Wednesday, March 18, 2020

TIPS MENYIMPAN PANTRY FOOD EMERGENCY

Lockdown Malaysia



Kalau tiba2 kerajaan mengumumkan langkah berkurung dalam rumah untuk satu tempoh masa yang ditetapkan. Apa tindakan kita. Jangan panik, sebenarnya kita dah banyak hadapi situasi lebih kurang sama macam ni cuma dalam keadaan yang berbeza. Contoh paling dekat masa musim banjir. Ada ramai yang terperangkap didalam rumah sendiri tanpa apa2 bantuan dari pihak luar. hanya survive dengan apa yang ada sehinggalah keadaan selamat untuk keluar mencari bantuan dan stok makanan.

Antara barang dan makanan yang perlu dan penting ada dalam simpanan PANTRY FOOD EMERGENCY adalah seperti makanan kering, dalam tin, makanan yang dijeruk, dan makanan yang boleh disimpan lama. Ini antara senarai yang saya dah list down dan boleh dijadikan sebagai rujukan:

- beras
- tepung
- gula
- garam
- minyak masak
- minyak tanah
- serbuk teh
- biji kopi dan serbuk kopi
- minuman malt coklat
- susu tepung
- biskut
- roti kering
- bijirin makanan
- granola
- oat
- kicap
- sos tomato
- sos cili
- penut butter
- mentega
- bawang2
- ubi ubian
- makanan dalam tin
    - Sardin
    - Tuna dalam tin
    - Buah dalam tin (laici, nenas, peach)
    - Baked bean
    - Jagung dalam tin
    - Kekecang dalam tin
- makanan kering
    - Ikan kering
    - Ikan bilis
    - Sotong kering
    - Keropok kering
    - Bubur segera
    - Buah buahan yang dikeringkan
          - Kurma
          - Kismis
          - Buah tin
          - Aprikot
     - Sayuran yang dikeringkan
     - Herba yang dikeringkan
- makanan yang dijeruk dan telah divakum
    - Ikan pekasam
    - Daging pekasam
    - Serunding
    - Ikan jeruk
    - Daging jeruk
    - Buah jeruk
    - Sayur jeruk
    - Telur masin
    - Tempoyak
    - Checalok
    - Budu
- kekacang kering
    - Kacang hijau
    - Kacang tanah
    - Kacang dhal
    - Kacang soya
    - Kacang kuda
    - Bijan
- mee yang dikeringkan
    - Mee kering
    - Spegetthi
    - Bihun
    - Mee lidi
    - Mee sanggul
    - Yee mee
    - Mee segera
- coklat, choki choki, blok coklat
- energy bar

Barang keperluan tambahan yang patut ada

- Ubat ubatan, vitamin dan suplimen
- makanan tambahan jika perlu
- sabun mandi dan alatan membersihkan diri
- lampin pakai buang
- first aid kit

Semoga bermanfaat. Yang penting jangan panik dan tahu apa keperluan asas setiap individu.

#TERHALANGDARIMENGIMARAHKANMASJID !!


.

Kata seorang penceramah..ambillah keadaan sekarang ini sebagai 1 peringatan daripada Allah..

Ketika mana masjid mengadakan ceramah @ majlis ilmu, kita duduk di rumah tengok TV.

Ketika mana azan berkumandang di masjid seberang jalan, kita buat pekak dan terus bersembang sambil mengetea,

Ketika mana masjid mengadakan solat berjemaah, kita di rumah solat sendirian di hujung waktu.

Ketika mana masjid buat maulid, tahlil dan baca Yassin malam Jumaat, kita kata bidaah..Nabi x buat..

Sekarang Allah x bagi kita datang masjid..

Majlis² ilmu terpaksa ditangguhkan atau diganti dengan live streaming.

Ada tempat dan negeri/negara yang masjidnya dah x boleh solat Jumaat..dah x boleh solat berjemaah,

& dah x ada aktiviti boleh dibuat di masjid² atau surau².

Sekarang kita sedih, kita takut..Kita risau fikirkan Ramadhan,

Akan adakah nanti dolat Terawih ?
Akan adakah nanti solat Raya ?
Akan adakah solat Jumaat minggu ni ?

Padan muka kita..

X payah heran sangat dengan Kaabah yang kosong, sebab masjid berhampiran rumah kita pun selalu kosong juga.

Pesanan utk diri sendiri juga..

KENALI GEJALA INFEKSI COVID-19 DARI HARI KE HARI

Assalamualaikum semua...

Terima kasih kepada semua staff barisan hadapan hospital yang mengambil risiko menghadapi pandemic COVID-19..Kami akan terus di sini utk anda..

Hari ini kami kongsikan sedikit tanda2 awal jangkitan COVID-19..

KENALI GEJALA INFEKSI COVID-19 DARI HARI KE HARI

HARI 1-3
1. Gejalanya hampir sama dengan masuk angin.
2. Sakit kerongkong ringan, sedikit sakit.
3. Tidak demam, tidak lelah. Masih boleh makan dan minum secara normal.

HARI KE-4
1. Sakit kerongkong sedikit, badan terasa mabuk.
2. Mulai suara serak.
3. Suhu badan sekitar 36.5 ⁰C.
4. Mulai gangguan pada selera pemakanan.
5. Sakit kepala ringan.
6. Diarrea atau gangguan percernaan ringan.

HARI KE-5
1. Sakit kerongkong, suara serak.
2. Badan panas ringan. Suhu antara 36.5 -36.7 ⁰C
3. Badan lemah, terasa sakit sendi.

HARI KE-6
1. Mula demam ringan sekitar 37 ⁰C.
2. Batuk dengan lendir atau batuk kering.
3. Sakit kerongkong ketika makan, bercakap atau menelan.
4. Kelelahan, mual.
5. Sesekali sukar bernafas.
6. Jari sakit.
7. Diarrea dan boleh muntah.

HARI KE-7
1. Demam lebih tinggi dari 37.4 – 37.8 ⁰C
2. Batuk lebih banyak dan berkahak.
3. Bisa badan dan sakit kepala.
4. Diarrea yang lebih teruk.
5. Muntah.

HARI KE-8
1. Demam di level 38⁰C atau di atas 38⁰C.
2. Sukar bernafas, setiap kali bernafas dada terasa berat.
3. Batuk yang berterusan.
4. Sakit kepala, sakit sendi dan sakit punggung.

HARI KE-9
1. Gejala tidak berubah tetapi bertambah teruk.
2. Demam semakin teruk.
3. Batuk tidak reda tapi lebih buruk dari sebelumnya.
4. Sukar untuk bernafas dan kena berusaha kuat untuk bernafas.

Pada saat ini, ujian darah dan x-ray paru-paru perlu dilakukan...

Semoga kita bersama pasangan anak² & keluarga sentiasa berada dlm Rahmat pelindung pemeliharaan pertolongan belas ikhsan kasih sayang & redha ALLAH & dihindari dari wabak COVID-19 ini.

#covid19
#pandemic
#prayforall
#healthcare

[MOVEMENT CONTROL ORDER/PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN]



Ramai yang tanya mengenai majlis kenduri kahwin, tahlil dan sebagainya.

Jawapannya TIDAK dibenarkan. Kerana ia adalah suatu perhimpunan sosial.

•Jika ingkar bagaimana?
• Menurut peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 itu dibaca bersama dengan Seksyen 24(a) Akta yang sama menjadikan KEINGKARAN LARANGAN yang akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 3020 adalah satu KESALAHAN JENAYAH.

• Anda boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

CHINA KIBAR BENDERA KEMENANGAN



China berjaya kawal Covid 19. Gambar ini menunjukkan sebuah hospital sementara yang meraikan mereka berjaya mengosongkan dan menghantar pulang pesakit.

Menurut Mi Seng, jurucakap National Health Commission di dalam sidang akhbar di Beijing menyatakan di China situasi telah terkawal. Rabu lepas sahaja hanya 8 kes dilaporkan di luar Wuhan yang mendapat wabak ini.

Malah mereka menghantar 9 orang pakar dan 3 tan bantuan perubatan kepada Itali pada khamis lepas bagi membantu Itali mengatasi wabak ini.

Bagaimana mereka berjaya lakukan?
Saya terbaca tentang perkongsian dari rakyat Malaysia di Chingqing China tentang bagaimana mereka lakukan. Saya ringkaskan ke bahasa Melayu supaya lebih ramai faham.

Menurut beliau bukan hanya Hubei dan Wuhan yang dikurantin malah seluruh China.

Ketika kurantin hanya seorang wakil isi rumah yang dibenarkan keluar untuk mendapat barang keperluan penting setiap 2 ke 3 hari.

Keperluan penting bermaksud hanyalah kedai barangan keperluan, supermarket, farmasi, klinik yang penting sahaja dibuka. Tidak boleh melepak, berjalan tanpa tujuan. Jika berlaku, pihak polis akan menasihatkan mereka balik ke rumah.

Semua orang perlu menyemak suhu sebelum memasuki mana mana bangunan. Kurantin ini berlaku selama 40 hari di sana. Termasuklah tiada sekolah dan ke tempat kerja.

Jika keluar ini yang mereka lakukan.
1. Memakai topeng muka
2. Membawa hand sanitizer bersama mereka
3. Keluar rumah, jika pegang butang lif mereka akan sanitize tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan pegang barangan lain.
4. Tidak memegang muka terutama hidung, mata dan mulut. Jika perlu mereka akan sanitise dahulu dan menggunakan baju bahagian dalam untuk lap.
5. Selepas membeli barang, masukkan barang di dalam kereta dan sanitise tangan.
6. Balik rumah, basuh tangan dengan sabun, tanggalkan mask dan gantung di kawasan berudara untuk dipakai semula.
7.  Tukar baju, basuh baju dengan air suhu 60 celcius dan terus mandi
8. Sanitise barangan dibeli termasuk plastik dan bag pakai semula
9. Sanitise kunci kereta, pemegang pintu, dan handphone.

Mereka di China semua menggunakan e wallet. Jika gunakan duit mereka akan sanitise juga.

Mungkin sedikit sebanyak info di atas dapat memberi panduan kepada kita.

Saya tulis post ini supaya ibu ayah saya juga faham. Kerana mereka yang paling berisiko tinggi adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Sampaikanlah kepada ibu bapa anda supaya kurang keluar rumah. Tak lama sekejap sahaja.

Jadilah orang yang bijak belajar dari pengalaman orang lain. Cepat buat cepat habis wabak ini.

Rujukan : https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/03/13/china-says-its-covid-19-peak-is-over
#covid19 #sharingiscaring

COVID-19 PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG DPPKM KALI KE-36

MEMO

KEPADA :
KETUA PEMUDA,
SETIAUSAHA PEMUDA,
CAWANGAN-CAWANGAN
SELURUH KAWASAN MERBOK

Tuan,
COVID-19 PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG DPPKM KALI KE-36

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk

2. Dukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan DPPKM Kali Ke 36 yang dijadualkan seperti berikut dengan ini DITANGGUHKAN sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak:

Tarikh : 20 Mac 2020 bersamaan 25 Rejab 1441H
Hari : Jumaat
Masa : 7.00 malam
Tempat : Markaz PAS Kawasan Merbok
Pusat Tarbiyah Islamiyah (PUTIM)
Perasmi : Ustaz Hafez Bin Sabri
Pengarah DACS Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Perak

3. Pengguhan ini berikutan arahan daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang berkuatkuasa serta merta.

Sekian, terima kasih.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD SHARWAN BIN AHMAD MAHAMUD
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
 Ya Allah ampuni dosa² kami, pasangan kami, kedua ibu bapa kami, anak² kami, saudara² kami, sahabat² kami, guru² kami, cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan juga di akhirat..
آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرب العالمين..

Kadangkala kita terlupa bahawa jalan yang salah tidak akan membawa kita ke tujuan yang benar.

Satu kesalahan tidak mungkin dibetulkan oleh satu kesalahan yang lain. Berserahlah kepada Allah, jangan kepada manusia. Allah menjadi pembela orang bertaqwa

PUNCA MEREBAK COVID19 BERSKALA BESAR D MALAYSIA



1. KERAJAAN PH TERDAHULU TIDAK MENYEKAT KEMASUKAN WARGA CHINA KE MALAYSIA SEAWAL WABAK INI MEREBAK D CHINA SEDANGKAN SEPATUTNYA PERLU TEGAS DALAM HAL INI DAN BUKAN MENGIKUT TELUNJUK DAP.

2. KERAJAAN PH TIDAK MENYEKAT PERHIMPUNAN TABLIQ BESAR BESARAN D MASJID SRI PETALING. SEPATUTNYA KERAJAAN PH TIDAK MEMBERI PERMIT KEPADA PIHAK PENGANJUR PERHIMPUNAN PADA 27 FEB - 1 MAC SEDANGKAN KETIKA ITU KERAJAAN PH MASIH BERKUASA.

3. KERAJAAN PH JUGA SEWAJIBNYA PERLU BERTEGAS MEMBUAT SARINGAN KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG D LUAR NEGARA KETIKA KEMBALI KE MALAYSIA.

CONTOH:
PESAKIT 136 YANG PULANG DARIPADA KOREA TETAPI TIADA SARINGAN KESIHATAN D BUAT OLEH PIHAK BERKUASA MALAYSIA TERHADAP BELIAU DAN BELIAU PULA TELAH HADIR KE PERHIMPUNAN TABLIQ D SRI PETALING. AKIBATNYA PESAKIT 178 TERKENA JANGKITAN HINGGA MEMBAWA MAUT.
SELAIN ITU RATUSAN LAGI JEMAAH TABLIQ D SRI PETALING TERKENA JANGKITAN DAN MEMBAWA PULANG VIRUS CORONA D KAMPUNG HALAMAN MEREKA UNTUK BERKONGSI VIRUS INI DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT MEREKA.

ITULAH ANTARA SEBAB COVID 19 MEREBAK DENGAN SEKALA BESAR D MALAYSIA

KERAJAAN PH TERDAHULU WAJIB BERTANGGUNGJAWAB

INIKAH HADIAH KERAJAAN PH KEPADA RAKYAT YANG MENGUNDI MEREKA PADA PRU14....

19 mac 2020
Pelajar PHD
SAINS KESIHATAN
IPTA MALAYSIA
MASTER SAINS KESIHATAN
IPTS MALAYSIA

Covid-19 : #JgnPentingkanDiri

Saya nak merayu pada sahabat-sahabat, sebab saya sebagai doktor, terlibat secara langsung dengan Covid-19

Kita bukan takut dengan virus, tetapi tanggungjawab kita jika ada penyakit, kita rawat dan bantu pesakit

Masalah apabila ada rakyat Malaysia yang masih tidak ambil serius, masih bergerak bebas seperti biasa.

Kami dalam fasa menanti, 3rd wave selepas cuti sekolah ini sedangkan resources semakin kurang.

Mask pun dah kurang

Test kit untuk covid pun dah kurang, kami perlu betul-betul pilih siapa yang kami akan screen.

Jika arahan 21 keluar, Malaysia under military, kita semua susah.

Sekarang rakyat Malaysia berpusu2 balik kampung. Nanti virus tersebar satu Malaysia, jika kita dah sampai fasa lockdown, kami semua kena panggil bertugas tak kira houseman ke, Pakar ke, semua kena deploy

Imagine saya yang dah 12 tahun tinggalkan bidang Perubatan, tetap kena rawat kes covid kalau keadaan terdesak

Hari ini sahaja 3 kawan saya doktor kena kuarantin, seorang positif

Bayangkan dalam masa seminggu kalau 20 orang doktor kena kuarantin. Nanti pesakit makin ramai, doktor makin kurang, masa itu dah terlambat.

Please stay at home

#CnP
#TolonglahFahamPerasaanOrgLain
#JgnPentingkanDiri
#SaveMalaysia2020
#Covid_19

Tuesday, March 10, 2020

TULISAN Shahrir Samad - Tok Uban



PADA tepat jam 5 ptg semalam saya berada di hadapan peti televisyen untuk mengikuti pengumuman YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, PM ke-8, mengenai senarai menteri2 dan timbalan2 menteri kerajaan barunya.

Yang berbeza adalah konsep menteri2 kanan yang menggantikan seorang timbalan perdana menteri. Kehadiran bukan orang politik dalam jemaah menteri bukan suatu yang baru.

Dulu pun sudah ada. Ada yang akhirnya bertanding juga dalam pilihanraya umum kerana tempoh sebagai senator telah mencukupi. Ada juga yang hanya berkhidmat setakat tempoh kedudukan sebagai ahli dewan negara.

Tapi sungguh besar kerajaan Tan Sri Muhyiddin! Mungkin kerana perlu memenuhi kehendak empat buah parti - PPBM (termasuk kumpulan Azmin Ali), BN, PAS dan GPS. Ini juga satu ciri yang ketara.

Suatu lagi perkara yang menarik ialah, pertamanya, TS Muhyiddin menegaskan kesemua yang dilantik telah disaring olih SPRM dan PDRM dan didapati bersih dari sebarang kes rasuah dan jenayah.

Walau tidak disebut secara jelas, saya agak mereka juga bersih dari segi pengubahan wang haram bawah AMLA, iaitu suatu kepakaran terkini SPRM.

Selain dari pengistiharan integriti anggota kerajaannya, TS Muhyiddin turut melafazkan Ayat 26 dari Surah al-Qasas yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja itu ialah yang KUAT (berkemampuan) dan AMANAH."

Alhamdulillah, anggota kerajaan TS Muhyiddin diistihar berintegriti olih SPRM dan PDRM dan menepati kehendak bersifat KUAT dan AMANAH seperti firman Allah SWT.

Setinggi tahniah kepada anggota kerajaan baru dan semoga selamat bertugas!

Lebih-lebih lagi apabila diumumkan juga nama Datuk Mas Ermieyati sebagai seorang timbalan menteri. Saya pernah mencabar integriti Latheefah Koya apabila Mas Ermieyati tidak turut dikenakan tindakan kompaun olih SPRM sedangkan Sarawak Report pernah melaporkan bahawa Ahmad Maslan, saya dan Mas Ermieyati telah menerima duit dari DS Najib.

(Ahmad Maslan menafi terima, telah bersumpah laknat & di mahkamah telah memfail kes agar digugur atas sbb tak pernah terima notis LHDN dll faktor. Permohonan dibuat sebelum bertukar kerajaan)

Latheefah Koya, seperti biasa, bermain "tai-chi" dan berkata hanya mereka yang terima lebih dari RM500,000 dikena tindakan kompaun.

Ini pun tidak betul kerana dalam senarai seramai 80 individu dan entiti, ada pula yang hanya terima RM50,000.

Ada juga Latheefah sebutkan senarai seramai 80 ini bukan muktamad.

Itu semua pada bulan Oktober 2019. Sampai sekarang belum juga dimuktamadkan.

Sekarang Latheefah Koya pun sudah letak jawatan. Dia dah menjadi saksi di mahkamah berikutan pendedahan olihnya rakaman "interception" percakapan talipon beberapa pihak yang mungkin ada kaitan dengan kes 1MDB dan SRC.

Saya teruja kerana Mas Ermieyati telah diistihar "bersih" dari dakwaan Sarawak Report olih SPRM dan PDRM. Turut juga menepati firman Allah SWT.

Tahniah dan alhamdulillah.

Bagi saya dan Ahmad Maslan, kami tetap mahu melalui proses perbicaraan mahkamah untuk membersihkan nama kami.

Inshaa Allah, walaupun ia mungkin merupakan jalan yang panjang, tapi integriti kami itulah kehormatan kami.

Kami pun bukan Lim Guan Eng!

#KamiBukanLimGuanEng

SIAPA YB MENTERI ALAM SEKITAR?



BIODATA USTAZ DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Tarikh Lahir :  27 Ogos 1960

Tempat Lahir : Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang

Pendidikan :
1. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Jabatan dan Kepimpinan (UKM)
2. Sarjana Dakwah dan Kepimpinan di UKM.

Profesyen Dahulu :
ADUN Jengka (1999-2004)
Pensyarah Kanan UiTM Jengka Pahang
Pensyarah Kanan UiTM Manjong Perak
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Cliford Kuala Lipis

Pengalaman Di Dalam Parti :
- Timbalan Prasiden PAS
- Naib Presiden PAS
- Ketua Penerangan PAS Pusat
- Pesuruhjaya PAS Pahang

Penglibatan & Sumbangan:
Bekas Penasihat Pusat Pungutan Zakat Pahang
Panel Forum Perdana Ehwal Islam RTM

Renungan MA 63



Apa dia MA63.. Sila buka Google cari maklumat..
Antara matlamat kerajaan PH terutamanya DAP ialah mengiktiraf MA63... Jika diiktiraf ini yg akan berlaku..

1.Islam bukan Agama Rasmi Malaysia

2.YDPA dan Sultan2 tidak diiktiraf

3.Hak istimewa org Melayu automatic terbatal

4.Melayu bukan penduduk asal Malaysia

5.Malaysia menjadi Republik

6.Sesiapa pun boleh menjadi Perdana Menteri

7.Kristian Agama persekutuan

Dan bnyk lagi impaknya.... Klu melayu Islam tk BERSATU... Hanya dalam 2kali PRU... Kita sudah menjadi pendatang di tanah air sendiri... DAP sudah lama buat kajian dan mahir memanipulasikan perlembagaan negara. 4 Negeri awal pembentukan Republik Malaysia ialah P. Pinang.. Melaka.. Sabah.. Sarawak... Sebab tu DAP akan bermati2an mempertahankan P. Pinang buat masa ni...
 Sedarlah kita semua... PKR PAN sentiasa menurut kehendak DAP... Mungkin masa ini...PH tumbang... Tetapi DAP tdk pernah Tidur..... 24 jam mencari Jalan utk mentadbir Malaysia... Allah Pelindung kita...

✔AWAS LAH PENIPUAN DAP INI!!

✔Guan Eng terbit sukuk bernilai RM19.9B melalui SPVnya dan paksa Tabung Haji melanggan sukuk ini dgn bayaran dividend tahunan 2.5% utk tempoh 7 tahun.

✔Kemudian Rm19.9B duit Tabung Haji ini Guan Eng guna utk beli balik aset saham2 Tabung Haji

✔Salah satu aset Tabung Haji ialah saham Malakoff yg dijangka dividend nya melebihi 6% utk tahun 2018.

✔Tabung jual saham yg mampu byr dividend 6% dan terima hanya 2.5% dari sukuk terbitan SPV yg Guan Eng tubuhkan.

✔Sini Tabung Haji dah rugi kurang2 3.5%.

✔Jadi ini seolah menipu Tabung Haji.

✔Dan lebih tak logik .. SPV Guan Eng tubuh guna DUIT Tabung Haji utk membeli aset saham milik Tabung Haji sendiri.

✔Persoalan nya mana datang RM19.9B duit Tabung Haji utk beli sukuk terbitan SVP Guan Eng tu?

✔Jawab nya tiada sesen pun perpindahan duit terlibat.

✔Hanya aset2 saham Tabung Haji saja berpindah milik.

✔MoF sapu keuntungan dari bayaran dividend yg dia terima dan beri kpd Tabung Haji hanya 2.5% saja!

✔Ini satu manipulasi jahat oleh Guan Eng dgn bantuan Tony Pua n Ong Ming Kiang.

✔Dan para pendeposit berhadapan dgn bayaran dividend tahunan yg kemungkinan kurang dari 2.5% setahun.

✔Selepas 7 tahun.. jika PH masih jd kerajaan dan Guan Eng menteri kewangan...
aset2 Tabung Haji akan terlepas ke tangan Kroni2 Cina DAP.

✔AWAS LAH PENIPUAN DAP INI!!

Anggota Kabinet Yang Bersih


Semalam saya dijemput oleh YAB Perdana Menteri TS Muhyiddin Yasin ke rumah beliau. Sebelum ini pun saya biasa ke sana jika beliau menjemput saya makan bersama keluarga beliau atau berbincang hal-hal tertentu. Saya sampai pada masa yang ditetapkan. Kami solat berjemaah terlebih dahulu di ruangan rumah beliau. Isteri beliau juga turut bersama. Beberapa kali saya datang saya dapati beliau sering berjemaah dalam rumah beliau. Beliau juga boleh menjadi imam dengan bacaan yang baik. Mungkin kelebihan itu disebabkan latar keluarga beliau.

Apa yang menggembirakan saya, beliau memaklumkan kepada saya -in sha ALLAH- senarai anggota kabinet beliau nanti mereka yang melepasi tapisan SPRM dan PDRM. Saya juga dimaklumkan oleh mereka yang terlibat menguruskan semalam bahawa beliau meminta setiap yang akan menganggotai cabinet beliau tidak membuat dakwaan palsu tentang sijil yang dimiliki. Setiap orang hendaklah menyatakan sijil pendidikan sebenar yang dia perolehi.

Saya memberitahu beliau, saya percaya jika anggota kabinet terdiri dari kalangan mereka yang bersih dari korupsi dan berkualiti, in sha ALLAH itu adalah hujah yang kuat untuk beliau. Bertawakkallah kepada ALLAH dan sentiasa memohon pertolongan daripadaNYA.

Rakyat inginkan kerajaan yang dianggotai oleh  para menteri yang jujur, cekap, tidak memusuhi perkara-perkara asas dalam negara terutama Islam dan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang memperbodohkan rakyat. Rakyat memerlukan kehidupan yang aman, ekonomi yang baik dan persekitaran yang selesa untuk meneruskan kehidupan.

Saya bersama rakyat yang lain menanti berita baik esok hari. Saya menyokong kerajaan yang baik demi kepentingan agama dan negara. Saya bersama bersama rakyat marhaen yang lain, bersedia menyokong, mendokong dan membantu. Demikian, saya juga bersedia untuk mengkritik kerajaan jika hal sebaliknya berlaku.

DR MAZA

Surat terbuka kepada Salahuddin Ayub

Surat terbuka kepada Salahuddin Ayub
2 Mac 2020

SIAPA KHIANATI PH?
.
Hari ini hanyalah sebahagian dari tempoh-tempoh yang telah ditetapkan Allah. Memang, segala yang berlaku adalah takdir yang tersurat menurut kudrat dan iradat Allah belaka. Kita sudah buat yang terbaik menurut kadar kemampuan kita, tetapi dengan kesilapan sedikit saja maka kita terpaksa menanggung akibat yang sangat besar; kita kehilangan sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat.

Kita gagal mempertahankan mandat dan kepercayaan rakyat. Bukan kerana kita tidak mampu mentadbir sebuah kerajaan, tetapi musabab-musabab kejatuhan kerajaan PH adalah kerana kejahilan dan sikap ego kita sendiri. Setahun ada 365 hari. Selama 364 hari PH gagah dan bertahan dengan gigih, tetapi kesilapan dalam masa 1 hari saja telah benar-benar mengubah jalan sejarah, tiba-tiba PH jadi pembangkang.

Tidak ada istilah rampasan kuasa secara haram. Ini politik. Sekarang bukan masa untuk berhujah menegakkan benang basah apatah lagi memaki-hamun dan mengutuk pihak lain, kerana itu tidak boleh mengubah apa-apa pun. Benda sudah terlambat. Damage has been done.

Tahun 2003 dulu ketika menjadi Perdana Menteri ke-4, Dr Mahathir mengumumkan letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO. Spontan Rafidah Aziz dan Hishamuddin Hussin berlari naik ke pentas, menghalang Dr Mahathir meneruskan ucapan, dan merayu supaya Dr Mahathir jangan resign. Kemudian pemimpin tertinggi UMNO pergi jumpa Dr Mahathir, berbincang dan berlaku pujuk-memujuk, hingga akhirnya setuju untuk menangguhkan perletakan jawatan itu.

Tahun 2020 Tun Mahathir umumkan letak jawatan, pemimpin Amanah terus terduduk dan segera menuduh Tun telah mengkhianati Pakatan Harapan.... Ini kejahilan pertama.

Tidak ada usaha untuk pergi berjumpa Tun dengan kadar segera, jangan kira lain, tujuannya semata-mata untuk pujuk Tun supaya tarik balik keputusan itu. Tidak ada usaha untuk terangkan kepada Tun implikasi kepada PH bila Tun letak jawatan. Tidak ada yang pergi tanya Tun apa akan jadi kepada PH. Tidak ada yang nak ingatkan Tun bahawa kita yang bina kerajaan ini, kita sama-sama berusaha membaiki kerosakan dari kerajaan lalu, takkan Tun mahu musnahkan segala usaha kita selama ini bla bla bla. Mesti kena pergi jumpa, pujuk, bincang, suruh Tun tarik balik perletakan jawatan dengan segera.

Sepatutnya kita pergi jumpa Tun, terangkan kita masih kerajaan. Jangan letak jawatan. Muhyidin umumkan Bersatu keluar PH, biarkan. Biarkan dia dan sesiapa yang mahu mengikutnya keluar PH. Muhyidin akan berhadapan dengan tentangan dari dalam Bersatu sendiri kerana tidak berapa orang yang setuju dengan tindakannya. Asalkan Tun masih PM dan PH masih jadi kerajaan. Biarkan Muhyidin keluar PH. Biarkan Azmin dan Zuraida keluar PH. Tun masih punya sokongan majoriti dari ahli dewan rakyat untuk terus jadi PM. PH masih punya cukup number untuk menerajui kerajaan.

Terangkan kepada Tun, pujuk Tun suruh tarik balik perletakan jawatan. Tapi kita tak buat. Tun umum letak jawatan saja, spontan terkeluar perkataan dari mulut kita : “Habis... kita dah kena game dengan Tun.” Inilah puncanya kenapa kita jatuh. Sikap bodo-sombong dan tak reti baser kita itu lah yang menjatuhkan kerajaan PH.

Dalam keadaan itu, Tun memerlukan dokongan dari menteri-menteri Pakatan Harapan. Tun umumkan letak jawatan sebagai reaksi spontan akibat terkejut dengan tindakan Muhyidin dan Azmin yang baru diketahuinya. Kita kena faham.

Itu hal antara Tun dengan Muhyidin, hal dalaman Bersatu. Tetapi kerana Tun adalah PM kita, ketika itu pemimpin PH terutama Amanah perlu bersama Tun. Perlu sokong Tun. Perlu pertahankan kerajaan PH. Tun bergaduh dengan Muhyidin, kenapa Amanah pula yang terasa kena game?

Abe Din,

Ada dua faktor yang menentukan lanskap politik kita dan boleh merubah jalan sejarah, iaitu fakta dan auta. Fakta ialah apa yang tersurat, semua orang nampak, semua orang tahu, diberitakan secara rasmi dalam suratkhabar dan tv. Muhyidin umumkan Bersatu keluar dari PH, itu fakta. Tun Mahathir letak jawatan sebagai PM, itu fakta. PKR pecat Azmin dan Zuraida, itu fakta.

Autanya apa? Auta ialah apa yang orang tak nampak, tidak ada bukti, yang ada hanya cerita-cerita. Ini Tun punya game, itu hanya andaian. Tun sudah khianati PH, itu hanya tuduhan. Semua kena tipu dengan Tun, itu hanya sangkaan. Tun sudah nyanyuk, itu hanya anggapan. Semua itu orang tak nampak, tidak ada bukti. Benar atau tidak, kita tak tahu, tapi kebanyakannya tak benar.

Malangnya kita tinggalkan fakta, pemimpin Amanah membuat keputusan politik berdasarkan auta saja. Bila Tun umum letak jawatan, pemimpin Amanah terus buat kesimpulan PH dah kena khianat dengan Tun. Kena khianat dengan Tun itu adalah auta. Hanya andaian. Hanya tuduhan. Faktanya ialah kerajaan PH akan tumbang hari itu jugak jika tidak ada sebarang usaha mengajak Tun untuk menyelamatkannya.

Ketika itu Tun tertekan. Terkejut dengan tindakan Muhyidin. Tun memerlukan sokongan orang PH. Tun memerlukan mandat yang lebih kukuh. Kita kena faham bahawa selama ini Muhyidin dan MP Bersatu serta Azmin dan Zuraida dan MP PKR yang pro keduanya, mereka itulah yang menyokong Tun selama ini. Sekarang yang menyokong Tun itu sudah keluar PH, sudah tentu Tun perlukan mandat baru untuk dia terus boleh jadi PM, terutama dari MP PH sendiri. Sepatutnya kita faham situasi ini.

Kesilapan pertama sudah berlalu, tapi permainan belum berakhir. Bila YDP Agong melantik Tun sebagai PM Interim, dan mengumumkan akan memanggil kesemua 222 orang ahli parlimen untuk ditanya, PH masih punya peluang untuk terus menjadi kerajaan, iaitu dengan cara melantik semula Tun sebagai PM. Itu saja satu-satunya cara yang ada ketika itu untuk menyelamatkan kerajaan PH. Lagi pun, MP Bersatu termasuk Muhyidin pun menyokong Tun, Azmin dan Zuraida pun menyokong Tun. Tak apa lah mereka nak sokong. Kalau semua MP PH sokong Tun, Tun akan terus menjadi PM kepada kerajaan Pakatan Harapan. Bahkan kalau saemua MP PAS dan MP BN pakat sokong Tun belaka pun, itu tidak menjejaskan kerajaan PH yang mempunyai majoriti mudah di parlimen.

Pemandangan nampak semakin mudah bagi PH bila di hari pertama MP BN dan MP PAS dan MP Bersatu mengadap Agong, sokongan mereka sudah berpecah tiga. MP BN menyokong Hishamudin, MP PAS menyokong Ku Li, MP Bersatu menyokong Muhyidin. Tanpa sokongan dari MP PH pun, Tun juga sudah dapat sokongan sebanyak 64.

Pemimpin PH akan mengadap keesokan harinya. MP PKR + MP DAP + MP Amanah yang masih bersama PH ialah 92 orang. Saya tak nampak ada masalah untuk mempertahankan kerajaan PH. Hishamudin, Ku Li dan Muhyidin sudah terkeluar dari saingan. Pada perkiraan kita, 92 orang MP PH campur 64 sokongan dari parti lain, maka Tun sudah mendapat 156 sokongan. Jauh dari cukup untuk dilantik sebagai PM. Itu fakta.

Tapi malangnya kita membuat keputusan penting berdasarkan auta. Pagi esoknya kita tengok live dalam tv, MP PKR pergi ke istana naik bas berdiri atas bumbung macam pemain Liverpool merayakan kejuaraan, mujur tak ada yang bawak piala. Astro Awani melapurkan, pemberita mereka sempat bertanyakan beberapa orang pemimpin Amanah, semuanya menjawab : “Solid, solid.” Kita ingat solid sokong Tun Mahathir. Rupa-rupanya, bila diinterview seorang MP PKR, dengan semangat dia kata : “Semua MP PH solid menyokong Anwar Ibrahim!”

Heh..!!! Kegilaan kebabian jenis apa ni? Solid menolak Tun bangga wat menatang apa? Berapa sokongan yang Anwar dapat? 92. So? Takkan kita tak tahu kerusi parlimen ada 222. Majoriti mudah ialah 112. Apa boleh buat dengan 92 sokongan? Takkan kita tak tahu Agong tak boleh lantik Anwar kerana tidak dapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat? Kenapa calonkan Anwar juga kalau dah tahu dia tak cukup sokongan?

Kita jangan jadi macam Wak Sir, duk terhendap-hendap di bawah lampu jalan dan mata melilau seperti mencari sesuatu. Pak Ya Asmara tanyo, cari ggapo? Wak Sir jawab cari duit, tadi jatuh. Pak Ya tanya, jatuh kat mana? Wak Sir kata jatuh kat hujung sano. Pakya tanya, dah duit jatuh sano bakpo cari sini? Wak Sir kata, sana gelap nak cari lagu mano? Keno cari kat tempat cerah.

Itu lawak jenaka antara Wak Sir, Ya Asmara dan Mamud Rail. Duit jatuh kat tempat gelap, dia pergi cari kat tempat cerah. Sebab? Sebab sana gelap.

Itulah perangai kita. Dah tahu kalau sokong Anwar tetap tak boleh cukup majoriti, tapi sokong Anwar jugak. Sebab? Sebab Tun dah khianat kita, Tun yang bubarkan PH.. Heh! Mu main politik kelas apa ni...? Itu semua auta!!! Kita tunggu Agong umumkan sesuatu yang penting petang ini, akhirnya ternyata dengan politik auta MP PH menyebabkan Agong tidak dapat membuat keputusan.

Saya sudah bagitahu, kalau Agong tidak buat keputusan pada petang itu juga, maka sesuatu yang luar biasa pasti akan berlaku. Kerana kita telah mengheret masa permainan, kita menolak peluang keemasan yang terhidang, kita telah memilih jalan yang sukar; kerana kesempatan itu telah dipergunakan oleh MP PAS, MP UMNO, Muhyidin dan semua MP di luar dari PH untuk merancang sesuatu dengan menukar sokongan, semuanya akan menyokong Muhyidin.

Penangguhan mengumumkan Tun sebagai PM Pakatan Harapan itu telah menarik perhatian majlis raja-raja. Akhirnya kalau dibuat undian di kalangan ahli parlimen untuk menyokongsiapa jadi PM, Anwar akan kalah di tangan Muhyidin.

Pada petang itu juga saya talipon Abe Din, tapi tak dapat. Saya mesej Pak Bakar suruh bagitahu Abe Din saya nak jumpa malam ni. Lepas tu Pak Bakar forwar mesej dari Abe Din bertulis : “Railway station. 9.30 pm.”

Kita berjumpa tiga orang di Restoren Heritage. Irwan pemberita Astro Awani ada sekali. Saya tanya kenapa sokong Anwar, kenapa tak sokong Tun. Kalau semua MP PH sokong Tun, sekarang masalah dah selesai. Kenapa PH sengaja cari masalah? Saya katakan, tindakan 92 orang MP PH menyokong Anwar Ibrahim, itulah punca kerajaan PH ranap.

Bukan kerana apa, tapi kerana tak cukup number. Ini fakta!
Abe Din kata petang semalam PH buat meeting kita ada panggil Tun suruh datang, tapi dia tak nak datang. Jadi kita anggap Tun memang dah tinggalkan PH, dan kerajaan PH pun terbubar sebab Tun. Ya lah, bila dia umum letak jawatan, habis lah terbubar semua.

Kalau itulah alasannya, terlalu remeh-temeh jika dibandingkan akibat dari remehnya pemikiran kita dalam politik. Saya katakan, tindakan Muhyidin mmbawa Bersatu keluar dari PH adalah pengkhianatan. Menyedari kedudukannya sebagai PM dan Pengerusi Bersatu, sedangkan Tun baru tahu Muhyidin mahu bentuk kerajaan bersama Azmin, UMNO dan PAS, maka kedudukan itu sangat bahaya bagi PH. Tun perlu membuat keputusan segera. Kalau dibiarkan, Muhyidin akan mengadap agong mengatakan mereka cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional menggantikan Pakatan Harapan, dan Perdana Menteri ialah Tun Mahathir. Kemungkinan untuk berlaku begitu amat tinggi. Tun tidak mahu begitu. Tun tidak mahu khianati Pakatan Harapan.

Dalam keadaan yang terdesak itu, Tun umum letak jawatan sebagai PM, mungkin untuk menenangkan keadaan. Mungkin Tun perlukan mandat baru yang lebih segar dan lebih kukuh dari Pakatan Harapan. Tun sudah dilantik sebagai PM Interim. Ingat, pihak Muhyidin dan Azmin sudah nyatakan sokongan kepada Tun. Jadi, amat tidak wajar jika Tun hadir dalam mesyuarat PH petang itu untuk memutuskan siapa yang PH sokong. Ketika itu, kedudukan Tun perlu dilihat berkecuali, tidak boleh nampak bias sangat, walaupun semua orang tahu hati Tun tetap bersama PH. Sebab itu Tun tak nak datang mesyuarat PH petang tu. Ibaratnya Tun kata :”Pandai-pandailah hangpa buat keputusan. Kalau hangpa sokong aku jadi PM, aku terima. Kalau hangpa pilih orang lain, aku nak kata apa?” (Dalam PC semalam Tun bagitahu dia sedih sebab PH tak sokong dia.... nampak?)

Kenapa kita perlu melatah sejak minit pertama Tun umum letak jawatan. Padahal itu belum muktamad. Tun belum pergi mengadap Agong. Tun boleh tarik balik keputusan itu bila-bila masa saja. Dan ketika diberi peluang untuk lantik Tun semula, kenapa kita memilih jalan lain? Hanya dengan alasan yang remeh-remeh?

Nampaknya kita belum faham kilat dan kilau politik Tun. Kita banyak dipengaruhi dengan cerita-cerita auta tentang Tun. Kita tak nampak Tun sayangkan PH. Kita lupa orang yang paling Tun percaya ialah Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, dan Mahfuz Omar. Tun percaya tiga orang Amanah ini tidak akan curi duit dan tidak akan khianat PH dan diri Tun sendiri.

Abang Mat ialah Presiden Amanah. Dia juga adalah menteri kanan dalam kabinet. Akrabnya hubungan antara keduanya hingga Tun pernah datang makan nasi di rumah Abang Mat.

Sepatutnya bila Tun umum letak jawatan, Abang Mat, Din Ayub, dan Tok Put segera berkejar ke rumah Tun, tenangkan Tun, minta Tun tarik balik, bincang dengan Tun apa patut dibuat. Tapi sayang, Mohamad Sabu itu seorang pahlawan, bukan negarawan.

Pada hari Isnin Tun umukan letak jawatan, Abang Mat terus bagitahu orang-orang yang berada di rumahnya, kita kena khianat dengan Tun. Dan pada hari itu juga, Abang Mat pulangkan balik kereta kerajaan, dan bersiap-siap kemas barang nak pindah rumah; ini politik apa ni?

Dalam keadaan buntu fikiran dan PH sedang berada di ambang kekalahan itu, bertempat di Hotel Heritage itu, Abe Din tanya apa patut buat sekarang? Saya kata peluang dah tertutup, kita dah lepaskannya. Sekarang satu-satunya cara yang boleh buat, tapi cara ini pun belum tentu berjaya, ialah, Abe Din pergi jumpa Tun, pujuk Tun, katakan kita ada 92 sokongan yang menyokong Anwar, Tun ada 64 sokongan, Tun minta mengadap Agong untuk mempersembahkan 156 sokongan dan mahu mengangkat sumpah sebagai PM. Itu saja cara yang tinggal yang boleh kita buat, yang logik berdasarkan fakta. Jangan layanlah cerita-cerita auta tu.

Abe Din terus whatsapp Tun minta nak jumpa. Tun jawab boleh, dia tunggu di rumah jam 8.30 pagi. Saya tanya, pergi dengan siapa esok? Abe Din jawab dengan Mahfuz. Saya kata cantik, jangan ajak Abang Mat, dia seorang pahlawan, bukan negarawan. Dia handal berperang, dia lemah dalam rundingan.

