Dah cakap banyak kali. Tapi modal dorang.
Sangka baik. Sangka baik. Kalau terjadi juga, balasan pasti akan tiba buat mereka.
Bagi aku, pemikiran macam tu sebenarnya bebal. Ko dah tahu si dia tu penipu yang kau nak berkerjasama dengan si penipu tu dah kenapa? Lepas tu dengan kau-kau sekali kena tipu. Tak terasa padan muka ke?
Baru-baru neh ramai juga yang pelik dengan pemikiran dan halatuju PAS. Dalam bajet berkecuali. Lepas tu isu YAPEIM sepatah haram tak berbunyi. Tak faham aku. Then ada permintaan dari geng2 PAS harap menghukum 3 ahli parlimen PAS yang undi tolak bajet 2016.
Whathefuck is that beb? Kenapa kau semua macam neh? Perjuangan 60 tahun melawan UMNO dicampak ke mana? Pengalaman bukan cikai-cikai. Baik yang mati, dipenjara, didakwa semua cukup. PAS melalui pelbagai jenis kepayahan dalam melawan UMNO. Tetapi PAS pada hari neh ialah.. apa yang aku tak faham. Aku taktau nak cakap macam mana.
Btw. Petikan berita dari Malaysiakini ini mendedahkan jawapan menteri di parlimen tau. Bagaimana PAS kena kencing setepek kaw2 dengan geng2 UMNO.
Yolah. Sangka baik la. Biar UMNO kencing dalam MULUT kau semua pun, tolongla sangka baik oke.
Beberapa anggota parlimen PAS membantah - akibatnya seorang diperintah keluar Dewan Rakyat - selepas seorang menteri mendedahkan bahawa kerajaan pusat tidak membawa cadangan pindaan undang-undang hudud ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian majlis itu sejak mula lagi.Pengakuan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil rakyat PAS yang berkata kerajaan pusat pernah berjanji dalam jawatankuasa teknikal hudud untuk berbuat demikian sebelum pindaan dibawa ke Parlimen.Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diarah keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sebab kerajaan tidak mahu mengikut apa yang telah dipersetuju dalam jawatankuasa teknikal.Beliau diarah keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said selepas 30 minit bertikam lidah, dengan menteri tersebut tidak memberi jawapan memuaskan berhubung perkara itu.Bercakap dalam sidang media selepas diarah keluar dewan, Mahfuz mendakwa bahawa mesyuarat Majlis Kebangsan bagi Hal Ehwal Islam yang dipengerusi oleh perdana menteri, telah bersetuju dengan pindaan itu dan telah disebut akan dibentang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini.Oleh kerana kerajaan tidak berbuat demikian, dakwanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen."Rang undang-undang itu akan membuat ia mudah bagi Kelantan untuk menguatkuasakan apa yang telah diluluskan di sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya.Menurut Mahfuz lagi, ini membuktikan bahawa apabila terdapat tekanan dari parti-parti komponen BN berhubung dengan hudud, kerajaan tidak meneruskannya.Sebut 'bacul'Sementara itu, Bernama melaporkan tindakan itu diambil kerana Mahfuz tidak mengendahkan arahan Ismail dan menghina Jamil Khir ketika menteri berkenaan menggulung perbahasan usul itu."Tindakan ini jangan dijadikan isu di luar dewan selepas ini. Ia dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 42."Yang pertama, tidak mengendahkan nasihat saya supaya duduk diam, lama saya biarkan....selain mengeluarkan perkataan menteri 'bacul'. Saya dengar perkataan ini terhadap menteri (Jamil Khir)."Dia (Mahfuz) berdegil tidak menghormati (Timbalan) Speaker dan apabila diminta duduk diam, dia tidak menghiraukan arahan saya dan bukan kerana menteri gagal jawab," kata Ismail seperti dilaporkan agensi berita nasional.
No comments:
Post a Comment