Tuesday, May 12, 2009

UMNO/BN : BERAK TENGAH JALAN..MALU NAK MENGAKU ...???

KEWUJUDAN ZAMBRY HANYA MEMBUANG KARAN BN
(petikan blogger - biaqpila)

Karan adalah sumber kehidupan bagi rakyat Malaysia. Dengan kewujudan karan, kita dapat menikmat cahaya lampu pandaflour pada waktu malam, boleh menyeterika pakaian dan sebagainya. Karan ini perlulah digunakan sebaik mungkin supaya ia tidak dibazirkan. Sekiranya ia digunakan sewenang-wenangnya, akan menyebabkan bil elektrik meningkat.Walaubagaimanapun, sejarah yang telah tertulis di dalam Sejarah Negeri Perak, jelas membuktikan bahawa kewujudan Zambry hanya membuang karan BN semata-mata. BN juga salah satu hidupan yang memerlukan kepada sumber elektrik.

Sekiranya tiada elektrik, mereka akan kegelapan, dan menerima kesukaran untuk menjalankan kehidupan seperti biasa.Malangnya, karan yang digunakan oleh BN di Perak, telah dibazirkan oleh Zambry dan menyebabkan mereka kekurangan sumber elektrik yang sangat teruk. Sehinggakan Najib tergesa-gesa membuat kenyataan meminta supaya Pakatan Rakyat tidak teruja dengan kemenangan tersebut. Rupa-rupanya Najib pun menyesal kerana telah membazirkan karan BN di Perak.Hakikatnya, kewujudan Zambry selama ini hanyalah sebagai iklan daripada BN.
Seperti seseorang yang sedang menonton sebuah filem yang best, tetapi diselangi dengan iklan. Tetapi Iklan yang menyibuk ini agak menyusahkan! Apa yang Zambry dapat buat selama beberapa kerat bulan ini? Apakah keuntungan yang dapat BN perolehi selama ini?Iklan yang menyelangi filem tersebut, diusahakan supaya dapat menarik pelanggan, rupa-rupanya penonton filem semakin menyampah melihat iklan yang menyibuk itu. Memang sepatutnya dikatakan “membuang karan”. “Buang karan aku je pasang TV ni…”Senyuman apakah yang dapat diubati di dalam hati Zambry dan Najib? Rakyat Perak semakin menyampah melihat telatah mereka. Meluat, dan terasa loya apabila mendengar mereka ingin tunjuk hebat sekali lagi.
Ya, memang benarlah, Zambry itu adalah si kentut yang cuba tunjuk hebat.Zambry memberitahu bahawa beliau menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Di sini jelas menunjukkan lakonannya sekali lagi. Sudah kalah, barulah ingin menerima dengan hati yang terbuka! Sedangkan selama ini, sudah cukup dia menyusahkan orang! Hanya mainan mulut sahaja.Contohnya seperti seorang yang telah merompak, lalu dijatuhkan hukuman terhadapnya. Kemudian dia berkata “saya menerima keputusan dengan hati yang terbuka…” Kelakar bukan? Sekiranya dia tidak berkata demikian lebih elok baginya. Dia sepatutnya dihukum dengan lebih teruk lagi, kerana merompak sebuah kerajaan!!.
Jelas bahawa kehadiran Zambry dalam ruangan iklan bagi senario politik Perak selama ini hanyalah membuang karan semata-mata. Merugikan mereka sendiri. Ia tidak lagi dikatakan kerja sia-sia, tetapi ia adalah kerja yang jahat. Kerja yang sia-sia hanya membuang masa, kerja yang jahat pula ialah membuang masa dan menganiaya manusia! Inilah sebuah iklan yang menambahkan sampah pada muka BN! Maka teruskanlah melempar sampah ke muka sendiri…Salam Perjuangan
-----JENIS berak tengah jalan nie....konfrim tak ngaku punya. inilah dia umno. zambri tue bukan setakat buang karan...dah hanyit dah pun. tak caya? tengok la dia tue. tu pun tak puas hati lagi. tambah-tambah mahkamah pun jadi kroni dia pulak. tapi tengok nanti..tuhan maha adil. zambri dan umno..ibarat ambil pemukul/meroton.....katok kepala sendiri. sendiri buat....sendiri bangang. alahai umno. DAULAT TUANKU.....mohon buabarkan DUN... demi rakyat perak keseluruhannya,.,

Sunday, May 10, 2009

KERANAMU UMNO : NEGERI PERAK KUCAR KACIR ...

