Tuesday, October 28, 2014

PRDM : Polis Raja Di Malaysia ..........

Polis Ini Bercekak Pinggang Seolah-olah Dia Seorang Saja Ada Pangkat Atas Dunia



Siswa ditahan halang perobohan di Kg Chubadak

Dua aktivis mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah seorang penduduk setinggan di Kampung Chubadak kira-kira jam 2 petang ini.

Dua pelajar itu ialah Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Abdul Muqit Muhammad.

Fahmi adalah mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia manakala Abdul Muqit adalah mahasiswa Universiti Malaya.

Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 6.30 petang ini, dengan bantuan MP Batu Tian Chua.

Sementara itu, dalam kenyataannya, ketua polis Sentul mengesahkan penahanan dua siswa lelaki yang didakwa menghalang penjawat awam dan menceroboh rumah.

Katanya, penahanan itu dibuat apabila sekumpulan lelaki menghalang sebuah rumah yang diperintahkan mahkamah untuk dikosongkan, selepas perkakas rumah itu dikeluarkan.

Menurutnya lagi, kumpulan tersebut dinasihatkan untuk beredar tetapi enggan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Sebelum itu, sekumpulan mahasiswa dan aktivis berhimpun depan balai polis itu bagi menunjukkan solidariti kepada Ahmad Fahmi dan Abdul Muqit petang ini.

Antara pemimpin pelajar yang hadir termasuk Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis Muhammad Najib Abd Rahim, dan aktivis NGO dan mahasiswa daripada universiti utama di Lembah Klang.

Mereka turut mempamerkan sepanduk yang mendesak kedua-dua mahasiswa itu dibebaskan termasuk dan melaung "Kami bukan pengecut" sambil diperhatikan orang yang lalu lalang di situ.

Kenderaan yang lalu lalang turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Mereka juga menunaikan solat asar berjamaah di depan balai polis itu. -mk


ULASAN GB

Dalam banyak-banyak gambar, GB tertarik dengan sekeping gambar seornag anggota polis (mungkin seorang Ketua Polis Daerah) bercekak pinggang itu.

Seorang "penjawat awam", dengan penuh lagak dan angkuh, berdiri bercekak pinggang tatkala operasi menahan dan menangkap kumpulan pelajar yang mempertahankan hak rakyat Kampung Chubadak.

Apakah itu menunjukkan tanda "berdisiplin" bersesuaian dengan motto PDRM "MESRA, CEPAT DAN BETUL"?

Apa ini erti "khidmat mesra" (Friendly Policing) yang dikatakan selaras dengan matlamat Kementerian Dalam Negeri untuk menjadikannya sebagai Kementerian MESRA RAKYAT?

Kita bukan hendak memburukkan imej polis, tetapi perlakuan anggota polis berkenaan di hadapan rakyat yang benar-benar telah memburukkan imej PDRM! 

1 MALAYSIA : PM KENCING RAKYAT LAGI ???

Hutang negara: Najib kata RM568.9 Bilion tapi Zetty Aziz kata RM700.1 Billion.. yang mana betul?


Yang mana satulah kita boleh percaya ni?.. Hari ni Najib kata hutang negara ialah RM568.9 Billion tapi pada Mei lalu Zetty Aziz kata hutang negara RM700.1 Billion..

Takkanlah begitu mendadak hutang negara boleh turun??

Ini apa yang Gabenor Bank Negara, Zetty Aziz kata..

Pada akhir Mac 2014, hutang luar negeri Malaysia didefinisikan semula bernilai RM700.1 bilion, bersamaan AS$212.5 bilion atau 65.2 peratus keluaran dalam negeri kasar (KDNK) berbanding RM694.6 bilion atau AS$209.2 bilion, bersamaan dengan 70.4 peratus berbanding KDNK pada akhir Disember 2013.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata peningkatan dalam hutang luar negeri disebabkan terutama oleh pinjaman luar yang lebih tinggi oleh sektor swasta dan pegangan liabiliti hutang pemastautin dalam denominasi ringgit.



Tapi hari ini pulak Najib dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) Najib menyatakan jumlah hutang negara tahun ini berjumlah RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada KDNK, iaitu RM552.7 bilion hutang domestik dan baki RM16.2 bilion adalah pinjaman luar pesisir.

Jauh bezanya antara RM700.1 bilion dan RM568.9 Billion tu.. yang mana satu yang betul?

Laporan berkaitan..

Hutang negara turun hampir dua peratus berbanding daripada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Ini merupakan kali pertama hutang negara turun sejak Najib yang juga perdana menteri mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2009.

Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) Najib menyatakan jumlah hutang negara tahun ini berjumlah RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada KDNK, iaitu RM552.7 bilion hutang domestik dan baki RM16.2 bilion adalah pinjaman luar pesisir.

Hutang negara pada 2013 pula ialah RM547.6 billion atau 54.7 peratus - lebih 1.9 peratus berbanding tahun ini.

"Kedudukan hutang kerajaan ini kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," kata beliau.

Pada 2010, hutang negara sebanyak RM407.1 bilion atau 51.1% daripada KDNK; pada 2011, RM456.1 bilion (atau 51.5%); pada 2012 sebanyak RM501.6 bilion (53.3%) dan naik kepada RM547.6 bilion (54.7%) pada tahun lalu.

Menurut Najib, sehingga kini kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.

Beliau menyatakan ia hasil daripada pengurusan hutang yang berhemat diamalkan kerajaan di mana pembayaran dilakukan mengikut kemampuan dan jumlah hasil setiap tahun.

"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil, jauh di bawah paras 15 peratus seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," katanya lapor Malaysiakini

PM NAJIB : DEPA TAMPAQ AKU BERKALI-KALI ...

Dua tamparan hebat ke muka PM Najib!

Allah maha berkuasa, siapa dapat menyangka apa yg Allah rancangkan. 

Siapa Tan Sri Gopal Sri ram (kiri) , beliau adalah bekas hakim kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dulu. Hakim yg tidak dapat membebaskan Anwar Ibrahim kerana terikat, dengan kuasa Allah kini beliau tampil ke hadapan untuk menjadi ketua pembela Dato seri Anwar Ibrahim secara percuma...

 Siapa sangka, satu persatu manusia yg dipaksa menjatuhkan Anwar Ibrahim tampil ke hadapan membela manusia bernama Anwar Ibrahim. 

Dan lihatlah kebanyakan manusia yg bukan Islam, Bukan Melayu tampil membela Anwar tetapi masih banyak melayu melayu bodoh yg mengaku Islam menghina, menfitnah, mengutuk mencaci beliau.

 Orang yang terpaksa menghukum Anwar sekarang menjadi ketua membela Anwar , Kuasa Allah. Wama karu wama karrallah wallahhu khairun ma kirin ( Kamu boleh merancang apa sahaja tetapi perancangan Allah tiada siapa pun tahu )~ Kredit kpd : En Jamil Bin Ismail (Jamil Kucing).

Sebelum ini seorang lagi bekas majistret dan hakim Mahkamah Sesyen yang merupakan pendakwa utama dalam kes liwat II perbicaraan Anwar, Datuk Yusuf Zainal Abidin (gambar kiri) telah memihak mewakili pasukan pembelaan Anwar dalam kes Bersih 3.0.

Penglibatan Datuk Yusuf dalam mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1998 lagi, ketika itu DSAI dituduh buat pertama kalinya setelah keluar dari lokap polis dengan mata lebam. 


Ini semua menunjukan bantahan mereka yang berotoriti dalam perundangan Negara tidak bersetuju dan membenarkan caj bermotifkan politik oleh kerajaa.

 Pada 9 Dec 2011 lalu, Datuk Yusuf dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima.

Sebelum ini beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: 

Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut. 

