Friday, June 21, 2019

Hadi: PAS tolak budaya perkauman dan fanatik agama

Faiz Zainudin

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar berajuk ‘Islam Memimpin Perpaduan’ pada muktamar parti itu ke 65 di stadium tertutup Sukpa, di Kuantan hari ini. KUANTAN: PAS menentang sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang cuba memainkan isu perkauman, selain menolak gerakan yang terlalu taksub kepada agama, kata Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, pihaknya akan mempertahankan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia mengikut acuan Islam, bukannya dengan tujuan meraih kepentingan politik.

“Kita tetap mempertahankan kewujudan masyarakat majmuk ini kerana petunjuk Islam, bukannya bermain politik.

“Kita buktikan adanya sayap bukan Islam dalam PAS dan adanya pada Umno yang bersifat Melayu Islam tidak berpisah dan Bumiputera tegar, namun tetap menjalin rantaian yang tidak putus dengan semua kaum yang lain.

“Kita menentang sesiapa sahaja yang mahu membakar api perkauman dan fanatik agama yang merosakkan masyarakat majmuk ini, dan tidak berganjak dalam mempertahankan Islam memimpin dengan semangat tema yang diteruskan,” katanya dalam ucapan dasar presiden yang bertajuk “Islam Memimpin Perpaduan” sempena Muktamar PAS kali ke-65 di sini, hari ini.

Katanya, kedudukan semua kaum akan terjejas jika pendekatan Islam tidak dilaksanakan.

“Kaum lain yang beragama bukan Islam sepatutnya tidak berasa khuatir dengan adanya jaminan keadilan dan hak mengikut Al-Quran dan perlembagaan negara yang sentiasa diislahkan.

“Sebaliknya kalau aspek ini diganggu boleh mengancam kedudukan semuanya,”katanya.

Hadi berkata, kejayaan pendekatan Islam yang dibawa PAS dalam memberi keadilan untuk semua diterjemah melalui pentadbiran parti itu di Kelantan dan Terengganu.

“Kelantan dan Terengganu sudah berjaya membuktikan bahawa keadilan kepada semua kaum dan bangsa bukanlah ucapan kosong yang sudah dibuktikan melalui hak kebajikan dan beragama yang dijaga oleh kerajaan di bawah kepimpinan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.

“PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menerima konsep politik Islam yang adil dan rahmat untuk semua adalah jambatan PAS kepada penganut bukan Islam hendaklah diperkasakan dengan penglibatan pelbagai kaum dan bangsa untuk mengubah persepsi negatif dan fobia terhadap Islam,” katanya.

Hadi menyuarakan kebimbangan berhubung perkembangan semasa ketika ini apabila ada pihak yang berani dan bertindak secara melulu mencabar kedudukan Islam, Raja dan hak istimewa yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Katanya, institusi itu sepatutnya dipeliharan dan dijaga semua kaum, bukannya bertindak mencabarnya, termasuklah oelh kalangan orang Islam sendiri.

“Rakyat pelbagai kaum dan agama hendaklah menolak kalangan (kumpulan) ini dalam pilihan raya umum akan datang demi kebaikan semua pihak dan mengatur hari muka yang bahagia dan tiada kecelakaannya. Kewujudan pelbagai bangsa dan bahasa adalah fitrah yang tidak boleh dipisahkan,” katanya.

PAS terbuka jalin kerjasama dengan bukan Islam

Hadi berkata, PAS terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan parti atau pertubuhan bukan Islam.

“Terbarunya dengan MIC yang menunjukkan hasil sangat positif apabila memahami titik persamaan yang boleh bekerjasama dan memahami perbezaan yang boleh dibincangkan secara terbuka tanpa perkelahian, apabila masing-masing menjaga adab dan sempadannya.

“Berpandukan ijtihad politik semasa dalam hal ini, PAS konsisten untuk memilih pendekatan damai dalam berpolitik (muwajahah silmiyyah) dan terbuka untuk berdialog dan menjalin hubungan politik dengan semua pihak atas prinsip kerjasama.

Katanya, PAS juga akan menguasai media sosial dalam memberi penerangan tentang perjuangan yang dibawa parti itu, khususnya kepada bukan Islam.

“Kita akan memberi kefahaman dan penjelasan kepada mereka tentang Islam dan perjuangan PAS berkonsepkan hikmah, tiada paksaan dalam agama dan adil untuk semua.

“Percayalah bahawa hanya Islam yang sempurna, adil dan rahmat dapat menyatukan masyarakat majmuk dengan selamat. Inilah ‘Piagam Jaminan Perlindungan Bukan Islam’ yang akan terus dipegang oleh PAS, antaranya mendahulukan perdamaian dan persaudaraan, tanpa paksaan dalam perkara agama. Islam mewajibkan pemerintah untuk bersikap adil kepada semua.

“Islam mengizinkan penganut agama lain melaksanakan apa yang diizinkan oleh agama mereka, walaupun diharamkan oleh Islam dengan sempadan menjaga sensitiviti umat Islam,” katanya.

PAS juga mengakui kelemahan menguasai media sosial sebelum pilihanraya lalu menyebabkan rakyat keliru dan gagal mendapatkan maklumat tepat tentang parti itu.

“Maklumat perlu disampaikan kepada kumpulan sasaran yang tepat dalam kadar yang cepat,”katanya.

Perjuang hak Sabah dan Sarawak

PAS katanya, beriltizam untuk meningkatkan taraf hidup peribumi Sabah dan Sarawak serta menyeru semua pihak supaya memperkukuh komitmen pada Perjanjian Malaysia 1963 dengan memperbaiki segala kelemahan sepanjang pelaksanaannya ke arah menguatkan persekutuan Malaysia dan merapatkan jurang perbezaan yang wujud selama ini.

“Kita perlu menolak sebarang usaha untuk memisahkan penyatuan ini dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Selatan Sudan dan Timor-Timur yang lebih malang nasibnya selepas berpisah,” katanya.

Muktamar PAS ke 65 yang bermula hari ini dan dijadualkan berakhir pada Ahad dihadiri lebih 1,000 perwakilan parti itu dari seluruh negara. Muktamar sayap Muslimat, Pemuda dan Ulama PAS diadakan lebih awal sebelum ini.

PH gagal pertahan Islam dan urus ekonomi, kata Hadi

Faiz Zainudin

Abdul Hadi Awang menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi negara terus perlahan sehingga 2020 di bawah kerajaan PH pimpinan Mahathir Mohamad. KUANTAN: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak mempertahankan Islam dan gagal menguruskan ekonomi negara.

Dalam ucapan dasarnya sempena Muktamar PAS ke-65, ahli Parlimen Marang itu berkata, negara kehilangan arah tuju politik dan ekonomi di bawah pentadbiran PH yang sehingga kini gagal mengemukakan idea serta gagasan bernegara mengikut acuan Islam sebenar.

“Kita juga sedang menyaksikan kecelaruan kiblat politik dan ekonomi di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

“Terlalu panjang untuk disenaraikan kelemahan kerajaan Pakatan Harapan yang hanya tahu menyalahkan pihak lain ataupun menjenamakan dan menghidupkan kembali program kerajaan terdahulu yang dikritik mereka.

“…sehingga ada yang menggelar Pakatan Harapan sebagai kerajaan yang lemah dan tidak boleh diharapkan.”

Hadi berkata, rakyat bijak menilai pembohongan kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang gagal menunaikan semua janji di bawah manifesto pilihan raya umum ke-14 lalu.

Beliau menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi negara terus perlahan sehingga 2020 di bawah pentadbiran PH.

“Mereka juga gagal menguruskan ekonomi bagi mewujudkan lebih peluang pekerjaan dan mengurangkan kos sara hidup yang sedang ditanggung rakyat.

“Kerajaan dilihat masih gagal untuk meningkatkan keyakinan pelabur dan daya tahan ekonomi negara dengan mengambil kira peluang pekerjaan yang terhad, kos sara hidup rakyat yang terus meningkat dan kuasa beli yang lemah.”

PRU15

Hadi turut menyeru semua ahli dan jentera PAS bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRU15 diadakan lebih awal memfokuskan gerak kerja di peringkat akar umbi, bukannya memikirkan kerusi mana harus ditandingi parti Islam itu, susulan kerjasama PAS-Umno.

“Keutamaan perlu diberikan kepada aspek penambahan ahli, pendaftaran pengundi, pelebaran pengaruh dan penguasaan media secara berstrategi. Namun, setiap gerak kerja perlu berterusan dan bermula dari awal, bukannya tergopoh-gopoh membuat program.

“Mandat untuk menjalin kerjasama politik, pembahagian kerusi dan pemilihan calon hendaklah diserahkan kepada Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat, dengan mengambil kira pertimbangan Fiqh Siasah dan strategi politik semasa.

“Patuhi setiap arahan. Jangan sibuk mahu menjadi panglima perang, sedangkan perisai dan kuda belum dipersiapkan,” pesannya kepada ahli dan jentera PAS.

Thursday, June 20, 2019

Khaled penipu, hilang kejantanan – Lokman

KUALA LUMPUR – Kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin jelas menunjukkan beliau hilang kejantanan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Mohamed Khaled dalam kenyataannya membuktikan dirinya juga seorang penipu.

“Saya agak terkejut membaca kenyataan Khaled berhubung cadangan pindaan Perlembagaan UMNO.
“Khaled sememangnya berniat jahat dengan mengemukakan cadangan fasal baru dalam Perlembagaan UMNO bagi memastikan mereka yang bersalah di bawah pertuduhan rasuah atau jenayah kehilangan keahlian setelah merayu di peringkat tertinggi.
“Ini adalah kerana ROS sememangnya tidak membenarkan mereka yang didenda melebihi RM2,000 atau penjara lebih setahun memegang sebarang jawatan semasa menjalani hukuman dan lima tahun setelah selesai menjalani hukuman.

“Apa perlu diwujudkan undang-undang baru mengikut kehendak Tun Mahathir Mohamad? Ianya hanya untuk memastikan agar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kehilangan keahlian dan tidak berpeluang kembali memegang jawatan sebagai presiden parti sepertimana Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mendapat pengampunan diraja,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut Lokman, kenyataan Mohamed Khaled dalam perkara 13 iaitu “sepanjang proses perjumpaan dan sumbang saran ini berlaku, tidak langsung ada cadangan melucutkan keahlian mereka yang di bawah pertuduhan bagi sebarang salah laku.” juga membuktikan niat jahatnya kerana beliau mengesahkan bahawa tiada pihak yang mencadangkan agar mereka yang ada salah laku perlu dilucutkan keahlian.
“Maknanya Khaled sendiri yang memasukkan cadangan fasal baru ini,” dakwanya lagi.

Menurutnya, dalam perkara 12, Mohamed Khaled menjelaskan semua yang dimasukkan di dalam cadangan merupakan cadangan akar umbi boleh mencadangkan agar masalah disiplin UMNO yang berkaitan soal kewangan perlu diserahkan kepada pihak SPRM bagi meneruskan siasatan dan menjatuhkan hukuman.
“Persoalannya adakah ahli UMNO yang mahu letak Latheefa Koya, Tommy Thomas dan Mahathir ambil alih tugas Jawatankuasa Disiplin UMNO?” soalnya lagi.

Justeru, Lokman mahu semua ahli-ahli UMNO wajib membaca cadangan pindaan itu dan beri pandangan supaya manusia korup tidak boleh menipu apa yang telah beliau bentangkan dalam MT.-

APA JENIS MANUSIA PERANGAI MACAM NI...

Tidak timbul isu lepas jawatan TPM- Dr Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tidak timbul isu untuk beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(BH) – Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak berbangkit kerana dalam perjanjian sebelum ini dipersetujui beliau akan menjadi timbalan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, dalam perjanjian itu juga dipersetujui beliau kekal Timbalan Perdana Menteri walaupun Anwar dilantik Presiden PKR.

“Saya sudah katakan akan meletak jawatan apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi tiada isu dalam perkara ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pertahanan Siber di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ditanya mengenai desakan beberapa pihak supaya beliau melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi menyelesaikan isu berkaitan jawatan dan kedudukan dalam PKR.

Antara yang lantang membuat gesaan itu bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai CheguBard.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli yang juga bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor mencadangkan Wan Azizah menyerahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada suaminya.

Shaid berkata, peralihan kuasa pada masa ini tidak masuk akal sama sekali memandangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri masih dipegang Dr Wan Azizah.

