Sunday, June 28, 2020
Kalau bukan kerana Dr M, Anwar masih dipenjara – Khalid Samad
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad menyorot kembali manfaat diperoleh apabila Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) .
Katanya, langkah menerima Mahathir sebagai Perdana Menteri (PM) ketujuh lalu menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak yang pada masa ini menolak Dr Mahathir sebagai calon PM kesembilan agar berpegang pada pesanan pimpinan termasuk Anwar yang mahu PH diperkukuhkan.
“Apabila kita (PH) menang, Tun jadi Perdana Menteri. Antara perkara pertama yang dilakukannya, dia (Mahathir) dapatkan pengampunan bagi Anwar.
“Lalu, bagi pihak yang persoal apa untungnya kerjasama dengan Tun, itu (pengampunan) satu, yang menyebabkan Anwar berada di luar (penjara).
“Kalau tidak, Anwar masih dalam penjara sampai hari ini. Tak selesai lagi tempohnya,” katanya dalam slot Bicara YB Khalid Samad (Siri 62) menerusi Jom Channel FB Live semalam.
Untuk rekod, seminggu selepas PH meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan iaitu pada 16 Mei 2018, Anwar diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong.
Pengampunan penuh tanpa sebarang syarat itu membolehkan Anwar bergiat semula dalam politik.
Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, masing-masing akan mendapat manfaat daripada pendekatan menarik rambut dalam tepung.
“Itu manfaatnya. Kalau dia (Anwar) keluar (penjara) pun, lima tahun tidak boleh terlibat dalam politik. PRU15 pun tidak boleh sebab ada tempoh lima tahun.
“Antara keuntungan terbesar apabila kita berjaya bekerjasama, Tun dapat apa yang dia nak, kita pun dapat apa yang kita mahu,” kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Anwar dibawa ke penjara Sungai Buloh.
Zero sum
Sebaliknya, beliau mengingatkan pendekatan zero sum iaitu keuntungan untuk satu pihak tetapi menyebabkan kerugian untuk pihak lain tidak akan menjadikan Dr Mahathir menyokong PH Plus.
“Masing-masing dapat sebahagian walaupun bukannya semua. Itulah namanya rundingan. Itulah keadaan menang-menang yang kita usahakan.
“Kalau zero sum, aku menang, kau kalah, kalau begitu, bagaimana dia (Dr Mahathir) yang kalah akan bersama kita?
“Kita (PH) pun tidak boleh menang. Kita menang sorak tapi akhirnya negara tergadai,” tegasnya dalam program bertajuk ‘PH dan PH+ : Menarik Rambut dalam Tepung?’ itu.
Justeru, beliau menasihatkan agar semua pihak termasuk penyokong PH tidak berterusan menyerang Dr Mahathir sehingga sampai tahap memecahkan PH Plus bahkan PH sendiri.
“Adakah dengan cara itu pasti Anwar dapat menjadi Perdana Menteri? Tanpa sokongan semua pihak peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adalah lebih sukar.
“Kuncinya kalau nak Tun setuju kita mesti pastikan Tun selesa bersama kita (PH Plus). Kalau dia jadi Menteri Mentor sekali pun, dia rasa kita dengar dan hargai pandangan dia,” jelas Khalid lagi. – Malaysiadateline
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/06/kalau-bukan-kerana-dr-m-anwar-masih-dipenjara.html#ixzz6QiDoVdtF
Dato' Ayob Khan: 'Ada tekong negara jiran 'petik' nama saya'
Harian Metro Ahad 28 Jun 2020 / Kafe Ahad
KETUA Polis Johor DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY adalah 'jenama baru' yang menjadi sebutan dalam kalangan penjenayah, khasnya sindiket penyeludupan migran.
Pada masa sama, sepanjang Ayob Khan meluahkan 'kemarahannya' terhadap kegiatan ini, lebih 20 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa ditahan selepas terbabit menjadi petualang menjual kedaulatan negara kepada sindiket.
Kini, pantai timur Johor hampir bersih daripada kegiatan penyeludupan migran dan Ayob Khan menumpukan pula usaha untuk menjahanamkan kegiatan sindiket serta petualangnya di pantai barat Johor.
Ikuti wawancara beliau bersama wartawan, OMAR AHMAD dan juruvideo, MOHD AZREN JAMALUDIN bagi mengulas isu ini.
Nama Ayob Khan umpama mimpi ngeri buat sindiket penyeludupan migran selain penguat kuasa yang sanggup menjual kedaulatan negara.
Tugas serta amanah setiap anggota serta pegawai polis ialah menguatkuasakan undang-undang dan itu yang saya serta rakan setugas lain lakukan.
Kami akan bertindak terhadap pesalah undang-undang tanpa mengira siapa dia, orang biasa atau anggota sindiket penyeludupan migran.
Yang menganggap nama saya mengerikan atau menakutkan, itu pandangan dan persepsi mereka.
Rekod mendapati lebih 20 penguat kuasa membabitkan PDRM, Jabatan Imigresen, Polis Marin, malah ATM ditahan kerana menjadi petualang sindiket penyeludupan migran. IPK Johor kini dijadikan benchmark dalam usaha menumpaskan sindiket seperti ini.
Untuk rekod, setiap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sudah melancarkan operasi seperti ini namun ia mungkin sedikit berbeza daripada IPK Johor.
IPK Johor melancarkan Operasi Pintas Bersepadu Selatan pada 22 April lalu dan kita adalah perintis kepada operasi penyeludupan migran.
Operasi Pintas Bersepadu Selatan ini turut membabitkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Sementara itu, Op Benteng pula hanya dilancarkan di peringkat Pusat pada 1 Jun lalu.
Kita ada satu format yang mantap dalam menangani isu pendatang asing tanpa izin (Pati).
Saya hendak tegaskan, bagi PDRM Kontinjen Johor, kita ada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad, beliau seorang yang amat berpengalaman.
Md Yusof muncul dengan pendekatan baru untuk kita ambil tindakan ke atas warga asing atau migran ini di bawah jenayah terancang.
Ini kali pertama format ini digunakan, sebelum ini, mereka ditahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom).
Kali ini, disebabkan ia membabitkan sindiket, Bahagian Siasatan Jenayah IPK Johor di bawah seliaan Md Yusof, kumpulan ini ditangkap dan dituduh di bawah jenayah terancang.
Di bawah jenayah terancang ini, kita dapat tangkap semua seperti ketua sindiket, pengurus, tekong laut, tekong darat, penghantar, penjaga rumah penampungan dan anggota agensi penguatkuasaan.
Jadi, bila disiasat di bawah jenayah terancang, kita boleh gunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Sosma ini membolehkan kita menggunakan prosedur mendapatkan ejen, menggunakan saksi terlindung serta membolehkan kita menahan reman mereka selama 28 hari untuk jalankan siasatan.
PDRM Kontinjen Johor adalah perintis dalam konteks menangkap, menyiasat dan menuduh tekong-tekong ini di bawah jenayah terancang.
Model inilah yang digunakan PDRM kontinjen lain.
Alhamdulillah, pasukan yang saya ada adalah pasukan yang mantap di bawah seliaan Md Yusof.
Kita akan teruskan lagi usaha untuk memastikan Johor yang dikatakan sebagai lokasi transit keluar dan masuk Pati dari Indonesia, bersih daripada kegiatan haram ini.
Rekod turut mendapati lebih 150 tekong darat, laut serta ahli sindiket penyeludupan migran sudah ditahan IPK Johor.
Jika dilihat, berdasarkan statistik sejak Op Pintas Selatan dilancarkan April lalu, kita sudah tahan 99 tekong serta 193 migran. Ia jumlah yang besar.
Penyeludupan migran di negeri ini aktif sejak 2016. Untuk rekod, pada 2016, tangkapan berkaitan kes ini ialah 681, 2017 (828), 2018 (276) dan 522 pada 2019.
Berkaitan sindiket pula, rekod menunjukkan, ada 20 sindiket pernah beroperasi pada satu-satu masa, ia jumlah yang besar.
