Tuesday, June 2, 2020

sedikit mengenai pengalaman aku dengan al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tergerak hati aku untuk menulis sedikit mengenai pengalaman aku dengan al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Pengkalan Chepa 1974-1986.‬

‪Aku menganggotai PAS pada 1981. Menjadi staf Pejabat Agung PAS, aku sering bertemu Nik Aziz di pejabat apabila pimpinan parti bermesyuarat Jawatankuasa Kerja atau Dewan Harian.‬

‪Semasa Nik Aziz menjadi Ahli Parlimen dalam tempuh 1982-1986, aku sering menemaninya bersama Allahyarham Syed Muhammad, seorang sahabat dan rakan aktivis dalam parti.‬

‪Ramai tidak tahu dimana Nik Aziz menginap sewaktu beliau menjadi Ahli Parlimen.‬

‪Hari ini, setelah lebih 34 tahun berlalu, aku ingin memberitahunya.‬

‪Kerana itu hari ini aku keluar ke Kuala Lumpur. Pertama kali aku keluar sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020.‬ Aku keluar semata-mata untuk merakam gambar tempat menginap Nik Aziz semasa beliau menjadi Ahli Parlimen.‬

‪Tempat menginap Nik Aziz itu di berdekatan Masjid Pakistan. Ia sebuah hotel murah bernama “Rumah Tumpangan King’s” atau “Hotel King’s” milik seorang Cina bukan Islam.‬

‪Hotel itu mengenakan kadar bayaran RM25 sehari pada tahun 1980an. Hotel King’s masih wujud, tetapi kini ditutup kerana COVID-19. ‬ Hari ini tadi, aku semak kadarnya RM40 sehari.

‪Dalam pengetahuan aku, tidak ada mana-mana Ahli Parlimen sejak Merdeka hingga kini menyewa rumah tumpangan sedemikian semasa persidangan mesyuarat Dewan Rakyat. Kebanyakan mereka tinggal di hotel-hotel mewah atau membeli kondominium persendirian di Kuala Lumpur.‬

‪Hampir setiap malam aku menemani Nik Aziz makan malam di sebuah gerai tom yam tepi jalan di seberang Hotel King’s.‬

‪Pada siang hari, Nik Aziz akan menjamu selera selalunya di gerai Pak Rahman bersebelahan stesen minyak berdekatan Pejabat Agung PAS, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. ‬

‪Bukan cara Nik Aziz waktu itu untuk makan di tempat-tempat mewah.‬

‪Dari awal lagi, aku telah menyaksikan kehidupan dan gaya hidup amat sederhana Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Banyak pengalaman hidup dan pemikiran aku garapi dengan mendekatinya dahulu.‬

‪Sekian.‬wallahualam..

penulis??? x jumpa

No comments:

Post a Comment