Wednesday, November 11, 2015

Ugutan Bunuh: Tak Dapat Tanduk Telinga Dipulas...


 
Isteri Husam didakwa terima ugutan bunuh

Ketika ketegangan Datuk Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh.

Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu.

Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama.

Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak.

“Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan,” kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH).

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berhubung perkara itu.

Sementara itu keganasan nampaknya tidak terhad kepada keluarga Husam saja kerana Salahuddin sendiri mengalami 'cabaran' yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan AMANAH di Kelantan.

Pagi tadi, kata Salahuddin, salah satu tayar kenderaan pacuan empat rodanya ditoreh dipercayai dengan benda tajam..


Menurut bekas Naib Presiden PAS itu, beliau bersama rakan pada awalnya tidak menyedari sabotaj tersebut sehinggalah kenderaan yang mereka naikinya hilang kawalan dan hampir merempuh sebuah motosikal.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyifatkan ia cuma “kerja budak-budak nakal”.

Katanya, tayar ditoreh itu adalah yang berada di bahagian kiri depan kenderaannya. -mk

ULASAN GB

Tak dapat tanduk telinga dipulas, Tak dapat Husam keluarganya pula dijadikan sasaran serangan.

Semakin menjadi-jadi budaya samseng ini. Sebelum ini kereta Dr.Mohd Hatta Ramli dibakar. Selepas itu Dr.Dzulkefli Ahmad pula telah dipukul dengan kayu oleh dua orang yang memakai helmet selepas solat Subuh.

Kebetulan gejala budaya samseng ini berlaku semenjak wujudnya "fraksi-fraksi" di dalam PAS sehingga adanya satu fraksi yang bertindak melampaui batas terhadap kumpulan yang lain.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak. ini?

Itu berlaku sewaktu golongan profesyenal masih berada di dalam PAS. Kita mengharapkan dengan tertubuhnya AMANAH oleh kumpulan profesyenal yang meninggalkan PAS akan menamatkan budaya samseng pihak berkenaan terhadap golongan progresif ini. Namun nampaknya usaha "pembersihan" masih berjalan dan kali ini ugutan bunuh pula dilakukan semata-mata kerana Husam mengritik presiden PAS.

Kita tidak menuduh ia dilakukan oleh kumpulan PAS, tetapi kelihatan terlalu obvious sehingga sukar untuk tidak mempercayainya kerana ia berlaku selang beberapa hari Husam mendedahkan isu kerajaan perpaduan UMNO-PAS.

Apatah lagi gejala samseng yang menjadi-jadi itu dibenarkan oleh kata-kata seorang pimpinan PAS yang menyatakan mereka ada siku dan lutut....menjelaskan bahawa mereka sanggup menggunakan taktik apa saja termasuk kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.

Mungkin hari ini ugutan bunuh, mana tahu esok benar-benar mereka membunuh! Siapa mereka? Wallahu 'alam.

Semuga Allah melindungi Husam dan kelaurga serta kita semua.

No comments:

Post a Comment