Monday, May 26, 2014
APABILA KEPALA PENYAMUN DAPAT GELARAN "TUN" ...
Yang di-Pertuan Agong telah diberi nasihat yang salah oleh pihak-pihak yang berkepentingan
Kerajaan Rakyat berpendirian demikian kerna masyarakat dunia, terutama rakyat Malaysia amat sedar Abdul Taib Mahmud adalah seorang manusia yang jelas terpalit dengan kerja-kerja rasuah yang dinaungi bersama dengan pemimpin-pemimpin perasuah Barisan Nasional terutamanya Umno.
Menganugerahkan gelaran Tun kepada perompak khazanah negara dan pengkhianat nusa bangsa adalah satu penghinaan terhadap gelaran itu sendiri.
Nota: Pelbagai jenis rasuah Taib Mahmud terpapar di sini.
SPAD / PDRM : KAMI TUNGGU ARAHAN DARI UMNO UTNUK TINDAKAN ...
LORI GILA NI KERJA SAPA?
Sebenarnya apa yang mereka inginkan dari sibuk menjaja lori sebegini segenap penjuru kampung dan bandar? apakah mereka merasakan gembira dari tindak balas Muslim yang benar2 memahami agama yang indah ini?, agama ini mempunyai maruah!!.. ia bukan boleh diperkotak katikkan sesuka hati, jika mereka tidak memahami hudud ini, bukan sebegini lagak yang perlu ditunjukkan, tolong tanya orang yang faham agama atau diam lebih baik dari menimbulkan isu sebegini!!!
TANAH KUBUR :APABILA TOK ADI AKTIF DENGAN PAS ...
ARTIS : Nasir Bilal Khan kini aktif berpolitik bersama PAS
KL: Rasanya
dah lama Murai Batu tak dengar cerita terbaru mengenai pelakon Nasir
Bilal Khan. Yelah memang lah di televisyen selalu juga tonton drama
lakonannya iaitu Tanah Kubur tapi tak tahu pula mengenai hal
peribadinya.
Tapi, baru-baru ini teman Murai Batu ada berkongsi sekeping foto Nasir.
Foto itu kelihatan seperti dia sedang aktif berkempen untuk sebuah parti
pembangkang.
Dalam foto tersebut dia bersama dua orang wanita yang memegang bendera parti pembangkang iaitu Pas dan Nasir sendiri memakai shawl di leher bercorak parti tersebut.
Amboi nampaknya seorang lagi artis kita yang sudah mula mengikut jejak
langkah artis-artis yang berhijrah dan akhirnya menyertai parti politik.
Nasir pun kini sudah tidak berapa aktif berlakon dan tak silap Murai
Batu hanya nampak dia berlakon dalam drama Tanah Kubur sahaja baru-baru
ini.
Tak kisah lah parti mana yang dia hendak sertai kerana Murai Batu rasa
itu hak masing-masing, asalkan ianya tidak memudaratkan diri.
MENTERI UMNO : KAMI PUN MAKAN, APA SALAHNYA DEPA MAKAN SIKIT ...
HOT!! Ketua Polis Langkawi Dituduh Terima Rasuah Dan Lindungi Perbuatan Keji
Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan mendakwa bahawa Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah telah menerima rasuah dalam dua kes jenayah yang bertujuan untuk melindung beberapa sindiket Cina di Langkawi.Menurutnya, beliau mendedahkan perkara ini setelah pihaknya iaitu MyWatch menerima laporan dari seorang pegawai kanan polis yang identitinya dirahsiakan.
Jelasnya, kes pertama iaitu serbuan ke atas pusat hiburan, Supt Harrith telah mengarahkan supaya kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘No Further Action’ (NFA) atas alasan pusat hiburan tersebut mempunyai lesen perniagaan.
“Tujuan Supt Harrith berbuat demikian adalah bagi melindungi tauke pusat hiburan tersebut yang bernama Nicky Tan Peng Chun kerana Nicky Tan Peng Chun merupakan anak kepada Lai San, iaitu sindiket loteri haram di Langkawi.
“Kini, terdapat lima sindiket loteri haram di Langkawi yang membayar wang perlindungan secara bulanan kepada Supt Harrith dengan cara menyerahkan sendiri wang di rumah beliau di Kuarters Ketua Polis Daerah Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Bagi kes kedua pula berkenaan tangkapan dua orang lelaki berbangsa Cina, iaitu Cheong Chun Leng dan Choong Kwong Wing. Dua lelaki berbangsa Cina itu disyaki telah melindungi 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Myanmar.
