Tuesday, December 20, 2016

Rakyat Malaysia dapat kembali dompet berisi wang setelah hampir 5 jam hilang di Jepun


Memang rakyat Jepun sangat jujur dan amanah.
Jepun adalah sebuah negara yang penduduknya sangat jujur dan amanah. Boleh dikatakan anda tak perlu risau jika melancong ke sana kerana tiada peragut dan sebagainya. Bahkan, jika anda kehilangan barang atau tertinggal, peratus untuk anda dapat semula barang anda sangatlah tinggi.

Seorang rakyat Malaysia, Lim Boon Sun kehilangan dompetnya yang berisi wang tunai bernilai RM 6,200 semasa berada di Kyoto, Jepun lebih kurang jam 4 petang. Jam 6 dia membuat laporan polis dan pihak polis memberitahu sudah ada orang yang menjumpai dompetnya dan dihantar ke balai polis lain.

Jam 8.30 malam, dia mendapatkan semula dompetnya dengan kesemua wang masih berada di dalam dompet. Wah! rakyat yang sangat jujur dan polis yang sangat efisyen. Terima kasih Jepun!

Oleh: Aimi Nordin
Era.fm

Peranan TG Hadi hentikan keganasan



Hentikan Keganasan, sebuah peranan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Ummat Islam terus menerus menjadi mangsa kekejaman dan keganasan. Samada atas nama penghapusan etnik sebagaimana yang berlaku di Myanmar ataupun konflik mazhab, kezaliman pemerintah dan campurtangan pihak luar termasuk barat seperti yang berlaku di Palestine, Iraq, Yaman dan terkini Syria.

2. Sebahagiannya sangat kompleks untuk dirungkai apatah lagi untuk menyelesaikannya. Terutama apabila melibatkan perang saudara, konflik mazhab, kekejaman pemerintah serta campurtangan barat dan seumpamanya. Peperangan dan keganasan ini boleh berlanjutan selama puluhan tahun dan sering memangsakan rakyat yang tidak berdosa.

3. Pelbagai pihak yang mempunyai authority selayaknya mengambil tindakan wajar untuk menghentikan keganasan dan kekejaman ini. Pihak yang saya maksudkan itu seperti OIC, Liga Arab, Ittihad Ulamak Muslimin dan banyak lagi badan-badan ummat Islam di peringkat antarabangsa.

4. Sehingga kini, forum intelektual, demontrasi aman, tulisan dan ucapan termasuk khutbah dan kuliah telah bergema di seluruh dunia, mengutuk kekejaman dan keganasan ini. Namun ia masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Pun begitu, saya harap segala usaha itu tetap diteruskan kerana ia tetap mempunyai nilai yang tinggi disamping doa dan munajat, berbanding hanya berpeluk tubuh dan menyepi diri dari sebarang tindakan. (Lebih malang hanya jadi tukang komplen apa yang orang lain buat)

5. Terkini, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang selaku Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mewakili kesatuan itu telah menghadhiri satu persidangan di Tehran yang mempertemukan alim ulamak Islam dari seluruh dunia dan juga para pemimpin Syiah di Tehran.

6. Persidangan itu adalah bersifat tahunan dan kini telah pun masuk ke edisi yang ke 30 bagi membincangkan pelbagai isu semasa yang berbangkit saban tahun.

7. Saya sendiri pernah mengiringi YB Dato' Seri Tuan Guru ke persidangan tersebut beberapa tahun yang lalu. Seringkali YB DS Tuan Guru tampil membuat teguran dan kritikan tegas kepada elemen-elemen yang mencetus ketegangan dan pertelingkahan ummat Islam seperti penyebaran Syiah ke negara - negara Ahli Sunnah wal Jamaah.

8. Termasuklah teguran supaya ulamak Syiah meninggalkan penggunaan hadis palsu yang sengaja direka oleh mereka disamping menegur gejala suka mengkafirkan sesama ummat Islam.

9. Pemerhatian saya, YB DS Tuan Guru lebih banyak menggunakan kaedah diplomasi bagi mencari jalan penyelesaian dan perdamaian terhadap isu yang berbangkit. Sebahagiannya disebut dalam kenyataan, ucapan dan kertas kerja yang dibentang oleh beliau dan sebahagiannya ditegaskan dalam pertemuan tertutup atau penegasan secara diplomasi dengan pihak yang berkenaan.

10. Ada pihak yang terlalu melulu dengan mempersoalkan kenapa hadhir persidangan itu ? Kenapa tidak belasah saja Syiah Iran dalam pembentangan kertas kerjanya ? Bukankah mereka telah membunuh ummat Islam ?

11. Menentang keganasan di peringkat antarabangsa ini terlalu kompleks. Perlu pelbagai kaedah digunakan. Perang sudah, demo sudah, kritik sudah, kecam sudah, namun peperangan dan keganasan itu masih berlangsung. Teruskan penentangan tersebut sehingga keganasan itu tamat.

12. Satu sudut yang berbeza, YB DS Tuan Guru tampil dengan peranan diplomasinya yang juga bertujuan untuk menamatkan keganasan tersebut. Tidak sekali kali menyokongnya apatah lagi bersekongkol dengan keganasan itu. Namun langkahnya sangat berhemah dan berhati-hati. Tidak mahu terperangkap dalam percaturan barat dan musuh Islam yang sememangnya mahu melihat ummat Islam terus bergelumang dengan konflik yang meragut keamanan dan kemanusiaan.

13. Berjaya atau tidak, itu adalah persoalan yang semua mahukan jawapannya.

* Pihak yang berperang mahu mereka menang dalam peperangan itu. Sehingga sekarang peperangan terus berlangsung dan wanita serta kanak-kanak turut menjadi mangsa.

*Pihak yang berdemonstrasi, mereka mahu laungan suara mereka didengari oleh sang zalim. Sehingga sekarang kezaliman terus berpanjangan. Mereka memekakkan telinga dan memangsa semua ummat Islam tanpa mengira sempadan bangsa dan warna kulit.

*Pihak yang menulis dan berseminar, mereka mahu kertas kerja mereka dibaca oleh penguasa yang kejam. Kekejaman terus berlangsung. Mereka menyembelih, membakar, merogol dan membunuh tanpa perikemanusiaan.

14. Demikianlah reality pergolakan dunia Ummat Islam hari ini mendambakan peranan semua pihak. Ambillah peranan masing-masing. Jangan tidak berbuat apa -apa kemudian banyak mulut mempersoalkan usaha gigih pihak lain. Kalau kita hanya mempersoalkan usaha dan peranan orang lain, maka apakah kita sendiri telah berperanan ? dan apakah peranan kita telah berjaya menamatkan peperangan dan keganasan itu ? Kalau tidak, maka berlapang dadalah dengan meraikan pendekatan pihak lain yang juga menaruh harapan agar berjaya menamatkan peperangan dan keganasan.

15. Luaskan pembacaan siasah antarabangsa. Jangan hanya melihat dari satu dimensi kerana di sana terdapat dimensi yang berbeza. Jangan hanya bertindak dengan satu pendekatan kerana di sana terdapat pendekatan yang berbeza.

Sekian.

Masjidil Haram
19 Rabiul Awwal 1438H
#PrayForAleppo

Monday, December 19, 2016

Penyokong bengang Menteri Umno berpimpin tangan dengan Lim Guan Eng


BEBERAPA gambar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng berpimpin tangan di Rainbow Skywalk tersebar dan menjadi viral di laman sosial hari ini.

Penuh newsfeed aku tengok kawan-kawan facebook share gambar Nazri dan Lim Guan Eng.

Pelbagai reaksi kawan-kawan dan orang ramai dapat dilihat di media sosial, berikutan tersebarnya gambar tersebut. Tapi aku tertarik dengan reaksi salah seorang pengguna facebook yang meluahkan rasa bengangnya menulis di group penyokong tegar Umno, Friends of Umno.


"Penyokong Umno bawahan dan orang awam macam kita ni nak terkeluar anak tekak maki DAP siang malam, pagi petang.

Menteri Umno tenang je siap berpimpin tangan bagai dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dah macam Bangla 2 sahabat.

Kena perbodoh je dengan orang politik..." tulisnya.

Aku rasa kasihan dengan budak ni, mungkin selama ni dia dengar dan lihat pemimpin-pemimpin Umno hari-hari maki dan kutuk DAP, hasut penyokong Umno pertahankan negara daripada DAP kononnya DAP ni macam alien dari planet asing nak menakluk bumi.

Mungkin juga dia terpengaruh dengan propaganda pemimpin Umno yang setiap hari cakap kononnya DAP ni musuh Islam, nak murtadkan Melayu dan sebagainya, jadi dia rasa DAP ni musuh yang sangat berbahaya.

Padahal semua pemimpin Umno tu maki hamun DAP, mainkan sentimen Agama, Bangsa dan Raja untuk tarik undi orang Melayu, sebab nak menang undi lawan DAP. 

Kalau kalah pilihanraya tak dapatlah pemimpin Umno nak jadi menteri, tak dapat jadi menteri tak adalah gaji puluh ribu sebulan, yang kau penyokong bawahan beriya pergi maki DAP sampai nak terkeluar anak tekak tu dah kenapa?

Kahkahkah...

Friday, December 9, 2016

Benarkah Najib digesa letak jawatan?



Sekonyong-konyong tersibar surat yang kononnya dari Timb Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penggulingan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan beberapa nama yang sangat rapat dengan Najib.

Kalau surat tersebut adalah benar, maka pastinya akan berlaku pergolakan yang sangat parah dalam Umno ....

Antara kandungan surat yang bertarikh 9 Dis 2016 ialah :

2. Namun tidak dinafikan maruah Negara semakin tercalar dengan pelbagai skandal yg terpalit membabitkan individu tertinggi yang kita sedia maklum mengurus tadbir Negara atas kepentingan peribadi 

3. Kita sangat maklum dengan skandal-skandal yang terpalit keatas Dato' Seri najib Razak yg mana tindakan beliau dalam 'mencuci' namanya semakin membawa Malaysia dari sudut sosio-ekonomi dan penyatupaduan masyarakat ke arah yang lebih menggusarkan. 

4. Malah Barisan Nasional hakikatnya semakin lemah di segenap peringkat atas tindakan beliau yang sekali gus membawa kita selaku pemimpin dan wakil rakyat ke arah kejatuhan, hakikatnya kita lemah namun dilihat kuat kerana pembangkang buat masa ini lemah, satu hakikat yg harus kita terima. 

5. Oleh itu saya mencadangkan kita wajib mengambil tindakan drastik dalam menyelamatkan Barisan Nasional agar terus menerajui Malaysia sekurangnya dengan mengembalikan undi 2/3 dalam Dewan Rakyat sebagai tanda aras kepercayaan rakyat kembali kepada kita. 

6. Tindakan yang harus diambil dalam masa terdekat ialah memberi tekanan pada Dato' Seri Najib dari dalam di segenap peringkat parti komponen Barisan Nasional untuk mendesak beliau meletak jawatan. 

7. Sekiranya beliau masih berkeras dalam usaha mengaburi perihal skandalnya, suatu usul undi tidak percaya haruslah dilakukan pada siding parlimen akan datang. 

8. Saya juga melampirkan senarai cadangan kabinet yang lebih efisien di mana saya yakin mampu berkhidmat demi Malaysia yang lebih baik. Senarai ini jelas tidak menampilkan beberapa nama dalam memecahkan tradisi kuasa turun temurun dari legasi keluarga ke keluarga dan anak beranak, juga bagi mengelakan nepotisme dan kronisme yang membarah dalam Barisan Nasional, Bertikut adalah lampirannya.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 
DATO' SERI DR AHAMAD ZAHID HAMIDI 

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan 
YB ENCIK KHAIRI JAMALUDDIN ABU BAKAR 

Menteri Dalam Negeri 
DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ 

( Perlantikan yang lain-lain tu korang sila semak sendiri ….. )

 9. Maka saya meminta pihak Tan Seri / Dato Seri / Dato / Tuan/Puan mempertimbangkan cadangan saya demi Negara tercinta dan Malaysia yang lebih baik. Ingin saya berpesan di sini memetik kata-kata hadis dari junjungan besar Islam, Rasulullah SAW ….. 

Surat tersebut diakhiri dengan tandatangan
 Dr Ahmad Zahid Hamidi

Berikut adalah antara nama-nama yang TIDAK tersenarai :

Dato' Seri Najib Tun Razak 
Hishammuddin Hussein
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom 
Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim 
Tengku Adnan Tengku Mansor 
Abdul Azeez Abdul Rahim
Shahrizat Abdul Jalil
Tan Seri Noh Omar
Perkara yang paling mengejutkan ialah perlantika TAN SRI RAZALEIGH HAMZAH sebagai Menteri Perdagangan dalam negeri dan Senator yang baru dilantik, KHAIRUL AZWAN HARUN sebagai Timb Menteri di Jabatan Perdana Menteri ….. ~ SUMBER

Wednesday, December 7, 2016

Buat aduan palsu kepada polis pun boleh jadi senator...


  Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara pagi ini, beberapa bulan lalu, telah membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

 Dakwanya, ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

 Tuduhan terhadap tiga penama di dalam laporan polis Azwan amat serius, iaitu kesalahan terhadap negara yang mana ia adalah suatu kesalahan keselamatan yang akan dikendalikan melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma. Ini amat serius, bukan perkara main-main yang boleh diandaikan.

 Polis yang menyiasat, akhirnya membuat kesimpulan atau keputusan laporan Khairul Azwan adalah tidak berasas malah tidak dibuktikan dengan apa-apa dokumen atau bukti walau pun Khairul menyatakan ia “bukan dakwaan semata-mata tanpa asas”.

 Sewajarnya Azwan dikenakan tindakan dan didakwa di bawah peruntukkan Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada seorang penjawat awam dengan mulut atau bertulis yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu.

 Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

 Seksyen 499 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan memfitnah untuk merosakkan nama baik seseorang yang menyebabkan seseorang itu dipandang menjijikkan dan keji. 

 Rupa-rupanya Azwan ini bukan sahaja dilepaskan begitu sahaja, tetapi anugerah istimewa telah menunggunya. Dan hari ini dia dilantik sebagai seorang senator!

Wala' Zahid Hamidi kepada seorang Kleptokrasi ..



 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan wala’nya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dihadapan perwakilan parti itu dan beliau tidak akan sesekali derhaka kepada ketuanya.

  "Wala' ertinya taat ... Kita sebagai perwakilan bukan sahaja di dewan (Pusat Dagangan Dunia Putra), di luar dewan, di kampung, wala' kita tidak berbelah bahagi, wala' kita wala' yang ikhlas," katanya.

  Kenyataan Zahid ini seolah-olah menganggap Najib sebagai seorang Nabi yang wajib ditaati tanpa berbelah bagi! 

 Mungkin inilah pengajaran yang Zahid dapat timba setelah berkawan baik dengan Hj Hadi, manusia yang dianggap suci oleh pengikut-pengikut Pan- Malaysia Islamic Party (Pas)

 Kenyataan Zahid yang seolah-olah cuba menyamakan Najib dengan Nabi Muhammad SAW telah mengundang Tun Dr Mahathir mengulas secara sinis dengan berkata: "Nabi pun tidak mempunyai 2.6 bilion dalam akaunnya".

 Tiba-tiba ada pula NGO yang vangang gi buat laporan polis tuduh Mahathir buat kenyataan memperlekehkan dan menghina nabi!

 Tun Dr Mahathir pula yang dituduh menyamakan Najib dengan Nabi Muhammad?? Bingai sunggoh puak-puak Ngo nih!
 Dalam al-Quran, Allah perintahkan orang-orang beriman supaya taat kepada Allah dan taati Rasul sebagai taat yang tidak berbelah bahagi - dengar dan taat!

"Hai orang-orang yang beriman, athî’ûllah dan athî’ûr-Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu....."  (QS. An-Nisa [4] : 59).

 Tetapi untuk mentaati ulil amri, frasa athî’û dihilangkan... kerana ketaatan kepada ulil amri, perintah taat itu disyaratkan tidak dalam perkara maksiat.

لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ 
 Tidak boleh ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah ‘Azza wa Jalla. (HR Ahmad dari Ali ra). 

Saya tertarik dengan kenyataan YB Pokok Sena, Mahfuz  Omar :
Prinsip walak wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan dalam konteks Umno iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah perdana menteri.

Mahfuz mendakwa sistem dalam Umno itu mirip kepada kesetiaan dalam kumpulan kongsi gelap “yang menjalankan kegiatan haram yang juga memaksa ahli kumpulannya setia bersama ketua kumpulan.”

"Seperti ahli kumpulan mafia yang belot atau khianat (tak walak) kepada ketua dan kumpulan akan dihapus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Maka perkara yang sama berlaku dalam parti politik Umno apabila mereka yang bercakap benar menegak yang makruf dan menentang yang mungkar dilakukan pemimpin Najib dianggap tak walak pada presiden dan dihapuskan (pecat).”

Beliau justeru mengingatkan bahawa ketaatan dan kepatuhan sepatutnya diberikan kepada perkara dan tidak melanggar syarak, bukan ketaatan membuta tuli.~ sumber

Adakah layak isteri seorang Kleptokrasi diberi gelar sebagai Ummul-Mukminin?



 Poster Wanita Umno Malaysia yang meletakkan Rosmah Mansor dan Shahrizat Jalil yang kononnya mereka ini mewarisi tugas-tugas Ummul-Mukminin, isteri Nabi. Rosmah Mansor dan Shahrizat setaraf Ummul-Mukminin....??

 Poster tersebut telah ditampal di sekitar Kuala Langat, Selangor. Seorang penduduk telah memuat naik gambar tersebut di laman sosial Facebook. ~ sumber
“Ya Allah, mereka berdua contoh teladan kami. Engkau Peliharakanlah mereka, kurniakan kesihatan untuk mereka agar dapat mereka meneruskan tugas sebagaimana ummu Mukminin, Isteri Nabi-Nabi dan As-Solafussoleh. Perkenankanlah Doa Kami Ya ALLAH.. AMIN.” – Daripada Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
UMMUL Mukminin merupakan gelaran yang diberikan kepada para isteri Nabi Muhammad SAW. Jika ditinjau daripada segi bahasa, Ummul Mukminin bererti ‘ibu orang beriman.’ Gelaran itu menunjukkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW ialah perempuan yang terpilih dan dimuliakan Allah SWT.

Gelaran itu ditetapkan Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat enam yang bermaksud: Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka…

Jelas bahawa Ummul-Mukminin adalah gelaran yang hanya diguna pakai kepada isteri-isteri Nabi.

 Adakah layak isteri seorang Kleptokrasi diberi gelar sebagai Ummul-Mukminin? Apatah lagi seorang makcik yang pernah bergelumang dengan skandal lembu kondo feedlot!

Selanjutnya, dalam surah yang sama ayat 53 Allah SWT menetapkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW tidak boleh dikahwini oleh sesiapa pun setelah Nabi Muhammad SAW wafat .... yang ini aku setuju sangat - Dua orang makcik ini tidak boleh dikahwini oleh sesiapa pun setelah mereka jadi Mak Janda Kaya ; bukan sebab mereka isteri Nabi tetapi kerana mereka berdua ni perempuan yang mempunya selera yang expensive dan jenis gemar berbelanja boros! 

BETOI KA ? PAS INGIN LIHAT UMNO MENANG, CUMA AGAK KESIPUAN UNTUK BERTERUS-TERANG


Pas semalam seolah-olah memberi kata dua kepada PPBM iaitu mereka tidak boleh menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, syarat itu telah pun diberikan kepada PPBM dalam pertemuan sebelum ini.

Kita telah mengadakan pertemuan sebelum ini dan memberikan beberapa syarat, antaranya jika PBBM ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya ada hubungan dengan DAP dan Amanah...itu pilihan untuk mereka, kaya Takiyuddin lagi.

Dalam erti kata lain, syarat Pas itu bermaksud kiranya PPBM memilih untuk menjalin hubungan dengan Pas, mereka mesti memutuskan hubungan DAP dan Amanah, sebaliknya jika bekerjasama dengan DAP dan Amanah,  parti itu kehilangan sama-sekali peluang untuk bekerjasama dengan Pas.

Walaupun syarat Pas itu agak pelik kerana mereka sebenarnya masih bersama dalam kerajaan negeri Selangor yang di dalamnya ada DAP dan Amanah, mari kita cuba fahami di sebalik kata dua Pas kepada PPBM itu.
Senario 1 - PPBM memilih untuk bekerjasama hanya dengan PAS, tapi tidak dengan DAP dan Amanah.

Dalam keadaan ini, PPBM atau Pas akan kalah di banyak kerusi campuran yang ditandinginya kerana tidak mendapat sokongan daripada DAP yang disokong antara 80 hingga 90 peratus oleh pengundi Cina.

Di kerusi-kerusi campuran yang terdapat pengundi bukan Melayu di mana PPBM atau Pas bertanding, sokongan kaum itu tidak mungkin diperolehi kerana DAP sudah tentu akan tidak tidak turun berkempen berikutan tiada kerjasama dengan parti itu.

Apabila DAP tidak berkempen dan hanya MCA serta Gerakan yang datang menyantuni pengundi bukan Melayu, mereka tiada pilihan lain selain mengundi calon BN. 

Dengan sokongan mutlak pengundi bukan Melayu, tetapi pengundi Melayu berpecah, akhirnya  yang paling berpotensi untuk menang ialah calon UMNO dan BN.

Di kerusi-kerusi majoriti Melayu pula, kedudukan antara UMNO dengan PPBM atau Pas yang bertanding boleh jadi seimbang keadaannya. 

Bagaimanapun, sebagai parti yang menguasai kerajaan, memiliki banyak wang dan PRU 14 merupakan pertarungan hidup dan mati, UMNO akan melakukan apa saja "do or die" untuk mencapai kemenangan.

Senario 2 - PPBM bekerjasama dengan DAP dan Amanah, tetapi tidak dengan Pas.

Dalam keadaan ini, PPBM akan mempunyai lebih peluang untuk menang di kerusi-kerusi campuran kerana mendapat sokongan yang penuh daripada DAP.

Peluang itu lebih terbuka jika yang berlaku hanya pertandingan satu lawan satu dengan BN. 

Tetapi kemungkinan lebih besar berlaku ialah pertandingan tiga penjuru kerana Pas tetap akan meletakkan calon atas nama blok ketiga sebagai sebahagian misi dakwah kepada bukan Islam. Bertanding sebagai blok ketiga inilah Pas berpegang kepada prinsip perjuangan kononnya.

Dalam konteks bertanding tiga penjuru antara PPBM, UMNO dan Pas di kawasan campuran, ia akan memberi kelebihan kepada PPBM untuk memenanginya.

Bagaimanapun, pertandingan tiga penjuru di kawasan majoriti Melayu akan memberi kesukaran kepada PPBM mahu pun Pas, sebaliknya kelebihan memihak kepada UMNO dan BN.

Di kerusi yang Amanah bertanding pula, disebabkan dendam kesumat yang terbuku dalam dada, meskipun Islam lebih menggalakkan menjadi pemaaf, Pas sudah barang tentu akan meletakkan calonnya bertanding juga.

Akhirnya, senang-lenang UMNO menang.

Kesimpulan mudahnya, berdasarkan telatah Pas dalam soal kerjasama ini mereka bukan sangat mahu menang pilihanraya atau ingin menjadi sebahagian kerajaan baru selepas PRU 14 nanti.

Sama ada parti-parti lain, khususnya PPBM bekerjasama dengan Pas atau sebaliknya, kecenderungan melalui syarat-syarat yang diberikan ialah untuk memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.

Jika Pas benar-benar ikhlas ingin menumbangkan UMNO dan BN, mereka harus bersikap terbuka untuk saling bekerjasama dengan parti-parti yang mempunyai matlamat yang sama.

Dengan meletakkan syarat-syarat sukar, ternampak terselindung niat untuk memenangkan atau memberi kelebihan kepada UMNO dan BN, cuma barangkali Pas masih kesipuan untuk berterus-terang. (SH 08/12/2016).

Mula-mula Kutuk, Kemudian Pujuk.. Sandiwara Apa Ni Najib?



Antara jerit pekik Najib dalam intonasi yang tak tentu arah dalam perhimpunan soladiriti buat Rohingya Ahad lalu yang turut dihadiri oleh Presiden PAS dan beberapa lagi pemimpin PAS adalah..

"Apa mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak.

"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

Berucap dalam himpunan yang diadakan di stadium Mini Titiwangsa itu, Najib berkata isyarat sama diberi kepada menteri luar Myanmar, Aung San Suu Kyi yang pernah menerima anugerah nobel keamanan.

“Kita nak beri isyarat kepada kerajaan Myanmar. Kita nak beritahu kepada Aung San Suu Kyi. Enough is enough,” katanya.

“Kerajaan Myanmar akan anggap saya campur tangan dalam urusan Myanmar. Dia gertak saya, saya tak peduli.

“Sebab saya akan hadir (himpunan ini) atas nama Najib. Saya hadir atas nama ummah dan rakyat Malaysia.

“Bukan kita nak campur tangan. Kita nak ingatkan Myanmar charter Asean juga mempertahankan hak asasi manusia,” kata Najib.

Beliau juga menggesa presiden Indonesia Joko Widodo agar meminta rakyat republik itu berhimpun bagi menyuarakan bantahan terhadap Myanmar.

“Rohingya mesti diperjuangkan di Indonesia. Kita nak tunjuk bahawa kita dalam Asean ini, kita tak redha. Kita mesti bertamadun.

“Ini sebahagian maqasid syariah. Ini wajib, ini bukan pilihan. Sebab itu Umno dan PAS ada dalam himpunan. Ya, kita boleh berbeza pendapat. Soal Islam, soal ummah ini bukan politik, ini wajib,” katanya.

Video sila lihat di SINI


Tiba-tiba 2 hari selepas menjerit dalam stadium dan tersenyum dalam hati kerana berjaya memperbodohkan pimpinan PAS..

Myanmar Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden Myanmar, U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan beliau berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.

Mesyuarat tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar yang antara lain menyebut bahawa tiada perlanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat Rohingya yang beragama Islam di negara itu.

Siapa yang menghantar Jenderal Zulkifeli ke Myanmar kalau bukan Najib atau sekurang-kurangnya ada restu beliau tentang pemergiannya itu?

Bagaimana nak berjuang habis-habisan terhadap Rohingya, jika belum apa-apa sudah dihantar wakil untuk memperbaiki hubungan?

Apa lagi yang mahu dipulihkan hubungan dengan Myanmar itu? Hubungan dengan Myanmar lebih penting atau pembelaan kepada Rohingya yang utama?

Patutlah juga, jangankan mahu memutuskan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta kita di Myanmar, malah duta Myanmar di Malaysia juga dipanggil-panggil sehingga ini untuk diserahkan nota bantahan.

Apa yang Najib nak bela lagi etnik Rohingya selepas ini?

Betullah juga kata Tun Mahathir, tugas Perdana Menteri bukan menyertai perhimpunan tetapi bertindak menggunakan kuasa yang ada.

Kalau kuasa yang ada tidak diguna, tetapi lebih memilih berhimpun, bukankah ia hanya sandiwara?

Hahaha....ini baru betul-betul sandiwara namanya. Pas terkena, ahli UMNO terkena dan semua yang menyokong turut "basah" dibuatnya.. tulis Shahbudin di SINI

UMNO Bakal 'Menang Besar' PRU14?



Saya beberapa kali ditanya oleh teman-teman tentang potensi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14. Saya dengan penuh yakin memberitahu Umno akan mencapai kemenangan besar sekali gus menyumbang kepada kelestarian BN sebagai parti kerajaan.

Walaupun teman-teman di luar Umno kurang gembira dengan jawapan itu, saya mempunyai beberapa hujah yang menyokong ramalan saya.

Pertama, Umno terbukti sebuah parti yang tidak menghadapi masalah. Memang ada yang tidak setia kerana ingkar arahan ketua. Tetapi semua itu sudah keluar bukan lagi masalah Umno.

Maknanya yang masih ada dalam Umno tidak menimbulkan masalah dari segi kesetiaan. Kesetiaan yang ada dalam Umno jangan diperkecilkan. Ini terbukti daripada luahan kesetiaan pada Perhimpunan Agung Umno yang baru lalu.

Tidak ada satu pun pun pemimpin yang mempersoalkan kepimpinan tertinggi dalam isu integriti. Ini satu sikap mempertahan ketua yang sangat baik dalam Umno.

Kedua, Umno adalah satu-satunya parti yang melindungi orang Melayu. Siapa sahaja asalkan Melayu. Umno juga menegakkan Islam di negara ini dengan membanteras perbuatan yang bertentangan dengan Islam dalam kalangan pemimpin Umno.

Umno juga mempunyai sekutu bukan Malayu dan bukan Islam, MCA, MIC dan Gerakan, yang kuat menyokong Umno dalam soal memartabatkan Islam di negara ini.

Umno membanteras rasuah hingga ke akar umbi dan tidak seorang pun pemimpin parti itu yang terlepas, kecuali tidak didakwa di mahkamah.

Pendakwaan adalah hak mutlak peguam negara yang arif tentang undang-undang. Ini tidak ada kena mengena dengan Umno.

Ketiga, Umno tidak seperti pembangkang yang mendapat dana politik daripada pihak asing. Setakat ini tidak ada bukti Umno menerima dana asing. Atas nama Umno tidak ada dana asing.

Keempat, semua penganalisis termasuk yang terdiri daripada kalangan ahli akademik, memberikan analisis yang memuaskan tentang potensi Umno menghadapi PRU14.

Tidak ada penganalisis membayangkan Umno dalam bahaya. Ini sesungguhnya membuktikan kekuatan Umno.

Umno adalah satu-satunya parti politik yang tidak berpolitik. Umno semata-mata berkerja dan berkorban untuk rakyat. Ini ditegaskan oleh banyak pemimpin Umno.

Kelima, pemimpin-pemimpin Umno yang ada skandal seks bukan lagi bersama-sama Umno. Yang tinggal dalam Umno semuanya yang bersih sekali gus menjunjung ajaran Islam yang sebenarnya. Umno sangat tegas dalam isu ini.

Keenam, semua parti pembangkang - kecuali PAS - berada dalam keadaan terdesak. Ini disahkan berulang kali oleh pemimpin-pemimpin tinggi Umno dalam banyak ucapan mereka.

Ketujuh dan terakhir, Umno mempunyai sesuatu yang tidak ada pada pembangkang: perdana menteri, menteri, timbalan menteri, penjawat awam, kementerian, agensi kerajaan, Pengerusi JKKK dan Makam Pahlawan di Masjid Negara.

Pejuang kemerdekaan - Pak Sako, A Samad Ismail, Said Zahari malah Mat Kilau tidak disemadikan di Makam Pahlawan kerana mereka bukan Umno.

Disebabkan Umno muncul sebagai parti yang kuat lagi dominan dari pelbagai aspek, Umno tidak perlu berkerja keras untuk menang selesa dan cemerlang dalam PRU14.

Maka Umno tidak perlu membuang masa bercakap mengenai pembangkang. Biarlah apa pun nak jadi dengan pembangkang, itu bukan tanggungjawab Umno.

Tidak perlu memberi publisiti percuma kepada pembangkang dalam media kawalannya.

Ku Seman Ku Hussain

Media Myanmar Sindir Najib


Laman web berita bebas Myanmar The Irrawaddy menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dituduh sebagai "pengajar seni muslihat" dalam kartun yang diterbitkannya.

Kartun oleh Kyaw Thu Yein menggambarkan Najib bersongkok berjalan di atas tali dan membaling bola yang tertera perkataan “Hentikan Pembunuhan Etnik” sambil membawa beg yang dilabel "rasuah".

Kartun itu dimuat naik dalam akaun edisi Inggeris Facebook Irrawady, malam semalam dengan tajuk tajuk "Najib Razak Stunt".

Ini susulan selepas Najib dan beberapa pemimpin Umno menyertai PAS pada perhimpunan di Kuala Lumpur untuk membantah pembunuhan beramai-dakwaan kaum minoriti Rohingya di negeri Rakhine di Myanmar.

Tentera negara itu didakwa terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai, tetapi kerajaan Myanmar menafikannya dan menyalahkan militan tempatan.

Yangon berkata, mereka juga akan menghantar aduan rasmi kepada Putrajaya berhubung perhimpunan Ahad lalu itu.

Perhimpunan berkenaan juga mendorong bantahan terhadap Najib di Yangon.

Bekas perdana menteri dan pengkritik lantang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan Ahad ini hanya bersandiwara kerana sebagai perdana menteri, Najib berada pada kedudukan untuk bertindak dan bukannya menyertai bantahan.

Najib bergelut dengan tuduhan rasuah selepas RM2.6 bilion dijumpai berada di dalam akaun bank peribadi miliknya.

Walau bagaimanapun, Peguam Negara pada Januari lalu berkata dana itu disumbangkan oleh keluarga diraja Saudi dan membersihkannya daripada sebarang salah lalku.

Pengkritik mendakwa dana itu berasal dari firma pelaburan negara, 1MDB, tetapi Najib telah secara konsisten menafikan menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadinya lapor Malaysiakini

