Sunday, December 17, 2017

IMAMS dibatalkan kerana pegawai kementerian salah faham, kata Nazri


NAZRI SALAHKAN SESEORANG DI KEMENTERIANNYA

Apabila Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh) memaklumkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, rancangan mereka mahu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memfailkan injuksi terhadap pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS), Pak Menteri dan Timbalananya masing-masing jadi tidak karuan dan menggelabah mencari alasan untuk membatalkan sistem tersebut serta merta.

Tujuan IMAMS ditubuhkan adalah untuk membenteras aktiviti penipuan. Tetapi bila membaca alasan-alasan Pak Menteri dan Timbalanya, timbul pula persoalan : Siapa sebenarnya yang mahu tipu siapa??

Nak tergelak kerana terasa lucu bila baca alasan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz yang berkata sistem menguruskan visa umrah dibatalkan kerana bukan itu yang beliau mahukan.

Nazri berkata seseorang di kementeriannya salah faham hasrat dan apa yang beliau mahu laksanakan ???

Tetapi Ketua Setiausaha Datuk Rashidi Hasbullah memberitahu Astro Awani keputusan membatalkan IMAMS selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri.

IMAMS merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi, dengan tujuan membanteras aktiviti penipuan pakej umrah.

 Melalui sistem itu, jemaah akan dikenakan tambahan RM90.10 yang meliputi bayaran RM5.10 dikenakan untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), RM40 bagi insurans dan RM45 bagi sistem yang digunakan IMAMS.

Tiba-tiba Nazri berkata, "sistem itu bukan wajib. Ia sepatutnya sebagai pilihan kerana IMAMS dijalankan melalui sebuah syarikat swasta, bukan kerajaan." ~ sumber

Timbalan Menterinya, Mas Ermieyati Samsudin pula memberi alasan beliau tidak mengetahui syarikat yang mengendalikan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) mempunyai orang bukan Islam dalam lembaga pengarahnya.

 Mas Ermieyati berkata perkara itu hanya diketahui selepas semakan dijalankan pegawai kementerian.

 “Saya dah minta pegawai saya semak dengan syarikat terbabit. Maklumat kita dapat memang betul ada pemegang saham bukan Islam dalam lembaga pengarah.

 Semua kantoi! Pak Menteri dan Timbalannya patut meletakan jawatan. Alasan yang mereka berikan amat lucu dan tidak masuk akal. Mereka tentu ada kepentingan peribadi dalam pelaksanaan sistem IMAMS tersebut.

Pak Menteri salahkan seseorang di kementeriannya kononnya salah faham hasrat dan apa yang beliau mahu laksanakan. Seolah-olah sebelum IMAMS dilaksanakan segala dokumentasi cadangan tidak pernah di hantar kepada Nazri untuk semakan dan kelulusan Menteri... alahai! Janganlah nak perbodohkan orang ramai!

Sementara Timbalan Menteri, Mas Ermieyati hanya melakukan siasatan / semakan setelah projek tersebut diluluskan untuk dilaksanakan. Kenapa tidak siasat sebelumnya? Ini bukan projek buat reban ayam....

Hanya Ketua Setiausaha Datuk Rashidi Hasbullah yang berkata benar bahawa keputusan membatalkan IMAMS kerana aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri yang mahu melaporkannya kepada SPRM dan mengambil tindakan injunksi.

Walau apa pun, korang semua jangan seronok sangat tentang pembatalan IMAMS ini. Projek ini memberi keuntungan atas angin yang lumayan kepada pihak-pihak tertentu hanyalah ditangguhkan sementara waktu sahaja kerana tekanan orang ramai dan ini menyebabkan risiko yang besar bagi Umno/BN dalam menghadapi PRU14 yang sangat hampir ini.

Percayalah... Selepas PRU14, kalau Umno/BN terus memerintah, IMAMS akan tetap dilaksanakan. Korang undilah Umno/BN kalau tak percaya!! hahaha!

Kmn Mohd : Hahahaha bodoh punya deputy minister...

1. Takkan x baca proposal submitted?
2. Takkan xde co profile and senior management profile dalam tu?
3. Takkan xde discussion pro n cons of the new.scheme?
4. Mungkin bila nampak RM.. mata pun buta...

 Itulah padahnya apabila mereka yg tidak berkelayakan dilantik menjadi menteri dsbnya... begitulah juga .. chairman 2 glc yg dilantik sbb politikal bribery ...xde qualification.. n bukannya sbb kebijaksanaan mereka... eg.. chairman tabung haji... chairman fgv... 

No comments:

Post a Comment