Di pantai timur Johor, kami sudah tumpaskan atau lumpuhkan kira-kira 95 peratus sindiket.
Fokus saya ialah untuk menahan tekong dan bot, ini paling penting.
Jika kita tahan migran, tetapi gagal menahan tekong, penyeludupan ini akan berterusan.
Penahanan tekong serta bot boleh melumpuhkan kegiatan ini. Selepas ini, pantai barat Johor akan jadi tumpuan saya.
Apa yang Datuk dan IPK Johor lakukan pasti mengundang kemarahan sindiket. Datuk risaukan keselamatan diri?
Apabila kita memilih profesion sebagai anggota polis, secara tidak langsung, kita terdedah dengan pelbagai ancaman dan kecaman, tambahan apabila bertindak tegas, pasti ramai yang tidak suka.
Bukan saja penjenayah, malah ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak tertentu tidak suka kerana kita menguatkuasakan undang-undang.
Dalam konteks polis, saya sudah biasa menghadapi ugutan bunuh dan sebagainya.
Semasa saya menjadi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, sejak 1995 hingga ditukarkan ke Johor sebagai Ketua Polis Johor, banyak ugutan bunuh yang saya terima.
Kalau dalam konteks Islamic State (IS), arwah Mohd Wandy, rakyat Malaysia yang berada di Syria dan kini sudah terbunuh, mengarahkan agar elemen IS di Malaysia membunuh saya.
Kumpulan pengganas ini sudah membuat kajian dan risikan berkaitan pergerakan saya seperti jam berapa saya keluar joging, keluar pejabat, balik rumah dan sebagainya.
Memang ada elemen dia untuk membunuh saya, tetapi Alhamdulillah, kita berserah kepada Allah SWT.
Kita buat kerja ikhlas yang lebih bergantung kepada Allah SWT.
Saya juga pernah menerima ugutan bunuh daripada IS Indonesia yang memberi arahan kepada elemen mereka di Malaysia.
Dalam konteks Daish sahaja, kita sudah menahan lebih 500 suspek sejak 2014.
Saya ambil pendekatan untuk mencegah. Ada yang pertikai kenapa saya tangkap mereka yang hanya mempunyai risalah serta sebilah pisau?
Ia sudah jadi kesalahan di bawah kanun keseksaan kerana memiliki dan sebagainya.
Jadi saya tangkap di peringkat awal, yang hendak pergi ke Syria kita tahan. Ada lebih kurang 20 cubaan oleh IS untuk lancarkan serangan namun kami berjaya patahkan.
Kemudian, apabila saya tangkap elemen Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang 12 orang itu termasuk dua Adun, saya turut terima banyak ugutan daripada kumpulan kongsi gelap kerana mereka beranggapan tindakan yang saya ambil bersifat perkauman.
Ini bukan soal perkauman, ini isu keselamatan. Mengapa tidak timbul isu apabila saya tangkap anggota Daish yang terdiri daripada orang Islam.
Mengapa pula timbul isu apabila saya tangkap individu daripada kaum India yang ada kaitan dengan keganasan LTTE?
Ini yang saya tidak suka kerana bagi saya polis menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira batasan kaum, bangsa atau agama.
Terbaru, ada tekong di negara jiran mula 'memetik' nama saya kerana marah operasi mereka sering gagal.
Kerja perlu ikhlas, yang lain serah pada Allah SWT. Itu kuncinya.
Jangan takut, kalau takut, tak payah jadi pemimpin, pergi tukar profesion.
Ramai yang terkejut dengan pembabitan anggota agensi penguatkuasaan yang sepatutnya menjaga kedaulatan negara.
Sebenarnya, isu Pati ini, semua orang tahu berkaitan pembabitan anggota agensi penguatkuasaan. Mungkin ada tindakan diambil, tetapi tidak agresif seperti sekarang.
Penyeludupan migran ini tidak akan berakhir selagi ada pembabitan orang dalam.
Contoh, kita dapat maklumat ada sindiket penyeludupan migran masuk melalui Sungai Rengit, kita kongsi maklumat itu namun orang dalam serahkannya kepada tekong, mereka akan ubah haluan ke lokasi lain seperti ke Bandar Penawar.
Jadi, orang dalam atau elemen dalaman ini yang perlu kita ambil tindakan.
Sudah ramai yang kita tahan membabitkan anggota serta pegawai PDRM, Polis Marin, ATM dan Imigresen.
Isu utama di sini ialah pengkhianatan yang mereka lakukan, kita juga perlu tegas terhadap pengkhianat seperti ini.
Tidak ramai pegawai polis yang seberani Datuk. Itu kenyataan daripada masyarakat yang bangga dengan pencapaian Datuk dan IPK Johor.
Saya pernah dipuji dan dikeji. Dalam PDRM, bukan saya seorang, di Perak, Ketua Polis Perak pun ada tangkap tiga anggota polis di Balai Polis Hutan Melintang yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan migran, tapi mungkin publisiti kurang sikit.
Ada tangkapan di tempat lain namun yang paling banyak di Johor.
Bukan Johor saja yang lakukan operasi seperti ini cuma banyak aktiviti berlaku di negeri ini.
Johor bebas daripada penyeludupan migran, adakah ia misi mustahil atau boleh dicapai?.
Bagi saya, tiada yang mustahil, semua ini boleh dicapai namun ia perlukan komitmen tinggi serta usaha keras berterusan.
Ia bukan komitmen anggota dan pegawai PDRM Kontinjen Johor saja malah semua agensi penguatkuasaan.
Tugas serta amanah ini bukan untuk kepentingan kita saja, bukan kepentingan PDRM saja, tetapi untuk kepentingan negara.
"Mustahil Datuk, benda ini sudah berpuluh tahun di Johor, tidak ada seorang pun mengatasi 'dia' Datuk, tak payah buang masa Datuk".
Itu antara ulasan yang saya terima.
Bagaimanapun, saya tidak akan berhenti, jika tidak boleh buat 100 peratus, buat 80 peratus, kalau tidak boleh, buat 70 peratus.
Tapi pastikan ada perubahan. Saya akan pastikan perkara itu dibuat dahulu. Boleh atau tidak, itu perkara lain. Insya-Allah, semuanya akan berjalan lancar.
GEMPAR: Ku Li dedah surat tahun 1987, jika benar Daim boleh didakwa lakukan "insider trading"
Berikut adalah surat yg ditulis oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Hajjah Marinah Yusoff kepada Perdana Menteri pada 14 April 1987.
Ia menceritakan bagaimana syarikat-syarikat yang ditubuh oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk parti UMNO telah didakwa dimanipulasi dengan cara "insider trading" oleh Daim Zainuddin sehingga mengalami kerugian.
(insider trading = merujuk kepada urusniaga yang berlaku apabila seseorang melalui kedudukannya atau pun melalui orang lain yang memiliki maklumat dalaman untuk melakukan urusniaga bagi mendatangkan keuntungan.)
Untuk makluman, kesalahan melakukan "insider trading" ini boleh didakwa di bawah seksyen 188 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), membawa hukuman mandatori penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.
Berikut adalah surat yang didedahkan oleh Tengku Razaleigh di Facebook beliau:
YAB Dato 'Seri Mahathir Mohamed,
Presiden UMNO Malaysia,
Ibu Pejabat UMNO
Tingkat 38, Menara Dato 'Onn,
Jalan Tun Ismail,
Kuala Lumpur
Dato 'Seri
FLEET HOLDINGS SDN BHD
Bagi pihak ahli-ahli UMNO yang telah memilih saya ke Majlis Tertinggi UMNO, izinkan saya menyampaikan kepada anda beberapa perkara mengenai Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh UMNO bernama FLEET HOLDINGS SND BHD. Oleh kerana saya tidak berjaya menemui anda walaupun saya telah mencuba beberapa kali sejak November 1986, saya terpaksa berkomunikasi melalui surat.
Beberapa tahun yang lalu saya dilantik bersama dengan YB Dato 'Rais Yatim dalam Jawatankuasa Aset UMNO. Kami dilantik untuk menyiasat dan menyenaraikan semua Aset UMNO. Beberapa soalan dikemukakan kepada anda yang hingga kini belum mendapat jawapan.
Fleet Holdings Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1972 oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Bendahari UMNO atas arahan Tun Abdul Razak (almarhum). Syarikat ini ditubuhkan dan dimulakan dengan wang Tengku Razaleigh sendiri dan ditadbir dengan baik dan bijak. Tujuan asalnya adalah untuk mengambil alih kawalan surat khabar tempatan yang dikendalikan oleh orang asing baik dari segi pengurusan dan modal. Fleet Holdings diarahkan untuk mengawal Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd menjadi kumpulan akhbar utama terbesar di negara ini.
Fleet Holdings mula bergerak maju, mengendalikan dan mengambil alih Straits Times Press (M) Group dan menyebar ke bidang perbankan, insurans, penyewaan, penyewaan kereta, komunikasi, penggambaran dan lain-lain.
Semasa YBM Tengku Razaleigh menyerahkan kawalan Fleet Holdings Sdn Bhd kepada YB Encik Daim Zainuddin pada tahun 1983 nilai harta tanah dan saham dalam Fleet Holdings berjumlah lebih daripada $ 500 juta dengan hutang hanya $ 56 juta. Tetapi hari ini hutang Fleet Holdings dan anak syarikatnya melebihi $ 448 juta. Kami diberitahu hari ini bahawa ia tidak dapat memenuhi faedahnya $ 3 juta sebulan. Kemungkinan besar hutang besar itu tidak dapat dilunaskan. Kami ahli-ahli UMNO memandang serius bahawa Syarikat-syarikat ini akan dikendalikan oleh kepentingan asing akhirnya.
Seperti yang anda sedia maklum Straits Times Press (M) Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan Singapura dan pada tahun 1974 namanya ditukar menjadi New Straits Times Press (M) Bhd. Fleet Holdings membayar $ 32 juta untuk mengawal 80 sen Straits Times Press (M) Bhd dengan pinjaman dari Bank Bumiputra. Selepas itu Fleet Holdings menjual 25 peratus sahamnya untuk membayar sebahagian hutang.
Selain Fleet Communications, semua anak syarikat Fleet Holdings menunjukkan keuntungan. New Straits Times Bhd menunjukkan keuntungan RM43 juta dari modal berbayar $ 21 juta pada tahun 1983. Semasa Encik Daim dan rakan-rakannya mengambil alih pada awal 1983 mereka mengubah gaya minat perniagaan. Mereka menutup dan menjual beberapa syarikat sambil membeli beberapa syarikat lain termasuk yang berkaitan dengan YB Encik Daim sendiri.
1. FABER MERLIN
Kami mempunyai keraguan terhadap pembelian saham Faber Merlin dengan harga tinggi. Untuk memudahkan pembelian ini, sebilangan saham NST ditarik balik dari Bank Bumiputra dan dicaj semula ke Malayan Banking dan Overseas Union Bank. Sebilangan lagi saham NST dikenakan kepada Malayan Banking untuk mendapatkan pinjaman sebanyak $ 90 juta.
Pembelian saham Faber Merlin dibuat melalui firma broker Rashid Hussain di Kuala Lumpur, Thong dan Oh di Pulau Pinang dan Kay Hin Securities di Singapura atas nama Citivest Sdn Bhd. Kami telah dimaklumkan bahawa saham yang dibeli oleh Fleet Holdings Sdn Bhd adalah saham yang dimiliki oleh YB Encik Daim dan rakan-rakannya. YB Encik Daim dan rakan-rakannya secara peribadi memaklumkan bahawa harga jualan kepada Fleet Holdings Sdn Bhd adalah $ 3.00 sesaham. Hasilnya ialah YB Encik Daim dan rakan-rakannya memperoleh keuntungan tidak kurang dari $ 50 juta.
Perincian penjualan saham ini boleh didapati dari syarikat yang dinyatakan di atas. Kredibiliti salah satu broker di atas menjadi dipersoalkan apabila salah satu rakan kongsi Kay Hin Securities, Mr Peh, pasportnya dirampas oleh Pemerintah Singapura.
2. TAMAN BUKIT MALURI
Setelah Fleet Holdings menguasai Faber Merlin, YB Encik Daim dan rakan-rakannya mengarahkan Faber Merlin untuk membeli tanah milik Bukit Maluri Sdn Bhd dengan harga $ 86 juta. Sebelum itu Encik Daim telah membeli tanah ini dari Syarikat Permodalan Kebangsaan (SPK) dengan harga $ 16 juta. Ini bermaksud bahawa YB Encik Daim dan rakan-rakannya memperoleh keuntungan tidak kurang dari $ 70 juta.
3. DAZA SDN BHD
Satu lagi kerugian bagi kami adalah hasil rundingan YB Mr Daim dan rakan-rakannya dengan Straits Times Singapore untuk pembelian 25 peratus New Straits Times. Dia membeli saham ini bukan untuk Fleet tetapi untuk dirinya sendiri dan rakan-rakannya, melalui syarikatnya yang bernama DAZA Sdn Bhd dengan pinjaman $ 58 juta dari Union Bank of Switzerland. Selepas itu YB Encik Daim mengarahkan Faber Merlin untuk membeli saham tersebut dengan harga $ 136 juta. Oleh itu, YB Encik Daim dan rakan-rakannya memperoleh keuntungan sebanyak $ 80 juta. Malangnya Faber Merlin hanya mampu membayar $ 34 juta sebagai deposit.
Oleh kerana harga yang ditetapkan oleh YB Encik Daim dan rakan-rakannya terlalu tinggi dan tidak wajar Faber Merlin gagal mendapatkan dana yang mencukupi untuk membayar baki. Akibatnya Faber Merlin diberikan 5 peratus saham dan baki l20 peratus kekal di Daza Sdn Bhd. Jelas bahawa penjualan hanya 5 peratus saham New Straits Times Press kepada Faber Merlin tidak mencukupi. untuk membayar pinjaman $ 57 juta dari Union Bank of Switzerland yang diberikan kepada Daza Sdn Bhd.
Untuk mengatasi masalah Daza Sdn Bhd dan YB Encik Daim dan rakan-rakannya, Fleet Holdings terpaksa membeli Daza Sdn Bhd dengan harga $ 1 juta. Pada pandangan pertama harganya murah, tetapi sebenarnya dengan pembelian Fleet Holdings terpaksa menanggung hutang Daza Sdn Bhd berjumlah $ 120 juta.
4. PROJEK PERSATUAN BHD
YB Encik Daim dan rakan-rakannya berjaya menjual United Estates Project Berhad kepada Sime Darby. Sebelum syarikat ini diambil alih oleh Sime Darby YB bersama rakan-rakannya mengarahkan Faber Merlin untuk membeli Subang View Hotel dengan harga $ 56 juta dan ia dibayar dengan pertukaran $ 36 juta saham Faber Merlin bernilai $ 1.60 setiap satu. Kos pembinaan Hotel hanya $ 26 juta. Ini bermaksud Encik Daim dan rakan-rakannya memperoleh keuntungan tidak kurang dari $ 30 juta.
Pendapatan Fleet Holdings adalah dari dividen anak syarikatnya. Oleh kerana semua anak syarikat, selain New Straits Times, mengalami kerugian, pendapatan mereka terjejas. Fleet Holdings gagal membayar balik pinjaman yang diambil dari Malayan Banking, Overseas Union Bank dan Bank Bumiputra. Daza Sdn Bhd juga gagal membayar faedah dan pinjaman pokok dari Union Bank of Switzerland (UBS). Hasilnya, Overseas Union Bank dan Malayan Banking Berhad adalah institusi yang benar-benar menguasai saham New Straits Times (M) Bhd dan anak syarikatnya termasuk TV3 hari ini.
