Tuesday, May 25, 2010

KEDAH: MB KENA BERUBAH, CONTOHI 2 ADUN ...

MB KEDAH PERLU BUANG SIKAP EGOIS

Pendedahan berani ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee membuktikan bahawa pentadbiran Kerajaan Kedah yang diterajuim oleh PAS dikuasai oleh seorang sahaja, iaitu MB Kedah Ustaz Azizan Razak...Tindakan berani YB tersebut membuka mata banyak pihak terutama di Kedah bahawa cara kepimpinan MB Kedah banyak bersifat diktatorshio. MB Kedah dilihat teramat ego dan enggan menerima dan mendengar pandangan serta pendapat Exco dan ADUN-ADUN lain dalam Pakatan Rakyat.

Cara MB Kedah mengurus negeri nampak macam stabil dan tidak ada apa-apa yang bergolak. Tetapi hakikat sebenarnya, semua EXCO dan ADUN Pakatan Rakyat menyimpan rasa tidak puas hati yang terbuku sejak sekian lama di dalam hati. SIkap ego MB juga menjadikan terbitnya pelbagai spekulasi tentang lompat melompat ini. Sebagai ketuan kerajaan, sepatutnya setiap keputusan yang hendak dibuat perlulah dibuat dan dibincang secara musyawarah. Keputusan diambil adalah keputusan bersama. Perlu ada sikap memberi dan menerima. Kena terima pakai pandangan dan pendapat orang lain kerana ADUN semua adalah mewakili rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka melalui undi pilihanraya.

Pendedahan berani secara terbuka oleh YB Lim Soo Nee merupakan satu keputusan yang cukup bijak dan harus dipuji. Sepatutnya semua EXCO dan ADUN perlu ada sikap dan sifat sedemikian bagi memastikan perjalanan kerajaan negeri stabil dan telus.

Pada malam itu, saya sempat bertemu dengan beberapa orang rakan dari Kelab Penyokong PAS Kedah. Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan sikap dan perangai MB Kedah serta perangai EXCO Kanan Kedah, Ir Pharolradzi yang dilihat tidak profesional dan mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Mereka melihat EXCO Kanan ini kurang mengerti dan tahu tentang urusan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri. Tidak tahu bidang tugas dan cara-cara menguruskan tugas sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

Mereka memuji cara dan pendekatan yang dilakukan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa dan ADUN Tanjung Dawai, Dr Hamdan Mohd Khalib. Kedua-dua ADUN ini nampak lebnih terbuka, mesra rakyat dan menggunakan pendekatan secara profesional dalam menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Kaum Tionghua dan India amat kagum dengan kedua-dua ADUN ini yang sekaligus menjadi tunjang kekuatan dan sokongan bukan Islam kepada PAS....

Mereka juga mempertikaikan nama-nama berikut yang selalu mencampurin urusan Kerajaan Negeri, antaranya Che Had Dali, Cikgu Roslizan dan Sanusi.....semoga muhasabah dapat dilakukan segera bagi menghubah minda, perangai, sikap dan pendekatan kepada rakyat sebelum rakyat muak dengan sikap kita yang terlampau ghairah setelah menjadi Kerajaaan. - KedahLama
P/S : SEBELUM ADA DENGAQJUGAK KATA MB KITA NI CENGEY. CENGEY SUNGGUH KAT ADUN-ADUN LAIN. KEPUTUSAN IKUT EXCO TUA-TUA TU. MEMANG DEPA TU CERDIK, ADA IR, TAPI INGAT SAMA KEPUTUSAN KENA BUAT SAMA-SAMA. JANGAN BUAT KEPUTUSAN IKUT DAN. LAGI SATU, BETUL LAPORAN TU KATA, MENGIKUT PANDANGAN PENULIS, BEGITU BANYAK PROGRAM RAKYAT YANG DI LAKSANAKAN OLEH ADUN KUBANG ROTAN DAN ADUN TANJUNG DAWAI. HAMPIR SETIAP MINGGU TURUN JUMPA RAKYAT. MEMANG MEREKA TU BERJIWA RAKYAT. SYABAS. Y.B YANG DI CARI, KINI DI JUMPAI. KALAU TAK PERCAYA, PI JALAN-JALAN KAWASAN DEPA, SEBUT PASAI DEPA KAT KEDAI KOPI....MESTI DENGAR ORANG PUJI DEPA 2. ADUN LAIN KENA TIRU MCM TU LA. MB KITA JANGAN BUAT DIAM JA BENDA NI... KAMI NI RAKYAT BIASA JA...