Dua  tamparan hebat terhadap kerajaan zalim pimpinan Najib Tun Razak dari dua orang ahli perundangan - seorang bekas hakim yg menghukum Anwar dan seorang pula bekas peguam pendakwa  utama dalam kes liwat II perbicaraan Anwar.

Monday, October 27, 2014

ULAMA MUDA UMNO : DIA ULAMA DUNIA, KAMI ULAMA HAPRAK !!!

Tulisan Yusuf Al-Qaradhawi tentang tuduhan fitnah terhadap Anwar Ibrahim



.
SEGALA puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarganya dan sahabat serta yang mengikuti petunjuk-Nya.

Malaysia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi kami, dan kami menaruh kasih sayang terhadapnya dengan hati yang jujur. Impian kami adalah untuk melihat Malaysia sebagai realisasi model Islam yang wasatiyyah, bertamadun, maju dan kontemporari. Semua itu tidak akan berlaku kecuali dengan perjuangan orang-orang ikhlas terdiri daripada anak-anak Malaysia, berusaha dan kerjasama berganding bahu, mereka yang amat ingin untuk menjayakan masa depan negara. Mereka saling bantu membantu sehingga berdiri tegak rakyat Malaysia seluruhnya.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As Saff: 4)

Adalah tidak patut bagi badan kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes. Perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi melebihi tujuan mencari kebenaran.

Sesungguhnya kami percaya bahawa kemajuan Malaysia, kebangkitan dan kekuatannya terpancar daripada ketinggian nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan pengukuhan prinsip-prinsip kepelbagaian pemikiran serta persaingan yang mulia demi berkhidmat untuk negara yang berdaulat ini.

Anwar Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas.

Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.

Kami beriman dengan apa yang difirmankan Allah SWT tentang peristiwa Hadithat al Ifk:-

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

(Surah An Nur 12-13)

Aku menyeru kepada saudara-saudaraku rakyat Malaysia supaya bekerjasama dan saling bantu-membantu. Aku berharap saudara-saudara di Malaysia menjauhkan diri daripada konflik-konflik yang tidak ada faedah di sebaliknya, malah ianya memudaratkan, tidak memberi manfaat, menghancurkan,  tidak membina, merosakkan dan tidak mendatangkan kebaikan.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Yusuf al-Qaradawi
Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam

26 Oktober 2014
2 Muharram 1436

Sunday, October 26, 2014

ULAMA MUDA UMNGOK : MAMPUIH KAMI NAK JAWAB ...

Taqlid Buta Kerana Jahil & Kepentingan Politik



Zakat tak ikut mazhab Syafie kenapa tidak marah?'

KUALA LUMPUR - "Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?" soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.

"Kita seolah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.


"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba panduan dari Tabung Haji tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan.

"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini.

Tegasnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan berkempen terhadap mazhab lain namun peringatan supaya tiada yang beranggapan mazhab selain mazhab Syafie itu bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Nanti kita akan bermusuh dengan mazhab lain sedangkan mazhab lain itu juga Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Mengulas soal situasi peserta program sentuh anjing yang beragama Islam memeluk dan mencium anjing itu, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu dosa kecil.

"Saya tak tahu apa cerita di sana tapi saya difahamkan mereka diajar cara sertu. Kalau nak dosa sekalipun, mengikut mazhab Syafie haram dan haram itu ada tahapnya. Mungkin itu dosa kecil kerana sengaja meletakkan najis di badan.

"Kalau dia gigit-gigit anjing itu, kemudian bagi kena lidah dia pada lidah anjing, itu dikira dahsyat sikit.

"Tapi peluk macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun? Dosalah pada mazhab Syafie tapi pada mazhab Maliki tidak berdosa. Kalau dia nak sertu pun, dia sertu habis ceritalah," katanya.

Jelasnya, penganjuran program tersebut mempunyai tiga masalah utama yang menyebabkan ia menjadi kontroversi.

"Pertama masalah kawalan penganjur terhadap peserta. Mungkin mereka tidak dapat kawal peserta itu bila mahu bergambar. Mereka belum sempat ajar lagi peserta dah 'test' dulu.

"Kedua masalah media. Sebahagian media yang ketengahkan perkara itu (peserta cium, peluk anjing). Media tak ketengahkan proses sertu itu, apa yang diajar selepas itu dan proses pembelajaran oleh Ustaz (Ustaz Mohd Iqbal Parjin) itu apa intinya," katanya.

"Ketiga, orang-orang yang melenting tanpa usul periksa. Memberi respons tanpa bersabar. Tak tahu apa, hanya mendapat sedikit (fakta) daripada wartawan, dia sudah ulas. Sepatutnya, sabar dahulu. Pergilah cari bacaan dulu, cari apa penganjur punya cakap, kemudian barulah beri kenyataan," katanya. -SH

ULASAN GB

GB melihat isu ini timbul akibat dari dua perkara. Pertama jahil kedua politik.

Jahil kerana dijahilkan oleh sistem pendidikan agama di negara ini sekian lama. Menanamkan pendidikan agama hanya dari satu aliran iaitu mazhab Syafie. Tidak diketengahkan pandangan dan pendapat imam-imam ahli sunnah wal-jamaah yang lain seperti Maliki, Hanafi dan Hanbali.

Proses penjahilan ummah ini telah berlaku zaman berzaman sehingga ajaran dari Imam Syafie saja yang dianggap "Islam" manakala yang lain tidak. Maka kesannya jadilah penganut Islam di Malaysia ini sebagai pentaksub Syafie. Sedangkan Imam Maliki adalah guru kepada Syafie. Tidak pernah mereka bertelagah, Syafie sendiri tidak menyuruh mengikut beliau membuta-tuli. Katanya:

“Apabila kamu mendapati di dalam kitabku sesuatu yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka berkatalah kamu dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggalkanlah apa yang aku kata.” Dan dalam riwayat lain: “Maka ikutlah ia (Sunnah Nabi) dan janganlah kamu berpaling-paling kepada perkataan seseorang yang lain.”

Kedua ialah politik. Hanya semata-mata program itu berlaku di negeri Selangor maka disernag habis-habisan. Sedangkan program pelajar sekolah agama memegang anjing di negeri Johor tidak pula dihebahkan.

Tiba-tiba bangun sekalian ulamak, sekalian ustaz, sekalian mufti menghentam proram sentuh anjing di Selangor. Sehingga surat kebenaran yang dikeluarkan sendiri pun dinafikan, dituduh pula penganjur memanipulasi surat berkenaan.

Dituduhkan pula program itu konopnnya sebagai agenda "liberalisme". Bukankah jelas serangan itu bermotif politik?

Jika "liberalisme", apakah puak yang menuduh itu sanggup menuduh Imam Maliki dari ahli sunnah wal-jemaah sebagai penganjur "liberalisme" semata-mata hanya menyatakan menyentuh anjing itu tidak haram?

Ada pula mufti siap suruh peserta program itu bertaubat. Habis Imam Maliki dan para pengikutnya perlu bertaubat jugakah wahai sang mufti?

Kejahilan dan kepentingan politik menyebabkan sehingga ada pihak sanggup mengancam dan mengugut untuk membunuh penganjur program berkenaan. Konon akulah saja pembela ajaran Islam sebenar dinegara ini.

Inilah paradoks di dalam pengamalan agama di negara kita. Ini baru perbezaan pendapat ulamak di dalam kelompok "Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sendiri sudah menampakkan gejala TAQLID BUTA untuk kepentingan politik. Jikalah Imam Maliki yang berijtihad tidak haram menyentuh anjing itu bukan dari kumpulan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, (dari mazhab Syiah umpamanya), sudah tentu dah dikafirkan oleh sebilangan umat Islam di negara ini. Itupun sudah ada yang menuduh dan memfitnah penganjur program berkenaan sebagai Krisitian. 

PM NAJIB : TAK SENGAJA @ SECARA BERSAHAJA ???

HUTANG AHLI UMNO RM1 BILION... HUTANG KRONI beratus2 bilion ringgit..Bila Nak Bayar...????


OH UMNO , KENAPA KAMU SAMPAI BEGINI ???

PANAS!! Inilah Rupa Sebenar Pelakon video seks Ustaz Azhar Idrus



Baru-baru ini kita dikecohkan dengan penyebaran video panas Ustaz Azhar dengan seorang perempuan berdurasi 38 saat.

Selepas video itu tersebar pelbagai tomahan telah dilemparkan kepada Ustaz Azhar Idrus ada juga yang tidak percayainya.

Kemudian orang ramai dengan Ustaz Azhar telah tampil menafikan sekeras-kerasnya video tersebut adalah ustaz Azhar dan mengatakan ada pihak tertentu cuba jatuhkan Ustaz Azhar dalam menyampaikan dakwahnya.

Ada juga mengatakan Video ini telah diedit oleh penyokong UMNO atau orang kuat UMNO dengan alasan Ustaz Azhar Pro PAS jadi mereka telah edit dan menfitnah Ustaz Azhar.

Tidak dapat dipastikan siapakah yang edit video tersebut dan menyebarkan fitnah ini yang pasti dalam video ini bukan Ustaz Azhar Idrus.

Berikut bukti yang dapat Admin Sertakan

Dalam gambar diatas terdapat perbezaan telingga Ustaz Azhar dengan Wajah yang diedit dalam video tersebut.

Berikut dikatakan wajah lelaki sebenar dalam video panas yang tersebar.

Jadi kepada yang sebar fitnah ini anda terimalah balasanya nanti dosa dengan Allah boleh bertaubat Dosa dengan manusia selagi tidak mohon ampun tanggunglah akibatnya tambahan pula fitnah seorang ustaz yang menyampaikan ilmu agama.

Kepada rakan-rakan yang membaca dan melihat pendedahan ini mohon jasa baik anda share info ini menerusi button share yang disediakan dibawah mudah-mudahan dengan bantuan anda jenayah fitnah kepada UAI ini dapat diketahui Umun.

PULAU BATU PUTIH @ PULAU PUTIH MATA ???


Pulau Batu Puteh: Siapa yang perlu disiasat? FMT Staff


Gambar palsu itu punca kekalahan Malaysia kepada Singapura dalam tuntutan di ICJ


KhaledNordin:

PETALING JAYA: Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mengikut fakta yang ada, Malaysia kalah kepada Singapura dalam tuntutan Pulau Batu Puteh bukan kerana delegasi mereka lebih bijaksana atau mereka memiliki faktor sejarah yang lebih kukuh.

“Kita telah kehilangan Pulau Batu Puteh, kerana perbuatan khianat dan sabotaj oleh orang-orang dalam delegasi Malaysia, yang telah mengemukakan keterangan palsu di saat-saat akhir,iaitu empat hari sebelum prosiding ICJ bermula,” dakwanya lagi dalam sepucuk surat yang diemailnya kepada Perdana Menteri hari ini.

Beliau menambah keterangan kontroversi ini adalah dalam bentuk sekeping gambar Batu Puteh yang dipalsukan (‘doctored’ photo) untuk menunjukkan kehampiran pulau tersebut kepada tanah besar Johor.

Mat Zain berkata keterangan inilah yang dipercayai telah memusnahkan sama sekali, kredibiliti hujah dan keterangan yang cukup bagus dan kukuh ,yang dibentangkan oleh pihak kita, di permulaan prosiding tersebut.

“Perkara yang perlu disiasat sekarang ialah,siapa yang telah memperkenalkan gambar kontroversi tersebut dan siapa yang telah membenarkan gambar dalam keadaan sedemikian dikemukakan dalam prosiding ICJ itu. Adakah orang yang terlibat itu adalah Pegawai Negeri Johor atau Persekutuan atau pun kedua-duanya sekali?” soal beliau.

Katanya, perkara yang amat penting ialah untuk menyiasat sama ada mana-mana orang, sama ada Pegawai Negeri atau Persekutuan yang terlibat dalam kes Batu Puteh ini,menerima apa- apa faedah atau gratifikasi daripada pihak ketiga, atau mana-mana pihak pun,supaya menyebabkan keterangan kontroversial tersebut digunakan dalam prosiding tersebut, atau untuk sembunyikan apa-apa keterangan mustahak daripada dikemukakan dalam prosiding sama, hingga menyebabkan negara kita terpaksa menyerahkan Batu Puteh kepada Singapura.

Mat Zain berpendapat tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk mengumpul keterangan baru berkaitan Pulau Batu Puteh bukan sahaja seolah melepaskan batuk di tangga, bahkan ia boleh dianggap sebagai perbuatan memperkecil dan memperlekehkan titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim pada majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kedua DUN Johor Ke-13, telah menitahkan kerajaan Johor supaya menubuhkan pasukan khas untuk merayu keputusan ICJ yang dibuat pada 23 Mei 2008 itu, untuk mendapatkan balik Pulau Batu Puteh daripada Singapura.

“Menteri Besar Johor itu patut lebih bertanggungjawab lagi, kerana beliau sendiri berada dalam Kabinet Persekutuan pada tahun 2007, ketika kes Batu Puteh dibentangkan di-ICJ dan sedar apa yang berlaku dalam prosiding tersebut,” katanya lagi.

Thursday, October 23, 2014

PEMUDA UMNO W.P : PETIKAN AYAT AL-QURAN RUPENYER, KAMI TAK TAU ...


Adakah Pemuda Umno Wilayah Persekutuan benci Al-Quran, soal Asri



OLEH MD IZWAN


Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kenyataannya dan minta Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii tidak membenci Al-Quran. – Gambar fail The Malaysian Insider,


Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii supaya tidak membenci Al-Quran kerana mengecam kenyataan "anjing menjelirkan lidah" semalam.

Bekas mufti Perlis itu mempertahankan kenyataan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti "anjing menjelirkan lidah" kerana ia dipetik daripada Al-Quran sendiri.

"Dia bukan menolak saya sebab itu bukan kenyataan saya tetapi ayat Al-Quran yang menyebut bandingan ulama yang menyalahgunakan ilmu seperti anjing yang menjelirkan lidah.

"Allah yang sebut dalam surah al-A'raf ayat 176," kata Asri kepada The Malaysian Insider. Beliau turut mempersoalkan sikap Pemuda Umno tersebut yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dipetik dalam Al-Quran tersebut.

"Kenyataan Al-Quran itu umum tidak dikhususkan kepada ulama Umno ataupun PAS, kenapa yang beliau terasa sangat?

"Saya menyeru Pemuda Umno itu untuk beriman dan berpuas hati serta jangan membenci Al-Quran," katanya.

Katanya, jika Pemuda Umno tersebut menolak Al-Quran ia bukan suatu yang baik sebaliknya akan merosakkan akidah beliau.

"Sebagai umat Islam saya menyeru beliau beliau agar beriman dan terimalah Al-Quran. Menolak Al-Quran itu merosakkan akidah,” katanya.

Semalam, Razlan berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan saja memalukan malah secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini.

Selain itu, katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam.

"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekeh orang Islam di seluruh Malaysia.

"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanis (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan.

Beliau merujuk kepada entri status Facebook Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menulis:

"Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam, kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?"

Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam, membuat kesimpulan “tidak haram menyentuh anjing” selepas merujuk beberapa pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza.

Selepas itu Asri menulis satu lagi posting, menyamakan ulama yang mengeluarkan “fatwa mengampu” demi kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," kata Asri. –


P/S : mana la pemuda umno nak tau. Dr. Asri ambil dari petikan al-quran..
pemimpin depa tak ajaq bab-bab al-quran neh...
pemimpin umno ajar macam mana nak kaya dalam umno...
macam mana nak dapat projek dalam umno...
pastu enjot di kelab malam dan konsert gangnam style...