Monday, March 18, 2019

Anwar, Husam dan Mustapa perlu kemaskan kabinet Dr Mahathir


RENCANA KHAS

PARLIMEN ke 14 sudah masuk sidang yang kedua, di mana sidang kedua bermula Isnin lalu yang akan bersidang selama 20 hari. Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang pertama kali dibentuk sudah berusia 10 bulan. Walaupun kabinet pertama Dr Mahathir itu relatif baharu, di mana terlalu awal untuk dinilai, tetapi sudah ada aspek tertentu yang boleh dibuat penilaian.
Ketiga mereka ini sangat layak untuk sertai kabinet.
Kita tahu, hampir 95% anggota kabinet Dr Mahathir seramai 28 orang terdiri daripada orang baharu yang pertama kali menjadi anggota kabinet. 
Tetapi apa yang tidak dapat ditolak mereka sudah lama berkecimpung dalam politik. Setengahnya sudah lebih 40 tahun. Sangat masak dengan dunia politik. Sudah ada yang menjadi ahli parlimen lebih daripada dua atau tiga penggal. Bagaimana pun kelebihan itu bukan menjadi satu syarat wajib untuk meletakkan mereka sudah layak menjadi menteri. 
Menjadi ahli parlimen apa lagi oposisi berbeza dengan menjadi menteri atau ahli parlimen kerajaan.

Setelah enam bulan kabinetnya dibentuk Dr Mahathir telah membuat penilaian awal kepada jemaah kabinetnya dengan memberi markah 40% hingga 60%. Angka itu dikira cemerlang memandangkan mereka sebagai orang baharu. 
Secara umumnya beliau berpuas hati dengan pencapaian para menterinya. Dan Dr Mahathir juga walaupun pernah menjadi PM selama 22 tahun tidak tergesa-gesa untuk menilai anggota kabinetnya walaupun ada sisi-sisi yang sangat tidak memuaskannya. Beliau arif mengenai perbezaan kabinet ketika beliau memimpin BN sebelum ini dengan kabinet PH sekarang. Beliau terbuka menerima anggota kebinetnya.

Penilaian terbaru.
Kini setelah 10 bulan di mana dua bulan lagi genap setahun ia tentu mempunyai penilaian terbaru. PM itu sudah tentu nampak mana yang lemah, longgar, kurang berprestasi atau menteri mana yang boleh bekerja mengikut rentaknya. Perkara paling simple yang dijadikan ukuran oleh Dr Mahathir ialah pemakaian “name tag” dan disiplin kehadiran mesyuarat.

Beberapa menteri juga sudah dibawa ke luar negeri untuk menyertai lawatan bersamanya. Kesempatan diberikan itu adalah pendedahan Dr Mahathir kepada anggota kabinetnya yang mana pemergian itu bukan sekadar untuk makan angin atau berkenalan dengan pemimpin dunia tetapi bagi mempelajari seluk beluk mentadbir negara.
Boleh dikatakan semua menteri kanannya sudah menyertai rombongan ke luar negeri; Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan lain-lain. Mereka juga dibawa ikut menyertai mesyuarat dua hala, (bilateral) di antara Malaysia, menanda tangani MoU dan lain-lain dengan negara luar. Mereka juga dibawa atau menjadi wakil dan pemerhati di mesyuarat Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Apabila sudah dibuat sedikit pendedahan, sudah pasti Dr Mahathir ada penilaian sendiri kepada pencapaian atau karakter menterinya. Sebagai tokoh lama, tempoh atau ruang itu sudah memandai baginya untuk membuat penilaian bagi mengenali kemajuan mereka. Setelah berkhidmat selama 10 bulan, jika diumpamakan kepada seorang pelajar, para menterinya sudah boleh diberikan ujian penggal pula setelah menjalani ujian bulan.

Apabila parlimen sudah masuk sessi kedua, dan menghadiri mesyuarat kabinet sekurang-kurangnya lebih 20 kali, ini bermakna Dr Mahathir dapat melihat kemampuan menterinya mengurus persoalan rakyat serta memberi idea dan pandangan terhadap masalahnya. Beliau dapat memerhati bagaimana menterinya meluahkan idea dan solusi menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan kementerian masing-masing.
Tempoh 12 bulan itu nanti sudah dikira cukup untuk diberi ujian penggal pula. Dengan hanya dua bulan lagi genap setahun, maka wajarlah kalau menteri diberi penilaian pencapaian mereka. Dr Mahathir tidak perlu memberi masa lebih daripada itu untuk membuat penilaian secara keseluruhan dari segenap aspek kerana ia boleh merugikan rakyat. Karakter, idea, komitmen kepada kerja dan sebagainya sudah boleh diberi penilaian.

Justeru setelah setahun wajar kalau Dr Mahathir membuat semakan menyeluruh terhadap kabinetnya. Beliau tidak perlu membiarkan kelemahan yang ketara itu kepada menteri tertentu dengan alasan mereka baharu atau pertama kali dalam kabinet. Setahun kalau masih ada menteri tidak dapat membina rentak ertinya mereka sudah gagal.
Apa yang perlu diutamakan ialah pencapaian mereka untuk kerajaan dan rakyat. Perkara yang perlu disedari dan diberi perhatian masih banyak hasrat yang diaspirasi oleh kerajaan PH belum terlaksana sepenuhnya. Begitu juga agenda reformasi yang diperjuangkan selama ini belum terpenuhi. Perkara ini lebih perlu diberi perhatian daripada untuk menjaga hati para menteri. Kritikan, rintihan rakyat berkaitan kelemahan menteri yang ada sangkut paut kegagalan memenuhi hasrat itu perlu dipedulikan.