Esoknya saya dapat tahu sebelum jumpa Tun, Abe Din dapat berita kematian dan bergegas balik ke Johor. Perjumpaan dengan Tun dibatalkan. Masa tu saya kata, Pakatan Harapan habis.

Benar seperti bacaan saya, tindakan PH melengah-lengahkan masa untuk selesaikan hal ini akan memakan diri. Masa kecederaan akan jadi masa kematian. PAS, UMNO Muhyidin, Azmin, semuanya sudah menukar pendirian dengan sepakat menyokong Muhyidin seorang saja.  

Pemimpin PH baru sedar benda ni ketika keadaan sudah terlambat. Memang Anwar, Mat Sabu, Lim Guan Eng pegi mengadap Tun dan memujuknya kembali menerajui PH, walaupun sokongan 92 MP yang ada di tangan YDP Agong ialah terhadap Anwar Ibrahim. Benar, Tun setuju dan akur dengan pujukan itu, tapi keadaan sudah terlambat. Belum sempat Tun minta mengadap Agong, baginda sudah umumkan Muhyidin Yasin sebagai PM ke-8. Dan selepas itu Agong menyatakan tidak mahu jumpa Tun Mahathir lagi. Selesai.

Itulah detik kekalahan kita secara rasmi. Siapa yang kalahkan kita? Siapa yang khianati PH? Sejak awal saya menjangkakan pihak pembangkang tidak akan mampu menumbangkan kerajaan PH, tetapi kalau pun kerajaan PH jatuh, kejatuhan itu disebabkan kejahilan dan bodo sombong pemimpin PH sendiri.

Demikian adanya.

-Abe-

Hadi Awang bukan Idola.




Bilakah saya mula mengenali Haji Hadi?
Entah.. terlalu lama. Ketika saya masih berhingus. Masih berseluar pendek mandi sungai dengan sekumpulan anak2 kampung yang lain rasanya. Haji Hadi tidak asing dalam kamus hidup sebahagian family saya. Ketika itu gelaran tuan guru belum begitu tersohor. Gelaran yang ada cuma Haji Hadi.

Ketika Haji Hadi datang ke Langkawi, ketika itu sekitar pertengahan 80an ibu bapa membawa saya mengikuti ceramah beliau pada hening malam di Padang matsirat. Saya masih ingat kami membentangkan tikar di atas pasir berbumbungkan langit malam semata2 untuk melihat sosok Haji Hadi secara dekat. Saya tidak tahu apa yang berlaku.. Cuma apa yang saya masih ingat soalan bapa saya ketika dalam perjalanan pulang,
Adik tengok Haji Hadi tadi?
Saya geleng.
Balas ibu saya, saya tidur dari awal sehingga ceramah selesai!
Lalu berkatalah bapa saya..
Rugi adik tak tengok. Haji Hadi segak orangnya. Alim..

Saya blur..
Dalam minda kecil seorang kanak2 saya tertanya2..
Apa yang hebat sangat Haji Hadi tu...??
Saya macam tak minat!

Maka membesarlah saya dalam environment mesra PAS tetapi tidak ada paksaan dalam membuat keputusan. Ahli keluarga saya terdiri daripada pelbagai warna parti politik. Saya ok dengan pas. Namun pemimpin pas yang melekat di hati saya hanyalah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz. Manakala figura2 lain dalam pas yang saya minati mestilah figura debat tersohor seperti mat sabu, salahuddin ayob dan mahfuz omar.
Bagi saya figura debat itulah Pas. Tanpa mereka pas akan mati.

Haji Hadi???
Saya ulang berkali-kali saya tidak minat. Bagi saya Haji Hadi tidak sesuai berada di barisan depan pimpinan pas. Haji Hadi terlalu keras. Haji Haji tidak ada diplomasi. Haji Hadi tidak ada skill memerintah sebab itu Haji Hadi hilang Terengganu selepas sepenggal! Saya ulang.. saya tidak minat. Nak dengar ceramah haji hadi pun saya tidak minat. Saya lebih suka mendengar ceramah mat sabu! mesti tak kering gusi dibuatnya terutamanya ketika mat sabu menjerit perkataan maha firaun dan bapa perompak!

Sehinggalah berlaku satu "revolusi" parti dalam pas pada tahun 2015. sekumpulan idola hebat yang saya puja keluar meninggalkan pas setelah tewas dalam pemilihan parti ketika itu. Saya hanya memerhati, membaca dan menilai melalui info2 di media sosial. Rasa tidak best mula merajai hati sebab yang keluar itu semua golongan professional/hebat dalam pas. Jika mereka semua keluar siapa yang tinggal dalam pas? Hanya lebai yang bersisa?
Apa yang lebai boleh buat?
Haji hadi lagilah... Skill ke laut!

Ketika kemelut tersebut,
perbincangan di media sosial menjadi kian rancak. Sahabat2 saya terbahagi kepada beberapa kumpulan ketika itu. Ada yang pure biru tua.. ada biru muda. Ada hijau pekat dan ada hijau professional yang kemudian bertukar warna kepada oren.

Lalu seorang sahabat daripada warna oren berkata kepada saya,
kita sama2 akan support golongan professional. Mereka cerdik bukan dungu macam lebai. Lebai tak boleh harap.
Lebai hampehh.

Entah dari mana jawapan itu datang..
Tiba2 saya menjawab..
saya support Tuan Guru Haji Hadi!
Saya pun tidak tahu..
kenapa saya jawab begitu.
Tuan guru bukan idola saya.
Idola saya mat sabu!

Namun bertitik tolak dari situlah..
Saya mula berjinak dengan kuliah dan ceramah tuan guru.
Saya mahu mencari di mana titik kebencian kepada beliau selama ini.
Mengapa sosok ini dikeji pagi dan petang.
Difitnah secukup rasa.
Dipijak, dihenyak namun tetap tidak lunyai.

Namun...
Jujur saya tidak jumpa.
Yang saya jumpa hanyalah ilmu demi ilmu.
Bicara tuan guru adalah bicara ilmu.
Ceramah politik pun berasaskan ilmu.
Bicara beliau adalah keharmonian bersulam sedikit ketegasan.
Kadang2 nampak keras di situ.
Keras pada pendirian.

Maka ketika itu saya mula melihat..
berduyun2 golongan professional baru yang datang menggantikan seranting professional yang telah pergi.
Sehinggakan dalam PRU14 calon Pas yang paling ramai memiliki phd.
Saya mula memahami rentak bicara tuan guru. Nampak keras dan tegas namun penuh diplomasi dan toleransi.
Ada waktu tindakan tuan guru seperti mundur ke belakang.. Kita yang bodoh menjadi geram dan hilang sabar.
Namun rupa2nya mundur ke belakang itu sekadar mengambil lajak untuk menjunam jauh ke depan.
Yang punya mata hati akan terkedu di situ!

Saya cuba menyingkap bicara kesat dari bibir tuan guru. Susah benar tuan guru ingin memetik nama si fulan dan si fulan walaupun dirinya dilanyak cacian pagi petang. Bicara guru tua ini semuanya berlapik. Semuanya berkisar sejarah.. Semuanya berasaskan didikan dan ilmu.
Dan yakinlah saya, kebencian yang disemai pada sosok ini bukanlah berfakta sekadar mendengar cakap2 orang!
Sekadar datang dari hati yang semakin kelam!

Tuan guru dibenci kononnya beliau bapak segala rasis sedangkan sejak berlakunya kemelut politik sejak seminggu dua yang lalu berkali-kali dan kali saya dengar dalam hampir kesemua Interview dengan beliau, tuan guru menekankan kabinet yang bakal dibentuk mesti menjaga masyarakat majmuk!
Masyarakat majmuk yang amat takut kepada figura tua ini, namun di hati beliau tidak lekang memikirkan kalian.
Berbunga2 hati beliau untuk kalian.
Cuma kalian yang tidak mahu menghayati.

Ketika hentaman demi hentaman guru tua ini tamak kuasa, haloba, tunggang agama namun ternyata sebaris nama beliau pun tidak ada dalam barisan kabinet DS muhyiddin yang diumumkan hari ini. Itu doa saya. Saya tidak mahu guru ini berada di dalam kabinet kerana jiwa saya merasakan bukan di situ tempat selayaknya untuk beliau. Biarlah guru tua itu terbang bebas mengepak sayap ilmunya ke seluruh alam.

Wahai tuan guru,
Maafkan kami di atas kesombongan dan kebodohan kami.
Kami menghinamu kerana nafsu tanpa menyedari bahawa bicara dan pandangan ulama itu adalah bicara takwa.
Ilmu yang kamu ada akan terkubur bersama jasadmu jika tidak kami "curinya" dari sekarang.

Terima kasih tuan guru di atas ilmu mu.
Terima kasih di atas bimbinganmu.
Terima kasih juga atas gertakkanmu supaya kami tersedar dari mimpi bahawa akhirat itu negeri abadi.
Terima kasih kerana menjadi sekuat ini.

Buat sang pembenci..
Bencilah partinya.
Bencilah politiknya.
Bencilah kesilapannya kerana beliau bukan maksum.
Tapi hargailah ilmunya.
Tabayyunlah dalam menilai.
Adil lah dalam menghurai.
Jangan melampau dalam mengkeji dan mencela.
Kerana antara kita dan dia ternyata kita bukan siapa2..

Kita tidak perlu menjadi Pas untuk menghargai ilmu tuan guru Haji Hadi Awang.

Salam kasih buat tuan guru.
12.22 malam
10032020

Disebalik pelantikan Mufti sebagai Menteri dan ustaz sebagai Menteri Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi


Pertamanya, tahniah di atas pembentukan kabinet baharu. Saya cukup yakin dengan figura-figura yang dilantik. Moga mendapat rahmat Allah s.w.t.

Uniknya kali ini, pertama kali mungkin dalam sejarah, seorang mufti dilantik menjadi menteri (portfolio agama) dan mereka yang bergelar ustaz memegang jawatan menteri profesional (Alam Sekitar dan Perladangan Komoditi.

Figura-figura tersebut adalah Sahibussamahah Dr Zulkifli al-Bakri, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ust Dr Khairudin Aman Razali.

Ramai yang sinis apabila mereka yang bergelar ustaz diberikan tanggungjawab menjaga kementerian yang kononnya ‘tidak ada kaitan dengan agama’.

Walhal, dalam agama, semua perkara telah sedia ada. Sebab itulah Islam disebut sebagai ‘way of life’, atau satu cara hidup, bukan agama semata.

Tidak kiranya perkara berkaitan, dengan alam sekitar, sains dan teknologi, pertanian, langit, bumi dan segala isi alam. Pendek kata, Islam adalah cara hidup. Semua perkara berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat itulah Islam.

Islam bukan terhad kepada surau dan masjid, puasa dan zakat, umrah dan haji, ceramah dan tazkirah serta lain-lain. Islam adalah ilmu yang berkaitan dengan semua aspek kehidupan.

