Sunday, June 28, 2020
Kantoi: Mahathir tak sengaja dedah bagaimana PH menang PRU14 dengan guna "Big Data"
Dikala anak-anak buahnya dari Armada Bersatu terpalit dengan skandal rasuah, bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad telah mendedahkan mengenai penggunaan data maklumat (big data) dalam politik dan pilihanraya.
"Di zaman informasi ini maklumat boleh diputar sehingga yang buruk menjadi baik dan sebaliknya. Kebanyakan kita belum faham kegunaan big data – atau maklumat yang amat luas dan terperinci."
"Tetapi sudah ada perusahaan besar dalam bidang ini. Di antaranya ialah Cambridge Analytica yang memberi khidmat analisa maklumat untuk tujuan tertentu."ujar Mahathir.
Menurut rekod, di Malaysia juga syarikat INVOKE yang diasaskan oleh saudara Rafizi Ramli dari Pakatan Harapan juga menggunakan modus operandi yang seakan-akan sama iaitu dengan mengumpul data pengundi ketika sebelum PRU14 lalu.
Mungkin ramai masih ingat ketika PRU14 lalu Pakatan Harapan banyak menggunakan pelbagai platform media sosial untuk menyebarkan video propaganda mereka kepada golongan sasaran seperti lakonan Mahathir dengan cucu, dan juga ceramah terakhir beliau pada malam sebelum PRU14.
"Melalui pengumpulan data yang menyeluruh berkenaan individu dalam sesuatu masyarakat, maka pihak pakar analisa boleh kenal pasti sifat berkenaan apa yang disukai dan tidak disukai oleh individu berkenaan dan seterusnya oleh masyarakat. "
"Dengan pengetahuan ini cara mempengaruhi fikiran majoriti anggota boleh ditentukan. Maklumat ini berguna umpamanya untuk mempromosi barang jualan oleh pengusaha dan peniaga. "
"Demikianlah jayanya proses ini sehingga pelanggan membeli sesuatu yang tidak dikehendaki olehnya, semata-mata kerana dipengaruhi oleh iklan yang faham sifat pembeli."
Menurut Mahathir analisa big data ini amat berguna dalam politik kerana ia dapat menguasai fikiran pengundi. Ini dapat dilihat dari kejayaan Pakatan Harapan pada PRU14 lalu dengan mempengaruhi rakyat untuk mempercayai janji-janji manifesto mereka.
"Big data ini juga berguna dalam bidang politik. Analisa big data oleh pakar akan kenal pasti apa yang boleh menguasai pemikiran pengundi umpamanya. Dengan pengetahuan ini maka kempen boleh diadakan supaya pengundi terpikat dan menyokong."
"Pada masa lampau ini kita sering lihat calon yang buruk mendapat sokongan dan kemenangan. Kempen yang diasaskan kepada kajian big data boleh menjadikan seorang penyangak dimuliakan dan disokong."
Menurut Mahathir, penggunaan big data ini mampu memukau rakyat dan melupakan keburukan ahli politik sehingga boleh membuatkan rakyat lupa segala keburukan dan kesalahan pemimpin politik itu.
Ini dapat dilihat apabila orang Melayu dapat menerima dan mempercayai parti DAP yang selama ini anti kepada perjuangan hak orang Melayu. Begitu juga rakyat melupakan dosa Anwar Ibrahim yang terbukti dan telah dipenjarakan akibat meliwat setelah dipukau dengan janji-janji manis.
"Orang ramai boleh lupakan keburukan seseorang dan menjadinya hero yang didewa-dewakan."
"Orang Melayu dahulu bercakap dengan “pukau”. Apabila kita dapati seseorang itu melakukan sesuatu yang bukan normal tanpa segan silu kerana terpengaruh oleh kuasa yang tidak dikenali, maka kita anggap ia telah kena pukau."
"Di zaman ini “pukau” dilakukan dengan mengetahui sifat-sifat yang ada pada seseorang atau sesuatu kumpulan sehingga mereka melaku perbuatan yang luar biasa."
"Pukau moden ini berasas kepada sains dan psikologi. Maklumat terperinci dan menyeluruh (big data) berkenaan seseorang atau sesuatu kumpulan boleh didapati dari segala kegemaran memakan, membeli-belah, jenis hiburan, sukan, pelancongan dan lain-lain."
"Data yang didapati boleh dianalisa dengan komputer dan peribadi ditentukan. Dari data ini, strategi boleh dibentuk untuk mencapai matlamat."
"Kos oleh pakar analisa tetap tinggi. Hanya mereka yang kaya raya sahaja yang boleh upah."
"Tetapi bagi mereka yang berkepentingan dan berduit, mendapat khidmat pakar analisa big data tetap berbaloi. Fikirkanlah melalui cara ini pencuri boleh jadi hero yang didewa-dewakan."ujar Mahathir seperti menyindir dirinya sendiri.
sumber: FB Tun Dr Mahathir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment