Wednesday, February 10, 2016

Apa dah jadi dengan Negara kita?


Harapkan pegar, padi dimakan semua. Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata!

Oleh Yunus Tasim
Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila wang berbillion di katakan derma
Masuk akaun peribadi bukan satu tapi dua
Setelah sekian lama mengarang cerita
Semuanya serba tak kena
Apa lagi untuk diterima dan dipercaya
Tiba-tiba wang dipulang semula
Kepada penderma yang tak tahusiapa
Katanya Arab yang dah kaya raya
Kan lebih baik diberi kepada rakyat yang melara
Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila siasatan mengambil masa lama
Bukan satu agensi, tetapi tiga
Malaysia kan bukan negara Afrika
Serba maju dengan LRT dan lebuhraya kelas dunia
Dengan jargon KPI, ETP, GTP dan NKRA
Maka dengan Peguam Negara ditolaknya
Konon tidak cukup bukti untuk mendakwa
Tanda SPRM tidak cekap kerjanya?
Atau itu memang lakonan yang direka
Untuk mengabui mata rakyat jelata
Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila akhbar Singapura kata itu bukan derma
Tapi wang pelaburan yang tak tahu untuk apa
Anehnya RM2.03bil dipulangkan cuma
Derma? Investasi? Nampak betul bohongnya
Investasi rugi atau harta negara yang bayar selebihnya
Akaun bank Singapura dibekukan semua
Wang dari Pulau Cayman yang tinggal unit sahaja
Negara jadi terkenal kerna nista dan hina
Angkara tipu daya pemimpin durjana
Apa nak jadi dengan Negara kita?
Rasuah disanjung sebagai derma
Salah guna kuasa dibiarkan sahaja
Harapkan pegar, padi dimakan semua
Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata
Hingga tak kenal mana musang mana ayam serama
Konon membela bangsa, pengkhianat rupanya mereka
Sampai bilakah si durjana kan menipu kita?
Sehingga kita di alam baka?
Atau anak cucu merempat menjadi bangsa yang hina?

Tak rugi AG Apandi Ali dilantik sbg peguam negara 'ATAS NASIHAT' Najib..


Betoi ka kompaun RM300 tu mcm kacang aja korang bayar..


Bayar lebih tinggi nnti pon xper kan sbb rakyat M'sia sememangnya kaya raya kan..

Kenapa KERAjaan BN beriya-iya nak bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh sblum PRU14


Jumlah keseluruhan pendatang asing di Malaysia mencapai hampir 30 peratus penduduk negara ini jika cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh diteruskan.

TERKINI : Baki Akaun Semasa Kerajaan RM5.1B, Hutang Negara Naik RM852.9B....


BAKI AKAUN SEMASA KERAjaan..
Kini dah tinggal RM5 bilion SAHAJA !!!

HUTANG NEGARA makin bertambah..
Kini RM852.8 bilion SAHAJA !!!

MASIHKAH ANDA INGAT Idris Jala yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah kata.. "Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019".

ADAKAH disbbkan faktor penyusutan akaun semasa negara beberapa tahun kebelakangan ini salah satu cara nak penuhkan balik kantong negara balik dgn kadar cepat & efisien adalah dgn KUTIP GST DARIPADA RAKYAT ???

TERKINI.. Hutang kerajaan 55.03 peratus drpd KDNK .


Najib bohong lagi demi menutup tahap kritikal hutang kerajaan yg telah melepasi paras bahaya (paras siling) yg dibenarkan Akta 637 & Akta 275.

TAHUKAH ANDA, 55 peratus adalah had maksimum yg dibenarkan kerajaan berhutang. Jika ia melampauinya bermakna kewangan negara adalah berada dalam kritikal..

AYUH, UNDILAH BN LAGI !!!!

'Najib kekal berkuasa kerana rakyat M'sia penakut'


 
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mendakwa rakyat Malaysia penakut dan tidak mempunyai keazaman untuk menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, tidak kira betapa buruk tanggapan mereka terhadap pentadbirannya.

"Kita semua penakut," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika berucap di majlis mengingati ulang tahun pertama pemenjaraan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.

Anwar menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak penghakiman Mahkamah Tinggi membebaskan ketua umum PKR itu dalam kes Liwat II.

Dalam nada menyindir, Mat Sabu mengeluh bagaimana Najib akan terus berkuasa kerana rakyat Malaysia berdiam diri.

"Kita masih berdiam diri. Bersuara jantan tapi hati betina," katanya.

Dan kerana rakyat Malaysia penakut, katanya, rakyat dan negara, telah ketinggalan.

Mat Sabu berkata, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah menyambut kejayaan transformasi politik, tetapi Malaysia tidak berubah.

"Sampai bila nak jadi begini?

"Kami merayakan kejatuhan orang lain tetapi (pemimpin bermasalah) kita, kita tak jatuh kerana kita sanggup ditipu," katanya lagi.

Mat Sabu mengakhiri ucapannya dengan menyeru kepada rakyat untuk bangun dan melakukan perubahan.

"Cis! Mari kita bangun!" katanya sebelum melontar mikrofon dan berjalan beredar dari pentas.