Maka tidak perlulah aktivis alam sekitar yang berambut gondrong merasa risau dan mengeluarkan kenyataan, apabila orang agama memegang kementerian alam sekitar, habislah dunia ini.

Apakah selepas ini alam sekitar akan tercemar apabila orang agama memegang portfolio tersebut? Tidak sama sekali.

Ketika orang profesional memegang portfolio tersebut, adakah alam sekitar terpulihara? Sebab itu jangan bersangka buruk. Taubat banyak-banyak.

Untuk maklumat aktivis alam sekitar, agama Islamlah yang paling champion (juara) perkara berkaitan dengan alam sekitar. Hatta, dalam perang sekalipun, Islam suruh menjaga beberapa perkara, jangan musnahkan alam sekitar, jangan bunuh kanak-kanak, jangan bunuh wanita dan orang tua, meskipun bukan Islam, serta jangan musnahkan rumah ibadat orang bukan Islam.

Sebab itu tidak perlu risaulah ya, perempuan berambut gondrong.

Jika negeri Kelantan dilabelkan sebagai ‘kotor’, jangan salahkan agama atau orang agama, tetapi salahkan individu yang tidak menjaga kebersihan. Begitu juga jika berlaku ‘keganasan’ yang dilakukan oleh orang Islam, jangan salahkan Islam, salahkan individu yang tidak memahami Islam sehingga melakukan keganasan.

Pendek kata, keganasan juga tidak kurang hebatnya dalam kalangan orang Hindu, Kristian, Budha dan sebagainya. Adakah kita mahukan menyalahkan agama anutan mereka. Sudah tentu tidak, tetapi individu yang tidak memahami kehendak agama.

Begitu juga dengan perlantikan Mufti sebagai menteri agama. Saya kira perlantikan yang sangat tepat. Mufti Wilayah Persekutuan ini disegani oleh orang kawan dan lawan. Berperwatakan lembut, penuh hikmah.

Saya kira, jika kerajaan berubah kepimpinan sekalipun, mufti ini tidak akan dipecat. Tetap kekal kerana sifatnya yang penuh hikmah, menepati kehendak Islam.

Tidak mustahil, saya tidak boleh bayangkan jika selepas ini mufti Zulkifli, dengan pencapaian yang memberansangkan, diberikan portfolio yang lebih mencabar seperti Kementerian Belia dan Sukan atau kementerian lain bersesuaian.

Nak menunjukkan bahawa Islam tidak menentang sukan. Tidak ada masalah dengan sukan tetapi hendaklah mematuhi syariat. Tidak mustahil sukan akan terus menyerlah jika ustaz menerajui kementerian belia dan sukan. Rahmat Allah siapa tahu. Janji ikut Islam, bukan lawan Islam.

Takkan tidak ambil iktibar daripada menteri agama sebelum ini.

Sebab itu janganlah terlalu bersangka buruk jika orang agama menerajui kementerian profesional. Faham tu perempuan berambut gondrong dan berwarna-warni. Jika tidak faham lagi, mari saya jelas.

Berilah peluang kepada kabinet baharu ini untuk membuktikan bahawa mereka boleh melakukan kerja-kerja yang diamanah. Jika tidak berjaya, kita boleh tukar. Jangan gaduhlah, dan jangan risaulah.

Saya amat yakin perlantikan mufti sebagai menteri agama mempunyai kaitan rapat misi dan visi PM untuk menyatukan umat Islam yang terlalu banyak berpecah. Mufti ini sebagai yang saya sebut  di atas, disenangi kawan dan lawan.

Saya yakin mufti tidak akan banyak berpolitik. Saya amat yakin setiausaha politik, yang menjadi kuota setiap menteri, turut tidak akan berpolitik. Tetapi peranan yang lebih besar untuk menyatukan umat Islam yang terlalu berpecah. Selain memahamkan khalayak terhadap agama Islam sebagai agama rahmah. Tidak mustahil konsep rahmatan lili alamin juga akan dikekalkan, tidak akan diubah. Cuma pendekatannya yang diubah supaya tidak terlalu liberal seperti terdahulu.

Akhirnya, saya ucapkan tahniah kepada semua Menteri yang terlantik. Jagalah ia dengan baik, penuh amanah, kerana saya amat yakin, Islam mahukan yang terbaik. Memang ada rona, onak, duri dan berbagai cabaran lagi, laluilah dengan penuh rasa dan tawaduk dan tawakal kepada Allah s.w.t. Yakinlah, jika kamu tolong Allah, nescaya Allah akan tolong kamu.

Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

DAP TERDESAK



Sebelum tersebar cerite bahawa DAP menggunakan seorang menteri/diplomat dr sebuah negara utk berunding dgn Tok Guru Hadi. Apa yang dirunding adalah tidak penting kerana motif rundingan itu yg penting iaitu antaranya:-

1- DAP sudah tidak mempercayai Tun M
2- DAP mengetahui PH akan tumbang pada bila-bila masa

Di sini jelas bahawa DAP dalam keadaan ketakutan sekiranya PH tumbang. Apa yg menakutkan DAP. Adakah DAP sudah melakukan pelbagai kesalahan. Atas dasar ini bahawa munasabah Tok Mad menyarankan bahawa Guan Eng perlu disiasat nanti terutama dgn menubuhkan RCI. Siasatan mestilah merangkumi aspek ini:-

1 - MOF selepas 9 Mei 2018. Adakah bajet tahun tersebut digunakan dgn sewajarnya.

2 - Bajet tahun 2019 adakah digunakan sebetulnya

3 - hutang yg dibuat oleh Guan Eng dari tahun 2018 - 2020. Di manakah duit pinjaman berjumlah lebih kurang RM120bilion tersebut berada. Dalam akaun MOF kah atau dalam akaun siape

4 - Duit hasil penjualan aset GLC yg berjumlah lebih kurang RM40bilion. Dimanakah duit itu sekarang?

5 - Aset TH yg dijual. Dimanakah duit tersebut. Siapakah dalang penjualan ini.

Selepas Kabinet dibentuk oleh Muhyidin maka antara tugas utama menteri utk menstabilkan ekonomi dan politik negara juga siasatan perlu turut dilaksanakan demi MENGOTAKAN janji PM utk melahirkan sebuah negara yg BERINTEGRITI.

Pesanan kepada Guan Eng dan Mujahid. Jangan lupa pakai pampers jika anda mula disiasat.

😁🤭

Pas kembali selepas 43 tahun



10 Mac 2020


KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri yang diumumkan semalam menyaksikan Pas kembali ke persada kepimpinan kerajaan Persekutuan selepas hampir 43 tahun menjadi pembangkang.

Pada sidang akhbar di Putrajaya semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menamakan tiga pemimpin Pas sebagai menteri dalam Kabinet beliau.

Mereka ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar, Datuk Takiyuddin Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Parlimen dan Undang-Undang) dan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi).

Tuan Ibrahim merupakan Timbalan Presiden Pas, sementara Takiyuddin ialah Setiausaha Agung dan Mohd Khairuddin merupakan ahli jawatankuasa kerja parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang tidak dilantik dalam mana-mana jawatan dalam Kabinet kali ini.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, pembentukan Kabinet baharu kali ini dilakukan secara berhemat dengan mengambil kira aspek integriti dan kelayakan serta keseimbangan antara wilayah dan masyarakat majmuk.

“Pas menyambut baik dan mendokong sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri dan jemaah Menteri yang baharu diumumkan hari ini (semalam) demi membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

“Pas turut berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada kami dan akan berusaha untuk menunaikan kewajipan ini dengan pertolongan ALLAH serta mengharapkan kerjasama daripada penjawat awam dan rakyat keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, Pas berikrar akan melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya.

“Kita juga bersedia untuk menerima pandangan positif daripada semua pihak khususnya kalangan ahli akademik, profesional dan tokoh masyarakat yang berkebolehan untuk membantu membangunkan negara yang tercinta. Islam memimpin perpaduan,” katanya.

Kali terakhir Pas berada dalam Kabinet Persekutuan ialah pada Januari 1973 hingga November 1977 semasa Presiden Pas ketika itu, Mohd Asri Muda menyandang jawatan Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Pas dipecat daripada Barisan Nasional (BN) pada 14 November 1977.

#SinarHarian

Tulisan menarik dari pautan FB DSN, khusus utk pengetahuan rakyat P.Pinang :



Kerajaan yang tanggung, swasta yang mengaut keuntungan berpuluh bilion Ringgit.

Saya beri fakta supaya Rakyat boleh menilai.

1. Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi projek terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kepada syarikat konsesi swasta yang baru ditubuh pada tahun 2013.

2.  Syarikat konsesi dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang dengan tanah tepi laut paling mahal di Pulau Pinang dengan keluasan 110 ekar yang terletak di Tanjung Tokong dan persiaran Gurney.

Walaupun dibayar harga penuh melalui tanah paling berharga, syarikat terowong juga diberikan konsesi tol 30 tahun.

3. Kertas siasatan SPRM untuk projek terowong telah dibongkar.  Pemilik syaikat konsesi mengaku telah membayar wang serta menwarkan kepentingan 10% dalam syarikat mereka kepada pemimpin-pemimpin paling kanan DAP.
https://www.malaysia-today.net/2019/03/16/dari-fail-sprm-siri-10-maklumat-lengkap-sogokan-rm19-juta-untuk-menutup-siasatan-sprm-mengenai-terowong-dasar-laut-pulau-pinang/

4. Mahkamah dedah syarikat konsesi terowong itu pernah membayar wang tunai RM19 juta (sebenarnya RM22 juta. RM3 juta lagi dibayar kepada satu lagi pihak) dalam usaha menghentikan siasatan SPRM terhadap projek terowong.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/548339/terowong-pulau-pinang-ahli-perniagaan-didakwa-tipu-rm19-juta

5. Kos membuat laporan untuk projek terowong sahaja ialah RM305 juta.

6. Kerajaan DAP memberi tanah seluas 10 ekar kepada syarikat konsesi di Tanjung Tokong sebagai bayaran untuk kos laporan.

7. Syarikat konsesi telah dan sedang membangunankan projek kondo mewah dua fasa di atas tanah 10 ekar tersebut.

8. Fasa pertama dengan nilai pembangunan RM800 juta sudah siap dibina dan selesai dijual walaupun tidak ada sebarang pembinaan pernah bermula untuk projek terowong.
https://www.penangpropertytalk.com/2019/08/site-progress-city-of-dreams-aug-2019/

9. Pembangunan fasa kedua dengan nilai pembangunan RM1.2 bilion bermula tahun depan
https://www.nst.com.my/business/2019/01/447930/ewein-bhd-set-embark-its-second-phase-city-dreams-project-2020

10. Dari tanah 110 ekar yang diberi oleh kerajaan DAP, 100 ekar lagi adalah di persiaran Gurney.

11. Projek syarikat konsesi seterusnya ialah projek pembangunan bangunan kondo mewah dan pejabat di atas tanah yang luasnya 50 ekar di persiaran Gurney dengan nilai pembangunan sebanyak RM15 bilion.
https://www.edgeprop.my/content/penang-welcomes-rm15-bil-wellness-resort-city

Baki tanah 50 ekar di persiaran Gurney lagi disimpan oleh syarikat konsesi untuk projek masa hadapan.