Monday, May 24, 2010

PAS KEDAH TUMBANG: PAS CAWANGAN TAK BERSEDIA ...

Umno sasar 100,000 pengundi baru tawan semula Kedah..Pakatan perlu ingat operasi ini..!!!

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Ketika ‘demam’ mendaftar pemilih semakin rancak di seluruh negara melibatkan pelbagai pihak, Umno Kedah meletakkan sasaran untuk menambah sekitar 100,000 pengundi baru dalam usaha merampas semula negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan sasaran itu dijanjikan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada pertemuan retreat Umno di Janda Baik dekat sini awal bulan ini.

Pemimpin-pemimpin Umno bahagian membentangkan laporan KPI enam bulan mereka kepada Perdana Menteri pada pertemuan itu.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad tidak menolak perkara itu tetapi enggan memberikan angka tepat pengundi yang mereka sasarkan.
Beliau mengakui ada memberikan pendekatan dan strategi mereka untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kedah, salah satu negeri yang tercicir dari penguasaan BN pada pilihan raya umum 2008.
“Kami sasarkan sekitar 10 peratus daripada jumlah (pengundi) yang ada sekarang,” kata beliau tanpa memberikan butiran atas alasan ia masih dianggap sebagai strategi pihaknya.

Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 319,000 warga Kedah yang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mengundi sebagai pemilih.
Daripada 11.16 juta pengundi yang ada sekarang, seramai 881,525 orang merupakan pemilih berdaftar di Kedah.
Seramai 4.44 juta rakyat negara ini belum mendaftar sebagai pemilih.
Bagaimanapun Nawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Kuah memberitahu, pihaknya dalam proses menggerakkan usaha menambah keahlian parti dan pada masa yang sama mahu menjadikan mereka sebagai pengundi.
“Usaha ini perlu tumpu untuk menjadikan mereka ahli Umno dan pada masa yang sama menjad pengundi,” kata beliau.
Ditanya sama ada usaha itu membabitkan kerjasama komponen terutama MIC dan MCA, Nawawi tidak menolak kemungkinan itu.
Bagaimanapun katanya, tanggungjawab itu dipikul Umno memandangkan lebih 70 peratus penduduk Kedah merupakan orang Melayu.
“Kini kira-kira enam peratus penduduk merupakan orang India dan 16 peratus lagi orang Cina, yang kebanyakannya tinggal di kawasan bandar. Mereka beri tumpuan di kawasan-kawasan bandar.

“Oleh itu, untuk menarik baki majoriti penduduk sebagai pengundi, Umno akan menjalankan usaha ini,” katanya.
Sehubungan itu kata Nawawi, beliau merasakan usaha mendaftar pemilih ini penting memandangkan kira-kira lima kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoriti keseluruhan hanya sekitar 1,463 undi berbanding 666,000 undi yang dibuang pada Mac 2008.

“Sekiranya diambil dari sekitar 666,000 pengundi yang keluar mengundi, jumlah 1,463 bersamaan dengan sekitar dua peratus.
“Oleh itu kami merasakan jika dapat meningkatkan jumlah pengundi, kami yakin dapat menawan semula Kedah dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya dengan optimis.
Salah satu daripada lima kerusi yang BN tewas dengan perbezaan undi tipis ialah Tanjong Dawai. Wakil BN Arzmi Hamid kalah kepada calon PAS Abdullah Jusoh dengan perbezaan 79 undi.
SPR kini menyediakan pelbagai kemudahan untuk parti-parti politik mendaftar pemilih, antaranya melantik penolong pendaftar pemilih.
Setiap parti dibolehkan memilih dua wakil sebagai penolong pendaftar pemilih bagi setiap kerusi DUN.-RM
P/S: BAB DAFTAR MENGUNDI NI AKU DAH MALAS NAK ULAS DAH. DULU WAKTU PAS DOK KALAH, DEPA RAJIN BUAT KEJA. LANI BILA MENANG DOK NGEBANG MERATA. TIGGAL 2,3 ORANG BUAT KEJA. YANG LAIN DOK SYOK TAK TENTU HALA. YANG TUKAR KETA BARU, YANG TUKAR MOTOR BARU, YANG BUAT BISNES BARU. PENGUNDI LAIN NGANGA, PANTANG BETOI TENGOK. MAKAN ELAUN TAPI TAK BUAT KEJA. KALAU MACAM NI, LEBIH BAIK KALAH DARI MENANG......

Sunday, May 23, 2010

KEDAH: CERITA KATAK LOMPAT SELESAI BELUM ???