Umno lakar sembilan sejarah hitam di Perak
oleh: Mohamed Hanipa Maidin (petikan harakahdaily)

Krisis yang Umno cetuskan di Perak bakal menjadi sejarah hitam yang tidak akan dilupakan oleh generasi sekarang dan akan datang.
Sejarah hitam pertama adalah serangan ke atas institusi Raja. Semua orang tahu rakyat Malaysia menerima sistem raja berperlembagaan di negara ini. Namun disebabkan krisis di Perak, kita menyaksikan betapa ada rakyat yang tidak dapat mengawal kemarahan mereka. Maka berlakulah siri 'menyerang' laman web Istana Perak dengan kalimah-kalimah yang tidak sampai hati untuk kita luahkan di sini. Ia akhirnya membawa kepada pendakwaan beberapa individu di bawah Akta Hasutan 1948. Umno tidak boleh lari dari sejarah hitam ini.

Sejarah hitam kedua dari krisis Perak ciptaan Umno adalah buat kali pertamanya di dalam negara ini institusi Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilibatkan sama bagi menyiasat kuasa seorang Speaker Dewan Undangan Negeri. Ianya tidak pernah berlaku dan tidak pernah diimpikan akan berlaku. Namun kerana ketamakan kuasa apa yang dulu hanya sebuah mimpi kini sudah menjadi realiti. Selamat menyambut sejarah hitam ini.
Sejarah hitam yang ketiga dari krisis Perak ini adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai badan yang sepatutnya hanya bertanggungjawab menerima keputusan Speaker yang memutuskan sesuatu kerusi Dun sebagai kosong tidak lagi berminat menjalankan kerja suci tersebut. Sebaliknya SPR lebih seronok untuk terus menerus menjadi parti komponen BN yang tidak rasmi apabila enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi Dun-Dun yang telah diisytiharkan kosong oleh V Sivakumar.
Sejarah hitam yang keempat dari krisis Perak ini adalah buat pertama kalinya Mahkamah sendiri sanggup membocorkan maklumat kepada akhbar bahawa saman yang difailkan oleh Sivakumar mengandungi kecacatan sedangkan saman tersebut belum didengar lagi oleh pihak Mahkamah.

Pembocoran maklumat tersebut sengaja dilakukan dan dipercayai dilakukan oleh seorang yang berpangkat tinggi di Mahkamah Tinggi Ipoh semata-mata untuk mengaibkan Sivakumar dan Pakatan Rakyat. Ini adalah satu sikap paling tidak profesional yang ditunjukkan oleh sebuah institusi kehakiman namun apabila Umno terlibat tiada lagi perkara yang pelik dan ajaib.
Sejarah hitam yang kelima dari krisis Perak ini adalah buat pertama kalinya seorang Speaker Dun dilarang untuk diwakili oleh peguam pilihannya sendiri semasa beliau di saman oleh Zambry. Sivakumar telah dipaksa oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh untuk diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Perak. Apa yang mendukacitakan lagi hasrat speaker untuk mewakili dirinya sendiri pun tidak dibenarkan oleh Hakim yang sama.
Agak baik sedikit sejarah hitam tersebut dapat diselamatkan dari diarkibkan apabila Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan yang paling tidak masuk akal tersebut. Untuk makluman, Speaker tidak mahu diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri kerana penasihat yang sama juga telah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk beliau dibenarkan mewakili Zambry. Jadi bagaimana beliau boleh bertindak secara bebas dan menjaga kepentingan Sivakumar?
Sejarah hitam yang keenam adalah Speaker dan Adun Pakatan Rakyat yang sah dan dipilih oleh rakyat tidak dibenarkan untuk mengadakan sidang di dalam dewan persidangan kerana dewan telah dikunci dan dirantai serta dikepung oleh polis. Akhirnya sejarah hitam mencatatkan buat pertama kalinya sidang Dun Perak berlangsung di bawah pokok.

