Wednesday, November 4, 2015

Jamal kaki kencing kata Ali Tinju


 
Dia mencabar Jamal membuktikannya dengan menunjukkan dokumen pelantikannya sebagai Pengerusi NGO Melayu Malaysia.
jamal-yunos,ali-tinju
PETALING JAYA: Benarkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dilantik sebagai Pengerusi Gabungan NGO Malaysia?
Persoalan itu dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju yang curiga dengan jawatan yang disandang Jamal.
Sehubungan itu, dia mencabar Jamal supaya menunjukkan sijil dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membuktikan kesahihan jawatan itu.
Katanya, jika Jamal gagal membuktikannya, pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu merupakan seorang 'kaki kencing'.
"Untuk buktikan Jamal bukan kaki kencing, saya mencabar dia supaya mengemukakan bukti sijil dari ROS bahawa pelantikannya sebagai Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia dan siapa melantik beliau sebagai Pengerusi," katanya kepada FMT.
Ali Tinju berkata, dia terpaksa membangkitkan isu itu kerana tidak mahu Jamal terus menggunakan jawatan itu untuk menghasut NGO lain menyertai programnya.
"Saya mewakili NGO Gerakan Merah bersuara supaya tidak mahu tertipu.
"Sekiranya Jamal gagal membuktikan sijil pelantikan dari ROS, jelas menunjukkan beliau seorang kaki kencing dan gilakan kuasa," katanya.
Mengulas lanjut, Ali Tinju berkata, pelantikan Jamal sebagai Ketua UMNO Bahagian juga adalah untuk menjaga NGO Selangor yang menyokong kerajaan sahaja bukannya NGO seluruh Malaysia.
"Kita tidak mahu rakyat melihat dia mengunakan jawatan tersebut untuk kepentingan politik," katanya.

No comments:

Post a Comment