan atas kepentingan masing-masing serta kumpulannya.Posting saya itu diulas semula oleh blog The Unspinners pada jam 8.29PM dan House PK pada pagi ini. Dari komen-komen yang diterima nyatalah bahawa selama ini ada dendam yang tersimpan dalam hati para blogger yang tak terluahkan dan kesempatan ini diambil mereka untuk menyatakan apa yang bermain dalam hati mereka selama ini.
Saya tidak cenderung kepada mana-mana pihak tetapi saya dapat pastikan bahawa segala yang dinyatakan ada kebenarannya;
1. Peruntukan untuk blogger sebanyak RM15,000 bagi kempen di Hulu Selangor itu benar.
2. Peruntukan sebanyak RM80,000 bagi kempen di Sibu itu juga benar
3. Di Hulu Selangor para blogger yang berjuang disana tidak mendapat habuan yang diperuntukan bagi mereka juga benar.
4. Di Sibu, peruntukan sebantak RM80,000 yang tidak termasuk tambang kapal terbang namun blogger berkenaan hanya menerima imbuhan sebanyak RM100 seorang juga benar.5. Di Hulu Selangor ada 'Ular Sawa' yang menelan peruntukan itu pasti benar
6.Di Sibu ada 'Naga' yang telah menelan peruntukan itu juga nyata benar.
Dari maklumat melalui telefon dan email yang saya terima, saya menyedari ada sesuatu yang sedang berlaku dikalangan blogger ini (Blogger Pro BN):
1. Rakan blogger telah terpecah kepada beberapa kumpulan dengan kepentingan mereka yang tersendiri.
2. Segalanya adalah berkaitan dengan wang dan peruntukan
3. Ada blogger tertentu yang memang dibayar untuk menulis dengan 'dipayungi' oleh seseorang yang berkepentingan tertentu
4. Blogger berkenaan disamping menulis dengan 'interest' tertentu juga akan mempengaruhi blogger lain menyertai mereka bagi mempamirkan kekuatan mereka sebagai kuasa 'jual-beli'
5. Ada blogger yang memang kerjanya menulis untuk wang - memuji tokoh tertentu apabila menerima upah dan 'melanyak' mereka jika sudah tidak diberikan habuan lagi.
6. Kes peruntukan RM15,000 di Hulu Selangor ini juga dikatakan 'konspirasi' bagi memburukkan blogger Sanggah Tok Janggut oleh pihak tertentu sedangkan individu yang sebenarnya dsyakki melakukan 'songlap' itu adalah blogger Sang Kelembai - demikian menurut satu sumber.
(Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan kepada komen-komen yang diterima dari pembaca sama ada diblog bh atau pun blog The Unspinners)Saya tidak memihak kepada mana-mana kumpulan berkenaan, dan saya rasa ada kewajarannya untuk membentuk sebuah kumpulan ketiga yang tidak cenderung kepada kedua-dua kumpulan berkenaan.
Saya percaya blogger BumiYang, Sri Tri Buana, YangGambi dan ramai lagi akan menyertai perjuangan ini. Mari kita mulakan sebelum terlambat.Siapa sebenarnya blogger yang berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara?

MANA DIA GELOMBANG ULAMA MUDA UMNO NIE ???

Gantung Loceng Di Leher Kucing
Tidaklah istimewa sangat tulisan ketua ulama muda Umno seperti yang tersiar dalam Malaysiakini. Tulisan itu tidak lebih sekadar menjustifikan kemasukan beliau dan rakan-rakannya ke dalam parti sekular itu.Kalau ingin dikatakan istimewa juga, tulisan itu diselang-seli dengan maksud ayat-ayat al-Quran, hadis dan ungkapan para ulama terdahulu yang dipetik daripada kitab-kitab muktabar mereka.
Ya, tulisan ulama. Kalau tidak diselang-seli dengan itu semua, tentulah tulisan itu sama sahaja dengan tulisan bukan ulama dalam Umno.Lagi pun, beliau adalah ulama muda. Tentulah sangat perlu ulama muda membuktikan kepada pemimpin Umno bahawa mereka bukan calang-calang ulama. Penguasaan ilmu mereka mesti dibuktikan dengan keupayaan memetik dan menyedut pelbagai ungkapan daripada kitab-kitab terdahulu.Ketua ulama muda ini menganggap kemasukan beliau ke dalam Umno sebagai perjuangan. Cuma beliau tidak menggunakan ungkapan jihad. Kalau ungkapan itu digunakan, tentu lebih gah.
Pernahkah ketua ulama muda Umno ini bertanya dirinya sendiri, apakah yang ingin diperjuangkannya melalui Umno? Perjuangan Islam, perjuangan Melayu, perjuangan keadilan, perjuangan ketelusan, atau apa lagi?Kalau perjuangan Islam, Islam bagaimana? Kalau perjuangan Melayu pula, Melayu mana? Kalau perjuangan keadilan atau ketelusan, adakah wujud semenjak sekian lama tunas-tunas keadilan dan ketelusan di dalam Umno yang boleh mereka bajai?Bagaimana kalau saya katakan, Umno adalah parti zalim? Adakah para ulama Umno ini punya hujah untuk menolaknya?Saya katakan, ketua ulama muda ini ibarat seseorang yang memiliki sebatang mancis api. Dia berhasrat mencerahkan sebuah bangunan besar dengan mancis sebatang itu.
Pada masa yang sama pula angin bertiup sangat kencang.Mampukah dia menahan mancis itu daripada terpadam? Atau, mampukah dia menghentikan tiupan angin? Atau, akhirnya dia akan teraba-raba kegelapan dan kedinginan sedangkan anak mancis telah terpadam dan angin pula terus bertiup kencang?Bagi ketua ulama muda Umno ini, Umno tidak perlu dituding dengan kesalahan yang dilakukan. Parti-parti lain juga turut melakukan kesalahan. Umno perlu dinasihati dan bukan sibuk mengintip kesalahannya.Sebenarnya, kesalahan Umno tidak perlu diintip. PAS dan PKR tidak perlu mengupah jasus untuk mengintai kesalahan Umno. Daripada orang asli yang tinggal di hutan sampai kepada pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya, semuanya tahu kesalahan bahkan jenayah Umno.Kesalahan itu pula bukan kesalahan kerana ‘tersalah’ tetapi kesalahan ‘sengaja’.
Adakah ketua ulama muda Umno ini tidak membaca laporan Ketua Audit Negara? Atau, dia tidak membaca pendedahan yang dibuat oleh pelbagai media termasuk media antarabangsa?Adakah ketua ulama muda Umno ini turut mempercayai dan membenarkan konspirasi ke atas bekas TPM, sedangkan al-Qardhawi sendiri tidak berpendirian sebegitu?Adakah ketua ulama muda ini turut ingin berkongsi jenayah dan dosa tuduhan meliwat tanpa empat saksi?Atau, ketua ulama muda Umno ini menganggap rasuah, jenayah bunuh, jenayah kurung, jenayah menyiksa yang dilakukan sekian lama oleh Umno sebagai bukan jenayah? Dia ingin turut sama memikul dosa semua itu?Kalau ketua ulama muda ini punya bahu yang gagah dan sanggup memikul sama, silakan.Selanjutnya, ketua ulama muda Umno ini mengaku letih dengan kritikan dan sindiran kepadanya apabila dia masuk Umno. Dia menganggap kritikan dan sindiran itu sebagai ujian untuk orang beriman.
Pelik juga, mengapa dia memilih ujian melalui menyertai Umno? Mengapa tidak memilih ujian dengan menjadi penentang Umno? Dia pun tahu, ujian ada dimana-mana, tetapi ujian melalui penyertaan ke dalam Umno yang dipilih, mengapa?Saya rasa ketua ulama muda Umno arif jawapannya seperti saya dan orang lain juga. Dia juga perlu menilai semula, adakah apa yang dihadapinya apabila menyertai Umno adalah ujian? Atau, itu adalah bala.Ketua ulama muda Umno ini turut mengaku bahawa dia tidak mempunyai upaya mengubah Umno. Mengubah wanita Umno supaya memakai tudung pun dia tidak berupaya. Hujahnya, hidayah bukan di tangannya.Baginya, Umno rosak kerana beberapa idividu jahat dalam Umno. Rasuah, tolak hudud dan mata duitan bukan dasar Umno.
Benar, hidayah bukan di tangan manusia termasuk nabi-nabi. Tetapi, bumi ini berputar berdasarkan sunnah atau undang-undang. Tidak ada sesuatu pun yang berlaku tanpa sebab. Sebab musabbab adalah sunnah Tuhan.Sudah terlalu banyak sebab yang melayakkan Umno berubah menjadi parti seperti yang diharapkan oleh ketua ulama muda Umno ini. Mereka tewas di Kelantan semenjak 1990. Sepatutnya itu sudah cukup untuk membuat Umno sedar, namun itu tidak berlaku.Bahkan, kesombongan dan kesumbingan parti itu semakin menjadi-jadi. Mereka tewas lebih teruk pada PRU terbaru, Umno tetap begitu juga.Untuk pengetahuan ketua ulama muda ini, Umno bukan lagi sekadar dinasihati dengan suara tetapi dinasihati dengan kuasa rakyat melalui peti undi, parti itu tetap begitu juga.
Umno bukan dinasihati oleh seorang atau dua orang orang tetapi oleh jutaan rakyat. Bukan setahun atau dua tahun, tetapi sudah 20 puluh tahun. Bukan lagi oleh ulama muda, tetapi oleh semua kasta ulama.Adakah Umno berubah? Kalau begitu ramai orang yang menasihati Umno, begitu lama parti itu dinasihati, Umno kekal begitu juga, adakah Umno akan berubah dengan nasihat ketua ulama muda Umno?Akhirnya, bagi saya, kerja ulama muda Umno ini sama seperti kerja tikus yang berpakat untuk menggantung loceng di leher kucing. Kerja itu bagus, mulia, terpuji. Kerja itu adalah perjuangan. Ya, perjuangan menyelamatkan tikus seantero alam daripada menjadi mangsa kucing.Persoalannya, bolehkah? Kalau boleh silakan. Dan, mari kita sama-sama menanti hasilnya.
p/s : Ulama yang baru masuk ni pun sebenarnya tak tau apa tugas depa. jadi buat la apa-apa yang patut. niat sebenarnya nak buat gelombang besar, nak ajar Dr. Asri Maza joint sekaki, rupanya Dr. Asri buat tak tau jek. maka tak jadi la gelombang tu, yang jadi gelembong jer laa...

Saturday, August 7, 2010

Depa Berak- Kita Basuh : Umno/BN Kedah Buat Taik, PR Kena Cuci


BN hutang RM390,000 saman ekor kereta Exco
ALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah kesal kerana terpaksa menjelaskan tunggakan saman ekor RM390,000 yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selagi tunggakan itu tidak dijelaskan, Kerajaan Negeri tidak boleh mendaftarkan lima kereta rasmi kerajaan yang baru.
"Kita terpaksa gantikan kereta Proton Perdana V6 yang selama ini digunakan Exco Kerajaan Negeri kerana sering rosak. Kita beli lima kereta Toyota Camry tetapi kereta yang baru dibeli ini tidak boleh didaftarkan kerana ada masalah tunggakan saman ekor RM390,000 oleh kerajaan yang terdahulu.
Ini satu pembaziran yang nyata," katanya.Azizan berkata, lima kereta Toyota Camry itu dibeli untuk kegunaan Exco atas keperluan pentadbiran."Ini tidak membazirkan wang rakyat. Kereta Perdana V6 yang kita ambil alih daripada kerajaan terdahulu kini tidak lagi begitu elok, selalu rosak.
Kos baiki akibat kerosakan yang kerap boleh jadi banyak kerana kereta semakin lama semakin teruk dan kosnya akan meningkat, manakala nilainya juga akan semakin jatuh."Kerana itu kita perlu tukar dan kereta ini sudah dibeli bulan lepas," katanya.Azizan berkata, penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat, dan akan diserahkan kepada Exco berkenaan mengikut keutamaan keperluan.
“Saya bersyukur kerana setelah Pegawai Kewangan Negeri berunding dengan pihak berkenaan, segalanya dapat diselesaikan segera. Kereta - kereta itu kini dalam proses untuk didaftarkan dan kemungkinan dapat digunakan dalam bulan ini juga,” katanya.Menurutnya, Kerajaan Negeri agak terkilan kerana wang yang diperuntukkan mencecah ratusan ribu ringgit, walhal peruntukan itu dapat disalurkan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negeri, bagaimana pun pihaknya terpaksa akur dengan situasi kerana tidak mahu menanggung beban hutang. -SH
P/S : Awat la sengal sangat Ketua Pembangkang Kedah nie...memang la zaman ko dulu boleh renew dan daftar kereta tu kerana Kerajaan BN yang bangang tu belum laksanakan lagi peraturan Bangang seperti sekarang ini dimana kena jelaskan dulu saman-saman ekoq nie jika tidak owner akan kena black list dengan JPJ...Itu la org pesang kurang bercakap kalau tak reti..namun nak buka mulut jugak last orang nampak kebangangang tersebut.....AnakKedah

TU DIA .....SENJATA MAKAN TUAN DAH ....

NAZRI KEMBALI BANTAI KENYATAAN TUN DR. MAHATHIR
Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan konsep 1 Malaysia dengan menegaskan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar mengkritik slogan pentadbiran Najib itu memandangkan rakyat Malaysia sehingga kini pun belum memahami tujuan slogannya, Bangsa Malaysia.
"Apa isu sebenar di sini? Apa yang kecoh? Jika beliau sendiri tidak menjelaskan mengenai (konsep) Bangsa Malaysia bila beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri, mengapa sekarang Dr Mahathir mahu kerajaan menjelaskan 1 Malaysia?"Malah kita sendiri tidak faham apa itu Bangsa Malaysia, tujuan konsep itu," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.
Nazri (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa Dr Mahathir tidak harus menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau sendiri telah gagal untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan Bangsa Malaysia ketika menerajui kepimpinan kerajaan.
Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada Oktober 2003."Jadi perkara yang sama (wujud) ektika Tun Dr Mahathir, di bawah Wawasan 2020, beliau memperkenalkan Bangsa Malaysia, tapi beliau sendiri tidak pernah menjelaskan konsep Bangsa Malaysia," katanya.
P/S : nazri aziz ni anak didik mahathir dah mula makan tuan. jadi lalang dah dia ni. dulu tun bawak masuk dia dalam umno, lepas mahathir keluaq... tudia... dia tunjuk belang dah.... anak didik tun la tu...........

Tuesday, August 3, 2010

PUTERI UMNO : BETOI KA DAK... PAYAH NAK NAK CEQITA ...

Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia
Lumrah kehidupan, insan yang cantik, bijak dan berwawasan akan sentiasa menjadi perhatian, apatah lagi jika dia seorang pemimpin. Tetapi tidak semua semestinya positif kerana personaliti seperti ini tidak dapat lari daripada golongan PHD (perasaan hasad dengki). Ini biasa dalam dunia politik.

Orang mengenali Shahanim Mohd Yusof sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa beliau pernah bertugas dengan Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah “Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia” pada 2001.
Setelah memenangi anugerah itu beliau dihantar ke Barcelona, Sepanyol serta Itali dan dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan sebelum letak jawatan pada 2004 untuk menjadi usahawan dengan membuka sebuah stesen minyak dan pada masa yang sama memberi lebih perhatian kepada politik.
Namun sebaik melangkah kaki ke dunia politik, kehidupan Shahanim tidaklah seindah yang dilihat pada zahirnya. Pelbagai duri dan liku terpaksa diharungi….dan yang paling menghantui nya apabila difitnah beraksi dalam VCD lucah,mempunyai skandal dengan seorang Menteri Besar serta membuat kekayaan menerusi politik. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini beliau dikatakan tidak sebulu pula dengan ketuanya.

Dalam satu pertemuan dengan Agendadaily, Shahanim meluahkan segala yang telah terpendam di dalam hatinya mengenai isu-isu berkenaan sehingga ada ketika tertentu, beliau tidak dapat menahan sebak di dada..
Shahanim berkata beliau menyangka dengan berdiam diri selama ini, semua fitnah dan tohmahan terhadapnya akan lenyap. Harapanya nyata meleset. Kini beliau merasakan sudah sampai masanya membuka mulut.
Agendadaily: Ada desas desus kononnya Shahanim tidak sebulu dengan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin?
Shahanim: Saya dah selalu sangat dengar perkara ini. Saya nak jelaskan bahawa antara saya dan Rosnah tak ada masalah. Saya buat kerja saya dan dia buat kerja dia. Sedikit pergeseran itu adalah perkara biasa tetapi fokus sekarang ialah dalam keadaan UMNO yang macam ini… saya kena buat kerja macam mana nak jadikan gelombang wanita muda dapat bantu UMNO dan BN menang PRU ke-13. Saya anggap desas-desus ini sebagai perkara remeh.
p/s : AKU NAK CAKAP POLITIK TAK PANDAI, NAK KATA KAT ORANG AKU TAK RETI. TAPI DAH JIRAN SEBELAH NAK KENA TENGOK LA JUGAK KAN. MERBOK NGAN SUNGAI PETANI BUKAN JAUH MANA....
NASIB LA HANG SHAHANIM, CERDIK KA, PANDAI KA, KALAU MASUK LUBANG TAIK...HABIS TERPALIT SAMA. BUKAN APA...PUAK-PUAK PUTERI UMNO TU ORANG COP KAT DAHI DEPA NI HAPRAK. TETIBA ANG PI JOIN SEKALI. NANYA LA ANG TANG TU. NAK CUCI BALIK BUKAN SENANG. DEPA BUAT REKOD TERUK DAH..TU AHLI PUTERI..ANG DAH DEKAT DENGAN KEPALA PUTERI. BILA-BILA MASA BLEH JADI KETUA. CAKAP LAGU MANA PUN ORANG TAK PERCAYA NGAN PUAK PUTERI NI. TAK TAU LA NAK HABAQ LAGU MANA. KALAU KEKAL DALAM BAS PUTERI UMNO, SERANG KENTUT......SEMUA PAKAT BAU. TAMBAH-TAMBAH KALAU MAKAN PETAI NGAN TELOQ REBUS PULAK......BOLEH PINDAH BAS TUUUU.....

Monday, August 2, 2010

UNTUKMU YAB PERDANA MENTERI ...


SELOKA SELAMAT BERCUTI PERDANA MENTERI

Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;


Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula diluar negeri;
Ini adalah nukilan buat Datuk Seri.


Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

UPSR + PMR tak menentu lagi;
Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/desil gas masak dan gula naik lagi;
RM222 juta kepada Kuala Dimensi Kerajaan kasi;

Perdana Menteri bercuti di luar negeri .....
Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;
Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;

Perdana Menteri bercuti d luar negeri....
Muthusamy pergi kerja setiap hari;
Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;

Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Ong sekarang senyum sendiri;
PKFZ punya hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;

Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....
Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M d Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;

Kepada BN undi mereka beri;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri ....
Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;
Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;

Perdana Menteri bercuti d luar negeri;
Bercuti bukan dengan duit sendiri;
Ambil duit rakyat dan negeri;
Inilah KPI Perdana Menteri.

Nota:
Seloka di atas dikirim kepada saya (Kerajaan Rakyat)
oleh:SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.