Takutnya Umno pada sidang Dun di bawah pokok sehinggakan apabila Pakatan Rakyat membina tugu dan plak bagi mengimbau kisah manis tersebut, Umno menggunakan (baca salahguna) Majlis Perbandaran Ipoh untuk memusnahkan tugu tersebut.
Sejarah hitam yang ketujuh dari krisis Perak ini adalah Umno yang terkenal sebagai penderhaka Agung kepada institusi Raja dengan tanpa segan silu sanggup memfitnah Dato� Seri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ungkapan mahsyur Dato Seri Nizar kepada Tuanku Sultan iaitu "patik memohon sembah derhaka".
Meskipun Umno berhempas pulas mengeksploitasi isu tersebut ia tidak langsung menjejaskan kemenangan Nizar di Bukit Gantang. Jika pun isu derhaka itu berkesan ia hanyalah berkesan bagi pengundi di saluran satu yang boleh kita sifatkan sebagai 'pengundi saluran derhaka'.
Sejarah hitam yang kelapan adalah 'bapa kepada segala sejarah hitam'. Sejarah ini hanya boleh wujud jika di dalam sesebuah negara tersebut wujudnya parti politik gila seperti Umno yang dah sampai ke tahap ketagihan kuasa tahap kritikal.

Mabuk dan ketagih dengan kuasa Umno sanggup mengundang Mahkamah yang paling tinggi di negara ini iaitu Mahkamah Persekutuan untuk membunuh doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).
Jika selama ini Mahkamah di negara ini masih menahan dirinya dari campur tangan atau mengganggu urusan Parlimen atau Dun kerana menghormati doktrin pengasingan kuasa, kini doktrin tersebut telah pun disemadikan oleh lima orang hakim Mahkamah Persekutuan tersebut.
Ingatlah sejarah hitam ini berlaku ketika mana Ketua Hakim bagi negara ini masih dipegang oleh bekas pemimpin yang pernah berkhidmat dengan Umno.
Apa yang berlaku pada 7 Mei 2009 lalu adalah sejarah hitam yang kesembilan. Sama-sama kita saksikan kesudahannya.- tajdid _
---sama-sama kita natikan apa akan jadi pada negeri perak. apa yang pasti, rakyat perak tertanya-tanya siapa pemimpin dan kerajaan mereka sekarang. halal kah..haramkah? yang pastinya, yang terang lagi bersuluh....... kerajaan BN itu adalah haram. rampasan haram ala-ala hutan rimba. keturunan mana wariskan mereka cara seperti itu. apa yang seluruh rakyat perak harapkan dan rakyat malaysia impikan penyelesaian masalah tersebut. pelepasan dari kelemasan yang dialami. mungkin juga seluruh rakyat perak tahu, rakyat malaysia juga tahu...yang kerja kampung hingga yang mentadbir. dari penoreh getah,pesawah hingga kepada pengurus syarikat. cara paling baik adalah MEMBUBARKAN DUN.

Tuesday, April 7, 2009

PRK 2 BUKIT, 1 BATANG : PAKATAN 2, BN 1 ....


Pakatan kuasai 2 Bukit, BN di Btg Ai

Maklumat rasmi. Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi. Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.
Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia. Senarai lengkap calon bebas dan jumlah undi masing-masing (tiga terbanyak huruf tebal): R Loganathan - 31Tan Hock Huat - 78Mohd Radhi Mat Lazim - 25 Mohd Fadzil Wahab - 83 Abdul Rahim Abu - 60L Sarala - 49A Jayagopal - 35S Moganakumar - 46 Khamis Awang - 29Husaini Yaacob - 257 Venason Michael - 32Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - 528 T Chandrarajan - 739.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.
Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.

Tidak rasmi. Di DUN Bukit Selambau, calon PKR S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi. Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.Manikumar menambah beberapa puluh undi sahaja berbanding majoriti 2,362 undi V Arumugam pada 2008.Kesemua 13 calon bebas hilang wang pertaruhan.

Sunday, April 5, 2009

CALON BEBAS SEMUA BN PUNYA, APA CEQITA NI???


BUKIT SELAMBAU [11.56 am] - Laporan kami yang terdahulu bahawa calon bebas di Bukit Selambau adalah ditaja oleh BN kini bagai nampak menjadi kenyataannya. Ini berikutan edisi siasatan Pakatan Rakyat mendapati hampir kesemua calon bebas terbabit rupanya adalah orang BN atau bekas pemimpin BN yang masih setia pada parti itu. Sangkaan kita sebelum ini hanya Mejar (B) Anuar Abd Hamid yang memakai lambang Telefon sahaja yang dipercayai orang UMNO dan proksi Mahathir. Khabarnya beliau akan masuk UMNO bila Mahathir diterima masuk UMNO.
Maka kini "comfirm" jiwa dan raganya sudah kembali bersama UMNO. Sangkaan kita undi BN akan berpecah kepada dua satu untuk MIC dan satu lagi untuk UMNO. Tambahan pula Mahathir dijangkan menyampaikan amanatnya di Bukit Selambau jam 5.00 petang ini yang akan disiarkan secara "live" oleh RTM. Berita menggemparkan diterima apabila hampir kesemua calon-calon bebas memang ditaja atau orang-orang BN yang bertopengkan bebas sebenarnya. Tujuan mereka sudah pastinya untuk memecahkan undi Pakatan Rakyat. Target setiap seorang calon ialah menarik sekurang-kurangnya 200 undi, maka jika ada 13 calon mereka sudah berjaya membawa lari 2,600 undi atas pagar. Itu belum lagi termasuk 3,029 pengundi hantu yang telah dikesan sebelum ini. Maka itu ternyatalah bahawa UMNO dan Barisan Nasional begitu kemaruk untuk menang dalam pilihanraya kecil kali ini. Ia mungkin bagi menjaga imej dan maruah Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak.Maklumat penuh tentang calon-calon terbabit ialah :
ANUAR B HAMID - An ex-Armed Forces major (retired), an UMNO member of Sungai Air Mendidih branch in Merbok division, frustrated with Umno after Dr. Mahathir left the party sulking. He was also responsible for closing down the Sungai Air Mendidih Umno’s Hall.

RADZI B LAZIM - Claimed to be ex-PKR division chief. Its nonsense, he is now an UMNO member with several ex-PKR members including former Kedah youth chief, Zamil Ibrahim & ex-Merbok PKR chief, Mochtar Mansor.

KHAMIS B AWANG - An UMNO member of Sungai Layar branch in Sungai Petani.
ABD RAHIM B ABU - An UMNO member of Bukit Selambau, under the supervision of Pakjang Badri, former assemblyman of Bukit Selambau in the 1990’s.

HUSAINI YAACOB - Also an UMNO member , a businessman who owns 5 quarries in Singkir, Perlis, Bukit Perak, Sik & Juru. His firm owns an UMNO associated company, Kemelong.

FADZIL B ABD WAHAB - An ex-Army Officer who owns a cafe & kedai nasi kandar in Ambamgan Heights, Sg Lalang. He’s well known for his nickname “TokMisai”. He is also an UMNO samseng affiliate @ ‘Ayahanda’ Pekida.

TAN HOCH HUAT - A Gerakan member of Sungai Petani, a component of Barisan Nasional.

CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN - A MIC member of Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Also a businessman.

G SARALA A/P LOGNATHAN - An ex- Kedah People’s Progressive Party Wanita Chief.

