AKUAN
BERKANUN
Saya, MIOR FAHIM BIN
AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK),
Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar
dan menyatakan seperti berikut:-
1. Saya bekerja
sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di
Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini
demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai
polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya
terima.
2. Pada 21.08.2006,
saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar.
Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.
3. Pada September
2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON
dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota
Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian per jawatan Bukit Aman,
disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang
saya kenali.
4. Saya telah
berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya.
Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK
Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD
Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7
Johor.
5. Pada November
2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim.
Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah
pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor. Kami telah
berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam
perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN.
Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman
kerja.
6. Semasa perjumpaan
tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya
sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya
bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga
beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu
sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah
masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi
menyambut lelaki tersebut.
7. DSP CHEW
memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya
Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik
dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa
hadapan.
8. Dalam waktu yang
sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah
mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG).
DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat
baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN.
DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat
bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN.
Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu
arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan
oleh mereka bersama.
9. Pada Disember
2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan
pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang
sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada
saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan
cepat.
10. Lebih kurang 2-3
hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai
kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP
AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya
berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri
Johor.
11. Pada 16.01.2007,
saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON
telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan. Saya kemudian
telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa
dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya
bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah
RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/-
sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat
perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita
kira”.
12. Semasa saya
melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan
beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas
aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan
kepada beliau terlebih dahulu.
13. Pada 28.02.2007,
saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi
“Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A
dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor. Tugasan dari atas tengah perhatikan.
Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK
LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP
NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya
dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.
14. Pada awal Mac
2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah
sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan
perpindahan ke rumah tersebut.
15. Saya juga telah
terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk
buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH
HON.
16. Sekita waktu
sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu
SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew,
L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD
Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON
telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli
seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk
membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada
sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk
sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.
17. Ada diantara
anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar
keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP.
MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya
telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan
maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes
fail.
18. Pada 28.03.2007,
sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI
telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat
nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman
Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan
tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of
stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report:
7295/2007.
19. Hasil dari
risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes
fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek
yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak
dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil
tindakan kes fail adalah bernama:-
(a) SOH KING
SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI;
dan
(c) LEE YOKE
HAN.
20. Ketiga-tiga kes
fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk
kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun,
sehingga kini ia masih belum diluluskan.
21. Kemudian dari
itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas
telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang
terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka
semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan
tangkapan adalah wanita tua.
22. Akibat daripada
laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB
diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota
terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket,
sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi
terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah
dinaikkan pangkat P/SUPT.
23. Pada 30.03.2007,
saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1)
Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran
diri mereka adalah seperti berikut:-
(a) CHAI
NGEW;
(b) CHIN YEW FAH;
dan
(c) TAN LEE
POEY
24. Subjek (i) dan
(ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka
ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN. Selepas sembilan (9) hari
kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya,
sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG
FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 –
(Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati
mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan
aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih
dikuatkuasakan.
25. Pada 29.05.2007,
saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah
ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya
bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA
SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam
merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT:
7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran
aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini
juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam
di bawah sindiket TENGKU.
26. Adalah saya
mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan
bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi
haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh
menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib. Saya menganggap
ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik
saya.
Dan saya membuat
pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan
mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN
DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh
MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237)
tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007
)
Di hadapan
saya,
Pesuruhjaya
Sumpah
(The original copy
of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by
Raja Petra Bin Raja Kamarudin).
Raja Petra
Kamarudin
----------------------------------
Umrah, Panggilan
Telefon Kenangan Terakhir Isteri ASP Mior Fahim
Salah
seorang anak Allahyarham Asp Mior Fahim menabur bunga ke pusara ayahnya sambil
diperhatikan oleh ibunya, Nor Anidah. - fotoBERNAMA
IPOH:
Panggilan telefon pagi semalam bertanyakan khabar anak-anak menjadi kenangan
perbualan terakhir kepada isteri ASP Mior Fahim Ahmad, yang ditemui mati selepas
hilang ketika mandi di air terjun Sungai Tungku, Rancangan Penempatan Semula
(RPS) Banun di Gerik pagi Rabu.
Nor Anidah Ahmad
Nawawi, 41, seorang jururawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini juga
tidak menyangka perbuatan yang bukan amalan kebiasaan suaminya jika bertugas di
luar daerah itu, adalah perbualan terakhir mereka berdua.
"Pada pukul 7.30
pagi semalam, sebelum masuk hutan, suami ada hubungi saya, dia tanya anak-anak
pergi sekolah tak, saya pelik, suami sebelum ini bila keluar bertugas tidak
pernah telefon. Semalam saya ada 'whatsapp' dia, tapi tak balas," katanya ketika
ditemui pemberita di kediaman ibu mentuanya di Kampung Tersusun Batu Lima di
Tambun di sini Rabu.
Lebih menyayat hati,
ibadah Umrah yang disertai mereka berdua pada 10 hingga 21 Mei lepas juga
menghiasi kenangan terakhir paling manis, katanya.
Beliau berkata
apatah lagi apabila Mior Fahim beria-ria menempah jubah berwarna krim semasa
mengerjakan umrah untuk dipakai mereka sekeluarga pada Aidilfitri, akhir bulan
depan.
"Biasanya dia tak
buat tapi di sana dia pergi jumpa tukang jahit, dia agak-agak saiz untuk
anak-anak. Memang bila balik rumah, saiz jubah tu elok-elok sesuai untuk
anak-anak," katanya.
Nor Anidah berkata
perkongsian hidup dengan Mior Fahim diserikan dengan tujuh cahaya mata, empat
anak lelaki dan tiga anak perempuan, berusia antara 15 dan dua
tahun.
Si isteri juga
berkata pada Ahad lepas, suaminya menukar dua buah televisyen termasuk membeli
sebuah 'Smart TV' untuk diletakkan di dalam bilik tidur bagi menonton perlawanan
Piala Dunia.
"Dia juga nak bawa
anak-anak semua pergi bercui ke Sabah, hujung tahun ini, sebab dia kata Sabah
tempat dia kerja selama 11 tahun selain mahu bawa saya pergi tunaikan ibadah
Haji jika ada rezeki," katanya.
Beliau berkata pada
11.30 malam Selasa, seorang kawan menghubunginya bertanyakan Mior Fahim dan
kemudian beliau melayari akaun Facebook (FB) milik suami.
"Saya buka FB suami,
saya tengok ada komen-komen yang doakan semoga suami saya selamat dan dijumpai.
Anak kedua saya pula buka berita online dan baca berita, dia menangis. Pada
tengah malam, ada anggota polis datang rumah dan beritahu suami saya hilang,"
katanya.
Katanya beliau tidak
tidur sepanjang malam Selasa dan berita kehilangan suaminya diberitahu kakak
ipar yang berada di Gerik pada 8 pagi Rabu.
Nor Anidah berkata
Mior Fahim adalah anak ketujuh daripada 10 adik beradik.
"Dia juga ada
menelefon emaknya sebelum masuk hutan, tapi mak tak dengar sebab ada masalah
pendengaran dan mengalami lumpuh," katanya.
Beliau berkata Mior
Fahim mula berkhidmat dengan PDRM pada 1995 dan berpengalaman bertugas di Sabah,
Johor dan Pahang selain pernah terlibat dalam operasi selama 21 hari menentang
penceroboh di Lahad Datu, Sabah tahun lepas.
Jenazah Mior Fahim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Tambun petang Rabu, katanya./
No comments:
Post a Comment