Mahathir Setuju Tidak Tukar TPM

Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mencapai kata sepakat untuk tidak melakukan pertukaran jawatan timbalan perdana menteri dan Kabinet buat masa sekarang.
“Saya menyatakan persetujuan terhadap pendirian beliau untuk memberi tumpuan kepada program pembangunan negara,” katanya menerusi kiriman Facebook hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan singkat bersama Mahathir di Putrajaya sebelum beliau berlepas ke Bangkok.
Selasa lalu, Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai timbalan perdana menteri sehingga Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan negara daripada Mahathir.
Wan Azizah berkata demikian mengulas gesaan Bendahari PPBM Selangor, Mohd Shaid Rosli yang mendesaknya meletak jawatan terlebih dahulu jika PKR mahu peralihan kuasa di antara Mahathir dan Anwar berlaku dalam tempoh berbaki setahun lagi.
Timbalan perdana menteri itu menegaskan peralihan kuasa akan berlaku seperti mana dijanjikan oleh Mahathir iaitu memberi laluan kepada Anwar sebagai perdana menteri selepas 2 tahun pembentukan kerajaan Pakatan Harapan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau juga membincangkan isu video seks gay yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, mengatakan PKR menolak budaya politik jijik dan keji.
“Saya turut melahirkan rasa simpati terhadap Azmin Ali dan keluarganya,” katanya sambil menegaskan wujudnya unsur politik berkaitan isu itu. - fmt

UNDI LAGI LEBAI TALIBAN KAN DAH MENDAPAT...

Penulis ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ Ugut Anwar?

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000 sekiranya enggan buku ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ diterbitkan dan didedahkan kepada umum.

Menurutnya, Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul telah membuat laporan polis petang tadi dan beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sekarang dia (Johari) dah buat laporan polis (terhadap) orang yang jadi penulis picisan, dibayar, diupah. Masa untuk (penulis) diketahui oleh umum, disiasat dan diambil tindakan wajar

“(Adakah Datuk Seri maklum dengan ugutan itu?) Ya, dan polis harus siasat.

“Dia ugut, kita tak bayar RM400,000, dia akan publish (terbitkan buku itu),” katanya ketika ditemui dalam Majlis Makan Malam Hari Raya anjuran Majlis Perniagaan Malaysia - India di sini malam tadi.. laporan penuh sila baca di SINI

Johari semalam dalam sidang media semalam dan mendakwa Yahaya yang disifatkannya sebagai penulis upahan cuba memeras ugut Anwar.

"Jika Anwar tawarkan harga lebih tinggi (daripada RM400,000 yang ditawarkan pihak lain), dia sanggup untuk beri buku itu kepada Anwar. Jika tidak, dia akan beri kepada individu yang sanggup menerbitkan buku berkenaan," kata Johari yang berkata turut membuat laporan polis berkenaan manuskrip itu.

Bagaimanapun Penulis buku tersebut menafikan beliau cuba mengugut Presiden PKR itu untuk mendapat jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah yang ditawarkan kepadanya untuk menerbitkan buku itu.

Yahaya Ismail berkata dia sebaliknya menawarkan untuk menjual hak cipta buku tersebut kepada Anwar.

Katanya menerusi satu hantaran Facebook awal pagi ini "Saya beri naskah itu kepada Anwar dan (anggota parlimen PKR) Johari Abdul untuk mereka baca, dan kalau mahu, membeli hak ciptanya. Saya kemukakan naskah itu kepada beberapa individu untuk mereka beli (dan) letak harga RM400,000...

"Saya terkejut bila Anwar kata saya hendak peras ugut dia minta bayaran RM400,000. Harga itu berdasarkan nilai hak cipta yang bakal dijual kepada pembeli.

"Kalau dia tak minat, jangan beli. Tak ada apa-apa paksaan sebab hak cipta itu saya punya,"

BENARKAH TUN MAHATHIR MAHU BAWA BERSATU BERGABUNG DENGAN UMNO?

