Monday, January 5, 2015
Sunday, January 4, 2015
ZAHID KOMIDI : LAWAK KU YANG TERKANTOI ...
Setelah Kantoi.. K'jaan bantah surat Zahid diguna dalam kes Phua
Kata Zahid suatu masa lalu bila timbul isu kongsi gelap atau pertubuhan haram, beliau akan benteras gejala yang tidak sihat ini habis-habisan..
Tapi ramai yang terpinga-pinga bila melihat sebaran satu surat rahsia dari Zahid kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenai kes individu yang didakwa sebagai 'Raja Judi' dan anggota kongsi gelap 14K itu..
Nak bersihkan pun pilih bulu ke?
Laporan berhubung kontroversi surat itu didedahkan oleh harian Hong Kong, South China Morning Post pada 18 Disember, yang turut menyiarkan semula keseluruhan kandungan surat itu.
Phua sekarang berada bawah tahanan rumah di Las Vegas dan berdepan pertuduhan menjalankan operasi perjudian haram daripada Hotel Caesar’s Palace semasa Piala Dunia Brazil tahun lalu.
Kehairanan semua dijawab oleh Peguam UMNO, Shafee Abdullah yang tak ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia.
Menurutnya surat yang dihantar oleh Zahid itu adalah bagi membetulkan kesilapan oleh pihak PDRM tentang status Phua Wen Seng itu..
Malangnya timbul persoalan kenapa Peguam UMNO itu yang menjawab bukannya Peguam Negara yang menjawab jika surat tersebut ditulis oleh Zahid atas kapasiti Menteri dalam Kabinet Najib?
Sepatutnya Peguam Negara yang wajar memberikan jawapan jika surat itu datangnya dari Kerajaan Malaysia.. bukannya Peguam swasta itu..
Bagaimanapun setelah kantoi..
K'jaan bantah surat Zahid diguna dalam kes Phua
Phua menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.
Dalam surat 18 Disember 2014 itu, Zahid menulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano menyatakan Paul Phua Wen Seng bukan anggota kongsi gelap 14k Triad.
Menteri itu (kanan) juga mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.
Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.
Surat itu telah dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh pasukan peguam Phua sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Las Vegas.
Dalam satu surat yang berasingan kepada majistret hakim Peggy A Leen, pasukan peguam Phua berkata mereka menarik balik surat Zahid itu selepas Putrajaya berkata kandungannya bukan untuk tatapan awam.
"Awal hari ini, kami menyerahkan (dalam ECF No. 386) sepucuk surat yang dihantar oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia kepada Biro Penyiasatan Persekutuan.
"Kerajaan kemudiannya menghubungi kami, membantah penggunaan surat itu kerana rekod itu telah ditutup," menurut surat itu yang dilihat Malaysiakini.
Berikutan bantahan kerajaan itu, katanya, mereka menarik balik surat tersebut.
Surat itu, bertarikh 29 Disember 2014, telah ditandatangani oleh peguam David Z Chesnoff yang mewakili Phua dan juga peguam Thomas C Goldstein dan Richard Schonfeld yang mewakili anak Phua.
Ia tidak menyatakan sama ada bantahan itu datang dari kementerian Zahid atau kementerian lain dalam kerajaan ~ Malaysiakini
NAIK TARAF BANDAR JER, TAPI RAKYAT NAIK TARAF APA???
Perlukah Sg. Petani dinaik taraf sebagai "Bandaraya"..??
Naik taraf bandar raya?
Kepesatan pembangunan dan kepadatan bilangan penduduk melebihi 500,000
SUNGAI PETANI – Bandar Sungai Petani yang digembar-gemburkan bakal dinaiktarafkan menjadi status bandar raya pada 2015 masih lagi menjadi tanda tanya walaupun kini sudah memasuki kalendar 2015.
Menerusi kenyataan http://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Petani menjelaskan bahawa Bandar Sungai Petani akan dinaiktarafkan menjadi sebuah bandar raya pada tahun ini.
