MENJAWAB STEALING CHICKENS
23 June 2020

Oleh: Najib Razak
Terjemahan: Nabeel Naqie

1. Dr M: Najib nampaknya tidak gembira dengan pandangan tersirat saya bahawa pelepasan Riza Aziz adalah salah.

Najib jawab: Ya, saya marah dengan pembohongan berterusan kamu tanpa segan silu. Kamu memilih untuk mengabaikan bahawa penyelesaian itu dimulakan oleh Peguam Negara lantikan kamu (orang yang juga telah mengakui bahawa beliau adalah lantikan politik) semasa kamu masih PM.

Sebagai permulaan, tidak seperti Guan Eng, Riza tidak pernah didakwa atas kesalahan salah guna kuasa, mencuri atau rasuah. Dia didakwa di bawah Akta AMLA kerana menerima dana yang diberi oleh entiti kerajaan asing yang merupakan rakan perniagaan 1MDB.

Riza tidak pernah menerima satu dolar pun dari 1MDB. Sebenarnya, dia sudah jarang berada di Malaysia sejak bertahun-tahun.



Begitu juga, dia juga tidak pernah didakwa atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, kecurian atau rasuah oleh DOJ USA walaupun sebahagian besar pelaburan diterima, digunakan dan dikembalikan berlaku di Amerika.

Tidak ada satu transaksi yang berlaku di Malaysia atau melibatkan bank-bank Malaysia.

Sekiranya anda masih mempunyai keraguan sama ada penyelesaian itu adalah langkah terbaik bagi kerajaan, sila rujuk peguam anda sendiri, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mengatakan bahawa penyelesaian itu adalah penyelesaian yang berhemah.

"DNAA Riza berhati-hati, kata peguam Mohamed Haniff Khatri". Rujuk di sini.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan peguam anda dan anda percaya dia sedang merepek atau berbohong, maka sila pecatnya dari menjadi peguam anda.


2. Dr M: Saya masih mengatakan bahawa itu adalah perjanjian manis (sweetheart deal) di mana anda mencuri AS $ 248 juta dari wang 1MDB dan anda pulangkan kembali hanya AS $ 107.3 juta dan anda menyimpan baki AS $ 140 juta untuk dinikmati.

3. Dr M: Faktanya ialah anda telah mencuri dari 1MDB sebanyak AS $248 juta dan keseluruhan nilainya mestilah dikembalikan. Apa yang anda bayar kepada orang lain adalah tidak relevan.

Najib menjawab 2 dan 3: Seperti yang telah dijelaskan oleh peguam kami, AS $248 juta adalah jumlah keseluruhan yang diterima dari pelbagai pelabur untuk projek filem Riza. Yang mana:

  • AS $ 107 juta telah diselesaikan di sini di Malaysia (perjanjian penyelesaian)
  • AS $ 60 juta diselesaikan dengan DOJ tahun lalu yang kemudiannya wang ini telah dihantar oleh DOJ kembali ke Malaysia. (anda buat-buat lupa tentang ini?). Rujuk di sini.
  • AS $ 120 juta telah dibayar balik kepada pelabur, bersekali dengan faedah dan dividen bagi projek filem ini. Bayaran balik yang dibuat lama dulu ini juga disebut dalam rakaman panggilan telefon antara saya dan Putera Mahkota Abu Dhabi yang telah didedahkan oleh KP SPRM lantikan politik anda kepada orang ramai awal tahun ini. Rujuk di sini.

Transkrip mula:

Najib: Dia telah bayar balik dan dia terus membayar, sehingga ia kelihatan sebagai perjanjian pinjaman yang sah, seperti yang anda sendiri dapat lihat. Kerana ketika dia menerimanya, bank telah mensahkan sumber wang sehingga dia sama sekali tidak tahu dari mana sumber asal wang tersebut.

Oleh itu, saya tidak mahu dia menjadi mangsa ketika dia sama sekali tidak mengetahui sumber wang. Dia benar-benar percaya bahawa wang itu dari Aabar dan di bawah arahan Sheikh Mansour.

Tuanku masih ingat bukan, Tuanku bercakap tentang membantunya ketika dia berada di Abu Dhabi?

Najib: Ya, benar, kerana dia sama sekali tidak bersalah. Dia hanya mahu membikin filem, dan ada tawaran pinjaman dari Sheikh Mansour dan pihak Tuanku dari Aabar, dan juga Tuanku sendiri menyebutnya. Ingat bukan? Ketika kita makan tengah hari di restoran tentang menyokongnya sehingga akhirnya dia fikir semuanya baik-baik saja. Sekarang, mereka cuba menghubungkaitkannya dengan wang 1MDB, yang ... sangat memeranjatkan Riza.

Transkrip tamat.



4. Dr M: Ia seperti mencuri 10 ekor ayam. Anda harus mengembalikan kesemua 10 ekor. Sekiranya anda telah makan 9 ekor ayam atau anda menjualnya kepada seseorang, itu bukan masalah kami. 10 ekor ayam itu mesti dikembalikan kepada pemiliknya. Memulangkan hanya 1 ayam akan tetap membawa maksud bahawa pemilik ayam telah kehilangan 9 ekor ayam yang dicuri oleh pencuri itu.

Najib jawab: Seperti yang telah dijelaskan berkali-kali, kesemua transaksi 1MDB yang mana wangnya dianggap hilang adalah dijamin atau sudah dibayar kepada IPIC milik kerajaan Abu Dhabi.

Adakah anda menafikan bahawa ada perjanjian penyelesaian antara Malaysia dan Abu Dhabi yang ditandatangani pada tahun 2017 di mana IPIC telah bersetuju untuk mengembalikan kesemua wang 1MDB yang dikatakan hilang sebelum 30 Disember 2020? Adakah anda ingin melihat dokumen perjanjian penyelesaian ini? Saya mempunyai salinan dokumen itu yang lengkap bertandatangan dan sudah mula dilaksanakan sepenuhnya jika anda mahu melihatnya. Jika tidak kerana kes mahkamah yang sedang berjalan, saya pasti sudah lama mendedahkannya.

Dan ini adalah perjanjian yang sama yang KERAjaan PH anda tidak mahu hormati dan telah abaikan untuk mendapatkan kembali wang tersebut. Malah KERAjaan PH telah cuba membatalkan perjanjian penyelesaian ini supaya wang 1MDB boleh terus diklasifikasikan sebagai "hilang" dan bukan "dalam proses dikembalikan" mengikut perjanjian tersebut kerana sekiranya tiada wang 1MDB yang hilang bermaksud Najib tidak mencuri.

Adakah anda menafikan perkara ini?