12. Kerajaan DAP berjanji untuk melebarkan jalan yang panjangnya 2km di depan projek RM15 bilion itu dengan kos RM400 juta. Kos ditanggung oleh kerajaan.
https://www.thesundaily.my/archive/2072790-XTARCH410515

13. Kerajaan negeri DAP juga berjanji untuk menyumbang tanah kerajaan dengan keluasan 24 hectar di sebelah projek swasta RM15 bilion konsesi terowong itu untuk dijadikan taman rakyat yang dinamakan Gurney Wharf dengan tarikan seperti pantai berenang, water garden, hawker center, skateboard park dan lain-lain.

Selain kos tanah, kos membina tarikan Gurney Wharf sebanyak RM180 juta juga akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

"After the Gurney Wharf land is handed over to the state government, tenders will called for development projects estimated to cost RM180 million to be financed by the state government."
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/07/506078/jagdeep-gurney-wharf-good-example-psr-reclamation

14. Kerajaan DAP juga akan membina lebuhraya Pan Island Link (PIL) yang kosnya setinggi RM9 bilion untuk 19.5km (RM460 juta setiap km) untuk menghubungkan projek swasta RM15 bilion itu ke lapangan terbang Bayan Lepas.

Leburaya Ini akan menaikkan lagi nilai projek swasta tersebut.

Highway project from Gurney Drive to airport a boost to property market

https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/07/21/adding-value-to-property-prices-highway-project-from-gurney-drive-to-airport-a-boost-to-property-mar

15. Projek lebuhraya PIL dan perojek terowong merupakan sebahagian dari projek RM46 bilion PTMP.

16. PM ke-7 telah menulis surat bertarikh 1 Oktober 2019 kepada kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa kerajaan pusat bersetuju membiayai kos projek RM46 bilion PTMP.

"Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, persetujuan jaminan kepada kerajaan negeri itu dibuat melalui surat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertarikh 1 Oktober lalu."

https://www.sinarharian.com.my/article/56154/EDISI/Utara/Pulau-Pinang-tubuh-SPV-untuk-keluar-bon-biayai-PTMP

Kerajaan negeri yang beri tanah paling bernilai kepada syarikat konsesi swasta.

Kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang tunggung kos berbilion-bilion untuk menaikkan nilai tanah serta daya penarikan projek swasta tersebut.

Syarikat milik 100% swasta yang mengaut segala keuntungan.

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156578719945952/

Rakyat menilai.

ART OF MEROYAN



Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Antara point ceramah Dr Mujahid sebentar tadi:

a) Melayu/Islam tak pernah menang dengan cara khianat
b) Melayu/Islam tak main pintu belakang
c) PAS meraikan kemenangan... kemenangan apa dengan cara khianat?
d) Perompak akan jadi menteri, apa akan terjadi kepada kita
e) Tiada rehat selepas ini, akan jelajah negara berjumpa rakyat.

2) Gaya ceramah Dr Mujahid diselubungi aura kemarahan. Logik lah, sasiapa pun dalam dunia ini mesti marah. Aik? Marah ya? Ya! Memang kami marah. Tua kutuk! Tak sadar diri! Nak Mampos! Demikian perumpamaan orang yang tengah marah yang digambarkan oleh P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul.

3) Siapa tak marah, tengah elok-elok jadi Menteri Agama, tiba-tiba hilang jawatan dalam sekelip mata, tanpa pilihanraya, tanpa surat letak jawatan, tanpa apa-apa tekanan langsung daripada mana-mana pihak.

4) Marah yang keterlaluan boleh menghilangkan rasional dan fikiran logik. Dalam krisis yang berlaku selama seminggu tersebut, pengkhianatan adalah daripada krisis dalaman PKR - yakni team Azmin Ali dan Bersatu. Ia mengkhianati PH. Pengkhianatan ini menjadi asbab kepada keruntuhan kerajaan PH. Perdana Menteri letak jawatan, Bersatu quit, Kabinet terbubar. Habis. Itu kesan khianat.

5) Setelah kerajaan PH dimusnahkan oleh PH sendiri, negara kita tiada kerajaan. YDP Agong meminta Tun Mahathir untuk menjadi PM Interim sehingga PM8 dilantik. Maka umum mengetahui, tempoh PM interim adalah tempoh tiada kerajaan yang memerintah. Tiada pintu depan, tiada pintu belakang. Ia seolah-olah berbalik kepada keadaan selepas pilihanraya - yakni membetuk simple majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

6) Dr Mujahid kena faham, dalam isu ini PAS dan UMNO tak ada kena mengena pun dengan perkataan khianat. PAS dan UMNO memang sejak kempen PRU14 lagi sudah menjadi lawan politik kepada PH. Istilah khianat adalah untuk geng sendiri yang berpaling tadah.

7) PAS dan UMNO sudah accept bahawa mereka sudah tewas dalam PRU14. Sudah lama move on. Hanya mampu bertekak dalam parlimen sahaja. Tak ada kuasa dan majoriti pun untuk berbuat apa-apa terhadap PH. Malahan krisis dalaman PH yang terjadi pun PAS dan UMNO tak ambil port.

8 ) Pertemuan team Azmin atau Bersatu dengan pemimpin UMNO yang mungkin ada, bukanlah ada satu keputusan untuk menumbangkan kerajaan PH. Tiada rancangan pun UMNO dan PAS untuk mengulingkan PH.

9) Setelah melihat keadaan Tun Mahathir vs DS Anwar tidak menentu dalam perebutan kerusi PM8, dan juga keadaan tiada kerajaan yang memerintah, PAS dan UMNO melihat keperluan untuk menstabilkan keadaan dengan memberi sokongan kepada team Tun Mahathir untuk kembali menjadi PM8.

10) Namun PAS dan UMNO menarik balik sokongan ketika Tun mahu ada DAP dalam kabinetnya. PAS dan UMNO tidak mahu terlibat dalam krisis PH, tetapi keadaan mesti distabilkan kerana ekonomi dan Bursa saham mengalami kejatuhan mendadak akibat kegagalan menentukan siapa PM8 antara Tun Mahathir dan DS Anwar.

11) Setelah beberapa u-turn dan plot twist, PAS dan UMNO menyokong cadangan supaya TS Muhyidin jadi PM8. GPS juga akhirnya menyokong TS Muhyiddin kerana GPS juga tidak sebulu dengan DAP. Akhirnya dapatlah TS Muhyididn angkat sumpan sebagai PM8.

12) Jadi, di manakah pengkhianatan PAS dan UMNO dalam krisis ini? Di manakah kemenangan PAS dan UMNO? Kemenangan PAS dan UMNO bukan pada "dapat tubuh kerajaan" dengan Bersatu. Kemenangan PAS dan UMNO adalah pada menghentikan kejatuhan index Bursa Malaysia.

13) PAS dan UMNO tidak mahu menyokong sesiapa pun daripada Bersatu atau Tun Mahathir atau DS Anwar. Option PAS dan UMNO adalah pembubaran parlimen dan telah pun dicadangkan kepada YDP Agong. Namun cadangan pembubaran parlimen ditolak YDP Agong. Jadi, option yang tinggal adalah antara menyokong TS Muhyidin atau Tun Mahathir sahaja. Tidak boleh berkecuali.

14) Dari titik ini, Dr Mujahid sepatutnya faham bhawa tiada istilah khianat, tiada pula istilah kerajaan pintu belakang daripada PAS dan UMNO. Jika hanya ada dua pilihan, sokong TS Muhyidin atau sokong Tun Mahathir sebagai PM8, nak buat macamana lagi. Terpaksa lah PAS dan UMNO sokong TS Muhyidin.

15) Takkan nak sokong Tun Mahathir yang berada dalam blok PH pula? PAS dan UMNO beri sokongan kepada TS Muhyidin setelah tiada kerajaan. Tapi, resmi orang meroyan - tibai sajalah kata kerajaan pintu belakang, bagi memainkan sentimen play victim kepada penyokong sendiri. Art of meroyan, kena play victim. Noob.

16) Lepas tu dalam ceramah bertekad mahu jelajah beri penerangan kepada rakyat pula. Nak membohongi rakyat pasal hikayat kerajaan pintu belakang lah tu. Carilah istilah lain yang lebih logik. Dan, untuk apa jelajah beritahu rakyat? Apa yang rakyat boleh buat? Nak ajak rakyat bangkit gulingkan kerajaan TS Muhyidin ke?

17) Walhal sepatutnya Dr Mujahid jelajah pusing negara ziarah ahli-ahli parlimen yang berpotensi untuk menyokong undi tak perchaya kepada TS Muhyidin 18 Mei nanti. Ahli-ahli parlimen ini lah yang akan mampu gulingkan TS Muhyidin, bukannya rakyat. Saja nak heret rakyat main politik. Kerja rakyat adalah makan pop-corn.

Sekian

NAH... jgn wasap lagi.Ini jumlahnya..



Menteri PPBM

1. PM Muhyiddin Yassin
2. Mohd Redzuan Md Yusof
3. Ronald Kiandee
4. Saifuddin Abdullah
5. Mohd Radzi Md Jidin
6. Hamzah Zainuddin
7. Zuraida Kamaruddin
8. Azmin Ali
9. Abd Latiff Ahmad
10. Rina Mohd Harun

Timbalan Menteri PPBM

1. Eddin Syazlee Shith
2. Willie Mongin
3. Ikhmal Hisham Abdul Aziz
4. Rosol Wahid
5. Ali Biju
6. Mas Ermieyati Samsudin
7. Santhara Kumar
8. Kamaruddin Jaffar
9. Dr Noor Azmi Ghazali
10. Mansor Othman
11. Jonathan Yassin
12. Shahruddin Md Salleh

Menteri BN

1. Hishammuddin Hussein
2. Ismail Sabri Yaakob
3. Reezal Merican
4. Shamsul Anuar
5. Annuar Musa
6. Khairy Jamaluddin
7. Dr Adham Baba
8. Noraini Ahmad
9. Halimah Sadique
10. Wee Ka Siong
11. M Saravanan

Timbalan UMNO

1. Ismail Said
2. Mastura Yazid
3. Ahmad Hamzah
4. Zahidi Zainul
5. Ahmad Masrizal
6. Mohd Shahar
7. Ismail Abd Mutalib
8. Abdul Rahman Mohamad
9. Wee Jeck Seng
10. Mah Hang Soon
11. Lim Ban Hong

Semua ahli parlimen PKR (termasuk Azmin Ali) yang lompat parti ke PPBM dapat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

Bertuah badan.Rezeki mrk.

Pemimpin Melayu tidak perlu menjadi khadam kepada DAP

Pemimpin Melayu tidak perlu menjadi khadam kepada DAP. Hingga bersusah payah pula bergelut dengan istana sekadar nak serah kuasa kembali kepada DAP.

DAP BUKAN sekadar perlu dicantas tapi perlu dicabut hingga ke akar umbinya. Perdu DAP tidak patut ada dalam kebun Tanah Melayu ini. Bukan kerana kita kaum yang tidak boleh bersama orang lain, tapi orang lain itu biadab apabila kita memberi sedikit tempat kepadanya. Tetamu yang lupa diri tidak layak terus berada di ruang tamu ini. Sesungguhnya kita boleh menerima sesiapa sahaja sebagai tetamu, tetapi ada adab dan peraturannya. DAP bukan tetamu yang baik.

2 tahun lebih kuasa diberikan oleh rakyat kepada DAP. DAP telah mempergunakan kuasa itu sepenuhnya untuk mencorak Malaysia sebagai sebuah negara DAP. Hal ini patut diambil iktibar oleh Melayu Muslim. Jangan pula anak-anak tuan rumah sibuk nak sambut tetamu biadab dan sibuk pula nak halau ayah, mak dan adik beradik lain keluar dari rumah. Jangan jadi anak-anak derhaka dan tali barut DAP.

Bila kita beri peringatan kepada ahli-ahli PAN dan PKR yang berbangsa Melayu dan beragama Islam agar mereka jangan tunduk kepada agenda DAP. Namun mereka membantah dengan mengatakan mereka tidak ikut DAP. Mereka hanya ikut dan patuh kepada pemimpin PAN dan PKR yang juga Melayu Muslim. Memang betul mereka ikut dan taat kepada pemimpin PAN dan PKR. Tapi perlu disedari bahawa pemimpin PAN dan PKR itu adalah pengikut setia DAP. Jangan minta saya buktikan pemimpin PAN dan PKR itu pengikut setia DAP, kerana nanti terlalu banyak pula buktinya.

Kini peralihan kerajaan telah berlaku selepas pergelutan dalam PH dan Tun terpaksa meletak jawatan. Jangan nak kata lagi peralihan itu tidak sah atau rampas kuasa. Mengambil alih kuasa ketika negara tidak dimiliki oleh mana-mana PM bukan dinamakan rampas kuasa. Pemimpin Melayu Muslim tidak perlu menjadi khadam setia kepada DAP. Sehingga bersusah payah pula bergelut dengan istana sekadar nak serah kuasa kembali kepada DAP. Kalaupun nak jadi khadam cukuplah ketika tuan kamu itu menang. Tapi kalau tuan dah kalah tersungkur pun kamu masih nak jadi khadam maka itu namanya khadam bodoh. Kalau setakat jadi khadam pun dah hina inikan pula jadi khadam bodoh. Bertaubat dan insaflah…

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 9/3/2020

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris : Alhamdullilah dan setinggi tahniah buat para pemimpin kerajaan Perikatan Nasional

Alhamdullilah dan setinggi tahniah buat para pemimpin kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri dan juga Timbalan Menteri.

Kini adalah masa untuk berkerja untuk memulihkan semula maruah negara. Membaiki kerosakkan yang dilakukan kerajaan PH selama 21 bulan bukanlah tugas yang mudah dan boleh dilakukan dalam masa yang singkat.

Saya berharap agar seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan yang padu buat kepimpinan kerajaan supaya kita dapat mengembalikan semula kegemilangan Malaysia.

Pemuda UMNO Malaysia juga akan sentiasa konsisten dalam memberikan cadangan serta idea baharu untuk memastikan dasar pembangunan negara terus kekal relevan dan efisyen.

Semoga pemimpin yang dilantik diberi kekuatan dan panduan untuk menerajui negara. Inshaallah.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

https://www.facebook.com/1548685092013795/posts/2569037729978521/?d=n

TAHNIAH...


Pertama kali dalam sejarah Kelantan menghantar wakil teramai dalam Kabinet bermula dengan Menteri Kanan.

Lima Menteri dari Kelantan :

i) Menteri Kanan - Menteri Pendidikan, YB Dr Mohd Radzi Md Jidin.
ii) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed.
iii) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangundang), YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan.
iv) Menteri Alam Sekitar, YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
v) Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa

Lima Timbalan Menteri dari Kelantan

i) Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz
ii) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Ahmad Marzuk Bin Shaary
iii) Timbalan Menteri Alam Sekitar, Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
iv) Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
v) Timbalan Menteri (II) Pertanian dan Industri Makanan,  YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi. - UT

WAJARKAH SAIFUDDIN NASUTION PERSOAL KEBIJAKSANAAN AGONG DAN SERANG PERIBADI MUHYIDDIN?



Mendengar ucapan Dato Seri Saifuddin Nasution, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan merangkap Setiausaha Agung PKR, dalam ceramah Jelajah Harapan di Tapak Rakan Muda, Taman Seri Andalas, Klang, malam tadi, dua perkara kurang manis dapat saya rasakan.

Pertama adalah tindakan beliau yang seolah-olah mempersoalkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa budi bicara Baginda untuk melantik seorang Perdana Menteri dengan tidak membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad masuk ke istana.

Ini kata-kata beliau: “Apabila Tun cuba pergi ke istana untuk menyatakan bahawa bukan 36 yang menyokong Tan Sri Muhyiddin, waktu itu pintu istana sudah pun ditutup dan Tun tak dibenarkan masuk. Kalau hari itu Tun dapat masuk, cerita dah jadi lain. Kita cuma perlu membuktikan bahawa Tan Sri Muhyiddin tak mendapat simple majority 112 kerana partinya bukan 36 yang menyokong. Sebaliknya tolak 6 atau 7 atau 8 yang Tun telah siapkan statutory declaration untuk diserah kepada istana.”

Kedua adalah adalah tindakan beliau yang menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin secara peribadi, dengan mendakwa Tan Sri Muhyiddin tidak fit untuk menjadi seorang Perdana Menteri kerana didakwa hanya datang mesyuarat kabinet satu kali sahaja dalam sebulan.

Ini kata-kata beliau: “Saya kesian dengan beliau sebab kalau sebulan kami mesyuarat kabinet setiap hari Rabu, beliau datang satu kali sahaja dalam sebulan, tiga minggu lagi cuti sakit. Beliau seorang pesakit kanser. Beliau menjalani 12 rawatan. Beliau baru saja pulih daripada rawatan penyakit kanser. Saya, Abang Mat, Loke, kecuali kalau kami berada di luar negara. Saya paling kuranglah, setahun barangkali 3 kali saja. Abang Mat yang paling kerap, sebab dia Menteri Pertahanan. Saya tak apa, jaga bawang, jaga cabai, jaga ayam, jaga telur, 3 kali saja sebulan saya keluar. Saya jarang ponteng mesyuarat Jemaah Menteri. Jadi pagi-pagi hari Rabu 9.30, siapa yang berada di luar negara, siapa yang bercuti, akan ada satu nota atas meja kita. Saya masih ingat Tan Sri Muhyiddin sering ambik cuti sakit. Pernah dalam sebulan datang sekali saja. Saya pun terfikir, kalau dah kedudukan kesihatan dia macam itu, sekarang ambik jawatan Perdana Menteri, dengan tekanannya, dengan segala macam, dia pesakit kanser, simpati saya kepada dia.”

Kedua-dua perkara ini, pada hemat saya, adalah agak kurang manis untuk ditimbulkan, khususnya oleh orang-orang Melayu yang selalunya menjaga adab mereka dalam berkata.

Tetapi semua ini pastinya akan dianggap sebagai perkara biasa saja oleh golongan liberal.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
8 Mac 2020, 8.08 pagi.

🚩10 Fakta Menepis Tuduhan BN PAS ikut Pintu Belakang..


Betul ke BN dan PAS dalang tumbangnya kerajaan PH?

Baca 10 fakta ini dan anda akan faham apa sebenarnya berlaku...

🚩1. Sejak PH menang PRU14, puak PKR & DAP hari-hari desak Mahathir serah kuasa PM kepada Anwar Ibrahim.

🚩2. Kerap juga Anwar 'berkunjung' ke pejabat PM Mahathir.

🚩3. 21 Feb 2020, Mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan bagi membincangkan peralihan kuasa PM Mahathir - Anwar.

🚩4. Masa sidang media, Mahathir dengan tegas kata, "Tak ada tarikh ditetapkan. Terpulang pada saya." Raut wajah Anwar, Lim Guan Eng juga berubah. Paling ketara air muka Wan Azizah, isteri Anwar. Wajah sedih, marah dan kecewa mereka tidak dapat disembunyikan.

🚩5. 24 Feb 2020, Mahathir letak jawatan sebagai PM.

🚩6. Jawatan Menteri-Menteri PH juga gugur serta merta. Dan di sinilah terciptanya.. 'Sejarah, kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah negara Malaysia.'
Kebetulan, Mahathir juga semasa PM ke 4, memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun. 22 + 22 = 44. Angka tak baik bagi kebanyakan orang Cina.

🚩7. Celah mana pula salah BN & PAS kononnya nak jadi kerajaan menerusi pintu belakang? Rumah PH sudah roboh berkecai, pintu pun tak ada.

🚩8. Kenapa nak salahkan BN dan PAS pula sedangkan kekalutan ini berpunca daripada PH sendiri yang berebut kuasa?

🚩9. Perlu ingat, bila keadaan berserabut seperti ini, BN & PAS konsisten memohon perkenan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong supaya Parlimen dibubarkan.

https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/205601427494183/

Kalau nak kata BN PAS kemaruk nak jawatan, korang silap. Mereka tak hadap pun. Tapi bila keadaan dah huru hara sebab kerja PH yang bercakaran, maka BN PAS hanya ikut tertib.

🚩10. Tapi YDP Agong titah supaya cadangkan nama PM. Jadi BN PAS menurut titah baginda. Ingat, BN & PAS tak reti nak derhaka Raja dan istana. Mereka akur titah dan sebulat suara bersetuju menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Takkan nak calonkan Mahathir (yang dah letak jawatan), Anwar atau Lim Guan Eng pula? Kenapa pertikai BN PAS sokong Muhyiddin? Sedangkan dulu Anwar boleh sokong Mahathir biarpun berpuluh tahun 'dizalimi'?

🔰Kesimpulannya, BN & PAS sangat mengharapkan Parlimen dibubarkan. Tapi situasi berubah setiap minit. Jadi lebih baik anda marahkan puak dalam PH sendiri dan tanya.....,

🧡- Kenapa hari-hari desak Mahathir letak jawatan?

🧡- Kenapa Mahathir letak jawatan?