Monday, July 25, 2016

Kenapa Shabery Bela Riza Aziz Dan Jho Low?



Peguam, Haniff Khatri Abdulla membidas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Haniff Khatri sebaliknya menyarankan agar kertas klausa yang difailkan AS itu dibaca dengan teliti terlebih dahulu.

“Sejak bilakah menteri Malaysia bertanggungjawab menjadi jurucakap untuk dua orang rakyat Malaysia yang disaman di luar negara atas dasar mengaut harta dan dana haram melalui penyelewengan di dalam syarikat milik Malaysia, yakni harta milik rakyat Malaysia?,” katanya dalam kemas kini status di Facebook.

Rabu lalu, DOJ dilaporkan akan menyita aset bernilai lebih RM4 bilion dan menamakan individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi mengubah wang haram daripada 1MDB iaitu, anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz; ahli perniagaan Jho Low serta dua individu lagi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Ahmad Shabery sebelumnya berkata, tidak adil dan tidak wajar untuk menghukum dan mendakwa seseorang itu bersalah dengan membuat andaian sendiri memandangkan kes itu masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, Haniff yang mewakili bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua individu lain dalam kes pendakwaan berkaitan 1MDB berkata, sebagai seorang menteri Kabinet, Shabery sepatutnya membela nasib rakyat Malaysia bukannya dua individu yang disaman di luar negara itu.

“Soalan yang awak patut tanya adalah, ‘sekiranya benar harta milik Riza atau Jho Low yang dipohon untuk disita itu adalah hasil daripada penyelewengan curang dana 1MDB, maka bagaimanakah jemaah menteri dan kerajaan Malaysia akan peroleh atau siasat harta-harta lain mereka berdua di dalam negara, mahupun di negara luar yang lain?’

“Kenapa awak bagaikan hendak membela hak mereka jauh lebih tinggi daripada hak rakyat Malaysia? Ya ALLAH SWT, selamatkanlah negara kami ini,” katanya lapor Sinar

SKANDAL 1MDB AUTOMATIK MENJADIKAN MALAYSIA DIKENALI SEBAGAI NEGARA PENCURI


Tidak semena-mena perkataan kleptokrasi tiba-tiba popular dan menjadi sebutan ramai di sebalik tindakan menggemparkan dunia yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS mahu menyita harta-harta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut kenyataan yang dibacakan oleh Peguam Negara AS, tindakan menyita harta-harta berjumlah kira-kira RM4,000 juta berkaitan 1MDB yang dilakukannya adalah di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi.

Buat seketika ramai yang tidak tahu apa itu makna kleptokrasi. Barangkali majoriti kita tidak pernah pun mendengar perkataan itu sebelum ini. Setelah ditinjau dalam google dan dicari maklumat dalam wikipedia, kleptokrasi rupa-rupanya memberi makna yang cukup memalukan kepada Malaysia.
Dalam ertikata mudah, kleptokrasi adalah kerajaan pencuri yang mencuri duit rakyat untuk memperkayakan diri sendiri dan kelompok tertentu yang dekat dengan pemimpinnya. Secara langsung ia sangat bertentangan dengan makna dan amalan demokrasi yang dijunjung selama ini. 

Di media-media sosial, barangkali untuk kemudahan pakcik kampung dan makcik Felda memahaminya, kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "klepet"  dan "kelentong" yang berselindung di sebalik demokrasi.

Sebab itu, dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS, harta-harta yang disita berkaitan 1MDB itu akan dikembalikan semula kepada pemunya asalnya.

Rupa-rupanya juga, dalam kita bergembira kerana AS mahu mengembalikan semula harta-harta yang disita itu kepada kita, Malaysia juga turut mendapat malu kerana kini lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi.

Dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman, selain harta-harta yang bakal disita, mereka juga tanpa ragu-ragu mengatakan wang RM2,600 juta yang dimasukkan ke akuan peribadi Malaysian Official 1 adalah juga berasal daripada 1MDB.

Makna kata, dalam maklumat yang ada dalam tangan Jabatan Kehakiman AS dan FBI, tidak ada sama sekali individu Timur Tengah, anak raja Arab atau sesiapa yang lain yang kononnya pernah ditemui oleh Zahid Hamidi yang dikenalpasti sebagai penderma wang tersebut.

Curi jugalah maksudnya wang RM2,600 juta itu.

Skandal 1MDB: ‘Rakyat dihukum kali kedua bila US kembalikan dana 1MDB'


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengulangi cabaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya membubarkan Dewan Rakyat berikutan pemfailan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, minggu lalu.
Lim mendakwa rakyat Malaysia akan dihukum kali kedua jika kerajaan Amerika merampas aset berkenaan dan memulangkannnya kepada kerajaan yang sama yang menubuhkan 1MDB.
Ini akan memburukkan lagi skandal itu, melainkan jika ada perubahan pada kerajaan persekutuan melalui pilihan raya, katanya.
"Jika mereka kembali wang itu, mereka tidak boleh memberi wang kepada setiap rakyat Malaysia.
"Bagaimana mereka hendak memulangkan wang tersebut? Mereka perlu menyerahkannya kepada kerajaan Malaysia - kerajaan yang sama menubuhkan 1MDB; kerajaan yang sama yang membolehkan wang kita akan dirompak. Boleh atau tidak?
"Sebab itu kita perlu pilihan raya umum yang baru, untuk membolehkan rakyat membuat keputusan sama ada mereka mahu kerajaan BN rasuah, atau kerajaan Pakatan yang bersih," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinan.
Beliau berkata demikian kepada kira-kira 700 orang yang menghadiri majlis makan malam program kempen 'Sokong, Simpati dan Solidariti bersama Lim Guan Eng 2.0' di Shah Alam, malam semalam.
Walaupun majlis itu bertujuan untuk mendapatkan sokongan untuk Lim, yang menghadapi dua tuduhan rasuah, pencermahan yang hadir lebih memberi tumpuan kepada saman sivil bagi mendapatkan aset AS$1 bilion berkaitan 1MDB di negara itu.
Saman itu bertujuan untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB yang dipesongkan yang kemudiannya digubah melalui sistem kewangan Amerika.

Skandal 1MDB: Pembantu Najib sahkan sengketa keluarga


Jurucakap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan mengesahkan persengketaan keluarga yang menyaksikan anak perempuan tirinya, Azrene Soraya Abdul Aziz secara terbuka membidas abangnya Riza Aziz.
Jurucakap yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar The Weekend Australia, semalam bahawa beliau telah membaca posting Azrene Soraya di Facebook dan akaun Twitter.
"Beliau mempunyai hak untuk mengatakan apa yang dia mahu kata tetapi saya boleh mengatakan dengan pasti bahawa hubungan ibu dan anak perempuan itu renggang selama bertahun-tahun.
"Kami tidak mahu mengulas buat masa ini," beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa ia adalah persengketaan peribadi keluarga.
Azrene berkata abangnya, Riza, yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menerima balasannya kerana menjual dirinya syaitan.
Ini berikutan saman yang mahu menyita dan merampas aset AS$1.3 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.
Dokumen 136 muka surat, antara lain, menyenaraikan Riza sebagai tokoh utama dalam saman pelucutan hak sivil itu.
Riza sebelum ini menafikan bahawa syarikat produksi miliknya, Red Granite, telah menerima dana daripada 1MDB.
Walau bagaimanapun, dokumen mahkamah terkini menyatakan bahawa Red Granite menerima AS$64 juta dana yang dikesan berasal daripada 1MDB.
Sebagai respon, Red Granite berkata ia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai wang yang digunakan untuk membiayai pembikinan filem 'The Wolf of Wall Street' diperolehi sevara tidak sah dan bahawa dakwaan terbaru itu tidak akan menjejaskan operasinya.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan tidak dinamakan dalam saman DOJ itu walaupun ia membuat rujukan sebanyak 36 kali untuk "Malaysian Official 1".