“Supt Harrith telah campur tangan dalam penyiasatan kes ini sehinggakan dua lelaki berbangsa Cina ini diberi jaminan dalam tempoh 24 jam dari waktu tangkapan, sedangkan kes ini belum lagi disiasat.
“Dua orang lelaki Cina ini telah membuat pengakuan kepada orang awam dan kepada pegawai polis lain bahawa mereka telah memberi suapan kepada Supt Harrith dengan wang sebanyak RM15,000,” ujarnya.
Sehubungan itu, Sanjeevan yang mewakili pihak MyWatch mendesak agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala rasuah dan salahlaku Supt Harrith dan sepanjang siasatan dijalankan, Supt Harrith haruslah diberi cuti sehingga siasatan selesai dijalankan.
Sanjeevan turut menjelaskan bahawa isu ini telah diadukan beberapa kali kepada Ketua Polis Kedah, namun sehingga kini tiada tindakan lanjut yang diambil.
“Adalah lebih baik sekiranya satu Pasukan Khas diwujudkan bagi menyiasat rasuah dan salahlaku Ketua Polis Daerah Langkawi ini, dan dalam masa yang sama turut menyiasat Ketua Polis Kedah sekiranya beliau terlibat dalam dua kes yang dinyatakan ini.
“Dalam pada masa yang sama, Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) juga harus ditubuhkan segera untuk menyiasat segala rasuah dan salahlaku dalam PDRM,” katanya.
Jelasnya, pihak MyWatch sedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak PDRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan malah pegawai kanan polis yang memberi maklumat ini juga sedia bekerja sama dengan pihak SPRM.
“MyWatch sedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan malahan pegawai kanan polis yang memberi maklumat ini juga sedia bekerjasama dengan SPRM untuk memberikan lebih maklumat yang diperlukan kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PDRM,” katanya.
Buat masa ini, pihak FMT cuba mendapatkan penjelasan daripada Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim bagi menjelaskan perkara ini, namun usaha tersebut gagal ekoran Datuk Ahmad tidak menjawab panggilan telefon.
Sumber
CALON BN : ITU MENTERI MEMANG KAKI KENCING ...
Mah Siew Kong Sendiri Tak Percaya Kepada Janji-janji Menteri
Saya tak bertanggungjawab pada janji menteri'Calon BN di Teluk Intan Mah Siew Keong berkata, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan atas janji-janji yang dibuat oleh menteri-menteri tanpa kehadirannya.
Mengulas janji yang dibuat beberapa menteri semasa perjalanan kempen, presiden Gerakan itu berkata beliau tidak berada di situ ketika janji itu dibuat.
Katanya lagi, ia janji-janji mereka dan bukan beliau.
“Ia tiada dalam manifesto. Saya hanya letakkan apa yang saya fikir mampu lakukan sebagai anggota Parlimen,” katanya.
Mah bagaimanapun berkata, jika salah bagi BN menabur janji dalam pilihan raya, Pakatan Rakyat juga melakukan perkara sama.
“Pakatan kata jika mereka menang, mereka akan turunkan harga petrol. Bagaimana dengan perkara itu? Adakah itu tak sama?” soalnya. -mk
PRK Teluk Intan: BN gagal bina sekolah, tiba-tiba universiti pula dijanjikan
TELUK INTAN, 26 MEI: Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.
Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.
Calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan pula untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.
Janji beliau menimbulkan persoalan terhadap janji-janji BN yang jarang ditunaikan.
Calon Pilihanraya Kecil (PRK) DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012.
“Baru-baru ini BN telah melancarkan sebuah lebuhraya dengan kos RM5 bilion dan berjanji untuk menaik-taraf kemudahan jalur lebar jika mereka menang.
“Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan projek sekolah di Kampung Bahagia?
“Peruntukan telah diberikan sebanyak RM27 juta pada tahun 2012. Sehingga kini papan tanda pun tidak ada,” katanya dalam sidang media di Restoran Sin Loke Thian.
Menurut Dyana, mendiang Seah Leong Peng telah membangkitkan isu sekolah berkenaan di Parlimen pada tahun 2013.
Menurut Dyana, pihak kerajaan berjanji akan menyiapkan sekolah itu tahun ini.
“Kita mahu tanya, bila nak tunaikan janji yang dulu? (Kerajaan) sibuk umum pelbagai projek, tapi yang lain terbengkalai,” tegas beliau.
Pada 11 Februari 2012, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM27 juta untuk pembinaan sekolah itu termasuk pelbagai projek naik taraf di daerah Hilir Perak.
ULASAN GB
Anehnya calon BN itu tidak percaya dan tidak yakin dengan janji-janji menteri-menteri UMNO BN sendiri...
Dan lebih pelik beliau sendiri berjanji untuk menubuhkan sebuah universiti di Teluk Intan...?
Jelas membuktikan semua mereka dari BN termasuk calonnya adalah kaki auta belaka...
PUTERI UMNO : KERANAMU DYANA, KAMI TERSISIH, TERPINGGIR, TERBUANG ...
Generasi Dyana Sofya: Umno semakin terpinggir dan dipinggirkan ?
Muktahir tindakan-indakan pemuda Umno cukup memualkan. Lazimnya Umno Bn
bersama-sama media arus perdana yang mereka kuasai dulu kini dan
selamanya lazimnya menyerang dan membenam parti dan pemimpim pembangkang
sehingga tidak terangkat muka mereka. Umno dan para pemimpin membelasah
pembangkang dengan semahu mahunya. Samada isu itu ada etika atau tidak
bertika dengan menolak sama sekali nilai moral dan sivik serta melanggar
lalu batas-batas keagamaan pun. Dan mereka 'tidak ada pengalaman
diserang balas. seperti mana apa yang berlaku sekarang.
Serangan balas - serangan balas terhadap Umno dan pemimpin yang celaka
kini terbalas sejak 60 tahun Umno berada di bumi Malaysia. Dan serangan
ini tersebar melalui media sosial yang tidak terkekang oleh mereka dan
ramai pengikut dan pendokong setia Umno Bn terasa panas dan tercabar.
Kemarahan luarbiasa bila Umno dicelakakan oleh seorang pemimpin DAP.
Kecaman itu adalah kecaman politik. Jauh lalu niat pemimpin pembangkang
bagi membangkitkan soal rasicisme.
Namun, media arus perdana meniup berita berkenaan, supaya nmpak Umno
jantan dan bertelur dengan sebahagian pemuda Umno menyerang secara
keterlaluan ke pejabat DAP dan pemimpin DAP. Pelbagai kecaman dan
ancaman dilakukan ke atas pemimpin DAP yang kebetulan berbangsa Cina.
Dan kini berlakulah tindakan-tindakan beremosi untuk cetuskan kemarahan.
Rakyat diajak dan diseret bersama. Inilah bentuk permainan serta
strategi politik parti Umno.
Penulis pun adalah datang daaripada keluarga Umno. membesar dalam negeri
Umno dan segalaa-galanya amat terhutang budi dengan Umno, kerana Umno
maenjadi kerajaan. Dan rasanya jasa Umno telah penulis bayar. Dan kini
penulis walaupun tidak sezaman dengan Dyana Sofya calon DAP bagi PRK
Teluk Intan yang 'hilang selera' dengan Umno. Penulis pun sama rasanya,
selera terhadap Umno berkurangan dan telahpun lenyap.
Alasannya, terlalu banyak....kesimpulan nya perjuangan Umno bukanlah inspirasi generasi muda masa kini !!!!
UMNO TERKENTUT : PAS SOKONG DYANA ...
[HOT] Apa Kata Ust Hadi Terhadap Dyana Sofya?
Dyana lebih berani daripada saya kerana jadi calon DAP, kata Hadi
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan calon Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud seorang "berani" kerana bertanding atas tiket DAP, dan berkata keberanian seperti itu diperlukan di kalangan pemimpin pembangkang.
Hadi berkata pengundi perlu memilih Dyana kerana kesanggupannya menjadi calon DAP.
"Kita mesti pilih seorang bertenaga, yang tunjuk keberanian dia. Kita anggap Dyana berani, sanggup jadi ahli DAP. Calon DAP juga.
"Saya sendiri tak sanggup jadi calon DAP," kata Hadi berseloroh semasa bertemu para pengundi di sebuah majlis jamuan teh di Teluk Intan.
Presiden PAS itu tiba hari ini di Teluk Intan untuk turut serta dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkempen untuk Dyana menjelang pilihan raya 31 Mei ini.
Berucap di hadapan penyokong majoriti Melayu hari ini, Hadi berkata soal bangsa seseorang calon tidak penting dalam pilihan raya, tetapi yang lebih penting adalah perwatakan dan prinsip.
"Kalau kita cerdik, kita bukan bincang pasal bangsa orang yang kita pilih sebagai calon jadi wakil kita, wakil bagi Parlimen. Kalau menang sebagai calon, akan cakap di Parlimen bagi pihak kita.