Bukan aneh.

Dan sekiranya berlaku rombakan kabinet atau penyusunan semula, waima dinamakan pengemasan atau apa, menteri terlibat hendaklah redha. Kemungkinan dalam penyusunan baru itu nanti berlaku pertukaran portfolio atau mungkin yang digugur terus. Kepada menteri yang terlibat dengan pengguran harusnya redha dengan apa yang berlaku dan mereka juga perlu berjiwa besar. Pengguguran dan pertukaran portfolio bukan sesuatu yang aneh dalam sesebuah kabinet malahan ia lumrah.
Sekiranya Dr Mahathir berhajat untuk memantapkan kabinetnya, beliau tidak perlu sangat mengambil kira soal kuota mengikut jumlah kerusi dipunyai parti komponen PH. Sebelum ini pembentukan kabinet diasaskan kepada nisbah kerusi dimiliki parti komponen, menyebabkan mereka yang layak terlepas. Apa yang penting mereka yang boleh bekerja dan memberi sumbangan perlu diutamakan tanpa mengambil kira sistem kuota. 
Hal ini tidak dapat dielakkan, ia menjadi pertikaian. Semua pihak perlu sedar dan jujur bahawa soal kuota ini bukan sesuatu yang baik kepada kerajaan. Semua pihak kena insaf bahawa matlamat utama inilah untuk membentuk kerajaan baru dan kepentingan rakyat hendak diutamakan dan sedia mengenepikan agenda parti. Sesiapa layak tanpa mengira dari parti mana harus diberi kesempatan.

Bawa masuk Anwar.
Menyentuh hal ini saya berpendapat, sekiranya berlaku penyusunan kabinet, PM hendaklah mengambil kira dan membawa masuk mereka yang berpengalaman ke dalam kabinetnya. Kemasukan mereka yang berpengalaman dan sudah ada track record sangat penting. Ada beberapa nama yang sangat sesuai untuk berada dalam kabinet bagi membantu Dr Mahathir.

Antaranya, Anwar Ibrahim. Saya awal-awal lagi selepas Anwar dinobatkan sebagai ahli parlimen Port Dickson seeloknya beliau menyertai kabinet Dr Mahathir. Sebaik-baik post untuk Anwar ialah di tempat yang kini disandang oleh isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, selaku Timbalan Perdana Menteri. Tetapi ada kedengaran mengatakan Anwar tidak bersedia untuk berada dalam kabinet Dr Mahathir kerana setia dan sabar menunggu peralihan seperti mana dijanjikan.

Langkah Anwar itu mungkin betul. Tetapi dari satu segi ia tidak baik dan merugikan masa. Keperluan Anwar berada dalam kabinet banyak memberi keuntungan dan membantu kerajaan. Pengalaman yang beliau timba selama ini sangat membantu Dr Mahathir sendiri. 
Seperti mana kita tahu, Anwar adalah timbalan kepada Dr Mahathir yang ideal, selama lima (5) tahun sebelum disingkirkan kerana konspirasi. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai anggota kabinet. Ketika gandingan mereka berdualah Malaysia muncul dengan jolokan Harimau Asia. Ketika itu Malaysia menjadi negara paling berjaya dan maju di antara negara Asean.

Anwar di samping menjadi TPM, beliau juga menjadi Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Pertanian. Pendeknya jawatan-jawatan disandang Anwar itu menjadikan beliau sudah berada di hampir semua fakulti melayakkan dia sebagai bukan sahaja TPM bahkan PM. Mengikut ghalibnya juga kalau tidak berlaku peristiwa tahun 1998 beliau sudah pun berada di jawatan nombor satu itu.

Keperluan Anwar berada dalam kabinet, bukan itu sahaja. Perkara paling penting ialah untuk menyakinkan rakyat khasnya di luar bandar. Anwar yang terkenal dengan pemimpin yang senantiasa mengambil perhatian kepada nasib rakyat luar bandar tanpa mengira kaum, obsesi kepada nasib Bumiputera akan menjadi markah tambahan untuknya.

Penyertaannya dalam kabinet berganding dengan Dr Mahathir juga boleh menghakis rasa skeptikal rakyat luar bandar dengan kerajaan PH kini yang semakin diserang oleh pembangkang, kononnya tidak mempedulikan mereka. Jadi keberadaanya dalam kabinet boleh berperanan mengukuhkan sokongan rakyat dari semua lapisan masyarakat kepada kerajaan, yang mana ada sisi-sisi tertentu masih belum cukup ditangani menteri yang ada kini.

Selain itu keperluan kepada Anwar memandangkan beliau mempunyai hubungan luas khasnya dengan negara-negara di Timur Tengah seperti Turki, Arab Saudi dan lain-lain. Jaringan ini jika dikombinasikan dengan hubungan dimiliki Dr Mahathir di sebelah Timur, tidak syak lagi Malaysia akan muncul menjadi Harimau Asia kali kedua.
Selebihnya kesediaan Anwar untuk menyertai kabinet Dr Mahathir juga memberi peluang kepada Dr Wan Azizah untuk berihat dalam politik setelah 20 tahun berjuang untuk membebaskan bapak Reformis itu.

Dan waktu ini juga terbaik dan munasabah untuk Anwar berada dalam kabinet kerana beliau kini adalah Presiden Keadilan.

Husam dan Mustapa.

Selain daripada Anwar, Husam Musa juga adalah antara tokoh yang boleh dibawa masuk ke dalam kabinet. Husam tidak pernah berada dalam kabinet Malaysia tetapi rekodnya sebagai Exco Kanan kerajaan Kelantan dan pernah menjadi orang harapan arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri untuk Kelantan, dimana pencapaian dicatat Naib Presiden AMANAH itu yang tidak dapat dipadam oleh sesiapa pun.

Banyak pembangunan sosial ekonomi yang dicetuskan oleh Husam yang meletakkan kerajaan Kelantan walaupun kerajaan negeri yang dianaktirikan oleh kerajaan BN pada masa itu, tetapi ia boleh membangun dan Kelantan ke tahap kemajuan tersendiri. Pengalaman Husam sebagai Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan boleh membantu kabinet Dr Mahathir.

Dan seorang lagi yang boleh dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke dalam kabinet berdasarkan pengalaman dan pencapaiannya sebagai bekas menteri ialah Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed. Mustapa yang kini telah menyertai Bersatu, merupakan menteri kanan selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dalam kabinet Najib Razak yang banyak menjana FDI kepada Malaysia. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan, Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mungkin bila disebut nama Mustapa ini kurang disenangi disebabkan beliau adalah pendatangan baru dalam Bersatu. Namun itu bukan perlu menjadi isu, apa yang penting ialah sumbangannya nanti berdasarkan pengalaman itu boleh membantu Perdana Menteri dan negara. Sekiranya tiga tokoh ini dibawa masuk dalam kabinet Dr Mahathir, kita yakin ia memberi impak besar dan boleh mengendurkan persepsi buruk kepada beberapa menteri selama ini. Hendaknya jangan persia-siakan mereka.

Barangkali perlu juga disebut seorang lagi yang disebut dan diharap-harapkan untuk dibawa masuk ke dalam kabinet ialah Rafizi Ramli. Bagaimana pun sehingga kini Rafizi yang masih lagi terhalang dengan beberapa kes mahkamah menyebabkan beliau seakan ada masalah sedikit untuk melayakkan beliau dari segi peraturan undang-undang bagi dimasukkan ke dalam kabinet. Namun kita yakin dengan penyertaan Rafizi ke dalam kabinet suatu hari nanti beliau mampu menjadi pengkritik konstruktif yang baik berdasarkan sifat yang ada kepadanya. [wm. kl. 9: 21 pm 14/03/19]

MP Umno jangan sertai PH untuk menganggu


ULASAN 

Dr Mahathir umum penerimaan rasmi bekas Umno Sabah
ke dalam Bersatu.
TAHNIAH kepada Bersatu kerana menerima kemasukan enam wakil rakyat dan dua senator daripada Umno Sabah.

Mereka merupakan kumpulan pertama wakil rakyat dan bekas Umno Sabah yang meninggalkan parti asal mereka untuk menyertai Bersatu.

Penyertaan mereka itu sudah tentu menyuntik semangat dan kekuatan kepada Bersatu khasnya dan Pakatan Harapan amnya.

Mereka yang tidak mempunyai apa-apa skeptikal dengan kemasukan itu seronok dan menganggap ia kejayaan buat PH dan kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Mereka yang disahkan kemasukan ke dalam Bersatu, terdiri daripada Ahli Parlimen Kudat (Abdul Rahim Bakri), Beaufort (Azizah Mohd Dun), Libaran (Zakaria Edris) dan Beluran (Ronald Kiandee)

Manakala empat lagi ialah dua Adun dan dua bekas ketua Umno bahagian. Dua Adun, Hajiji Mohd Noor (Sulaman) Masidi Manjun (Karanaan) dan bekas Ketua Umno bahagian Pensiangan (Abdul Ghani Mohamed Yassin) dan bekas ketua Umno bahagian Penampang (John Ambrose).

Penerimaan mereka itu sebagai persediaan Bersatu akan dilancarkan penubuhannya secara rasmi di Sabah.

Awal sebelum ini enam orang ahli parlimen Umno juga telah bertindakn keluar meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu. Mereka Mustapa Mohamed, (Jeli) Mas Emiyati Samsuddin (Masjid Tanah),
Hamzah Zainuddin (Larut), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Dr Abdul Latif Ahmad (Mersing), Shabuddin Yahya (Tasik Gelugur), Mohammad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Ikmal Abdul Aziz (Tanah Merah).

Seperti dinyatakan tadi, tentu penyertaan mereka memberi kekuatan kepada PH. Dr Mahathir sendiri mengalu-alukan penyertaan mereka kerana ia boleh memberi keuatan kepada kerajaan pimpinannya. Pastinya juga penyertaan mereka ke dalam parti memerintah menguntungkan rakyat diwakil masing-masing.