Api dah padam..tapi asapnya masih ada...mana lagi api yg ada

Api dah padam..tapi asapnya masih ada...mana lagi api yg ada
Reda buat seketika gelora yg berkecamuk dihati setiap rakyat Negeri Kedah apatahlagi buat penyokong PR dengan timbulnya desas desus DUN Negeri Kedah bakal dibubarkan akibat dari lompatan Adun-Adun yg dituduh ingin berbuat sedemikian..

Semalam telah berlansung ceramah yg dinanti-nanti yg juga turut dihadiri Adun yg dituduh..dan desas-desus itu dinoktahkan oleh mereka dengan berkata "Tak Nak Lompat" dan "Setia bersama PR"..

Awal-awal lagi dengan berasapnya isu ini...hati ini yakin sekali ianya hanya perang psikologi dr pihak lawan yg turut dibantu oleh "hantu' dr Kulim Bandar Baru yg bergelar AP=Ahli Parlimen@Ahli Pengkhianat.
Namun begitu sehingga petang 22 Mei..sekali lagi telinga ini diasak dengan suara-suara kebimbangan bahawa Adun yg dituduh tidak akan hadiri ceramah "noktah" itu...dan pelbagai cerita cerita..duit 5juta..dan macam macam lagi..dapat mengoyahkan seketika kegagahan hati ini menyakini kesetiaan Adun yg dituduh...

Sengaja hati ini tidak peduli apa yg berlaku di "ceramah noktah"..sengaja tak mahu melihat dan mendengar samada Adun yg dituduh hadir atau tidak..biarlah esok(hari ini) menceritakan segala-galanya..biar malam ini hati ini tenang seketika..
Dan pagi ini terlerai sudah apa yg membelenggu leher ini..Adun yg dituduh tetap berikar setia dengan PR Kedah..Syukur....

Namun begitu..ada terdapat suara halus dari sanubari ini..
"Cakap-cakap org politik bukan boleh dipercayai 100%....Jika orang Islam pon sanggup jadi munafiq politik akibat "takut" pada harta,kuasa,duit dan pangkat..ini apa pula orang bukan Islam.."

Dengan berpegang dengan kata-kata itu..hati ini belum lagi berpuas hati 100%...hanya mencapai 80% sahaja kepercayaan kata-kata Adun yg dituduh..

Bagi hati ini..."rumah yg terbakar sudah berjaya dipadamkan..tetapi asapnya masih ada..mesti ada api kecil dimana-mana..".

Harap..PAS sebagai teraju utama PR..dapat menggunakan kebijaksanaan semaksima mungkin utk memadamkan terus api dari puak-puak gerombolan Ketua Mongol dan Suami Bijan..serta juak-juaknya dari GST (geng songkok tinggi).

Gerombolan yg rakus harta-benda-duit-kuasa ini tidak bekerja sekarang..masa mereka terluang melimpah ruah..dibantu pula idea bisikkan iblis dan syaitan yg menjadi sahabat setia utk menjahamkan PR disetiap saat dan ketika..
Awas..PR Kedah..berilah kebebasana buat Adun-Adun itu..tetapi kebebasan itu mestilah memenuhi syarat dan etika moral yg disanjung tinggi...bantulah mereka kerana mereka ini sedang diperhatikan dengan penuh lahap sekali oleh serigala 2 keris bersilang..
-apadiani blogger

MP MERBOK - DIAM JA DIA NI. ADA MAKNA TUE ...

Noktah selepas ini.
Spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang nampaknya malam tadi terhenti dengan dengan adanya penegasan daripada 4 wakil rakyat yang berada didalam PR di Kedah malam tadi yang mendapat liputan meluas daripada seluruh media negara sejak sebulan yang lalu sehingga setiap mereka tidak dapat menumpukan kepada kerja dengan baik dan bersemangat dek sanag mulut capoi yang menyatakan ada ADUN dan MP yang akan melompat menjadi katak di Kedah ini.

