Monday, December 5, 2016

Muhyiddin Yassin: Biar Umno kalah PM tetap Melayu, bukan DAP


Kerajaan Malaysia tetap diketuai pemimpin Melayu walaupun Umno kalah dalam pilihan raya, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Malah dalam pertemuan saya dengan pimpinan DAP, mereka bersetuju bahawa perdana menteri Malaysia mestilah orang Melayu dan bukan daripada parti DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru itu menurut beliau, tidak ada sebab untuk orang Melayu takut kedudukan mereka terancam jika Umno kalah dalam pilihan raya umum.
"DAP tidak akan dapat mengalahkan Umno. Yang akan mengalahkan Umno ialah parti-parti yang dipimpin oleh orang Melayu iaitu BERSATU, PAS, PKR dan AMANAH," katanya.
Bekas timbalan perdana menteri itu membuat kenyataan hari ini sebagai membidas ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-70 yang berakhir semalam.
Dalam ucapannya - serta perwakilan lain - Umno menyifatkan hak dan keistimewaan orang Melayu akan terhakis sekiranya pembangkang berkuasa.
Jelas Muhyiddin, tindakan Najib dan penyokongnya memainkan sentimen kebencian terhadap DAP untuk menakut-nakutkan Melayu menunjukkan mereka semakin gelisah apabila pengundi kini mempunyai alternatif lebih baik dan meyakinkan berbanding Umno.
Sementara itu, beliau turut membidas objektif PAU tahun ini lari dari objektifnya berbanding perhimpunan terdahulu.

No comments:

Post a Comment