Secara politiknya mereka juga dialu-alukan kerana ada dikalangan mereka boleh membantu kerajaan berdasarkan pengalaman. Tidak salah kalau ada di kalangan ahli parlimen itu dilantik menjadi anggota kabinet atau badan-badan spara kerajaan.

Perlu difahami juga kenapa mereka mudah diterima ialah untuk menguatkan kedudukan kerajaan PH di parlimen. Dr Mahathir dalam memberi ulasan dengan tindakan itu,  PH (sebenar dirinya) memerlukan lebih banyak kerusi di parlimen memudah dilakukan apa-apa yang membabitkan sokongan majoriti di parlimen.

Tetapi dalam masa sama, kemasukan itu dibimbangi oleh pihak lain kerana ia boleh menganggu agenda yang sudah diatur kesekian lama. Pihak ini melihat kemasukan mereka semacam ada agenda khas.
Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Naib Presiden Keadilan Nurul Izzah Anwar menunjukkan rasa tidak senang hati dengan penghijrahan ramai-ramai itu apabila melepaskan semua jawatan dalam kerajaan. Walaupun beliau tidak menyebut dengan jelas motif tindakannya itu namun tindakan "pelik" beliau melepas jawatan itu boleh difahami ia suatu protes kepada penghijrahan beramai-ramai. 
Ringkasnya dengan penghijrahan itu diharap ia tidak akan menjadi masalah kepada kerajaan PH. Begitu juga memberi masalah kepada kerajaan Sabah yang kini dikuasai oleh parti Warisan pimpinanShafei Afdal.

Sekiranya mereka berhijrah untuk melaksanakan sesuatu yang tidak baik, maka wajar kemasukan mereka beramai-ramai itu dicurigai, bahkan ditentang. Dan mereka yang menyertai Bersatu (PH) dengan niat itu atau ada motif politik boleh disifatkan mereka sebagai pengkhianat kerajaan PH.

Kita berharap mereka tidak akan menjadi tali barut atau perkakas yang akan digunakan oleh pihak tertentu bagi menganggu apa-apa yang telah dirancang sebelum ini, khususnya konsensus untuk melepaskan jawatan PM daripada Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun.

Dalam perkembangan lain, masih ada sekumpulan lagi yang akan mengikut jejak langkah kumpulan pelompat yang pertama itu. Sejauh mana benar tidaknya belum dapat dipastikan? Tetapi jika diambil kira kenyataan awal sebelum ini seramai 39 orang ahli parlimen Umno akan melompat parti, ia ada asas untuk direnungi.

Perlu diingat dalam menerima penyertan merek itu perlu dilihat untuk keuntungan bersama bukan keuntungan setengah pihak sahaja. Tidak ada ertilah PH dibentuk sebelum ini yang berjuang untuk menumbangkan BN, tetapi akhirnya ia berkesudahan semangat BN dan stail politiknya tertegak  dalam kerajaan PH. Yang rakyat tuntut sekarang ialah reform. [wm.kl.10:56 am 16/03/19]

Pengekalan MCA dalam BN tak senangkan Pas?


ULASAN PAGI
MCA tidak jadi keluar daripada BN.
SELEPAS beriya-iya untuk meninggalkan BN, tiba-tiba MCA mengambil keputusan untuk kekal bersama BN. 
Kekal bersama BN bermakna kekal bersama Umno. Sebelum ini MCA memberi tempoh dua minggu untuk memikirkan kedudukannya dalam BN. Parti itu bersama sebuah lagi komponen MIC juga bercadang untuk membubarkan gabungan berusia  47 tahun itu.
Kedua-dua parti itu tidak selesa dengan pendekatan baru Umno selepas mengalami kekalahan teruk dalam Piraum ke-14.
Antara pendekatan yang mungkin tidak disenangi MCA sehingga menimbang untuk keluar, apabila Umno menjalini hubungan rapat dan mesra dengan parti agama (Pam). Pam selamanya akan dilihat oleh MCA sebagai parti alergik kepadanya dengan sikap ditunjukkan Pasm yang mahu membawa politik keagamaan dan perkauman. 
Semalam MCA mengumumkan parti itu kekal dalam BN. Presidennya, Wee Ka Siong memberi alasan, MCA terpaksa memilih dua jalan, sama ada kekal bersama BN atau pun meninggalkannya.
Akhir, katanya MCA memilih untuk kekal bersama BN dengan alasan untuk tidak memastikan berlakunya kecondongan politik berteraskan perkauman di antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Ini boleh difahami MCA akan berperanan untuk menuteraliskan politik negara ini, khasnya membabitkan Umno dan MCA. 
Daripada apa yang berlaku, secara diam-diam rupa-rupa kerjasama di antara Umno dengan Pas menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada MCA. Sebab itulah parti itu menyemak kembali kedudukannya dalam BN yang selama ini ditunggaki oleh MCA, MIC dan Umno.  
Tindakan MCA itu boleh disifatkan nawaitunya untuk "membuang" Umno daripada bersama BN sebelum ini, ialah kerana tidak senang dengan gelagat Umno yang mengadakan kerjasama politik dengan Pas. Apakah MCA bimbang dengan hubungan rapat orang Melayu Pam dan Umno?
Pengekalan MCA dalam BN itu boleh mengubah momentum yang berlaku kini. Rakan baru Umno, Pam sudah tentu sekali tidak senang dengan keputusan MCA itu. Pam sebelum ini menampakkan mereka seronok bekerjasama dengan Umno dengan menggunakan istilah ta'awun. 
Bagi Pam kerjasama itu akan membuka suasana baru politik Malaysia, memberi peluang dan keyakinan kepada umah Melayu mengenai aspirasi Umno dan Pas. Tetapi dengan langkah MCA konar balik itu ia boleh menganjakkan harapan itu. Pam memang tidak suka dengan penyertaan kaum lain dalam apa-apa gabungan disertainya.
Macam manakah kedudukan Pam kini? Ia menjadi menarik untuk dibaca. Semacam ada rasa kurang selesa dengan parti agama itu apabila MCA kekal bersama Umno menerusi BN. Hendak tidak hendak Pam dan Umno kena wujudkan wadah lain untuk bekerjasama.
Perkembangan itu menyebabkan mungkin Pas mencari teknik lain pula untuk bekerjasama dengan Umno sekiranya parti nasional itu masih berkolaborasi dengan MCA. Tidak munasabah untuk Pam terus bersama Umno dan BN kalau MCA masih kekal dalam gabungan nasional itu.
Pam memang tidak seronok degan Cina.  Alasan Pas keluar daripada Pakatan Rakyat dahulu ialah kerana DAP yang dianggap anti Islam. Pam melihat DAP seperti Islam ortodoks ahli sunnah melihat khinzir. 
Pam seharusnya tidak boleh menerima MCA seperti mereka alergik melihat DAP? Adalah kurang bijak bagi Pam kalau ia boleh menerima Cina MCA tetapi menolak Cina DAP, sedangkan Pam lebih mengenali hati budi DAP berbanding dengan MCA. Pam belum pernah berkawan dan makan sekali dengan MCa. Setidak-tidak Pam di zaman Nik Abdul Aziz dan Fadzil Noor dahulu sudah mesra dengan DAP. DAP baru dibenci Pam apabila kedua-dua pemimpin itu sudah tiada. 
Langkah MCA kekal bersama Umno dalam BN itu mendatangkan masalah kepada Pam. Ia boleh menganggu agenda ta'awun parti itu dengan Umno. Jangan hairankan kalau selepas ini Pam akan membuat kesimpulan baru hatta menolak Umno dan tersu menginding dengan Dr Mahathir Mohamad. 
Ekoran perkembangan itu Pam akan memberi isyarat awalnya kepada Umno. Pirake Rantau nanti kita dapat tahu apakah isyarat yang akan diberikan oleh Pas. Dan sekiranya Pam ingin menyatakan ketidaksenangan mereka kepada keputusan MCA itu, Pirake Rantau lah tempat terbaik untuk diberikan isyarat. [wm.kl.9:49 am 18/03/19]

Padah Terlajak Kata… Wakil Rakyat Dap Tidak Sensitif, Berprasangka Buruk Terhadap Islam



Perumpamaan ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’ amat sesuai dengan YB Chew Chong Sin, ADUN Mengkibol yang telah mengeluarkan kenyataan sensitif dan ekstremis apabila mengaitkan peristiwa pembunuhan umat Islam di dua buah masjid di sekitar Christchurch, New Zealand dengan kerjasama UMNO-PAS.

ADUN Panti, Hahasrin Hashim berkata, walaupun Chew telah menarik semula kenyataannya namun ia cukup untuk menggambarkan kepimpinannya dan ideologi Dap yang tidak sensitif serta selalu berprasangka buruk terhadap umat Islam dan orang Melayu.

“Beliau sengaja mencetuskan kebencian dan provokasi kepada kerjasama UMNO-PAS dan menganggap penyatuan atas nama Islam ini adalah ekstremis,” katanya kepada UMNO-Online.
Sehubungan itu, beliau ingin menegaskan kepada Chew dan semua pelampau di negara ini agar tidak terikut-ikut dengan sentimen yang selalu dimainkan oleh Barat atau mana-mana kumpulan anti-agama dan kumpulan anti-Islam.

“Saya juga ingin menegaskan agar parti Dap untuk tidak menangguk di air yang keruh atas peristiwa sedih yang sedang menimpa umat Islam di New Zealand. Sememangnya, ianya juga memberi kesan kepada umat Islam di Malaysia.

“Saya menggesa agar YB Chew Chong Sin memohon maaf kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia dan parti Dap pula harus memastikan ianya tidak berulang dalam kita menjaga keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia ini,” katanya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Tenggara.
Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa khususnya warga Malaysia yang terlibat dengan peristiwa di Christchurh, New Zealand.

“Kami rakyat Malaysia sesungguhnya simpati dan berdoa agar Allah SWT melindungi kita semua.” – MediaUMNO
Umno Online

Friday, March 1, 2019

Inilah satu-satunya sahabat Rasulullah SAW yang mempunyai akaun bank di Arab Saudi

Sungguh kagum apabila mendengar kisah ini. Siapa sangka, hanya dengan sebuah telaga, harta yang ada kemudiannya beranak-pinak selama beribu tahun. Menjadi pahala yang tidak putus-putus, mengalir deras ke akhirat walau kita sudah terputus hubungan dengan dunia ini.
Mungkin ada yang masih belum mengetahui siapakah dia yang dimaksudkan. Itulah Uthman bin Affan bin Abu Al-‘As bin Umayyah bin Abdul Syams bin Abdul Manaf R.A. Salah seorang daripada sepuluh orang sahabat Nabi yang dijamin syurga oleh Allah SWT.
Beliau merupakan khalifah Islam ketiga daripada Khulafa Al-Rasyidin pada tahun 644 hingga 655 Masihi, selama 12 tahun. Kekayaannya melimpah-ruah, namun sedikit pun tidak melekakannya dalam perjuangan agama.
Bagaimana dengan membeli sebuah telaga 1400 tahun lalu dan mewakafkannya, kini hasilnya digunakan bagi membantu fakir miskin dan anak yatim? Ikuti perkongsian seperti di bawah oleh Zine Islamik. Semoga bermanfaat buat semua.
Tahukah anda, Saidina Uthman bin Affan masih memiliki sebuah akaun di Saudi Bank dan sebuah hotel mewah di Madinah sehingga ke hari ini?
Bahkan bil elektrik dan bil air juga, penamanya adalah Saidina Uthman sahabat Baginda Rasulullah SAW yang mulia.
1400 tahun yang lalu, beliau membeli sebuah telaga dan mewakafkannya kepada para Muslimin. Dari telaga itu, telah tumbuhnya pokok-pokok kurma yang menghasilkan income. Separuh daripada income itu dimasukkan ke dalam akaun bank beliau, dan separuh lagi disedekahkan kepada orang miskin dan anak-anak yatim.
Ladang kurma menjadi sangat subur, dan memberi pulangan yang sangat lumayan, kerajaan Arab Saudi telah membina sebuah hotel mewah di bandar Madinah Munawwarah.
Ada yang berpendapat, hasil pendapatan dari itu pada setiap tahun adalah kira-kira 50 juta riyal (SAR)! Separuh dari total pendapatan itu masih diagihkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim, manakala separuh lagi dimasukkan ke dalam akaun beliau di bawah seliaan Kementerian Wakaf Arab Saudi.
Inilah yang dikatakan sedekah jariah yang tak akan putus. 3 amalan yang Nabi Muhammad SAW jamin tak akan putus, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh.
Siapa sangka, hanya dengan sebuah telaga, harta beranak-pinak selama beribu tahun tanpa putus. Pahala mengalir deras ke dalam. Mana tahu, dengan kita sebarkan manfaat dan kebaikan pada hari ini, pahala mengalir tanpa putus hingga ke syurga.

PRK Dun Semenyih: 53,411 pengundi biasa layak membuang undi esok




MALAYSIADATELINE
March 1, 2019 10:51 am



– Sejumlah 53,411 pengundi biasa layak menunaikan hak mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih, Sabtu ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata ini berdasarkan daftar pemilih pada suku ketiga 2018 yang dikemas kini sehingga 11 Januari 2019.


“Jumlah pengundi biasa yang layak mengundi dalam PRK Semenyih ialah 53,520 orang. Bagaimanapun daripada jumlah itu 109 telah mengundi secara pos, menjadikan jumlah yang layak mengundi 53,411 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Waktu mengundi ditetapkan dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

Pengundian awal bagi PRK itu diadakan Selasa lalu (26 Feb).

Sambil menggesa semua pengundi berkenaan keluar menunaikan tanggungjawab mereka, Azhar menasihatkan mereka agar merancang masa dan keluar pada awal pagi serta tidak memilih untuk keluar mengundi di saat-saat akhir.


Bagi pengundi yang telah menerima Kad Pengundi (Voter’s Card) atau yang telah mengetahui maklumat daftar pemilih, mereka boleh terus ke saluran mengundi dan tidak perlu lagi membuat semakan di barung semakan SPR.

Bagi pengundi yang tidak menerima Voter’s Card kerana kemungkinan telah berpindah atau belum mengetahui maklumat pengundian, mereka disaran membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi.

Semakan boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut:

a) Layari portal rasmi SPR di pengundi.spr.gov.my ; atau

b) Telefon ke talian 03-88927018; atau

c) Menyemaknya melalui aplikasi MySPR Semak; atau

d) Hantar SMS ke 15888 (taip SPRSEMAK NO.IC)

Azhar berkata bagi pengundi yang baharu membuat semakan, mereka disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat berikut — pusat mengundi, tempat mengundi (saluran) dan nombor bilangan pemilih

Pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan Voter’s Card atau catatan maklumat daftar pemilih serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

Voter’s Card dan catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi

“Pengundi juga dinasihatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya,” kata Azhar.



Berita penuh https://malaysiadateline.com/prk-dun-semenyih-53411-pengundi-biasa-layak-membuang-undi-esok/

Rafizi dakwa siasatannya menunjukkan akaun itu milik Rameli Musa





Oleh MALAYSIA DATELINE
March 1, 2019 3:23 pm

"Ini mengesahkan bahawa akaun yang dinamakan itu wujud, sumber wang untuk RM1.4 juta itu juga wujud," kata beliau dalam tulisannya.