"Wahai Shahrizat! Rakyat Malaysia Bukan Bodoh Macam Lembu" - Peguam Mahathir



Itu apa yang ditulis oleh Peguam Dr. Mahathir dalam satu status yang dimuatnaik dilaman Facebook membidas kenyataan Ketua Wanita UMNO yang terkenal dengan isu Lembu dan NFC sebelum ini. 

Peguam tersebut mewakili Dr Mahathir Mohamad, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, dalam saman mereka terhadap Najib atas dakwaan salah laku di pihak Perdana Menteri yang melibatkan dana 1MDB.



Shahrizat sebelum ini telah menyatakan Wanita UMNO menolak semua usaha-usaha oleh pihak tertentu untuk mengambil peluang dengan menggunakan kuasa-kuasa asing bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi Malaysia.

Tulis Haniff'..

Wahai, My Dearest SHAHRIZAT : 
The DoJ Court Forfeiture Cause Papers HAVE NOTHING what so ever to do with foreigners meddling with our beloved nation's internal affairs !! 
In fact, The DoJ Court Forfeiture Cause Papers HAVE ALL TO DO with our own FRAUDSTERS meddling with the foreign laws and regulations !! 
So, don't ever dare to think that we, RAKYAT MALAYSIA, are as STUPID AS COWS !!! 
In fact, even ACTUAL COWS by now, should already know the ACTUAL TRUTH !!!
Wahai, My Dearest SHAHRIZAT !!! 

Dan dilaporkan oleh Malaysiakini

A lawyer has told Wanita Umno chief Shahrizat Abdul Jalil, who classed the US' forfeiture lawsuit against 1MDB as foreign meddling, that Malaysians are not as stupid as cows. 
"My dearest Shahrizat, the US Department of Justice's (DOJ) court forfeiture cause papers have nothing whatsoever to do with foreigners meddling in our beloved nation's internal affairs. 
"In fact, it's to do with our own fraudsters meddling with foreign laws and regulations," said Haniff Khatri Abdulla in a Facebook post today. "So, don't ever dare to think that we, the rakyat Malaysia, are as stupid as cows. In fact, even actual cows by now, should already know the actual truth," he added. 
Haniff is representing Dr Mahathir Mohamad, former Batu Kawan Umno division vice-chief Khairuddin Abu Hassan and former Langkawi Wanita Umno member Anina Saadudin, in their suit against Najib for alleged misconduct on the part of the prime minister involving strategic development fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Shahrizat had stated the movement rejected all efforts by certain quarters to take the opportunity of using foreign powers, and the recent scandal involving alleged money laundering in 1MDB, to topple Malaysia's democratically elected government. 
"The consequences of such tactics will get out of hand, just as what occurred to Iraq and Syria, which in the end not only invited conflict, but also prolonged the civil war," she had said yesterday. 
Ahmad Shabery questioned 
In another Facebook post uploaded today, Haniff also questioned if Umno minister Ahmad Shabery Cheek should defend individuals named in DOJ lawsuit. 
"Since when a Malaysian minister is entrusted to become a spokeperson for two Malaysians who were summoned abroad for (allegedly) acquiring illegal funds and assets of a company owned by the government?," asked the lawyer.

Read more: https://www.malaysiakini.com/news/349726#ixzz4FONqjztL

Berikutan Dakwaan DoJ, Beberapa Pemimpin Tertinggi UMNO Akan Lompat Parti?



Bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah meramalkan beberapa pemimpin tertinggi Umno akan beralih kepada pembangkang ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.

Laporan South China Morning Post hari ini memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin Umno itu telahpun memulakan perbincangan dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Umno dalam keadaan gundah-gulana. Beberapa pemimpin kanan parti itu telah mula 'berbincang' dengan Mahathir," ujar Firdaus, memetik laporan yang sama.



"Di kalangan mereka ialah ahli-ahli Umno kanan, anggota-anggota kabinet dan para pemimpin parti komponen BN," dakwanya tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Baru-baru ini, Mahathir mengumumkan penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir yang merupakan ahli veteran Umno akhirnya keluar parti itu pada bulan Februari yang lalu.

Kata beliau, penubuhan parti itu akan menarik mereka yang mungkin tidak menyokong parti-parti pembangkang sedia ada.

South China Morning Post turut memetik kenyataan bekas menteri persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, Umno kini semakin tertekan tetapi ahli-ahli mungkin mengambil sedikit masa untuk melompat parti.

Sila sambung bacaan anda di SINI

DUIT LESAP 42B RINGGIT BAYANGKAN DENGAN DUIT SEBANYAK INI KITA BOLEH:











Kleptokrasi: Pemerintah yang curi


Kleptokrasi: Pemerintah yang curi
JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat telah memulakan prosiding sivil ke atas lima orang yang disyaki menggunakan duit curi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mereka ialah Riza Shahriz Abdul Aziz, Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny.
Riza ialah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Dia ialah anak Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya Abdul Aziz Nong Chik. Dia menetap di Amerika dan bergiat dalam bidang perfileman serta pelaburan.
Jho Low adalah anak kepada jutawan Cina Pulau Pinang, Tan Sri Larry Low Hock Peng. Dia juga menetap di Amerika dan bergiat dalam bidang pelaburan, perfileman dan pendermaan. Dia sering disebut sebagai 'the brain' – pemikir bagi 1MDB sejak diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) dan amat rapat dengan keluarga Perdana Menteri.
Tan pula sering disebut dalam laporan media sebagai rakyat Malaysia dan pembantu kanan Jho Low.
Al-Qubaishi dan Al-Husseiny adalah bekas eksekutif kanan agensi pelaburan kerajaan Abu Dhabi yang terbabit dalam usaha sama dengan 1MDB. Mereka telah dipecat dan ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi kerana disyaki terlibat dengan penipuan berbilion ringgit berkaitan usaha sama dengan 1MDB.
Rabu lalu kelima-lima mereka dinamakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika sebagai plaintif dalam tuntutan sivil di mana agensi kerajaan pusat Amerika itu meminta mahkamah merampas harta bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) di Amerika dan tempat-tempat lain.
Mereka didakwa bersubahat dengan seorang yang disebut sebagai 'Pegawai Nombor 1 Malaysia' membeli harta-harta tersebut menggunakan wang yang dialihkan secara haram daripada 1MDB.
Serentak itu, pihak berkuasa Singapura telah merampas simpanan bank dan hartanah berjumlah S$240 juta (RM720 juta) bersabit siasatannya ke atas 1MDB. Daripada jumlah itu, S$120 juta (RM360 juta) adalah kepunyaan Jho Low dan ahli keluarganya.
Pihak-pihak yang mewakili 1MDB dan Kerajaan Malaysia telah menafikan penglibatan dalam tindakan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman Amerika itu dan berjanji akan memberi kerjasama.
Saya yakin ramai pembaca khasnya dan rakyat jelata Malaysia umumnya sudah mengetahui sedikit sebanyak mengenai 1MDB kerana sudah dibincangkan secara meluas sejak tahun 2013 lagi.
Tetapi saya rasa ramai daripada kita belum mengetahui secara mendalam hal-hal yang disebutkan dalam kes sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika itu. Jadi izinkan saya bercerita sikit mengenainya.

