Tuesday, March 10, 2020

Hadi Awang bukan Idola.




Bilakah saya mula mengenali Haji Hadi?
Entah.. terlalu lama. Ketika saya masih berhingus. Masih berseluar pendek mandi sungai dengan sekumpulan anak2 kampung yang lain rasanya. Haji Hadi tidak asing dalam kamus hidup sebahagian family saya. Ketika itu gelaran tuan guru belum begitu tersohor. Gelaran yang ada cuma Haji Hadi.

Ketika Haji Hadi datang ke Langkawi, ketika itu sekitar pertengahan 80an ibu bapa membawa saya mengikuti ceramah beliau pada hening malam di Padang matsirat. Saya masih ingat kami membentangkan tikar di atas pasir berbumbungkan langit malam semata2 untuk melihat sosok Haji Hadi secara dekat. Saya tidak tahu apa yang berlaku.. Cuma apa yang saya masih ingat soalan bapa saya ketika dalam perjalanan pulang,
Adik tengok Haji Hadi tadi?
Saya geleng.
Balas ibu saya, saya tidur dari awal sehingga ceramah selesai!
Lalu berkatalah bapa saya..
Rugi adik tak tengok. Haji Hadi segak orangnya. Alim..

Saya blur..
Dalam minda kecil seorang kanak2 saya tertanya2..
Apa yang hebat sangat Haji Hadi tu...??
Saya macam tak minat!

Maka membesarlah saya dalam environment mesra PAS tetapi tidak ada paksaan dalam membuat keputusan. Ahli keluarga saya terdiri daripada pelbagai warna parti politik. Saya ok dengan pas. Namun pemimpin pas yang melekat di hati saya hanyalah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz. Manakala figura2 lain dalam pas yang saya minati mestilah figura debat tersohor seperti mat sabu, salahuddin ayob dan mahfuz omar.
Bagi saya figura debat itulah Pas. Tanpa mereka pas akan mati.

Haji Hadi???
Saya ulang berkali-kali saya tidak minat. Bagi saya Haji Hadi tidak sesuai berada di barisan depan pimpinan pas. Haji Hadi terlalu keras. Haji Haji tidak ada diplomasi. Haji Hadi tidak ada skill memerintah sebab itu Haji Hadi hilang Terengganu selepas sepenggal! Saya ulang.. saya tidak minat. Nak dengar ceramah haji hadi pun saya tidak minat. Saya lebih suka mendengar ceramah mat sabu! mesti tak kering gusi dibuatnya terutamanya ketika mat sabu menjerit perkataan maha firaun dan bapa perompak!

Sehinggalah berlaku satu "revolusi" parti dalam pas pada tahun 2015. sekumpulan idola hebat yang saya puja keluar meninggalkan pas setelah tewas dalam pemilihan parti ketika itu. Saya hanya memerhati, membaca dan menilai melalui info2 di media sosial. Rasa tidak best mula merajai hati sebab yang keluar itu semua golongan professional/hebat dalam pas. Jika mereka semua keluar siapa yang tinggal dalam pas? Hanya lebai yang bersisa?
Apa yang lebai boleh buat?
Haji hadi lagilah... Skill ke laut!

Ketika kemelut tersebut,
perbincangan di media sosial menjadi kian rancak. Sahabat2 saya terbahagi kepada beberapa kumpulan ketika itu. Ada yang pure biru tua.. ada biru muda. Ada hijau pekat dan ada hijau professional yang kemudian bertukar warna kepada oren.

Lalu seorang sahabat daripada warna oren berkata kepada saya,
kita sama2 akan support golongan professional. Mereka cerdik bukan dungu macam lebai. Lebai tak boleh harap.
Lebai hampehh.

Entah dari mana jawapan itu datang..
Tiba2 saya menjawab..
saya support Tuan Guru Haji Hadi!
Saya pun tidak tahu..
kenapa saya jawab begitu.
Tuan guru bukan idola saya.
Idola saya mat sabu!

