Tuesday, March 10, 2020

๐Ÿšฉ10 Fakta Menepis Tuduhan BN PAS ikut Pintu Belakang..


Betul ke BN dan PAS dalang tumbangnya kerajaan PH?

Baca 10 fakta ini dan anda akan faham apa sebenarnya berlaku...

๐Ÿšฉ1. Sejak PH menang PRU14, puak PKR & DAP hari-hari desak Mahathir serah kuasa PM kepada Anwar Ibrahim.

๐Ÿšฉ2. Kerap juga Anwar 'berkunjung' ke pejabat PM Mahathir.

๐Ÿšฉ3. 21 Feb 2020, Mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan bagi membincangkan peralihan kuasa PM Mahathir - Anwar.

๐Ÿšฉ4. Masa sidang media, Mahathir dengan tegas kata, "Tak ada tarikh ditetapkan. Terpulang pada saya." Raut wajah Anwar, Lim Guan Eng juga berubah. Paling ketara air muka Wan Azizah, isteri Anwar. Wajah sedih, marah dan kecewa mereka tidak dapat disembunyikan.

๐Ÿšฉ5. 24 Feb 2020, Mahathir letak jawatan sebagai PM.

๐Ÿšฉ6. Jawatan Menteri-Menteri PH juga gugur serta merta. Dan di sinilah terciptanya.. 'Sejarah, kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah negara Malaysia.'
Kebetulan, Mahathir juga semasa PM ke 4, memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun. 22 + 22 = 44. Angka tak baik bagi kebanyakan orang Cina.

๐Ÿšฉ7. Celah mana pula salah BN & PAS kononnya nak jadi kerajaan menerusi pintu belakang? Rumah PH sudah roboh berkecai, pintu pun tak ada.

๐Ÿšฉ8. Kenapa nak salahkan BN dan PAS pula sedangkan kekalutan ini berpunca daripada PH sendiri yang berebut kuasa?

๐Ÿšฉ9. Perlu ingat, bila keadaan berserabut seperti ini, BN & PAS konsisten memohon perkenan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong supaya Parlimen dibubarkan.

https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/205601427494183/

Kalau nak kata BN PAS kemaruk nak jawatan, korang silap. Mereka tak hadap pun. Tapi bila keadaan dah huru hara sebab kerja PH yang bercakaran, maka BN PAS hanya ikut tertib.

๐Ÿšฉ10. Tapi YDP Agong titah supaya cadangkan nama PM. Jadi BN PAS menurut titah baginda. Ingat, BN & PAS tak reti nak derhaka Raja dan istana. Mereka akur titah dan sebulat suara bersetuju menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Takkan nak calonkan Mahathir (yang dah letak jawatan), Anwar atau Lim Guan Eng pula? Kenapa pertikai BN PAS sokong Muhyiddin? Sedangkan dulu Anwar boleh sokong Mahathir biarpun berpuluh tahun 'dizalimi'?

๐Ÿ”ฐKesimpulannya, BN & PAS sangat mengharapkan Parlimen dibubarkan. Tapi situasi berubah setiap minit. Jadi lebih baik anda marahkan puak dalam PH sendiri dan tanya.....,

๐Ÿงก- Kenapa hari-hari desak Mahathir letak jawatan?

๐Ÿงก- Kenapa Mahathir letak jawatan?

No comments:

Post a Comment