Hentikan Keganasan, sebuah peranan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Oleh : Nasrudin bin Hassan
1. Ummat Islam terus menerus menjadi mangsa kekejaman dan keganasan. Samada atas nama penghapusan etnik sebagaimana yang berlaku di Myanmar ataupun konflik mazhab, kezaliman pemerintah dan campurtangan pihak luar termasuk barat seperti yang berlaku di Palestine, Iraq, Yaman dan terkini Syria.
2. Sebahagiannya sangat kompleks untuk dirungkai apatah lagi untuk menyelesaikannya. Terutama apabila melibatkan perang saudara, konflik mazhab, kekejaman pemerintah serta campurtangan barat dan seumpamanya. Peperangan dan keganasan ini boleh berlanjutan selama puluhan tahun dan sering memangsakan rakyat yang tidak berdosa.
3. Pelbagai pihak yang mempunyai authority selayaknya mengambil tindakan wajar untuk menghentikan keganasan dan kekejaman ini. Pihak yang saya maksudkan itu seperti OIC, Liga Arab, Ittihad Ulamak Muslimin dan banyak lagi badan-badan ummat Islam di peringkat antarabangsa.
4. Sehingga kini, forum intelektual, demontrasi aman, tulisan dan ucapan termasuk khutbah dan kuliah telah bergema di seluruh dunia, mengutuk kekejaman dan keganasan ini. Namun ia masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Pun begitu, saya harap segala usaha itu tetap diteruskan kerana ia tetap mempunyai nilai yang tinggi disamping doa dan munajat, berbanding hanya berpeluk tubuh dan menyepi diri dari sebarang tindakan. (Lebih malang hanya jadi tukang komplen apa yang orang lain buat)
5. Terkini, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang selaku Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mewakili kesatuan itu telah menghadhiri satu persidangan di Tehran yang mempertemukan alim ulamak Islam dari seluruh dunia dan juga para pemimpin Syiah di Tehran.
6. Persidangan itu adalah bersifat tahunan dan kini telah pun masuk ke edisi yang ke 30 bagi membincangkan pelbagai isu semasa yang berbangkit saban tahun.
7. Saya sendiri pernah mengiringi YB Dato' Seri Tuan Guru ke persidangan tersebut beberapa tahun yang lalu. Seringkali YB DS Tuan Guru tampil membuat teguran dan kritikan tegas kepada elemen-elemen yang mencetus ketegangan dan pertelingkahan ummat Islam seperti penyebaran Syiah ke negara - negara Ahli Sunnah wal Jamaah.
8. Termasuklah teguran supaya ulamak Syiah meninggalkan penggunaan hadis palsu yang sengaja direka oleh mereka disamping menegur gejala suka mengkafirkan sesama ummat Islam.
9. Pemerhatian saya, YB DS Tuan Guru lebih banyak menggunakan kaedah diplomasi bagi mencari jalan penyelesaian dan perdamaian terhadap isu yang berbangkit. Sebahagiannya disebut dalam kenyataan, ucapan dan kertas kerja yang dibentang oleh beliau dan sebahagiannya ditegaskan dalam pertemuan tertutup atau penegasan secara diplomasi dengan pihak yang berkenaan.
10. Ada pihak yang terlalu melulu dengan mempersoalkan kenapa hadhir persidangan itu ? Kenapa tidak belasah saja Syiah Iran dalam pembentangan kertas kerjanya ? Bukankah mereka telah membunuh ummat Islam ?
11. Menentang keganasan di peringkat antarabangsa ini terlalu kompleks. Perlu pelbagai kaedah digunakan. Perang sudah, demo sudah, kritik sudah, kecam sudah, namun peperangan dan keganasan itu masih berlangsung. Teruskan penentangan tersebut sehingga keganasan itu tamat.
12. Satu sudut yang berbeza, YB DS Tuan Guru tampil dengan peranan diplomasinya yang juga bertujuan untuk menamatkan keganasan tersebut. Tidak sekali kali menyokongnya apatah lagi bersekongkol dengan keganasan itu. Namun langkahnya sangat berhemah dan berhati-hati. Tidak mahu terperangkap dalam percaturan barat dan musuh Islam yang sememangnya mahu melihat ummat Islam terus bergelumang dengan konflik yang meragut keamanan dan kemanusiaan.
13. Berjaya atau tidak, itu adalah persoalan yang semua mahukan jawapannya.
* Pihak yang berperang mahu mereka menang dalam peperangan itu. Sehingga sekarang peperangan terus berlangsung dan wanita serta kanak-kanak turut menjadi mangsa.
*Pihak yang berdemonstrasi, mereka mahu laungan suara mereka didengari oleh sang zalim. Sehingga sekarang kezaliman terus berpanjangan. Mereka memekakkan telinga dan memangsa semua ummat Islam tanpa mengira sempadan bangsa dan warna kulit.
*Pihak yang menulis dan berseminar, mereka mahu kertas kerja mereka dibaca oleh penguasa yang kejam. Kekejaman terus berlangsung. Mereka menyembelih, membakar, merogol dan membunuh tanpa perikemanusiaan.
14. Demikianlah reality pergolakan dunia Ummat Islam hari ini mendambakan peranan semua pihak. Ambillah peranan masing-masing. Jangan tidak berbuat apa -apa kemudian banyak mulut mempersoalkan usaha gigih pihak lain. Kalau kita hanya mempersoalkan usaha dan peranan orang lain, maka apakah kita sendiri telah berperanan ? dan apakah peranan kita telah berjaya menamatkan peperangan dan keganasan itu ? Kalau tidak, maka berlapang dadalah dengan meraikan pendekatan pihak lain yang juga menaruh harapan agar berjaya menamatkan peperangan dan keganasan.
15. Luaskan pembacaan siasah antarabangsa. Jangan hanya melihat dari satu dimensi kerana di sana terdapat dimensi yang berbeza. Jangan hanya bertindak dengan satu pendekatan kerana di sana terdapat pendekatan yang berbeza.
Sekian.
Masjidil Haram
19 Rabiul Awwal 1438H
#PrayForAleppo

No comments:
Post a Comment