VENASON A/L MICHELE - An ex-MIC member of Taman Ria Jaya.

LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN - An ex-MIC member too.

MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM - An ex- MIC, a Kedah HINRAF leader.

JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM - An ex-PKR member who was suspended by PKR Pokok Sena Division.So, for all too see, These candidates can lie about their so called secret association & UMNO Barisan National.
[Maka itu jelaslah sekarang maka UMNO dan BN sedang berkomplot untuk memastikan calon PKR di Bukit Selambau, S.Manikumar tumbang dengan cara terhormat. Kami juga mendapat maklumat bahawa berbagai perancangan jahat sedang di atur untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat di sini. Semuanya bagi membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sememangnya bertindak ganas dan tidak berdisplin dalam kempen-kempen mereka. Maklumat diatas adalah yang terkini dan amatlah mengejutkan sebenarnya. Justeru itu semua jentera Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan tindak tanduk di saat akhir agar mereka tidak terperangkap dengan segala kemelut yang akan melanda selepas ini]. - pahang daily.blogspot.com

Monday, March 23, 2009

BUKIT SELAMBAU : UMNO/BN SERANG RAKYAT .....

Polis melepaskan beberapa siri tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang sedang mendengar ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.Sumber PKR memberitahu Malaysiakini, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat penasihat PKR bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku tidak sampai lima minit selepas mantan timbalan perdana menteri memperkenalkan calon PKR bagi kawasan pilihanraya DUN itu kepada hadirin.Difahamkan polis melepaskan tembakan gas itu dalam tempoh dua jam sehingga 11.30 malam ke arah kumpulan orang ramai. Berikutan itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah Anwar yang diadakan di padang awam Taman Ria, Sungai Petani terpaksa dibatalkan.
Sumber PKR itu menjangkakan lebih 50 orang - termasuk pemimpin kanan PKR negeri, peniaga pasar malam dan penduduk setempat ditangkap.Pemimpin parti itu yang ditahan termasuklah senator Zamri Yusof, setiausaha negeri Hafiz Ali dan ketua staf pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob. Selain kehadiran awal pasukan pencegah rusuhan FRU, polis juga dilaporkan mengadakan sekatan jalan raya menuju ke tempat ceramah. (malaysia kini.com)


- kerajaan bn yang melampau telah mengganggu ketenteraman rakyat di bukit selambau. tidak cukup dengan sekatan yang dilakukan kepada akhbar tabloid milik pembangkang....kini mereka menggunakan water canon pula. majoriti yang terkena penangan kekejaman umno pada malam tersebut ialah perempuan dan kanak-kanak. inilah dasar mereka agaknya.


-kononnya permit tersebut dibatalkan pada sangat akhir? tapi kenapa? atas arahan siapa? kenapa takut sangat dengan anwar ibrahim tu? orang biasa ja. tapi BN takut denagn bayan-bayang mereka sendiri. bukan kah mudah kalau bawak pak lak badwi dengan najib ceramah dekat sebelah padang satu lagi. tengok sapa banyak yang dengar? takkan perkara macam tue nak kena bagitahu. pemimpin dangkal mana umno lantik nie??? macam tue pun tak mampu nak fikir? budak pmr pun boleh jawab.....
-satu pertemuan pilihanraya yang tidak adil langsung pada kali ini. apa saja cara akan di gunakan untuk meyekat kemaraan rakyat bersama pakatan rakyat. tangan dan kaki diikat untuk masuk ke gelanggang yang penuh dengan perangkat jahat mereka. hanya terserah pada rakyat untuk menilai segalanya yang belaku dan yang diperlakukan mereka kepada kita bersama...
-kesilapan besar umno/bn ini telah dilihat rakyat seluruhnya. khususnya bagi pengundi bukit selambau. ntah arahan siapa kekacauan dan huru hara malam tersebut. mungkin arahan najib mongolia? mungkin juga arahan syed hamid albar botak chin? mungkin pula dato` tajul raja rasuah merbok atau juga zubir tukang ubat? rakyat sendiri akan menilainya. dengan suasana rasuah yang menyelubungi perhimpunan umno....sempat lagi buat kejam kepada rakyat. Allah Huakbar!!!!! perlihatkan kepada mereka jalan yang lurus agak mereka sedar atas kelakuan mereka.. amin...