Namun bertitik tolak dari situlah..
Saya mula berjinak dengan kuliah dan ceramah tuan guru.
Saya mahu mencari di mana titik kebencian kepada beliau selama ini.
Mengapa sosok ini dikeji pagi dan petang.
Difitnah secukup rasa.
Dipijak, dihenyak namun tetap tidak lunyai.

Namun...
Jujur saya tidak jumpa.
Yang saya jumpa hanyalah ilmu demi ilmu.
Bicara tuan guru adalah bicara ilmu.
Ceramah politik pun berasaskan ilmu.
Bicara beliau adalah keharmonian bersulam sedikit ketegasan.
Kadang2 nampak keras di situ.
Keras pada pendirian.

Maka ketika itu saya mula melihat..
berduyun2 golongan professional baru yang datang menggantikan seranting professional yang telah pergi.
Sehinggakan dalam PRU14 calon Pas yang paling ramai memiliki phd.
Saya mula memahami rentak bicara tuan guru. Nampak keras dan tegas namun penuh diplomasi dan toleransi.
Ada waktu tindakan tuan guru seperti mundur ke belakang.. Kita yang bodoh menjadi geram dan hilang sabar.
Namun rupa2nya mundur ke belakang itu sekadar mengambil lajak untuk menjunam jauh ke depan.
Yang punya mata hati akan terkedu di situ!

Saya cuba menyingkap bicara kesat dari bibir tuan guru. Susah benar tuan guru ingin memetik nama si fulan dan si fulan walaupun dirinya dilanyak cacian pagi petang. Bicara guru tua ini semuanya berlapik. Semuanya berkisar sejarah.. Semuanya berasaskan didikan dan ilmu.
Dan yakinlah saya, kebencian yang disemai pada sosok ini bukanlah berfakta sekadar mendengar cakap2 orang!
Sekadar datang dari hati yang semakin kelam!

Tuan guru dibenci kononnya beliau bapak segala rasis sedangkan sejak berlakunya kemelut politik sejak seminggu dua yang lalu berkali-kali dan kali saya dengar dalam hampir kesemua Interview dengan beliau, tuan guru menekankan kabinet yang bakal dibentuk mesti menjaga masyarakat majmuk!
Masyarakat majmuk yang amat takut kepada figura tua ini, namun di hati beliau tidak lekang memikirkan kalian.
Berbunga2 hati beliau untuk kalian.
Cuma kalian yang tidak mahu menghayati.

Ketika hentaman demi hentaman guru tua ini tamak kuasa, haloba, tunggang agama namun ternyata sebaris nama beliau pun tidak ada dalam barisan kabinet DS muhyiddin yang diumumkan hari ini. Itu doa saya. Saya tidak mahu guru ini berada di dalam kabinet kerana jiwa saya merasakan bukan di situ tempat selayaknya untuk beliau. Biarlah guru tua itu terbang bebas mengepak sayap ilmunya ke seluruh alam.

Wahai tuan guru,
Maafkan kami di atas kesombongan dan kebodohan kami.
Kami menghinamu kerana nafsu tanpa menyedari bahawa bicara dan pandangan ulama itu adalah bicara takwa.
Ilmu yang kamu ada akan terkubur bersama jasadmu jika tidak kami "curinya" dari sekarang.

Terima kasih tuan guru di atas ilmu mu.
Terima kasih di atas bimbinganmu.
Terima kasih juga atas gertakkanmu supaya kami tersedar dari mimpi bahawa akhirat itu negeri abadi.
Terima kasih kerana menjadi sekuat ini.

Buat sang pembenci..
Bencilah partinya.
Bencilah politiknya.
Bencilah kesilapannya kerana beliau bukan maksum.
Tapi hargailah ilmunya.
Tabayyunlah dalam menilai.
Adil lah dalam menghurai.
Jangan melampau dalam mengkeji dan mencela.
Kerana antara kita dan dia ternyata kita bukan siapa2..

Kita tidak perlu menjadi Pas untuk menghargai ilmu tuan guru Haji Hadi Awang.

Salam kasih buat tuan guru.
12.22 malam
10032020

No comments:

Post a Comment