Dengan adanya penegasan daripada mereka malam tadi, maka ternoktahlah apa yang disebarkan selama ini oleh menusia yang dengki dan irihati dengan apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan PR di Kedah ini yang berusaha membantu rakyat keluar daripada kepompong penindasan dan kezaliman BN sebelum ini.
Mereka yang dimaksudkan oleh YB Hj Ahmad Kassim Ketua PKR Kedah malam tadi sebagai manusia dari Merbok. Harap rakyat tahu siapa manusia yang dimaksudkan itu.!
Irihati mereka melihat kesepakatan ADUn daripada Pakatan mentadbir sehingga menggangu pentadbiran MB DS Ust Azizan untuk melaksanakan janji kepada rakyat .
Mereka irhati melihat apa yang dilakukan mereka sebelum jatuh dahulu, menaikkan cukai tanah sehingga membebankan rakyat tetapi diturunkan semasa PR memerintah sehingga 70 %, maka ramailah rakyat ana di Pendang ini terutama kaum Siam yang terkejut dengan apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan PR ini, bawa RM 1000 tetapi masih ada baki lagi 300 untuk dibawa balik, kalau dulu kata mereka bawa sebanyak itu mungkin tak cuklup.
Walaupun kerajaan kekurangan RM 50 juta dengan penurunan hasil dari cukai tanah ini, tetapi kerajaan atas kecekapan dan ketelusan pentadbiran, mendapat balik sejumlah RM 38 juta hasil tender balak setahun yang sebelum ini hanya RM 8 juta sahaja setahun dengan seluasan yang sama, ditambah dengan hasil perbatuan senyak 18 juta setahun. Maka sejumlah RM 56 juta tersebut sudah boleh menampung penurunan cukai tanah yang faedahnya dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat.
Begitu juga mereka irihati melihat rakyat mendapat faedah dari skim kafalah yang dilaksanakan dengan menyumbangkan RM500 kepada waris setiap kematian yang berlaku kepada mereka yang miskin dan kurang berkemampuan. Ini tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini, wang hasil penjimatan kerajaan yang dapat dilaksanakn oleh PR di Kedah ini.
Mereka juga irihati dengan perkembangan KUIN yang sedang membangun di Kuala Ketil dengan keluasan 830 ekar kerana selama 14 tahun ia berjalan, mereka tidak dapat mengembangkan sayapnya , kerana daripada 4 kursus yang ada pada masa mereka memimpin, kini setelah 2 tahun diterajui oleh PR, ia sudah mengembang kepada 40 kursus dan penuntut seramai 7000 orang, termasuk pelajar antarabangsa dan PHD serta mereka dilatih dalam 3 bahasa untuk fasih dan cekap. Walaupun Kedah tidak banyak wang, tetapi Bank swasta sanggup membantu membangunkan KUIN ini dengan pembiayaan daripada mereka, alhamdulillah.
Mereka juga irihati dengan perkembangan positik yang berlaku di Pantai Sg Limau dimana kalau dulu semasa BN perintah, 4000 relong tanah dan kampung akan musnah nak dibuat pusat penapisan minyak, kini SULIHH akan dibuat didalam laut dan tidak mengganggu tanah sawah petani dan kampong dan khabarnya akan dimulakan pada September nanti.

Mereka irihati bila mendapat seorang Ketua Perhubungan orang luar nun dari Sabah untuk mengendalikan hal ehwal politik mereka dengan mengenepikan Ketua mereka dahulu yang pernah menjadi Menteri Besar, seolah-olah bekas MB mereka ini tiada nilai lagi bagi mereka untuk mengendalikan politik mereka ditanah tumpah darahnya sendiri.
Mereka irihati diatas keakraban hubungan Istana dengan pentadbiran politik pakatan dan keakraban dengan KCS maka dibuat pelbagai tohmahan sehingga sanggup menfitnah derhaka dan sebagainya, padahal merekalah yang menjadi punca kepada penghapusan imuniti raja-raja semasa bekas PM menjadi PM Malaysia dahulu, bahkan merakalah yang menendang pagar Istana, merekalah yang membuat spanduk menggelarkan 'natang' dan merekalah yang menelanjangkan segala tingkah laku raja kita suatu ketika semasa krisis perlembagaan dahulu, sejarah tidak boleh dipadan wahai mereka dan kamu sekelian.
Oleh itu, maka wujudlah manusia yang disebut oleh Allahyarham Dato'Fadhil Nor, kalau beliau bercakap 10, 11 tak boleh percaya , digunakan untuk menyatakan ada MP dan ADUN Kedah akan lompat parti, dan PR Kedah tergugat.Itu saja ceritanya, tujuannya hanya nak mengharu-birukan pentadbiran , tetapi selepas malam tadi, diharap tidak ada lagi gangguan ini berlaku.