Menjadi perbualan dan perbincangan yang makin melata ketika ini memperkatakan Tun Mahathir Mohamad dikatakan sedang berusaha untuk menyatukan Bersatu dengan UMNO.
Dikatakan penggabungan itu adalah pilihan yang akan membolehkan beliau dapat berkuasa sebagai Perdana Menteri dengan lebih lama lagi.
Penggabungan dengan UMNO itu juga dengan sendirinya bermakna Tun Mahathir akan mengingkari janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim dan meninggalkan PH.
Berbeza jika terus bersama PH, Tun Mahathir tiada ada pilihan lain selain perlu melakukan penyerahan kuasa kepada Anwar dalam tempoh dua tahun atau selewat-lewatnya dua tahun setengah selepas memegang jawatan Perdana Menteri, beliau juga dilaporkan bimbang tentang nasib Bersatu selepas dirinya tidak lagi berada di puncak kuasa.
Bersama Bersatu yang akan dibawa bergabung dengan UMNO, turut serta ialah kumpulan pro Azmin Ali dalam PKR yang didakwa mengandungi antara 15 hingga 20 Ahli Parlimen.
Dengan sokongan UMNO dan Pas serta Sabah dan Sarawak yang turut menyokongnya, Tun Mahathir didakwa mempunyai cukup bilangan Ahli Parlimen untuk membolehkannya terus mengekalkan kuasa.
Yang akan ditinggalkan ialah kumpulan PKR yang pro Anwar dan juga DAP yang selepas ini akan bertukar menjadi pembangkang pula.
Pokok pangkal kepada semua ini ialah Tun Mahathir didakwa belum puas mahu berkuasa, meskipun ini adalah kali kedua beliau menjadi Perdana Menteri.
Tun Mahathir dikatakan mahu terus berkuasa sehingga habis penggal atau sehingga tibanya PRU15 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2023 tanpa perlu terikat untuk menyerahkan kuasa kepada sesiapa.
Begitulah lebih kurang jalinan cerita mengenai hasrat dan keinginan Tun Mahathir mahu membawa Bersatu bergabung dengan UMNO yang ditumbangkannya pada PRU14 yang lalu.
Benar atau tidak cerita ini atau sama ada ia mungkin berlaku atau sebaliknya belumlah dapat diketahui secara tepatnya, tetapi itulah cerita yang sedang berlegar-legar dan menjadi perbualan ramai ketika ini.
Dikatakan semua perancangan ini tidaklah mustahil bagi Tun Mahathir kerana terbukti sebelum ini, dalam mengejar kuasa, beliau boleh melakukan apa saja termasuk bekerjasama dengan DAP dan berbaik semula dengan Anwar yang pernah dipecat dan dipenjarakannya.
Khususnya dalam UMNO, cerita ini begitu berkembang pada waktu ini sehingga ramai yang memperkatakannya melalui tulisan dalam media sosial masing-masing.
Ada yang setuju dan ada juga yang membantah. Namun, walaupun jika perkara ini menjadi kenyataan akan membolehkan UMNO kembali menjadi kerajaan, ternampak ramai yang tidak bersetuju dengannya.
Bagi mereka, Tun Mahathir adalah musuh UMNO yang tidak boleh dimaafkan lagi berikutan tindakannya menghentam parti itu dan Najib Razak pada PRU lalu sehingga kecundang, walaupun realitinya UMNO itu ditubuhkan oleh beliau juga.
Lagi pula, kata yang tidak bersetuju itu, kerjasama UMNO dan Pas ketika ini sudah memberi harapan yang cukup cerah untuk parti itu kembali berkuasa dalam PRU15 akan datang.
Lalu, untuk apa UMNO bekerjasama dengan Bersatu yang tujuannya hanya membolehkan Tun Mahathir berkuasa dengan lebih lama lagi, tambah kumpulan itu.
Kalangan yang bersetuju dengan penggabungan itu pula merasakan inilah peluang terbaik untuk UMNO kembali menjadi kerajaan, selain tentunya kerjasama itu akan membolehkan Najib, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Azeez Rahim dan lain-lain dengan sendirinya akan terelak daripada dihantar ke penjara.
Maka, janganlah peluang ini dilepaskan, kata yang menyokong pula.
Begitu meluas dan hangatnya orang dalam UMNO memperkatakan isu ini sejak beberapa hari lalu sehingga Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk meredakan keadaan.
Ternampak Asyraf Wajid bimbang perkara yang belum ada kepastian ini akan menjadikan UMNO berpecah dan lemah dalam perjuangannya.