Apakah hasil tindakan YB Encik Daim dan rakan-rakannya terhadap nasib syarikat milik UMNO, iaitu Fleet Holdings? Dianggarkan bahawa Encik Daim dan rakan-rakannya memperoleh keuntungan bersih lebih dari $ 200 juta dari manipulasi dan transaksi ini. Malangnya Fleet Holdings dan Faber Merlin menghadapi kerugian besar. Tidak ada cara lain untuk Fleet Holdings untuk mengurangkan hutangnya kecuali menjual sebahagian daripada saham NSTnya. Kini saham Fleet Holdings di NST hanya 50.3 peratus daripada 55 peratus yang dimiliki sebelumnya.
5. TV3
Baru-baru ini, seperti yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri, New Straits Times telah diarahkan untuk membeli saham Malaysian Television Sistem Berhad yang dipegang oleh Utusan, Fleet Group dan Syed Kechik Holdings dengan harga $ 77 juta. Tidak cukup dengan pembelian ini, New Straits Times telah diarahkan untuk membeli saham Bank of Commerce dan American Malayan Insurance yang dimiliki oleh Fleet Holdings. Untuk memudahkan pembelian saham New Straits Times telah meminjam dari bank tempatan. Sepanjang kewujudannya New Straits Times tidak pernah meminjam. Hasil daripada pinjaman dan pengurangan keuntungan ini selama tiga tahun terakhir, kami bimbang New Straits Times akan menghadapi nasib yang sama seperti Fleet Holdings.
Bersama dengan surat ini saya melampirkan senarai hutang Fleet Holdings Group untuk pertimbangan anda.
Jelas bahawa bank-bank yang memegang saham New Straits Times yang dikenakan sebagai jaminan untuk pinjaman yang disenaraikan di atas, dapat dengan segera mengambil alih kawalan Kumpulan New Straits Times Malaysia Berhad dan UMNO akan kehilangan pegangan terhadap syarikat-syarikat di atas.
6. DAAN DAN DANI
Kami juga ingin menyatakan di sini bahawa Daan dan Dani (syarikat milik YB Mr Daim) juga memiliki 2.5 juta saham di TV3. Sekiranya ini berlaku apabila TV3 seharusnya dimiliki oleh UMNO melalui Fleet Holdings dan bukan oleh individu?
Dengan betul YAB Dato Seri harus mengambil tindakan segera dan tegas sebelum menjadi lebih teruk. Malangnya anda telah cuba menyembunyikan perkara ini dengan mengatakan bahawa ia adalah "rahsia". Sekali lagi kita ulangi, sekiranya YAB Dato 'Seri tidak mengambil tindakan segera dan tegas untuk membetulkan perkara tersebut, kemungkinan besar Fleet Holdings Sdn Bhd dan anak syarikatnya akan dimiliki oleh kuasa asing. Ini bertentangan dengan dasar UMNO.
Dengan penuh kerendahan hati, kami meminta tindakan segera, positif dan bermakna diambil agar imej UMNO dan kepentingan bangsa Melayu tidak dijadikan barang dagangan oleh keperibadian tertentu dalam UMNO.
Salam.
Yang ikhlas,
Hajjah Marina Yusoff
Catatan: Angka $ dalam surat ini merujuk kepada dolar Malaysia.
(Marina Yusoff pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO dari 1972 hingga 1974, dan kemudian meletak jawatan dari parti UMNO pada tahun 1989 ekoran pengharaman UMNO. Kemudian beliau menjadi Naib Presiden Parti Semangat 46. Pada 1993 beliau menyertai UMNO semula.)
Kantoi: Mahathir tak sengaja dedah bagaimana PH menang PRU14 dengan guna "Big Data"
Dikala anak-anak buahnya dari Armada Bersatu terpalit dengan skandal rasuah, bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad telah mendedahkan mengenai penggunaan data maklumat (big data) dalam politik dan pilihanraya.
"Di zaman informasi ini maklumat boleh diputar sehingga yang buruk menjadi baik dan sebaliknya. Kebanyakan kita belum faham kegunaan big data – atau maklumat yang amat luas dan terperinci."
"Tetapi sudah ada perusahaan besar dalam bidang ini. Di antaranya ialah Cambridge Analytica yang memberi khidmat analisa maklumat untuk tujuan tertentu."ujar Mahathir.
Menurut rekod, di Malaysia juga syarikat INVOKE yang diasaskan oleh saudara Rafizi Ramli dari Pakatan Harapan juga menggunakan modus operandi yang seakan-akan sama iaitu dengan mengumpul data pengundi ketika sebelum PRU14 lalu.
Mungkin ramai masih ingat ketika PRU14 lalu Pakatan Harapan banyak menggunakan pelbagai platform media sosial untuk menyebarkan video propaganda mereka kepada golongan sasaran seperti lakonan Mahathir dengan cucu, dan juga ceramah terakhir beliau pada malam sebelum PRU14.
"Melalui pengumpulan data yang menyeluruh berkenaan individu dalam sesuatu masyarakat, maka pihak pakar analisa boleh kenal pasti sifat berkenaan apa yang disukai dan tidak disukai oleh individu berkenaan dan seterusnya oleh masyarakat. "
"Dengan pengetahuan ini cara mempengaruhi fikiran majoriti anggota boleh ditentukan. Maklumat ini berguna umpamanya untuk mempromosi barang jualan oleh pengusaha dan peniaga. "
"Demikianlah jayanya proses ini sehingga pelanggan membeli sesuatu yang tidak dikehendaki olehnya, semata-mata kerana dipengaruhi oleh iklan yang faham sifat pembeli."
Menurut Mahathir analisa big data ini amat berguna dalam politik kerana ia dapat menguasai fikiran pengundi. Ini dapat dilihat dari kejayaan Pakatan Harapan pada PRU14 lalu dengan mempengaruhi rakyat untuk mempercayai janji-janji manifesto mereka.
"Big data ini juga berguna dalam bidang politik. Analisa big data oleh pakar akan kenal pasti apa yang boleh menguasai pemikiran pengundi umpamanya. Dengan pengetahuan ini maka kempen boleh diadakan supaya pengundi terpikat dan menyokong."
"Pada masa lampau ini kita sering lihat calon yang buruk mendapat sokongan dan kemenangan. Kempen yang diasaskan kepada kajian big data boleh menjadikan seorang penyangak dimuliakan dan disokong."
Menurut Mahathir, penggunaan big data ini mampu memukau rakyat dan melupakan keburukan ahli politik sehingga boleh membuatkan rakyat lupa segala keburukan dan kesalahan pemimpin politik itu.
Ini dapat dilihat apabila orang Melayu dapat menerima dan mempercayai parti DAP yang selama ini anti kepada perjuangan hak orang Melayu. Begitu juga rakyat melupakan dosa Anwar Ibrahim yang terbukti dan telah dipenjarakan akibat meliwat setelah dipukau dengan janji-janji manis.
"Orang ramai boleh lupakan keburukan seseorang dan menjadinya hero yang didewa-dewakan."
"Orang Melayu dahulu bercakap dengan “pukau”. Apabila kita dapati seseorang itu melakukan sesuatu yang bukan normal tanpa segan silu kerana terpengaruh oleh kuasa yang tidak dikenali, maka kita anggap ia telah kena pukau."
"Di zaman ini “pukau” dilakukan dengan mengetahui sifat-sifat yang ada pada seseorang atau sesuatu kumpulan sehingga mereka melaku perbuatan yang luar biasa."
"Pukau moden ini berasas kepada sains dan psikologi. Maklumat terperinci dan menyeluruh (big data) berkenaan seseorang atau sesuatu kumpulan boleh didapati dari segala kegemaran memakan, membeli-belah, jenis hiburan, sukan, pelancongan dan lain-lain."
"Data yang didapati boleh dianalisa dengan komputer dan peribadi ditentukan. Dari data ini, strategi boleh dibentuk untuk mencapai matlamat."
"Kos oleh pakar analisa tetap tinggi. Hanya mereka yang kaya raya sahaja yang boleh upah."
"Tetapi bagi mereka yang berkepentingan dan berduit, mendapat khidmat pakar analisa big data tetap berbaloi. Fikirkanlah melalui cara ini pencuri boleh jadi hero yang didewa-dewakan."ujar Mahathir seperti menyindir dirinya sendiri.
sumber: FB Tun Dr Mahathir
Senarai lima pemimpin Armada yang ditahan SPRM
Seramai lima orang pemimpin Armada telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan mengenai wang tunai bernilai ratusan ribu yang didakwa milik parti Bersatu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Pemuda Bersatu (Armada) semalam.
Menurut laporan The Star, wang tersebut dipercayai milik parti itu.
Antara yang ditahan adalah:
1- Rafiq Hakim Razali, Bendahari Armada
2- Adam Mukhriz, pembantu kepada Tun Mahathir
3- Hannan Khairy, Exco Armada
4- Redzuan Shafi, penolong setiausaha Armada
5- Danie Khusairi, ketua Armada Setiawangsa.
Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dipetik sebagai berkata, seramai dua ahli Armada disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.
"Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.
"Para pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi," katanya.
Laporan itu menambah SPRM juga merampas sebuah kereta berharga RM100,000 milik pihak ketiga yang dipercayai telah dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan.
SPRM menolak dakwaan bahawa siasatan berkenaan bermotifkan politik dan menegaskan suruhanjaya itu hanya menyiasat aduan yang dibuat Syed Saddiq berhubung kehilangan wangnya pada Mac lalu.
PH berada di hujung tanduk, 30 kerusi Parlimen akan lebur
Sekiranya Parlimen di bubarkan, kira-kira 30 kerusi Parlimen Pakatan Harapan PH lagi akan ditawan oleh UMNO-PAS dan juga gabungan di dalam Muafakat Naisonal seperti MIC, MCA dan lain-lain.
Ini berdasarkan rekod sokongan undi ketika PRU14 lalu di mana pada masa itu PAS dan UMNO masih lagi belum bergabung dalam Muafakat Nasional.
Antara kerusi-kerusi Parlimen PH yang akan hilang adalah seperti berikut:
1. Kangar
Ph 20,909
BN + PAS = 23,771
2. Jerlun
Ph 18,695
BN + PAS = 25,242
3. Kubang Pasu
Ph 29,984
BN + PAS = 30,350
4. Pokok Sena
Ph 28,959
BN + PAS = 41,791
5. Kuala Kedah
Ph 36,624
*lBN + PAS = 36,624
6. Merbok
Ph 30,902
BN + PAS = 40,448
7. Sungai Petani
Ph 45,532
BN + PAS = 46,723
8. Padang Serai
Ph 31,724
BN + PAS = 38,360
9. Kulim Bandar Baharu
Ph 23,159
BN + PAS = 31,184
10. Parit Buntar
Ph 16,753
BN + PAS = 25,967
11. Tambun
Ph 38,661
BN + PAS = 48,289
12. Lumut
Ph 21,955
BN + PAS = 31,690
13. Tanjung Malim
Ph 24672
BN + PAS = 29,625
14. Raub
Ph 20,659
BN + PAS = 25,366
15. Indera Mahkota
Ph 28,578
BN + PAS = 35,143
16. Kuantan
Ph 22,807
BN + PAS = 28,363
17. Temerloh
Ph 23,998
BN + PAS = 36,828
18. Bentong
Ph 25,716
BN + PAS = 29,390
19. Sungai Besar
Ph 17,350
BN + PAS = 23,856
20. Hulu Selangor
Ph 40,783
BN + PAS = 44,012
21. Kuala Selangor
Ph 29,842
BN + PAS = 29,879
22. Kapar
Ph 47,731
BN + PAS = 57,837
23. Kuala Langat
Ph 43,239
BN + PAS = 44,858
24. Titiwangsa
Ph 23,840
BN + PAS = 26,546
25. Kuala Pilah
Ph 18,045
BN + PAS = 22,192
26. Tampin
Ph 22,435
BN + PAS = 26,031
27. Tangga Batu
Ph 32,420
BN + PAS = 36,722
28. Sri Gading
Ph 21,511
BN + PAS = 22,771
29. Tanjung Piai
Ph 21,255
BN + PAS = 23,693
30. Putatan
Ph 14,106
BN + PAS = 14,201
Jika dicampur jumlah kerusi
BN 79 + PAS 18 + 30 = 127 Kerusi Parlimen
Kalau + GPS 19 + bersatu 18 = 164
APABILA PAS + UMNO => PH PASTI TUMBANG !!!
Curilah banyak mana pun ahli Parlimen, PH hanya ada 2 pilihan sahaja -Najib
June 04, 2020 - Najib Razak, Politik
Hari ini penyokong Pakatan Harapan bersorak gembira setelah mendapat tahu mengenai berita Timbalan Menteri Kerja Raya mengumumkan untuk meletakkan jawatan.
Tetapi kegembiraan mereka terbantut setelah menyedari ia hanyalah kegembiraan sementara kerana apa yang diulaskan oleh bekas Perdana Menteri DS Najib Razak mempunyai kebenarannya jika PH berjaya "mencuri" seberapa banyak ahli parlimen Perikatan Nasional..
ULASAN NAJIB:
Saya percaya emosi penyokong Pakatan Harapan PH semasa membaca surat Timbalan Menteri Kerja Raya yang letak jawatan ini seperti penyokong Christiano Ronaldo CR7 melihat pengadil menghadiahkan sepakan penalti kemenangan pada minit akhir tetapi Ronaldo sepak terkena tiang pulak.
Sebab itu, ramai rakyat telah muak dengan drama perebutan kuasa PH setiap hari pada masa krisis Covid ini.
Penyelesaiannya cuma ini:
Pertama: PH keluarkan sekurang-kurangnya 112 Akuan Bersumpah (SD) ahli parlimen untuk tumbangkan kerajaan PN dan menghadapi risiko parlimen mungkin dibubar serta-merta supaya kestabilan kerajaan dapat dipulihkan.
ataupun
Kedua: PH tunggu sehingga PRU15 untuk bertanding dan menang.
Hari ini, kerajaan umum 277 kes Covid baru (walaupun majoriti adalah bukan warganegara) pada masa imbangan perdagangan antarabangsa untuk bulan April 2020 kita diumukan telah jatuh menjadi negatif (defisit) buat kali pertama sejak tahun 1997 setelah negara mencatat lebihan (surplus) selama 269 bulan berturut-turut.
Cabaran krisis Covid dan ekonomi yang dihadapi negara masih sangat merisaukan.
sumber: FB Najib Razak
Mahathir lucu, cuba melaga-lagakan Shafie dan Anwar -Bung
June 28, 2020 - Bung Moktar Radin, Politik
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin menyifatkan pencalonan Mohd Shafie Apdal sebagai perdana menteri sebagai cubaan menjatuhkan ketua menteri Sabah oleh Dr Mahathir Mohamad
Beliau berkata, selain "melucukan" cadangan bekas perdana menteri itu juga kata Bung Moktar dilihat cuba melagakan Shafie dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.
"Mahathir sedang berusaha menjatuhkan Shafie dengan melaga-lagakannya dengan Anwar. Ini cubaan untuk mengelirukan orang ramai.
"Ia sesuatu cadangan yang amat melucukan, saya kira ini satu jenaka dengan cubaan melaga-lagakan dua individu ini," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Semalam, Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa pertemuan pada Khamis lalu antara beliau Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta Shafie, dan pemimpin DAP yang lain bersetuju untuk mencalonkan presiden Warisan itu sebagai perdana menteri.
Perkembangan ini hadir ketika PH terus berada dalam kebuntuan berhubung calon perdana menteri dalam usaha mengambil alih semula kerajaan pusat.
Keputusan itu dibuat susulan pendirian PKR yang menolak Mahathir sebagai calon perdana menteri kesembilan dan menegaskan Anwar sebagai calon perdana menteri.
Selepas kenyataan Mahathir, DAP dan Amanah berkata, cadangan untuk mencalonkan Shafie sebagai calon perdana menteri masih perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat Amanah dan DAP serta Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.
Dalam kenyataan bersama, Mohamad dan Lim berkata pertemuan dengan Mahathir pada Khamis lalu merupakan pertemuan tidak rasmi.
Sementara itu Bung Moktar berkata, Mahathir mencalonkan Shafie juga mungkin disebabkan beliau sudah kehilangan sokongan Amanah dan DAP.
"Mungkin Mahathir telah sedar yang beliau kehilangan semua sokongannya dari PKR, DAP dan Amanah dan kini telah beralih kepada Shafie.
"Namun, Shafie juga tidak mendapat sokongan semua parti PH dan oleh itu mustahil baginya untuk dijadikan perdana menteri," katanya lagi.
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing hari ini juga berkata Mahathir cuma bermain politik serta menegaskan penduduk Sabah dan Sarawak tidak akan diperbodohkan dengan cadangan itu.
"Tidak mungkin pengundi Malaysia akan menerimanya. Saya minta Dr Mahathir berhenti bermain politik," katanya seperti dipetik The Star.
-MalaysiaKini
Dr M padam komen Najib, komen hampir 5,000 tinggal 700, ribuan kena blok
Bekas perdana menteri Najib Razak menjawab cabaran Dr Mahathir Mohamad dengan menyenaraikan apa yang menurutnya kontrak kerajaan kepada anak-anak dan kroninya, ketika anggota Parlimen Langkawi itu menjadi perdana menteri.
Tak cukup jawab di Facebooknya sendiri, Najib juga turut "copy paste" jawapannya di bahagian komen di posting Facebook Mahathir.
Komen Najib mendapat ribuan Like dari netizen tapi rata-rata yang like komen tersebut telah di "block" (disekat) oleh admin FB Dr Mahathir.
Yang tinggal hanyalah komen dari penyokong Mahathir. Ribuan netizen yang telah disekat tidak dapat komen dan juga "Like" di posting Dr. Mahathir
Cabaran dari Mahathir
Dalam Facebooknya hari ini, Mahathir menegaskan kritikannya terhadap persetujuan antara pendakwaan dengan Riza dalam kes pengubahan wang haram itu.
"Ia seperti curi 10 ekor ayam. Anda patut pulangkan 10. Jika anda sudah makan sembilan ekor atau jual kepada orang lain, ia tidak diambil kira.
"10 ekor ayam perlu dipulangkan kepada pemiliknya. Beri balik satu masih bermakna pemilik hilang sembilan," kata Mahathir lagi.
Beliau juga mencabar Najib untuk mengemukakan bukti dokumen berkenaan kontrak kerajaan yang diberikan kepada anak-anaknya, seperti bukti dokumen mengaitkan Najib dengan skandal 1MDB.
"Sila jelaskan urusniaga (sweetheart deal) melibatkan kroni PM7 (perdana menteri ketujuh). Adakah Riza yang beli atau anak saya yang beli? Dan siapa kroni (yang dimaksudkan)?" soal Mahathir.
Dalam menjawab cabaran dari Mahathir, Najib antara lain menyasarkan perniagaan dua anak Mahathir, Mirzan dan Mokhzani, serta taikun Vincent Tan.
"Jangan cakap tentang mencuri atau memulangkan kembali ayam. Di bawah anda, seluruh reban diserahkan kepada kroni untuk disembelih," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau merujuk kenyataan Mahathir sebelum ini yang menyifatkan persetujuan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Riza Aziz dalam kes pengubahan wang haram melibatkan dana AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan 1MDB sebagai "curi 11 ekor ayam bagi balik seekor".
Sebagai sebahagian daripada persetujuan itu, Riza perlu menyerahkan aset yang dianggarkan bernilai AS$108 juta (RM416.6 juta).
Najib berkata, bertentangan dengan dakwaan Mahathir bahawa anak-anaknya tidak menjalankan perniagaan di Malaysia sehinggalah peletakan jawatannya sebagai perdana menteri keempat pada 2003, Mirzan membina Konsortium Perkapalan pada tahun 1990-an.
Najib menjawab fitnah di FB Pages Dr M. |
Syarikat konsortium perkapalan milik Mirzan telah di "bailout"
Katanya, konsortium itu akhirnya memerlukan 'bail out' berjumlah AS$220 juta daripada Malaysian International Shipping Corporation (MISC) ketika krisis kewangan 1998 melanda. Pemegang saham terbesar MISC adalah Petronas.
"Bukankah MISC dan Petronas melaporkan kepada anda selaku perdana menteri pada masa itu?" soal Najib.
Mokhzani ada pegangan saham dalam Hospital Pantai Group
Katanya lagi, pada 1997 pula, anak keempat Mahathir iaitu Mokhzani membeli pegangan dalam Hospital Pantai Group daripada Tan untuk menjadi pemegang saham terbesar.
Beliau mendakwa syarikat itu kemudian mendapat konsesi Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) serta kontrak pembekalan untuk hospital kerajaan.
Mokhzani dapat kontrak carigali untuk Petronas
Katanya lagi, syarikat Mokhzani, Kencana Group turut memenangi lesen fabrikasi struktur cari gali di lautan daripada Petronas pada 2002.
Mukhriz dapat kontrak dari Telekom melalui Opcom
Beliau juga berkata syarikat Mukhriz Opcom diberi kontrak RM214 juta daripada Telekom Malaysia menerusi rundingan terus selepas arahan daripada Kementerian Kewangan.
Untuk rekod, Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri keempat pada 31 Oktober 2003 tetapi penganugerahan kontrak itu bertarikh 7 Oktober. Mahathir juga menteri kewangan pada masa itu.
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/06/dr-m-padam-komen-najib-netizen-ribuan-diblok.html#ixzz6Qi5Hb99A
Dr M kantoi lagi dengan Najib, tak sengaja mengaku kontrak anak ketika jadi PM
Tohmahan apa?
Hari itu, PM7 sendiri yang kata dia tak pernah membenarkan anak-anak dia berniaga dalam Malaysia semasa dia PM.
Lalu dia suruh saya beri bukti bahawa anak-anak dia pernah berurusan dengan kerajaan semasa dia PM.
Saya pun beri bukti tetapi page FB PM4/7 asyik padam jawapan saya dan ribuan komen netizens yang bertanya.
Point nombor satu jawapan dari page pro-PM7 sendiri pagi ini pun dah buktikan saya tak fitnah PM7 dan PM7 telah bohong hari itu.
Pada tahun 1992, Mirzan cuma berusia 33 tahun.
Dia beli PNSL Berhad dengan harga RM248 juta masa itu.
Apa nama penuh PNSL?
Perbadanan Nasional Shipping Line - iaitu antara syarikat perkapalan terbesar dalam negara masa itu.
Dia beli dari siapa? PNSL itu milik siapa?
PNSL Bhd milik Perbadanan Nasional.
Perbadanan Nasional merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia
Pemegang saham utama Perbadanan Nasional masa itu adalah Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Bank Bumiputera Malaysia.
Siapa pelanggan-pelanggan servis PNSL Bhd masa itu pula?
Syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Tenaga, POS Malaysia dan pelabuhan-pelabuhan kita.
Mirzan umur 33 tahun beli PNSL Bhd dari syarikat milik penuh kerajaan dengan harga RM248 juta itu maksudnya tak niaga dalam Malaysia dan tak berurusan dengan kerajaan masa dia PM ke?
Dari mana dia dapat atau dari siapa dia pinjam RM248 juta untuk beli masa dia umur 33 tahun?
Lepas itu dijual pulak kepada MISC dengan harga US$220 juta pada tahun 1998 (melebihi RM1 bilion selepas matawang kita menjunam teruk ketika itu).
MISC Berhad itu milik Petronas. Petronas milik siapa?
Itupun dikatakan lagi anak PM7 tak niaga dalam Malaysia dan tak berurusan dengan kerajaan masa dia PM ke?
Posting page pro-PM7 boleh rujuk di sini.
– Najib Razak
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/06/dr-m-tak-sengaja-mengaku-kontrak-anak-ketika-jadi-pm.html#ixzz6Qi4qAprs
Bukan kata ayam, sekali dengan reban ayam Dr M bagi pada kroni masa dia jadi PM, kata Najib
MENJAWAB STEALING CHICKENS
23 June 2020
Oleh: Najib Razak
Terjemahan: Nabeel Naqie
1. Dr M: Najib nampaknya tidak gembira dengan pandangan tersirat saya bahawa pelepasan Riza Aziz adalah salah.
Najib jawab: Ya, saya marah dengan pembohongan berterusan kamu tanpa segan silu. Kamu memilih untuk mengabaikan bahawa penyelesaian itu dimulakan oleh Peguam Negara lantikan kamu (orang yang juga telah mengakui bahawa beliau adalah lantikan politik) semasa kamu masih PM.
Sebagai permulaan, tidak seperti Guan Eng, Riza tidak pernah didakwa atas kesalahan salah guna kuasa, mencuri atau rasuah. Dia didakwa di bawah Akta AMLA kerana menerima dana yang diberi oleh entiti kerajaan asing yang merupakan rakan perniagaan 1MDB.
Riza tidak pernah menerima satu dolar pun dari 1MDB. Sebenarnya, dia sudah jarang berada di Malaysia sejak bertahun-tahun.
Begitu juga, dia juga tidak pernah didakwa atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, kecurian atau rasuah oleh DOJ USA walaupun sebahagian besar pelaburan diterima, digunakan dan dikembalikan berlaku di Amerika.
Tidak ada satu transaksi yang berlaku di Malaysia atau melibatkan bank-bank Malaysia.
Sekiranya anda masih mempunyai keraguan sama ada penyelesaian itu adalah langkah terbaik bagi kerajaan, sila rujuk peguam anda sendiri, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mengatakan bahawa penyelesaian itu adalah penyelesaian yang berhemah.
"DNAA Riza berhati-hati, kata peguam Mohamed Haniff Khatri". Rujuk di sini.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan peguam anda dan anda percaya dia sedang merepek atau berbohong, maka sila pecatnya dari menjadi peguam anda.
2. Dr M: Saya masih mengatakan bahawa itu adalah perjanjian manis (sweetheart deal) di mana anda mencuri AS $ 248 juta dari wang 1MDB dan anda pulangkan kembali hanya AS $ 107.3 juta dan anda menyimpan baki AS $ 140 juta untuk dinikmati.
3. Dr M: Faktanya ialah anda telah mencuri dari 1MDB sebanyak AS $248 juta dan keseluruhan nilainya mestilah dikembalikan. Apa yang anda bayar kepada orang lain adalah tidak relevan.
Najib menjawab 2 dan 3: Seperti yang telah dijelaskan oleh peguam kami, AS $248 juta adalah jumlah keseluruhan yang diterima dari pelbagai pelabur untuk projek filem Riza. Yang mana:
- AS $ 107 juta telah diselesaikan di sini di Malaysia (perjanjian penyelesaian)
- AS $ 60 juta diselesaikan dengan DOJ tahun lalu yang kemudiannya wang ini telah dihantar oleh DOJ kembali ke Malaysia. (anda buat-buat lupa tentang ini?). Rujuk di sini.
- AS $ 120 juta telah dibayar balik kepada pelabur, bersekali dengan faedah dan dividen bagi projek filem ini. Bayaran balik yang dibuat lama dulu ini juga disebut dalam rakaman panggilan telefon antara saya dan Putera Mahkota Abu Dhabi yang telah didedahkan oleh KP SPRM lantikan politik anda kepada orang ramai awal tahun ini. Rujuk di sini.
Transkrip mula:
Najib: Dia telah bayar balik dan dia terus membayar, sehingga ia kelihatan sebagai perjanjian pinjaman yang sah, seperti yang anda sendiri dapat lihat. Kerana ketika dia menerimanya, bank telah mensahkan sumber wang sehingga dia sama sekali tidak tahu dari mana sumber asal wang tersebut.
Oleh itu, saya tidak mahu dia menjadi mangsa ketika dia sama sekali tidak mengetahui sumber wang. Dia benar-benar percaya bahawa wang itu dari Aabar dan di bawah arahan Sheikh Mansour.
Tuanku masih ingat bukan, Tuanku bercakap tentang membantunya ketika dia berada di Abu Dhabi?
Najib: Ya, benar, kerana dia sama sekali tidak bersalah. Dia hanya mahu membikin filem, dan ada tawaran pinjaman dari Sheikh Mansour dan pihak Tuanku dari Aabar, dan juga Tuanku sendiri menyebutnya. Ingat bukan? Ketika kita makan tengah hari di restoran tentang menyokongnya sehingga akhirnya dia fikir semuanya baik-baik saja. Sekarang, mereka cuba menghubungkaitkannya dengan wang 1MDB, yang ... sangat memeranjatkan Riza.
Transkrip tamat.
4. Dr M: Ia seperti mencuri 10 ekor ayam. Anda harus mengembalikan kesemua 10 ekor. Sekiranya anda telah makan 9 ekor ayam atau anda menjualnya kepada seseorang, itu bukan masalah kami. 10 ekor ayam itu mesti dikembalikan kepada pemiliknya. Memulangkan hanya 1 ayam akan tetap membawa maksud bahawa pemilik ayam telah kehilangan 9 ekor ayam yang dicuri oleh pencuri itu.
Najib jawab: Seperti yang telah dijelaskan berkali-kali, kesemua transaksi 1MDB yang mana wangnya dianggap hilang adalah dijamin atau sudah dibayar kepada IPIC milik kerajaan Abu Dhabi.
Adakah anda menafikan bahawa ada perjanjian penyelesaian antara Malaysia dan Abu Dhabi yang ditandatangani pada tahun 2017 di mana IPIC telah bersetuju untuk mengembalikan kesemua wang 1MDB yang dikatakan hilang sebelum 30 Disember 2020? Adakah anda ingin melihat dokumen perjanjian penyelesaian ini? Saya mempunyai salinan dokumen itu yang lengkap bertandatangan dan sudah mula dilaksanakan sepenuhnya jika anda mahu melihatnya. Jika tidak kerana kes mahkamah yang sedang berjalan, saya pasti sudah lama mendedahkannya.
Dan ini adalah perjanjian yang sama yang KERAjaan PH anda tidak mahu hormati dan telah abaikan untuk mendapatkan kembali wang tersebut. Malah KERAjaan PH telah cuba membatalkan perjanjian penyelesaian ini supaya wang 1MDB boleh terus diklasifikasikan sebagai "hilang" dan bukan "dalam proses dikembalikan" mengikut perjanjian tersebut kerana sekiranya tiada wang 1MDB yang hilang bermaksud Najib tidak mencuri.
Adakah anda menafikan perkara ini?
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/06/bukan-kata-ayam-sekali-dgn-reban-dia-bagi-kroni.html#ixzz6Qi4XB8Kf
Afif sah sertai Bersatu tinggalkan PKR
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin membuat keputusan meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu.
Keputusan itu dibuat selepas beliau diletakkan di bangku pembangkang pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, November ini.
Katanya, beliau sudah bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu bagi memaklumkan keputusannya itu.
"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melatakkan saya sebagai pembangkang.
"Jadi, saya akan duduk sebagai wakil rakyat Bersatu di DUN Pulau Pinang," katanya kepada Malaysiakini.
Pada 14 April, PKR menggantung Afif yang juga bekas timbalan ketua pemuda PKR itu sementara menunggu siasatan oleh lembaga disiplin parti.
Keputusan menyiasat Afif dibuat selepas tindakan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersama kumpulannya bertindak keluar parti itu.
Melalui "Langkah Sheraton" Azmin bersama proksinya membentuk menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, Umno, PAS, GPS dan parti dari Sabah.
Afif sememangnya dikenali sebagai salah seorang "orang kuat" kepada Azmin.
Memetik laporan The Star, keputusan itu dibuat boleh membolehkannya berkhidmat dengan baik melalui kerjasa,a dengan kerajaan PN.
Mengulas sama ada gabungan wakil rakyat dan bekas pemimpin PKR menyertai Bersatu akan membentuk parti baru, Afif berkata fokus ketika ini adalah memperkukuhkan PN.
"Isu penubuhan parti baru tidak penting. Yang penting ialah memperkukuhkan PN. Yang penting ialah kerajaan dapat melayani rakyat dengan lebih baik," katanya.
Jumaat lalu Afif turut mengadakan pertemuan dengan beberapa Adun pembangkang sehingga menimbulkan persoalan mengenai landskap politik di Pulau Pinang.
Pertemuan itu membabitkan Adun Penaga dari PAS, Mohd Yusni Mat Piah (PAS), Adun Bertam Bersatu, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim. – Mkini
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/06/afif-sah-sertai-bersatu-tinggalkan-pkr.html#ixzz6Qi4AjBNz
Muktamat, Dr M putus tidak lagi bekerjasama dengan PKR
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan hanya berkerjasama dengan Amanah dan DAP dan tidak lagi menganggotai Pakatan Harapan (PH) Plus, lapor Sin Chew Daily.
Keputusan itu dibuat selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir yang juga merupakan Ahli Parlimen Langkawi itu mengulas sama ada beliau akan bekerjasama dengan Anwar selepas PKR bertegas menolak cadangan menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
Pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya PH Plus berjaya membentuk kerajaan kembali turut disokong oleh Warisan dan ahli parlimen Bersatu yang menyokong beliau.
Dr Mahathir memberitahu beliau akan terus bekerjasama dengan Amanah dan DAP kerana dua parti ini menyedari keperluan mempunyai parti teras Melayu.
Dr Mahathir berkata beliau sanggup keluar daripada PH tetapi akan terus bersama DAP dan Amanah.
“Mereka sudah lama menjadi parti pembangkang. Mereka cuba menang pada 2008 dan 2013 sebelum saya menyertai mereka, tetapi mereka kalah dan tidak boleh menang. Jadi, pada PRU14 saya sertai mereka.
“Mereka tahu mereka perlukan undi Melayu untuk menang, dan mereka fikir saya boleh bawa undi Melayu kerana parti utama ialah parti Melayu dan yang lain parti pelbagai kaum. Melayu tidak akan sokong parti majmuk,” katanya.
PH kini bergolak ekoran keputusan PKR bertegas mahu Anwar menjadi calon perdana menteri manakala DAP dan Amanah pula cenderung menyokong Dr Mahathir.
Alasan yang diberikan oleh DAP dan Amanah ialah hanya Dr Mahathir mampu menarik sokongan ahli parlimen lain manakala Anwar gagal mendapatkannya biarpun telah diberikan masa yang secukupnya. – Astro Awani
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/06/dr-m-putus-tidak-kerjasama-dengan-pkr.html#ixzz6Qi3k9Erx
Dr M terdiam selepas Najib dedah kontrak anak-anak
1. Pertembungan antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr. Mahathir jelas semakin memuncak apabila terkini Datuk Seri Najib mendedahkan satu demi satu kontrak yang diperoleh anak-anak Tun Mahathir sewaktu Tun menjadi Perdana Menteri.
2. Pendedahan pertama Datuk Seri Najib ialah berkenaan Mirzan Mahathir yang membangunkan Konsortium Perkapalan pada tahun 1990-an yang kemudiannya diselamatkan (bail-out) oleh Petronas melalui MISC sewaktu krisis ekonomi pada tahun 1998.
3. Sumber yang dipetik Datuk Seri Najib ialah laporan Wall Street Journal (WSJ) bertajuk “MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir's Son”. Rujuk di sini.
4. Menurut Datuk Seri Najib, pada tahun 1996 Mirzan juga membeli Diperdana Corp daripada adik lelaki Vincent Tan iaitu Danny Tan – hanya dua tahun selepas Danny membeli syarikat tersebut.
5. Datuk Seri Najib merujuk sumber WSJ berikut: “Diperdana Stake Is Sold in Deal Said to Be Tied to Mahathir's Son”. Rujuk di sini.
6. Seterusnya, Datuk Seri Najib mempersoalkan transaksi pada tahun 1997 apabila seorang lagi anak lelaki Tun Mahathir iaitu Mohzani yang menjadi pemegang saham terbesar kumpulan Hospital Pantai selepas membelinya daripada kumpulan Berjaya yang dikawal Vincent Tan. Rujuk di sini.
7. Susulan daripada pembelian tersebut, Datuk Seri Najib menyatakan bahawa konsesi FOMEMA dan juga kontrak bekalan hospital kerajaan telah dianugerahkan kepada kumpulan tersebut ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
8. Pendedahan berikutnya Datuk Seri Najib ialah berkenaan kumpulan Kencana yang ditubuhkan oleh Mokhzani hanya setahun sebelum ia dianugerahkan lesen ‘fabrication’ (Offshore Structures) yang utama daripada PETRONAS pada tahun 2002. Untuk rekod, Kencana Petroleum ialah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen tersebut di Malaysia pada waktu itu. Rujuk di sini.
9. Datuk Seri Najib juga mempersoalkan hakikat bahawa anak-anak Tun Mahathir mendapat manfaat perniagaan sebanyak berbilion dengan Petronas sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan kemudiannya Penasihat Petronas selama 12 tahun sejak 2003.
10. Malah, Datuk Seri Najib turut mempersoalkan tender kontrak secara rundingan terus yang dianugerahkan kepada seorang lagi anak lelaki Tun Mahathir iaitu Mukhriz pada tahun 2003 iaitu Opcom.
11. Syarikat tersebut dianugerahkan kontrak bernilai RM214 juta daripada Telekom Malaysia melalui arahan langsung daripada Kementerian Kewangan (Datuk Seri Najib juga mendedahkan surat tersebut di laman FB beliau).
12. Kontrak ini cukup penting bagi penyenaraian Opcom kemudiannya pada tahun tersebut di mana satu lagi ‘bundle’ telah dibuat.
13. Tidak ketinggalan, Datuk Seri Najib turut mengkritik ketika penggal kedua Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri di mana Pelan Fiber dan Rangkaian Seluruh Negara (NFCP) yang bernilai RM21.6 bilion ialah satu-satunya projek mega yang disegerakan dan diumumkan oleh kerajaan PH dan diluluskan oleh kabinet dalam masa yang singkat. Rujuk di sini.
Anak-anak Tun Mahathir yang kaya dan berjaya. Dari kiri: Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz. |
14. Datuk Seri Najib turut mempersoalkan bahawa saham Opcom yang majoritinya dimiliki dua anak lelaki Tun Mahathir melonjak 50% apabila projek tersebut diumumkan kerana ia adalah merupakan antara pihak yang mendapat manfaat daripadanya:
15. Memetik laporan The Edge Markets: “Opcom rose 18.5 sen or 41.11% to 63.5 sen. Opcom's share price rise could be due to news that the Malaysian Cabinet had today approved the implementation of the National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP). Rujuk di sini.
16. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak sama ada daripada Datuk Seri Najib Razak dan juga Tun Mahathir tentang kontrak yang diperoleh anak-anak lawan masing-masing adalah satu perkembangan yang sihat bagi ketelusan dalam ekonomi politik negara. Akan tetapi, adalah lebih baik sekiranya kedua-dua pemimpin ini berbalas hujah dalam Bahasa Melayu bagi tujuan pemahaman rakyat awam.
17. Semoga ada penjelasan dan jawapan balas yang tuntas daripada Tun Mahathir terhadap setiap satu pendedahan Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/06/dr-m-terdiam-selepas-najib-dedah-kontrak-anak.html#ixzz6Qi3HRS76
Subscribe to:
Posts (Atom)