DATO’ SERI NAJIB PERLU SAHKAN LAPORAN FINANCIAL TIMES DAN URA-URA GLC BESAR DISENARAIKAN DI BURSA SINGAPURA


Saya merujuk kepada satu laporan terkini bertarikh hari ini oleh Financial Times bertajuk"China to help 1MDB settle multibillion-dollar legal dispute" yang menyentuh perkara-perkara berikut:
1. 1MDB akan mula membayar hutang berjumlah USD6.5 bilion (bersamaan RM30 bilion) yang dituntut oleh syarikat pelaburan milik Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan bantuan kewangan dari Kerajaan China;
2. Sumber yang dipetik oleh Financial Times juga menyebut bahawa bantuan kewangan dari Kerajaan China itu adalah sebagai pertukaran kepada aset ("asset swap") yang akan diurusniagakan oleh Kerajaan Malaysia.
Dalam sesi Parlimen yang lepas, saya secara khusus telah menanyakan Menteri Kewangan II, Dato' Johari Abdul Ghani bagaimanakah pentadbiran Dato' Seri Najib bercadang membayar kembali hutang yang dituntut oleh IPIC itu (walaupun saya hanya menyebut jumlah yang didakwa diselewengkan ke akaun Jho Low berjumlah RM3.5 bilion atau RM15 bilion).
Sehingga ke akhir ucapan penggulungan beliau, Dato' Johari Abdul Ghani tidak menjawab langsung.
Saya merasakan seolah-olah ia ulangan kepada amaran saya lebih setahun lalu supaya 1MDB tidak menggunakan dana Tabung Haji dan amaran saya itu (dalam bulan Mac 2015) telah dicerca dengan jeritan tidak bersopan di dalam Dewan Rakyat oleh Dato' Seri Azeez Abdul Rahim. Sebulan kemudian, berita bahawa Tabung Haji telah membeli tanah dari 1MDB pada harga yang berlipat kali ganda lebih tinggi bocor kepada orang ramai.
Dalam sidang yang lepas, perkara yang hampir sama berlaku. Saya telah bertanya soalan mengenai perancangan Dato' Seri Najib untuk membayar hutang itu dan telah disambut dengan cerca dan jeritan dari Ahli Parlimen Baling itu yang diketahui sangat rapat dengan Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, sehingga soalan saya itu tidak dijawab langsung.
(Rakaman perbahasan itu boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=7P3VYrJjtcg )
Berita yang disiarkan oleh Financial Times hari ini benar-benar merunsingkan saya kerana ia seolah-olah mengesahkan satu maklumat yang telah saya perolehi beberapa bulan lepas mengenai kemungkinan salah satu konglomerat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di Singapura dalam tahun 2017 bagi memberi ruang kepada syarikat yang dikawal Kerajaan China (secara langsung atau tidak langsung) menguasai sebahagian besar dari sahamnya.
Sebelum ini, saya tidak menimbulkan perkara ini kerana menunggu lebih banyak bukti dan perkembangan yang boleh mengesahkan ada kebarangkalian dakwaan itu ada kebenaran. Berita pada hari ini yang turut menyebut mengenai urusniaga melibatkan aset milik Kerajaan Malaysia.
Soalan saya ialah GLC manakah yang mempunyai pengaruh yang sebegitu besar untuk dijadikan pertukaran bagi bantuan kewangan mengejut sebanyak RM30 bilion seperti yang dilaporkan Financial Times hari ini?
Pada pemahaman saya, hanya ada beberapa GLC yang mempunyai saiz aset sebesar itu iaitu PETRONAS (atau anak syarikat kumpulannya), Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia atau Sime Darby Berhad?
Saya mendesak Dato' Seri Najib memberi penjelasan sama ada bantuan kewangan dari Kerajaan China akan menyebabkan salah satu aset utama seperti GLC di atas dilibatkan di dalam urusniaga baru melibatkan Kerajaan China?
Jika beliau berdiam diri, desas desus ini tidak akan berhenti dan saya akan terus menyiasat sehingga butiran aset yang ingin diurusniagakan diketahui umum.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Sudah seperti geng Mafia, Najib peras ugut tuntut ahli Umno wala kepadanya

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar mendakwa Presiden Umno, Dato' Seti Najib Razak terpaksa memeras ugut orang dan ahli-ahli Umno yang tidak berwala' kepadanya sebagai pengkhianat kerana pada anggapan beliau, beliau adalah khalifah.
Mahfuz berkata, dalam konteks parti, khalifah itu adalah Presiden dan dalam kontek negara pula khalifah itu adalah Perdana Menteri walaupun beliau seorang yang mengamalkan kleptokrasi.
Umno sebagai pertubuhan berdaftar katanya, kini sudah bertukar pendekatan menjadi seperti kumpulan kongsi gelap, gengster dan mafia yang menjalankan kegiatan haram dan memaksa ahli kumpulannya setia bersama ketua kumpulan.
"Seperti ahli kumpulan Mafia yang belot atau kianat (tak wala') kepada ketua dan kumpulan akan dihapus," ujar beliau dalam satu kenyataan media.
Dalam Umno sekarang ini, dakwa beliau, mereka yang bercakap benar menegak yang makruf dan menentang yang kemungkaran yang dilakukan oleh Najib dianggap tak wala' pada presiden dan mesti dihapuskan (pecat).
Menurut bekas Naib Presiden Pas itu, wala' adalah istilah agama yang kini disalahgunakan untuk melindungi jenayah curi rasuah sang pemimpin dan cuba dijadikan candu untuk orang bawahan dan pengikut memberikan kesetiaan dan kepatuhan membuta tuli walaupun kepada seorang pemimpin pencuri.
"Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan yang tidak melanggar syarak dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa," tegas beliau.
Mahfuz mengulas perkara ini ekoran berakhirnya Perhimpunan Agung Umno (PAU) Sabtu lalu yang menyaksikan serangan bertalu-talu Najib dan pimpinan Umjo terhadap DAP dan Tun Mahathir selain rayuan Najib menuntut baiah dan wala ahli-ahli Umno terhadap beliau selaku presiden parti.
Mengulas lanjut, Najib katanya, sedang mengalami krisis wala (kesetiaan) dari kalangan ahli akar umbi Umno dan rakyat Malaysia khusus bangsa Melayu yang beragama Islam.
Menurut beliau, terkejut beruk rakyat Malaysia apabila Presiden Umno menjadi pengugut wala tegar dari perwakilan dan ahli Umno serta rakyat Malaysia.
"Wala tidak boleh melahirkan orang yang mengikut dan pemimpin tidak boleh memperbudak-budakkan ahli.
"Sebaliknya, wala semestinya melahirkan orang yang berfikir dan taat dalam keadaan ia faham dan jelas, bukan wala membuta tuli. Ini kerana setia membuta tuli hanya akan menghancurkan masa depan negara," tegas Mahfuz yang kini dilihat condong bersama Parti Bersatu.

Najib yang menyusukan China, yang jahanam bukan Melayu sahaja tapi Malaysia


Hasmi Hashim
ULASAN Tidak ada satu pun kaum di negara ini akan selamat, kalau Malaysia itu sendiri tidak diselamatkan!
Masalah hari ini bukan masalah orang Melayu yang kononnya terancam, tetapi masalah sebenar adalah Malaysia yang kini sedang terseret ke dalam pelbagai kemelut pentadbiran, politik dan ekonomi.
Tidak sampai sebulan sebelum perhimpunan agung Umno minggu lalu, Perdana Menteri Najib Razak mengadakan lawatan rasmi ke republik komunis China dan bertemu dengan presiden Xi Jinpin. Di sana, beberapa perjanjian persefahaman dimeterai yang dilaporkan melibatkan kira-kira RM143 bilion nilai pelaburan. Jumlah itu mungkin besar bagi Putrajaya, tetapi bukanlah terlalu besar untuk sebuah negara sebesar republik komunis China.
Di sebalik perjanjian dan hubungan akrab Najib-China, republik komunis berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedang galak mahu menguasai Laut China Selatan. Salah satunya apabila China secara senyap-senyap menambak laut dan membina pangkalan tentera di kepulauan Paracel.
Tuntutan China terhadap atas kepulauan Spratly juga masih berterusan. Kedua kepulauan tersebut terletak di kawasan strategik di tengah-tengah Laut China Selatan yang bukan sahaja menjadi sumber tangkapan laut, minyak dan gas, tetapi sudah tentu sebagai kawasan strategik mengawal hubungan laut dengan kuasa ketenteraan.
Nelayan sama ada dari Filipina, Vietnem, Malaysia atau mana-mana negara terdekat akan diberkas sekiranya menangkap ikan di kawasan kepulauan berkenaan tanpa kebenaran China. Begitulah kerasnya pemaksaan kuasa yang mula dilaksanakan China di kedua pulau berkenaan yang kedudukannya beribu batu daripada sempadan pantai China.
Sebelum pertemuan Najib dengan Xi Jinpin, keadaan agak sukar bagi China menerobos dan menuntut sepenuhnya hak ke atas dua kepulauan berkenaan. Sehingga sebelum lawatan Najib, tidak ada seorang pun pemimpin negara ASEAN yang nampaknya boleh 'dibeli' oleh republik komunis China.
Ikatan dan semangat negara-negara ASEAN sebelum ini sangat kuat. Walau tidak ada sebuah pun negara ASEAN sekuat China, namun kesatuan ASEAN jualah yang membuatkan suara ASEAN kekal terhormat. Banyak urusan dalaman ASEAN diselesaikan dengan semangat dan cara ASEAN sendiri seperti konflik di Selatan Thailand, isu pengganas di utara Sabah dan Mindanao serta konflik puak pemisah Aceh di Indonesia dalam tahun 1980 dan 90-an dahulu.
'Orang dalam'
Hanya dengan bantahan secara bersama atas nama ASEAN, maka suara negara-negara ASEAN lebih terdengar dan tidak mudah untuk diketepikan begitu sahaja oleh mana-mana kuasa luar, termasuklah China. Oleh itu sebagai strategi politik, China memang perlu mencari jalan memecah-belahkan perpaduan ASEAN yang wujud puluhan tahun.
Berusaha ke arah itu, China perlulah mencari-cari dan mempunyai "orang dalamnya" untuk melemahkan ASEAN dari dalam ASEAN. ASEAN tidak boleh dilemahkan dari luar.
Maka tidak hairan bagaimana China melihat bahawa lawatan dan keterdesakan Najib untuk mendapat wang dari China sebagai peluang terbaik. Ini strategi serampang dua mata apabila mereka sedar bahawa Najib dalam waktu sama sangat terdesak memperoleh pelabur luar terutama selepas Najib tercalit skandal besar 1MDB. Selain itu, Putrajaya juga semakin kekeringan dana yang boleh dilihat di dalam Bajet 2017 di samping kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit.
Tidak sampai sebulan sejurus pulang daripada lawatan ke China, Najib segera pula menggunakan pentas perhimpunan Agung Umno untuk melancarkan serangan terhadap sebuah parti yang berasaskan kaum Cina dalam negara, iaitu DAP. Maknanya, Najib tahu yang dalam waktu sama beliau harus menghidupkan api dan sentimen perkauman menutup mata khususnya orang Melayu setelah beliau menjalin hubungan akrab dengan Republik Komunis China. Najib juga cuba menuding bahawa parti-parti oposisi menjadi alat George Soros sedangkan yang jelas nyata Putrajaya yang mendakap Beijing.
Menyerang kaum Cina di Malaysia yang merupakan rakyatnya sendiri bagaimana tidak dapat menutup fakta bagaimana sejumlah lebih RM55 bilion dipinjam dari China untuk menjalan projek landasan kereta api Pantai Timur (ECRL). Bentuk pinjaman dan projek inilah yang lebih bersifat menjual maruah negara berbanding menyerang kaum Cina di Malaysia yang merupakan warganegara Malaysia yang sah.
Langkah politik yang lebih kelam kabut oleh Najib menyusul sehari selepas perhimpunan agung Umno apabila beliau menggerakkan dan hadir pula satu perhimpunan yang dikatakan untuk membela nasib orang Rohingya. Di pentas ucapan yang turut dihadiri presiden PAS, Najib dengan nada keras melontarkan peringatan kepada pemerintah Myanmar berhubung layanan dan nasib etnik Rohingya di sana.
Ucapan Najib itu sangatlah bersifat tidak diplomatik. Sebagai ketua negara beliau boleh menggunakan saluran antara kedua kerajaan untuk menyelesaikan masalah kaum Rohingya. Najib tidak menggunakan saluran itu dan memilih jalan berhimpun untuk menunjukkan kekuatan.
Curiga ASEAN
Ketua cawangan parti apapun boleh membaca dan takkan mudah terperangkap dengan taktik politik Najib yang sebenarnya tidak lebih hanya untuk memainkan sentimen kalangan Melayu-Islam dan bukanlah serius mahu menuntaskan masalah penindasan terhadap kaum Rohingya di Myanmar.
Di ketika ASEAN diasak oleh kuasa besar seperti China, agak menghairankan apabila Najib memilih jalan untuk menimbulkan masalah di dalam negara ASEAN. Tindakan sebegitu tentu akan menimbulkan keraguan apakah beliau kini telah benar-benar diperbudakkan oleh China hanya semata-mata untuk membereskan beban yang melingkari dirinya, termasuklah hutang dan skandal 1MDB?
Pandangan sedemikian bukan sahaja boleh wujud dalam negara, tetapi juga di kalangan pemimpin negara-negara ASEAN kala mana isu etnik Rohingya tidak pula dibangkit secara serius oleh Najib ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-27, November tahun lalu. Tindak-tanduk PM Najib sebagai pemimpin nombor satu Malaysia sesungguhnya semakin meletakkan Malaysia dalam keadaan dicurigai oleh semua jiran-jiran se-ASEAN kita sendiri.
Pada tingkat inilah, Najib nampaknya bukan sahaja tergamak menjual kedaulatan dan maruah Malaysia kepada kuasa luar seperti China, tetapi lebih jauh daripada itu dia tergamak pula memperjudikan kestabilan ASEAN, yakni sebuah kesatuan negara-negara Asia Tenggara yang diusahakan dan turut ditubuhkan oleh allahyarham bapanya sendiri.
Politik perkauman sempit ala-Najib yang ditunjukkan menjelang pilihan raya umum sesungguhnya takkan menyelesaikan semua masalah di atas. Jalan terakhir tidak lain tidak bukan adalah sekali lagi kembali kepada laungan perpaduan Melayu, sedangkan yang lebih penting untuk diselamatkan adalah Malaysia. Tanpa Malaysia yang dapat diselamatkan, Melayu juga tidak akan selamat. Titik.

INI BARU BETUL-BETUL SANDIWARA NAMANYA!!






Antara ikrar dan jerit lolong Najib Razak dalam perhimpunan solidariti Rohingya Ahad lalu ialah untuk berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi etnik tersebut di Myanmar.

"Apa mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak. 

"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

Di atas adalah antara petikan kata-kata yang dilafazkan sendiri oleh Najib dalam perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan di media-media.

Selain ahli UMNO dan ahli Pas, etnik Rohingya juga turut hadir memeriahkan perhimpunan itu.

Terpaku dan terlentuk ramai orang dibuatnya mendengar ucapan Najib, malah Pas juga jadi terlena dengan ikrar dan janji itu sehingga terlupa kepada skandal 1MDB, bahkan teralpa dengan hakikat bahawa lidah tidak bertulang sebenarnya.

Begitulah Najib, hanya selepas dua hari beliau merelakan  tekaknya sakit dengan jerit lolong membela Rohingya, rupa-rupanya Panglima Angkatan Tentera, Jenderal Zulkifeli Mohd Zin susah pun berada di Yangoon dengan tujuan untuk memulihkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar.

Myanmar Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden Myanmar,  U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan  beliau berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.

Mesyuarat tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar yang antara lain menyebut bahawa tiada perlanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat Rohingya yang beragama Islam di negara itu.

Siapa yang menghantar Jenderal Zulkifeli ke Myanmar kalau bukan Najib atau sekurang-kurangnya ada restu beliau tentang pemergiannya itu?

Bagaimana nak berjuang habis-habisan terhadap Rohingya, jika belum apa-apa sudah dihantar wakil untuk memperbaiki hubungan?

Apa lagi yang mahu dipulihkan hubungan dengan Myanmar itu? Hubungan dengan Myanmar lebih penting atau pembelaan kepada Rohingya yang utama?

Patutlah juga, jangankan mahu memutuskan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta kita di Myanmar, malah duta Myanmar di Malaysia juga dipanggil-panggil sehingga ini untuk diserahkan nota bantahan.

Apa yang Najib nak bela lagi etnik Rohingya selepas ini?

Betullah juga kata Tun Mahathir, tugas Perdana Menteri bukan menyertai perhimpunan tetapi bertindak menggunakan kuasa yang ada. 

Kalau kuasa yang ada tidak diguna, tetapi lebih memilih berhimpun, bukankah ia hanya sandiwara?

Hahaha....ini baru betul-betul sandiwara namanya. Pas terkena, ahli UMNO terkena dan semua  yang menyokong turut "basah" dibuatnya. (SH 06/12/2016).

Monday, December 5, 2016

Bubar PAS Kalau Berkawan Dengan UMNO - Tuan Ibrahim Tuan Man...

Info Post
10:00 AM




Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah lebih baik parti Islam itu dibubarkan sekiranya bergabung dengan Umno.


“Saya ingat kalau PAS bergabung dengan Umno kita tak perlu lawan Umno-lah maksudnya. Jadi, ada orang PAS tanya kalau tak lawan Umno nak lawan siapa lagi?

“Jadi, kalau PAS berkawan dengan Umno kita kena bubarlah,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini dan Beritadaily.Bekas Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata demikian berikutan desas desus wujud usaha agar kedua-dua musuh tradisi itu bergabung selepas PAS dipinggir Pakatan Harapan.

Sebaliknya, bekas ADUN Jengka itu menegaskan PAS akan terus menentang parti pemerintah itu dalam setiap pilihan raya.

“Sekarang ini PAS masih kekal bahawa kita lawan Umno seperti mana di Kelantan yang mana hampir 80 hingga 90 peratus kerusi PAS kita lawan dengan Umno.

“Realitinya kami bertanding melawan Umno pada setiap kali pilihan raya dan PAS tidak lawan MCA, MIC tetapi yang PAS lawan adalah Umno dan ia kekal sehingga sekarang,” kata Tuan Ibrahim.Umno datang tawar kerjasamaTuan Ibrahim juga menegaskan bahawa isu kerjasama itu merupakan agenda media Umno, namun PAS tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan parti yang didakwa mengamalkan rasuah itu.

Beliau juga berkata isu kerjasama itu merupakan usaha untuk menyelamatkan Umno dan parti itu juga beberapa kali membuat tawaran sedemikian kepada PAS.

“Saya ingat ini semua agenda media Umno, kita tahu Umno sekarang tengah lemas dan dia sangat mengharapkan PAS. Berapa kali dah Umno datang minta kerjasama dengan PAS.

“PAS tak akan bekerjasama dengan Umno kerana mereka ini mengamalkan rasuah. Rasuah teruk, negara teruk, ekonomi pun teruk, penyelewengan pun teruk,” tegas Tuan Ibrahim.

Malah, katanya tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan parti yang zalim terhadap rakyat dengan merujuk projek Lebuhraya Pantai Timur dan sekatan royalti minyak kepada Kelantan.

“Cuba kita bayangkan kalau orang khianat Kelantan yang mana lebuhraya sampai Terengganu sahaja, macam inikah kita nak jadikan kawan?

“Royalti minyak Terengganu (waktu) kita menang (pilihan raya) satu sen pun mereka tak bayar dan untuk makluman beribu nama rakyat Kelantan dipotong dari senarai penerima BR1M walaupun mereka ini hidup susah di kampung hanya kerana mereka orang PAS.

"Tak mungkin orang macam ini kita nak bekerjasama dengan Umno,” tegas Tuan Ibrahim.Hadir bukan bermakna sokongBeliau berkata kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan bermaksud PAS menyokong Umno.

Sebaliknya, katanya, Abdul Hadi mengunakan kesempatan itu untuk menegur Najib terutamanya mengenai soal pentadbiran negara.

“Sebab itu juga saya katakan soal kita hadir dalam majlis bersama tidak bermakna kita menyokong.“Kita hadir seperti mana dalam parlimen yang mana semua orang akan hadir tapi kita tetap membantah (perkara yang tak betul). 

Presiden hadir majlis Najib, Abdul Hadi buat teguran dan beri peringatan serta beri amaran,” kata Tuan Ibrahim.Malah katanya, Hadi juga mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi meminta pandangan pimpinan PAS sebelum menemui Najib.

“Peluang bercakap terus dengan perdana menteri ini ada dua kali sahaja. Yang pertama di Parlimen, itu pun beliau jarang datang dan kedua pada majlis yang dihadiri perdana menteri.

“Jadi, kalau dalam majlis sebegitu kita boleh bercakap terus dengan perdana menteri dan kita tegur dia. 

"Sebab itu bagi saya apa yang penting adalah apa yang diucap oleh presiden dan bukan baju yang dipakai beliau,” tegas Tuan Ibrahim.Bagaimanapun, Tuan Ibrahim kesal dengan tindakan pembangkang yang didakwanya menyerang PAS selepas media perdana melaporkan kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama.

“Media perdana cuba melihat PAS jalin kerjasama dengan Umno dan dukacitanya pembangkang menyerang PAS."Kalau serang PAS bererti kita tak serang Umno, sepatutnya tak perlu serang PAS sebab kita masih pembangkang,” ujarnya.

PAS mahukan undi MelayuTuan Ibrahim yang pernah menjadi pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata PAS perlu mendapatkan undi orang Melayu yang sebahagian mereka masih berada dalam Umno.

Justeru, katanya, anggota Umno yang akan menyokong pembangkang adalah mereka yang semakin hilang kepercayaan kepada parti pemerintah itu.

“Orang Umno yang bagaimana hendak mengundi PAS? Mereka adalah orang yang bencikan Najib, yang melihat masa depan negara, yang melihat rasional dan tidak emosi.

"Orang Umno yang macam ini akan bersama pembangkang. Orang bersama Najib tak akan datang kepada pembangkang.“Jadi PAS kena dapatkan (undi Melayu dari Umno). Sebab apa kita tak boleh ke Putrajaya? Sebab undi PAS tidak meningkat, undi Melayu tak ada,” tambah Tuan Ibrahim.