BILA PENGUNDI KEDAH MULA MARAH




Bagaimana Ahmad Bashah kata isu pertukaran Menteri Besar bukan saja  sudah selesai, malah boleh menang dua pertiga dalam PRU 14 nanti?

Intipati ucapan Tengku Razaleigh. Rakyat Malaysia wajib baca!

 


Tranugkite
Di Taman Tun Dr Ismail
8hb februari 2016

1. Rakyat seharusnya dipersalahkan kerana memilih wakil rakyat yg pengecut. wakil rakyat berani buat apa pun kerana dia tahu, nanti rakyat akan pilih mereka juga.

2. Ada yg berpandangan majlis raja2 patut berbuat sesuatu kerana wakil rakyat tak boleh diharapkan.

3. Ekonomi semakin merudum.

4. MAS telah hentikan 6000 pekerja.

5. Petronas dah beri notis untuk tamatkan 5000 pekerja.

6. Bilangan yg pergi belajar on their own expenses balik tak ada kerja.

7. Kerajaan nak bawa masuk 1.5 million dari bangladesh. Ini kerana ada ada org proposer kepada kerajaan. Buat duit, nak beri kerja apa kepada mereka tak tahulah.

8. Polis tak beritahu peratus jenayah. Sebenarnya ramai dah bertambah kerana tak ada kerja. Kerajaan tak put efforts to create jobs.

9. Rasuah berleluasa. Nak tukar geran tanah pun rasuah. Saya boleh hurai satu persatu.

10. PM mesti dipilih directly oleh rakyat. Apa yg ditakut sangat kerana melayu adalah 82% penduduk Malaysia.

11. Undang2 korupsi...the enforcement must be total. Adik kita ke abg kita ke kalau salah kena diambil tindakan.

12. Zaman ayah saya dulu pegawai2 kerajaan kena tunjuk kepadanya apa yg dibelanjakannya setiap bulan. Itu transparensi.

13. Jumlah pendatang seperti bangladesh, indon, burma, nepal dan lain-lain. Lebih ramai daripada cina. Dan mereka ini tak akan balik apa lagi mereka dah kahwin dengan rakyat kita. Mereka ini sebenarnya menimbulkan masalah.

14. Problem kita ialah cash is king. Mereka ini marah kpd kita yg mengkritik mereka kerana kita dianggap nak sekat rezeki mereka. Ini masalahnya mereka tak lihat mereka salah.

15. Cadangan saya wakil rakyat dipilih di peringkat negeri dan bukan atas nama parti. Katakan di Kelantan diperuntukkan 20 kerusi dan ada terdapat 100 calon. Siapa yg jumlah votes nya top 20 merekalah wakil rakyat lebih ramai dari cina Malaysia.

16. Umno elders tak give up tentang ttpa ini..tapi wakil rakyat umno dipaksa ikut whip. Kjaan berunding secara sulit lepas itu paksa wakil rakyat. Amerika dan lain-lain, itu teritory mereka kita tak mampu masuk/tembusi. Kita fokus di Asean cukuplah. Tengok keadaan di timur tengah mereka got embroiled in american sphere of influence mereka dah tak boleh keluar lagi.

17. Tppa - Amerika nak buka sayap menguasai dunia. Kita terpaksa ubah perlembagaan semata2 utk ikut amerika. Kita bukan highly industrislised country yg memungkinkan export products kita. Obama kata rakyat amerika dpt create banyak pekerjaan dan untuk mempastikan American values dikena kepada negara2 lain. Kenapa kita nak jadi talibarut Amerika. Kita boleh negotiate dengan Amerika at par. Ini syarikat2 besar (yg ada di Msia sekalipun) bila tak puas hati dengan dasar2 kita mereka boleh sue kita di luar negara bukan di Malaysia sebab mereka tak percaya kepada Malaysia court. Saya tanya Tok Pa, dia pun ternganga tak boleh jawab.

18. Di Korea bila tak bersetuju dengan kerajaan, mereka buat mcm2. Civil disobedience dibuat oleh Gandhi hingga British tunduk kepada rakyat india. Kerajaan Diktator Korea pun kalah kerana rakyatnya bertindak.

19. Rakyat boleh bertindak pergi jumpa YDP Tuanku, Sultan dan Raja-Raja untuk bertindak.

20. Cuba boikot secara sistematik. Kerana negara kita terancam. Tapi buat secara professional dan legal. Bukan nak overthrow kerajaan tetapi luahkan kekecewaan dengan teratur. Saya sanggup pikul amanah dan akan lakukan apa yg saya boleh buat.

21. I m not sure whether petronas can survive in the long run. Lingkup rasanya tidak tapi amat terjejas dengan kejatuhan harga minyak. Explaination yg diberi ttg pasaran/harga minyak cukup detail dan menarik sekali. It is not straight forward. Banyak sangat players yg terlibat. Raja saudi sekarang nak ajar American players berhubung dengan shale oil yg dikeluarkan on big scale. Tapi cost mengeluarkan shale oil cukup tinggi sejauh mana they can sustain apabila harga cost yg tinggi. Saudi nak ajar company2 ini.

Komen: Ya Allah.. masa depan ekonomi negara kita berada didalam keadaan yang menakutkan.