Tuesday, June 2, 2020

DAP TERDESAK KEMARUK KUASA



Roslan SMS

Dulu beliau duduk di Kementerian Pertahanan sebagai Timbalan Menteri. Ramai yang gusar dan tidak selesa tetapi diamkan sahaja, apakan daya, kerana kuasa di tangan mereka.

Bila kaduk naik junjung jadilah kita laksana mentimun dan durian, menggolek rosak digolek binasa.

Kini Pakar Strategi DAP ini hilang jawatan tetapi tidak sebagaimana pungguk yang merindu bulan, beliau tidak diam memeluk tubuh, malah berterusan mencuri peluang untuk kembali merampas takhta.

22 bulan tidak cukup untuk menyusun kepakarannya.

Kini apa sahaja peluang beliau teroka meski terpaksa menjaja khabar angin sekalipun. Hilang wibawa pakar strategi apabila khabar angin taraf politik longkang pun dijulang dan dijadikan hujah.

Demikianlah terdesak mereka ini semata-mata kerana laparkan kuasa. Waspadalah kita jangan termakun racun dan onar yang mereka taburkan.

Jangan leka sehingga kembali hina kita menjadi mentimun.

No comments:

Post a Comment