Wednesday, March 18, 2009

BUKIT SELAMABAU: taktik kotor bermula........

Saya menerima email dari seorang penduduk Bukit Selambau mendedahkan tentang perancangan jahat BN untuk memenangkan calonnya. Mohon pihak berwajib menyiasat kebenaran dakwaan ini dan tindakan tegas mesti diambil jika ianya benar.
Selain itu saya menyeru petugas PR bertindak segera untuk memastikan kerja jahat ini tidak diteruskan.
Email yang saya terima dari seorang tetamu blog saya :-


saudara sofi,
saya adalah salah seorang penduduk bukit selambau. pada pandangan saya bukit selambau telah menjadi terkenal dengan sekelip mata sahaja. Dulu orang tak kenal pun bukit selambau. perkara yang ingin saya utarakan di sini ialah, apa yang disebut oleh Najib bahawa tidak ada projek mee segera di bukit gantang tetapi projek2 mee segera dan lain2 projek sudah pun sampai di bukit selambau.

semalam saya nampak jalan2 yang rosak selama hampir 6 bulan sedang diperbaiki. projek ini boleh juga diterima kerana memang lumrah pilihanraya tetapi ada satu lagi projek iaitu ada tawaran untuk mengenal pasti dan membawa orang2 yang belum mendaftar sebagai pengundi pergi mendaftar. saya difahamkan ada sedikit imbuhan diberikan kepada orang yang memperkenalkan mereka2 yang belum mendaftar dan juga kepada orang2 yang akan mendaftar. ini tidak berakhir di sini. pada hari pilihanraya nanti ada agen2 yang akan membawa orang2 yang baru mendaftar ini pergi mengundi dengan diringi oleh agen2 ini untuk mempastikan mereke mengundi parti bee end. lepas mengundi ada lagi imbuhan yang akan dibayar kepada mereka.

agen2 ini sedang bergiat aktif di sekitar bkt selambau dengan terang-terangan. semua orang tahu pasal perkara ini. agen2 mereka ini sudah mula bergerak di sekitar taman bandar baru, pekan bkt selambau, zon mawar, ladang2 di bkt selambau dan beberapa tempat lagi. saya mendapati semua pusat2 yang dibuka oleh agen2 ini digantung banner "penyokong barisan nasional".
inilah taktik yang sedang digunakan oleh bee end untuk memenangi prk dengan apa cara sekali pun.
sekian terima kasih..

-BN dah mula buat kacau dah. nampaknya strategi depa nak stat nak menang kawasan DUN bukit selambau. harap-harap rakyat bukit eselambau tak termakan atau terpengaruh dengan dakyah murahan BN nie. orang bagi...kita ambik..tapi pangkah depa jangan nooo. merata anak pinak dengan cucu nanti....

Tuesday, March 17, 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO = PUSARA UMNO ...