"Kita percaya Dyana, lawyer muda, kalau menang jadi wakil rakyat kita, dia bercakap, dia berani, kita percaya."
Sebaliknya, Hadi berkata calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong akan hanya jadi "tukang angguk" di dalam Parlimen.
Hadi berkata beliau bimbang BN menggunakan wang dan saguhati memancing undi dalam pilihan raya di Teluk Intan.
"Saya percaya, khususnya di kawasan-kawasan Melayu, (BN) akan banyak tabur duit. Saya tahu ini kerajaan BN, terutama bila calon kaya," katanya.
Hadi turut memberi perumpamaan ikan dan umpan.
"Ikan cerdik makan umpan, tak makan kail. Bagilah banyak-banyak umpan, biar umpan habis. Kail jangan makan," tambahnya.
Beberapa menteri sebelum ini menjanjikan pelbagai pembangunan di Teluk Intan sekiranya presiden Gerakan menang, termasuk kelajuan Internet lebih tinggi, sebuah krematorium dan dewan orang ramai untuk masyarakat India, dan pakaian seragam baru untuk sukarelawan Rela.
Bagaimanapun, Mah menjauhkan diri dari janji tersebut dengan berkata beliau hanya bertanggungjawab untuk manifesto sendiri. -TMI
Dyana calon yang bertenaga dan berani – Presiden PAS
TELUK INTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta pengundi Teluk Intan memilih calon yang berani dan membawa suara rakyat di parlimen.
Kata beliau, keberanian yang ditunjukkan calon yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud wanita Melayu yang sanggup mewakili DAP harus menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti.
"Kita pilih calon yang boleh membawa amanah kita, membawa hak suara kita di parlimen dan bukannya pemimpin yang hanya tahu 'angguk' walaupun perkara itu tak betul.
"Dyana calon yang bertenaga dan keberanian beliau yang kita inginkan. Beliau wanita Melayu yang berani menjadi calon DAP, saya sendiri pun tak berani nak jadi calon DAP," ucap beliau sambil disambut ketawa para hadirin.
Beliau berucap demikian pada Majlis Hi-tea Bersama Presiden PAS di Taman Cicerly yang turut dihadiri Dyana.
Beliau menjelaskan bahawa Dyana mempunyai peranan di dalam DAP yang akan membawa suara orang Melayu.
"Walaupun yang bertanding itu DAP tetapi calonnya adalah Melayu dan sebagai orang Melayu kita patut menangkan calon Melayu.
"Kita patut bincang soal calon, kalau DAP menang beliau yang akan bercakap bagi pihak kita. Suara beliau bukan hanya mewakili orang Cina tetapi juga suara orang Melayu," jelasnya.
Ahli Parlimen Marang itu turut memberitahu masih ada rakyat negara ini yang hairan kerana PAS sanggup bekerjasama dengan DAP dan tidak dengan Barisan Nasional (BN).
"PAS tidak bekerjasama dengan BN kerana kita telah beri peluang sebelum ini, mereka ajak kita masuk kerajaan ketika itu.
"Kita masuk dengan syarat tampilkan perkara yang elok-elok dalam pentadbiran tapi mereka tendang kita sehinggalah berlakunya darurat di Kelantan.
"BN meluluskan darurat di Kelantan melalui parlimen dengan tujuan untuk menjatuhkan PAS, DAP waktu itu membela kita dan bantah darurat di Kelantan.
"Kita tak lupa jasa dan kita kenang budi mereka, sekarang kita bersama mereka dengan matlamat perjuangan yang sama," sambung beliau.
Tambah beliau, walaupun ada perbezaan pendirian namun PAS dan DAP mempunyai banyak persamaan terutamanya dalam urusan memperjuangkan hak rakyat.
"Walaupun ada perbezaan tapi banyak persamaan dan kita bekerjasama dalam hal ini, ini beza dengan Umno mereka tak mahu bincang tetapi DAP walaupun ada perbezaan pendapat kita masih boleh duduk bersama untuk berbincang.
"Kita bekerjasama dalam segala hal untuk pastikan calon Melayu dari DAP akan menang pada pilihanraya kecil ini," katanya.
Beliau yang meminta agar pengundi Melayu memberi sokongan penuh kepada Dyana bagi memastikan wanita Melayu dapat mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Teluk Intan.
Dalam pada itu beliau sempat berbual-bual dan turut memberi nasihat kepada Dyana ketika program hi-tea itu. -HD
Subscribe to:
Posts (Atom)