Pertama kes itu adalah kes sivil. Ia bukan atau belum lagi berubah menjadi kes jenayah. Tetapi bergantung pada apa yang berlaku dalam proses perbicaraan sivil, ia boleh menyebabkan tindakan jenayah diambil.
Kedua, kes itu dikemukakan kerana siasatan juri agung oleh Jabatan Kehakiman Amerika dengan bantuan Biro Penyiasatan Pusat (FBI) mendapati ada bukti berlakunya kegiatan pengubahan wang haram oleh plaintif.
Ketiga, Jabatan Kehakiman Amerika menggunakan peruntukan undang-undang yang unik dipanggil 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' (inisiatif mendapatkan semula harta yang dicuri oleh pihak berkuasa).
Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka memadankan 'kleptocracy' kepada kleptokrasi tanpa memberi huraian. Demikianlah asingnya istilah itu bukan sahaja dalam bahasa Melayu malah istilah bahasa Inggeris pun terpaksa disadur daripada bahasa Yunani (Greek).
Kleptokrasi adalah gabungan perkataan 'kleptes' (pencuri) dan 'kratos' (kuasa). Maka jadilah ia pemerintahan pencuri atau pemerintahan oleh pencuri.
Dan keempat, dengan menggunakan peruntukan tersebut Jabatan Kehakiman Amerika berharap dapat merampas semua harta yang dibeli dengan duit haram itu dan memulangkannya kepada 'rakyat jelata Malaysia'.
Laporan media dari Amerika mengatakan bahawa sejak tahun 2010, inisiatif kleptokrasi telah mendapat suntikan kuasa dengan penyertaan semakin ramai peguam kerajaan dan penyiasat daripada FBI serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Namun ia mengaku bahawa memperoleh kemenangan di mahkamah, merampas dan mengembalikan harta yang dicuri atau yang dibeli dengan duit curi bukanlah mudah.
Tertuduh akan cuba melarikan diri atau menggunakan khidmat guaman terbaik kerana mereka ada duit. Mereka juga menggunakan berbagai tipu helah dan alasan untuk mengelak daripada disabitkan kesalahan.
Jadi kita pun kenalah bersabar dan berpatutan dalam harapan kita dengan memohon yang terbaik daripada Yang Maha Esa. Wallahuaklam.

Datuk A Kadir Jasin

Admin Note:

Did you know that the word KLEPTOCRACY originated from two Malay words? 'Klepet' in Malay means curi or kebas.  Another Malay word 'Klentong' means lies.

When both words are combined and practised in a democratic country, a new word is born... 

Sunday, July 24, 2016

Akhirnya Bekas Pemimpin UMNO Akui.. "Melayu Tak Akan Mati Tanpa UMNO"..



Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal memberi jaminan kepada penyokongnya, Melayu Bumiputera tidak akan mati di negara ini meskipun tanpa parti kerajaan, Umno.

Beliau mengambil contoh tiga negeri yang diperintah pembangkang. "Jangan takut, jangan bimbang, orang Melayu Bumiputera tidak akan mati tanpa Umno.

"Kelantan 20 tahun Pas pegang, DAP pegang Pulau Pinang dua penggal, di Selangor, PKR perintah dua penggal negeri itu...tak mati org Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Aidilfitri bersamanya di Kota Belud, hari ini.

Malah, bekas Naib Presiden Umno ini juga mengingatkan rakyat Sabah agar tidak bimbang walaupun bakal banyak parti politik tumbuh di negeri tersebut.

"Jangan bimbang...banyak parti nanti di Sabah...nak tambah kerusi lagi di Sabah. Tambahlah...banyak parti macam mana pun, biarlah. Itu tidak penting.

"Banyak parti pun, jangan sampai pecah belah dan jangan pilih parti tapi pilih pemimpin yang kita boleh bergantung, berteduh. Jangan pilih parti calon tempatan tapi hanya jadi kuda tunggangan," katanya.

Tegasnya, bukan parti mahupun jumlah kerusi yang menentukan kuasa di negeri itu sebaliknya ia terletak di tangan rakyat lapor Sinar