Jika perwakilan terbeli untuk mengubah mandat dan amanat bahagian yang diwakili, dengan memilih calon selain dari yang diputuskan bahagian, itu adalah petanda riwayat UMNO akan berakhir.Menurut beberapa laman blog yang memetik sumber dari NST, satu bancian telah dibuat oleh Prof Dr Abu Hassan Hasbullah's Zentrum Future Studies Malaysia - Pensyarah Universiti Malaya bulan lalu membabitkan 2,030 respondents termasuk 163 perwakilan yang akan menghadiri persidangan agung tahunan parti itu.
Berikut adalah keputusan kajiselidik tersebut;
Timbalan Presiden: Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Naib Presiden: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid HamidiKetua Pemuda: Khairy Jamaluddin
Ketua Wanita: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Puteri: Tiada Maklumat
Ada beberapa persoalan yang bermain dikepala kita:
1. Ketepatan kajiselidik ini diragui2
. Kemungkinan keputusannya 'bias' kepada pihak tertentu atas alasan tertentu
3. Sumber dari NST juga diragui kerana kemungkinan ada maksud yang tersirat dan memihak kepada orang tertentu tetap ada
4. Andai kata benarlah ini yang akan terjadi kelak bermakna perwakilan telah mengkhianti mandat dan amanat bahagian-bahagian yang mencalonkan mereka
5. Jika benar ianya akan berlaku bermakna ada tarikan atau dorongan tertentu yang memb
uatkan perwakilan tidak mematuhi mandat dan amanat bahagian yang diwakilinya. Seperti kita maklum, nama-nama yang dinyatakan diatas bukanlah calon favourite dan pilihan bahagian-bahagian sewaktu pencalonan.
6. Kemungkinan ini adalah strategi awal bagi menutupi permainan politik wang oleh pihak tertentu agar keputusan pemilihan kelak selaras dengan keputusan kajiselidik.
---samada kajian ni betul ker tak, itu tak penting. sama saja sapa menang pun. kesimpunan yang dapat dibuat. jika najib jadi presiden umno (jika dan hanya jika ianya terjadi), pemimpin umno yang di hasilkan adalah majoritinya BAPA SEGALA RASUAH DIDALAM RASUAH YANG ADA. YANG RASUAH LAGI MERASUAHKAN. semua orang tahu. rakyat nampak. tv, intenet, surat khabar semua bercakap tentang rasuah dalam umno. polis, SPRM, lembaga disiplin, menteri, ahli parlimen sampai kerakyat ceruk kampung yang papa kedana pun cakap. RASUAH TETAP RASUAH..........

NAK JADI KETUA PEMUDA? BENDERA TERBALIK PUN TAK TAU NIE???


UMNO OHH UMNO....tengok lah bakal calon ketua pemuda hangpa nie? teruk sungguh. nampak sangat bukan anak jati umno. BENDERA UMNO TERBALIK PUN DIA TAK PERASAN. AMIN TENPEK JEK. jenis menumpang kasih pak mentua nie susah jugak. main rembat jek jawatan pastu rebut harta benda, last-last apa yang dia perjuan pun tak tau.
KALAU MACAM NIE LA BAKAL KETUA UMNO HANGPA. sendiri mau ingat la. dia masuk umno untuk apa? untuk bela bangsa ka?sori sikit. bela agama ka? sori sikit. bela orang umno ka? soro sikit. bela orang rembau ka? sori sikit. bela rakyat malaysia ka? sori sikit.........
kalau bendera parti sendiri pun taktau bentuk lagu mana. nak jadi pemimpin macam mana. tapi nak buat mcm mana. kabel besaq. menantu PM tue. rasuah pun x per. geng disiplin umno kata AMARAN jek. lepas nie boleh buat lagi. setakat amaran nak buat apa. lepas boleh buat lagi. sah dapat jawatan MENTERI...

Monday, March 2, 2009

PEMUDA UMNO KEDAH KURANG CERDIK, MACAM KANAK-KANAK KANDOS ???

TV3: Pembohongan terkini, fitnah sensasi
Ahmad Tajdid Tue harakah daily

SEMUANYA seperti tidak masuk akal... Bagaimana sebuah stesen penyiaran yang mendakwa sebagai 'market leader' dalam kelompoknya boleh melayan isu picisan tanpa sebarang merit dan kredibiliti.

Itulah TV3... Stesen penyiaran milik tidak langsung Umno yang bertemakan "Berita Terkini, Hiburan Sensasi".
Sudah hampir seminggu stesen penyiar swasta itu memainkan isu 'ucapan derhaka' seorang ahli Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Kedah kononnya. Maklumat berhubung perkara itu diterima oleh Pemuda Umno negeri khususnya Setiausaha pergerakan itu melalui satu surat layang.
Hanya berdasarkan surat layang itu, TV3 becara bersungguh-sungguh menyiarkan protes Pemuda Umno negeri dan memberikan liputan meluas siri-siri protes itu di rancangan Buletin Utama - program berita waktu puncak TV3.
Apa yang melucukan, hingga saat ini Pemuda Umno negeri dan TV3 gagal mendedahkan butiran spesifik tuduhan mereka. Terbukti Pemuda Umno tidak mempunyai apa-apa untuk didedahkan kecuali sehelai surat layang - tanpa nama, tanpa alamat, tanpa kredibiliti dan tanpa akauntabiliti.

Seperti kata Menteri Besar Kedah, sesiapa sahaja boleh menulis surat layang termasuk Pemuda Umno negeri sendiri.
"Mungkin dia jumpa (surat layang itu) di pasar, orang buang dia ambil, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)?



"Ni cakap-cakap seperti ini dia ada 'malafide' (niat jahat), dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tuanku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?
"Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!" tegas Ustaz Azizan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, 28 Februari lalu.
Sambil menyifatkan Pemuda Umno sebagai 'gembala kerbau' kerana hanya tahu berbuat bising, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan bahawa isu itu sengaja dibangkitkan sebagai persediaan Umno berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau, 7 April ini.
Sebenarnya ini bukan kali pertama TV3 menyiarkan berita bohong tentang kerajaan negeri Kedah. Tentu kita masih ingat menjelang sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim, TV3 telah menyiarkan berita kononnya Menteri Besar Kedah berbelanja mewah kerana menyewa jet eksekutif dalam urusan rasmi. 'Footage' menunjukkan kelibat Ustaz Azizan memasuki pesawat tersebut disiarkan berulang kali oleh TV3.



Tanpa disedari, Ustaz Azizan sebenarnya hanya mengiringi kerabat Diraja Kedah menyampaikan jemputan kepada Sultan Brunei untuk hadir ke majlis sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim. Maksudnya, program itu adalah urusan rasmi istana Kedah dan Ustaz Azizan cuma melaksanakan 'Urusan Diraja'. Maka jelas fitnah yang dilemparkan TV3 itu telah mencemarkan imej istana Kedah khususnya Sultan Abdul Halim.
Diberitakan 'orang kuat' TV3 terpaksa menghadap Sultan Kedah memohon ampun atas keterlanjuran laporan itu. Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas memohon ampun, TV3 kembali mengamalkan tabiat buruk melaporkan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri.
Ustaz Azizan menyifatkan isu terbaru yang dimainkan TV3 dan dilakonkan Pemuda Umno negeri itu sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.
"Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), TV3 Kedah saja layan; tak berapa cerdik, buat rugi masa saja," bidas beliau.
Menurut Ustaz Azizan, Tuanku Sultan pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh.
"Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.
"Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah... budak-budak.
"Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!" sindir beliau disambut gelak ketawa wartawan yang hadir.
Buat masa ini TV3 akan terus memperlihatkan kebodohannya untuk memperbodohkan orang kampung. Isu tanpa kredibiliti akan terus dimainkan asalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat diburuk-burukkan.
Pembohongan akan terus dilaporkan dan fitnah akan terus menerus disensasikan walaupun tanpa sebarang bukti dan fakta. Etika kewartawanan sebenarnya telah lama dilacurkan stesen TV itu.
Elok rasanya TV3 menukar 'tagline'nya kepada "Pembohongan Terkini, Fitnah Sensasi". - tajdid_



- Doa rakyat untuk rakyat. celakalah kedua-dua tangan mereka yang membuat fitnah surat layang tersebut. sesungguhnya dia akan binasa. ya Allah, ya tuhan kami, sedarkanlah mereka.....berikanlah hidayah kepada mereka agar mereka nampak dan di perlihatkan tentang keberan yang berlaku kini, sesungguhnya engkau maha mengetahui.....