Tuesday, June 2, 2020

MCA Sudah Lupa Asal Usul Sendiri !


MyMassa : Kisah MCA Yang Berasal Usul Dari Kuomintang Kini Menyokong Komunis

Semasa sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu, negeri China dilanda perang saudara sehingga mewujudkan dua kumpulan iaitu Komunis dan Kuomintang. Kuomintang atau KMT diasaskan oleh Song Jiaoren dan Sun Yat-sen selepas revolusi Xinhai merupakan kumpulan yang lebih awal menguasai tanah besar China sebelum Komunis. KMT menguasai China dari tahun 1928 sehingga berundur ke Taiwan pada tahun 1949 selepas ditewaskan oleh Parti Komunis China.

BINTANG SATU, BINTANG TIGA DAN JEPUN

Semasa pendudukan Jepun, pihak British telah mencari beberapa pihak di Tanah Melayu yang boleh membantu mereka menundukkan pihak Jepun di Tanah Melayu. Antaranya ialah Askar Wataniah, Askar Melayu Setia, Bintang Tiga dan Bintang Satu. Bintang Tiga ketika itu dikenali sebagai MPAJA manakala Bintang Satu adalah Kuomintang. Peranan Kuomintang kurang kelihatan kerana pasukan ini diserapkan dalam FORCE 136. Antara tokoh Kuomintang ketika itu adalah Mendiang Lim Bo Seng.


Lim Bo Seng (27 April 1909 – 29 June 1944) was a Chinese resistance fighter based in Singapore and Malaya during World War II. He is regarded as a war hero in Singapore (Lim Bo Seng adalah seorang pejuang penggempur Cina yang berpengkalan di Singapura dan Tanah Melayu semasa Perang Dunia ke-2. Dia dianggap sebagai seorang wira perang di Singapura).
Pembaca boleh baca sejarah mendiang Lim Bo Seng di sini : http://en.wikipedia.org/wiki/Lim_Bo_Seng




Sumber : Wikipedia

Kerana kepahlawanan mendiang Lim Bo Seng, beliau telah diiktiraf oleh Kerajaan Singapura sehingga mereka membina tugu peringatan kepada mendiang.

KAITAN MCA DAN KUOMINTANG

Wikipedia membuktikan bahawa asal usul MCA memang dari Kuomintang.
The Malaysian Chinese Association (MCA) was formed on February 27, 1949 with the implicit support by the post-World War II British colonial administration. A central purpose of the MCA at the time of its founding was to manage the specific social and welfare concerns of the populations interned in the so-called New Villages created under the Briggs' Plan in response to the Malayan Emergency.[3] [4]
(MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949 dengan sokongan tersirat oleh pentadbiran penjajah British pasca-Perang Dunia Ke-2. Tujuan utama MCA semasa penubuhannya adalah untuk menguruskan rasa kebimbangan sosial dan kebajikan tertentu penduduk yang terlibat didalam apa yang dipanggil Kampung Baru yang diwujudkan dibawah Rancangan Briggs' sebagai tindakan susulan kepada Darurat Tanah Melayu)
The declaration that announced the MCA as a formal political party in 1951 was written by a prominent Straits Chinese businessman, Tan Cheng Lock. In general its early members were landowners or otherwise better off, while the working classes in the New Villages overwhelmingly joined the Socialist Front instead.[5] Many prominent members of the MCA were also Kuomintang (KMT) members opposed to the Malayan Communist Party. Leong Yew Koh, was a KMT major general who became a cabinet minister and later became governor of Malacca; Malaysia's first minister of finance, Tun Henry H.S. Lee, was a KMT colonel; and Dr Lim Chong Eu, the leader of the Radical Party[disambiguation needed], and joined the MCA in 1952, was a colonel (medical) doctor in the Kuomintang.[6]
(Deklarasi yang mengumumkan MCA sebagai sebuah parti politik secara rasmi tahun 1951 ditulis oleh seorang ahli perniagaan Cina terkemuka Negeri Selat, Tan Cheng Lock. Secara umumnya ahli-ahli terawalnya adalah tuan-tuan tanah atau yang lebih berada, sedangkan kelas pekerja dalam Kampung Baru sebaliknya ramai yang menyertai Front Sosialis. Ramai ahli-ahli terkemuka MCA adalah juga ahli Kuomintang yang menentang Partai Komunis Malaya. Leong Yew Koh, adalah seorang Major General Kuomintang yang menjadi menteri kabinet dan kemudiannya menjadi Gabenor Melaka; menteri kewangan pertama Malaysia, Tun H.S.Lee, adalah seorang Kolonel Kuomintang; dan Dr Lim Chong Eu, pemimpin Parti Radikal, dan menyertai MCA tahun 1952, adalah seorang Kolonel doktor (perubatan) dalam Kuomintang)


Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Chinese_Association

Malah bendera MCA sendiri mirip kepada bendera Kuomintang.


Bendera Kuomintang

MCA

Selepas kematian Chin Peng, beberapa pemimpin muda MCA mula cuba menyokong Chin Peng untuk dibawa pulang. Antaranya ialah Naib Presiden MCA, Gan Peng Sieu dan Heng Seai Kie, Ketua Publisiti MCA. MyMassa pelik, adakah pemimpin muda MCA ini sudah lupa asal usul? Adakah mereka lupa bahawa pengasas MCA jugalah menentang Parti Komunis Malaya? Mungkin kerana Sekolah Jenis Kebangsaan Cina terlupa mengajar generasi baru Cina di Malaysia mengenai perbezaan antara Komunis dan Kuomintang. Sehingga kini ideologi Komunis dan Kuomintang masih tidak boleh bersama. Buktinya, Taiwan masih lagi enggan untuk berada di bawah China.

Jika benar Chin Peng pejuang kemerdekaan yang sebenar, mendiang sepatutnya ditanam di Singapura, sebelah tugu Lim Bo Seng. Tetapi malangnya ideologi Komunis ini bukan sahaja ditolak oleh Malaysia, malah Singapura juga tidak mengiktiraf Komunis. Sebagai bukti, walaupun Singapura diperintah oleh PAP, tetapi Lee Kuan Yew sendiri sanggup menahan pengasas PAP iaitu Lim Chin Siong dan Fong Swee Suan di bawah ISA dalam Operasi Coldstore pada tahun 1963 kerana pro-Komunis.

MyMassa harap agar pemimpin muda MCA supaya memahami sejarah penubuhan MCA sebelum memperjuangkan isu Chin Peng.

*Patutlah MCA sekarang ni makin lemah. Asal usul mereka sendiri pun mereka lupa.

No comments:

Post a Comment