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, penyiasatan yang beliau buat berkaitan dengan nombor akaun bank Islam yang dipertikaikan oleh Pas dalam kes Sarawak Report adalah milik Ramli Musa.

Rafizi dalam satu kenyataannya berkata, beliau telah menyiasat nombor akaun yang dinyatakan Sarawak Report dalam kenyataannya mengenai nombor akaun yang digunakan untuk menghantar RM1.42 juta itu.


Ini berikutan dakwaan Pas bahawa Sarawak Report menipu apabila nombor akaun bank Islam yang diberikan hanya 10 digit sahaja sedangkan akaun Bank Islam mempunyai 14 digit.

Menurut Rafizi, ia bermula apabila beliau telah dimaki secara berjemaah oleh penyokong-penyokong Pas sejak pagi tadi kerana memberi ulasan mengenai pendedahan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang telah membayar Clare Rewcastle Brown sebanyak RM1.4 juta untuk membolehkan beliau (Hadi Awang) menarik balik saman di mahkamah UK.


Nombor akaun Bank Islam yang dipertikaikan oleh Pas yang disiasat Rafizi.

“Saya dituduh menyebarkan fitnah kerana penyokong-penyokong Pas ini memberikan hujah bahawa nombor akaun Bank Islam yang terkandung di dalam perjanjian yang mengesahkan pembayaran (iaitu akaun Bank Islam bernombor 9010001388) itu dikatakan nombor akaun palsu.

“Penyokong-penyokong Pas telah cuba memindahkan wang ke akaun Bank Islam bernombor 9010001388 ini untuk mengesahkan akaun itu wujud. Cubaan itu gagal kerana akaun Bank Islam mempunyai 14 digit dan nombor yang dimasukkan ke dalam perjanjian itu hanya ada 10 digit.


“Lalu mereka (penyokong-penyokong Pas) telah menyebarkan komen-komen bahawa ini satu lagi penipuan terancang untuk memfitnah presiden dan parti mereka.

“Mereka juga menindakkan kononnya pembayaran itu tidak pernah berlaku,” katanya.

Ekoran itu, kata Rafizi, saya pun mengambil keputusan untuk membuat sedikit penyelidikan mudah untuk mengesahkan nombor akaun itu benar-benar wujud.

“Saya tahu bahawa nombor 10 digit yang terkandung di dalam perjanjian itu hanyalah sebahagian dari nombor akaun penuh 14 digit.

“Saya bermula dengan mengenal pasti corak nombor akaun 14 digit dari cek-cek Bank Islam yang ada di internet. Saya mengamati 3 cek iaitu dari akaun-akaunTetuan LC Signature, Tetuan Yayasan Taqwa dan Tetuan Sabasun, seperti yang ditunjukkan di bawah,” kata Rafizi.


Kata Rafizi, beliau mendapati ada pola khusus iaitu cek-cek dan akaun nombor Bank Islam mempunyai susunan “40”, diikuti dengan nombor 5 digit dan diakhiri dengan nombor 10 digit (lihat di kaki cek).

Nombor 10 digit itu semuanya bermula dengan digit “9”, sama dengan kod “40” yang berulang-ulang, katanya.

“Ini memberi gambaran bahawa digit “40” dan digit “9” adalah kod pengenalan yang bukan menjadi sebahagian dari nombor akaun 14 digit itu,” katanya.

Rafizi berkata, beliau juga menyemak nombor-nombor akaun Bank Islam yang sah dan mendapati banyak yang bermula dengan 14XXX.

“Lalu saya menyimpulkan bahawa digit-digit “40” dan “9” adalah kod pengenalan dan nombor akaun sebenar ialah 5 digit bermula “14XXX” diikuti dengan 9 digit yang berkepalakan angka 9.

“Ini bermakna nombor akaun bagi Tetuan Yayasan Taqwa adalah 14023010039425 dan nombor akaun individu yang membayar RM1.4 juta bagi pihak Dato’ Seri Hadi Awang ini ialah 14032010001388,” katanya.

SIASATAN RAFIZI


Salinan cek yang didedahkan oleh SR. Ia berupa cek Bank Islam yang bayar atas nama peguam Claire.

Seterusnya, kata Rafizi, beliau memindahkan wang RM10 ke akaun Bank Islam Tetuan Yayasan Taqwa untuk mengesahkan bahawa kesimpulan beliau mengenai peraturan kod akaun Bank Islam adalah betul.

“Sistem CIMBClicks mengesahkan bahawa akaun Tetuan Yayasan Taqwa memang bernombor 14023010039425. Ini membuktikan bahawa teori saya mengenai peraturan kod akaun Bank Islam adalah betul,” katanya.


Seterusnya, kata Rafizi, beliau memindahkan RM10 ke akaun bernombor 14032010001388 yang dinamakan di dalam perjanjian antara Clare Rewcastle Brown dan Datuk Seri Hadi Awang.

“Akaun itu wujud di bawah nama Rameli Musa dan pindahan wang RM10 itu lepas.

“Ini mengesahkan bahawa akaun yang dinamakan itu wujud, sumber wang untuk RM1.4 juta itu juga wujud,” kata beliau dalam tulisannya.

Bagi beliau, tokoh yang ceknya dan akaunnya digunakan untuk membayar RM1.4 juta juga wujud.

“Saya berharap penyokong-penyokong PAS dan pembangkang berhenti dari memaki hamun dan menerima hakikat bahawa presiden mereka telah membayar Clare Rewcastle Brown untuk tidak meneruskan perbicaraan,” katanya.

SIAPAKAH RAMELI MUSA?


Hadi bertemu Rameli Musa (dua dari kiri) di Bangkok, dakwa penulis Sayuti Omar. Kanan sekali adalah Seiausaha Politik Hadi yang kini adalah Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar.

Carian Malaysia Dateline ke laman Google mendapati satu gambar tersiar tentang hubungan antara Rameli dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang disiarkan oleh blogger Mohd Sayuti Omar melalui blognya Tinta Merah.

Dalam satu tulisannya pada 4 Mac 2017 lalu dalam tulisan bertajuk “Perjanjian Bangkok II belum termeterai?“, Sayuti mendakwa sebelum dia sampai ke Bangkok, Hadi dan Rameli bertemu di Bangkok.




Berita penuh https://malaysiadateline.com/rafizi-dakwa-siasatannya-menunjukkan-akaun-itu-milik-rameli-musa/

Nasrudin: Akaun pada cek RM1.4 juta palsu


News  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mendakwa menafikan gambar cek dan nombor akaun yang dikatakan sebagai bayaran RM1.4 juta yang dibuat PAS.
"Kelmarin ditularkan gambar cek dan nombor akaun untuk memfitnah PAS dengan lagu baru RM1.4 juta.
"Ada kawan-kawan semak nombor akaun yang ditular itu dengan cuba transfer(memindahkan) duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Kenyataan itu turut disertai dengan tanda pagar "#tolakakaunpalsu".
Meskipun tidak menyebut secara spesifik, ia dipercayai merujuk cek RM1.4 juta yang didakwa diterima Clare Rewcastle Brown sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu.
Dalam artikel terbaru Sarawak Report hari ini, turut disertakan beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia, sekeping cek Bank Islam dan sepucuk surat kepada Maybank yang mengesahkan wang bernilai RM1.4 juta itu datang daripada Abdul Hadi.
Bagaimanapun, cek yang dikongsi Clare di Sarawak Report itu tidak mendedahkan nombor akaun.
Clare juga menjelaskan bayaran RM1.4 juta itu bukan sebahagian daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan presiden PAS itu membayar kos kerana ia sudah dibuat kepada pihak ketiga yang mewakili portal tersebut, iaitu peguam Malaysia, Americk Sidhu.
"Sarawak Report bersetuju dengan syarat Abdul Hadi iaitu kedua-dua pihak merahsiakan bayaran yang terlibat," katanya.
Sementara itu, dalam penafiannya hari ini, Nasrudin berkongsi akaun Bank Islam PAS yang menurutnya akaun sebenar.

"Beginilah, cuba hantar RM5 atau RM10 atau RM100 ke akaun ini," katanya menyertakan perincian akaun PAS yang dimaksudkannya.

'Siasatan' Rafizi dapati akaun pada cek RM1.4j milik bos GLC


News  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengambil langkah menyiasat kenyataan bertentangan tentang dakwaan bayaran RM1.4 juta oleh PAS kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Menerusi hantaran Facebook hari ini, Rafizi memperincikan bagaimana beliau 'menyelesaikan' pertikaian itu.
Beliau berkata nombor akaun Bank Islam sebanyak sepuluh angka yang dinyatakan dalam surat sulit yang diterbitkan Rewcastle-Brown pagi ini adalah sebahagian daripada nombor akaun 14 angka.
Menurutnya, beliau mengenal pasti keseluruhan nombor akaun dengan membuat perbandingan dengan nombor akaun di cek Bank Islam yang lain.
Selepas mendapat nombor akaun yang betul, beliau mendakwa berjaya memindahkan RM10 ke dalam akaun tersebut.
Rafizi turut menamakan pemilik akaun itu. Malaysiakini mendapati individu itu adalah pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Malaysiakini sedang cuba menghubungi individu itu, yang disifatkan sebagai kawan lama Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Hari ini Rewcastle-Brown mengesahkan Hadi membayarnya RM1.4 juta untuk menyelesaikan saman fitnah yang difailnya di London.
Susulan itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan berkata akaun Bank Islam yang dikatakan digunakan untuk memindahkan wang itu adalah palsu.
"Ada kawan-kawan semak nombor akaun yang ditular itu dengan cuba transfer (memindahkan) duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud," katanya.
Bagaimanapun peguam Rewcastle-Brown, Americk Sidhu memberitahu Malaysiakinibahawa cek itu ditulis di depannya dan ia telah dijelaskan ke akaun editor Sarawak Report tersebut.

Hadi memfailkan saman terhadap Rewcastle-Brown berhubung artikel yang diterbitkan di Sarawak Report yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Umno ketika dipimpin Najib Razak, sebagai pertukaran kepada sokongan parti itu ketika PRU lalu.
Awal bulan ini, kedua-dua pihak setuju untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.
Najib dan PAS berulang kali menafikan dakwaan berkenaan RM90 juta yang kini sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).