Wednesday, November 20, 2019

Azmin masih tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR





Khairunnisa Kasnoon, Astro Awani


Fahmi berkata. tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atas Mohamed Azmin dan beliau diberi peluang untuk tampil memberi penjelasan. - Foto Astro AWANI/Nisa Kasnoon,


KUALA LUMPUR: Biro Politik Keadilan masih menunggu penjelasan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pertemuannya dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Isnin lalu.

Ia berikutan Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak hadir dalam mesyuarat Biro Politik parti yang diadakan di Parlimen pada Rabu malam.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atas Ahli Parlimen Gombak itu dan beliau diberi peluang untuk tampil memberi penjelasan atas ketidakhadirannya dalam Mesyuarat Biro Politik parti yang diadakan setiap minggu.

"Sepanjang pengetahuan Biro Politik, masih belum ada kes disiplin membabitkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali," ujarnya.

BACA: Azmin buka mulut, mesyuarat dengan pembangkang katanya perkara biasa

Mesyuarat Biro Politik PKR diadakan di pejabat Parlimen bagi memudahkan Ahli Parlimen yang menganggotai biro termasuk Azmin hadir ke mesyuarat terasebut memandangkan sidang parlimen berlangsung pada sebelah siangnya.

Pada Isnin lalu, Mohamed Azmin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen PH dan BN di Putrajaya.

Dipercayai kesemua mereka berada di rumah tersebut sejak pukul 7 petang dan kelihatan meninggalkan kediaman itu pada pukul 11 malam.

Mohamed Azmin dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat parti itu sejak setahun lalu.

Kerajaan PH berhadapan masalah komunikasi untuk beritahu kejayaan dicapai - Tun Mahathir




Fareez Azman, Astro Awani


Jelas Perdana Menteri, jika dibandingkan kejayaan yang berjaya dicapai kerajaan pimpinannya dalam tempoh hampir dua tahun, ianya adalah satu pencapaian di luar jangkaan. - Foto Astro AWANI

PETALING JAYA : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kelemahan kerajaan Pakatan Harapan dalam memberitahu akan kejayaan yang dicapai dalam tempoh singkat.

Sebaliknya jelas Perdana Menteri, jika dibandingkan kejayaan yang berjaya dicapai kerajaan pimpinannya dalam tempoh hampir dua tahun, ianya adalah satu pencapaian di luar jangkaan.

"Satu daripada masalah yang kerajaan ini hadapi adalah kelemahan dari sudut komunikasi dan memberitahu akan kejayaan yang berjaya kita lakukan.

"Jika dilihat sebenarnya kerajaan Pakatan Harapan berjaya membuat perubahan lebih baik daripada mana mana kerajaan yang lain dengan tempoh pentadbiran hampir dua tahun ini contohnya seperti peningkatan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang lebih baik daripada kerajaan sebelum ini," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu di Petaling Jaya pada Rabu.

Dr M: Mungkin saya diktator tapi...



Hariz Mohd



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau berperanan dalam pertemuan antara MP Umno dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin ALi pada malam Isnin lalu.
"Mungkin saya diktator, tapi kali ini saya tidak tentukan (pertemuan itu)," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan The Star yang memetik sumber berkata pihak berkaitan dengan Dr Mahathir mengarahkan Azmin bertemu MP Umno tersebut.

"Mahathir sibuk, pihaknya mengarahkan mereka untuk berjumpa dengan Azmin terlebih dahulu supaya dia dapat mengukur sokongan mereka dan sama ada mereka ikhlas mahu menyokong kepimpinannya," kata laporan itu memetik sumber.


Ditanya jika mesyuarat itu sesuai diadakan, Dr Mahathir berkata perkara itu perlu ditangani PKR.

"Saya belum lagi bercakap dengan beliau (Azmin) jadi saya tidak tahu kenapa beliau adakan mesyuarat.

"(Pertemuan) itu melibatkan parti lain juga. Mereka (PKR) lah perlu selidik perkara ini," katanya.


Gambar hiasan: Azmin dan Hishammuddin di parlimen.

Pada malam Isnin lalu, sekurang-kurangnya 22 MP Umno berkumpul di kediaman rasmi Azmin di Putrajaya.

Beberapa MP PKR juga hadir, termasuklah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar.

Semalam, ketika ditanya mengenai pertemuan itu Azmin berkata ia hanya mesyuarat biasa dengan tidak ada perkara yang luar biasa.

Menurut timbalan presiden PKR itu lagi, beliau tidak ingat siapa yang meminta mesyuarat yang menjadi kontroversi itu diadakan

Perjumpaan antara Azmin dan pemimpin BN ini berlangsung dua hari selepas kekalahan besar PH dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Beberapa pemimpin PH menyalahkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atas kekalahan itu dan mencadangkan agar beliau menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Azmin tampil menyokong Dr Mahathir dan menyeru pemimpin serta ahli-ahli parti PH untuk bersamanya.

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan Azmin bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, yang juga MP Sembrong, untuk mengumpul sokongan ahli parlimen bagi menyekat kemaraan Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Hishammuddin juga hadir pertemuan pada malam Isnin lalu.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam pula mendakwa Hishammuddin mengetuai pertemuan dengan Azmin itu.

Menurut Lokman, bekas naib presiden Umno itu mengkhianati rakyat Malaysia khususnya pengundi di Tanjung Piai yang baru sahaja memenangkan calon BN dua hari lalu.

Bagaimanapun, Hishammuddin menafikan sebarang peranan dan berkata sedia menghadapi tindakan disiplin Umno.

PKR bukan sengaja tak hadir tunjuk sokongan pada MB Perak - round about & u turn ...


B Nantha Kumar




PKR menegaskan ketiadaan wakil parti itu semasa Adun dan exco Perak mengadakan sidang media untuk menunjukkan sokongan kepada Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, bukanlah dirancang.

Sebaliknya kata Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, kemungkinan Adun dari parti itu mempunyai tugasan lain dan tidak dimaklumkan mengenai sidang media tersebut.

"Tidak, ia bukan boikot... tak ada begitu," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam sejumlah exco Perak diketuai pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi, memberi jaminan bahawa kerajaan PH di situ masih tetap kukuh walaupun terdapat banyak "fitnah dan khabar angin" serta cubaan menggugat kestabilannya.


Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas tularnya rakaman video Ahmad Faizal yang mendakwa beliau bersendirian menghadapi DAP.

Tidak lama selepas itu muncul pula klip video lain memaparkan individu yang kelihatan seperti Adun DAP, Dr Aziz Bari, yang menyatakan hasrat untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.

Pertama sekali, kata Farhash, dia mendakwa tidak tahu aktiviti harian Adun PKR Perak. Justeru, katanya, dia tidak tahu apa yang berlaku semalam.

"Saya juga tak tahu ada mesyuarat (sidang media)," katanya.

Sementara itu, portal The Star Online melaporkan sebuah NGO dikenali Pro 98 Reformis Perak menggesa Ahmad Faizal meletak jawatan untuk memulihkan keyakinan penyokong PH.

Setiausahanya Sazali Samsudin berkata ramai penyokong PH kecewa dengan kepemimpinan Ahmad Faizal di Perak.

Sazali berkata desakan itu juga bertujuan untuk mengukuhkan PH mendepani pelbagai isu, termasuk dakwaan merogol yang dikenakan pada Adun Tronoh, Paul Yong.

MAHATHIR MINTA NYAWA: MP BN, PKR berjumpa di rumah Azmin



Sumber yang dipercayai berkata sekurang-kurangnya 17 Ahli Parlimen BN dan lima ahli parlimen PKR hadir di perjumpaan itu.

Sekumpulan Ahli Parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya.

Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9.30 malam dan berlangsung selama dua jam.

Ahli Parlimen BN mengunci mulut berhubung tujuan kehadiran mereka ke banglo yang terletak di tepi Tasik Putrajaya itu.

Selain Ahli Parlimen BN, Ahli Parlimen PKR turut hadir.

Wartawan MalaysiaKini yang tiba di lokasi mengesahkan melihat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak).

Ketika ditemui, Zuraida sekadar melambai kepada wartawan tanpa memberi sebarang ulasan. Ahli Parlimen BN yang lain yang meninggalkan kawasan itu turut enggan memberi ulasan.

Salah seorang ahli parlimen BN dilihat berjalan keluar dari kawasan itu ialah Ahli Parlimen Cameron Highlands BN Ramli Mohd Nor.

Apabila ditanya mengenai pertemuan itu, dia hanya berkata: "Tak ada apa".

MalaysiaKini juga melihat kenderaan Ahli Parlimen BN Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abd Muttalib (Maran).

https://m.malaysiakini.com/news/500328?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
                                                                   Hadir:

1. Jasin
2. Arau
3. K Krau
4. Gerik
5. Paya Besar
6. Maran
7. Sembrong
8. Pengerang
9. Kuala Kangsar
10. Jerantut
11. Tenggara
12. Parit
13. Lipis
14. Jempol
15. Cameron Highlands
16. Jelebu
17. Padang Besar

Tidak Hadir:

1. Bagan Datuk
2. Pekan
3. Ketereh
4. Pasir Salak
5. Machang
6. Padang Rengas
7. Bera
8. Padang Terap
9. Lenggong
10. Parit Sulong
11. Pontian
12. Kota Tinggi
13. Tapah
14. Ayer Hitam
15. Tanjung Piai
16. Kinabatangan
17. Tanjung Karang
18. Rompin
19. Gua Musang
20. Kinabatangan
21. Kepala Batas
22. Putrajaya
23. Rembau
24. Besut

Total BN MP : 41
Hadir : 17
Tidak hadir: 24
                                                                        Wahai yang berada di atas sana,
ingatlah kami yang di bawah ini yang menyokong kamu naik ke atas,

Jangan terlalu rakus hendak berkuasa dan menjadi kaya,
hingga lupa kami yang di bawah,

Ingat, tanpa kami yang di bawah ini,
tidak mungkin kamu akan berada di atas sana, betapa pun, susah lagi kami yang menanggung!

Wahai yang di atas,
Bertempur biarlah berdepan, jangan main belakang!

Jangan kerana taksub nak tempat dan jawatab, kalian sanggup bermain belakang dan meminjak2 kami, pengundi!

Diri wakil rakyat adalah wakil kepada kami yang di bawah,
justeru kami ingin berpesan kepada yang di atas,

Biarlah menang bermaruah,
Supaya bisa kekal lama di atas menakhoda zaman.

P/S: Kawan guna ayat berkias dan madah berhelah dahulu, kalau 'slow' sangat dan tak juga mahu faham, nanti kawan guna ayat power yang lain pula.

https://www.facebook.com/100002068144841/posts/2993727094039533?d=n&sfns=mo
                                                                                                                                    Apa perlu dan pentingnya MP-MP BN untuk selamatkan Tun M yang telah berkhianat dan membawa terlalu banyak keburukan dan kerosakan kepada UMNO dan BN? RAKYAT mahukan wakil yang berpegang teguh kepada prinsip bukan menjadi opportunists haprak yang lompat sana sini untuk survival dan kesenangan diri. Kenanglah sama para penyokong yang sanggup berpanas berhujan, berlapar dan dahaga ketika meraih undi, juga ingat para pengundi yang akan marah jika kepercayaan mereka dikhianati. Be gentleman enough to ask for Parliament to be dissolved, give back the power for the people to decide. Hidup Rakyat! - #ReferundumRakyat

Tun Mahathir Menyeru Supaya Carrie Lam Letak Jawatan

Jika Tun Mahathir Menyeru Supaya Carrie Lam Letak Jawatan, Inilah Masa Tun Mahathir Laksanakan Untuk Dirinya Sendiri :

Tun Mempunyai pilihan:


Letak jawatan dan serah kuasa kepada Anwar sebagai PM. Relakah Rakyat Terima PHaprak yang Jelas di Tolak Bulat2 di Tanjung Piai. Percayakah Tun M yang Anwar Tidak akan Membalas Dendam pada Tun M dan Keluarga bila Berkuasa nanti?


2.Undi Tidak Percaya di Parlimen. Tidak Malukah Tun M mencipta sejarah berulang kali.. Kembali menjadi PM kali ke2, PM yang Paling Tua dan PM yang di Guling melalui undi Tidak Percaya di Parlimen.

3.Serah kembali kepada Rakyat untuk membuat pilihan siapakah yang Paling Layak untuk Memerintah dan Membawa Malaysia kembali kepada Negara Yang Aman, Makmur dan Bahagia… Dan Tun M dan Hasmah baliklah menikmati Kehidupan menghabiskan sisa hidup bersama anak dan cucu…

Pilihan ke 3 yang Terbaik untuk Tun M .. menutup sejarah kehidupan sebagai seorang Negarawan…

Link Post: https://wp.me/pbhjnN-Yd
Untuk Tidak Ketinggalan Sebarang Info, Download

Dr M bukan mahu selamatkan negara, tetapi anaknya, dakwa TMJ




PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohmad bukannya mahu menyelamatkan negara, tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.
“Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara, tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.
“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” tulis Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi catatan Facebook malam tadi.
Tanpa menamakan Dr Mahathir, TMJ berkata, bekas perdana menteri itu bertanggungjawab memansuhkan kuasa sultan, rujukan jelas terhadap pindaan Perlembagaan pada 1990-an.
“Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam (kelmarin) di Pasir Gudang,” katanya merujuk ceramah PH di mana Dr Mahathir mengumumkan keputusan gabungan pembangkang itu menggunakan logo PKR pada PRU14.
“Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.”
Dr Mahathir pada 1992 merancang kempen untuk memansuhkan kekebalan raja Melayu, susulan kontroversi membabitkan seorang jurulatih hoki dan Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail, ayahanda kepada Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tahun berikutnya, selepas kempen media diketuai Dr Mahathir, Parlimen meluluskan pindaan untuk memansuhkan kekebalan raja Melayu.
Sultan Ibrahim adalah seorang daripada raja Melayu yang mengkritik Dr Mahathir secara terbuka, seorang lagi ialah Sultan Selangor.
Sultan Johor antara lain tidak berpuas hati dengan tindakan Dr Mahathir membantah projek Forest City dekat Johor Bahru.

TMJ dalam catatan malam tadi turut mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya di kemuncak krisis Dr Mahathir dan istana Johor.
“Saya tidak lupa pada tahun 1992, ketika saya kecil dahulu dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya, ‘Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak’.”
Tunku Ismail berkata, rakyat yang “berkecil hati terhadap kepimpinan negara” tidak patut menyalahkan sesebuah organisasi atau parti hanya kerana seorang individu bermasalah.
Katanya, masalah boleh diselesaikan jika rakyat Johor membenarkan Sultan Johor dan beliau menangani masalah dalam Umno yang ditubuhkan di negeri itu.
“Jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi.
“…benarkan sultan dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda. Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu untuk negeri dan negara tercinta.
“Bagi pandangan saya, Umno perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna Umno perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi, terutama sekali sistem hirarki.”
Beliau berkata, rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Sultan Johor dan beliau untuk disampaikan kepada kerajaan memerintah.
“Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dalam kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan.
“Jangan sesekali anda sangka kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada di dalam kerajaan.”
Katanya, walaupun bukan ahli politik, tetapi beliau mempunyai agenda sendiri untuk menjaga kedaulatan negeri dan kesejahteraan rakyat Johor.
“Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar,” kata bekas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.
Tunku Ismail turut menasihatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan Johor.
“Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri sekarang ini.
“Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan.”

Tun Dr M vs TMJ

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohmad bukannya mahu menyelamatkan negara, tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.

“Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara, tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.

“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” tulis Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi catatan Facebook malam tadi.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/08/dr-m-bukan-mahu-selamatkan-negara-tetapi-anaknya-dakwa-tmj/
🚩🏴🛡👑⚔🚩

"Orang Melayu ini seperti Buah Manggis"

Kenapa Kerajaan Islam Melayu dahulu tumbang? "Orang Melayu ini seperti Buah Manggis" - Kata Pahlawan Mat Kilau (1969).

AL-FATIHAH
(DALAM MEMORI PEJUANG NEGARA)

Artikel salinan: Winda A

Jika dilihat Sejarah Kerajaan Islam Melayu dari Zaman Kesultanan Kedah Tua,bKerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Acheh, Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang atau Kerajaan Mataram di Jawa sekali pun, Kerajaan tersebut tumbang bukanlah disebabkan Kekuatan Armada Tentera Penjajah..

Kerajaan tersebut tumbang kerana "Senjata Makan Tuan" iaitu Budaya Menikam dari Belakang yang masih diamalkan orang Melayu hingga kini..

Budaya "Api dalam Sekam" yang menular dalam Pemerintahan akhirnya menjadi "Musuh Dalam Selimut" yang masih sukar dibendung..

Lihat sahaja kekalahan Dol Said di Naning pada tahun 1831..

-Rujuk Kisah Perang Naning 1 dan 2..

(Dol Said Dikhianati Oleh Pengikutnya Yang Berpaling Tadah Kepada Penjajah Setelah Diberi Ganjaran Beberapa Keping Wang Emas)

Dol Said bukanlah calang-calang Orangnya, bukan sahaja hebat dari segi Kepahlawanannya bertarung dengan Musuh.. tetapi ketinggian Ilmu Kerohanian Agamanya..

Beliau tewas bukanlah disebabkan Penjajah atau Musuh itu lebih hebat ketika berperang, tetapi tewas disebabkan wujudnya orang-orang yang seBangsa dan seAgama yang menjadi "Talam Dua Muka" dan sanggup berpaling tadah terhadap perjuangan mereka sendiri..

Demikian juga masalah yang dihadapi oleh Dato Bahaman Orang Kaya Semantan, Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu yang pernah di serang Penjajah di Tembeling hingga dikatakan terpaksa berundur di sempadan Siam.. Mereka berundur bukan kerana takut pada Penjajah tetapi berundur kerana tidak mahu lebih ramai rakan-rakan yang menjadi korban akibat pengkhianatan Orang Melayu itu sendiri..

(Mat Kilau dikhianati segelintir Orang Melayu yang memberitahu Penjajah pegerakkan dan persembunyian Mat Kilau di Tembeling, Jerantut dan persembunyiannya di beberapa Kubu penting hingga beliau terpaksa berlindung dengan Tok Ku Paloh, Terengganu)

Semasa kemunculan Mat Kilau pada tahun 1969, beliau pernah ditanya oleh beberapa kenalan termasuk dari Guru Silat saya sendiri yang pernah berjumpa dan berhadapan dengannya..

Antara Soalan yang ditanya kepada Allahyarham Mat Kilau semasa hayatnya, adalah tentang Perjuangan Melayu menentang Penjajah.. Mat Kilau menjawab, "Orang Melayu ini seperti Buah Manggis, Di luarnya Hitam, Dalamnya Putih..." Bermaksud: "Orang Melayu ini semangatnya hanya meluap-luap, semangatnya pada Zahirnya sahaja.. Sedangkan Batinnya masih Lembut.."

Katanya lagi, "Buah Manggis juga bergetah, Sama seperti Buah Bacang, Sayangnya Buah Manggis tidak BerBisa seperti Buah Bacang yang kalau ia disentuh boleh menyebabkan kulit menjadi kudis..."

Ia bermaksud luahan hati Allahyarham Mat Kilau ketika itu, yang kecewa dengan Bangsa Melayu di zamannya yang mudah ditakutkan atau tidak berani melawan apabila terancam, hanya segelintir dari mereka sahaja yang sanggup berjuang hingga sanggup meninggalkan keluarga, harta benda, pangkat kekayaan dan gelaran serta kampung halaman untuk berjuang menentang Penjajah..

Allahyarham Mat Kilau semasa hayatnya juga menjawab Orang Melayu juga ibarat " Buntut Buah Manggis " "Kalau Buah Bunganya Kembang Lima, Maka Isinya juga Lima, Kalau Bunganya Kembang Enam, Isinya juga Enam..."

Maksudnya:

Orang Melayu di zamanya tidak dapat Menahan dan Menyimpan Rahsia-rahsia penting mengenai Strategi Perjuangan Sulit mereka..

Inilah sebabnya Bangsa Melayu di zamannya "Gagal Menentang Penjajah..." Kesimpulannya, Jatuhnya Kerajaan Islam Melayu itu sendiri atas Faktor:

- Kezaliman Diri Mereka Sendiri

- Budaya Rasuah (Dapat Ganjaran Wang Emas, Pangkat dan Harta dan Gelaran Dari Penjajah)

- Fitnah (Budaya Dengki Sesama Sendiri)

- Pengkhianatan (Tikam Belakang, Rebut Jawatan Pembesar)

Kesemuanya itu disebabkan Lemahnya Akidah mereka untuk memperjuangkan Pengorbanan Harta Benda, Nyawa dan Negara...

Bukan sahaja di Tanah Melayu sendiri tetapi juga di Era atau Zaman Khulafa Al Rasyidin, Umaiyah, Abbasiyah hingga Uthmaniah juga terkena Penyakit yang sama..

Persoalannya Wujud ka?