Sejarah PAS menguasai 13 ADUN Kedah semasa YB Saifuddin menang di Lunas dahulu, perlu dijadikan iktibar kerana PAS tidak melobi untuk mereka lompat parti walaupun MB ketika itu cukup di meluati oleh ADUN mereka, tetapi kita tunggu dan buat kerja parti sehingga pilihanraya, kita masuk secara gentleman walaupun lepas tu kita kalah teruk , tetapi terus berusaha ikut lunas demokrasi, jadi kita juga menyeru agar mereka juga tunjukkan sikap gentlemen sehingga PRU 13 dan lihat siapa yang akan diberi kepercayaan oleh rakyat. England menjadi pak turut kita dalam demokrasi , kenapa bila Goldon Brown jatuh, dia serahkan tugas denganbaik dan tidak pun menunggu untuk ada ahli yang nak lopat parti, dan sekarang Cameron pula yang menjadi PM.
Belajarlah menjadi pembangkang yang baik dan berdisiplin.
Manusia yang cakap 10 tak boleh dipercayai sebelas ini, pasti akan berkubur sebelum mati. - mp pendang,kedah.
P/S : MR MERBOK DIAM JA. LAMA DIA DIAM. PUAK UMNO/BN DOK KLUT NAK TUMBANGKAN KERAJAAN JEDAH. TAPI TAK ULAS APA-APA. HAI DATUK...ADA APA-APA KA. KA TUNGGULINE CLEAR. BUKAN APA, KAMI NI DOK RISAU KOT-KOT TAMBAH LAGI SEKOQ KATAK,MONYET ATAU KETAM. TAMBAH-TAMBAH CALON TU MAI KOT MERBOK. MANA NAK LETAK MUKA KAMI NI SEBAGAI PENGUNDI...

UMNO/BN : JOM MAIN JUDI, JANGAN TAKUT SUDAH SAH DIHALALKAN !!!

NAJIB BERJUDI PAS DAPAT MODAL BARU

Pas telah mendapat modal baru untuk memperbaiki kerosakan imejnya sebagai parti Islam yang bersekongkong dengan orang kafir dan pengamal homosexual. Perdana Menteri Menteri Dasuk Seri Najib telah mengambil risiko yang tinggi dalam membuka peluang ini kepada parti lawannya: Meluluskan lesen judi Piala Dunia.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz berkata judi itu Najis tapi ada orang beri lesen judi buat pandai pandai sendiri.

Beliau meminta orang Islam berdoa supaya Najib mati dengan bersembahyang hajat jika Allah tidak membuka hatinya untuk membatalkan pemberian itu.

Beliau telah membuat seruan ini ketika menyampaikan kuliah agama mingguan di Dataran Ilmu Pekarangan Pas Kelantan.

Kerajaan sebenarnya berada dalam dilemma yang amat mencabar. Jika tidak dikeluarkan lesen itu maka perjudian Piala Dunia pastinya akan berlaku secara haram besar besaran dan semakin ramai anggota polis yang akan terdedah kepada rasuah.

Sekarang pun ramai angggota polis yang menerima rasuah dari operator judi. Rakyat tidak nampak akan keburukan ini sebaliknya nampak bahawa kelulusan permainan judi bola sepak itu akan menggalakan rakyat berjudi tetapi sebenarnya ia akan mengurangkan rasuah di kalangan pihak berkuasa dan pengutipan wang haram beratus juta dari rakyat.

Dalam dunia yang dikuasai oleh internet sekarang adalah mustahil bagi kerajaan untuk mencegahnya kecuali menghalalkan yang wajar dihalalkan bagi masyarakat bukan Islam.Pekara haram tidak mungkin dihapuskan samasekali tetapi boleh di kurangkan.

Apakah salah dari segi agama jika ada cara untuk mengurangkan perbuatan maksiat itu daripada membiarkannya berleluasan secara haram dan mengurangkan risiko yang lebih tinggi kepada rakyat?. Kerajaan yakin boleh mengurangkan kerana ada mekanismanya.

Nik Aziz tidak tahu tentang mekanisma ini kerana dia adalah guru pondok yang jahil tentang peperangan moden untuk menentang kemaksiatan di zaman teknologi tinggi ini.Kejahatan tidak boleh ditentang dengan hanya menakutkan manusia tentang hukum.

Jika orang Islam mahu juga berjudi maka itu terserah kepada mereka.Sama seperti adanya pasaran babi di Malaysia. Orang Islam yang beriman tidak akan memakannya. Menyamakan pemberian lesen judi Piala Dunia ini seperti membenarkan rakyat merompak dan mencuri seperti yang didakwa oleh Nik Aziz adalah logik yang hanya boleh diterima oleh gulongan fanatik Pas yang menghalakan Tok Guru mencuri balak..