Rata-rata penduduk Sungai Petani bagaimanapun sudah bersedia apabila ditanya mengenai perubahan status bandar raya yang sudah pasti satu lonjakan ke arah pembangunan dan taraf hidup rakyat.
Penjawat awam, Norain Mohd Yusof, 32, berkata, ura-ura mengatakan Sungai Petani akan dinaiktarafkan ke status bandar raya sudah lama diketahui dan boleh dikatakan tersebar luas ke seluruh bandar.
Menurutnya, antara perubahan yang dilihat ialah pertambahan bilangan bangunan tinggi termasuk kemudahan awam seperti stesen bas ekspres dan kereta api yang telah diberi wajah baharu.
“Tahun 2015 dikatakan bakal menjadi lembaran baharu apabila status Bandar Sungai Petani bertukar ke bandar raya, namun sehingga kini saya belum mendengar mana-mana pengumuman dibuat kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan,” katanya.
Juruteknik komputer, Muhammad Adib Mohd Hashim, 22, berkata, dia ada mendengar desas-desus melalui laman sosial Facebook sejak tahun lalu mengenai penukaran status bandar raya, namun masih belum mengetahui sejauh mana kebenarannya.
“Pendapat saya sudah tiba masanya Sungai Petani diberi pengiktirafan memandangkan pembangunan pesat berlaku di mana-mana. Dengan penukaran status ini, sudah pasti penduduk di Sungai Petani juga akan turut merasai arus kemodenan,” katanya.
Bagaimanapun, Norain Che Mohd Rodze, 22, berpendapat, sebelum mengiktiraf sebagai bandar raya, kemudahan awam seperti pengangkutan bas perlu disistematikkan terlebih dahulu begitu juga dengan Stesen Bas Jalan Petri masih lagi usang dan tiada nilai komersial.
Sementara itu, Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Muslim Berhad, Muhammad Abdul Hamid, 35, berkata, sebagai sebuah bandar yang sudah mencapai sasaran 500,000 penduduk, sudah pasti ia sudah pun memenuhi kriteria utama untuk dijadikan bandar raya.
“Penduduk Sungai Petani harus positif di mana sukar untuk meneliti mana-mana bandar di Malaysia yang bukan ibu negeri mempunyai penduduk mencecah angka berkenaan seperti di Selangor dan Sarawak yang mempunyai lebih dari satu bandar raya, sudah pasti ia sesuatu yang membanggakan,” katanya.
Menerusi kenyataan http://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Petani menjelaskan bahawa Bandar Sungai Petani akan dinaiktarafkan menjadi sebuah bandar raya pada tahun ini.
Rata-rata penduduk Sungai Petani bagaimanapun sudah bersedia apabila ditanya mengenai perubahan status bandar raya yang sudah pasti satu lonjakan ke arah pembangunan dan taraf hidup rakyat.
Penjawat awam, Norain Mohd Yusof, 32, berkata, ura-ura mengatakan Sungai Petani akan dinaiktarafkan ke status bandar raya sudah lama diketahui dan boleh dikatakan tersebar luas ke seluruh bandar.
Menurutnya, antara perubahan yang dilihat ialah pertambahan bilangan bangunan tinggi termasuk kemudahan awam seperti stesen bas ekspres dan kereta api yang telah diberi wajah baharu.
“Tahun 2015 dikatakan bakal menjadi lembaran baharu apabila status Bandar Sungai Petani bertukar ke bandar raya, namun sehingga kini saya belum mendengar mana-mana pengumuman dibuat kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan,” katanya.
Juruteknik komputer, Muhammad Adib Mohd Hashim, 22, berkata, dia ada mendengar desas-desus melalui laman sosial Facebook sejak tahun lalu mengenai penukaran status bandar raya, namun masih belum mengetahui sejauh mana kebenarannya.
“Pendapat saya sudah tiba masanya Sungai Petani diberi pengiktirafan memandangkan pembangunan pesat berlaku di mana-mana. Dengan penukaran status ini, sudah pasti penduduk di Sungai Petani juga akan turut merasai arus kemodenan,” katanya.
Bagaimanapun, Norain Che Mohd Rodze, 22, berpendapat, sebelum mengiktiraf sebagai bandar raya, kemudahan awam seperti pengangkutan bas perlu disistematikkan terlebih dahulu begitu juga dengan Stesen Bas Jalan Petri masih lagi usang dan tiada nilai komersial.
Sementara itu, Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Muslim Berhad, Muhammad Abdul Hamid, 35, berkata, sebagai sebuah bandar yang sudah mencapai sasaran 500,000 penduduk, sudah pasti ia sudah pun memenuhi kriteria utama untuk dijadikan bandar raya.
“Penduduk Sungai Petani harus positif di mana sukar untuk meneliti mana-mana bandar di Malaysia yang bukan ibu negeri mempunyai penduduk mencecah angka berkenaan seperti di Selangor dan Sarawak yang mempunyai lebih dari satu bandar raya, sudah pasti ia sesuatu yang membanggakan,” katanya.
PERMATA NEGARA : SAYA SUDAH PULANG ....
Akhirnya Jet Rasmi Kerajaan 9M-NAA tiba di KL setelah singgah di Bangkok..
Alhamdulillah... akhirnya Jet Rasmi Milik KErajaan Malaysia yang dibiayai operasinya oleh rakyat Malaysia selamat mendarat semula di Malaysia setelah hampir dua minggu diperkudakan oleh individu yang tak ada kaitan langsung dengan Kerajaan Malaysia..
Kesian kat penumpang-penumpangnya yang terpaksa menempuh perjalanan yang panjang untuk pulang ke Malaysia dari Hawaii setelah jet dikatakan perlu dihantar untuk diselenggara di US.
Tentu serius kerosakkannya itu hingga tidak membolehkan jet tersebut terbang pulang terus ke Malaysia tapi terpaksa berhenti- henti di beberapa destinasi yang terkenal dengan tempat-tempat shopping tu...
Mungkin tangki minyaknya ada kebocoran kot.. jadi terpaksalah ia berhenti merata-rata tempat untuk mengisi minyak..
Alasan bodoh tu...macai percayalah...
Jet rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang dipersoalkan penggunaannya selepas dijejak berada di beberapa negara, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di Malaysia, akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang malam tadi.
Menurut laman sesawang Flight Radar 24, jet itu tiba pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam.
Najib dijangka akan merasmikan konvoi sukarelawan banjir Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 8 pagi ini.
Jet 9M-NAA yang dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini pernah dijejak mendarat di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok walaupun Najib sudah berada di Malaysia untuk memendekkan percutiannya.
Situasi banjir yang buruk di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang memaksa Najib memendekkan percutiannya selepas gambar presiden Umno itu bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii dikeluarkan akhbar Washington Post dan mendapat kecaman pengguna media sosial.
Najib pada petang 27 Disember tiba di Kota Baru untuk melawat mangsa banjir selepas dijemput pesawat TUDM lain dari Hong Kong.
Pada 2 Januari, Bernama melaporkan Najib terbang ke Bangkok pada hari sama laman sesawang Flight Radar 24 menjejak 9M-NAA mendarat di ibu kota Thailand itu.
Menurut Bernama yang memetik laman Facebook Najib, pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha untuk mengucapkan terima kasih kerana bantuan negara tersebut apabila Malaysia di landa banjir.
Sebelum ini, selepas pulang ke Malaysia dan memendekkan percutiannya, Najib dilaporkan sebagai berkata keluarganya bersedih dengan tindakan tersebut.
“Walaupun keluarga saya bersedih kerana terpaksa ditinggalkan, saya memberitahu apa yang mereka alami tidak boleh dibandingkan dengan perasaan mangsa banjir,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
PKR sebelum ini mempersoalkan siapa yang menggunakan pesawat rasmi kerajaan itu berada selepas kepulangan Najib dengan menggunakan pesawat TUDM.
Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung mempersoalkan mengapa pesawat 9M-NAA mendarat di Indianapolis dan siapa penumpang pesawat itu.
“Saya mahu tahu mengapa pesawat rasmi tidak membawa Najib pulang tetapi pesawat TUDM yang digunakan, hanya menambahkan kos?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu itu.
Pengguna media sosial juga bertanya ke mana perginya isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.
Najib dalam menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Obama di Hawaii baru-baru ini menafikan beliau mengabaikan bencana banjir seperti dituduh sesetengah pihak.
Katanya, aktiviti itu dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.
Beliau berkata, jemputan itu disampaikan sewaktu Obama melawat Malaysia April lepas, dan amat sukar menolaknya kerana ia dirangka lebih awal berdasarkan jadual kedua-dua pemimpin.
"Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa... sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy',” katanya lapor The Malaysian Insider
BLOGGER UMNO/BN : KAMI JUARA FITNAH 1 MALAYSIA ...
Diminta Friends of BN - Barisan Nasional tidak meneruskan politik FITNAH dikala rakyat sedang kesusahan. Ini buktinya pengampu UMMNO/BN sanggup buat apa saja untuk meraih undi rakyat, termasuk perbuatan tak bermoral seperti fitnah.
Thursday, January 1, 2015
DASAR 1 MALAYSIA : JOM ENJOY DUIT RAKYAT ....
|
Posted: 01 Jan 2015 03:13 PM PST
|
|
Posted: 01 Jan 2015 06:24 AM PST
|
1 MALAYSIA : ROSMAH TERBAIK ....
"Biarlah Rosmah Gunakan Jet, Pengorbanannya Amat Besar Kepada Negara"
oleh Shahbudin Husin,
![]() |
| gambar hiasan |
Isu penggunaan jet rasmi kerajaan oleh Rosmah Mansor kembali menjadi perbualan ramai berikutan pesawat yang membawa Najib Razak dan keluarganya untuk bercuti di Hawaii itu dikatakan masih berada di Indianapolis, meskipun Perdana Menteri sudah kembali ke tanahair.
Najib yang kembali ke tanahair secara tergesa-gesa dan memendekkan percutiannya kerana kritikan yang melaut terhadapnya disebabkan beritanya bermain golf bersama Barack Obama tersebar luas di ketika banjir sedang melanda, didapati hanya pulang bersendirian saja.
Kepulangan Najib itu dikatakan dijemput oleh jet VIP Tentera Udara Diraja Malaysia atau TUDM dengan nombor pendaftaran M53-01 manakala jet rasmi kerajaan yang dinaikinya semasa pergi ke Hawaii untuk bercuti iaitu 9M-NAA didapati terbang menghala ke Indianapolis pula.
Ia menimbulkan persoalan bahawa jet rasmi kerajaan itu sedang membawa Rosmah dan ahli keluarganya yang lain bagi meneruskan percutian mereka. Sehingga ini pun pesawat itu dilaporkan masih di sana.
Selain beberapa portal dan blog menimbulkan perkara itu dan bertanya di mana kewajarannya seorang isteri Perdana Menteri dibenarkan menggunakan jet rasmi kerajaan sedangkan Najib tiada bersamanya, AMK atau Angkatan Muda Keadilan melalui Ketua Penerangannya, Lee Chean Chung turut mengeluarkan kenyataan media meminta penjelasan kerajaan berkaitan dengannya.
Beliau menimbulkan persoalan, kenapakah jet rasmi kerajaan tidak digunakan untuk membawa Najib pulang, kenapa perlu digunakan jet lain kepunyaan TUDM untuk menjemputnya yang tentunya menggandakan lagi kos, kenapa jet rasmi terbang ke arah timur iaitu Indianapolis dan siapakah yang menggunakan jet rasmi itu?
Tersebarnya berita kemungkinan jet rasmi kerajaan sekali lagi digunakan oleh Rosmah Mansor, tambahan pula Najib hanya didapati bersendirian dalam beberapa lawatannya ke penempatan banjir sejak beberapa hari lalu, hampir menjadikan kepulangan Najib secara tergesa-gesa tidak bermakna lagi.
Ini kerana meskipun kepulangannya itu menunjukkan sikap prihatinnya terhadap rakyat, namun tindakannya yang seperti membenarkan isterinya menggunakan jet rasmi kerajaan itu dilihat lebih besar lagi silapnya. Ia bukan saja berkaitan kelayakan menggunakan jet rasmi itu tetapi juga menambahkan lagi pembaziran wang negara.
Di ketika ini, sambil orang ramai bercakap soal banjir yang kebetulan diikuti dengan pesawat Kumpulan Air Asia yang didapati hilang dan dipercayai terhempas di lautan Indonesia, mereka juga turut bercakap mengenai pesawat rasmi kerajaan yang juga "hilang" sedangkan Najib sudah berada di dalam negara.
Ada pula yang membuat humor, patutlah tidak ramai menteri-menteri yang didapati pulang walaupun Najib sudah mengeluarkan arahan agar mereka memendekkan cuti masing-masing kerana Rosmah sendiri pun tidak mahu pulang dan memendekkan percutiannya.
Jika diimbau pula, penggunaan jet rasmi kerajaan oleh Rosmah ini sudah beberapa kali berlaku dan seolah-olah tiada sesiapa yang mampu menghalangnya. Penggunaannya ketika bercuti kali ini dan dalam masa yang sama Najib pula berada di dalam negara, hanya menambahkan lagi kebencian dan kata-mengata.
Najib pula tidak menganggap penggunaan jet kerajaan itu oleh isterinya sebagai suatu kesalahan, malah tidak juga merasakan suatu pembaziran apabila dua jet terpaksa digunakan dalam suatu masa.
Pendedahan demi pendedahan dan kritikan demi kritikan langsung tidak mendatangkan kesan agar perbuatan itu dihentikan.
Walaupun sudah banyak kali dikritik oleh pemimpin pembangkang, tetapi tiada mana-mana pemimpin kerajaan yang berani bersuara. Kemarahan rakyat hanya dipandang enteng saja.
Muhyiddin Yassin yang didapati seperti melemparkan "madu beracun" sebaik percutian Najib ke Hawaii tersebar luas dengan berkata, "biarlah Perdana Menteri bercuti, dia pun manusia biasa juga", mungkin juga ketika ini turut bersetuju isteri Perdana Menteri berhak menggunakan jet rasmi kerajaan itu.
Barangkali jawapannya, "biarlah Rosmah menggunakannya, pengorbanannya amat besar kepada negara. Dia juga penyokong dan pendokong Najib dengan sepenuh hati selama ini. Lagi banyak jet digunakannya, tambah makmur negara kita".
MH 370 - RETURN BACK ???
MH370- KANTOI penumpang ukraine MH370 masih hidup dan Lokasi MH370 ada di bawah tanah - By canang
Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia
baca lagi kupasan dan bukti2 oleh kapten Sharifah Sofia Syed Rashid
Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan terjawab fan menemui noktah yg muktamad.
Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ' fly by wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.
2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH 370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.
Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid
Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian beralih di Selat Melaka dan selepas itu di Laut Andaman, sebelum pasukan SAR mencari dan mengalih tumpuan ke perairan Australia Barat iaitu di Selatan Lautan Hindi. Susulan daripada pencarian yg berubah-rubah ini penyiasat telah pun membuat kesimpulan yg sebenarnya laporan MH370 " berakhir " dilautan hindi adalah teori dan rekaan semata-mata.
Perhatikan gambarrajah di bawah ini yang menunjukkan pesawat MH370 cuba membuat u-turn.Yg sebenarnya sewaktu MH370 hilang dari radar yg pesawat tersebut telah pun melalui ruang udara Thailand.
Kerajaan Thailand " mengisytiharkan " bahawa dpt mengesan pesawat MH370 melalui ruang udaranya. Bila ditanya kenapa Thailand tidak memaklumkan kpd kerajaan Malaysia ttg hal ini., mereka menjawab sbb kerajaan malaysia tak tanya mereka.... Inilah laporan yg betul dan telah disahkan serta disiarkan oleh semua media termasuk media utama di Malaysia.
Selang beberapa hari kemudiannya media-media M'sia tiba-tiba mengeluarkan berita yg dianggap ' uturn ' bahawa Kerajaan Thailand menafikan laporan yang mengatakan radar Thailand dapat mengesan pesawat MH 370 lalu diruang udaranya.
Nampak tak tangan ghaib di sini siapa ?

Ni dia wajah 2 penumpang MH370 dari Ukraine iaitu Oleg Chustrak & Sergii Deineka iaitu askar upahan yg terlatih. Beliau merupakan agen CIA yg berjaya mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie dan menerbangkannya ke koridor utara
Kedua-dua dajjal ini mempunyai rekod jenayah dlm data base Russia iaitu :-
(1) Percubaan untuk bunuh president Angola(2) Pernah mengebom Balai Polis Bab Azzur(3) Pembunuh upahan untuk peperangan di serbia, (4) Menjual senjata haram pada Al-Qeeda & agen CIA US.

Ni bukti yg penumpang Ukraine yang menaiki pesawat MH 370 masih hidup. lihat oleg Chustrak ini boleh online webcam lagi pada 28/7/2014 semasa bercuti di Bali .Pesawat MH hilang pada 08/03/14..
Sekarang ni FSB Russia sedang memburu kedua-dua dajjal yang telah menghijacked pesawat MH 370
Di bawah ni bukti yang diambil di akhbar russia " The voice of Russia & Ria Novosti " .
Kerajaan Thailand tunjukkan bukti dan serahkan kepada Russia. Radar Thailand di Phuket berjaya mengesan pesawat MH 370 ditutup transponder dan cuba terbang rendah di bawah 1000 meter menghala ke utara andaman sea seterusnya pergi ke Bangladesh pada jam 2.40 pagi..
Take Note: Data sulit Marshal Montol Suchookorn ini telah diserahkan pada kerajaan Russia sebagai bukti pesawat MH 370 telah terbang rendah melalui radar udara Thailand.
Okey ni bukti penting yang ingin ditunjukkan kepada dunia dan kepada semua keluarga mangsa pesawat MH 370 ke mana sebenarnya MH 370 dibawa.
Perhatikan baik-baik tracking route map pesawat MH 370 bergerak. Dari aceh Thailand Bangladesh Nepal Kyrgyzstan besh tesh valley talas caspian sea Azerbaijan, Georgia & seterusnya ke sevastopol air base Ukraine....
Menurut Serik Mukhtybayev pesawat MH 370 yg dipandu oleh Oleq Chustrak dan Sergii Deinika sengaja dipandu mengikut laluan negara tidak maju untuk elak di kesan oleh radar moden.
Sebelum pesawat MH 370 sampai ke Ukraine, pesawat tersebut sempat mendarat di Kyrgyzstan untuk mengisi minyak iaitu us airbas airport lama yg dulu digunakan utk menyerang Afganistan dan meneruskan perjalanan ke Sevastopol airbase ukraine....
TAKE NOTE: Pesawat MH 370 tidak terhempas di lautan hindi Australia seperti yang didakwa oleh inmarsat dan media-media pro usa. Perhatikan bulatan biru itu radar russia di kg.Talas berjaya mengesan pesawat MH 370 menghala ke Ukraine.

Anda tahu siapa orang di bawah ni. Dialah orang yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Russia untuk menjaga radar di sempadan Kg. Talas. Nama beliau ialah Mr. Serik Mukhtybayev. Beliau berjaya mengesan pesawat MH 370 merentasi sempadan Kazakhstan pada jam 8.15 pagi (waktu Malaysia)
Take Note (Penting): Walaupun pesawat MH 370 cuba ditutup atau diduplicate transponder. Radar Russia masih boleh mengesannya.. Menurut Serik Mukh org yg bertanggunjawab menjaga radar pada 08 march 2014, pesawat MH 370 berjaya dikesan bersembunyi di belakang pesawat SIA68 15 minit melintasi Kazakhstan menuju ke ukraine
Semua keluarga mangsa MH 370 termasuk Malaysia sendiri telah dikencing hidup-hidup oleh laporan Inmarsat yg berpangkalan di UK yang mengatakan pesawat MH 370 telah terhempas di selatan lautan hindi. Yg sebenarnya pesawat tersebut tidak terhempas mahupun pun ditembak.
Ini bukti pesawat MH 370 menghala ke Koridor Utara menuju ke Ukraine. Kali ini data radar tentera Kazakhstan pula mengesannya pada jam 08.59 pagi pesawat transponder MH 370 cuba ditutup merentasi sempadan Kyrgyzstan - Kazakhstan- laut caspian - Georgia -dan seterusnya menghala ke sevastopol ukraine.
Maklumat data sulit di bawah ini berjaya diberikan oleh negara Kazakhtan dan diserahkan kpd Serik Mukhtybayev org yg menjaga radar di Kg. Talas (Russia)

Anda nak bukti lagi nah ambik ni...
Ni satu lagi bukti radar tentera di Turkmenistan berjaya mengesan Pesawat MH 370 yg ditutup transponder cuba sembunyi di belakang pesawat SIA68 di (-48E70/Singapore) menuju arah utara ke Ukraine.

Ni bukti terakhir kedudukan lokasi sebenar dimana pesawat MH 370 disembunyikan sekaligus Russia berjaya mengcheckmate Amerika dlm kes misteri kehilangan MH 370 yg selama ini membelenggu masyarakat dunia
Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia

Nilah dia 2 gambar dajjal dunia iaitu Yatsenyuk & Obama yg merancang untuk kes pesawat MH 370 dan MH 17
Ramai yg tertanya kenapa Amerika memilih pesawat MAS dlm siri dajjalnya. Ini jawapannya:
Tujuan sebenar Amerika menyuruh Ukraine hijacked pesawat MAS adalah untuk mendapat dana dari PBB sebanyak 1bilion usd...
Apabila dapat duit sebanyak tu dari PBB UKraine hendak membayar tunggakan gaji kakitangan kerajaan dan tenteranya dari bulan ogos 2013 hingga ogos 2014.
Manakala ekonomi dan nilai mata wang Dollar Amerika sudah jatuh so Amerika memgambil kesempatan untuk.menagih simpati dari duit PBB dengan cuba menuduh Russia cuba menembak pesawat MH 370 tetapi gagal kerana setelah MH 370 dilandingkan di Ukraine dan ditukar enjin tiba-tiba pesawat tidak boleh diterbangkan dan Plan B digunakan untuk menuduh Russia tembak pesawat MH 17.
Atas dasar ini Amerika melihat Malaysia sebuah negara yg kecil yg tidak mempunyai musuh dan berbaik dgn semua negara maka senanglah Amerika menjadikan pesawat Malaysia sebagai sasaran dlm kata lain dikambing hitamkan.
TIMBUL PERSOALAN di sini: Siapa yg berani mendakwa 2 dajjal ni utk dihadapkan ke mahkamah antarabangsa di suatu hari nanti ataupun di akhir cerita nanti berkesudahan dgn peperangan yg mana Amerika dan sekutu-sekutunya akan diserang oleh Russia dan sekutu-sekutunya.
Tunggu dan lihat bagaimana kes berprofil paling tinggi di dunia setakat ini akan berakhir *y)
Subscribe to:
Posts (Atom)








