JEMAAH
Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dipenuhi dengan ramai pak menteri,
salah satu jemaah yang paling besar dalam sejarah Malaysia.
Tidak
cukup lagi, sekurang-kurangnya seramai lapan ahli parlimen atau bekas
menteri dilantik sebagai Penasihat atau Duta Khas kepada Perdana
Menteri. Gaji yang diberi kepada Penasihat dan Duta Khas lebih lumayan
daripada Menteri atau Timbalan Menteri.
Kabinet
Najib menpunyai 36 menteri penuh dan 32 timbalan menteri. Wujudnya
sepuluh menteri dan dua timbalan menteri dalam Jabatan Perdana Menteri
(JPM) sendiri. Terdapat hanya lima orang menteri dalam JPM sebelum
pilihanraya 2013.
Menurut
jawapan bertulis Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, yang saya terima mengenai jumlah dan peranan Duta Khas
dan Penasihat kepada Perdana Menteri semasa Perbahasan Bajet 2016
Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat:
"Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan mereka diberi mengikut
tanggungjawab tertentu yang telah ditetapkan berdasarkan kepakaran
masing-masing. Mereka mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut di
dalam membantu kerajaan melaksanakan program-program yang telah
dipertanggungjawabkan.
"Selain
itu, mereka mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan negara lain
berdasarkan bidang tugas dan pengalaman mereka sebelum ini. Kerajaan
hanya membayar gaji dan elaun mengikut kelayakan masing-masing
berdasarkan kepakaran yang diberi. Seramai lapan Duta Khas dan Penasihat
telah dilantik seperti berikut:
- Datuk Seri Dr Abdullah Bin Md Zin, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri;
- Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
- Tan Sri Datuk Seri Utama Rais Yatim, Penasihat Hal Ehwal Social dan Kebudayaan kepada Kerajaan Malaysia;
- Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China;
- Datuk Seri Tiong King Sing, Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan;
- Datuk Seri S. Samy Vellu, Duta Khas ke India dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur;
- Datuk Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita; dan
- Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor, Penasihat Perdana Menteri
Menurut Senarai Perjawatan 2016 (Maksud
Bekalan 6 – Jabatan Perdana Menteri, muka surat B06-1 hingga B06-15,
gaji rasmi bulanan (tidak termasuk elaun ahli parlimen dan elaun-elaun
lain) untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan
Timbalan Menteri ialah:
- Perdana Menteri RM22,826.65
- Timbalan Perdana Menteri RM18,168.15
- Menteri RM14,907.20
- Timbalan Menteri RM 10,847.65
Gaji rasmi yang tersenarai dalam Senarai Perjawatan 2016 adalah seperti berikut:~
- Duta Khas ke India dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur (Samy Vellu): RM 27,227.20
- Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang): RM 22,500.00
- Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita (Sharizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO): RM 27,227.20
- Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan (Rais Yatim): RM 27,227.20
- Penasihat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (Jawatan ini tidak disenaraikan oleh Azalina dan saya difahamkan dipegang oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar): RM 27,227.20
- Penasihat Agama Islam kepada Perdana Menteri: RM 14,907.20
Difahamkan
Ong Ka Ting dan Tiong King Sing tidak menerima gaji untuk tugasan
mereka. Tidak ada maklumat mengenai gaji Shaziman Abu Mansor.
Walau
bagaimanapun, setiap Penasihat atau Duta Khas diperuntuk dengan empat
hingga lapan orang pegawai dan pembantu seperti yang diperuntukan untuk
seorang menteri penuh.
Lantikan
bekas ahli politik sebagai duta-duta ke luar negeri bukan amalan baru
yang diterima walaupun bilangannya haruslah dikawal supaya lebih ramai
duta datang dari kalangan diplomat kareer.
Yang
tidak boleh diterima adalah apa yang saya gelarkan sebagai "duta
palsu", iaitu duta khas kepada Perdana Menteri yang tidak tertakluk
dalam struktur Wisma Putra. Saya difahamkan pertindihan diantara
duta-duta khas dengan Wisma Putra lazimnya berlaku dan amalan memberikan
gelaran duta khas untuk ahli-ahli politik Barisan Nasional perlulah
dihentikan.
Jawatan-jawatan
Penasihat kepada Perdana Menteri yang bertaraf menteri dan diberikan
gaji yang lebih tinggi daripada menteri adalah salah dari segi amalan
Kerajaan Kabinet. Semua Penasihat-penasihat bertaraf "menteri pintu
belakang" sepatutnya digugurkan jawatan.
* Liew Chin Tong ialah Ahli Parlimen Kluang
No comments:
Post a Comment