Bagaimanapun apa yang dikesalkan ialah sehingga ini Perdana Meneri nampaknya mahu mengelakan dari memberikan rasional diatas kelulusan lesen judi bola itu dan hanya menyerahkan menteri menteri nyamuk untuk menjawabnya.Tak usahlah beri Menteri Islam menjawabnya, biarlah menteri bukan Melayu menjelaskannya.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama Almarhom Tunku Abdul Rahman dalamn meluluskan lesen judi ekor telah memberikan alasan tentang kerajaan boleh mengutip cukai dari lesen judi itu dan menyalurkan kepada kepada kerja kerja kebajikan. Malah beliau sanggup tanggung dosa.

Bagaimanapun dalam keadaaan kesedaran keugamaan semakin tinggi di kalangan orang Islam sekarang berbanding dengan zaman Tunku maka Najib berhadapan dengan cabaran yang akan menggugat kedudukannya dan juga masa depan BN dalam pilihanraya akan datang. Orang Cina tetap tidak akan menyokong kerajaan BN sekalipun mereka dibenarkan bertelanjang dan berjudi.

Nampaknya Najib pun mahu berjudi nasib BN dalam soal ini.-maharaja blogger

P/S : PAS DAPAT MODAL BARU UNTUK KEMPAN. TAPI PR KENA INGAT..UMNO DAPAT MODAL BESAQ. BERAPA RATUS RIBU JUTA DIA DAPAT DUIT TU. SOAL HALAL HARAM DIA KIRA NO 2. JANJI DUIT. PUAK-PUAK "KATAK" PANTANG SUAP DUIT, KONPEM LOMPAT. PARTI YG SEBIJIK TU DALAM PR BUKAN LEH HARAP SANGAT. PANTANG TENGOK DUIT. MULUT BOYA. PAS KENA HATI-HATI, KITA PERANG MULUT, DEPA PERANG DUIT.ORANG DALAM KITA LAPAQ DUIT, TUTUP MULUT DENGAN DUIT. HIDUP MATI DEPA DENGAN DUIT........

MASA DEPAN KITA : MELAYU @ ISLAM ???

PERINGATAN KEPADA BANGSA MELAYU

Kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang berfikir. kepada penyokong-penyokong Melayu yang berakal, lihatlah apa sebenarnya yang berlaku;

Di Hulu Selangor BN menang - bertambah satu lagi kerusi parlimen kaum India
Di Sibu DAP menang - bertambah satu lagi kerusi parlimen kaum Cina
Siapa yang akan menguasai politik negara akhirnya setelah menguasai ekonomi?

Dari Blog seMalaysia Tahniah untuk DAP kerana menang di Sibu. Dikala PKR rebah di Hulu Selangor, DAP pula berjaya menaikkan bendera Roketnya di Sibu. Ini bermakna, satu lagi Ahli Parlimen dari DAP bertambah di dewan rakyat tatkala PKR kehilangan satu kerusi MP-nya. Semakin angkuh DAP sekarang, seangkuh Lin Dan semasa mengalahkan Datuk Lee semasa berlansungnya Piala Thomas. Walaubagaimanapun, ketua pembangkang tetap di sandang oleh Anwar walaupun dia kepatahan sayap. Takpe..DAP boleh papah.. tapi 'papah' bersyarat. Syarat mudah, Anwar kena jadi macam MB Nizar - boneka mereka. MB Nizar menang pun kerana DAP yg tolong. BN menang sedikit di Hulu Selangor pon sebab DAP yg tolong PKR. Lihatlah kuasa DAP.. Tidak mustahil, Anwar akan digunakan untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu, dan mendirikan negara Republik di Malaysia seperti Singapura. Barulah kepala DAP boleh jadi Presiden Republik Malaysia. Kalau Raja-raja Melayu masih berkuasa, mereka takkan melantik bangsa lain selain dari Melayu menjadi PM. Bangsa Melayu akan di pecah-pecahkan (Kepada kelompok-kelompok kecil) supaya senang di perintah-macam di Singapura.

Teori RAHMAN akan jadi kenyataan, Najib PM terakhir Melayu dan PRU13 Melayu akan kehilangan kuasa terhadap negara sendiri. Orang-orang Melayu harus keluar dari UMNO dan Pas dan kemudiannya mengundi tanpa mengira parti.-braveheart-blogger.

P/S : KEKADANG PENULIS "SUARA SANG MERBOK" SETUJU JUGAK DENGAN KENYATAAN DAN PANDANGAN BRAVEHEART WALAUPUN BERLAINAN MISI DAN VISI. APA YANG DISUARAKAN OLEH PENULIS TU BETOI JUGAK. STATEMENT DIA SEBELUM INI BERKAIATN BANGSA MELAYU ADA LOGIKNYA. TAMBAH-TAMBAH BERKAITAN UMNO PAHANG, SEPERTIN BAHAGIAN JERANTUT. TERUS TERANG MENGKRITIK DAN MENGHENTAM UMNO NEGERI. TAPI BAB TEGUR MELAYU JER LA AKU SOKONG, KALAU BAB MENGHENTAM TOK GURU, MEMANG AKU BANTAH KERAS. SEPERTI PANDANGAN PENULIS BERANIKAN HATI BERKAITAN PERUBAHAN PERLU BERLAKU DALAM UMNO DAN JUGA PAS. BETUL. TAPI SECARA PERIBADINYA, X BLEH BERUBAH BRO. KALAU DULU ZAMAN P.RAMLEE, SALOMA KATA DALAM SETANDAN PISANG TAKKAN SEMUANYA BURUK, TAPI LA NI BRTUKAR, SETANDAN PISANG KALAU SEBIJIK BURUK DIA MELARAT SEMUA TAK BOLEH PAKAI. BAK KATA KARAM SIGH "TERBAKAR KAMPUNG NAMPAK ASAPNYA, TERBAKAR DI HATI SIAPA YANG TAHU". TAPI DARI MEMILIH BANGSA, AKU LEBIH MEMILIH AGAMA.....

PENGUNDI BN : HANGPA TAK RASA BERSALAH KA???

Apakah anda tidak rasa bersalah dan berdosa mengundi BN kerana :-

1) BN meluluskan LESEN JUDI
2) BN meluluskan lesen arak
3) BN meluluskan lesen rumah urut
4) BN membelakang hukum Allah dengan tidak mentadbir Malaysia dengan hukum Islam
5) BN membiarkan riba berleluasa dengan tidak menutup bank-bank riba
6) BN menggalakkan program maksiat dan menghalang program makhruf
7) BN merompak hak rakyat Kelantan dengan tidak memberikan royalti
8) BN penaik harga baik suka hati
9) BN main-main dengan hukum Allah
10)BN buat permainan intitusi pendidikan negara
11)BN cuba kenakan pelbagai cukai kepada rakyat
12)BN mengekploitasi wanita
13) dan lain-lain.Lu pikirlah sendiri...........

Tuesday, May 18, 2010

JKKK-Jawatan Karut Kacau Kampung - Makhluk Perosak ...

'Jin Kacau Kampong' mencabul gadis di Tampin

Polis menahan seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebuah kampung di daerah ini Tampin, kira-kira pada jam 11.40 pagi semalam kerana disyaki mencabul Setiausaha Kerja JKKK kampung berkenaan.Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, lelaki berumur 47 tahun itu ditahan jam 11.40pagi semalam, sebaik tiba di Balai Polis Tampin untuk menyerah diri.

Menurutnya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Tampin dan akan di bawa ke Mahkamah Majistret Rembau pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun serta sebatan. Penangkapan ini dibuat berikutan laporan seorang gadis berusia 18 tahun yang bertugas di sebuah balai raya di Gemencheh sebagai setiausaha kerja JKKK kampung berkenaan.

Sinar Harian semalam melaporkan seorang Setiausaha Kerja JKKK di daerah ini mendakwa dicabul kehormatannya oleh Pengerusi JKKK (ketua kampung) kampung berkenaan dan kejadian terakhir dikatakan berlaku Khamis lalu antara jam 8.00 malam hingga pagi.Berikutan bimbang gangguan seksual berulang, mangsa telah memberitahu keluarganya mengenai kejadian berkenaan dan membuat laporan di Balai Polis Gemencheh pada jam 10.30 malam hari berkenaan.-s/hn9

Sunday, May 16, 2010

PKR : Parti Kian Runtuh?.... Dulu Malu, Tapi Mahu....Kini Baru Ku Tahu...

PAS cadang ahli PKR ditarbiyyah supaya setia

Lebih banyak pihak menyuarakan desakan menuntut Wee Choo Keong supaya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Wangsa Maju, selepas bertindak keluar parti, Jumaat lalu.
Antara yang berbuat demikian ialah dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Menurut Naib Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Wee (kiri) telah hilang kepercayaan pengundi, ahli-ahli PKR serta Pakatan Rakyat apabila dia berpaling tadah.

“Jawatan sebagai ahli parlimen adalah amanah dari parti, pengundi serta petugas Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja bagi memenangkan beliau dalam pilihan raya umum ke 12 yang lepas.