Menurut beliau, UMNO akan mengambil sikap berkecuali sama ada untuk menyokong Tun Mahathir atau Anwar serta menolak sebarang usaha melalui pintu belakang untuk kembali menjadi kerajaan.
Dalam pada itu, meskipun Tun Mahathir dipercayai boleh mendapat sokongan majoriti daripada Bersatu dalam penggabungan dengan UMNO itu, beliau dikatakan tidak mendapat sokongan daripada Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti dalam isu ini.
Muhyiddin dikatakan mahu melupakan terus UMNO daripada hidupnya, selain ingin kekal berpegang kepada janji peralihan kuasa yang telah PH persetujui terhadap Anwar.
Muhyiddin turut dilaporkan tidak mahu mengkhianati pilihan rakyat yang memberi kemenangan kepada PH dalam PRU lalu yang antara asasnya adalah untuk membuang UMNO daripada persada kuasa.
Selain kumpulan pro Muhyiddin dalam Bersatu yang menolak penggabungan dengan UMNO itu, masalah lain bagi Tun Mahathir ialah Amanah yang mungkin sama berpecah dalam hal ini.
Bagi Amanah, selain ada yang akan bersama Tun Mahathir kerana terhutang budi dengan banyaknya jawatan dalam kerajaan yang diperolehi sebelum ini, yang lain pula menolak sama sekali kerana adanya Pas dalam kerjasama baru itu.
Akhirnya, dengan segala halangan itu, mampukah Tun Mahathir melakukannya? (Shahbudindotcom 21/06/2019)
PAS tidak akan tuntut jadi ketua - Hadi Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-65, di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, hari ini. - Foto Farizul Hafiz Awang KUANTAN: PAS tidak akan menuntut hak untuk menjadi ketua sekiranya menjalin hubungan ‘taawun’ bersama UMNO bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata gabungan politik yang dikenali sebagai kepemimpinan Islam itu bersifat fleksibel, termasuk dalam percaturan memilih ‘nakhoda’ pergerakan. “Kita sebut secara umum, kepemimpinan Islam bukan mesti (diterajui) oleh UMNO atau PAS, boleh jadi pihak ketiga diangkat sebagai ketua kerana politik ini fleksibel. “Kita tidak menuntut (untuk menjadi ketua), melainkan bila orang memaksa dan perlu kita berada di hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-65, di Stadium Tertutup SUKPA di sini, hari ini. Menerusi persidangan Muktamar Dewan Pemuda PAS sebelum ini, beberapa perwakilan membangkitkan keperluan supaya parti itu dinobat sebagai ketua selepas menjalinkan hubungan taawun atau kerjasama dengan UMNO. Langkah itu dikatakan perlu dalam memastikan pergerakan kepemimpinan Islam PAS-UMNO didasari perlembagaan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Ia turut dibangkitkan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama semalam, yang berpendapat PAS mesti mengetuai sebarang kerjasama politik pada masa depan dan tidak lagi menjadi pengikut semata-mata. Menyentuh perkembangan hubungan bersama MCA, Hadi berkata, PAS sudah membuka pintu bagi memeterai kerjasama dengan rakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. “Kita sudah membuka pintu kepada MCA, terpulang kepada mereka. Sebelum ini sudah ada langkah awal yang berlaku (ke arah hubungan kerjasama) seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong,” katanya. Ditanya syarat calon yang ingin memeterai kerjasama, Hadi berkata, PAS tidak mempunyai ‘senarai hitam’ yang mengekang mana-mana pihak daripada menjalinkan hubungan taawun. Katanya, PAS akan membuka pintu seluasnya kepada mana-mana pihak selagi mereka sedia ‘memutihkan’ diri dan mampu memahami dasar perjuangan bersandarkan kepentingan memartabatkan Islam. “Senarai hitam itu ialah kelompok yang tidak terima kerjasama, justeru dari awal mereka (bertindak) keluar parti, kecuali dia dapat memutihkan hatinya. “(Jika kelompok berkenaan mampu) menerima kerjasama ini, mereka akan balik kepada PAS, kita terbuka,” katanya.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto