Tuesday, February 4, 2014

BN PUTAQ BELIT INSURANS ...


KUALA LUMPUR 5 FEB: Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan keatas syarikat takaful merupakan satu lagi tambahan yang membebankan rakyat.
"Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, kenaikan insuran sebanyak 15 peratus merupakan satu kenaikan yang tinggi,
Azrul"Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
"Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda," kata Azrul kepadaKeadilandaily.
Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia telah meluluskan kenaikan premium insuran takaful sebanyak 15 peratus.
Kenaikan tersebut membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan juga bas ekspress, bermula 15 Februari 2014.
Justeru kata Azrul, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar.
Tambahnya, penduduk di luar bandar memerlukan kenderaan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran.
"Di bandar ada pengangkutan awam, jika nak berjimat. Tapi penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam. Mereka terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak.
"Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika tak bayar, pengguna tak dapat cukai jalan.

cerita kedai kopi:

insuran anjuran BN bukan untuk lindungi rakyat.
ini untuk paku rakyat

DULU NFC , KINI BFC - BIAWAK FEEDLOT CORPORATION ...

WAHYU DUIT PASTI DATANG ...

Pilihanraya kecil DUN Kajang barangkali merupakan pilihanraya paling unik dan menarik. Sejak rakyat Malaysia mengenal apa itu pilihanraya, inilah pilihanraya yang paling menjadi tumpuan dan diperbualkan ramai orang. Menariknya pilihanraya kecil ini tentu faktor utamanya ialah kerana Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Dengan Anwar bertanding dan dikhabarkan akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas itu dan kemudian dijadikan laluan menawan Putrajaya, bukan saja UMNO dan BN yang kepanasan dan terasa bahangnya, malah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat juga ada turut terlompat seolah-olah kejutan yang berlaku membuatkan mereka tergeletek sama.

Pilihanraya bagi orang politik adalah umpama hari raya. Ini kerana ketika pilihanraya, sentiasa meriah dengan makan minum, baju T dan topi yang silih berganti serta duit belanja yang boleh diminta sesuka hati.

Baik pilihanraya besar atau pilihanraya kecil, itulah resam dan kelazimannya.

Dalam pilihanraya DUN Kajang ini, walaupun ia hanya hanya sebuah pilihanraya kecil, faktor Anwar dan kerusi Menteri Besar yang direbutkan menjadikan ianya menarik dan diberikan tumpuan. Meskipun Anwar diramalkan tidak mempunyai banyak masalah untuk menang, namun kempen dan gerak kerja sudah pun bermula.

Kemeriahan yang dibawa bersama kehadiran Anwar ke Kajang bukan saja menyebabkan orang berpusu-pusu ke bandar itu, malah peniaga makanan, penjual baju T dan topi yang berkaitan Kajang atau mempunyai gambar wajah Anwar, dilaporkan mulai sibuk menambah bekalan bagi memenuhi permintaan yang dijangka meningkat.

Jika BN sudah memutuskan turut bertanding nanti, kemeriahan Kajang tentunya lebih berganda. Di sebalik tidak ramai yang yakin BN mampu meraih kemenangan, namun sebagai kerajaan BN pastinya tidak memandang randah pilihanraya ini, lebih-lebih lagi lawan yang dihadapi ialah Anwar. Kempen, gerak kerja, majlis perasmian itu ini dah pelbagai peruntukan sudah pasti melimpah ruah. Pilihanraya akan benar-benar seperti hari raya.

cerita kedai kopi : 

biarlah hari raya @ hantu raya. yang pasti duit raya akan turun.
rakyat kena ambik..jangan tak ambik....

AG MAKAN GAJI BUTA ...

sprm
KUALA LUMPUR : Ahli jawatankuasa khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Fauzi Abdul Rahman mempersoal kredibiliti Jabatan Peguam Negara (AG) berikutan masih terdapat banyak kes rasuah tergendala.
"Walaupun saya baru dalam Jawatankuasa Khas Rasuah SPRM ni,
"Saya lihat persepsi rakyat terhadap SPRM buruk. Kita dah jalankan tugas kita dengan baik, cuma tak ada kuasa mendakwa sebab kuasa besar terletak pada Jabatan Peguam Negara.
Fauzi"Apa yang dipertikaikan ialah integriti dan amanah Jabatan Peguam Negara.
"Kita (seolah-olah) memberi kuasa paling besar kepada orang yang salah," kata Fauzi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang.
Katanya lagi, siasatan menjadi lebih cepat dan selaras sekiranya SPRM memikul tanggungjawab tersebut.
Kelewatan pejabat AG kata Fauzi (gambar) menyebabkan agensi penguatkuasaan lain termasuk SPRM tidak dapat bertindak kerana kuasa pendakwaan mutlak di Pejabat Peguam Negara.
Katanya, antara kes menunjukkan kelemahan pendakwaan Pejabat Peguam Negara termasuk pembebasan daripada dakwaan skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) melibatkan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy 14 Januari lalu.
"Itu kesilapan terbesar sistem kita kerana memberi kuasa mutlak kepada pihak yang tidak ada integriti dan tidak amanah.

PM ROSMAH : DUIT GUNA UNTUK SHOPPING LAA ...

 
Gomen Dah Tak De Duit....MP Pulak Sebok Buat Duit...???

APA MAIN-MAIN FITNAH LAGU NIH ...

Surat yang ligat dikongsi kebanyakan pelayar internet mengenai pengisytiharan keluar parti oleh Adun Hutan Melintang, YB Kesavan adalah palsu, menurut beliau. 
Di saat cuaca pilihanraya kecil di Dun Kajang, Selangor kini semakin membahang, apa saja berita yang melibatkan parti PKR pasti akan meletupkan termometer politik tanahair sehingga ada yang mengambil kesempatan dalam suasana gawat sebegini. 

Setiap perkara yang disampaikan hari ini, baik melalui media cetak, elektronik mahupun internet, perlulah disemak, dikaji dan ditanya terlebih dahulu sebelum memanjangkannya walau dalam bentuk apa sekalipun. 

Teliti penafian YB Kesavan mengenai surat palsu itu di bawah ini:

Kesavan nafi hantar surat keluar PKR

Oleh SAYED HESHAM IDRIS

IPOH 4 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S. Kesavan menafikan telah menghantar surat pengisytiharan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri S.K. Devamany.

Beliau yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, surat tersebut yang tersebar meluas dilaman sosial adalah palsu dan beliau tidak pernah menghantar surat seumpama itu. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Semuanya bermula daripada gambar sekeping surat seperti di atas yang giat berlegar di alam maya waktu ini. 

Surat tersebut yang bertarikh 2 Januari 2014 daripada YB Kesavan, Adun N54 Hutan Melintang, Perak kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat berkuat-kuasa daripada tarikh tersebut atas alasan hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti. 

Tetapi, nak tanya sedikit, tarikh surat dan pengisytiharan keluar daripada parti PKR adalah pada 2 Januari 2014, mengapa pula hanya pada 4 Februari 2014 baru Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menandatangani penerimaan surat tersebut?
Sebulan jarak di antara tarikh penghantaran dan penerimaan surat, bolehkah diterima akal?

Patutlah ada yang mengatakan surat ini palsu, hanya perang saraf untuk menghangatkan suasana PRK Kajang yang melibatkan parti PKR dan pimpinan tertingginya, DS Anwar Ibrahim. 

Tetapi, mengapa di Perak? Tidak di Selangor?

Ataupun ada kebenaran di sebalik misteri surat ini?

Sama-sama kita tunggu pengesahan ataupun penafian pihak-pihak yang terlibat di dalam perkara ini. 

Monday, February 3, 2014

ANWAR MARA @ GOSTAN ? NAJIB TERKEDU @ TERKENTUT ?

Oleh : AFEEQA AFEERA


Keputusan menempatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon di DUN Kajang memberikan tekanan berganda kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertahan atau mengekalkan kuasanya sebagai pemerintah.

Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Shahbudin Husin, berkata Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai kelebihan berbanding BN berikutan deretan kelemahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang begitu terserlah sejak kebelakangan ini.

PKR1Katanya kredibiliti Najib kini bukan saja dipertikai dan diragui rakyat, malah terdapat banyak kelompok yang sebelum ini memberi sokongan kepadanya dilihat sudah menarik 'brek tangan' masing-masing dan mulai terbuka mengkritik serta mempertikaikannya.

"Ramai yang hilang keyakinan bahawa Najib mampu memimpin kejayaan kepada Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang, termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

"Meskipun Najib mempunyai ramai penyokong dah kelihatan menonjol, tetapi semua itu bukan kerana kualiti kepimpinan atau ketegasannya dalam menyelesaikan masalah.

najib n"Ditambah dengan pelbagai isu kritikal yang berlaku dalam negara sejak dulu, ketegasannya hampir tidak menonjol, malah Najib sebenarnya lebih sesuai menjadi pemimpin ketika aman dan bukannya dalam suasana krisis," katanya dalam satu kenyataan di blog.

Malah kelemahan Najib menerajui Umno-BN semakin terserlah dalam PRU-13 yang lalu apabila semakin banyak majoriti kerusi terlepas ke tangan PR dan kebarangkalian untuk majoriti itu terus berkurang tidak dapat disangkal.

"Kebarangkalian untuk BN kalah terus juga tidak dapat ditolak lagi jika Najib terus berada di kedudukannya sekarang," katanya lagi.
EZY

cerita kedai kopi:

kesimpulan setakat ini, najib memang lemah. PM paling lemah dalam sejarah penubuhan malaysia. PM paling takut dengan bini. apa pun tak bleh buat. apa pun tak bleh pakai. setakat guna nama nama bapak ja. langsung tak nampak kebaikan transformasi @ 1 malaysia yang dia canang. yang nampak, penaik semua harga barang untuk kantung perut anak bini dia yang no-2 nih ...

PENERIMA BANTUAN JKM BELI NASIK BUNGKUIH, ORANG KUAT JKM BELI ALPHARD/BMW ...

THE MALAYIAN INSIDER


Datuk Suhaimi Ibrahim mengakui disiasat SPRM tetapi menyatakan tidak semua yang dilaporkan dalam blog berkaitan perkara itu adalah benar. Gambar fail.Datuk Suhaimi Ibrahim mengakui disiasat SPRM tetapi menyatakan tidak semua yang dilaporkan dalam blog berkaitan perkara itu adalah benar. Gambar fail.


















Spekulasi semakin memuncak menyatakan wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan tuduhan terhadap bekas setiausaha politik Umno lewat dijalankan selepas ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan.

Sumber berkata, bekas setiausaha politik dan pengarah salah satu yayasan itu dikaitkan dengan siasatan kerana dikatakan menggunakan wang yayasan yang sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin itu bagi kegunaan politik.

"Ia siasatan yang besar dan apa yang dilihat hanya di permukaan sahaja. Terdapat beberapa pihak dalam Umno yang tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu yang berkata mereka menahan dua lelaki, termasuk seorang bekas setiausaha politik dengan gelaran datuk, dan dijangka mendakwa mereka pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, SPRM berkata terdapat kesilapan dan individu berkenaan akan didakwa pada tarikh yang belum ditentukan. Kedua-duana dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000.

"Kuasa pendakwaan terletak pada Pejabat Peguam Negara dan apa-apa kenyataan SPRM hanya dikeluarkan selepas mereka bersetuju.

"SPRM sudah bersedia tetapi tiada siapa tahu mengapa ada kelewatan. Ia mungkin berlaku minggu ini tetapi tiada siapa tahu," kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, kedua-dua lelaki berusia antara 30-an dan 50-an itu akan didakwa mengikut Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Selasa lalu atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM1.1 juta dan penipuan membabitkan RM1 juta.

Menurut kenyataan itu, bekas setiausaha politik dan pengarah berkenaan ditahan pada pagi dan pada petang 27 Januari itu dibebaskan dengan wang jaminan.

Katanya, ketiga-tiga yayasan yang terlibat dalam kes itu ditubuhkan pada 1980-an tetapi didaftarkan sebagai syarikat berhad dan bukan sebagai badan kebajikan.

Kedua-dua individu berkenaan adalah pengarah dan pemegang amanah salah satu yayasan dan SPRM difahamkan cara wang itu dikeluarkan bertentangan dengan objektif yayasan.

Menurut kenyataan itu, seorang pengarah bergelar Datuk turut ditahan bagi kesalahan di bawah Akta Syarikat dalam  siasatan berkaitan dengan yayasan.

Beberapa sumber dalaman Putrajaya berkata, Pejabat Peguam Negara mesti bertindak segera untuk menghapuskan tanggapan bahawa berlakunya pendakwaan terpilih dalam kes berprofil tinggi, merujuk kepada aduan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik bulan lalu.

"Orang ramai memerhati kerajaan. Mereka mestilah adil dan mendakwa semua, bukan mereka yang berada di luar Umno sahaja," kata sumber dalaman.

Difahamkan kes itu berkaitan dengan penahanan Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas setiausaha politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang disahkan September lalu ditahan bagi membantu siasatan SPRM.

Suhaimi berkata, beliau disiasat atas dakwaan penyalahgunaan dana untuk golongan miskin di bawah program 1AZAM, bersama sekurang-kurangnya tujuh pegawai kementerian lain yang turut dipanggil.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Ya, saya ditahan tetapi maklumat yang diterbitkan dalam blog dan portal online tidak sepenuhnya benar," katanya.

Laporan menyatakan SPRM merampas kira-kira 10 kenderaan mewah daripada Suhaimi, tetapi menafikan ia adalah miliknya.

"Kenderaan itu bukan milik saya," kata ahli perniagaan berusia 54 tahun itu.

"Sekiranya terdapat persoalan mengenai kekayaan dan rumah saya sebagaimana yang dinyatakan dalam blog, ia semua adalah hasil titik peluh saya. Saya seorang ahli perniagaan sejak 1995 dan wang yang ada datang daripada itu," katanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Benta, Pahang.

Program 1AZAM adalah inisiatif kerajaan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ia diperkenalkan pada Januari 2010 untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dalam sektor perniagaan, perkhidmatan dan pertanian.

Jabatan Kebajikan Masyarakat membelanjakan RM1.35 bilion setakat ini untuk menyediakan bantuan kepada 473,928 penerima di seluruh negara.

cerita kedai kopi :

kalau nama dia umno/BN, semua dia nak sapu. kalau bukan hak dia pun dia nak ambik, apatah lagi yang dok dalam tangan dia. benda haram jadah pun dia sapu, setakat haram @ shubhah apalah sangat. orang penerima JKM nak beli nasik bungkuih @ makan di kedai pun fikir 3 kali, dia selamba ja beli banglo dengan kereta mewah guna duit rakyat... pejuang melayu konon...

PM NAJIB : NAZIR KERAP KUTUK AKU NIH ...


 


Oleh SHIRZAD LIFEBOAT 

SEJAK sebuah tulisan berjudul 'Mengingati Ayahanda Saya, Tun Razak' sebagaimana dalam harian Sinar Harian atau versi Bahasa Inggeris, 'Remembering My Father, Tun Razak sebagaimana dalam harian The Star (keduaduanya edisi 14 Januari 2014) oleh Nazir, adik Perdana Menteri Najib Razak, sempena memperingati Tun Abdul Razak yang telah 38 tahun kembali ke rahmatullah, hubungan Pengerusi Kumpulan CIMB itu dengan abang beliau serta keluarga dilaporkan agak berkocak.

Tidaklah dapat disahkan sama ada laporan itu hanya spekulasi atau sebaliknya. Dan jika ia bukan satu spekulasi, maka tidak juga dapat disahkah sekiranya ia hanya 'ribut dalam secawan teh' atau gelegakan gelora yang bakal mencetuskan perang saudara.

Dan sekiranya Najib tidak begitu berkenan dengan apa yang ditulis oleh adiknya mengenai Allahyarham bapa mereka, maka tidaklah sesukar mana untuk memahaminya.

Sebenarnya Nazir hanya merakamkan kembali apa yang pernah ditulis oleh penulis rencana, buku dan biografi mengenai Tun Razak. Perihal seperti: "Ayahanda saya memberitahu dengan jelas bahawa walaupun Seri Taman adalah kediaman rasmi kami, ia sebenarnya hak negara; bermakna, hak rakyat… Apa sahaja yang dibelanjakan untuk rumah itu adalah daripada tabung negara dan beliau tidak akan membenarkan negara menampung perbelanjaan bagi sesuatu yang tidak penting seperti kolam renang. "Apa akan rakyat fikir nanti?" tengking beliau," adalah kisah yang telah dibukukan sebelumnya.

Dalam tulisan itu, Nazir juga menekankan prinsip ayahandanya, 'Rakyat Diutamakan'. Dan atas sebab yang hanya diketahui oleh penulis tetapi rasanya sedia difahami dan dimaklumi ramai, Nazir menutup rencananya dengan pepatah Malayu, "Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan," yang bermaksud "apabila kita tersesat, pulanglah ke tempat asal."

Tidak mustahil, niat Nazir ikhlas dalam menyiarkan kembali apa yang pernah didokumentasikan oleh, misalnya William Shaw dalam 'Tun Razak: His Life and Times'. Rasanya tak ramai daripada kalangan generasi baru yang tahu kewujudan sebuah biografi seperti ini dan apatah lagi membacanya. Kempen membaca anjuran kerajaan Umno-BN pun sejak dulu sehingga terbaru (banyak tahun dulu) setakat kempen aje. Tak pernah ada promosi buku dan sebagainya.

Pelik, kata Umno sayangkan pemimpin, kata Tun Razak seorang legenda, kenapa tak diterbitkan semula buku Shaw itu dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Atau diupah sahaja seorang atau sekumpulan penulis untuk menghasilkan biografi rasmi Perdana Menteri kedua itu. Mustahil parti tersebut tidak memiliki dana untuk tujuan tersebut.

Atau apakah sekiranya biografi seperti itu diterjemahkan atau diedarkan secara luas maka masyarakat daripada pelbagai generasi baru akan mendapati betapa perbezaan prestasi penyandang jawatan Perdana Menteri seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Najib Razak jika dibandingkan dengan Tun Razak ibarat langit dengan bumi.

Oleh itu tak salahlah sekiranya Nazir menulis sedikit tentang ayahandanya. Tapi yang menjadi tak kena kepada Najib ialah apabila sumbangan Tun Razak kepada rakyat selaku Perdana Menteri diperingatkan semula, ia amat bertentangan dengan apa yang telah dilakukan dan tidak dilakukan oleh Najib sebagai Perdana Menteri.

Nazir mengingatkan kita Tun Razak 'mengutamakan rakyat'.

Hampir semua rakyat yang sempat dipimpin oleh beliau tahu 'mengutamakan rakyat' bukannya slogan kosong seperti 'rakyat didahulukan'. Sebaliknya ia adalah prinsip dan pegangan beliau. Maknanya, Tun Razak 'walks the talks' atau mengotakan janji dan cakap-cakapnya.

Jika penulisan tentang beliau dipopular dan diedarkan kepada umum, ramai dapat melihat foto atau membaca bagaimana Tun Razak berbasikal, membonceng motosikal, berjalan kaki berkilometer di tengah panas atau malah turut sama berendam dalam kolam ikan air tawar. Ramai akan tahu bagaimana beliau melarang isterinya menaiki kapal terbang untuk ke Kota Bharu kerana tidak ada peruntukan untuk itu. Malah apabila ditawarkan oleh pemegang peruntukan kerajaan, Tun Razak menolaknya dan membiarkan isterinya menaiki kereta dengan perbelanjaan sendiri.

Walaupun Tun Rahah adalah anak perempuan kepada Tan Sri Noah Omar, seorang tokoh politik terkemuka Johor di zamannya dan pernah dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat (dan bukannya daripada asal yang tak tahu entah dari mana atau dari kalangan orang biasa-biasa), dia sentiasa bersikap merendah diri. Tentu ada masih ingat gambar Tun Rahah menumbuk sambal dalam lesong sebagaimana tersiar dalam sebuah penerbitan di mana ketika itu Tun Razak sudah pun berjawatan tinggi dalam kerajaan dan Umno. Seperti suaminya, dia tidak menjadi seperti si kudung mendapat cincin.

Pepatah Melayu menyebut bapa borek anak rintik dan idiom Inggeris pula 'like father like son'.
Dan biasanya apabila si anak mewarisi kerjaya dan jawatan bapanya, maka si anak akan menjadi jauh lebih baik, lebih bijak, lebih berkebolehan dan lebih berkemampuan malahan juga lebih popular.

Namun hal ini tidak berlaku kepada Najib. Jangan kata segala-galanya bersabit dengan jawatan Perdana Menteri yang dipegangnya lebih baik daripada ketika Tun Razak menyandang jawatan tersebut, atau setidaktidaknya menyamai prestasi bapanya, atau paling tidak pun adalah 10 peratus sebagai sagu hati bagi menunjukkan dia dari benih yang baik, sebaliknya segala tindakan dan keputusan kerajaan untuk rakyat yang dilakukan oleh Najib sama sekali bertentangan dengan Tun Razak.

Tidak begitu mustahil rencana tulisan Nazir adalah rencana biasa memperingati seorang tokoh politik terkemuka tanah air yang juga merupakan ayahandanya. Namun, memandangkan keadaan Najib kian tidak popular di kalangan rakyat termasuk pengundi BN dan penyokong serta ahli Umno sendiri, maka kebaikan Tun Razak adalah kerugian buat beliau.

Justeru ia memperkukuhkan lagi segala andaian dan spekulasi betapa hari-hari Najib selaku Perdana Menteri sudah boleh dibilang dengan jari.

cerita kedai kopi :

kutuk pasai x dapat projek kot. kutuk pasai banyak projek dok dapat kat rosmah. nak tumpang semangkuk pun tak dapat. cimb dah banyak kurang income. dari org dapat pinjam 20 tahun..dah jadi 10 tahun. x dapat la kedarah banyak...