“Alangkah murahnya maruah serta harga diri seorang pemimpin seperti beliau. Dengan sedikit tawaran atau ugutan, beliau mudah berpaling tadah. Lupakah beliau siapakah yang berjuang bersungguh-sungguh menaikkan nama dan diri beliau sehingga mampu memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suhaimi berkata sebagai ahli parlimen, Wee sepatutnya menjaga kebajikan dan mengambil tahu hal rakyat dan pengundi beliau, bukan sibuk dengan kepentingan peribadi.

“Beliau seharusnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik dengan menunjukkan kredibiliti serta maruah yang tinggi sebagai wakil rakyat. Dalam keadaan parti memerlukan beliau, Pakatan Rakyat yang sedang diperkukuhkan, tergamak beliau mengambil langkah dengan meninggalkan PR. Tindakan beliau ini telah menghilangkan rasa hormat rakyat kepada beliau serta mengkhianati kepercayaan rakyat,” katanya.

Justeru, menurut Suhaimi PAS merasakan tidak wajar Wee masih bergelar ahli parlimen Wangsa Maju.


“Kerusi beliau perlu diserahkan kembali mandatnya kepada rakyat supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat.

“DPPWP dengan ini mencabar Wee Choo Keong meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Wangsa Maju dan bertanding semula sebagai calon bebas bagi menentukan benarkah beliau masih mempunyai pengaruh dan menang dengan kekuatan beliau sendiri atau kerana kerja keras semua petugas Pakatan Rakyat!” katanya.
Wee 'pengkhianat'
Dalam pada itu, dewan pemuda PAS Wangsa Maju (DPPWM) pula menyifatkan tindakan , Wee yang mengistiharkan keluar daripada PKR sebagai 'pengkhianat'.

“Beliau sepatutnya malu dengan para pengundi di Parlimen Wangsa Maju yang telah memilih beliau sebagai wakil kepada mereka ke parlimen bagi menyuarakan masalah mereka di peringkat pusat di dalam Pilihan Raya Umum yang ke 12 (PRU 12) yang lalu.

“DPPWM juga merasakan alasan yang diberikan oleh beliau yang mana 'kononnya' tidak berpuas hati dan kecewa dengan cara parti dan kerajaan Selangor menangani isu pasir menerusi Kumpulan Semesta Sdn.Bhd. (KSSB) boleh dianggap sebagai bohong,” kata ketua pemudanya, Rohizad Aznan dalam kenyataan media hari ini.

“Ini kerana jika dilihat akan tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor melalui Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jauh lebih telus jika berbanding dengan cara Umno/BN memerintah Selangor sebelum in.,” katanya.

Menurut Rohizad desas-desus Wee meninggalkan PKR telah bertiup kencang pada hujung tahun 2009 lagi dan tindakannya juga diragui kerana mengumumkan perletakkan jawatan secara tergesa-gesa dan ketika kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu sedang hangat berlangsung.

“Implikasi daripada kes ini, DPPWM menyarankan agar PKR patut lebih berhati-hati dalam memilih calon yang akan bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya yang akan datang.

“Ahli PKR juga disarankan agar ditarbiyyah supaya setia kepada kepimpinan dan parti walau dalam apa jua keadaan. DPPWM juga sedia membantu dalam proses mentarbiyyah ahli jika ia memerlukan, “ katanya.

P/S : TAN SRI MUHYIDDIN KATA, PKR-PARTI KIAN RUNTUH. DATO SRI NAJIB KATA, PKR- PAKAT KELUAR RAMAI-RAMAI, ORANG UMNO KATA, PKR-PARTI KENCING RAKYAT. X KIRA LA DEPA KATA DEPA KATA APA-APA PUN. TAPI YANG PASTI RAKYAT DAH BORING SANGAT DENGAN WAKIL RAKYAT PKR NI. TAK HABIS-HABIS MENYUSAHKAN ORANG. MUKA LAPAQ DUIT. TAKKAN MELOMPAT SAJA-SAJA. HILANG KEPERCAYAAN KONON, TRICK SAMA SAJA SEMUA. KALAU DOK KEJA KENCING RAKYAT, SAPA NAK PAKAI MUKA HANGPA TU DAH. JADI... KITA HARA ANWAR IBRAHIM PANGGIL WAKIL PAS, KALAU MALU DAP PUN TAK PA. PI TARBIYAH WAKIL RAKYAT PKR SAT. AWAT TERUK SAMPAI LAGU TU. JANGAN DOK TUDUH UMNO SAJA, KALAU IKAN TAK MAKAN UMPAN, TAK DAPAT AIHH IKAN TU........