Tuesday, March 10, 2020
TULISAN Shahrir Samad - Tok Uban
PADA tepat jam 5 ptg semalam saya berada di hadapan peti televisyen untuk mengikuti pengumuman YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, PM ke-8, mengenai senarai menteri2 dan timbalan2 menteri kerajaan barunya.
Yang berbeza adalah konsep menteri2 kanan yang menggantikan seorang timbalan perdana menteri. Kehadiran bukan orang politik dalam jemaah menteri bukan suatu yang baru.
Dulu pun sudah ada. Ada yang akhirnya bertanding juga dalam pilihanraya umum kerana tempoh sebagai senator telah mencukupi. Ada juga yang hanya berkhidmat setakat tempoh kedudukan sebagai ahli dewan negara.
Tapi sungguh besar kerajaan Tan Sri Muhyiddin! Mungkin kerana perlu memenuhi kehendak empat buah parti - PPBM (termasuk kumpulan Azmin Ali), BN, PAS dan GPS. Ini juga satu ciri yang ketara.
Suatu lagi perkara yang menarik ialah, pertamanya, TS Muhyiddin menegaskan kesemua yang dilantik telah disaring olih SPRM dan PDRM dan didapati bersih dari sebarang kes rasuah dan jenayah.
Walau tidak disebut secara jelas, saya agak mereka juga bersih dari segi pengubahan wang haram bawah AMLA, iaitu suatu kepakaran terkini SPRM.
Selain dari pengistiharan integriti anggota kerajaannya, TS Muhyiddin turut melafazkan Ayat 26 dari Surah al-Qasas yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja itu ialah yang KUAT (berkemampuan) dan AMANAH."
Alhamdulillah, anggota kerajaan TS Muhyiddin diistihar berintegriti olih SPRM dan PDRM dan menepati kehendak bersifat KUAT dan AMANAH seperti firman Allah SWT.
Setinggi tahniah kepada anggota kerajaan baru dan semoga selamat bertugas!
Lebih-lebih lagi apabila diumumkan juga nama Datuk Mas Ermieyati sebagai seorang timbalan menteri. Saya pernah mencabar integriti Latheefah Koya apabila Mas Ermieyati tidak turut dikenakan tindakan kompaun olih SPRM sedangkan Sarawak Report pernah melaporkan bahawa Ahmad Maslan, saya dan Mas Ermieyati telah menerima duit dari DS Najib.
(Ahmad Maslan menafi terima, telah bersumpah laknat & di mahkamah telah memfail kes agar digugur atas sbb tak pernah terima notis LHDN dll faktor. Permohonan dibuat sebelum bertukar kerajaan)
Latheefah Koya, seperti biasa, bermain "tai-chi" dan berkata hanya mereka yang terima lebih dari RM500,000 dikena tindakan kompaun.
Ini pun tidak betul kerana dalam senarai seramai 80 individu dan entiti, ada pula yang hanya terima RM50,000.
Ada juga Latheefah sebutkan senarai seramai 80 ini bukan muktamad.
Itu semua pada bulan Oktober 2019. Sampai sekarang belum juga dimuktamadkan.
Sekarang Latheefah Koya pun sudah letak jawatan. Dia dah menjadi saksi di mahkamah berikutan pendedahan olihnya rakaman "interception" percakapan talipon beberapa pihak yang mungkin ada kaitan dengan kes 1MDB dan SRC.
Saya teruja kerana Mas Ermieyati telah diistihar "bersih" dari dakwaan Sarawak Report olih SPRM dan PDRM. Turut juga menepati firman Allah SWT.
Tahniah dan alhamdulillah.
Bagi saya dan Ahmad Maslan, kami tetap mahu melalui proses perbicaraan mahkamah untuk membersihkan nama kami.
Inshaa Allah, walaupun ia mungkin merupakan jalan yang panjang, tapi integriti kami itulah kehormatan kami.
Kami pun bukan Lim Guan Eng!
#KamiBukanLimGuanEng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment